Alhamdulillah... Syukur sangat² pada suratan ketentuan Ilahi....
Rezeki itu pergi Rezeki ini pula datang... Rezeki itu yang saya maksudkan... biarlah kawan² yang berdekatan dengan saya sahaja yang tahu.... Ngee~~
Kedua²nya rezeki yang baik untuk masa depan saya... InsyaAllah. Setiap ketentuan dariNya, pasti disebalikNya terlindung hikmah yang terindah... Yang penting Rukun Iman & Islam jangan sekadar dimainkan di bibir sahaja... Wallahu'alam.
Mulanya
saya dapat sms dari pihak SPA..minta saya
buat semakan online untuk tarikh dan tempat temuduga, saya dapat tu time saya tengah lunch di luar... belum sempat saya nak semak pun. Masuk office terkejar² pulak kena
masuk metting pendaftaran pelajar yang akan diadakan pada 3 Januari 2013 nanti... Metting punya lama.. Henpon saya
set silent mode, Habis metting tengok ada call dari mak.. Rupanya mak nak habaq yang
saya ada dapat temuduga Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 nih. Belum sempat saya semak.. Mak dah inform tarikh dan tempat... Alhamdulillah saya dapat interview di area sini juga.. Syukur...
Tarikhnya berdekatan dengan tarikh pendaftaran pelajar baru nanti... Saya kena bincang lain dengan rakan seperjawatan.. Minta tolong cover² tugas saya... Unit saya line clear.. InsyaAllah boleh.. Kalau rakan seperjawatan saya pun dapat temuduga PPTM juga.. Memang bulat² tugas kami jatuh ke PPTM sedia ada.. tapi kalau PPTM sedia ada kena tugas luar time tu... hah pandai² la pegawai pengambilan atur semula... Ngee~~
Saya ada juga search di google tadi untuk persediaan
temuduga Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 nanti. Dalam hati nih banyak berdebar oh... kadang-kadang rasa ilmu cukup.. kadang rasa tak cukup... Risau Angah dibuatnya... Normal la kan. perasaan seorang Hamba Allah a.k.a Manusia...
Hasil google tadi, saya dapat terjah ke
Laman web Peja... Wife nya pun dapat interview pada 3 Januari 2013.. awal sehari dari tarikh saya... Peja ada kongsikan sedikit maklumat yang boleh dijadikan persediaan untuk
temuduga Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29. Ada 2 katagori soalan iaitu
:
a) UMUM = Meliputi isu-isu semasa dan
pengetahuan am
b) KHUSUS = Menjurus kepada
soalan-soalan berbentuk teknikal mengenai Komputer dan Teknologi Maklumat
Contoh Soalan Umum:
1. Keterangan mengenai pekerjaan
anda sekarang (jika bekerja), tentang majikan dan tugas-tugas yang
perlu anda lakukan. Anda juga perlu nyatakan sebab-sebab anda memohon
jawatan sebagai PPTM.
2. Anda perlu berikan pendapat anda mengenai masalah gejala sosial di Malaysia.
3.
Isu semasa lain seperti kejayaan Nur Amalina mendapat keputusan SPM 17A
dan calon SPM lain yang mendapat 19A yang menjadi kontroversi.
4.
Anda juga perlu ceritakan mengenai sejarah kemerdekaan, tarikh,
kronologi-kronologi sebelum merdeka dan pejuang-pejuang kemerdekaan yang
terlibat.
5. Anda perlu nyatakan maksud kemerdekaan, tema merdeka
tahun ini, dan siapa wakil 3 kaum semasa perjanjian Suruhanjaya Reid di
London.
6. Peranan komunis di Tanah Melayu dan siapakah nama ketua komunis pada ketika itu.
7. Nyatakan mengenai institusi Yang Dipertuan Agong, tarikh lantikan, pertabalan, sistem giliran dan tarikh kelahiran Agong.
8. Mengenai Parlimen, Dewan Rakyat, dan Pilihanraya.
Contoh Soalan Khusus:
1.
Kaitan antara jawatan anda sekarang (jika bekerja) dengan teknologi
maklumat, anda perlu nyatakan pengalaman-pengalaman anda ada.
2. Jelaskan mengenai rangkaian seperti jenis-jenis topologi dan perbezaannya.
3. Jelaskan mengenai firewall, daripada segi kegunaan, jenis dan jenama yang digunakan.
4. Jelaskan mengenai open-source seperti linux.
5. Jelaskan mengenai web browser, jenis-jenis dan perbezaan antaranya.
6. Jelaskan juga mengenai search engine, jenis dan kegunaannya.
7. Nyatakan pengalaman anda membangunkan sistem, kegunaannya dan pengguna sistem tersebut.
Sumber:
Laman web Peja
Saya ada berhubung dengan kawan-kawan DTK.. Tapi kebanyakkan belum dapat keputusan...Harap-harap dorunk pun dapat interview juga.. Hari tu time exam ramai yang dapat.. meriah dengar dorunk bersembang di group tu... Nak buat persediaan pun best... terasa macam time study group... tapi saya tak boleh join, just perhatikan saja pehtu menyampuk la sikit²....hik3x.
Sekarang kalau kawan-kawan yang exam haritu pun dapat
temuduga Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29.. Sure meriah lagi dan saya boleh la join sekali
=D.
Kepada kawan-kawan dan readers sekalian maya, kalau ada yang tahu dan ada pengalaman dalam
temuduga jawatan PPTM mohon kongsikan dengan saya ya... Kalau saya ada info lagi.. saya akan update nanti.. InsyaAllah...
Terima kasih ^________^
Kepada yang dapat interview nih.. Jom buat persediaan yang termampu dan semoga kita berjaya menjawat jawatan sebagai PPTM. InsyaAllah.
Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!
JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh....