Thursday, October 28, 2010

welcome to Sabah, Malaysia

Syukur Alhamdulillah Mr.A selamat mendarat di Bumi Tawau petang semalam.. Jam5.20 petang dengan pesawat MAS. Lewat sikit dari jadual asal.. Dah tu lewat sehari dari apa yang Mr.A bagitau dalam entry Welcom to Perak.Hari selasa jadik Rabu.. KESIAGAAN. sob3x.

Semalam after opish hour haku terus bergagas ke Airport. Takut nanti Mr.A lama pula menanti. Sepanjang perjalanan senyum melebar dah haku nih, sangat excited yoo.. Sampai di Airport nampak pula transport zL dan zU lagik lah membuatkan haku tersenyum. Ada juga anggota² lain yang beruniform di sana. Family² pun ramai menyambut kepulangan insan² tersayang.. Ohh ohh..Luv it~~



Gambar kenangan 5 bulan 17 hari yang lalu. Sedih muka Mr.A time nih.. Berat hati nak meninggalkan isteri. Masa nih haku hantar Mr.A di Aiport sini sahaja. Tak dapat nak hantar di kLiA nun.. :(



Nampak jerk Mr.A dan kawan² melangkah turun dari anak tangga selepas checking Kastam tu, berdegup kencang jantung haku.. sangat² teruja. senyum nih jangan nak tanya la.. Memang tak boleh nak kawal dah.. Nak tunggu mereka ambil bagasi MakAihh sangat lama. Masing di luar nih dah macam² bunyi. Mereka di dalam nun asyik² pandang kami di luar dengan pelbagai reaksi.. best moments... hehehe!!



1st keluar... dari situ IncikMamu. Alahai.. tersentuhnya perasaan bila tengok mariana (ibu mengandung) menitis kan air mata sambil salam dalam pelukan suami.. perasaan haku bercampur baur. Tak tahu nak cakap hapa. Senyum pun dah suram.. Keluar jerk Mr.A dari pintu ketibaan tu, baru haku boley senyum. Mr.A suka buat lawak SengaL. Huhuhu!! Sampaikan semua kawan² yang ada di situ dia perkenalkan kat haku satu persatu.. Lagi tersenyum lah haku..Yea yea Hai.. yea Angguk. itu lah situasi haku ketika tu. Macam gaya Orang jepun pun ada. haikkkk!!



Kan.. buktinya. Haku siap buat PS. semua detail ada di situ. hahaha!! Time opish hour nih, Dengan kebenaran dari pengarah dan siap isi borang keluar, nak hantar suami. Masa tu AyahAnda Samsudin belum pencen.. AyahAnda bagi green light keluar sebentar.. memahami la katakan. haipp haip!!

Sebelum nih ramai yang tak tahu Mr.A pergi Op di negara orang.. Kecuali kawan² opish dan kawan² rapat sahaja. Sekarang Mr.A dah balik pakat terkejut tanya macam² soalan. Sampai separuh vengong haku nak menjawab.Maaf lah yea. Bukan tak mau habaq dari dulu. Tak dak paedahnya haku war² kan... Satu lagik diri haku bukan kuat tapi semangat isteri tentera yang kuat dalam diri haku untuk menempuhi kebahagian dalam perpisahan sementara... Doakan kebahagian hakiki untuk C.H.I.N.T.A Amyna. InsyaAllah ^_^.

Mode: Macam² Mr.A beli.. Pashmina saja 5 helai. haku sampai minta izin dengan Mr.A nak bagi dekat kawan yang banyak membantu haku sepanjang Mr.A Operasi.. Ate bilanya haku nak memakai semua tu.. kannn~~

sayang @myn@ ^_^


Wednesday, October 27, 2010

kita sama² menanggung rindu..

Perghhh tajuk.. tapi itu lah kenyataan nya. Dari tajuk jerk mesti ramai yang menyangka kerinduan dengan Mr.A Kan?? Itu salah satunya.. Memang tidak dinafikan. Haku rindu juga dengan MyChentaHati.. Ohh ya..haku tak sabaq juga nih sebab dengar² nama Mr.A ada dalam list penerbangan ke sini petang nih.. Ouwchhhhh!!

Tapi entry nie adalah kerinduan sama Akak Tim a.k.a Jiran tetangga. Ya kami sama² menangung rindu.. Alalalala~~ Rindu saat tiap petang haku pulang koje akak menanti dengan senyuman di bibir, asal akak lalu depan umah pasti akak akan memanggil nama haku, kalau tak pun akak just "hon" skuter merahnya tu, akak datang lepaks² di rumah, kita tengok tv sama² dan macam² la. Nih haku tak pergi soping moping lagik.. Banyak nya kenangan yang terukir antara kita kan akak.. Awal² nih memang terasa akak. sangat terasa. tapi apa boleh buat.. tempat isteri di sisi suami :)




Hari isnin.. abaikan sms dan bateri yang lemah itu. ngee~~

akak tim selesa panggey haku dengan nama MINAH. Nama mak haku sudah di panggey. kekadang kalau sembang panggey min. hehehe!! tak apa akak.. selagi myna rasa masih dihormati. layannn! Ada juga gelaran nih dekat haku. nak tau klik SINI. Kedah kan selalu guna bahasa nih.. jadik fadan muka haku.. kahhhhh!!

Haku publish entry Ceriteria Akak Tim dan Melda pada 24hb. Hari weeknandos. kebetulan hari tu tak ke mana².. Esok malam, hari mood monday blues akak send sms dekat haku. Haku dah reply laju² dekat akak.. Alalala akak..saling merindu kita.

InsyaAllah.. kalau myna ke sana myna roger akak. Kalau ikutkan ada plan nak ke sana. Semua tu depend pada Mr.A. Susah nak janji sebab Mr.A punya plan.. Up up jadik. Begitu lah qoedah koje untuk keamanan negara.. sigh*. Tengah perjalanan menuju kemana² destinasi..tetiba kena roger.. Hmm pusing balik. BATAL. Apapun pegang pada moto nih.. KESIAGAAN. kann~~


sayang @myn@ ^_^

Tuesday, October 26, 2010

Harap cepat selesai yeahh!!

Yeahh haku sangat berharap cepat selesai perkara nih. Tadi time lunch haku ada keluarkan duit dari Mesin ATM. Tapi malanganya sistem di mesin ATM tersebut NgokNgek. Tetiba service batal. Haku cuba lagik dan macam biasa, haku tetap check baki walaupun ada Maybank2u. sekali check baki dah kurang. Tapi yang aku tekan awal tadi tak ada pun keluar duit. Ya Allah p mana pula duit ni..

Orang pertama yang haku cerita dulu waktu tu adalah Mr.A, coz sebelum haku gerak ke sana haku ada inform Mr.A nak keluar bayar Mish Pepel & Renew Roadtax. Mr.A suruh ambil duit dari akaunnya.. Opss!! kad bank Mr.A ada dengan haku, selama 5 bulan yang lepas haku lah permaisuri yang mengongker duit Mr.A.. Lepaih nih kena pulangkan balik pada tuan empunya badan.

Jadik masa haku lalu depan bank tu.. susah nak parking, kena pula masa tu haku p sorang. nak double park confirm tak boley coz situ jalan utama. Jadik haku dicide buat macam biasa. terus ke satu destinasi dan guna duit dari akaun haku dulu di destinasi tersebut.. Selama nih tak pernah pula jadi macam nih, dah jadik cam ni rasa tak daya weyy. Ilang semangat bergagar pala lutut. Nilai bukan sikit. 1k..

maybank2u

Mr.A suruh haku jumpa pegawai bank dan buat report. Haku tanya IncikPegawai tu agak² bila boley clear. Dia tak sure. paling lewat 2 minggu. Mak aihh..lama lagik wehh. terbeban juga la rasa... Lagik tak selesai, selagi tu haku tak kan bayar CCM Mish pepel. Nak cekau di mana mana, keluarga Amyna adalah sederhana sahaja.

Haku bertambah risau bila IncikPegawai tu cakap dia nak resit.. haku nak hamik resit mana? dah mesin tu x keluarkan resit. adoii la.. Haku tanya dia balik..Nanti di mesin tu mesti ada rekod kan setiap pengeluaran. terus dia sengih². Orang ngah semak kepala hotak, dia duk tambah menyemak lagik. Haishh!!

Haku just clearkan Roadtax Mish pepel jerk kerana itu penting hanya sekali setahun. CCM tu tunggakkan pun boley. Hahahaha!! terjejas rekod. Lantak lah. Tak tahu nak salah kan siapa.. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini kerana haku percaya janji Allah itu indah. kalau ada rezki dapat la balik.. kalau tidak nak buat macam mana? terbeban lah d situ.. :-(

Mode: Majoriti kawan² yang kes sama macam haku nih, dapat kembali duit mereka. Moga kes haku sama seperti mereka. InsyaAllah ^_^


sayang @myn@ ^_^



1st Lucky Draw by Atie Aizam


Give Away shotpom GA. Hehehe!! Untuk GA kali nih haku di invite sendiri oleh pihak penganjur. Penganjur dengan Tag Line Hari ini aku menulis untuk kenangan hari Esok. Yess!! Puan Atie.

Terima kasih banyak² ya atie, sudi kongsikan GA nih dengan myna. Mood GA pula kali nih mana tak nya berturut² entry GA. Muahahaha!! Menurut beliau.."Tiba2 jer teringin nak buat Lucky Draw hehehe... maka dengan ini tepat jam 5.00 pagi aku lancarkan"

Hari nih 26 Oktober ya kawan² dan GA nih akan tamat pada 30 November 2010. So apa lagik Jom la join. Hadiah nya berupa Laptop Accessories *_*



Syarat² untuk Join GA nih Leh rujuk sini 1st Lucky Draw by Atie Aizam.

Dengan ini haku nak Tag DeeM dengan TagLine IniE sAyA bAh . Rakan² blogger yang lain pun jom la join. Support semangat kawan² dan eratkan silaraturrahim di alam maya. Okeh dah.. Ada koje menanti.. Zaasssss!!!

Mode: Punya lama amik masa nak siap entry nih. Busy..Sat² kena turun bawah, sat² p hujung nun. gaya nak menepek sini..kena pick up phone. itu lah koje.. =D


sayang @myn@ ^_^


Monday, October 25, 2010

Nina's Collection GiveAway

Entry untuk malam nih, Menjawab Tag dari rakan Blogger kita Lia MyZone. Tag untuk Join GA yang dianjurkan Oleh Nina's Collection.

Tarikh tutup penyertaan : 1 Disember 2010



Sempena perasmian pembukaan Nina's Collections,
pihak kami akan mengadakan 'Nina's Collections Giveaway'
Hadiahnya cukup lumayan!!!
Rugi siapa tak join... hihi...

Ha.. dengar tuh hadiah adalah Lumayan & pastinya bukan barang dari Nina's Collection. Syarat² nak join GA nih pun tak susah Mudah sahaja :-)


==> Done Follower No.19 dan No.322

2. copy Banner di atas, paste Banner dan Link entry ini di side bar dan entry di blog anda
==> Done

3. buat satu entry tentang NINA'S COLLECTIONS GIVEAWAY ini di blog anda
buat entry pasal GA sahaja yekk... tak perlu susah2... huhu.
==> Iya tak perlu susah, haku kopipes sajork. Kui kui kui.

4. Tinggalkan comment, nama, email dan link entry anda pada comment giveaway ini
==> Okeh nanti dah publish sure lah cheq p tinggalkan ya..Tunggu Zass!!

5. Tag kepada 3 orang rakan Bloggers yang lain
  • Ifa ==> http://tiefazatie.blogspot.com/
  • Ct Nurkhijah ==> http://naufalnnureen.blogspot.com/
  • Kak Lynn ==> http://lynnhamzah.blogspot.com/

Pada 3 orang rakan yang di tag, sila lah merajinkan diri untuk join ehh.. Akhir kata Thank to Lia kerana sudi kongsikan GA nih dengan myna & thanks a lot kepada Nina's Collection selaku pihak penganjur kerana memberi peluang kepada kami rakan² blogger. Hoyeahhh. sekian~~

sayang @myn@ ^_^


Info: Beware Girls!!!

Hi...Girls.. ....Take care.

Sumber Dari Seorang Kawan:

Semalam, saya sampai ke ofis agak awal. Jadi saya duduk dululah dalam kereta sambil mendengar lagu.Tiba-tiba, terkejut saya apabila ternampak kereta peronda polis berhenti dibelakang saya. Dengan penuh gaya , seorang polisi datang ke arah saya.

" Selamat Pagi, Cik Kak.."

"Errr selamat pagi"..jawab saya, dengan nada yang
terkejut. Tahu yang saya nampak panik, polisi tu tersenyum sambil berkata:

" Selalu ke ofis, memandu sorang diri ke?"..

"Errr.. ya, saya sorang je. Apahal Encik..?"
"Beginilah, saya cuma nak menasihatkan awak saja.
Awak tak buat kesalahan apa-apa, jangan takut.


Cuma...macam yang kita semua tahu, sekarang banyak betul berlaku gejala ragut, rogol, cederakan, bunuh..berlaku kepada wanita. Orang-orang yang tak sihat ni, selalunya akan perhatikan dulu mangsa mereka, beberapa hari sebelum dia nak mengganas".


"Saya nasihatkan awak, jangan terlalu menghias kereta yang boleh menggambarkan sesebuah kereta kepunyaan wanita. Kalau boleh, anak-anak patung dan bunga-bunga, jangan diletak didalam kereta. Biar 'mereka' susah nak membezakan kereta lelaki dan kereta wanita. Lagipun hiasan anak-anak patung ni memang menjadi pemikat kepada mereka-mereka yang suka bersembunyi dicelah kereta, terutamanya dikompleks-kompleks beli-belah untuk mencari mangsa. Sebab mereka tahu, hanya wanita saja yang suka menghias kereta dengan anak patung nih".

"Banyak kes ragut di tempat parking, mendapati penjenayah berada ditepi kereta mangsa, beberapa minit, sebelum mangsa sampai.. Dan salah satu cara mereka nak tahu kereta tu milik wanita atau lelaki, ialah melalui keadaan dan rupa dalaman kereta itu. Jadi berhati-hatilah, jaga diri baik-baik".
kata polisi itu lagi sebelum berlalu.

"Terima Kasih encik.." jawab saya, bertambah-tambah pucat. Errrrrrrr... . betul jugak. Tiba-tiba terus perasaan takut menjelma.Sebelum ni tak ada pulak. Memang tak terfikir saya sebelum ni, yang hiasan kereta juga mengundang bahaya. Hmmmm... nampaknya

Hello Kitty, Pooh dan kawan-kawannya tak boleh lagi berjalan-jalan bersama Kancil saya. Kena duduk kat rumah aje.

Moral of the story: Hiasan kereta bukan saja menarik kanak-kanak, tetapi juga menarik
penjenayah!!

-> Kepada semua pemandu wanita, JAGA DIRI!! Tolong sebarkan kepada yan tersayang.

===========================================

Ah haaa... kena baca sampai bawah baru tau ceritanya.. ngeh ngeh ngeh!! Sebenarnya sumber nih adalah dari email yang dikirimkan kawan haku, Haku kongsikan di sini untuk rakan² readers yang sudi menjenguk AMYNA.. Okehh sama² kita menanganinya. InsyaAllah =D


* Kiriman drp: Rizal


sayang @myn@ ^_^



Sunday, October 24, 2010

Ceriteria Akak Tim & Melda :)

Haku saja nak semadikan apa yang tersirat di hati haku sekarang nih. Pelbagai perasaan bermain dalam diri haku sekarang nih. Sedih dan duka

Suka kerana menanti kepulangan Mr.A itu sudah pasti.. Tapi ini suka kerana jiran haku Akak Tim sudah berpindah mengikut suami nya yang bertugas di Kota Kinabalu. Sebelum nih Akak tim tak dapat nak ikut Abang raof kesana sebab anak² masih sekolah. Tunggu lepas exam PMR akak Tim terus caragas ikut Abang Raof.. Iya lah tempat Isteri kan di samping suami.selagi ada peluang untuk memvontot, haruslah memvontot.. tapi Kalau dah tak dapat nak memenuhi juga apa kandaya kan (dush3x..kena batang hidung sendirik).. Nasib baik akak tim suri rumah sepenuh masa, senang la memvontot ke sana ke mari.. Banyak kenangan terindah yang tercipta antara kami, sayu hati haku bila teringat kenangan² itu..



petang² time haku balik koje akak tim mesti dah menanti di gerai bawah nun.. Tak digerai buah, digerai makanan, gerai sate dan gerai runcit. Bertanya kabar di situ..Perkembangan taman pun haku update dengan akak tim.



Sepanjang ramadhan hari tu kami sama² pergi masjid dan bila hujung minggu akan bersungkai atau berbuka bersama. Hari koje jarang² coz haku segan dowh.. akak dah siap masak, tak kan haku nak p ngap saja. Kalau nak tunjuk² di bazar nun, akak tim kurang sikit..nanti perut nya buat hal. Daripada haku p ngap saja, Ohh tidak. malu². Akak memang tak kisah coz dia cakap haku nih dah macam anak² dia.. ala terharunya..



kita shoping sama².. asal boring akak roger haku, asal haku boring haku roger akak. kami kan dalam situasi yang sama. Roger husband masing². dapat green light. jalannn~

Akak tim ada trademark sendiri bila bershoping nih.. haku pun dah terikut tau. Akak orang sini, anak jati tawau (Bugis). Jadik banyak benda haku belajar dari dia. Nak beli dengan murah mesti pakai trademark nih. Ishh rindunya akak.. Macam mana lah nanti bila tiap kali myna shoping ditempat yang kita pernah pergi bersama. Sekarang nih pun menitis air mata akak.. Hmm!!



masa nih kita pergi berpicnic kat Taman Bukit Tawau. Plan nih untuk Melda. tapi last minit melda tak dapat join.



Alalalala.. 17 Julai 2010. Kenangan abadi.



Last hari tu akak tim naik Mish pepel kan. Bukan Mista Bobo nih. Masa tu kita sama2 p soping tikar untuk myna bawa balik kampung masa cuti Aidilfitri hari tu. Akak paksa juga myna suruh beli coz akak cakap alang2 myna balik. Bawa lah balik sekali. Jadi On da spot juga kita sama² berdesupp ke bandar. Thanks ya akak. Ada juga kenangan itu buat family myna di kampung. Naluri seorang ibu sangat kuat :-)

Akak lepas myna balik dari cuti.. kita dah jarang bersama2.. akak busy dengan urusan perpindahan, Myna pula outstation lagi. Memang jarang kita jumpa, kann~~ :( . Sekarang akak dah di samping abang. Myna tumpang gembira untuk kebahagian akak..


****************************************************

Okeh.. untuk Melda pula, Banyak juga aktiviti kami. Sungguh pun dia Non Muslim, tapi itu tidak menjadi halangan buat kami untuk sama² beraktividades...sekarang Melda tengah terlantar dekat hospital Kota Kinabalu, Kalau tak silap semalam Melda Operation penyakit nya itu. Kalau lah KK tu dekat dengan twu nih. nak juga melawat Melda. Moga semuanya baik² dan lancar seperti yang dirancang.. InsyaAllah ^_^

Opss! ya Melda ada bantu haku baru² nih. Rumput yang segar bugar di depan halaman rumah haku nih, Melda yang tulung meracun. Dia kesian dekat haku, tak sempat nak bersihkan. Cuti raya dekat 1 bulan, dah tu abis cuti raya berkursus pula 1 minggu, hujung minggu elok jerk plan nak meracun.. hujan pula. Asal ada panas, time haku koje. Jadik mana nak sempatnya. Mulanya berat juga nak izinkan dia tulung memandangkan kesihatan dia begitu. Tapi di bersemangat sangat nak membantu haku. Siap mengusik haku.. ada ular segala. Ishh seram juga.

Lagipun alat meracun haku ada pada melda. dia pinjam sebelum tu untuk meracun di halaman rumahnya.. Pernah hari tu haku pura² terkunci pagar. Haku tak mahu hari² dia bermain dengan racun. Bahaya!!. Petang bila haku balik koje, tahan telinga la juga mendengar syarahan darinya.. ala kejap jerk. Yang penting kesihatannya.. sorry ya Mel.

Ya Allah, berikan ketabahan hati kepada hambaMu untuk menempuh segala yang tersurat ini kerana haku yakin apa yang tersurat olehMu indah². Kau tak akan menguji setiap hambaMu jauh dari kemampuan diri.. Melda ko mesti kuat ehh. Nanti bila Mr.A dah sampai sini.. Myna cuba cari masa untuk ke sana. itu pun kalau Melda masih di sana.. Kalau tak kita jumpa d twu sahaja.. Zassss!!!!!


Entry jiran :-
1- Shopping
2- Berpicnic


sayang @myn@ ^_^

Welcome to Perak, Malaysia

Ditujukan khas buat ChentaHati a.k.a Mr.A..

Yerpp..Mr.A dah selamat sampai di Bumi Malaysia.Syukur Alhamdulillah. Sekarang Mr.A & mereka yang terlibat tengah menunggu signal untuk pegerakkan pulang ke sabah, Malaysia. Maybe hari selasa nih baru tahu keputusannya. sekarang harapan haku sangat tinggi melangit nih, moga nama mereka terutama Mr.A tersenarai lah dalam penerbangan tersebut..

Untungnya mereka² yang bertugas di lumut nun, selamat sudah berjumpa dengan family. Tak apa hikmah dari setiap yang tersurat pasti indah² kan.. InsyaAllah ^_^.

Jadik dengan ini saya mengumumkan.. saya dapat menatap wajah Mr.A secara Live & terkini... itu pun baru separuh rasa terubat kerinduan pada wajahnya. Nak jumpa secara realiti.. alalalala~~~ tak sabarnya rasa. Berdebar² pun ada.Lama tak jumpa wehh. Auwwww~~~

Readers² sekalian maya. meh la tulung sebut banyak² kali.. Bagi nama Mr.A ada dalam signal penerbangan ke sabah hari selasa nih.. haku di sini sabar menanti.. sabar ka?? macam tak sabar dah kan..Haipp haipp!!


sayang @myn@ ^_^

Anda LIKE.. Terima kasih ^_^

Rakan2 blogger yang lain sibuk duk create.. haku pun timbul rasa teringin nak create juga.Well itu lah kehendak kann~~


sama dengan disebelah kan >>>>>>>>>>

Alhamdulillah haku dapat create FanPage Fb Like button nih. Mangsa utama untuk test fungsi tak fungsi mesti lah akaun sendiri kan, tick Like di situ. Tapi rasa macam tak puas hati sebab tak nampak yang lelain. Tak kan create nak syok sendiri.. muahaha!! Minta la bantuan adik badik yang terdekat..

Opss! thanks ya incik ejum, dengan bantuan secara langusng dari Incik lah, MakIncik dapat create kan FunPage nih. Thanks a lot ya!!

Pada readers² sekalian maya, yang mempunya akaun fB. Apa tunggu lagik. Lu Pikir lah sendiri. tiada paksaan yeahhh!!

Enjoy with ur reading.. ngee~~


sayang @myn@ ^_^


Saturday, October 23, 2010

Wajah vs Rakaman dari Mr.A.. Luv it~~

Posting kali nih adalah sambungan dari penantian Amyna.. Boleh rujuk Rakaman sambutan perantauan. Alhamdulillah dapat juga haku menatap wajah terkini ChentaHati walaupun bukan secara realiti. Syukur Alhamdulillah dengan suratanMu Ya Allah s.w.t.. Moga sayang selamat sampai ke M'sia ehh.. InsyaAllah ^_^.



Wajah Mr.A... wahh Bolatt la sayang. hmm..suka suka. Yang penting sayang sehat² selalu. itu sudah memadai untuk menghilangkan resah di hati isteriMu sayang. Kita tak dapat berhubung tu tak apa lah nak buat macam mana, memang bukan kehendak kita, Tapi janji Allah s.w.t kan indah..



Semua gambar dalam nih adalah dari video yang di rakamkan.. banyak gambar aktiviti² mereka di sana. Haku just select mana yang patut sahaja. Risau juga sebab rahsia kerajaan dehh.. Mana tahu nanti lain puloks jadinya. Ops! thanks a lot pada pihak yang terlibat. haku sangat² menghargainya.. hati seorang isteri pewira =D




patut lah bolat.. bekalan sentiasa cukup sentiasa yang terbaik kan.



Mr.A bersama rakan²nya. Macam dalam train..On da way ke mana entah.



Di eport nih.. tapi tak tahu eport mana. sebab hari tu masa on da way ke sana nun banyak sangat destinasi AirPort yang di singgah. Conecting sana sini. Hmm!!



Sayu hati.. Ada gambar dekat. tapi memadai lah haku select yang ini sahaja.



Rakaman video waktu nih ngah di iringi dengan gema takbir raya. Menitis air mata. Pilu & sayu hati haku wehh..




Mr.A & da geng pergi sana bukan untuk bersuka ria, tapi untuk negara. tengok tuh..ombak kuat memukul kapal. Ya Allah kau selamat kan mereka² semua..



Sesungguhnya SOLATku, IBADAHku, HIDUPku & MATIku.. hanya untukmu ya Allah.



Di akhiri dengan gambar Incik Mamu kita. Nama macho tapi haku lebih mesra dengan panggilan itu. Kawan Mr.A sejak zaman bujang bujangan lagi. Hari dia kawin baru dapat tau yang depa dua nih saudara mara sebelah tok. Makanya bertambah akrab lah hubungan mereka. sepanjang ketiadaan Mr.A di sini, Pak mentua nya banyak juag membantu haku..Syukur atas segala² nya Ya Allah :-)

Mamu apa ke hal nya.. dah berjambang wooo!! Mariana pun gelak dengan hang, haku lagik lah.. mengekek gelak weyy. dah macam PakcikJualCarpet. sendiri faham la no.. Adioss!!!


Mode: Rakaman ucapan Adilfitri dari Mr.A hanya 4 minit sahaja. tapi cukup membuatkan haku terhibur. luv u~~


Boley juga rujuk Posting² yang nih :

1- Semoga semuanya dipermudahkan
2- Sentiasa yang terbaik
3- Di Perairan India sudah


sayang @myn@ ^_^




Friday, October 22, 2010

19 Keistimewaan Wanita


(Gambar dari PakcikGoogel)

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.


3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

* Kiriman drp: Kak Milah POLIMAS


sayang @myna@ ^_^



Win a BlackBerry Torch 9800 from Celcom

yuhuuu!!

Win a BlackBerry Torch 9800 from Celcom.. Siapa tidak mahu wey. Haku confirm la mahu. tapi kalau dah kata mahu kena la usaha sikit kan. Usaha macam mana? usaha kan diri untuk join contest nih.. Tidak lah susah mana pun kerana link info sedia ada. Cuma perlu usaha merajinkan diri untuk explore dan disamping tu kita boley sebar² kan info yang disediakan dalam laman web Nuffnang kepada readers yang berkunjung ke blog kita. Bantu membantu ^_^

Contest nih bermula 18 Oktober 2010 - 28 oktober 2010.. Mana la tahu tersenarai dalam 2 lucky Nuffnangers tuh. Contest masih berbaki lagi 6 hari. Pada nuffnangers yang belum melibatkan diri. Jom la join, mana tahu ada rezki untuk memilik blackBerry Torch secara percuma dari rangkaian celcom nih.. di ulang Free wehh!

Kenapa saya suka dengan BlackBerry Torch 9800??

Kerana BlackBerry Torch 9800 merupakan Smartphone yang pertama menggunakan BlackBerry® keyboard. Seperti yang kita sedia maklum Blackberry kerboard adalah antara keyboard yang paling selesa digunakan. Selain itu kajian ke atas peranti ini telah dipertingkatkan dengan full 3.2 inch touch screen. Antara kelebihan² yang lain ialah :-



Gambaran ringkas kelebihan BlackBerry Torch 9800.

1- Camera
  • BlackBerry Torch 9800 dilengkapi dengan camera resolution 5 Mega pixel dan dilengkapi dengan 'Continuous Auto Fokus' serta penstabil image supaya setiap rakaman kenangan terindah kita sentiasa berada dalam keadaan yang stabil.
  • Tidak kisah dalam apa jua keadaan secara spontan 'candid' kerana BlackBerry Torch 9800 terdapat ciri² tambahan bukan satu (1) atau dua (2) sahaja tetapi sebelas (11) mode untuk image dan video. wahh.. tertarik nih!
  • Boleh transfer image atau video tersebut secara langsung kepada komputer (WiFi) tanpa menggunakan bluetooh

2- Memory Card
  • BlackBerry Torch 9800 mempunyai kapasiti Memori 8Gb dengan kad MicroSD dan boleh di 'upgrade'sehingga maximun 32Gb.
  • 32Gb weh tinggi kapasiti hampir sama dengan kapasiti external divice lain.. Memang tidak akan menjadi masalah kelembapan loading program kalau tidak sempat nak tranfer data yang ada on da spot ke komputer.. Ruang memori yang luas..Perghhh!!
3- Online di laman sosial
  • Memori yang luas, pastinya boleh Online berchatting di laman sosial seperti dalam gambar di atas dengan mudah. Di mana sahaja kita boleh melayari laman sosial tersebut tanpa perlu menghidupakan komputer peribadi atau ke CyberCafe . Like ^_^
4- Open More Tab laman sosial
  • Dengan BlackBerry Torch 9800 kita boleh melayari internet dengan pantas kerana kita dapat membuka banyak tab laman sosial dalam satu masa. Contohnya nak open laman sosial ( twitter, Facebook, Tagged dll) secara serentak.
  • Di samping online laman sosial tersebut, boleh juga melayari laman² lain untuk mencari maklumat atau info. Ada juga disediakan fungsi button 'bookmark' untuk kita menyimpan link website tersebut dan seterusnya memudahkan pencarian apabila diperlukan. Fuhh... canggih sungguh weh.
Di sini haku nak kongsi kan juga apa yang haku faham dengan Plan Celcom Exec 50. Sebenarnya banyak Plan yang disediakan oleh Syarikat Telekomunikasi Celcom nih.Boleh rujuk sini Plan Celcom.

Ada apa dengan Plan Celcom Exec 50?

BlackBerry Torch 9800
Gambaran ringkas Plan Celcom Exec 50

Haku memang pengguna rangkaian Celcom. Sejak dari mula² berjinak dengan dunia hand phone nih..Bagi haku dengan rangkaian celcom Exec 50 nie sangat berbaloi kerana banyak diskaun yang disediakan setiap bulan secara Automatik (diskaun 30%).Caj perkhidmatan pada kadar yang tetap ( 15 sen sahaja) untuk ke semua talian dan kita boleh berbual tanpa rasa bimbang kerana lagi banyak masa berbual lagi banyak penjimatan yang kita akan dapat. Berbaloi² wooo!

Selain itu kita juga akan di beri plan Celcom Broadband Basic speed 384kbps selama sebulan secara PERCUMA. yeahh percuma, sungguh jimat kan dan sangat beruntung menjadi pengguna plan Celcom Exec 50.

kelebihan² yang di miliki BlackBerry Torch 9800 sungguh memukau kehendak diri haku. Terasa seperti ingin memilkinya wehh. Pada readers yang bukan nuffnangers dan ingin memilikinya, usah bimbang kerana uols juga boleh iaitu dengan mendaftar dan membeli di laman web Celcom. Tawaran ini hanya untuk 100 pelanggan yang pertama.. Jadik cepat² klik link pendaftaran tersebut atau klik mendaftar. Win a BlackBerry Torch 9800 from Celcom ouwhhh!!!!



sayang @myn@ ^_^


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...