Showing posts with label PEtuA vs Info. Show all posts
Showing posts with label PEtuA vs Info. Show all posts

Monday, January 8, 2018

Omega Guard shaklee!

KEPENTINGAN OMEGA GUARD!!! 

.
EPA penting untuk kesihatan jantung dan sendi, manakala DHA adalah penting untuk perkembangan dan fungsi otak.





 .
Faedah & kepentingan Omega-3:
 Merendahkan tahap trigliserida dalam darah.
 Mengurangkan risiko serangan sakit jantung.
 Mengurangkan risiko ritma jantung tidak normal yang berbahaya.
Mengurangkan risiko strok
Melambatkan pembentukan plak atherosclerotic.
Mengurangkan kekakuan dan kelembutan sendi.
.
.
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa omega-3 menggalakkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah yang normal. Omega-3 juga menyokong otak, visi, dan fungsi sendi yang sihat. 


Siapa Yang Sesuai Mengambil Omega Guard?
 Ibu hamil
 Ibu menyusu
 
Kanak-kanak (1 tahun ke atas)
 Lelaki
 Warga Emas
 Mereka yang mengalami darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes
 Mereka yang mementingkan kehidupan sihat.



Terima kasih sudi membaca dan sokong penulisan #ummiAnaqiHaziq.. happy shopping bersama #kakmyna... ingat ingat ingat..... ♥ ♥

Tuesday, October 4, 2016

Baby Carrier: Perbezaan antara Ergonomik & Non-ergonomik

TIPS PEMILIHAN BABY CARRIER: ERGONOMIK

Sungguh benar2 tidak tipu.. selama bergelar isteri hingga lahirnya #anaqihaziq ummi duk dengaq ja ergnomik dan non-ergonomik tapi tak pernah nak ambil tau lanjut. Last buat kesimpulan sendiri mungkin jenis material yang di gunakan untuk carrier... hahahaha!!

Hari ni... Allah nak bagi ummi lebih faham, ummi ternampak post kat fb. Baru faham sesangat siap ada gambar lagi.. Kalau tak paham lagik tak tau nak kata apa lah kan... adakah salah faktor urat terputus sikit masa masa melahirkan... kih kihkih!!

Nih info yang ummi kopipes dari fb page Royanness Babywearing


Ergonomik carrier ialah carrier yg punya rekabentuk yg boleh support kaki anak dlm bentuk "M" position. Lutut lebih tinggi dari punggung. 


Kebanyakan non ergonomic carrier , bila pakai, kaki anak bentuk /\ , kaki terjuntai, (nanti cpt lenguh & berat badan bb trsangkut kat celah kangkang, senak anak tu).

v
v
v
v
v
v


Faham ke tidak...Jika yea... Meh kita say "yes" sama2.... hehehhe!

YES YES YES !!!!! 


ummi kena keep info ni... masa proses peningkatan usia anaqi ni ummi tak guna sangat baby carrier.. maybe faktor baru sorang...jadi seronok berdukung gilir dgn walid. Cuba kalau dah bersusun plus anaqi sel2 otak berhubung baik... mau tak cukup kaki tangan nak kawal kan... 




Terima kasih sudi membaca dan sokong penulisan #ummiAnaqiHaziq.. Sila berkunjung lagi and happy reading!! ingat ingat ingat...



Thursday, February 4, 2016

Info Keselamatan : Kawasan blind spot untuk Lori... Please alert!





Gambar garisan kuning yang ditunjukkan adalah kawasan BLIND SPOT bagi lori. Pemandu lori tidak nampak anda jika anda berada di kawasan garisan kuning berkenaan. 

Maka untuk memastikan pemandu lori menyedari kehadiran anda, pastikan anda berada di kawasan selain daripada garisan kuning.

Pandu dengan selamat. Anda mampu mengubahnya.
Mohon Share Untuk Insan2 Tersayang Anda


#kopipes info dr FB. Moga bermanfaat untuk semua.

Terima kasih sudi membaca dan sokong penulisan #ummiAnaqiHaziq.. Sila berkunjung lagi dan happy reading!! ingat ingat ingat...

Saturday, August 9, 2014

Info: Masalah Cyst @ Fibroid dan makanan yang boleh aktifkan sel tersebut.

Perkongsian berkaitan masalah wanita!! Rahim hanya ada satu dan tiada ganti lagi.. Maka seboleh2nya... jagalah ia sebaik2nya!! InsyaAllah...
Makanan yang perlu dielakkan:
1.) Soya dan evening primrose.
Soya dan evening primrose mengandungi phyto estrogen. Phyto ni bermaksud tumbuhan manakala phyto estrogen bermaksud tumbuhan yang mempunyai fungsi seakan akan estrogen.
So, bila kita makan benda ni maka paras estrogen dalam badan kita akan tinggi dan mengalakkan pembesaran cyst. Doc ade bagitahu saya yang sume wanita ade cyst cuma kecil atau besar, boleh hilang tak boleh hilang.
evening primrose oil
**info yang baru saya tahu: minum soya sewaktu mengandung bukan boleh mencantikkan kulit anak tetapi mendedahkan risiko untuk anak tu mendapat kanser. Then, mengikut kajian keatas pesakit kanser payudara plak, ramai antara mereka menggunakan evening primrose ni.
2.) Ayam.
Ayam kan disuntik hormon untuk mempercepatkan kadar pembesaran dia. Kebiasaannya ayam disuntik hormon estrogen. Tapi ayam kampung boleh makan kot.
3.) Ikan keli yang dibela.
Kena tangkap ikan keli dalam sawah la pasni kalau dah mengidam sangat.
4.) KAWAL PEMAKANAN
Kolestrol juga adelah penyebab kenaikan hormone estrogen. Kolestrol adalah precursor kepada estrogen.

NOTA TAMBAHAN
Pemakanan bg Wanita pengidap Endometriosis/Adenomyosis/Fibroid/Cyst/PCOS
Disini saya kongsikan bersama jenis makanan yg amat sesuai & yg harus di elakan bagi wanita yg punyai masalah seperti di atas atau pun yg pernah menjalani pembedahan tetapi ia nya berulang kembali.
Makanan yg di galakkan :)
> Ikan laut seperti bawal emas, kembong & selar
> Sayuran jenis kekacang - kacang panjang, buncis, sweet pea dll.
> Kekacang - badam, kacang tanah, black bean, kacang merah dll.
> Sayuran - kobis, brocoli, bayam, dan ulam-ulaman pegaga, pucuk ubi dll
> Buah-buahan - Nenas & betik
> Ubi kayu
> Sup miso ( sejenis pes yg di buat dari kacang soya yg di peram dicampur kedlm
sup utk di jadikan miso sup)
> Teh hijau
Makanan yg harus di elakkan :(
> Daging merah (kambing & lembu)
> Ayam ( Boleh di ambil dlm kuantiti yg sedikit)
> Produk tenusu seperti keju
> Ikan haruan
> Gamat
> Bahan perisa - pes segera & kiub2 perisa seperti stok ayam, stok bilis dll.
> Makanan manis - kuit muih manis & pencuci mulut
> Minuman berkarbonat ( krn tinggi kandungan gula)
> Makanan segera - burger, sosej, nugget, mee segera dll
> Makanan ringan - cip kentang, jajan dll.
> Makanan berlemak/ berminyak


FIBROID DAN CYST
♛RAHIM ADALAH EMAS BAGI WANITA♛
TANDA - TANDA FIBROID DAN CYST DALAM RAHIM YANG BERMASALAH
✔ Gangguan Haid
✔ Keputihan
✔ Masalah ketidaksuburan
✔ Kemandulan di kalangan wanita
✔ Hubungan suami isteri yang dingin atau sakit ketika bersama
✔ Perut kembang
✔ Angin yang keluar dari vagina (Kentut Vagina)
✔ Rasa gatal dan keluar bau kurang enak pada vagina
✔ Kerap membuang air kecil ketika batuk, berlari dan berlompat
✔ Kerap letih dan lesu
✔ Sakit lutut dan tumit
✔ Kesejukkan kaki dan tanggan
✔ Kekejangan otot dibawah betis (simpul mengkarung)
✔ Kerap keguguran
✔ Ketumbuhan fibro dan cyst
BAGAIMANA KETUMBUHAN FIBROID DAN CYST TERJADI?
1. Punca penyakit ini bermula pada ganguan haid dan sengugut
2. Satu kajian yang menunjukan bahawa lebih kurang 50% daripadanya wanita
3. Ia sering berlaku dikalangan wanita yang tidak berkahwin dan yang pernah beranak.
ADAKAH IA BOLEH DIRAWAT?
Seperti yang ditulis oleh Dr Hamid Arshar dalam tulisan beliau tidak ada rawatan yang menggunakan ubat hospital yang boleh mengecutkan ketumbuhan fibroid TETAPI ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau dedaun yang mungkin mempunyai kesan, khusus terhadap rahim boleh mengecutkan ketumbuhan pada fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mengecutkan ketumbuhan fibroid.
Kebanyakan yang kita dengar ramai wanita Malaysia yang menghadapi ketumbuahan fibroid, rata-ratanya akan mengambil jalan mudah dengan menjalani proces pembedahan. Tapi masih juga ketumbuah itu akan tumbuh selepas beberapa bulan atau tahun itu pun bergantung pada aktifnya fibroid mereka.

Shaklee ada menawarkan set untuk rawatan Cyst dan Fibroid. Boleh dapatkan melalui pengedar sah shaklee di luar sana ataupun melalui saya pun boleh. Saya akan guide cara rawatan dan pengambilan suppliment tersebut untuk anda. Boleh hubungi di talian 011-19567856.

Jika nak buy sendiri dari web shaklee boleh klik gambar set rawatan di bawah dan anda akan di bawa melunsuri ke laman eSell shaklee tersebut : 


Saya suka sarankan pengambilan GLA.. itu yang paling utama untuk rawatan Cyst. GLa ni dapat membantu dari segi hormon wanita. Banyak manfaat nya!! 


Bulan Ogos 2014 ada promosi GLA dari HQ. buy 6 percuma 1. Maklumat lanjut boleh berhubung dengan saya. InsyaAllah. Sampai sini dulu perkongsian Info Cyst dan fibroid.

Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!

Wednesday, November 20, 2013

Penting Menjaga Kebersihan Vagina Selepas Bersalin


Semestinya la kan!!

Jangkitan kuman pada luka-luka yang dialami semasa proses melahirkan selalu berlaku. Jangkitan kuman pada pundi air kencing merupakan salah satu masalah yang kerap dialami oleh wanita selepas bersalin.


Apabila jangkitan kuman berlaku, wanita kerap membuang air kecil tetapi sedikit dan terasa sakit atau pedih. Manakala jangkitan kuman juga berlaku pada luka di bahagian kemaluan. Luka episitomi ini boleh menimbulkan masalah jika jahitannya terbuka sebelum sembuh.





Masalah pada luka ini jika tidak dirawat dengan betul boleh menimbulkan masalah jangka panjang seperti terasa sakit ketika mengadakan hubungan kelamin. Oleh itu, setiap wanita perlulah menjaga kebersihan serta menjauhkan masalah jangkitan kuman pada luka.

Sepanjang tempoh berpantang, penting untuk anda meningkatkan sistem pertahanan diri supaya serangan kuman dapat dielakkan. Apa yang pasti luka akibat pembedahan caseraean atau guntingan episiotomi perlu dijaga dengan baik.

Untuk melakukan penjagaan tempat sulit, pastikan tempat luka sentiasa bersih dan kering. Lap kering bahagian tersebut selepas ke tandas dan sapukan ubat luka yang diberi doktor. Elakkan menggunakan sebarang ubat tradisional seperti minyak atau herba dalam tempoh 10 hari pertama selepas luka dijahit.

Setelah yakin luka sudah bercantum, barulah doktor memberikan kebebasan untuk membuat apa yang diingini pada luka tersebut.

Bagi penjagaan bahagian vagina, anda boleh mengambil air rebusan herba ketika membersihkan bahagian itu sehingga 100 hari dan seterusnya. Antara ramuan yang digunakan ialah ibu kunyit, daun sirih, asam gelugur, manjakani, daun pegaga dan garam.

Air basuhan vagina selepas bersalin

*Sediakan periuk yang mengandungi air panas. Kemudian rebus daun pilihan (sama ada daun sirih bersama daun pegaga atau biji manjakani dengan beberapa helai daun sirih) bersama tiga sudu makan garam. Rebus ramuan tadi sehingga lembut. Kemudian sejukkan air rebusan tadi untuk membersihkan alat sulit dua hingga tiga kali sehari.

sumber:kumpulankarangkraf


*********************************************************************************
Iklan: Produk Shaklee Set Rawatan  "Masalah Keguguran Rambut"






Sebarang Pertanyaan berkaitan pembelian produk shaklee boleh berhubung dengan saya melalui:
1) Page : Jom Kekal Sihat & menawan
2) Fb Personal : AmynaAmir Hamid
3) Berhubung ke HotLine saya seperti yang tertera dalam gambar di atas.

*********************************************************************************


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!

Nak follow my page entry.. boleh LIKE button di page ya...Terima Kasih. Teheeee~~

Monday, September 23, 2013

Info: Mengapa susu ibu kurang sewaktu awal kelahiran


Kerana saiz perut bayi yang baru lahir amat lah comel vs kecil sekecil baby tersebut. Around 4 kg only. So saiz perut pada hari pertama memadai lah sebesar cherry sahaja... Kemudian akan mula membesar dari hari ke hari... 

Kita selalu dengar ibu-ibu baru mengeluh yang susu dorang tak cukup masa awal-awal bersalin. Lepas tu dorang terus bagi anak dorang susu formula sebab bayi selalu menangis. Cuba tengok gambar kat bawah ni. Besar mana je perut bayi yang baru lahir dan banyak mana je yang dorang boleh minum untuk kenyang?



Perut bayi sangatlah kecik. Jadi janganlah fikir yang susu anda tak cukup. Susu anda sentiasa cukup untuk bayi anda. Jangan tambah dengan susu formula. Bayi baru lahir selalu menangis kerana banyak sebab. Bukan sebab dia lapar. Bayi duduk dalam perut ibu selama 9 bulan dalam ruang yang padat dan sentiasa rapat dengan ibu. Bila dia lahir ke dunia, dia akan lain, tak selesa, macam-macam perubahan yang dia rasa. Kita sebagai ibu kena sentiasa dekat dengan bayi kita. Cara paling mudah adalah dengan sentiasa menyusukan dia dan peluk dia dekat dengan dada kita. Bayi akan berasa selamat dan kurang menangis 

Banyakkan menyusukan bayi anda secara direct, setiap 2-3 jam sekali. Anda akan dapat merasakan susu anda akan bertambah hari demi hari, mengikut saiz perut bayi anda. InsyaAllah~~

Happy Breastfeeding!

Credit to: Babiesfirstlactation.com 



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!

JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh

Monday, June 3, 2013

Teknik penyusuan bayi yang betul




Teknik penyusuan bayi adalah bergantung kepada cara dan keselesaan ibu & anak. Anda boleh menyusukan bayi sambil duduk, berbaring atau serong sebelah. Pastikan kedudukan anda & anak betul, & bagaimana bayi anda menyesuaikan mulutnya apabila menyusu.
  • Kedudukan Badan
    • Bayi perlu diampu dgn baik. Ibu boleh duduk bersandar pada katil dgn kedudukan kepada bayi di atas lengan.
    • Jgn bersandar terlalu jauh daripada bayi & jgn terlalu membongkok.
    • Gunakan bantal atau kusyen kecil bagi menampung berat bayi anda, rehatkan juga kaki anda.
  • Cara memegang bayi
    • Dipegang rapat dgn anda
    • diampu dgn baik
    • mulut bayi berada di bawah puting apabila anda bersedia utk menyusukannya.
    • kepala, leher dan bahagian belakang bayi berada dlm keadaan lurus.
  • Bagaimana bayi menyesuaikan mulut apabila menyusu.
    • pastikan bayi anda mencapai sendiri puting anda.
    • pastikan mulutnya terbuka luas
    • pastikan anak anda menghisap sebahagian besar bahagian areola di sekitar puting. 




     Info dari: Mom breasfeeding Shop- Oren health Care


    Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!

    JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh


Saturday, June 1, 2013

Mengenali Apa Jenis Kulit Anda?


Jom jawab dulu soalan kuiz ni ya....

Kuiz ini bertujuan untuk membantu anda memastikan jenis kulit anda yang sebenar!!
Bukan sekadar kita hanya melihat, sentuh secara luaran sahaja. Kita perlu kenal dan rasai dari keadaan atau kondisi dalaman kita yang sebenar. InsyaAllah.

Okeh jom jawab dulu 5 soalan mudah ini. Bila dah siap jawab... Baru saya akan suggestkan jenis produk Skin Care MK yang bersesuaian... Bab Harga produk kita letak tepi dulu. Sayangi kulit anda kerana keremajaan kulit itu begitu beharga.



1. Apa kulit anda rasai sebaik sahaja bangun pagi?
a. Tegang dan tidak selesa Seperti kulit wajah ditarik-tarik
b. Tak sabar mahu mencucinya kerana berminyak 
c. Lembut dan tidak kering mahupun terlalu berminyak

JAWAPAN: _______


2. Bagaimana pula selepas setengah hari?

a. Masih tegang, dan rasanye perlu memakai pelembap lagi
b. Berminyak serta berkilat
c. Sesetengah permukaan wajah berminyak atau kering, namun kulit masih lembut

JAWAPAN: _______


3. Bagaimana liang roma anda kelihatan?

a. Liang roma? saya tidak nampak sebarang liang di wajah.
b. Besar! Boleh nampak jelas, lebih-lebih lagi di hidung dan pipi
c. Saya boleh lihat di sesetengah kawasan seperti zon T, termasuk hidung dan dagu

JAWAPAN: _______


4. Apa keadaan yang paling tidak sesuai dengan kulit anda?

a. Dalam bilik berhawa dingin - kulit saya jadi tegang dan ia menyakitkan!
b. Di bawah matahari terik - kulit jadi berminyak seakan solekan saya cair
c. Setiap cuaca ada cabaranya.

JAWAPAN: _______


5. Apa produk penjagaan wajah yang sering anda bawa walau ke mana jua?

a. Sebotol krim muka bagi mengurangkan kawasan gatal dan tegang pada wajah.
b. Kertas penyerap minyak muka atau bedak bagi mengelakkan kulit berkilat.
c. Bergantung pada keadaan cuaca, bila cuaca panas saya bawa bedak, bila cuaca dingin saya akan bawa pelembap

JAWAPAN: _______
 

******************************************************
Kebanyakkan jawapan JIKA:
A: Kulit anda Kering
B. Kulit anda berminyak
C: Kulit anda Biasa
 *****************************************************

Selesai sudah untuk 5 soalan nih sila bagi tahu saya jawapan nya.. Seperti yang saya inform tadi, bila dah habis menjawab,  baru saya boleh suggestkan produk mengikut jenis kulit anda. 

Jangan bimbang... produk Mary Kay bebas bahan kimia dan selamat di gunakan kerana kandungannya berasaskan pati tumbuhan semulajadi. Buktinya sila scroll ke bawah.



Ada kata produk Mary Kay ini mahal... sebenarnya tidak. Percayalah kata saya. Bila anda miliki, guna dan akan terus rasai sendiri kehebatan nya.. Saya yakin anda berpuas hati. Anda rasa pelaburan anda untuk menggunakan produk Mary Kay adalah pilihan yang tepat!

Produk Mary kay ni, bila kita apply dekat kulit terutama alat solek dia bukan sahaja mencantik, melindung dari UV tapi dalam masa yang sama merawat kulit wajah kita. Kulit kita terasa flawless & ringan sahaja. InsyaAllah ^__^.


AmynaAmir Hamid
Mary Kay Independent Beauty Consultant Professional
Unit Diomand Bee
FB saya: AmynaAmir



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!
JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. Telimakaseh!!

Thursday, May 30, 2013

Info: Keburukan Menahan Kencing



SEKALIPUN terpaksa menghadiri mesyuarat penting atau memandu untuk jarak yang jauh, menahan air kencing bukanlah satu tindakan yang bijak. Air yang ditahan itu hakikatnya kotoran beracun yang perlu dikeluarkan daripada badan. 
  
Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan. 
  
Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia. 
“Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing. 
“Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitumasalah hilang kawalan untuk menahan kencing,” kata Sahabudin. 
  
Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran. 
  
Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas. 
  
Antara tanda-tanda seseorang itu mendapat masalah inkontinens adalah sering berasa tidak puas ketika membuang air kecil atau aliran air kencing yang lemah. 
  
Masalah itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kerosakan ginjal, uretra yang tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat diabetes. 
  
Dalam pada itu, Sahabudin menjelaskan, membuang air kecil sebanyak di antara lima hingga enam kali sehari merupakan situasi yang normal. 
  
Namun, mereka yang membuang air kecil melebihi lapan   kali sehari menunjukkan keadaan yang sebaliknya. 
  
“Kencing kurang daripada lapan kali sehari merupakan keadaan yang normal. Urin mereka akan berwarna jernih seperti air paip,” ujarnya.


Pundi kencing yang berfungsi secara normal ditunjukkan apabila seseorang membuang air kecil dalam tempoh tiga hingga empat jam sekali iaitu tidak lebih lapan kali sehari. 
Mereka yang normal akan membuang air kecil hanya sekali pada waktu malam. 
Jelas Sahabudin lagi, mengurangkan minum air masak bagi mengelakkan seseorang itu kerap ke tandas adalah satu tindakan yang salah. 
Mereka tidak seharusnya mengurangkan pengambilan air kerana bahan tersebut penting kepada tubuh bagi mengelakkan dehidrasi. 
“Jangan mengurangkan kuantiti air yang diminum. Sebaliknya pergilah berjumpa dengan doktor untuk mengatasi masalah itu. 
“Jika terdapat jangkitan, pesakit perlu dirawat terutamanya mereka yang mengalami pundi kencing terlalu aktif,” katanya lagi. 


Antara tanda kencing terlalu aktif adalah sukar menahan kencing, kencing tidak puas, pergi ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku kebocoran jika menahannya. 
Masalah ini boleh terjadi lebih kerap dalam kalangan wanita muda. Seseorang yang menghadapi masalah ini akan membuang air lebih daripada 10 kali sehari serta tidak dapat menahan kencing. 
Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan. 
Jelas Sahabudin, masalah tersebut sering berlaku akibat kesibukan kerja yang mengundang masalah malas ke tandas selain ketiadaan kemudahan tandas yang bersih. 
Sementara itu, melakukan aktiviti seperti memandu sambil menahan air kencing boleh mengundang bahaya. Perbuatan menahan kencing didapati mempunyai kesan yang sama dengan keracunan alkohol atau tidak tidur selama 24 jam secara berterusan. 
“Apabila manusia sampai kepada titik kesakitan, mereka tidak mampu berfikir dan membuat keputusan lagi. Ia sama seperti mabuk,” kata profesor neurologi di Universiti Brown di Providence , Pulau Rhode, Amerika Syarikat (AS), Peter Snyder. 
Kajian Synder bersama kumpulan penyelidiknya itu memenangi kategori perubatan anugerah Ig Nobel anjuran majalah Annals of Improbable Research (AIR) di AS baru-baru ini. Ig Nobel memberikan anugerah untuk pelbagai kajian yang dianggap melucukan tetapi kemudian membuatkan orang mula berfikir.


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!

JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...