Friday, March 26, 2010

tag dari mar semalu sk - 4

kan dah janji..entry seterusnya adalah tag. Jom scroll ke bawah kita tengok tag macam mana yang haku kena dari Puan Mar. hikss!


1) Adakah anda merasa anda HOT?

Haku rasa mungkin juga sebab sekarang kat opish haku tuh, x cukup tangan d buat nya. Bukan setakat fon henset, intercome opish datang opish pun ada dan paling hot selisih bahu pun report lagik. asal nampak haku jerk.. mula ehh itu, ehh ini. uishhh!. Adakah kerana virus² yang telah di cipta oleh pengodam komputer membuatkan haku hot seketika. hurmmm!

2) Upload Wallpaper PC/Laptop yang anda guna sekarang?





3) Cerita pasal gambar ini?

Nak cerita apa ya... hahhaha! gambar yang penuh ilusi, tenang dan mendamaikan.. hidup biruuuu…!! biru..biru..biru..!. haku lebey suka pepel.. teringat pula kat gentolak pepel tue :p


4) Kali terakhir makan pizza?

Tahun lepas lagik..sekuat ingatan haku x pernah masuk lagik kat pizza untuk thn 2010 nie, lalu depan tu memang selalu..tadik petang p bayar duit umah sewa pun, haku lalu situ juga. singgah nya x juga. Ni dah ada tag, macam teringin pula nak singgah sana :p


5) Lagu terakhir anda dengar?

alalalalala.. tadik elok² sampai kat parking umah, Jam 6.10 minit macam tu. Lagu Pengemis Cinta, penyanyi ella berkumandang d radio kereta haku melalui frekuensi 94.7Mhz (Radio muzik). Dari semenanjung radio ni jerk yang ada signal pun.. kalau yang lain² tu.. teda. Haku terus teringatkan tag dari mar nie.. Lagu ni pun pernah haku karaoke dengan mak haku suatu ketika dulu.. kini tinggal kenangan indah buat haku yang jauh d perantauan nie.. uhukss! Mak dah lama cek x karaoke dengan mak.. tetiba~

6) Apa anda buat selain menyelesaikan tag ini?

merujuk ke umah tuan tanah yang berikan tag nie untuk menjawab secara berhemah.. sambil tu layan fesbuk & pantau biz DcL on9. haipppp!

7) Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?

"Hang" - dalam loghat (dialek) kedah, dah macam hang tuah sudah. Biarlah janji tahu batas²nya. (di panggey oleh sesetengah rakan pejabat sekarang).

kakak ( di panggey oleh sepupu sepapat sebelah haku & Mr.A)

yang lain² banyak panggey nama.. tapi nama yang berlainan: atun, tun, myna,nina, myn..

8) Tag lagi 5 orang, siapa yang anda nak tag?

1- Dympna
2- kelly
3-
Ana
4- Rosma
5- Along


9) Siapa orang nombor 1 pada anda?

Opismate haku d perantauan ini, merangkap my best frend forever... Alhamdulilah.


10)Katakan sesuatu pada orang nombor 5?

Along...terima kasey atas info yang berguna tempoh hari. akan myna praktikkan. Doakan kejayaan untuk myna ya..insyaAllah. Along tolong kiss rafiq untuk myna ya... rinduuuuu!

11) Nombor 3 ada hubungan dengan siapa?

Ada hubungan dengan hadik ipar haku... ngee~ depa berdua bakal d satukan ujung tahun ni. InsyaAllah.

12) Bagaimana pula dengan nombor 2?

Ibu kepada dua putera yang macho bergaya.. sekarang memilih laluan untuk berdiam sementara. moga dengan ada nya tag nie.. blog kelly x bersawang lama². hiksss!


13) Kata-kata cinta untuk orang nombor 4?

semoga perkenalan kita kekal berpanjangan meskipun bukan pada pandangan mata, tapi ingatan ya my pren. Myna doakan yang terbaik untuk rosma.. moga penantian 14 hari itu menjadik realiti. InsyaAllah...


14) Berikan 5 yang anda tahu tentang orang yang tag anda?

a) Isteri kepada seorang pelaut
b) Tengah berusaha juga untuk mendapatkan permata hati.. InsyaAllah~
c) Orang utara tetapi bertugas kat key el..
d)
Sepupu sepapat dengan rakan pejabat lama haku d utara nun.
e) Baru menyambut besday hubby 3 hari lepas.. hepy belated besday to ur hubby ya mar..


wokayy siap..Alhamdulillah. Kepada my pren yang mendapat tugasan selamat melaksanakan ya. Buat lah dengan tenang. don't be gelojoh gelojoh...hahaha!



bukan ku pinta

haishhhhh.. sengal sengal sengal. macam mana ini boley berlaku. bukan ku pinta ya.. semua adalah suratan takdir. haku harus redha dan terima apa sajork presepsi orang sekeliling..wahh wahh munyik macam gempakk jerk.. hahahha!

meh sini nak sambung, semalam kan 25 Mac 2010 semua kakitangan awam sedia maklum dapat upah membanting tulang.. Dengan kesibukkan yang melanda kebelakangan nie, haku terus jadik haru biru.. mana pikiaq koje, pikiaq nak p bayaq hutang piutang. Buley masa haku keluaq umah haku tertinggal kunci di dalam.. adoii la. macam mana nak buat. d tangan ku cuma ada henset, satu² nya henset.. haku terperangkap dalam kawasan umah sendirik. Pintu pagar pun haku dah lock, kereta pun haku dah lock.. panik haku masa tu. cuba juga sendirik..membuka cermin tingkap dengan harapan tangan haku sampai la kat tombol pintu tu. Ohh tidak.. x sampai.. sedeyy. x da pilihan memaksa juga diri untuk call Mr.A.. call untuk minta idea. kalau idea haku terus ketuk jerk tombol tu. nanti pasang baru. Nak minta tolong x buleyy. Mr.A tiada d kawasan yang berdekatan.. jauh beribu batu.. Malang juga call Mr.A x berjawab. berkali kali haku call. x berjawab. itu makanya x leh d ganggu. Last dpt sms "abang tengah taklimat". sedih berganda2 lagik...

Haku tersepit d situ. nak minta tolong jiran². uwaaaa! Yang sebelah kiri, dah masyuk dalam umah x keluar². selalu ada juga dia lepak kat luar.sembang² dengan haku. mungkin ari ni dia sibuk & penat.. Kalau haku nak panggey pun mana dengar.. umah dia nun tinggi. lagipun umah jiran kiri ni..x kembar dengan umah ku.

Yang sebelah kanan ni kembar.. satu bumbung & sama paras tanah kami. Tapi belum balik koje lagik. mau jam 6.30 baru sampai. sini jam 6.30 tu dah gelapppp. x akan ku nak duduk kat situ jadik habuan nyamuk.. memeng harapan ku pada jiran yang sebelah kanan jerk. kalau belah kiri ke atas nun memang x buley sebab dorunk ke atas lagik makin tinggi tinggi dan tinggi terus x nampak. kecuali dorunk tengok ke bawah nampak lah umah haku.

Dalam duk usaha capai & goncang tombol tu mulut haku terkumat kamit bercakap sambil minta petunjuk & nak tenangkan hati yang letihhh. letih segala hal. dahi bekerut, Air mata ni dalam kelopok mata sudah. sedih kenangkan nasib & redha dengan ujian Allah s.w.t. Syukur Alhamdulillah, Akhir nya masalah tu settle juga. suami jiran haku yang d bawah tu (jarak 1 buah umah dr umah haku) baru pulang dari bandar. dia seorang diri ja, takut juga haku nak panggey sebab isterinya haku x nampak. Nak x nak itu saja jalan nya.. haku nak ketuk tombol mesti ada batu @ alatan yang keras. nak cari mana dalam kawasan umah haku ni. batu kat jalan tu besar² lah.. tapi nak amik macam mana. pagar dah terkunci. Nak panjat pagar, mana boley.. haku kan pakai baju kurung.. mau tersungkur kat situ. Owhh tidak mugkin.Masa haku panggey tu cepat² suaminya datang. siap panggey isterinya sekali.. lucu pun ada. dorunk ingat haku kena apa².

dah masa dorunk sampai dekat haku.satu hal pula. dorunk kebingungan dengar haku cakap. ya la..haku kalau dah emengency macam tu.. x dan nak kalih lidah dah. terus keluaq slank tanah tumpah air ku.. Dorunk ni kristian, memang pior la cakap sini.. aduina. Apapun settle dah bab tu..haku pun dapat masuk umah dan keluar p koje untuk ari ni.. itu semua atas usaha suaminya panjat pagar umah haku & isterinya bagi idea gunakan paip air. Masa nak guna paip air pun satu hal. dia panggey hos. haku terus blurrr d situ.. pas dah faham terus senyum mengekekekeke.

D opis ari ni pula.. hurmmm! haku dah uat kesilapan. haku x masuk metting staf after solat jumaat. haku x p mana² pun. haku duk kat makmal komputer untuk preparation kursus pendek esok hari (weekend). Kat makmal tu ya Allah, ngilu haku rasa.. virus berperang sana sini.. ada pula windows dah corrupted. Metting start jam 2.30 petang. Haku masuk makmal tadi jam 1 lebey. terus x ingat ke metting tu..Bila jam 5 lebey haku turun nak balik baru haku teringat ke metting tu.. ya Allah buley pula terlupa.. Terus sms my bff dympna john untuk info metting. Hati rasa lega sikit sebab. ramai juga yang x hadir. Kalau kena tunjuk sebab x lah sorang² kena. heh heh heh. Hello, nak bukti haku ada ya. fara, basir, fadzil & k'midah, dorunk pun dah boley jadik saksi..lagipun makmal tu dekat bilik bos juga. arghh! x perlu fikir, abaikan..tunggu next metting apa jadik. dah fon bos juga minta maaf. Haku percaya pasti ada hikmahnya di sebalik suratan yang tertulis ini. Allah x akan duga hambanya jauh dari kemampuan diri...


mode: lepaih nie entry jawab tag dari mar..insyaAllah.



Wednesday, March 24, 2010

layang-layang melayang


Hidup umpama layang-layang

dan

kita adalah pemain layang-layang itu

pegang talinya erat-erat

kerana

bimbang jika terputus talinya

maka

hilang arah tujuan


AKAN MELAYANG ENTAH KE MANA

Wallahu'alam.









Monday, March 22, 2010

perasaan semalam

20 Mac 2010

Rakan baik yang sentiasa menjadi teman wanita yang normal pada setiap bulan. Bulan nie terlebey awal pula dia datang menemani haku. Mungkin kerana dia tahu Mr.A akan pergi operasi @ kerana haku menjalani proses pencucian semula usus (detox). Pelbagai andaian bermain d fikirn haku. Bulan febuari awal satu hari dari biasa.. adakah keadaannya sudah gelong..kalau macam tuh cama na haku nak tentukan waktu kesuburan...haishhhh!

malam tu haku berbincang dengan isteri rakan sepejabat haku melalui fesbuk, dia dolu pernah menjalani rawatan dengan hospital juga, Jadik dia lah tempat haku rujuk semua tue.


21 Mac 2010

aihhhh...keciwanya haku. bukan kecewa kerana rakan baik itu. tetapi keciwa dengan sikap doktor yang betul2 hampagassss!

Pagi tu awal haku bangun x leh nak lelap mata. fikiran asyik pikiaq ja semua tu. mula nak tunggu minggu depan baru nak jumpa doktor. sebab perasaan ingin tahu apakah penyebabnya semua ini, bagai d tolak² nak suruh haku segera pergi.. Haku minta izin Mr.A dolu.. dapat jerk green ligt. haku rujuk pada my BFF. Mr.A x ada.. jadik mujur ada kawan haku yang memahami akan situasi haku. dia lah yang menemani haku dalam apa jua yang haku lakukan, pernah juga menjadi peneman tidur d umah haku if Mr.A operasi lama²... Thanks ya my BFF Dympna John Singin.

haku p pick up dymp d umahnya..kami sama² gerak ke sana. haku mengaku memnag haku jakun dengan perkarangan ruangan pesakit luar tu. haku x biasa datang. itu lah 1st time haku sampai. sebelum ni haku pergi hospital tetapi terus ke wad, hanya lalu sahaja d luar bangunan. Mujur ada dymp yang familiar dengan perkarangan d sana tu. Alhamdulillah... Masa pendaftaran tu haku hepy sebab attendant kesihatan tu baik sangat. mulanya agak keberatan mulut haku untuk bersuara.. tetapi dengan keramahan dia membuat kan haku x kekok untuk berbual.. lagipun kawan haku ada inform jangan malu² atau rahsia dengan doktor. Jadik haku just cerita lite² saja dengan attendant ni. tapi dia macam faham keadaan haku. step by step dia tunjuk jalan dengan haku. terdetik d hati haku, bagus nya dorunk nie. kalau demam pun boley kebah (sihat). siyes memang puas hati, ada haku luahkan dengan dymp.. dymp lah saksi.

Dah siap daftar kami bertukar lokasi ke ruangan menunggu rawatan doktor. Masa ni perasaan haku bersemangat sudah, giliran haku No. 2 wokayyy... Panggey jerk No.1, haku dah mula.. senyum kambing dah. seronok nak jumpa doktor punya pasal. sampai jerk turn haku terus lah haku berjalan masuk bilik rawatan. sikit down masa tu sebab doctor lelaki. tapi gagah juga sebab haku fikir dia doc, haku hanya nak dapatkan rawatan. sedangkan doktor lelaki pun ada sambut baby sewaktu bersalin. Ok berbalik pada situasi haku jumpa doc, Awalnya haku d sambut mesra la. Ya CIK, sakit apa?. selepas haku bagi tau niat haku itu.. doc tu terus bersuara, kamu masih muda. x perlu pikir lagik.. Eee gerammmmmm. haku cakap lah bukan muda lagik doktor cuba tengok umur sy.. pehtu dia cakap lagik semua tu kena serah kat Allah.. Aihh mcm² kami cakap.. haku bagitau lagik just nak buat pemeriksaan kesihatan mana tahu ada sebarang masalah.. tapi doktor langsung x da menunjukkan ciri² seorang doktor yang berwibawa.. dah tu nak buat pemeriksaan pun macam terpaksa, saya check jantung lah, ok jantung kamu x da masalah. Saya bagi asid folic lah, baik untuk bayi.. korunk tengok, nak bagi ubat pun macam perli haku. adehh hampas nyok lah doctor tue.. kalau lah kau malas sekali pun tolonglah hormati perasaan hamba Allah yang kerdil ini. nak nak pula kami ni pelanggan di sana tu. apa kau ingat kau doktor besar sangat. adik badik, sepupu sepapat haku yang doktor pun ada la.. kalau haku boley balik anytime, x mungkin haku p sana.. memang haku terasa dengan cara doktor tu. Haku x leh membalas dengan apa yang kau buat pada haku, tapi tuhan tu maha kaya.. kau juga hambanya.. biarlah Allah yang balas.. sebab kalau haku balas mungkin x setimpal. Ishhhh sakit hatinya... tsk tsk tsk!

Masa haku keluar dari bilik rawatan tu dymp terkejut terlalu pantas haku terima rawatan. haku masa tu terasa macam nak teriak (nangis) & jerit sepuas hati. keciwa sangat hanya dymp yang tahu. haku x amik pun ubat yang suruh amik kat kaunter farmasi. bukan x mau hamik.. kami cuba jalan mencari kaunter farmasi..tutup. kena tunggu pula jam 2 petang. x kuasa lah haku nak tunggu dalam keadaan hati yang menjunam terbenam nie. kalau haku amik pun.. bukan ada follow up apa² dah dengan doktor coz sebelum haku keluar tu, haku tanya juga.. pehni ada rawatan susulan ke? buley dia cakap macam main2 perasaan haku. haku nak cakap terima kasey pun dah x ikhlas.. hanya Allah yang tahu perasaan haku waktu tu.

Maybe nak kena p yang fulus laju keluaq kot.. Sekarang ni haku x berani nak buat keputusan lagik untuk tu.. sebab kena bincang dgn Mr.A baik². Tunggu Mr.A balik minggu depan coz skrg Mr.A operasi kat kota kinabalu.. Apa yang haku sakit hati dengan doktor nie, Mr.A belum tahu lagik.. haku x cerita detail pun. x mau lah nanti ganggu emosi Mr.A pula. dia harus fokus d sana tu..





pemilihan tarikh

Pemilihan tarikh untuk menggunakan perkhidmatan tambang mengunjungi wilayah asal. Macam biasa lah, belanjawan tahunan perlu ada perancangan. Jadik pada insan² yang layak menggunakan tambang ini haruslah memberi kerjsama untuk membuat pemilihan tarikh penggunaan perkhidmatan tersebut. Termasuk lah diri haku... Alhamdulillah.

tahun sebelum nie puas juga memilih tarikh dengan Mr.A.. Last tarikh tu ke laut juga. hurmm! Untuk tahun nie pula haku ingat leh la main hantam sajork letak kat form tu. janji ada tarikh nak dapat tiket. Rupanya harus memilih tarikh yang tepat kerana desas desus yang menyatakan kami tidak akan naik M'sia Airline tetapi AirAsia. uhukss! Itu baru kabar angin, x tahu lah apa keputusannya lagik.. jadik nak x nak haku perlu bincang dengan Mr.A sebaiknya.. kalau ikut giliran tahun nie Mr.A cuti 1st berhari raya. tahun lepas Mr.A dah cuti 2cnd. Cuti mana2 pun boley jerk nak balik, tapi paling best cuti 1st la kan..leh kumpul ramai2 adik badik, sanak saudara rakan dan taulan.. bagi & dapat duit raya..uihhh teringat lagu raya pula..






dengan ini memaklumkan sebagai peringatan kepada kami berdua & insan² yang terlibat secara langsung / x langsung, tarikh pemilihan tiket tambang mengunjungi wilayah asal hasil dari perbincangan dua hati secara berhemah adalah pada 07-19 September 2010. Harap² segala perancangan berjalan dengan lancar... kita sebagai hambanya hanya mampu merancang sahaja. Dia yang maha menentukannya.. if ada insan lain yang terpakasa mengubahnya d sebabkan sesuatu, itu juga adalah kententuan dari nya juga.. Haku redha... Apapun berharap berjalan dengan lancar... insyaAllah.

p/s: kepada ana bakal hadik ipar.. kamu tentukan lah tarikh sebaik mungkin ya. Kalau terpaksa extend waktu itu.. kamu spend la tiket untuk Amyna ya... Kalau x, sayonara... ayat kejam d situ..


Monday, March 15, 2010

Keputusan Shop & Win Contest

Dah lama haku nak publish kat sini. selepas diumumkan oleh cik manis Cherrie Nur diana tu. tapi ya la kan..kekangan masa gitu di tambah dengan semangat yang datang & pergi itu. hurmm! berlambak² mengeras d peram. ada yang dalam draf, ada yang di dalam hati..

Ini adalah entry yang ke-3 haku untuk hari ini.. Adakah semangat itu telah kembali. Moga² terus menerus lah semangat ini. InsyaAllah. jom layan video hasil dari imaginasi Cik manis Ceri.

mesti uols hairan, awat haku duk panggey ceri tu manis. ha.. hampa p la tengok sendiri wajah dia kat sini. hadik dia pun comey... tapi sebab kan dia akak..akak mesti lah lebey dari adiknya. ngeee~


video

Dah minta izin dengan ceri..awal² lagik. tapi duk peram ja video nie. Sekarang baru tertunai. Alhamdulillah.


keputusannya.. syhhhhhhhh!!

Alhamdulillah... haku tersenarai juga antara pemenang No.1-No.3.
Semua hadiah tu haku dah tebus..
Sekarang On da way ke pangkuan haku. Menanti dengan penuh kesabaran.

pehni leh la..gaiya gaiya, gaiya, gaiya!!! Ammmahh...haipppp!


Mimpi kami berdua (^_^)

Mimpi adalah mainan tidur..adakalanya ia boley menjadi petunjuk kepada kita. Ada yang +'ve dan ada juga -'ve nya.. Tapi haku pun x tahu nak katogori kan mimpi ini apa.

haku dan ana (bakal hadik ipar), kami mimpi perkara yang seakan sama.. Adakah sebab kami haku terlalu mengharap.. harapan yang tinggi menjulang tu. :d .

ana mimpi cam nie...

mimpi


buley baca di situ..if x nampak leh klik kat gambar untuk proses tumbesaran.


Haku puloks..mimpi budak ticik a.k.a anak adik haku. Almaklumlah sekarang nie adam asnawi dah x duduk di bawah bumbung Felcra tuh. Sebab nya...hurmmm! panjang cerita.

kalau dulu asal teringat jerk dengan dia..buley fon mak haku. dengar lontaran suara ntah apa bahasa tue, dan yang pastinya haku x faham...:p. Sekarang semua tue, tiada, tiada dan tiada lagik.. terlalu sukar untuk ku nyatakan kalau pe'el d pihak sana buley d tafsirkan seperti pentingkan diri & x takut dengan mati..merebut harta dunia.

Biarlah kita kan hamba Allah jua..x kan larik ke mana.. Allah maha adil..pasti ada jalannya. dan Alhamdulillah salah satu jalan telah hadikku a.k.a Ayah Adam Asnawi temui.. Sekarang kita sama² doa moga segalanya d permudahkan... insyaAllah :d

hamik kau..melalut dah ntah ke mana..perasaan ni kalau d layan begitu lah qoedahnya. wokayy berbalik pada mimpi haku itu..

dalam suasana kampung..haku x pasti rumah haku @ umah mentua hadik haku. tapi macam sama umah mak haku. Di luar umah... adam asnawi duduk bermain, sambil merangkak. dia memakai sepasang baju merah.. Comeyy sangat!!. haku keluar dari kereta secara perlahan² sebab masa tu haku rasa seperti d perut haku ada something, nampak lah budak kicik nie. dia pandang haku. sambil senyum² sinis sedikit kerut dahinya..seolah-olah seperti kenal dan x kenal. Haku yang senyum melebar sampai ke telinga pun mula konpius, terus memanggil nama nya seperti mana yang haku selalu panggey dia..ADAM ASNAWI, ADAM... x sempat haku abis panggey nama dia utk ke-2 kali..dia terus senyum melebar & mengangkat tangan macam gaya budak kicik minta di dukung tu.. haku terus amik dia. Dia peluk haku erat. haku apa lagik...seerat-eratnya memeluk dia, sambil menangis. Dengan air mata yang mengalir laju.. haku terjaga. Masa tu Mr.A tengah siap² nak gerak p pangkalan. dalam jam4 pagi gitu. Haku cepat² cover line..takut Mr.A perasan apa pula d fikir kannya nanti.. dah la Mr.A nak p operasi minggu nie... uissshhh..x mau lah dia susah hati.

Kesimpulan yang dapat haku buat dari mimpi haku :
1- Haku rindu mereka² semua
2- Mungkin haku rindu suasana kampungku..
3- Adam Asnawi merindui kami satu keluarga...terutama ayahnya!
4- Adakah haku bakal bergelar seorang ibu kepada permata hati..


no.4...itu yang penting. moga² semua tu menjadi realiti untuk Amyna..InsyaAllah :d

mode: haku stop sementara aktivit Futsal, Badminton & dll.. Hopefully kwn² faham situasi haku ya, hurmmmm!






Latest model of laptop !!!

Ini adalah sumber kiriman email dari kawan haku.
Tajuk dia pun haku x ubah..namapun pun kopipes.
jadik x perlu lah nak ubah segala. Alasan orang
malas. ngeee~

Saja... haku nak tepek kat sini. mcm menarik pula..
x percaya jom tengok.. Zasssss!







Perbandingan vs gandingan bersama purse



Macam belt pula...lalalalalala...





Ha...Cam ni cara guna nya.. kemasss!




siap buley letak d poket seluar... muahahaha!

kalau mcm tu..lebey kurang hanphone lah ya. hanphone Alcatel model
dolu².


Wednesday, March 10, 2010

minta maaf na...(^_^)

Ingat mau hafdate tapi entah mode haku pergiiiiii.. mungkin pergi ikut sahabat haku yang bertukar tu. alahaiiii...

haku nak mohon maaf banyak² kepada blogger/silent readers. haku kan ada janji nak hafdate info tentang perkara asas kenderaan tue. haku kesuntukan masa gitu.. d opis nun beratur koje duk susun. adehhh!

banyak macam mana pun..kalau buat mengikut step yang betul insyaAllah setlle juga..biarpun take time...kann kan!!

ok olss...continue later ya. malam ni adalah malam ke-2 dua haku memakai foot patch detox. semalam hasil pada pad Ya Allah. geli haku tengok.. utk malam ke-2 nie..esok pg baru haku tengok hasilnya.. sebab haku akan pakai masa nak tidur nanti. Opss!! sebelum tidur, minum bidadari dulu.. :)

itu semua adalah salah satu usaha keras..demi masa depan amyna :D




Monday, March 8, 2010

ayunya mereka.. auwwww!!

Mereka² adalah anak kepada rakan sepejabat Mr.A.. salah satu daripada dorunk nie rapat dengan Mr.A. Kalau jumpa Mr.A susah dah nak d bawa pulang. Asyik² nak ikut uncle jerk..wahahahaa!! itu sudah bagus. Kann kan!




Gen iban.




Gen kelantan+bajau semporna

Saja haku tepek sini.. haku suka tengok depa dua nie. Sejuk jerk mata. Alhamdulillah :)




1tahun vs 1m'sia

6 Mac 2010

wahahaha tajuk... fedulikss!

Apapun selamat hari lahir untuk Zareef Akhil Damien. Dah setahun pun usianya. Moga dengan penambahan sebutan tahun..membuatkan akhil lebey bijak dan sehat² selalu.. InsyaAllah. Actually Akhil adalah anak kepada Pn. fiezah. ngeh~



1thn vs 1m'sia..



hidangan utk tetamu..

actually ada sayur (acar). Haku x amik sebab ada campuran cuka d situ, x bagus untuk kesihatan haku buat masa ini :D



Besday boy with mom.



Memotong kek...ramainya backup singer.. hahahha.



Gaiya gaya gaiyaaa...hurmm!!



gaiya beramai².. ini sajork yang sempat. insan lelain busy. x sempat mo tarik. Yang penting Besday boy ada sekali.. hehehe!!



Suka sangat haku.. sesekali berkumpul cam gini, Macam² karenah kanak² dapat haku rasai. Dorunk berlari, menjerit, menangis, main sama²... wahh terus menyelinap di pikiran haku. Bilakah agaknya haku nak mempunyai anak sendirik.. Apapun haku berserah pada yang maha esa jua..Kerana Allah maha mengerti segala takdir yang d tentukan. Tapi kalau betul semua tu menjadi realiti dalam masa terdekat ni..Alhamdulillah :)




Wednesday, March 3, 2010

ratuhati suka & chentahati sedey

petang semalam haku ada terima video call dari mak haku. Wahh!! 1st time tu mak haku cuba. Awalnya haku agak keciwa sebab dikampung haku x ada line 3G. jadik teda maknanya nak video call segala... Kampung haku kan pendalaman, ujung² nun. uhukss!!

Masa haku dapat panggilan tue..haku ingat Mr.A. Sekali mak haku. Terus berganda² senyuman haku ukir.. Mak haku pula malu² miow miow gitu. Last mak haku just pandang jerk muka haku... x tau nak cakap apa. Sekali haku tengok mak, macam sedey, gembira pun ada.. Ayat yang mak haku mampu cakap.. "akak nampak comeyy!!" haku nak teriak (nangis) pun ada. tapi x patut lah haku nak jatuhkan air mata haku masa tue. sure lah mak haku nampak. Ohh tidakkk. tidak baik sama sekali.

itu adalah pandangan pertama mak untuk tahun 2010 pada wajah haku.. Alhamdulillah itu maknanya haku sentiasa sehat dan hepy kat sini. Kalau ada permata hati sure lagik hepy. jangan kata muka comeyy, segalanya pasti comey montok mantappp gitu...Auwwww!!




Gambar nie haku amik dari fesbuk. gambar yang tag ke profile haku oleh Ariff. kebetulan situasi nya gitu. Opss!! jangan ada puloks yang duk meroyan sama kan haku dengan makhluk dalam gambar tue. kecik hati mokcik nanti tau... hurmm ada juga yang duk tanya haku jenis henset yang haku belikan tu.. alalalala...

Abis jerk cakap dengan mak..luv u~luv me, mmuahh mmuahhh!! terus haku call bagi tau Mr.A. ngadu² manja gitu. sekali manjanya x leh lebey² :( . Bukan sebab Mr.A on duty..tapi Mr A demam.. suara pun serak serak basah sudah. terus haku tukar topik. Kesihatan Mr.A paling utama. Chenta hati kalau dah demam mcm mana? Dah la minggu ni kami harus bekerja lebey keras demi misi&visi. Haku berserah kepadanya Allah kerana haku percaya rezki semua di tangan Allah, Allah itu maha mengetahui lagik maha adil. InsyaAllah.

harapan haku agar Mr.A kembali sehat seperti sedia kala sebelum weekend. Kalau x macam mana nak drive ke sini. Haku nak p sana macam dulu² dah x buley sebab Mr.A dah keluar dari rumah keluarga disebabkan kekurangan unit umah keluarga. Jadik mana yang x tinggal dengan isteri.. haruslah sedar² kan diri. Angkat kaki... okies. poppai d saylormain.. trut tutttttttttt.







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...