Friday, December 10, 2010

Suya tanya kenapa Blog?

Hai Cik Suya.. panjang melebaq na entri yang di karang tu.. Akak nih tak tau la leh karang panjang mana. Tengah mengambil aura rajin nih.. padahal mata nak mula² menunjukkan reaksi kurang best... hehehe!! Penat kan hari ini kerana dia. Demi tatapan suya akak cuba ehh.. InsyaAllah ^_^.

Suya... Akak dulu ada juga blog.. masa penghujung tahun 2006 macam tu, masa tu akak bertugas di POLIMAS Jitra.. Kak sitiBuha, housemate akak yang memperkenalkan blog berblog nih.. Blog akak yang dulu tuh namanya Gen2purple. Akhirnya terkubur macam tu aja. Amyna 2109 pula lahir bila akak merantau ke sini.. Ujung tahun 2008 akak dah start publish entry..boleh semak di bahagian KisahKu CeritaKu... Seperti kata suya.. dah duk jauh timbul rasa nak berkongsi cerita ceriti dengan adik badik, saudara mara dan kawan² semua..


header akak dari dulu.. ada plan nak tukar, tapi ntah la.. hehehe!!

Pehtu di sokong lagi apabila ada ramai kenalan di alam maya nih (geng2 forum) yang situasi sama seperti akak- mananti zuriat. Bila berblog kami boleh berkongsi usaha yang dilakukan.. terubat sikit rasa tekanan dalam berhadapan dengan manusia di luar sana yang tak faham² "Janji dan rezki dari Allah s.w.t"...Sindiran mereka makan dalam suya.. haishhhh!!

Akak bertambah seronok berblog apabila ada pembaca menghargai perkongsian dari akak, ada yang minta buat tutorial.. jadik akak rasa bersemangat untuk terus blogging.. rasa macam tak dapat nak berpisah dengan blog dah sekarang nih. Mr.A pun sokong akak berblog.. Time Mr.A tak duty akak nak meluangkan masa dengan Mr.A TAPI sebaliknya Mr.A pula yang beriya² nak akak blogging.Siap cakap lagi. On9 la dulu sayang abang tengok tv.. hehehe!! Kekadang tu kalau p jalan² makan ke hapa.. mesti dia cakap.. meh abang ambil gambar ayang nanti boleh masuk blog.. sekali fikir macam lucu pun ada..lucu² bestttt!! sokongan moral tu kan...

Kalau suya tengok di bahagian KisahKu CeritaKu bermula dari bulan 6 hingga sekarang, terang² berbeza entry setiap bulan dengan bulan sebelumnya.. Akak rajin update sejak Mr.A pertama kalinya bertugas di negara orang tempoh hari.. Disitu lah tempat akak bercerita selain beremail.. Kalau nak berhubung secara live (henset & YM) sangat susah coz bertugas di tengah² laut... Ngee~~ Orang yang biasa hidup berpasangan pasti merasa seperti kehilangan bila berjauhan dalam tempoh yang agak lama.. ibarat patah sayap.huh! tiada tempat nak luahkan suka duka yang dilalui setiap hari.. sedihh~~

Melalui blog juga akak boleh kenal dengan ramai kenalan baru tak kira peringkat umur dimuka bumi Allah s.w.t yang luas ini.. Dunia dihujung jari tanpa sempadan.. :-) . Selain itu akak boleh jadikan side income juga melalui blog.. Nuffnang yang sangat pemurah, thank a lot pihak Nuffnang sudi jadikan De' eyes 0f Princess D0t C0m sebagai medan promosi iklan..Alhamdulillah rezki.. Bak kata pepatah.. rezki jangan di tolak, musuh jangan di cari...

Okeh suya.. sampai di sini saja dulu.Oh ya.. Akak malas nak edit dah di bahagian atas tu just continue yang semalam punya.. Tarikh dan masa publish ja akak ubah.. Suya baca nih anggap jerk situasi akak semalam punya ya.. ekekekek. Lepaih nih ingat nak jawab tag dari Deem iaitu contest di blog MakLagenda.. InsyaAllah ^_^.


sayang @myn@ ^_^

7 comments:

me suya said...

thnx akak jawab tag tu.
tapi suya rasa sebab kita due lebih kurang sama je.. cuma once blogging mmg xrasa ape.. tapi bila dah selalu..mmg addicted..

bgus mr A duk support sis myna :)

Amyna said...

sama2 suya.. Alhamdulillah. Mr.A start support sejak kami berjauhan hari tu.. Pehtu Mr.A nampaks pula dari blog akak leh buat side income.. berganda2 la dia support..

Alhamdulillah ^_^

Far8 budak baik said...

sumpahhh jeless...
mcm ner nk dpt award mcm ni...
=P tahniah akakkk

Amyna said...

Haiyooo haiyoo dik.. ammahhhhh Cik!!!
Jangan jeles yang mendendam ya.. jeles untuk kebaikan peningkatan semangat tak apa.. ekekkee.

Maksud adik award macam mana ya? akak kurang jelas.. meh la kongsi.. akak cuba jelaskan.. Sharing is caring.. he3.

tiefazatie said...

best la mr.A support sis nie..sweet ja nie..loving kapel btol..opss..husband n wife..hihi..

Amyna said...

Alhamdulillah ifa... Serasi bersama, Moga kekal hingga ke hujung nyawa.. :-)

psst: Hidup lebih bewarna warni jika dikurniakan zuriat.. Apapun usaha tetap usaha tanpa putus asa.. kan~~

Cik Su said...

jadi blog la jadi pengubat rindu bila myna kerinduan pada MR A ek?? cian myna.. tbahkan hati yer

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...