Friday, September 30, 2011

Mood 4 ears: Ya Sudahlah =D

Lagu tema Sinetron Nada Cinta @Astro Ria.... Cerita indonesia mari.. hehehe! 27 September hari tu di mainkan, kiranya baru 3 hari di Astro Ria... Petang nih continue dengan episod ke-4 pulaks.

ost nada cinta ya sudahlah

Saya akan tepek lagu nih di belog sampai bosan... hahaha! Di bawah liriknya. Layannnn~~

****************************************************

Ketika mimpimu yg begitu indah
Tak pernah terwujud ya sudahlah
Saat kau berlari mengejar anganmu
Dan tak pernah sampai ya sudahlah

Apapun yg terjadi ku kan selalu ada untukmu
Janganlah kau bersedih ’cos everything’s gonna be okay

Yo satu dari sekian kemungkinan
Kau jatuh tanpa ada harapan
Saat itu raga kupersembahkan
Bersama jiwa cita cinta dan harapan

Kita sambung satu persatu sebab akibat
Tapi tenanglah mata hati kita kan lihat
Menuntun ke arah mata angin bahagia
Kau dan aku tahu jalan selalu ada

Juga ku tahu lagi problema kan terus menerjang
Bagai deras ombak yang menabrak karang
Namun ku tahu ku tahu kau mampu tuk tetap tenang
Hadapi ini bersamaku hingga ajal datang

Sempat kau berharap keramahan cinta
Tak pernah kau dapat ya sudahlah
Yeeah dengar ku bernyanyi lalalalalala
Heyyeye yaya dedudedadedudedudidam
Semua ini belum berakhir

Apapun yg terjadi ku kan selalu ada untukmu
Janganlah kau bersedih ’cos everything’s gonna be okay

Satukan langkah langkah yg beriring
Genggam hati rangkul emosi
Genggamlah hatiku
Satukan langkah kita

Sama rasa tanpa pamrih
Ini cinta across the sea
Peluklah diriku terbanglah bersamaku
Melayang jauh (come fly with me, baby)

Ini aku dari ujung rambut menyusur jemari
Sosok ini yang menerima kelemahan hati
Yeah aku cinta kau (ini cinta kita)
Cukup satu waktu yes (untuk satu cinta)

Satu cinta ini akan tuntun jalanku
Rapatkan jiwamu yo tenang di sisiku
Rebahkan rasamu untuk yg ditunggu
Bahagia hingga ujung waktu

Apapun yg terjadi ku kan selalu ada untukmu
Janganlah kau bersedih ’cos everything’s gonna be okay
(Ulang 3x)



****************************************************
Di bawah nih video klipnya...saya up dari Utube. Ngee~~








Thanks you read
and support my writing. Please come again ya!!!







Gadget saya dipenghujung september 2011

Syukur Alhamdulillah.....

Wish list ini dah tertunai, walaupun masih ada yang tersusun menanti harinya... Usaha myna dan terus berusaha... Biar lambat asal memiliki apa yang dihajati...

Hidup mesti ada Matlamat. Jadi setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda dan menguatkannya dari hari ke hari.. InsyaAllah.


Ini pun salah satu wish list yang masih menanti tika dan waktunya!!

Ada kengkawan saya yang tidak percaya... tolonglah percaya, saya belum lagi berjaya memiliki ini. Just menumpang kasih dengan gadget kengkawan yang baik hati. Please please please believe Me! =D.

Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.



Ia saya gembira memiliki gadget² ini... miliki pun dalam keadaan yang tidak disangka.. Mungkin ini takdirnya.. Saya terima ini semua pastinya dengan senyuman melebaQ. Tambah² pula adik pompuan saya yang aktifast tu nak konvo nanti...sedikit sebanyak boleh lah saya memenuhi hasrat hatinya. Alhamdulillah.



Tersentuh hati pabila tuan empunya gadget menyatakan "sebolehnya mahu lens nih jatuh ke tangan saya!" Beliau jual pun jauh lebih murah berbanding harga diluar. 2 unit lens pulak tu... Kira harga kawan² gitu. #TDDMKA

Terima kasih ya Allah dengan rezeki sebegini. Kepada Ex-Owner lens ini, terima kasih banyak² ehh.Niat kamu untuk saya mendalami ilmu fotographer akan saya cuba gilapkan.InsyaAllah. Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.



NotaSepintas: Payment pun belum clear lagi...tunggu duit saya masuk ke akaun, tapi beliau tak kesah! terima kasih sekali lagi kawan! toleransiMu dikenang!!

p/s: 300911500


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!






Thursday, September 29, 2011

Dentuman guruh yang luar biasa..

Morning readers!!

pagi yang indah dentuman guruh

Pagi tadi kan 29 september 2011 (Khamis), saya kat sini dikejutkan dengan bunyi dentuman guruh yang luar biasa kuat. terasa seperti mahu terhempap di atas kepala sendiri... Subahanallah sangat² takut. Jiran saya yang sedang menyapu di luar rumah pun terkaku dengan keadaan tersebut...

Cuaca di luar panas... cahaya matahari menyinari seperti biasa ke ruang tamu rumah saya.. Saya suka suasana pagi di situ dan setiap hari saya pasti membuka pintu agar cahaya matahari tersebut memecah masuk menyinari ruang tamu rumah saya... terasa aura segar bugar di pagi hari!! super best~~

Pagi nih kami tak bermain badminton pun... just berkebun sahaja. Sini kan waktu subuhnya awal.. daripada tidur selepas subuh kan tak elok, rezeki semakin jauh... itu pesanan ratuhati saya! so saya dan jiran create la aktiviti kami di pagi hari sebelum saya bersiap untuk ke opish...

Bunyi dentuman tadi betul² membuat kan saya takut... terus matikan plug tv. ada kawan cakap suruh matikan suis utama... kalau cenggitu macam mana pula dengan peti sejuk saya kan.. Apapun Ya Allah, lindungi kami semua di bawah lindungan rahmatMu. Amin~~.


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!










Wednesday, September 28, 2011

Terima kasih atas rasa ini ^__^

Andai Telah Ditakdirkan Dia Jodohku,
Maka Aku Terima Dia Seadanya..
sungguh indah bila yang terucap itu ikhlas dari hati..
kuasa cinta dariNya..


•.♥• Terima kasih Tuhan atas cinta ini..

... •.♥• Terima kasih Tuhan atas rasa ini..
...
•.♥• Terima kasih Tuhan atas rindu ini..

•.♥• Terima kasih Tuhan kerana menciptakan cintanya untukku..

•.♥• Terima kasih Tuhan kerana membibitkan cintaku untuknya..

•.♥• Terima kasih Tuhan atas pertemuan itu..

✿..syukurku atas anugerah ini Ya ALLAH.. ✿


NotaSepintas: Saya kopipes dari wall fb kawan... hew hew hew~~



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!





Tuesday, September 27, 2011

kenangan adik haikal dengan kasut warrior

Ratuhati yang cerita dengan saya...

Memang menjadi satu kenangan yang adik haikal akan ingat selama lamanya.. kami masa sekolah dulu pun tak pernah alami kenangan sebegini rupa.. hehehe!

kasut sekolah warrior

Kasut sekolah nak jenama warrior saja.. jenama lain bOolayans. Kasut nih baru beli sangat², kondisi kasut opcos dalam keadaan mantap, apatah lagi dengan wangian kedai/kilang tersebut pun masih melekat... Sekarang kan dah dekat hujung tahun, jadinya ratuhati amik saiz agar besar sikit dari biasa... kunun² boleh dipakai untuk tahun depan juga... save budget!

Jadik bila adik haikal pakai ratuhati akan sumbat kertas dihujung tu =D. Nak dijadikan pengalaman lucu pada hari kejadian, ratuhati tak terfikir pula nak tengok kasut warrior adik tu dan adik haikal pula boleh terlupa nak masukkan kertas yang dia keluarkan malam tu. Almaklumlah kasut baru, cewi pun tak habis lagi. jadi malam tu duk pakai bergaya dalam rumah.

Masa di sekolah...

Adik haikal dan kawan² nya tengah menulis, sambil kaki tu tidak reti duduk diam, tertendang sana, tergerak sinun, terjojol sinin... entah macam mana sambil menulis tu, kasutnya boleh pula tercabut dari kaki nya dan terlantun terkena bilah kipas angin yang berputar laju.. dan secara tak sengajanya kasut tersebut jatuh tepat² ke muka ustazah yang tengah mengajar di depan.. ustazah yang mengajar adik haikal tu juga adalah ustazah saya. saya kenal rapat dengan ustazah nih..

Ustazah tu rasa nak pitam, senak semua ada, iya lah terkena batang hidung loo...yang boleh tersentuh hati ustazah sebab adik haikal on da spot pergi minta maaf.. Adik haikal takut sangat masa tu.

Balik ke rumah dia cerita dekat ratuhati... ratuhati risau juga, tak tahu apa jadi dengan ustazah. ratuhati pergi melawat ustazah, ustazah tengok ratuhati pun dia dah tersenyum dari jauh.. rasa lawak dalam sakit gitu. hehehe!

Ustazah cakap bukan salah najib (yes! ustazah panggil adik haikal najib), =D. Benda dah nak terjadi... lagipun ustazah tahu najib tak nakal di sekolah... Alhamdulillah. Adik badik ku sekalian hampa pakat tau juga gaya adik haikal macam mana kan... Ratuhati pun cakap gaya Arwah adam hafis turun juga dengan dia cikit²..

Bila telepon cakap dengan dek haikal tanya pasai nih, dia senyap... tersentap kot. So saya tak mau buat dia sedih, just suruh dia berhati² harap perkara cam gini tak berulang... InsyaAllah >3<



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!






Kami bergelap kerana tiang lampu konkrit terbengkok.

Kejadian ini berlaku semalam...menurut kata jiran tetangga saya, dalam lingkungan jam 2 petang begitu. *saya kan berkeerja di opish* . Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

Lori membawa muatan bata, mengundur kebelakang gara² tidak dapat memasukkan gear, untuk menambah kelajuan ketika naik bukit. Pemandu nya hilang kawalan, last lori tersebut dapat berhenti juga kerana terlanggar pada tiang lampu di tepi jalan, mujur ada tiang lampu... kalau tidak Wallah hu'alam..


lokasi menuju ke taman tempat tinggal saya.

kebetulan juga... tiada kereta dari arah belakang. Alhamdulillah. Masa jiran duk bercerita dengan saya, dalam kepala hotak saya teringat dengan pesanan² Mr.A. Beliau selalu pesan dengan saya... kalau ikut kereta jangan jarak dekat² BAHAYA.. macam² kemungkinan boleh berlaku.

Bila beliau di sebelah saya ingat... sure hati² dan jarak dengan kereta depan pun jauh lah Siiiikit. Tapi bila drive sendiri... dekat² juga. iskkk. tak kan hari² Mr.A nak duk di sebelah kan... aiyarkkkk! kena ubah perangai nih... InsyaAllah ^___^.



berikutan dari kejadian ini, pihak SESB perlu mengganti tiang yang baru. dan kami penduduk TKR terpaksa bergelap dalam beberapa jam. Lebih kurang jam 9 malam macam tu *kira sendiri berapa jam ya* baru penduduk TKR kembali terang dan terdengar lah suara² dari media elektronik.



Mulanya fikir nak duduk jerk senyap² dalam rumah... tapi tak tahan ohh, fanass! jadi saya keluar lepak sesama jiran tetangga. dah di luarkan terdengar la anak² kecik menangis kepanasan or ketakutan,wallah hu'alam, anak² remaja pulak duk menyanyi... macam² lagu dorunk nyanyi..ada yang sumbang jangan tanya, janji terhibur. hehehe!

Letrik ada jam 9 malam, jam 11.30 macam tu mati pulaks... rasa nak marah pun ada, untuk mengurang dari membuat dosa free, saya tidur dengan ayat tu..sampai subuh tadi baru sedar... dengan lampu bilik terang benderang.. Mr.A call pun saya tak sedar... hahaha!




Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!








Saturday, September 24, 2011

Budget 2012: Bonus lumayan atau naik gaji penjawat awam.

Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan — bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13.

Tarikh pembentangan Budget 2012

Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. Ia melibatkan kerajaan kos RM2 bilion.

Baru-baru ini Cuepacs, kesatuan sekerja induk sektor awam, menuntut bonus dua bulan.. Tarikh pembentangan budget 2012 adalah pada 7 Oktober 2012, hari jumaat, Apakah tuntutan dari Cuepacs ini berjaya, sama² kita tunggu budget 2012 nanti ^___^


NotaSepintas: Kalau betul berjaya... Alhamdulillah. Ngee~~


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!






Friday, September 23, 2011

Konsert lagenda rock di tawau 2011

Membariskan empat nama besar di dalam industri muzik tanah air untuk dipersembahkan di dalam satu konsert besar yang bakal diadakan di Tawau, Sabah pada 1 Oktober nanti, Nova Records dengan kerjasama bersama Mustwin Venture Sdn Bhd menjanjikan yang terbaik buat peminat-peminat rock di sana.

Menjangkakan 20 ribu menonton yang akan hadir pada malam 1 Oktober ini nanti, konsert ini menampilkan Ella, Mus (May), Bandi (Amuk), dan Asheed(Deb Geb C). Konsert yang diberi nama Konsert Rock Legenda ini juga akan menampilkan sebuah band dari Sabah iaitu Point Band.

Konsert yang dijangka akan berlangsung dalam durasi masa dua jam ini bakal menghiburkan peminat dengan hanya menawarkan harga tiket yang berpatutan iaitu serendah RM20 ringgit.

Sumber: ManggaOnline


***************************

Harga tiket konsert kali nih, betul² memangkin kehendak hati. Tambah² pula Ella pun turut di undang untuk membuat persembahan, itu yang saya sangat suka.. yeayy yeayy!

Konsert lagenda rock

Last saya pergi konsert live Ella di Jesselton Point Kota Kinabalu. Tiket masa tu di taja sepenuhnya oleh pihak Nuffnang... 1o keping yang mana 1 keping bernilai Rm100. Terjegil jugak bijik mata #kalauBayarSendiri. Hahahaha!!

Rock 2011 di tawau

Persembahan ella masa ini betul² memuaskan hati... Percayalah... Ella da best. Ratu Rock Malaysia.. YeaHhhhhh!!


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



NotaSepintas: Hati sangat² nak pergi... tapi Mr.A tak dapat nak confirm lagi... kawan² yang pergi, meh la roger² saya jugak... hehehe!









Thursday, September 15, 2011

Yuyun anak bugis yang kiut miut... Geramms tengok!!

Mata bersinar, pipi Bam Bammm, hidung tinggi, bibir terbentuk cantik, munggil la kot.. hik3x... complete kiut miut.... Tapi sayang.... (teruskan membaca ayat yang selepas picca 1st). ahakss!!




bergambar sendiri mahu pulak berpossing pelbagai gaya...



teropong untie yea *__*




dengan untie yang rapat pun... malu² kusaing.




tengok tuh... Hmm! Yuyun Oo Yuyun...




yeahhh... Akhirnya, mahu pulak bergambar dengan untie.. peace lagik.. Terima kasih ya Yuyun kiut miut... Nanti ada rezeki bertemu lagik kita. InsyaAllah 6____9

NotaSepintas: Anak sendiri belum rezeki... suka² dengan anak menakan dan anak orang saja la... Moga² rezeki cahaya mata itu hadir dalam keluarga Amyna. InsyaAllah ^___^.


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!






Wednesday, September 14, 2011

Wordless Wednesday #10 : Majlis IjabKabul Erna dan Man



























Lokasi: Masjid Al-Khautar TAwau
Tarikh: 09092011



Entry berkaitan:

1- Alhamdulillah selamat pengantin baru Erna~~
2- Erna & Man


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!







Tuesday, September 13, 2011

Tiket ke konvo DiA gadis aktifast.. Confirm~~

Alhamdulillah...

hari ni sepagi mengadap lama sesawang penerbangan sahaja... kedua²Nya saya lunsuri. If firelfly ada juga perkhidmatan twu-kL... sure situ pun saya terjah.. nak dapatkan tiket murah punya pasal...

Sebelum tu saya buy untuk pengantin baru kita tu... Erna & Man. Alang² dah hadap...langsungkan sekali buy untuk majlis konvokensyen adik perempuan saya tu. Dia Konvo di ShahAlam. InsyaAllah. Jangan hairan ya... pada pandangan saya..dia adalah gadis aktifast.. Hanya dia dan keluarga yang memahami.... ahaksss!!

Mr.A On untuk saya balik... langsungkan sekali dengan AidilAdha. Dengan ini, saya balik awal dua minggu dari AidilAdha... Fuhhhhh~~


Cheh... jegil mata hang bulat², tengok tarikh dan masa tu ya. Demi hang nih, sanggup korban kan cuti ;p

Kawan² Ex-skt, Ex-smkdsa & Ex-Stk Polimas...kalau nak buat reunion, boleh sudah nih....cover balik yang plan masa Aidilfitri tak jadik tu... kita atur saja.. InsyaAllah ^__^



Kali nih tiada dah kot istilah tiket burn coz ini tak melibatkan Mr.A.. saya buy untuk saya sendiri sahaja.... Mahap ya sayang, terpaksa ketepikan sayang. Tak pa AidilAdha kalau cuti tu ON.. kita set kan tarikh waran pulak ya...


NotaSejemput: Deem, ku akan stay di putrajaya sampai 28hb... dekat dah dengan kawasan ko.. kalau mau touch touch, roger ehh. transport bisa d atur... ready diri jerk =D



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!






Sunday, September 11, 2011

Weekend busy dengan open house raya!!!

Selamat pagi...

Saya duk ingat open house raya 1 saja.... rujuk pada entry SiNi ya. Rupanya ada lagi yang tercicir dari list, itu tak masuk lagi yang menjemput melalui sms semalam... semalam sahaja saya terima 3 kali gus sms jemputan, satu tu tuan rumahnya just wakilkan.... jadik kita list last lah ya... tak perlu nak rushing².

Mr.A awal pagi tadi dah balik pangkalan ... On duty pagi nih. Saya kalau tak da Mr.A mula lah... deria bermalas malasan bermaharaja lela. Saya pemalas mau drive kereta... yoyo yoyo!!

Jap lagi nak ambil satey.. saya ada tempah satey untuk openhouse yang sememangnya di atur seminggu yang lepas bersama kawan²... Jadi itu mesti diutamakan... Saya maybe berkampung sekejap di sana. Itu yang tidak berani nak kompem dengan kengkawan... Kalau uols nak pergi pergi lah dulu, saya follow di belakang saja... Jangan tunggu saya ehh.




CaptionDariAdik: ultraBOY baru turun dari langit..

Picca atas nih tak da kaitan pun... saja jerk nak publish kat sini, sebab bagi saya dia satu yang mampu buat hati saya tersenyum, saya duk ingat adik lelaki saya yang bongsu tu. Maklumlah saya kan tak da di sana pada Aidilfitri lalu... Rupanya AA a.k.a AdamAsnawi. Miss her ketat² lohhh~~

Opss!! picca nih saya kopipes dari enrty adik saya yang iNi a.k.a EncikAcer. Bukan main Ohh dia duk cakap nak bagi penampaQ laju² kat acer tuh. Susah payah saya beli untuk dia.. cenggitu jerk dia nak buat ehh. Nih depa pakat duk meroyan nak NikoN. Kalau begini gayanya... saya pendam lah dulu... Biaq mereka rasa bertapa susah nya nak kumpul duit dapat... Syesuai lah dengan kalian kan... wakakakaka~~

NotaSepintas: ALhamdulillah.. Moga rezeki kami (permatahati) sentiasa berlimpah ruah, Kami sebagai hambaMu..sentiasa percaya kepada Qadar & QadarMu ya Allah ^__^.



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!






Saturday, September 10, 2011

Home Made Carrot Susu di petang Hari.. Jom Minum~~

Selamat petang kawan²....

Alhamdulillah...selesai ke majlis persandingan opismate saya untuk hari ini.. Besok ada dua lagi undangan yang saya terima, perkahwinan dan open house raya. Balik dari rumah pengantin tadi, saya teman Mr.A riki² barang... jeng jeng jeng! kalau kompem jadi saya publish di sini barang nya ehh.. InsyaAllah ^___^.

Dah petang² cam gini... masing² melayan kehendak selera la kan. Saya mengadap lappy & Mr.A bersenam di dapur... tertukar sudah antar kami. hahahaha!

Masa saya duk mentranfer picca² Erna & Man tuh, Mr.A mai hantar se'Mug Carrot susu... Dekat saya seMug saja.. dekat dirinya SeJug okeh. Terbaikkkk~~



Terima kasih daun keladi... Nanti lain kali bersenam lah lagi...Sayang kan rojinnnn~~




Picca Erna & Man selepas selesai di ijab kabul... Picca yang lain²Nya akan menyusur... Saya tengah mengelas tak siap lagi... Demi tatapan rakan² yang kenal erna.. saya publish sekeping dulu ehh! Harap bersabar~~



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!




Friday, September 9, 2011

Alhamdulillah... Selamat pengantin baru Erna ^__^



Alhamdulillah.... baru balik dari majlis akad nikah opismate saya. Saya pergi dengan rakan² yang sempat di ajak sahaja. Hari nih kan jumaat, rest nya pun awal... Staf pun ramai yang dah keluar. Masa awal tadi saya pergi puspakom, uruskan maklumat kejayaan pelajar untuk di hantar kepada pihak JPKK. Jadi mana kawan² yang ada itu lah yang saya bawa....

Sekali balik tadi... ada pula kawan yang mau ikut. Mahap banyak² ya, tidak apa... besok pergi rumah erna ya... dia sanding besok. Tema pink colour =D.



09.09.2011... Ini sulaman tuala untuk pihak lelaki. Picca ini sengaja di kasi pencahayaan begitu...

Picca² semasa kejadian masih semart lagi dalam memory card tuh... nak tranfer pun terpostpone lagik.Sekarang bereskan dulu, tranfer picca dari canon untuk pihak JPKK.. Yang nikon nih letak sebelah sat...

Sabaq na... tengok malam nanti.. kalau saya sempat saya publish di sini ya... sabar menanti... InsyaAllah ^___^.


NotaSejemput: Syeronok tengok majlis akad nikah tadi... Tersenyum sepanjang masa, nak pula sini adab nya berbeza dengan adab saya di semenanjung sana... memang syok lah.. Mr.A i need u... tetiba~~~


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!






Thursday, September 8, 2011

Syawal di borneo VS Syawal di Utara

Kami kat sini tetap tema yang sama juga dengan family di Utara sana... biarpun berlainan destinasi... Baju kami adik badik pompuan memang sepetern,material kain pun jenis yang sama.. Ratuhati beli bermeter² untuk anak dara & Makcikdara... Just bezanya dari segi corak sulaman sahaja...



Mr.A... sekejap ja pakai baju melayu nih, sebelah pagi sahaja. Syukur Alhamdulillah... terima kasih Ya Allah, dapat juga kami sama² menunaikan solat sunat Aidilfitri tahun ini mengikut imam yang sama.



Deem.... nah ini lah gambar ai di 1st Syawal 2011. saya kan pemalu... itu sebab duk tayang picca² depa lain ja.. kahhh kahh kah! Ada nampak perubahan tak? ting ting ting~~



Ini kami berdua... bila nak bertiga berempat nih ehh. InsyaAllah 6 ___ 6




Last di akhiri dengan picca 1st Syawal 2011 mereka di utara sana... Kalau kami jadi beraya sana, mesti baju Mr.A nampak sebam warnannya bila digandingkan dengan lelaki di atas tu. Saya just beli kain jenis cotton ja untuk Mr.A.. tak terfikir pula untuk satin cam gini...Cantikkan nampak.Mengerlap lap menyerlah gitu.kann?

Padahal baju melayu Mr.A banyak juga material satin.. iskkk why why whyyy!! tak pa tahun depan ayang buat kain satin pula untuk abang ya.... Ok sudah, continue lagi....InsyaAllah.


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!






Merembes hormon cuak di pagi hari khamis..

Tajuk mencanak punya.. phewww!!

Kajadian berlaku pagi tadi masa saya on da way nak mai opish nih... sebelum tu saya nak tafsirkan dulu maksud hormon tu.. jadi cikgu sat ;p

Hormon merujuk kepeda sebatiam kimia yang bertindak sebagai penyampai maklumat/isyarat antara sel-sel badan melalui darah dan penting dalam transduksi isyarat organisma multisel.

Hormon-hormon dapat digolongkan kepada jenis Amina (contoh: tiroksina), peptida (contoh: insulin) dan lipid (contoh: testosteron) bergantung kepada sifat kimia. okay sudah huraianya...




Lori nih boleh pula p duk berasap di sebelah saya... dah la jalan jame time tu... kira kereta saya berputih dengan asap lori tu. saya tak tahu punca dari mana asap tu... tapi nampak dari bawah. dari tayar lah mungkin kan...

Dalam hati duk kata la, pi cepat² ke depan nun lori... kalau nak meletup pun jangan sebelah Mista Bobo. Saya memang jarak berjarak lah dengan lori nih. nasib baik juga kereta belakang paham... Tak 'horn' saya, dia pun slow dari jauh awal lagi... Kalau dia 'horn'... Sure hormon marah pula di rembes... hahaha!!

Selow² kereta bergerak.. turn saya memang tak leh mengelak... tetap bersebelahan dengan lori nih.. coii betul. Mungkin pemandu tu pun dah perasan kot, yang pemandu lain dah mula cuak... terutamanya saya. Cuak tak cuak sempat juga nak snap picca & tepek di sini... hikss!.

Tak da letupan pun berlaku...saya selamat sampai ke opish.. Alhamdulillah. Cuak ja lebih...



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!





Wednesday, September 7, 2011

Wordless Wednesday #9 : Senyuman Mr.A di pagi satu Syawal









Wordless Wednesday #8 : Akhirnya!! Jumpa juga di sini.



Hasil gotong royong Anggota² TLDM KD Sri Semporna. Ketupat pun ada..

Alhamdulillah, walaupun tidak dapat beraya bersama di kampung halaman. Kerinduan kepada suasana raya semenanjung sedikit sebanyak terubat... smile smile smile~~

NotaJari: Wordless ka nih.... Apapun bulan raya tak boleh marah kan ^___^


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!




Tuesday, September 6, 2011

Roadtax Mista Bobo untuk kali ke-3

Sebelum 1 syawal hari tu...

Dapat panggilan dari salegirl toyota... saya betul² tak ingat yang Mista Bobo dah genap tahun ke-3 pada 26 Ogos 2011 hari tu.

Mujur ada penjual yang ambil berat dan ingatkan... bukan setakat ingatkan.. tolong buat sekali roadtax & insurans, naik turun JPJ. Kalau saya memang tak siap lah 1 hari handle.. Lagi² time tu dekat dengan nak beraya... jalan di sini Ya Ampun, Jame!



Masa saya p bayar untuk totally kos tu.. Dari toyota nak keluar ke jalan hotel Emas pun mau setengah jam tersekat di situ.tekanan tau.. fuhhh!



Total paymentnya RM 1097.70...Complete, just amik Roadtax baru dan ganti jerk di tempat lama cermin depan tu. Roadtax murah kan? insuran tu yang mencanak angkanya... Ngee~~

Pehni get ready untuk Mish pepel & Mista Black pulaks. Dua² tu bulan sepoloh! Ke bulan sembilan? kena tengok balik nih...tapi rasanya dua² tu dekat². Saya renew di agensi yang sama.. tak pa, kompol duit & hulur kat agensi... hehehe!


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Sunday, September 4, 2011

AA dengan pakaian yang di sponsored =D

Aidilfitri tahun 2011 nih AA adalah antara insan yang paling murah rezeki...

Dapat sponsored dari kepala hingga ke tapak kaki..... Untungnya tuan empunya badan a.k.a cucu sulong MakAyah di FBT. Menurut kata kakak saya, bukan setakat saya sahaja yang sponsored AA, ayahnya, ratuhati pun sponsored juga... Alhamdulillah.

Cucu MakAyah yang second a.k.a Adib Harraz, MakNgah tak sempat nak shopping. Kalau Makngah di semenanjung sana.. InsyaAllah sehelai dua pasti Adib dapat merasa. Tapi apakandaya, MakNgah di sini... tidak sempat :-(



Mengikut tema yang telah di tentukan sebulat suara antara kami adik beradik.



Saya main agak jerk saiz AA nih... sesedap rasa sewaktu AA dalam pelukan saya...Lagipun masa usia dalam angka bulanan, doktor kan cakap AA obes. Jadi saya amik saiz besar sedikit dari usia AA.



Nasib baik ngam² suite~~.Semart ^___^




Baju melayu, ratuhati yang jahitkan... tapi kenapa muka AA sedih... tak mau tak mau sayang sedih. Nanti AidilAdha... InsyaAllah MakNgah balik...

Harap² PakNgah boleh cuti. Pegawai atasan PakNgah yang kerek sorang tu.. dah janji... AidilAdha PakNgah boleh cuti. Kalau dia buat² lupa.. nanti MakNgah doa banyak² supaya dia sedaQ kesilapan dia dan dikurniakan sifat berperikemanusiaan serta bertimbangrasa ;p


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...