Showing posts with label Maharaja lawak. Show all posts
Showing posts with label Maharaja lawak. Show all posts

Wednesday, March 30, 2011

Kalendar Maharaja Lawak 2011

yeayy! malam ni tayangan pertama secara langsung untuk program Maharaja Lawak. Dalam entry Raja Lawak vs Maharaja Lawak saya ada nyatakan tentang siaran program ini kan. Saya fikir dari awal minggu pertama hingga minggu ke-10 siaran ini akan di tayangkan serentak di Astro Prima. Sebenarnya tidak loh. huk3x.

Untuk makluman uols program ini di tanyangkan serentak di Astro prima saluran 105 hanya 2 minggu sahaja iaitu minggu pertama dan minggu ke-2. Minggu seterusnya hingga minggu ke-10 adalah di Astro warna saluran 132. Apa ke hal nya!.

Saya tengok ramai peminat mempersoalkan perkara ni... ada yang sampai "Kita bako" (tiru gaya usop). hehe!. Ada juga yang cakap ini politik pihak Astro, hmm...ntah la~~ tidak mengapa readers... Mana tahu nanti pihak astro ada buat perubahan seperti mana yang berlaku pada malam akhir raja lawak musim ke-5. huh! penuh pengharapan nih..




Psst:Tak kan nak langgan Astro warna puloks.. susah² tengok jerk on9.. itupun kalau ada. dengar² macam tidak ada.. Apakah!!!

Thank you read and support my writing. Please come again ya!!

Thursday, March 24, 2011

Raja Lawak vs Maharaja Lawak

Raja lawak musim ke-5 pun dah tamatkan.. Incik Rahman (man) a.k.a Incik posmen kita dinobatkan sebagai juara.. Alhamdulillah.

Saya setuju Man jadi juara.. memang berpuas hati sangat². Man banyak menunjukkan peningkatan dalam setiap persembahan beliau... like more!! Tahniah juga kepada semua pemenang² ya.. kumpulan R2 dan kumpulan balas...

raja lawak vs maha raja lawak
picca saya ambil di FB leman ( orang dekat kampung saya..yesss!!)

Mulai 1 April ni..kita akan disajikan lagi dengan program baru iaitu MahaRaja Lawak. Pasti ada yang dah tahu kan... Mulanya dulu cadangan siaran program tersebut di Astro warna saluran 132, tapi pada malam akhir raja lawak musim ke-5.. pihak penerbit mengumumkan program tersebut juga akan di tayangkan di Astro prima saluran 105..sama seperti tayangan raja lawak. yeayyy!

Tujuan program MahaRaja Lawak adalah untuk pencarian pelawak terunggul di kalangan yang terhebat..mesti bestkan...Gaya zizan dan johan (Jozan) sebagai pengacara dalam Raja Lawak pun dah mampu membuatkan kita ketawa gembira.. apa lagi bila semua yang dinobatkan sebagai pemenang kembali beraksi di pentas.

Hadiah untuk juara Raja Lawak wang tunai bernilai RM100, 000 sahaja.. itu pun sudah banyak kan.. fuhh tidak dapat saya bayangkan kalau wang tunai tu saya yang punya... kahh!

Peserta paling menyerlah yang berjaya memikat hati juri dan para penonton bakal dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM300, 000. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing akan memenangi wang tunai sebanyak RM200, 000 dan RM100, 000 setiap seorang. Lagi banyak kan... phewwww~~

Thank you read and support my writing. Please come again ya!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...