To Bloggers & Readers yang singgah ke teratak haku...meh klik sini. klik jerk.. :D

~ tEmAn Amyna == terima kasih uOlss (*_*) ~

Alhamdulillah jati terbeli, astro dah dapat signal.. hoyehhh!!

Sunday, February 7, 2010

7 February 2010 (Ahad)

Bertambah satu unit lagik koleksi kayu jati d pondok amyna. Alhamdulillah. rezeki pemberian ilahi. memang haku ada plan nak tambah koleksi, tetapi semua tu terpaksa haku skip dulu memandangkan keadaan pondok haku sesak sangat sekarang. itu baru tinggal berdua. Yer lah pondok yang haku menyewa ni hanya ada 2 bilik sahaja. Barang² Mr.A memang dah penuh 1 bilik.. ku pikir nak beli kan almari khas untuk barang² Mr.A sahaja. Tapi ntah bila.. sebab bila p riki² jerk, Mr.A x berkenan d hati gitu.. Hurmmm!! Tetapi hari ni semua tu ku ketepi kan. tengok jerk terus hati tertarik... meronta² nak juga, nak juga... wahhhh!!!

Apa lagik.. teruss zass!! selamat parking kat ruang tamu pondok haku nie.. heh heh heh. Memang terasa kepadatan gitu, nak lalu ke dapur jerk tersentuh jati.. Plan nak pindah ke umah yang lebey selesa.. tapi bukan skrg ohh, setakat dua orang kami jerk apalah sangat halangan itu. Kann kan!!

Mr.A tersenyum ala² kambeng gitu tengok jati yang tersergam indah di ruang tamu, cuma kali nie Mr.A x da nak bergambar bagai macam jati yang sebelum nie. Adakah kerana malu dengan haku.. Ahakss!! Alololo... Apapun haku tatap sayang chenta hati haku itu.. luving u so much sayang!!

Ari ni juga pondok haku dapat sambungan Astro cemerlang.. sebelum nie hanya iklan semata². Piring tesergam, signal nya hampehh nyok. Terima kasey buat jiran tetangga haku, isteri abg raof dan en razak. Dorunk lah yang membantu. Kalau x memang kesudahnya iklan jerk piring tue.. hikss!!

Bukan haku x usaha contact pihak astro, tetapi semuanya minta haku regster baru & buat pemasangan baru. Apa kehalnya yop. Barang semua ada, complete...cuma mau cari signal jerk..
sebelum nie masalah tiada tangga untuk gantung piring, bila dah ada tangga, Mr.A gantungkan piring.. timbul pula masalah signal. Memang kena serah pada yang pakar... Mujur lah en razak tu memang koje dia buat pemasangan Astro. Jadik memudah koje haku & Mr.A.. upah sajork en razak. Kabel² semua d selit rapi, kemas... memang dah koje en razak, kompom lah dia tahu kan..

Jadik kesudahannya... malam ni dapat menonton gelanggang raja lawak berteman kan jati baru dan bersandarkan astro/tv... Syukur Alhamdulillah dengan kelancaran urusan kami ari nie. Semua rezki ini adalah kententuan darimu ya Allah...



Mode: 07021030900




AddThis Social Bookmark Button

Links to this post


hEpy bEsdAy to tEmAn² - hALijAh & hAmIzA

yoo..lebey kurang sama macam entry besday bulan lepas, leh rujuk sini . Kali ni pun kami celebrate untuk dua orang juga. Tapi untuk kali ni lain sikit sambutan nya.. heh heh heh.



1st plan.. Awal pagi kami adakan breakfast, kononnya hanya itu sahaja majlis untuk celeberate besday dorunk.. Plan mau buat kejutan kan. mestilah plan tu mau rapi dan sukses. Menu pagi untuk breakfast disediakan oleh k'syifa, kami minta k'syifa gorengkan maggie.. huwuiii maggie jerk, mcm x berbaloi kan. tapi dorunk still accept.. padahal masih ada lagi kejutan yang menanti. huhuhu!!



Opss!! rini laks gorengkan hotdog untuk di nikmati bersama maggie. Terima kasey buat mereka berdua, kami yang lelainnya, bawa peyut untuk ngap sajork. Alhamdulillah.. kenyang!. Pagi jumaat tue selamat sarapan di unit psh.



2cnd plan.. Diteruskan lagi untuk agenda d tengah hari.. Nyaris² plan yang ke-2 ni mau kantoi atas kesilapan haku sendirik. Huhuhu!! Apapun syukur Alhamdulillah, mujur haku leh cover baliks. Terlampau excited gitu lah qoedahnya. Dalam situasi tu terus haku ajak besday girl (halijah@jaja), pekena ABC.. kunun nak tutup kesangsiannya. Dia on sajork. Padahal itu adalah gimik semata² untuk tengah hari tu. I m sory to jaja. Terima kasey to fara juga sebab kasi idea tunggu rini balik jap. tercover teruss segalanya... hikss!!

Actually, Plan untuk celebration tgh hari nak di buat kat bilik pensyarah. haku dari opish nie teruslah ke bilik pansyarah. sekali sunyi jerk. Terus haku dengan lajunya turun ke unit psh. itu pasal lah nak terkantoi dengan besday girl (halijah@jaja). huwuiiii.

Puas lah mengatur strategi agar x terkantoi untuk ke-2 kali nya.. yer lah dua orang besday girl duduk pula lain² lokasi. Tapi Alhamdulillah dengan kerjasama semua kami dapat kumpulkan besday girls nie di satu lokasi yang sama iaitu d bilik pensyarah. Haku pun turun semula ke unit psh untuk membantu kawan². Masa ni haku inform dengan jaja, nak turun jumpa dympna. Nanti bila rini dah balik, inform haku.. kita bergerak sama pekena ABC. Jaja sambil mengunyah kuih cincin, yer iyer kan saja. Haku apa lagik..Zasss turun ke bawah. Memang hari tu haku ulang alik jerk dari atas ke bawah. hikss!! . Haku tinggalkan dorunk (jaja&ustazah) dengan k'syifa..



Dalam kegelapan saat menanti besday girls turun.. hahaha sungguh bersemangat gitu, Peace no war :p

Bila semua dah get ready, kami roger k'syifa untuk bawa dorunk turun ke bilik psh. Akhirnya masa yang d nantikan...




Suka suka & suka....



termasuk lah kami.. hikss!!



Aksi² Camera women x bertauliah :p




Halijah@jaja(10 Februari) & Hamiza@ustazah(2 Februari)







Masing² dengan cupcakes. kiri~kanan laks tu cupcakes. terima kasey to sidar, tolong snap gambar kami..



dengan sidar bersama cupcakes.. snap sendirik oleh sidar. ahakss!!



Haruslah bergambar ramai² sebagai kenangan untuk feb 2010. Ceria semuanya!!!



mode : nama2 dorunk nie ada iras sikittt nama haku. kebetulan puloks. halijah~halimatun & hamiza~hamina. huhuhu!!



AddThis Social Bookmark Button

Links to this post


Jom Join Contest (menang Couple tee's)

Friday, February 5, 2010

syarat² untuk join contest :

1- Adalah sorang blogger dan ada blog sendiri ~done!
2- Gambar yang digunakan adalah gambar sendiri ~Opcos



3- Letak banner (gambar jom join contest) di atas nie kat dalam n3 kamu, jangan lupa juga tepek kat sidebar blog kamu. Pehtu jangan lupa! backlink kan ke blog penganjur yer. Penganjurnya adalah Aisumi's . ~done!

untuk haku...dah faham, maka settle part syarat². leh teruskan..Zassss!!


cara nak join contest :-

1- Tajuk entry "Jom Join Contest (menang Couple tee's)"

2- Hanya satu gambar sahaja perlu d sertakan.



inilah penyertaanya...

Haku bersama Mr.A sewaktu bercuti² ke Kota Kinabalus..


3- tinggalkan komen/link entry anda d blog penganjur.. untuk memudah penilaian pihak penganjur..wahaha!!



Tarikh tutup 7 Februari 2010 ~peluang utk menyertai hanya tinggal 2 hari sajork lagi. Kepada kawan² yang nak tahu lebey detail. sekali lagi, klik kat sini .

p/s: terima kaseyy banyak² kepada sumi.. sudi menganjurkan contest ini!!!

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post


Info keselamatan utk keluaga

Tuesday, February 2, 2010

ini adalah entry dari email yang haku terima dari adik praktikal d opish lama haku. eddy.. subject asalnya email nie membuat kan perasaan haku diselubungi kesedihan yang berganda² kembali. tambah² lagik melibatkan si kecik yang belum kenal hitam putih kehidupan.

Nak lindungi perasaan itu, haku ubah dr subject asalnya "tempat tidur maut".

Pada mereka yang memiliki bayi lelaki@perempuan pastikan katil tidur yang dibeli bersesuaian dengan peringkat umur anak kita (as pic). SEKADAR INFO KESELAMATAN UNTUK KELUARGA.

keselamatan di rumah

Gambar 1

keselamatan kanak kanak

gambar 2

email penuh :

Seorang ibu mendapati anak tercintanya telah maut terbujur kaku dengan kepala tersepit di teampat tidur, bayi tersebut didapati maut saat berusaha turun dari tempat tidurnya ketika baru bangun pagi, melihat tanda di tempat kejadian, diyakini bayi tersebut maut akibat kekurangan oksigen, dia tidak dapat membebaskan kepalanya dari sepitan kayu,mulut dan hidungnya tertutup cadar sehingga teriakannya tidak dapat didengar siapapun sementara kakinya menjuntai kebawah tidak dapat menyentuh lantai. Melihat cariikan pada kain cadar dapat bayangkan penderitaan bayi tersebut saat menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Bagi rakan² yang mempunyai anak² kecil terutamanya bayi, berhati-hati selalu ya. Perhatikan keselamatan setiap saat kerana ditempat tidur pun kecelakaan buley berlaku bila kita tidak mengutamakan keselamatan.


p/s: semoga bermanafaat..insyaAllah :D




AddThis Social Bookmark Button

Links to this post


Lawatan kerja KP 2010

kolej komuniti



biru d situ sana sini dan sinun :p

Lawatan kerja oleh MEJAR PROF MADYA KAMARUDIN BIN KASIM

Ketua Pengarah Pengajian Kolej Komuniti

2 Februari 2010



p/s: carilah d mana haku...hikss!!




.

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post


Menanti dan terus menanti :D

Sunday, January 31, 2010




rindunya kat budak kicik nie, terasa seperti baru ja haku bermain, suka ria sambil memeluknya dengan erat... Padahal dah 1 bulan lebey. Hatiku teringat sangat padanya. Dolu kalau windu² buley la call mak, cakap dengan budak kicik nie. walaupun bahasa & loghat yang d keluarkan hanya dirinya sahaja yang faham.

La ni.. semua tu x dapat haku realisasikan. Bukan haku ja yang kerinduan, family haku pun sama. khususnya mak haku. Ayah kepada budak kicik ni (adik lelaki haku) pun lagik lah. Lebey dari haku & mak haku.. ya la anak sendiri. Ayah mana x sayang kan anak. yer dak?

Ya Allah permudahkan lah segala urusan. Kerana haku yakin, kau maha adil & maha menentukan segala galanya.


Mode: Tunggu saja keputusan mahkamah 2 Feb ini.. InsyaAllah.



AddThis Social Bookmark Button

Links to this post


 

Design by Amanda @ Blogger Buster