Friday, December 17, 2010

Preggy - Congratulations to them all~~

Baru lepas berbual dengan akak haku.. Dia kan ngah preggy sekarang, boleh rujuk entry SINI.Usia kandungan 8 minggu kalau tak salah kiraan. Biasa lah akak haku nih.. peramah, hehehe!! Dia fon haku just nak kompem kan sama ada betul ka haku preggy...

Masa dia call tadi rasa berat hati sangat nak berbual².. keciwa dowhh.. Memang time untuk kawan baik haku dah lewat... dekat 1 minggu lebih.. haku tak pernah lewat macam tu.. Mr.A bukan main semangat jika benar apa yang dia rasai, lalui setiap hari dan mimpi.. Siap telefon Ratuhati dan MIL berkongsikan apa yang dia rasa... sian sayangKu, keciwa lagi :-(

pregnant

Haku pun berhati² juga.. Tak kan kerana haku angkat barang masa perpindahan opis dan preparation audit lepas.. terus kawan baik datang temankan haku. Ala... dekat ja pun haku angkat.. ada juga student bantu.. itu pun nak mai teman ka.. Tapi tak ada pun tanda² macam bleeding.. Wallahu'alam~~

Okeh berbalik pada perbualan kami...

Akak haku bagi tahu.. ramai juga sepupu sepapat haku yang sama² preggy. owchhh... tersentappp!!
  • Akak ieta - 8 minggu
  • Makcik Ani - hampir 8 minggu
  • Kak Wan (isteri adik Lin) - 16 minggu
  • Dek idah - 16 minggu
tapi hepyyyyy~~~~ Apakah???

Nampaknya... kenduri kawin ChaQ nanti haku lah salah seorang yang tercalon untuk bekerja gigih... geng² pompuan yang dah kawin semuanya pakat jadi mak buyung.. Alahai.. haku nak preggy juga... Nakkkkkkkkk!!!! (boleh ka jadi dalam masa sesingkat nih)..

Haishhh tekanan makin membara.. hungga hungga hungga! Apapun haku percaya.. setiap yang tersurat pasti indah, kita sebagai hambanya hanya mampu berusaha dan bertawakkal.. Jangan pernah keciwa... Kann kan~~ InsyaAllah ^_^.


Mode: Mr.A nampak haku search gambar orang preggy nih.. terus dia datang dari arah belakang.. memujuk.. ahakss!! Luv u sayang :-)


sayang @myn@ ^_^

Persekitaran Opish Baru Sementara ^_^

Hujung² tahun nih banyak pula renovation sana sini..Ketuk mengetuk, kopek dan roboh sana sini.. Bingit telinga, habuk jangan di cakap la.. meriah berterbangan di dalam bangunan... Aircond pun sama rancak juga di service..

Seperti yang sedia maklum.. Geng² unit haku kena pindah ke bilik kebal nih ha.. naik beku haku kat dalam nih.. itu yang kejap² ja haku di atas nih. Banyak merayap ke unit orang... hohoho!!

Keadaan haku sekarang dikelilingi oleh barang² pelupusan semuanya... Atas meja kompem lah HP Pavillion yang slim melim nih.. Itu mengadap betul² kedinding. Tapi yang lain²Nya, ha meh tengok di bawah...


Pandangan di sebelah kiri


Pandangan di sebelah kanan


Pandangan di belakang

Esokkan off day.. Tadi contractor Aircond nih bagitahu nak buat service di bilik kebal nih.. Bila dia tengok keadaan bilik haku nih.. terkejut dia, barang bersusun macam tu.. (Haku mampu senyum² saja). Nasib kau la wahai incik.. esok pepandai la kamu dan pekerja ya.. jangan kasi jatuh sudah...

Tahun depan haku balik berkhidmat di sini semula bukan setakat tahun dan semangat baru.. Tapi persekitaran opish yang baru... Masuk² pintu utama tu kompem dah berubah sebab tadi contractor dah mula robohkan kaunter depan tu.. macam mana lah rupa kaunter baru tu ehh... Macam haku pula yang tak sabaQ... huwuiiii~~


sayang @myn@ ^_^



Manisnya bicara mereka berdua :p

Aihhh haku belum balik kampung lagi.. mereka² atur plan sudah.. Macam nih lah gaya adik pompuan haku yang aktifast nih..Manja betul.. ;p

Sejak dia menetap di PD sana.. bertambah menyerlah kemanjaan dia.. Sekarang nih dah ada BerukBand ringan lah sikit keserabutan kepalaan haku dan Ratuhati... Mr.A pun turut terkena buddy dengan pe'el manja dia.. Haishh..



Haku post di wall FB siti (kawan sepermainanKu) dan di rumah semalam haku langsung tak on9.. Penatt~~ Pagi nih haku tengok manisnya mereka berdua berbicara... Kena tunjuk kat Mr.A nih.. baru plan success.. hahahha!!



Kawan haku nih baru melangsung perkahwinan... tak sampai 1 bulan lagi. Kalau haku dapat balik AidilAdha hari tu sempat la haku tengok dengan mata kepala haku sendiri siti bersanding.. Sebenarnya kami di sini dah plan sebaiknya untuk semua itu, tapi Itulah hanya mampu merencanakan.. Sob3x.

Nih nak balik hujung tahun pun duk pospont lagi.. Kalu ikutkan petang nih terbang dah kami ke KLIA sana.. Hmm!! malas nak cakap banyak.. panas hati.. ekekke. Hari ahad baru terbang okehh... Semua plan sabtu & ahad postpone, mana yang tak dapat tu kira BURN...

Tolak dua hari.. tinggal berapa hari ja nak berkampung di semenanjung sana... Banyak urusan nak setel nih.. Adehhh~~ Moga Allah s.w.t permudahkan segala urusan kami.. InsyaAllah ^_^.

Mode: Wahai Gadis Aktifast bab nak turun ke PD depend pada masa ya..tapi apapun lepas kenduri ChaQ tau... hang jangan duk teriak pula.. sekehh kepala laju² kot.. ;p


sayang @myn@ ^_^

Thursday, December 16, 2010

Beku sejuk keras... sudah!!!

Sejuk sebab Aircond... Ya sangat sejuk opish baru sementara ni...Tak tahan. Pakai jaket tebal pun tetap juga sejuk. Macam mana lah nak mendaki Gunung Kinabalu, begini pun dah tak tahan. Kalau Mr.A baca nih kompom haku kena perli ketat² punya la.. hohoho!! hello sayang.. kalau naik gunung teda hal.. sayang kan ada.. leh tolong panaskan.. ;p

Semua barang² pun turut sejuk.. keyboard ni ha.. nak naip pun susah.. Jari keras kesejukkan.. Nak adjust suhu dah tak boley.. rosak. Susi On/off pun canggih...huh!! Jadi terpaksa memaksa diri redha sahaja untuk seminggu nih..

Tahun depan haku dah boleh pindah duk kat ruang luar itu sudah. Bukan di bilik kebal nih lagi... Ruang luar tu unit haku yang punya jua.. yeayyy!! Sekarang tak rasmi lagi coz barang² staf yang lama masih banyak dan dia bercuti sekarang.. Nak tak nak postpone ke tahun depan lah.. lepas haku balik dari Cuti² di kampung halaman...



Deem yang naik sekejap beli tiket pun tak tahan.. Apa lagi haku yang berkampung di situ sehari suntuk bekerja..Siap tunjuk tangan yang kaku kesejukkan kat haku.. ekekke. Dia bukan perasan haku snap gambar dia. Lagi pun time nih haku duk pegang henset sambil tunggu No.pin.. Dialog deem time nih.. nak tau ka??~~ biarlah dia yang sambung.. tettt!!!

Bos haku pun tak sanggup weyy... Kira geng unti haku sekarang ada di mana². Opis kami terbuka.. dirumah, di bandar semua pun boleh... wakakakka!!!!




Suis On/Off... Hebatttt!!


sayang @myn@ ^_^

GiveAway Blog Anniversary

Yess haku nak join GA dari Fairuz Fazilah. sempena 1st Anniversary blog nya..



Thanks Fafa invite myna untuk join GA nie..Syarat²nya uols boleh klik pada banner di atas tu... hanya 5 orang yang bertuah dalam cabutan sahaja akan menerima hadiah yang di tawarkan.. Ekekeke... So meh la pakat² join..


sayang @myn@ ^_^

Wednesday, December 15, 2010

Pilihan hati 600 follower sudah..Tahniah!!!

Selamat pagi rabu pembaca Amyna sekalian maya... Pagi nih nak publish award dari seorang rakan blogger...

Tahniah untuk hakim pemilik blog "pilihan hati"dan manusia biasa yang mengharap kasih ilahi.. Alhamdulillah ^_^.




Terima kasih ya hakim.. Okeh akan Myna simpan bebaik... simpan di sini saja ehh.. ekekke.. Selamat berkarya ya hakim dan hepy hepy hepp hepp horayyyy!!


sayang @myn@ ^_^

Tuesday, December 14, 2010

3 jenis buah untuk tenaga lelaki~~

Info kesihatan lelaki...Khususnya. :-)

Biasa kita boleh dengar tentang masalah lemah tenaga batin ketika pasangan suami-isteri beraksi di ranjang.

Masalah itu boleh di atasi melalui cara pengambilan pemakanan harian yang mampu memberi ketahanan tambahan kepada tenaga seksual. 3 jenis buah yang haku maksudkan mempunyai kreteria tersendiri..

tenaga lelaki

Tomato amat baik sekali buat sang teruna. Ia mengandungi sejenis anti-oksida yang mampu memanjangkan hayat sel-sel sperma. Amat sesuai bagi mereka yang inginkan anak cepat.

tomato dan pisang

Buah pisang mengandungi enzim bromelain yang berfungsi untuk meningkatkan tenaga batin serta dapat mengelakkan mati pucuk di kalangan lelaki.

Ubat tenaga

Buah aprikot mengandungi asid folik yang tinggi di mana ia berfungsi untuk proses metabolisma protein yang boleh menghasilkan tenaga kepada tubuh badan. Ia dapat meningkatkan stamina dan ghairah seks bagi kaum lelaki mahupun wanita.

Okeh sampai sini dulu perkongsian dari haku ya para uda dan dara.. Nukilan asal perkongsian ini daripada AdminMalamPertama.. hehehe!!

Mode: Sangat busy kerana sekarang audit aset sedang hebat berlangsung di pejabat.. Sehinggakan Misi Amyna tak tercapai lagi... Urusan hangkut mengankut punya pasal.. Tak apa jani Allah s.w.t itu kan indah~~

To Ana: Akak dah jawab di atas tu yeahh... Ngee~~


sayang @myn@ ^_^

Saturday, December 11, 2010

Alololo~~ yang diidam tak dapat loh.. Tapi...

Kenyang juga kan sayang.. Syukur Alhamdulillah. Sebenarnya Mr.A teringin nak makan daging kambing. sejak balik dari sana (somalia), Mr.A belum lagi dapat menjamah daging kambing..

Dulu kalau Mr.A teringin nak makan.. kami akan beli di pasaraya Gient. Sekarang nih bila Mr.A teringin nak makan jarang pula ada di jual.. sian Mr.A.. Tapi situasi nih selalu kan... bila kita tak mau dia ada depan mata.. sampai menyampah dibuatnya.. Bila kita mahu.. bayang pun tak nampakss!!

Chicken Rice tawau

Demi untuk memenuhi selera Mr.A hari tu.. haku bawa Mr.A makan di Sabah Chicken Rice dengan harapan ada la daging kambing.. Tapi apakah vengong nya haku hari tu.. langsung tak leh nak pikir. dah terang² kedai tu Chicken Rice. Lagi mau cari daging kambing... kompom la tak ada kan.. Huhuhu!! Nasib baik waitress situ supporting².. tapi jika dia mengutuk haku di belakang.. Berdosa ko dengan haku yo... ;p.

Sabah Chicken Rice

Haku oder Chicken Rice Steam dan Mr. oder Chicken Rice BlackPaper..Last² haku yang habiskan Blackpaper tu.. Steam tu Mr.A yang hamik.. Ntah rasa loya pula haku makan ayam steam nih.. wekk wekk wekk!!

Sabah Chicken

Minuman kami.. Jus tembikai dan Laici.. Mr.A tu opcos la dengan minuman faverate nya.. Ohh ya, Rencah dalam dua bekas tu memang da best... secukup rasa dan memuaskan hati... Porridge dia pun maletoppp kau!!! memang puas hati makan.. Ehh ehh dah serupa promoter SCR puloks haku..

Chicken steam

Ayam steam waktu nih tak selera pun nampakss! Melugaii~~~

TAPI.... Bila di letak dua rencah tersebut...

V

V

V

V



Vasss!! menarik dan menyelerakan.. Mr.A la yang habiskan.. haku Full tank dengan ayam Blackpaper + nasi..

Sayang minggu depan kita dah nak balik kampung.. Jadi kita cari daging kambing di semenanjung lah ehh... InsyaAllah ^_^.



sayang @myn@ ^_^


Giveaway : Frozen Resolles

Join GA lagi... kali ini hasil berpoya² di blog Tiefazatie. Semalam saja dua info GA datang dari blog ifa.. hehehe!!

Tarikh tutup GA : 1 Januari 2011.



" SAYA NAK CUBA RASA TRY TEST RESOLLES INI...=)"

Untuk detail lagi boleh terjah ke blog penganjur. SINI. Sesiapa pun boleh join.. Syarat² nya pun simple sahaja... Okeh Good luck olsss...


sayang @myn@ ^_^


Friends GiveAway

Tadi Ifa inform ada GA baru.. terus amik kesempatan yang ada nih publish entry Friends GiveAway. Penganjur GA adalah Nad. Thanks ya Ifa bagi tahu akak.. Harap² bertuah.. InsyaAllah ^_^

Tarikh tutup GA pada : 10 Januari 2010.



Syarat untuk join GA boleh klik pada gambar di atas tu ya..Nanti automatik anda di bawa ke blog pihak penganjur.

Haku follower selepas ifa.. kira bersebelahan kami (Amyna). Ingat!!! GA nih tak perlu diletakkan banner di side bar just link kan gambar di atas ke blog penganjur sahaja..

Dengan ini haku Tag Mummy Nemo (ellen).

Hadiah berbentuk Topup bernilai RM5.. bukan nilai duit yang kita cari.. tapi nilai sebuah persahabatan. So kawan². Mai la kita pakat² join.. hehehe!!



sayang @myn@ ^_^

Friday, December 10, 2010

Suya tanya kenapa Blog?

Hai Cik Suya.. panjang melebaq na entri yang di karang tu.. Akak nih tak tau la leh karang panjang mana. Tengah mengambil aura rajin nih.. padahal mata nak mula² menunjukkan reaksi kurang best... hehehe!! Penat kan hari ini kerana dia. Demi tatapan suya akak cuba ehh.. InsyaAllah ^_^.

Suya... Akak dulu ada juga blog.. masa penghujung tahun 2006 macam tu, masa tu akak bertugas di POLIMAS Jitra.. Kak sitiBuha, housemate akak yang memperkenalkan blog berblog nih.. Blog akak yang dulu tuh namanya Gen2purple. Akhirnya terkubur macam tu aja. Amyna 2109 pula lahir bila akak merantau ke sini.. Ujung tahun 2008 akak dah start publish entry..boleh semak di bahagian KisahKu CeritaKu... Seperti kata suya.. dah duk jauh timbul rasa nak berkongsi cerita ceriti dengan adik badik, saudara mara dan kawan² semua..


header akak dari dulu.. ada plan nak tukar, tapi ntah la.. hehehe!!

Pehtu di sokong lagi apabila ada ramai kenalan di alam maya nih (geng2 forum) yang situasi sama seperti akak- mananti zuriat. Bila berblog kami boleh berkongsi usaha yang dilakukan.. terubat sikit rasa tekanan dalam berhadapan dengan manusia di luar sana yang tak faham² "Janji dan rezki dari Allah s.w.t"...Sindiran mereka makan dalam suya.. haishhhh!!

Akak bertambah seronok berblog apabila ada pembaca menghargai perkongsian dari akak, ada yang minta buat tutorial.. jadik akak rasa bersemangat untuk terus blogging.. rasa macam tak dapat nak berpisah dengan blog dah sekarang nih. Mr.A pun sokong akak berblog.. Time Mr.A tak duty akak nak meluangkan masa dengan Mr.A TAPI sebaliknya Mr.A pula yang beriya² nak akak blogging.Siap cakap lagi. On9 la dulu sayang abang tengok tv.. hehehe!! Kekadang tu kalau p jalan² makan ke hapa.. mesti dia cakap.. meh abang ambil gambar ayang nanti boleh masuk blog.. sekali fikir macam lucu pun ada..lucu² bestttt!! sokongan moral tu kan...

Kalau suya tengok di bahagian KisahKu CeritaKu bermula dari bulan 6 hingga sekarang, terang² berbeza entry setiap bulan dengan bulan sebelumnya.. Akak rajin update sejak Mr.A pertama kalinya bertugas di negara orang tempoh hari.. Disitu lah tempat akak bercerita selain beremail.. Kalau nak berhubung secara live (henset & YM) sangat susah coz bertugas di tengah² laut... Ngee~~ Orang yang biasa hidup berpasangan pasti merasa seperti kehilangan bila berjauhan dalam tempoh yang agak lama.. ibarat patah sayap.huh! tiada tempat nak luahkan suka duka yang dilalui setiap hari.. sedihh~~

Melalui blog juga akak boleh kenal dengan ramai kenalan baru tak kira peringkat umur dimuka bumi Allah s.w.t yang luas ini.. Dunia dihujung jari tanpa sempadan.. :-) . Selain itu akak boleh jadikan side income juga melalui blog.. Nuffnang yang sangat pemurah, thank a lot pihak Nuffnang sudi jadikan De' eyes 0f Princess D0t C0m sebagai medan promosi iklan..Alhamdulillah rezki.. Bak kata pepatah.. rezki jangan di tolak, musuh jangan di cari...

Okeh suya.. sampai di sini saja dulu.Oh ya.. Akak malas nak edit dah di bahagian atas tu just continue yang semalam punya.. Tarikh dan masa publish ja akak ubah.. Suya baca nih anggap jerk situasi akak semalam punya ya.. ekekekek. Lepaih nih ingat nak jawab tag dari Deem iaitu contest di blog MakLagenda.. InsyaAllah ^_^.


sayang @myn@ ^_^

Award pengundi dari CikGebu

Aihh aktiviti hangkut mengangkut tak settle lagi... student yang di arahkan untuk membantu dah chow.. huh!! Janji tinggal janji. Nampaknya kena lah buat sendiri juga macam semalam.. Memang slow² lah haku kayuh....huhuhu!!

Haku tertinggal kunci almari kebal dalam poket seluar semalam... Ishh3x. Sebelum balik rumah amik kunci almari tu.. Haku publish dulu award pengundi dari CikGebu.. Katanya dia menang kontest yang haku dan rakan² blogger yang lain Vote. Alhamdulillah rezki berpihak kepada CikGebu.. Tahniah ya CikGebu...

3


Ini lah awardnya... Couple teady bear yang kiut dikelilingi senyuman.. haipp haipp!! Terima kasih ya CikGebu award nih..

Pada rakan² blogger yang nak haku vote apa² contest meh la kongsi link.. tiada hal punya... Okeh dah cukupp.. nak balik dulu. Tahniah sekali lagi untuk Cik GebuZzzzzz!!!


Mode: Suya tayam ketenangan belum ada.. hehehe!!


sayang @myn@ ^_^

Untuk tatapan Ellen dan Suya... hehehe!!

Selamat pagi Jumaat to all readers...

Pagi nih haku masuk koje.. 1st haku riki² tempat untuk haku menapak komputer HpPavilionSlimline... adehh la. sempit betul ruang sementara ni. Nanti lepas meeting nak hangkut semua PC di makmal bahasa tu bawa masuk ke sini, Bertambah la padat...sob3x. Ellen boleh ba kalau mau kasi Nemo datang sini..tak dapat tolong,boleh bagi suntikan semangat untuk myna pun jadi la..

kepada Suya... akak dah karang untuk membalas persoalan suya tu.. tapi lom sempurna lagi. semalam penat sangat. Mata minta di manja dan badan minta di belai... typing pun banyak error.. akak terlelap di meja komputer semalam.. huh! Last lappy tu jam 4 pagi (subuh) akak tersedar.. baru off.. Mahap ya suya..

Hari nih akak cuba publish ehh.. InsyaAllah... Okeh mau turun ke library dulu.. ada metting.. jam 9 bermula. lagi 10 minit da... Can cin cauuuuu!!

Take care Alls..


sayang @myn@ ^_^

Thursday, December 9, 2010

Mrs.A - Cerita Hari Khamis di minggu 49

Hari nih bekerja sekeras tenaga.. Luar biasa baik. Buat slow² lama-lama settle juga kan.. hi4.

1- Dari pagi start pindah komputer pelupusan untuk audit minggu depan. Ya pada kengkawan yang tahu situasi haku mesti pelikkan kan.. Mana tidaknya dari minggu lepas haku duk settel koje nie.. Nak kata lembab ka hapa terpulang.. tapi haku nak habaq juga reason haku:
  • Haku buat slow², mana yang terlampau berat seperti sever power Edge tu.. memang haku tak hangkat sendiri.. Haku tunggu bos haku. Dulu haku boleh juga angkat sikit².. sekarang memang haku surrender nak jaga kedudukan RAHIM haku demi pewaris kebahagian AMYNA. Kalau ikut kan Cpu dan monitor pun haku tak mau hangkat.. tapi apakandaya.. Tugas mesti tegas caragass!!
  • Haku settel secara solo.. lagipun di opish atas.permanent situ hanya haku & bos. Ada kawan tapi jawatan lain. Nak minta tolong bagai di kata la. tak kan nampak haku sorang² terhegeh² mengusung barang dari ujung sini ke sana tak reti² nak tolong..Ntah haku tak faham. Biasa la manusia hati lain².. so abaikan. jangan nak serabut kepala hotak..
  • Makmal yang haku settel ada 4 makmal.. 1 makmal ada lebih kurang 30pc. Dalam 30 tu.. tidak semua di klasifikasikan status yang sama. Ada jualan sisa dan ada hadiah. Nasib baik dua sahaja. kena 4 atau 5 status. naik juling mata haku nak uruskan part label saja.
  • Dah siap label nak hangkut letak di bilik khas pelupusan bukan nya dekat.. berpuluh langkah juga dari makmal... Tapi makmal Komputer settel dulu sebab bilik khas nih dekat dengan makmal komp. Makmal lain² tu (aplikasi, rangkaian dan bahasa) pelan² la haku kayuh na.. Bos faham..sebab bos haku pun busy berurusan dengan pembekal untuk P & P semester baru. Jadi kami masing² ada koje. dia tak mendesak pun haku.. itu haku suka. koje mau hepy hepy ma..Hepp hep hoorayyyy!!
  • Dalam duk setel semua list kat atas tu.. ada puloks staf yang cari haku nak minta Kew-PA. Paling haku hangin.. kew-PA dorunk hilang.. pehtu pandai puloks mengarah haku suruh create baru.. haishhh!! Muka haku di opish sekarang.. adalah Muka Kueh Paw.. ehh kew-PA.. Dulu sebelum audit Muka prob komp, paling banyak muka internet... Asal tak ada internet atau block side jerk cari haku.. ehh please block² tu semua bukan bahagian saya.. tsk tsk tsk..
2- Jam 12.30 berenti rest.. hilangkan lengoh² otot. Sebelum lunch ambil kesempatan time rest tu teman Deem ke JPJ tawau untuk upgarde lesen.dia dah tak pakai "P"lagi. Ehh ya ka upgrade haku main hantam sebut saja.. fedulik lah. Oh ya.. haku pun ikut renew lesen.. rupanya lesen haku dah tamat bulan lepas lagi.. sungguh haku tak perasan. Settel urusan deem di JPJ, Pasar Tanjung dan stesen bas.. kami pergi lunch di kedai Sup yang di tepi highway tu.. kenyang. Alhamdulillah ^_^.

3- Jam 2.15 Sampai di opish, kontraktor puloks nak pecah dinding opish.. jadi semua barang² kena pindahkan ke bilik sementara.. SEGERA okeh. Bos pula tak da.. haih haih haih.. Stok perkakasan semua kena pindah. Dah tu hari ni juga la Aircond opish haku tu merajuk. Langsung tak boleh "ON". Kepanasan, berkuap nya... subahanallah... Laju jerk peluh turun. macam air paip.. wekkkk!!

4- Haku punch out tadi jam 5.45 petang.. Sini time tu dah nak masuk maghrib dah. Haku lewat sebab haku terpaksa menjadi cleaner.. gara² gurauan manja dari printer cikai persendirian tu. kata dah pindah opish jadik mana ada ruang khas untuk barang² haku. Better bawa balik rumah sahaja. On da way nak bawa ke kereta.. Ink CSS tu jatuh tertumpah. Haku letak dulu di lantai coz nak pergi amik kain kereta. Ada pula Pakcik guard yang berhati mulia membantu haku untuk angkat ke kereta.. sekali dia tak perasan kabel di bahagian bawah tu tertanggal. Habis sepanjang perjalanan ke kereta lantai premis opish haku dipenuhi dengan ink printer. lantai putih dan ink warna merah pula tu. adehhh! Pakcik suruh biarkan. esok cleaner cuci. Ohh tidak pakcik esok mesti dah kering. susah mau tanggal.. Nak jadi rezki haku. stor cleaner tak berkunci. so beresss!!

Syukur Alhamdulillah dengan apa yang tersurat hari ini... Lesen pun dah renew.. due date 8 Disember 2012. Ya dua tahun dari hari ini... esok haku menempuh lagi situasi koje seperti di No.1.. Kuatkan semangat myna.. Chaiyokk chaiyokk!!


Mode: Hari nih pegawai kerajaan pakai baju batik cantik dipandang.. haku pula pakai seluar panjang + t-shirt senang melangkah.. =D

Mode: Pehni nak jawab TAG pula. tak tahu lagi yang mana satu haku nak select, yang semalam pun tak publish lagi.. haiyooo! kepada yang tag haku.. bersabar ya.. kalau ada yang haku lupa. meh tolong ingatkan.. Jangan nak merajuk² pula na, TAPI kalau Ellen merajuk haku leh minta bantuan Nemo.. hehehe!!


sayang @myn@ ^_^

Jalan² petang di highway tawau..

Mr.A dah banyak kali ajak haku p jalan² di tepi laut... kalau kat sini tempat nie lebih dikenali dengan nama "highway". Jangan tanya haku kenapa? dulu masa mula² haku ke sini.. teruja juga la nak tahu tempat ini. dalam kepala hotak haku duk bayang jalan highway macam di semenanjung sana..siapa pernah ke sini tahu lah perbezaan yang haku maksudkan tu.. :-)



Haku asyik postpone jerk.. Ntah la malas rasa nak pergi area sana. Minggu lepas nun Mr.A dah merajuk dengan haku. Dalam seminggu tu tahan telinga saja haku, mana tak nya berulang kali pula tu menda yang sama.. kiranya pantang senyap.. dengar lah dia punya perli..pedasssss!! :p. Jadik minggu nih haku tunaikan lah permintaan Chentahati...



Best juga jalan² berdua di sini..Macam² situasi ada.. wink*wink. Paling best tiupan angin bayunya yang sejukkk. terasa juga seperti diri ini mau melayang ke laut... Pehni boleh la lepak sini lagi dengan Mr.A.. Jangan marah ya kalau setiap minggu ayang ajak mai sini... kalau sayang busan.. ayang ceramah kat sayang pula.. haishhh!!



Kalau ikutkan Mr.A nak bawa pancing ikan ke sana tu.. adui la.. terus laju² haku cakap.. tempat memancing terhad sana tu sayang. kat tepi² pelabuhan jerk ada.. (alasan haku ;p ). itu pun belum tentu ada ruang kosong sebab orang mesti ramai punya petang² nih. haku mengukuhkan lagi alasan haku dengan menyelit kata² dari Deem... hahahaha!



Alahai kesiannya sayang.. merenung jerk orang memancing. Okeh sayang ayang janji lain kali ayang teman sayang p memancing ya.. InsyaAllah ^_^


Mode: Port baru untuk kami rehat²...


sayang @myn@ ^_^

Wednesday, December 8, 2010

Tutorial: Cara memendekkan URL (Twitter)

Dalam haku tengah mabuk² settelkan dokumen KewPA untuk audit, haku gatai² tangan surf laman web ChurpChurp. Lama juga haku tak jenguk² ke sana.. Tadi bila haku jenguk. ada campaign di sana.. terus zasss!!

Tetttt!! Haku mempunyai problem masa nak link kan URL campaign tersebut melalui Twitter. Panjangkan link sesuatu campaign + ayat promosi lagi... Actually twitter tu pun haku baru menjinak² kan diri.. Hasil google haku dapat settle problem tersebut dengan baik. Alhamdulillah. Itu yang gedik² nak buat toturial untuk kegunaan sendiri juga lepas nih. Kawan² yang memerlukan pun boleh juga.. tiada hal punya!!

Memendekkan URL dan URL Shortener?? sama jerk maksud untuk kedua² nya.. hehehe!! Ada banyak laman web untuk URL Shortener nih... tapi di sini haku just inform dua sahaja.. Yang haku guna tadi.. Rasa paling best pada pilihan haku bit.ly .


Laman Web i : bit.ly

URL Shortener


Laman Web ii : tinyurl.com


memendekkan URL

===============================


Cara memendekkan URL

Kanan link yang telah di pendekkan dan kiri pula Link URL yang panjang ^_^.

Jadik andai kata nak paste di Twiiter dan facebook.. boleh amik yang telah dipendekkan tu. Lagipun kepada pengguna twitter kita Sedia maklumkan... hanya boleh submit sebanyak 140 patah perkataan sahaja dalam satu tweet. Ini lah salah atu kegunaannya...

Untuk Facebook.. boleh guna yang panjang itu.. tapi nampak macam menyemak kan. lebih baik guna link yang dipendekkan kerana Url shortener akan membuatkan url tersebut kelihatan unik dan ringkas dan akan menimbulkan minat orang yang anda tujukan url ini... kann kann~~


Rujukkan dari penulisan:
Attayaya.net.


sayang @myn@ ^_^

Nuffnang dan Churp churp bergabung yeayy!!

Dua akaun tersebut telah bergabung dalam satu laman web.. Jadi memudahkan koje kita akses antara dua akaun tersebut dengan hanya satu klik. Dengan ini juga pasti memberi keyakinan untuk kita Join ChurpChurp. Haku yakin pasti ada yang tertanya² kan dalam pemikiran "Dah ada iklan nuffnang boleh ke join Churchurp nih??"Jadi dengan ini dah terbukti kann. Tak percaya lagi boleh terjah SINI.


Imej: kredit dari Blog Nuffnang.

So apa lagi jom la kita lakukan langkah gabungan ini... Cepat dan pantass!!!


Imej: kredit dari Blog Nuffnang.

Login ke akaun Nuffnang anda.. Hala kan cursor ke bahagian atas seperti dalam paparan imej di atas dan klik "Link Now". Automatik box untuk konfigurasi dipaparkan. Ikuti langkah arahan yang diminta hingga selesai dan kedua² akaun tersebut bergabung. Sangat mudahh!!!

Apabila kedua² sedia bergabung..Hasilnya.. Kita hanya login ke akaun Nuffnang, Automatik boleh akses akaun ChurChurp serentak dan begitu lah sebaliknya.. Wohohoho!! sangat memudahkan.. Thanks ya Nuffnang!!

Kepada readers yang belum mempunya akaun ChurpChurp boleh register di ChurpChurp.com.


sayang @myn@ ^_^

Mama Kembar 3 Buat Giveaway.. Yay!

Give away dari Mama kembar 3 sempena Anniversary yang ke-6.. Syukur Alhamdulillah. Tahniah ya Mama.. Dengan publishnya entry nih maka selesai TAG yang haku terima dari Suya dan CTNurkhijah...

Tarikh Tutup : 6 Januari 2011



syarat² untuk join Meh klik Mama Kembar 3 Buat Giveaway . Haku dah join.. Untuk memenuhi syarat nya haku nak tag rakan² blogger.
  • Hanim ==> http://sepetishanim.blogspot.com/
  • Hajar ==> http://hajar-hajarus.blogspot.com/
  • KakLong ==> http://zaimadyfamily.blogspot.com/

Sebab hadiahnya sangat menawan hati iaitu barangan Victoria's Secret & Telekung Travel yang di taja oleh Itsy Bitsy Secrets. Nak tengok hadiahnya meh haku tayang sini..



Hadiah pertama



Hadiah ke-2



Hadiah ke-3


Kepada 3 orang rakan yang di tag, sila lah merajinkan diri untuk join ehh.. Ngee~~


sayang @myn@ ^_^


Tuesday, December 7, 2010

Sahabat Blogger GiveAway

Hoyeahhh!!

Pasti menyokong GA pertama dari LadyMyza atau lebih dikenali dengan singkatan LM.. Tarikh tutup GA pada 12 Disember 2010.

Syarat² nya lebih kurang sama dengan GA yang lain. Hanya berbeza dari segi katagori peserta, iaitu terbuka kepada perserta yang mempunyai Blogspot percuma sahaja dan bukan domain berbayar.. Jadi di sini haku masih layak ehh. =D



LM..myna dah follow LM dari dulu lagi kan.. sekarang follower LM pun dah meninggi sudah.. Alhamdulillah.. Myna punya user tertindih kedalam sana sudah... haipp haip!

syarat² yang lain myna akan buat selepas publish entry ni ya.. Untuk lebih detail tentang syarat² GA dari LM nih, boleh klik SINI atau pada banner di atas nih. Ingat ya..sehingga 12 Disember 2010 sahaja kerana LM ada buat sticky mode entry tersebut.. lepas pada tarikh tu pasti uols di bawa ke link entry terbaru dari LM ( tak perlu scroll ke bawah lagi).

Hadiah nya berupa MakeOver blog dari Eija Design. So kepada kawan² yang berpeluang untuk join meh la join.. Dengan ini haku nak tag Suya , DeeM dan CtNurkhijah.


sayang @myn@ ^_^


1 muharam detik permulaan


hari ni 7 Disember 2010 kita melangkah ke 1 Muharam 1432H, iaitu tahun baru dalam bulan islam.. Moga kita sama2 mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah s.w.t serta memberi 1001 erti dalam kehidupan.. InsyaAllah ^_^.

1 muharam
Gambar credit to google : Key 1 Muharram 1432

"Apabila kamu telah berazam, Maka bertawakkallah kepada Allah..
Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertawakkal"
surah Al-Imran: Ayat 159

Akhira kata salam Ma'al Hijrah untuk semua muslimin dan muslimat di alam maya ini...

Mode: Time² sekolah dulu mesti ada pertandingan nasyid.. Tajuk 1Muharam tu. Ohh best da moments.. heheheh!!


sayang @myn@ ^_^



Monday, December 6, 2010

Jom tengok tawaran hebat akhir tahun dari AirAsia....

Kini sesiapapun boleh terbang... :-)

Haku sesaja kongsikan di sini untuk tatapan kawan², mana la tahu ada yang bercadang nak jenjalan sini tahun hadapan melawat haku cuci mata ditempat orang... ekekke. Sebenarnya ini adalah antara email yang diterima dari Pihak AA... Final countdown sale selama 48 jam sahaja...

promosi air asia

Tempahan boleh dibuat pada: 8 Disember 2010 - 10 Disember 2010. 2 hari sama dengan 48 Jam :p

Tarikh penerbangan : 1 Julai 2011 - 10 November 2011.




Ini contoh PrintScreen email.. Murah murah murahhhhh!!!. Tetapi kekadang tu ada yang promo hingga All in fare Rm9. Nak lebih detail tentang promo menjunam nih boleh direct terus ke Final Countdown sale 48 jam sahaja.

Mode: Tinggal di tempat orang yang terpisah dengan lautan macam nih lah gayanya.. tak terpisah dengan jadual penerbangan... Ngee~~


sayang @myn@ ^_^



Makan² 1Malaysia di Hot Spring

Aktiviti : 27 November 2010

Salam 1 malaysia!!!

Aktiviti haku bersama rakan² sepejabat di weekend² yang lepas.. Bersesuaian dengan tajuk entri nih.. Pelbagai negeri berkumpul di Sabah dalam satu menu tradisi dari pantai timur (kelantan).



Berkongsi bahan² nasi kerabu dan bekerjasama memotong bahan² mentah... kalau ikutkan bahan tersebut dipotong siap² dari rumah. Disebabkan tugas membawa bahan mentah nih jatuh kepada orang sabah, sawarak dan kedah..

Mereka tidak tahu cara memotong dan ini 1st time mereka nampak nasi kerabu... orang kedah pula tak dapat nak bermalam bersama mereka.. just pickup time nak ke sana sudah.. Apa yang penting Kerjasama... hehehe!! ( siapa gerangan orang kedah tu ehh?? ;p :p)



Pelbagai bahan² yang disediakan untuk menu nasi kerabu.. itu yang bekas tapau pun lain² rupa.. Desert dan kek pun ada.. kek hijau tu di sponsor oleh orang Johor.



bila semua dah ready... masa untuk makan. Baju merah itu tuan rumah (Incik Ismail). Hari untuk kami berkampung di sana seketika..demi Nasi kerabu =D.



Berselera kaum bapa.. Sangat puas hati makan bergotong royong macam ini. kau nak ulang makan pun tiada hal.. boleh saja. makan sampai kenyang!!!



Paling kelakar time makan nih.. orang sawarak. 1st time jumpa katakan. jadi sedikit kecoh.. Last² pandai juga cara menikmati nasi kerabu.. hehehe!!



Kenyang sudah.. time bercerita ceriti sambil merehatkan perut yang sarat dengan nasi kerabu. Ada yang dah terlentok dihujung kerusi sana.. :-)



Bila dah terasa masih ada ruang.. boleh layan desert & kek pula.. Memang hari itu terasa full sangat perut.. Alhamdulillah rezki ^_^



Mr.A tidak dapat join aktiviti nih coz on duty.. jadi haku bergerak solo seketika di sana. Meriahhh dengan telatah anak². Di akhiri dengan gambar anak tuan umah & isterinya... Terima kasih banyak² ya Incik Ismail sekeluarga..

Mode: Pelbagai negeri dari Sabah + Sarawak + Negeri 9 + Kedah + Terangganu + Kelantan + Kuala Lumpur dan Johor.. Kami berada di bumbung yang sama pada 27 November 2010 jam 12.30 tengah hari - 4 petang...


sayang @myn@ ^_^

Sunday, December 5, 2010

LadyEll buat Giveaway,JOM JOIN!

GA di tag oleh KakLong juga.. nih kira melangsaikan hutang Tag dari Akak.. kann kan~~. Dalam GA ini kita kena kompul 4 point.. Nak tahu detail boleh rujuk direct ke link penganjur LadyEll buat Giveaway,JOM JOIN! .

Due date pada : 30 Disember 2010



Ke-empat² point myna dah settel.. id follower: Amyna. Ok last myna nak tag rakan blogger iaitu :-
  • DeeM ==> http://deem2884.blogspot.com/
  • Cahaya ==> http://aq-cahaya.blogspot.com/

sayang @myn@ ^_^

Tudung GiveAway

Tudung Giveaway dianjurkan oleh Mamamika sempena 4th Anniversary pada 3 Dis 2010. Tahniah mamimika sekeluarga... Alhamdulillah ^_^.

GA ini haku di tag oleh KakLong, Yess!! Automatik kakLong sebagai referrer saya... dan tarikh tutup GA pada hujung tahun nih 31 Disember 2010



Syarat2 nya sama seperti GA yang lain.. Untuk lebih detail boleh rujuk SINI. Hadiah semestinya berbentuk tudung. Tapi yang bestnya... Grand Price adalah tudung layer berlayer. Warna hitam merah pula tu. kombinasi warna yang cun.. hohohho!!

Okeh nak tag:
  • Atie ==> http://atieaizam.blogspot.com/
  • Angah ==> http://angahsayang2314.blogspot.com/
  • KakLynn ==> http://lynnhamzah.blogspot.com/

sayang @myn@ ^_^

Saturday, December 4, 2010

Tahniah akak ieta.. tumpang hepy ^_^

Tahniah tahniahhhhh tahniah!!!!!!

Berita gembira yang ke-2 haku terima pagi tadi.. dari akak ieta. Dia sms " adik aku mengandung". Sungguh haku tumpang hepy dengan berita gembira dari dia..




Ini lah akak haku.. Dia pernah preggy anak 1st , TAPI Allah s.w.t lebih menyayangi zuriat sulung mereka.. Meninggal dalam kandungan dan akak ieta bersalin secara normal. Al-Fatihah~~.

pesanan buat akak ieta : Pehni jaga kesihatan baik², sekarang dah tak koje tempat yang banyak berdiri.. harap semuanya dalam lindungan ilahi ya.. InsyaAllah ^_^

Berita yang 1st masa kami bangun tidur, Mr.A ada inform yang dia bermimpi haku preggy.. Haku senyum² sendiri. sukA. haipp haip!! Terus keluar bilik sambil tepuk bahu Mr.A.. Malu² tapi mahu.. ;p Mungkin benar mimpi Mr.A atau itu hanya mainan tidur.. Wallahhu ' alam. kalu ikut schedule setiap bulan tu.. belum waktunya.. hohohoho!!

Tup tup Mr.A dah pergi koje.. akak haku sms bagi tahu berita gembira ini.. itu sebab haku terlebih hepy.. Nampaknya cucu Hamid dan Aminah bertambah lagi... ALhamdulillah ^_^

Mode: Akak ieta preggy, Mr.A dapat petanda... Chemistry kuat antara hati seorang adik ipar & akak..ngee~~


sayang @myn@ ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...