Monday, September 23, 2013

Info: Mengapa susu ibu kurang sewaktu awal kelahiran


Kerana saiz perut bayi yang baru lahir amat lah comel vs kecil sekecil baby tersebut. Around 4 kg only. So saiz perut pada hari pertama memadai lah sebesar cherry sahaja... Kemudian akan mula membesar dari hari ke hari... 

Kita selalu dengar ibu-ibu baru mengeluh yang susu dorang tak cukup masa awal-awal bersalin. Lepas tu dorang terus bagi anak dorang susu formula sebab bayi selalu menangis. Cuba tengok gambar kat bawah ni. Besar mana je perut bayi yang baru lahir dan banyak mana je yang dorang boleh minum untuk kenyang?



Perut bayi sangatlah kecik. Jadi janganlah fikir yang susu anda tak cukup. Susu anda sentiasa cukup untuk bayi anda. Jangan tambah dengan susu formula. Bayi baru lahir selalu menangis kerana banyak sebab. Bukan sebab dia lapar. Bayi duduk dalam perut ibu selama 9 bulan dalam ruang yang padat dan sentiasa rapat dengan ibu. Bila dia lahir ke dunia, dia akan lain, tak selesa, macam-macam perubahan yang dia rasa. Kita sebagai ibu kena sentiasa dekat dengan bayi kita. Cara paling mudah adalah dengan sentiasa menyusukan dia dan peluk dia dekat dengan dada kita. Bayi akan berasa selamat dan kurang menangis 

Banyakkan menyusukan bayi anda secara direct, setiap 2-3 jam sekali. Anda akan dapat merasakan susu anda akan bertambah hari demi hari, mengikut saiz perut bayi anda. InsyaAllah~~

Happy Breastfeeding!

Credit to: Babiesfirstlactation.com 



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!

JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh

Friday, September 13, 2013

Info Set Slimming Shaklee dan bagaimana produk bertindak!!


Set Turun Berat Shaklee, Menekankan konsep 3B yang iaitu :

  • BAKAR - Set Kurus A
  • BUANG  - Set Kurus B
  • BINA. - Set Kurus C

Set Kurus A: Omega Guard & Lechitin


Dalam proses membakar lemak dan memecahkan lemak serta menghalang penyerapan minyak dalam badan,Shaklee menyediakan 2 pilihan vitamin yang mana kedua-dua ini boleh diambil oleh semua. Tidak kira ibu menyusukan anak atau tidak.
Omega Guard dan Lecithin adalah pilihan terbaik untuk membantu proses bakar.Omega Guard mampu membuatkan anda rasa kenyang lebih lama. Di mana ia berfungsi sebagai agen yang mampu membuatka anda kurang selera makan selain daripada membantu memecahkan lemak.Lecithin pulak,berfungsi sebagai pelarut kolestrol dan lemak-lemak tepu yang lain. Dalam erti kata lain Lecithin juga menyebabkan lemak terapung dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat semula pada dinding Usus. 

LECHITIN Tidak boleh dihasilkan oleh badan tetapi sangat diperlukan oleh badan. 


Set Kurus B: Alfafa & Herba Lax

Proses Detox sangat penting kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan.Untuk anda yang masih tidak tahu apa itu proses Detox.

Detox ini adalah satu proses untuk membersihkan usus di mana melalui proses detox ini segala toksin dalam badan,lemak dan lendir yang melekat pada dinding usus akan dikeluarkan melalui pembuangan air besar.

Selepas usus dibersihkan barulah segala nurtien yang baik akan mudah diserap ke dalam badanpada tahap maksimum.Jika anda mengalami masalah sembelit,herb-lax dan alfalfa adalah pilihan terbaik. 

Tetapi herb-lax tidak sesuai dimakan oleh ibu yang menyusukan bayi.Tapi jangan risau ibu menyusu tetap boleh melalui proses Detox yang lebih lembut dengan pengambilan alfalfa.Apabila usus sudah dibersihkan dan dicuci sepenuhnya, ini dapat mengelakkan perut dari buncit dan memudahkan proses penghadaman.


Set Kurus C : ESP & Cinch Shake 
(Ada 3 Pilihan Vanilla, Chocolate & Caffe Latte)

Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sehingga 35%.Selain itu,protein juga membantu meningkatkan metabolisme tubuh dan meningkatkan perkembangan otot.Lebih menarik,protein mampu menjaga nafsu makan kita dan menjaga otot supaya bebas lemak.

Shaklee menawarkan 2 produk yang mengadungi Protein terbaik sebagai makanan tambahan untuk anda yang ingin mengusukan badan.Cinch Shake adalah antara minuman protein berperisa yang sedap dan hanya sesuai di ambil oleh ibu yang tidak menyusukan bayi.Kandungan kalori Cinch Shake yang terlalu rendah dikhuatiri akan menggangu tumbesaran bayi.

Jadi,untuk anda ibu-ibu yang menyusukan anak ESP atau Energizing Soy Protein adalah pilihan terbaik. Selain daripada membantu ibu dalam usaha menguruskan badan,Esp juga membantu memperbanyakkan susu ibu dan membantu ibu memekatkan hasil susu perahan.



Sebarang Pertanyaan berkaitan pembelian produk shaklee boleh berhubung dengan saya melalui no telefon di dalam banner di atas nie atau melalui :
1) Page : Jom Kekal Sihat & menawan
2) Fb Personal : Halimatun Hamina 
Email : amyna7698@gmail.com


♥ Jaminan kami : Produk-produk Shaklee sentiasa berkesan, sentiasa selamat dan sentiasa mesra alam  





Wednesday, September 11, 2013

Kenali ketam halal & ketam haram


Ketam Nipah vs Ketam Batu...

Selama ni duk tertanya tanya macam mana rupa ketam yang halal di makan & ketam yang haram kan?
Kebetulan hari saya jumpa di fb sharing dari kawan². So saya kopipes masuk sini untuk rujukan saya dan kawan² yang memerlukan...

Tadi saya ada tunjuk dengan seorang kawan tentang perbezaan ketam ni... kawan saya cakap. Dia dah lama tak makan ketam sebab tak tau nak beza ketam halal dan ketam haram. sebab tu lama dah dia tak membeli untuk keluarganya... Ruginya tu kan..sudah lah duduk di bumi perikanan.. hasil laut sangat murah & mudah untuk dapat yang fresh dari ladang laut.... hihihii

Saya pun sebelum ni harap dengan suami saja.. sebab suami lebih mahir untuk mengenali jenis² ketam ni... jantan betina ketam pun suami boleh tau.. kalau saya.. memang tak tau sebab tak tau nak habaq pasaipa boleh tak tau... berbelit belit dah...kesimpulannya memang tak tau...paham ka dak?


Kalau p pasar tu suami yang akan warning, ketam macam ni x boleh makan sayang.. ha.. kalau yang itu boleh.. macam ni macam tu.. tapi bagi saya nampak sama saja.. cuma nak beza warna ja kot.. kalau yang cerah tu boleh.. yang gelap tu x boleh... tapi macam mana kalau ketam tu gelap kena selut a.k.a lumpur.. huh! 

Sekarang ni saya tau dah ada key untuk pilih ketam... selain tengok warna ketam, kita tengok juga kaki ketam tu... dia mesti ada kaki leper dihujungnya... tapi kalau kaki tu patah macam mana pulak kan...terus tak jadi beli... teheeee~~


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!

JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh
 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...