Friday, July 29, 2011

Selepas 3 minggu Mr.A di sana....

Jam 5 lebih nanti Mr.A akan mendarat di bumi Tawau..

Jadi... Lepas punch out nanti saya akan gerak ke Airport untuk menjemput beliau... Uishhh.. berdebar² pula perasaan nak jumpa beliau.... hehehe!!




gembiranya dalam hati~~


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!

Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday #5: Travel PhotoGraphy

Jelajah Pulau² Semporna..










Sarawak dan Sabah bersama² untuk menghasilkan Bokeh.




Thanks you read and support my writing. Please come again ya!




Tuesday, July 26, 2011

hati abang & kakak yang terluka ^__^

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum

Bunga yang layu pada musim luruh

Yang dulunya mekar di sinar suria

Bila sudah kering pasti akan gugur ......



bengong duk pikiaq... kalau ikut kata Mr.A.. abaikan saja. Tapi MakAyah saya tak ajar macam tu.. lain lah kalau orang luar.. memang saya tak pedulik dah.... lantak p nak tunggang terbalik.. Ni saudara sendiri.. takut nanti kot mana jadi, last² kena batang hidung saya yang tak mancung nih, hidung Mr.A mancung... hmm~~

Banyak kali dah wehh... saya di tipu pun pernah juga...tapi saya diam, paling tidak Mr.A sasaran saya.. dah luah segala, terus menjauh ingatan itu pergi. tapi bila berulang.. ingatan yang jauh itu pasti akan muncul secara tiba². aihhh.

saya juga mohon... please la jadi diri sendiri yang sebenar²Nya... saya tak layak nak jadi roll model. Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya... jadi jangan salah kan saya.. anda sendiri yang mahukan ;p ;p.

Abang tegur ada sebab musababnya... kalau hati tak boleh terima, cakap. jangan nak buat kami cincai... sekali hampa cincai.. sejuta kali kami boleh cincai.. Aku kan abang... hmm!

okeh dah... sampai sini dulu bebelan 1st untuk adik badikNya... hati tak tertahan sudah gini lah jadinya... puiiii~~ sebelum melalut lebih baik stop sebab orang yang mengikuti emosinya, akan kehilangan adabnya... Miahahahaha!!!



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!



Wednesday, July 20, 2011

Saya dah tahu kos baiki skrin tu ;p

Semalam dapat call dari kedai henset tu...

Dorunk maklumkan, kos nak baiki skrin tu just RM100. Mr.A tanya di Perak sana RM160. Mujur tak hantar kat Mr.A.. kalau tak.. lu pikir lah sendiri.

Laju² saya call Mr.A.. beliau setuju untuk saya baiki di sini. Saya pun dah maklumkan dengan pihak kedai.. So tunggu lah sehingga diberitahu.. henfon puan sudah siap... yeayyy! bila kah masa nya tu?? sabar menanti... hehehehe!

Mood: Ada kawan ajak join kursus Photography weekend nih.. peluang ni kan. i am very interested :-)

Entry berkait :

1- Berganda² dugaan... sabar!
2- mish pepel buat saya berpeluh dan hilang rasa malu.. choiii~



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!




Wordless Wednesday #4: Home sick~~

airasia.com dan mas.com

Tak sabar pula nak tunggu penghujung ramadhan... ngeh ngeh ngeh!!



Thanks you read
and support my writing. Please come again ya!



Tuesday, July 19, 2011

Mish pepel buat saya berpeluh dan hilang perasaan malu

kejadian nih masih segar bugar...berlaku time saya balik koje tadi ^___^.

Rasa macam nak ketuk² dengan spana jerk badan mish pepel tadi tuh. (saya dah ketuk batery tuh dengan spana). kahhh kah kah! Tuan nya bertugas di luar, dia pun mula buat perangai.. satu persatu ujian Allah s.w.t untuk saya sepanjang beliau tiada. Namun saya hadapi semua tu dengan senyuman. Saya percaya Allah s.w.t itu tak kan menguji hambanya jauh dari kemampuan diri. Allah s.w.t uji tanda dia sayang kita.. dia nak kita dekat selalu dengannya... kann kan! Wallah hu'alam.



Okeh berbalik kepada kejadian yang memalukan tu... Tadi pagi saya kan pergi memandikan Mista Bobo. Sekarang dah semart pun dia dan boleh la merehatkan diri seketika. Time untuk Mish pepel pual berjalan². Jadi nak tukar parking dengan Mish pepel. boleh pula Mish pepel tu menjerit² melopong macam saya tersalah tekan alarm... mencik tau. Bateri nak rosak.. itu sebab dia jadi macam tu. Time dah bising tu... saya jadik panik terus.. tak boleh nak cool dah. bunyi nya sangat mengganggu... macam nak tersembul keluar gegendang telinga saya..

Saya cari wayar penyambung alarm tu nak cabut.. banyak la pula wayar di bahagian tu. Nanti tersalah cabut.. lagi kacau.

Tawakkal la, saya call Mr.A. Hanya number beliau jerk saya ada... kengkawan laki yang setaman dengan saya tak da.. Mujur beliau pick up call saya.. Dah tu.. apa saya cakap beliau tak paham, duk di tengah laut kot. Beliau cakap pun saya tak dengar... alarm tu lagi kuat menjeritnya.. Geramm sangat dah.

Saya lari masuk dalam Mista bobo, tetap sama.. Alarm tu still juara. Jiran² kiri kanan dah mengelingi mish pepel dah. saya risau nanti masalah lain pula yang timbul sebab ada yang duk tekan horn, ada yang duk membelek di bawah stereng, belek enjin.. haiya... thinking +'ve sahaja. walaupun saya tau Gentolak nih sangat² sensitip.. berkomputer la sangat. sampai menyusahkan ;p

Dula saya ingat ma untuk settle prob cam nih.. dah lama saya tak merapatkan diri dengan mish pepel banyak lupa ohh. Dulu kalau nak banding saya dengan Mr.A... InsyaAllah saya boleh settel kan prob mish pepel... sejak ada Mista Bobo, semuanya terbalik.. Mr.A lebih mengenali Mish pepel...

Tu sebab Mish pepel merajuk... cissss!

Uncle chang tolong bukan kan batery. sumpah wey.. saya panik tadi, pegang spana nak buka batery pun bergegar dan tersalah. kalau ingat balik.. lawak sungguh. malu kat uncle bujangan tu. Mana tak nya dalam kepala otak saya macam² duk pikiaq. Hari dah makin gelap.. sini jam 6 lebih tu susana nya dah macam magrib di sana. Gelap gelap..

Esok saya nak bawa batery mish pepel p charge... kalau tak okay juga.. alamat nya berpaking sahaja ko di sana ya mish pepel.. tak dapat nak jenjalan dan teman saya ke opish. Tunggu la Mr.A balik... ntah bila masa dan ketikanya... sob sob sob!!


Mood 1: Henset yang rosak tu saya dah hantar baiki semalam (isnin) ke kedai yang saya beli. tak tahu lagi cam mana status nya.. saya belum terima apa² maklumbalas.

Mood 2: saya nak delete number kengkawan Mr.A dan masukkan number kengkawan saya.. nanti susahkan beliau pula. ouchh! dilema ;p



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!





Mista bobo dah semart.. phewiitttt~~

Pagi tadi saya mandikan Mista bobo..

Sian tau... burung nampak dia macam toilet mungkin. boleh nya di buang najis d atas cermin sisi penumpang. Habis tercemar Mista bobo dengan najis burung itu.. uwekkk~~

Dah tercemar tu harus lah saya caragas mandi kan mista bobo... Kalau tak, tiada maknanya nak bawa p mandi... lagipun Mr.A tiada, makanya tiada la tukang bebel.... Kalau tak... nampak ala² kotor luar biasa dari pandangan mata beliau sure saya kena dengar syarahan yang bertajuk menyayangi harta benda.

Beliau tu sangat detail bab² penjagaan barang.. Nih henset yang saya guna sekarang adalah hasil penjagaan beliau. dah lama henset nih saya beli untuk beliau.. tahun berganti tahun. henset yang langsung tak boleh 3G dan MMS. teknologi waktu tu la katakan. Saya sendiri pun tak ingat dah akan kewujudan henset nih. Bagi saya dah sodakallah hul'azim. rupanya masih boleh di pakai.. ngee~~ elok jerk beliau menjaga. hmm!




Sekarang Mista bobo dah hensem & semart... boleh ngorat mish pepel sudah... Phewwit. Pehni nak bagi laluan untuk Mish pepel pula. Sian Mish pepel.. nak juga jenjalan ikut saya pigi koje.. kahhhh!!



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!





Info: Tips menambah kuantiti bilangan sperma

Betul kan? Kesuburan seseorang lelaki itu dipengaruhi oleh kuantiti dan kualiti sel sperma yang dihasilkan di testis (telur). Jadi di sini saya nak kongsikan tips atau cara² untuk menambah kuantiti bilangan sperma.

Tips menambah kuantiti bilangan sperma
Macam lukisan matahari pula kan.. :d

Ohh ya sebelum tu sukanya saya nak infom.. Ini adalah hasil dari perkongsian Admin Malam pertama. Saya just panjangkan ke sini untuk tatapan saya, kengkawan dan readers yang memerlukan.

Antara tips tersebut ialah :-
  • Tingkatkan pengambilan makanan kaya dengan unsur zat besi (zinc). Contoh makanan yang tinggi kandungan zinc ialah tiram. Selain itu banyakkan memakan daging kambing, lembu, kekacang dan majerin sunflower. Satu lagi jenis makanan yang tidak kurang pentingnya juga ialah tomato. Tomato mengandungi unsur lycopene yang mampu meningkatkan bilangan sperma.
  • Amalkan pemakanan vitamin dan herba yang boleh meningkatkan penghasilan sperma. Contohnya seperti vitamin C dan E di mana ianya mampu meningkatkan keupayaan sperma untuk berenang dan bergerak. Bagi herba pula anda boleh pergi ke kedai farmasi dan cari suplemen yang kaya dengan maca, ginkgo biloba, muira puama atau horny goat weed (epimedium).
  • Lakukan Senaman Kegel. Senaman Kegel ialah senaman bagi mengemut otot PC anda (otot ketika anda tahan kecing). Ianya mampu bukan sahaja menambahkan isipadu pancutan sperma malah dapat juga memberi kemampuan anda menahan dan mengawal pancutan ari mani anda ketika bersama isteri.
  • Pastikan anda setiasa terhidrasi. Maksudnya, banyakkan meminum air kosong bagi mengelakkan sel-sel dalam badan anda kering. Minumlah sekurang-kurangnya 6 gelas air kosong sehari. Elakkan meminum kopi yang banyak kerana ianya akan membuatkan sel-sel sperma anda ter-dehidrasi iaitu kehilangan air dalam sel.
  • Kerapkan lakukan hubungan intim bersama isteri anda. Ya, memang apa yang anda baca ini benar. Anda perlulah banyakkan hubungan intim bersama isteri anda untuk meningkatkan lagi kebarangkalian agar persenyawaan sperma anda dan ovum isteri anda boleh berlaku. Sel sperma hanya mampu bertahan dan subur setiap 24-36 jam sekali. Selepas tempoh masa tersebut, sel-sel sperma akan ‘dikitar semula’ dan akan menghasilkan semula sel-sel sperma yang baru di mana ianya akan mencapai tahap kematangan 24-36 jam seterusnya.
  • Rajin bersenam. Tak perlu anda menjadi seperti seorang atlet atau pemain bola sepak bertaraf dunia. Hanya sekadar berjogging pun sudah memadai. Senaman mampu meningkatkan kadar pengaliran darah ke bahagian zakar anda serta meningkatkan tahap testosterone. Apa yang pastinya, senaman ialah baik untuk kesihatan seks anda.
Sekian itu sahaja yang saya dapat saya kongsikan... if ada lagi saya akan kopipes lagi d sini untuk rujukan. Entri penuh boleh rujuk sumber sini : KursusPerkahwinanDotCom.

Moga bermanfaat pada kalian yang memerlukan. InsyaAllah ^__^



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!




Sunday, July 17, 2011

Terubat ingatan kepada mereka =D

Semalam, hari sabtu... macam biasa rutin Adam Asnawi (AA), akan berkampung di rumah ratuhati untuk sekian waktu yang ditetapkan. Jam 10 hingga 4 petang.. Saya memang rindu menebal dengan mereka² semua di sana...dekat Mr.A lagikk lah rindu hingga menjulang ke awan. Larikssss!!

Di tambah pula kondisi henset yang problema tu.. terasa kosong hari² yang saya lalui. Sunyi sepi. Mujur lah dengan adikbadik saya, boleh berwebcam. Dengan Mr.A memang tak ada jalan lain. just dengar suara dan text sahaja. setakat ini hanya itu sahaja media perhubungan antara kami. Dalam hal nih saya nak salah kan Mr.A juga.. siapa suruh tak bawa lappy tu.. paling tidak boleh kita berwebcam. nyesal tak kesudah.huh! Nak simpan jadi perhiasan jerk di rumah. iskkkkk!

Jom tengok... Saya nak tepek aksi² mereka ketika berwebcam... mereka nih berwebcam guna lappy personal. tu yang hasil gambar ala² blur dan pencahayaan yang berlebihan. hello.. camera di komputer tu nak simpan jadi perhiasan juga ka? sama taste dengan Mr.A la uols... ;p






AA bercakap dalam bahasa dia.. Macam marah pun ada. entah apa yang di celotehnya. saya paham sikit² jerk.



Mula tu duk jauh.. pehtu dah lama, macam nak masuk dalam skirn. Kalau lah boleh tembus skrin. MakNgah nak AA tembud mai ke sini.. teman MakNgah sementara PakNgah habis bertugas. Hayalan semata-mata. Ngee~~




Dah penat celoteh, melompat vs menyepah mengemas kan rumah nenek. Minta air dengan mak teh. kesian nya dia.. kering tekak.




Ini lah aksi AA... habis sofa hadiah sempena kelahiran tokwan nih. Ehh sedar tak sedar, hampir 7 tahun dah sofa nih menetap di teratak felcra. sekejap sahaja masa berlalu... tak da ke yang nak ganti sofa baru sempena Aidilfitri nih...



dari dalam sampai ke luar rumah =D.




Masuk semula ke dalam rumah... tengok Adib pula. Tidur sahaja dia... Mama adib pula asyik duk snap gambar... hehehhe!!

Apapun thanks to adik aktifast dan adik selow motion, sudi membantu meringankan kerinduan yang menebal dalam pemikiran ini. Luv uols~~~



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!





Saturday, July 16, 2011

Hadapi dengan senyuman dah jiwa yang tenang

Pagi ni bersendirian dirumah...

Selamat hari sabtu ya kawan²... Mana yang bekerja hari ni, selamat bekerja, yang bercuti.. hep hepppp horayyy!!

Saya di rumah kan, opcos la bercuti, nanti jam 10 baru nak gerak ke aktiviti yang di rancang. Sebelum tu nak share lirik lagu yang d main kan di belog saya nih...

****************************************************

hadapi dengan senyuman
semua yang terjadi biar terjadi
hadapi dengan tenang jiwa
semua kan baik-baik saja

bila ketetapan Tuhan
sudah ditetapkan, tetaplah sudah
tak ada yang bisa merubah
dan takkan bisa berubah

relakanlah saja ini
bahwa semua yang terbaik
terbaik untuk kita semua
menyerahlah untuk menang


****************************************************
Di bawah nih video klip..lirik nya pun ada juga, ngee~~ saya up dari Utube ;-)




Mood: Lagu ni akan melekat di belog saya sehingga saya rasa patut di tanggalkan.. Mungkin sehingga Mr.A balik ke sini atau henfon saya sudah kembali normal ;p.. *taksabarnaktunguhari senin*. Harap mahap ya jika ia mengganggu telinga kawan². Saya rasa diri ini lebih kuat dengan lirik lagu nih walaupun muzik nya agak tenggelam timbul mcm perasaan saya... kui kui kui~~



Thanks you read
and support my writing. Please come again ya!




Friday, July 15, 2011

Cerita tentang nama panjang XOxoxo

Segmen senyum petang =D

Tak mau berduka lara mengenang stress hari nih..muah kes kes!

Untuk weekend nih saya dah ada aktiviti. Moga semua nya berjalan lancar seperti yang saya plan.. Aktiviti apa? itu semua kena tunggu besok... Kalau saya rajin bawa Nikon.. ada lah gambar untuk di tepek dekat sini. Almaklumlah camera yang setia saya tu dah terkehel untuk sementara waktu. Grrr~~

Okeh jom sambung senyum petang..

*****************************************

Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai.
Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”. Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut


Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.
Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).

Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.

Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.

Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.

Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh…”.

Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.


Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.

Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.

Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.

Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.

Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.

Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.

Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”

Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.

Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…
Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”

Cikgu Ajoi :@$%&#^%


*****************************************

Sekian... itu sahaja perkongsian senyum di petang Jumaat.. Hahahahahaha!!

sumber: Email kiriman rizal pada 11.7.11


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...