Friday, March 8, 2013

Part 1: Kehendak hati manusia susah nak dipuaskan!


Selamat petang... Hari nih nak kongsikan kisah teladan yang dipetik dari nasihat Luqman Al-Hakim untuk anak²Nya... Ianya sangat menarik perhatian saya... So kesimpulannya di sini.. kita biarkan si luncai dengan labu²Nya... Allah itu ada bersama kita dan dia Maha Adil!!!!!

Teruskan membaca....

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman al-Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar. Manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, “Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki.”
 
Setelah mendengarkan desas-desus daripada orang ramai, maka Luqman pun turun daripada himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula, “Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya tetap sedap menaiki himar itu. Sungguh kurang adab anak itu.”

Sebaik mendengar saja kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai berkata lagi, “Lihat itu, dua orang menaiki seekor himar, sungguh menyeksakan si himar itu.”



Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, “Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai.”

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Luqman al-Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka. Katanya, “Sesungguhnya tiada seorang pun terlepas daripada percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada ALLAH SWT sahaja. Barangsiapa mengenali kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu.”

Kemudian Luqman al-Hakim berpesan lagi kepada anaknya. Katanya, “Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara. Iaitu tipis keyakinannya ( iman ) tentang agamanya, lemah akalnya ( mudah tertipu dan terpedaya ) dan hilang kemuliaan hatinya ( keperibadiannya ), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya.”
Sumber :Wasiat Luqman al-Hakim
Penulis : Ahmad Hasan Mohd. Nazam
Terbitan : Telaga Biru
Kita tidak dapat memuaskan hati semua orang. Dan betapa ramai orang yang akan tidak berpuas hati dengan kita kerana tidak dapat menerima diri kita dengan seadanya. Maka, bila pandangan manusia itu seluruhnya pandangan kehinaan terhadapmu, utamakanlah pandangan ALLAH SWT..~ Wallahu’alam.

Semoga ALLAH merahmati.. InsyaAllah ;-)




Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!





JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh....

External Hard Disk Drive Problem~~


Lately nih saya asyik tenggelam timbul saja di RuangRindu Amyna nih kan... Mana dengan krisis pencerobohan tu dan tambah pula external yang 3 tahun bersama² saya tu telah menunjuk kuasanya... So aura berkongsi cerita entah ke mana sudah :-(

Dari balik bercuti di kampung haritu... saya terus senyapkan... Balik kampung? semestinya banyak yang mau di semadikan di RRA nih. Sekarang saya cuba ambil aura tu kembali... external tu pun dah berjaya di buckup datanya... cuma saya belum check lagi sama ada data tu ada yang crash atau tidak... saya tengok sepintas lalu masa recovery tu.. Alhamdulillah masih papar seperti biasa... harap² tak crash lah kan... Harap sangat!!!!



Nak kongsi sikit tip menjaga external Hard Drive Versi RRA.

  • Memastikan permukaan Rata: Ini bermaksud ketika Ext HDD tu dipasangkan pada komputer/laptop, storan disk pada Read&Write akan berputar..so bila permukaan tidak rata, pergerakkan pada pallet tersebut boleh terpesong. Andai kata waktu tu..anda sendiri tersilap mengalihkan barang yang berdekatan dan menyentuh Ext HDD... Wallah hu'alam.. Dan inilah yang terjadi kepada saya... letak lagi diatas fail :-(
  • Unplug @ Eject Drive: Kalau guna PenDrive pun kita selalu nampak perkataan "safely Remove Hardware". Seeloknya pastikan ianya close totally properly... jangan main tarik saja USB nya.. Untuk external HDD yang ada banyak partition.. sangat² lah penting... Kekadang kita tak perasan yang data di dalam external tu still running... kalau main hantam tanggal USB saja.. merasa lah di situ. Kena data tu urgent.. lagik merasa!!    
  • Suhu :  Yang ke-3 nih... sangat memainkan peranan... Ianya tak boleh ditinggalkan @ di simpan ditempat yang panas... sensitif untuk komponen di dalam drive tu. So jangan malas sangat nak p simpan dalam kereta yang duk parking bawah sinaran cahaya matahari.. kalau tak sayang boleh la amalkan selalu... 
  • Gegaran: Sangat² tak boleh... Ini bermaksud jangan jatuh, hempas atau seangkatannya dengan nya. Jika ini berlaku... susah mau cakap. Kalau tak mendatangkan masalah pada kamu, itu bermakna rezeki kamu.. So bersyukur!
Selain itu saya itu... seboleh²Nya, jangan ON kan laptop atau apa² usb sambil kamu membawa perkakasan itu berjalan dari satu tempat ke satu tempat. Ini sangat mendedahkan perkakasan anda untuk rosak...Wallah huA'alam...


Sukanya juga saya nak ingatkan... Andai kata external kamu problem jangan terus² nak format... masih ada cara untuk buckup dulu data² yang penting bagi kamu. Memang ambil masa untuk proses recovery tapi sekurang-kurangnya.... data kamu still ada. Ingat tu~~

Okeh sampai sini dulu perkongsian saya.. kalau tak faham tu, sila ulang membacanya, if tak faham lagi.. sila praktikkan apa yang saya kongsikan.. HAHHAHA. kalau MASIH tak faham... dihujung tu ada button warna merah berbentuk pangkah.... sila tekan ya. Terima kasih!!






Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!





JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh....

Tuesday, March 5, 2013

Sebab kenapa ATM belum bertindak.. Boleh baca di sini.


ISU LAHAD DATU

"Abg, kenapa sekarang polis yang sedang berhadapan dengan penceroboh di Lahad Datu?"

Abg komando, "sekarang ni, orang awam, masyarakat tak faham tentang siapa yang berkuasa, tentera adalah di bawah Kuasa Yang DiPertua Agung,

Sekarang ni, Agung sedang memerhati, Beliau melihat banyak aspek Dan kemungkinan,

Jika nak di Arahkan askar, Agung kena isytihar darurat di Kawasan terlibat, maka tentera Akan di Arahkan, Dan tempat yang di darurat kan tu, banyak peraturannya, terutama tempoh berkurung, maka Hal ini boleh menyebabkan kesusahan kepada rakyat di Kawasan terlibat untuk keluar masuk dari rumah ke bandar,

Dan, jika tuanku yang mengistiharkan darurat, maka yang berkuasa direct dari Agung adalah PAT (Panglima Angkatan Tentera), Beliau yang Akan mengeluarkan sebarang Arahkan, Menteri Pertahanan pula di bawah dia, kemudian barulah Panglima Tentera Darat, Panglima Tentera Udara, Panglima Tentera Laut..

Jadi, kita kena faham, tuanku meneliti untuk mengeluarkan sebarang Arahan, tuanku tak Akan mengeluarkan sebarangan Arahan..

Orang politik ni, macam macam boleh cakap, kenapa kerajaan tak Arahkan Tentera, kenapa tu , kenapa ini.. 


Jadi, orang awam, harus Percaya kepada Agung, tuanku bukan duk bersahaja, tuanku sedang memerhati, Dan tuanku Akan keluar kan arahannya nanti.."







Aku tersenyum, "oh, gitu ya abg, jadi sekarang ni tuanku tak menitahkan lagi ke Tentera ke sana?"

Abg komando, "sudah ada beberapa Arahan, cuma penempatan untuk keseluruhan Angkatan Tentera, Tuanku masih menunggu waktu untuk istiharkan darurat, kerana jika istihar darurat, maka kehidupan rakyat kat sana Akan terganggu, kehidupan makan minum mereka jadi Susah, jadi, jika masih boleh di kepung Dan di selesai kan di Kawasan yang minimum, maka darurat tak perlu nak di istiharkan..

Jangan bimbang, Tentera dah ada, abg sendiri pun kita stand by, keluar je Arahan, kami Akan bertindak.."

~ begitulah SOP nya.. kpd dalang yg suruh askar serang penceroboh secara membabi buta, beliau lah PENGKHIANAT NEGARA yg mahu anggota keselamatan dan rakyat kita lebih ramai terkorban !...

Sekadar perkongsian dengan cara berfikir tenang..tahu semangat sudah kita semua... 




Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!




JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh....
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...