Showing posts with label kEhAmiLAn. Show all posts
Showing posts with label kEhAmiLAn. Show all posts

Tuesday, January 9, 2018

SHAKLEE LAUNCHING PRODUK HEBAT TERBARU

COQ-Trol PLUS!!!!
COQ-Trol PLUS dengan formula yang lebihhh awesome tau!! Jom #kakmyna kongsikan kandungan yang superb vass vasss dalam 1 tablet#coqtrolplus nih...
 Mempunyai CoQ10 
 Ada resveratrol!
 Ada tocopherol (berada dalam vitamin E)
Dan semuanya dalam satu kapsul sahaja!!
.
.
Wahh kalau tengok bahan² ni dah macam adik badik#vivix dah.. 😀😀😀.
.
.



MANFAAT UTAMA COQ10 TROL PLUS SHAKLEE
.
1. TENAGA
Untuk y selalu ada masalah selalu mengantuk.
Tubuh lemah.
.
2. KECANTIKAN
Jaga cells utk elak cepat kedut.
.
3. KESUBURAN
Bagi sperma dan ovum sihat
Peluang nak hamil lebih tinggi
.
Yang bab kesuburan tu memang recomanded..insyaAllah... Nak consume meh kak myna guide step by step... 😁😁.


coqtrolplus recomanded sangat untuk yang #ikhtiarhamil... InsyaAllah. Untuk jantung sihat pun elok... Ni kira mcm adik badik #vivix..beza dia kapsul dan harga murah sikit dari vivix you!!


Terima kasih sudi membaca dan sokong penulisan #ummiAnaqiHaziq.. happy shopping bersama #kakmyna... ingat ingat ingat..... ♥ ♥

Monday, June 30, 2014

Alhamdulillah... Berjaya sempurnakan 1st Ramadhan 2014 bersamaan 1435 Hijrah

Syukur Alhamdulillah...semalam berjaya sempurnakan puasa.

Hari ni.. hari ke-2 dah kita berpuasa kan... Nanti pejam celik pejam celik dah seminggu... Betul lah kalau kita manfaat kan bulan yang penuh rahmat dan penuh maghfirah, kita akan rasa kepantasan masa yang berlalu sebab setiap minit yang berlalu terlalu bernilai pada diri kita. Alhamdulillah moga saya dan anda semua terus beristiqamah dalam meniti Ramadhan bulan yang mulia ini. InsyaAllah.

Okeh berbalik kepada pengalaman berpuasa di usia kehamilan 6 bulan++.. Time pagi tu masih tidak terasa yang diri sedang berpuasa. Bila masuk tengah hari baby dah mula bergerak² dengan pantas nya. Laju² panggil Mr.A suruh tengok & letak tangan. abang teruja... pehtu di bawa nya bercakap dengan baby. Macam² abang duk cakap.. saya hanya mampu tersenyum sebab menahan geli pergerakkan baby dalam perut. 




Dengan saya pula.. suami cakap kalau rasa tak larat sangat boleh berbuka. Padahal suami risau sebab baby gerak luar biasa kuat. Sekejap perut terbenjol kanan sekejap atas.. Selalu nya gerak sopan². heheeh!

Abang : Ayang boleh tahan lagi ka? Nanti jadi apa² dekat baby?
Isteri: Boleh lagi abang..normal la tu. Ruang kosong kan banyak jadi baby bebas lah bergerak-gerak.
Abang : Ibu² mengandung boleh buka puasa ayang kalau tak larat. *Ayat nak bagi sedap hati isteri*
Isteri: Tak pa masih boleh.. ayang dah servay dah panduan berpuasa utk ibu hamil. Kalau tak pun abang search internet.
Abang: Terus diam.. perati ja isteri dia...
Isteri: senyum..senyumm....

Saya berani sebab saya dah bersedia awal² dan ada juga servay panduan² puasa untuk ibu hamil. Seminggu sebelum menjelang ramadhan pun saya dah training kan diri dan baby...

Pagi² selalu duk minum susu anmum+esp #shaklee segelas & makan kurma.. saya skip² tak minum just ambil kurma saja. Mula² skip tu.. kepala terasa pening, nak drive ke opis rasa tak bertenaga saja siap rasa nak termuntah. Bayangkan nak berzikir sambil drive pun tak larat. Rasa macam air liur meleleh laju.. Wakakakaka. Tapi 2 hari lepas tu dah ok.

Tengah hari: Saya cuba makan ringan² tak pun saya terus makan berat masa breakfast dan tengah hari nya dalam jam 3 begitu baru saya makan nasi.. Kalau jam 3 tu dah tak lama nak masuk magrib. Sini kan jam 6.30 dah magrib.. Jadi tak lah lama baby menanti makanan.. hehehe!!

Ohh ya... Malam ni dari jam 10 saya dah kena start puasa sampai besok pagi nya. Sebab besok giliran saya untuk minum air gula. Sudah cuba minta tukar tarikh tapi kabanyakkan full list. Lagi pun ngam² 1 Julai kandungan saya masuk 7 Bulan. Nak tak nak terpaksa redho & korbankan 1 hari puasa..

Untuk besok saya dah apply cuti rehat siap².. confirm lama saya akan bertapa di klinik tu. Dengar dari pengalaman kawan² minum jam 7.30 pagi pehtu nanti 2 jam selepas tu ambil lagik darah untuk ujian gula. Confirm lah lebih 4 jam berada di luar pejabat. Jadi nak elakkan dari saya stress...kahh kah kahh!!  better ambil cuti rehat. kedua² bos pun dah luluskan permohonan saya. Bos unit dan bos besar... yeayyy!!

Okeh nak p solat zohor dulu nanti jam 2.30 ada metting aset.... Moga saya ada kerajinan yang meninggi untuk update blog selepas selepas selepassss ini..... hewwwww~~


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!

Tuesday, May 28, 2013

Appointment family yang pertama dengan Hospital kerajaan.


Wahh tajukkk...

Punya la tak tau nak letak tajuk apa...

Ya hari ni 28 Mei 2013... Kali pertama appoitment dengan hospital kerajaan setelah sekian tahun cuba untuk mendapat rawatan dengan pihak hospital. Bukan sebab bayaran murah tapi kita nak cuba untuk dapat rujukan ke pihak pakar. Banyak pengalaman yang di lalui untuk dapatkan rawatan melalui hospital nih. Pernah di ceramah oleh doktor... Wowww!! sedih betul kalau diingatkan.

Itu yang akhirnya pergi klinik luar. tapi tak sampai ke mana pun rawatan nya. Duit saja mengalir macam air. Stop!

Nak dapat appoitment ni pun atas ikhsan doktor hafiz juga. Katagori doktor dedikasi lah nih. Bukan macam doktor yang saya jumpa 2 tahun lepas.. Ishh kalau ingat, rasa putus harapan dan rasa nak bagi penampaQ berdas das dekat mukanya..

Harap² lah ramai lagi doktor yang dedikasi mcm doktor hafiz nih. Masa saya demam awal bulan tempoh hari. demam yang suhu meninggi. 4 hari panas tak mau turun.. doktor hafiz yang rawat saya. time rawatan tu la doktor hafiz create "referral Letter" dan bagi sokongan moral dekat kami...


Jadi hari ni.. bermula la sesi pertama tu. Amik darah after 21 day of cycle piriod untuk ujian TFT, Serum LH FSH dan lain². Untuk husband macam biasa lah proses SFA...

Masa sampai kat makmal tadi.. ingatkan kami paling awal. ada lagi orang paling awal. dapat no giliran angka 2072..  Ramai betul pesakit. sabar menanti. Akhirnya  dalam jam 8.45 bergitu selesai juga. Alhamdulillah. Nurse tu cakap result ambil nanti masa appoitment ke-2 dengan pakar... 2 bulan lagi. Counting~~

Moga segala usaha kali ni berjalan dengan lancar dan dalam redha ilahi. InsyaAllah. readers² sekalian doakan yang terbaik untuk kami ya... Amin.




Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!

JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh

Sunday, April 14, 2013

Produk Tribestan 250MG 60's - Pil tambahkan bilangan Sperma

Bulan bulan yang lepas... Opismate ada bagi dengan saya produk nih. Husband nya amalkan produk nih. Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t dia dah pregnant. Now kandungan nya hampir 5 bulan.

Katanya pil nih untuk tambah bilangan Sperma, senang kata pil banyakkan air mani. Mr.A pun amalkan... Now dah habis stok. Mr.A cakap kena makan berterusan, kalau setakat habis sekotak, pehtu stop macam mana nak ada kesannya.. Betul juga kan..



Dengan ini menjadi tugas saya untuk mencari produk Tribestan nih. Tanya juga opismate yang bagi, dia cakap husband nya beli di semenanjung sana. Wahahaha... Tak pa kalau dah rezeki kami pasti akan dapat stok nanti. InsyaAllah. Mana tahu dapat balik mengundi ka nanti sebab tiket flight ada promosi khas untuk PRU13...  Wahh masih berharap!!!!!!

Okeh sudah, sekarang saya nak kongsi sikit hasil yang saya dapat semsa mengadap pakcik Google mencari info Produk Tribestan 250mg..


 Saya Print Screen sahaja. Ini soalan dari pengguna.

Dan ini semestinya jawapan untuk soalan di atas. Sumber : IsuBeritaHangat

Saya keluarkan Info nih: Tribestan mengandungi ekstrak herba yang dikenali sebagai tribulus dan herba ini hanya mempengaruhi peningkatan hormon DHEA. Ada juga kes yang mana bilangan sperma yang kurang dapat dipertingkatkan jika buah zakar tidak rosak. 

Antara pil yang saya dapat tau:
  • Speman Himalaya
  • Spermo Max
  • Performer 5
  • Proxeed Plus
Sebenarnya banyak lagi pil yang boleh membantu untuk memperbanyakkan count sperm. Tapi seeloknya kita perlu dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Lain orang lain masalah yang di hadapi.  Takut nanti lain pulak yang jadi. Wallah Hu'alam... 




Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh..

Tuesday, August 2, 2011

Info: Perkongsian kepada kawan² yang menanti zuriat

Salam Ramadhan di hari ke-2...

Hari ni saya nak kongsikan... ilmu/info yang saya perolehi hasil kiriman dari Penulis Abu Jarir dan Ummu Aisyah. Ohh ya.. saya pernah juga bertentang mata dengan penulis ini bersama anak² mereka secara kebetulan. Alhamdulillah.. pengenalan di alam maya menemukan kami untuk berjabat tangan (Ummu Aisyah).

Menurut kata Abu Jarir.. kebelakangan ini (tahun 2011) beliau busy dengan tugasan harian.. jarang² sudah menerbitkan info untuk makluman atau tatapan pembaca. No wonderlah saya jarang² sudah menerima perkongsian ilmu/info dari mereka.

doa

Di bawah adalah info yang dikirimkan pada 1st Ramadhan.

*************************************

Kesuburan Dan Ramadhan?

Maaf, tajuk di atas agak 'gempaq' sikit. Sebenarnya kesuburan tidak ada kaitan khusus dengan ramadhan, cuma yang saya ingin kongsikan di sini adalah bahawa salah satu kelebihan bulan Ramadhan adalah tentang mustajabnya doa sebelum waktu berbuka.
Mafhum Hadis Nabi;

"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala waktu berbukanya, adalah waktu yang tidak di tolak" (Riwayat Ibn Majah)

Mohonlah kepada yang Maha Pencipta supaya dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah setiap kali sebelum berbuka puasa. Janganlah sesekali dilepaskan peluang keemasan ini.


*************************************

InsyaAllah... Moga perkongsian ini bermanafaat kepada kawan² dan pembaca yang sama² menanti zuriat. InsyaAllah ^____^.

Kita sedia maklum kan.. Bulan Ramadhan bulan yang mulia..setiap amal ibadat yang di laksanakan, fadhilatnya 70 kali ganda. So selamat beramal =D



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!




Wednesday, May 4, 2011

Congratulation your booking is successfully =D

Baca sampai noktah terakhir ya kawan²..

Sebelum tu.. saya nak maklumkan yang saya belum preggy lagi, harap maklum ehh. Saya tak terjawab soalan² jongkong emas dari awak semua. jadi saya compile kan di sini yo.

Apa kata, Meh la pakat² berdoa. Kiranya uols berusaha berdoa dan saya pula terus berdoa dan berusaha tanpa putus asa. Ngee~~ Red Mummy dah tercapai hajat hati untuk berikan adik kepada gegirl & boboy. Alhamdulillah. Mana tahu berkat doa² kalian dimakhbul kan seperti RM. Lagipun setiap rezki itu datang dariNya yang maha mentadbir alam ini. Hanya Allah s.w.t yang lebih mengetahui setiap apa yang tersirat dan tersurat~~

MAS
MAS & AA... harga tiket AA murah just beza dalam RM10 gitu dengan MAS under pakej best deal.. TAPI harga AA itu belum campur tag, makan & bagasi segala. Dah campur tolak semua.. lu pikir la sendiri.

Tiket percutian saya ke kampung halaman dah selamat di booking... Bila tarikhnya tu, saya keep dulu ya. Nanti dah clear, baru saya cerita okeh. Kalau cerita sekarang, nanti ada pula kes permohonan cuti yang tak diluluskan. Ohh TIDAK! Minta simpang jauh². Harap sangat² cuti Mr.A diluluskan. Beliau tu susah mau cuti.. Moga semuanya dipermudahkan!


## terbayang² sudah kampung halaman sambil feeling² jumpa dengan geng KBU terutamnya Wanie Ghani. hehehe!

Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!

Monday, March 21, 2011

Syok tengok kak ieta..sejuk perut rasa!!


Saya suka picca nie.. ceria!!

Gambar akak saya...Usia kandungan beliau sekarang mungkin 21 minggu, itu depend pada kiraan saya dalam entry yang iNi... Gambar tu pun saya hamik di FB beliau... ngee~~

Dari album rakan sepejabat akak ieta..Kak nurul nie kaki photographer juga. pada readers yang duk area utara sana especially penang la.. boleh hubungi kak nurul sekiranya memerlukan perkhidmatan photographer sebagai kenangan kalian... saya rujuk pada banner yang di tag kat Fb saya.. SiNi atau boleh lunsuri ke blogspot depa syadiehearty.

Mood: Alhamdulilah ^_^.


Thank you read and support my writing. Please come again ya!!


Thursday, March 17, 2011

Kehamilan: Result dari Gribbles Phatology

Assalamualaikum dan salam sejahtera... selamat tengah hari kawan² semua!!

Gribbles Phatology

Masih uols ingat kan dengan entry macam kena gigit semut.. Hasil ujian saya dah amik minggu lepas.. 12 Mar 2011 (sabtu). Kalau ikutkan saya kena amik hari jumaat.. tapi di sebabkan hampir waktu rehat.. klinik tutup. Saya nak tunggu lambat lagi dan pasti lama.. jadi saya ke tempat lain dulu, setelkan koje.. Alhamdulillah.. Bila di beri penerangan hasil ujian tersebut, saya rasa amat lega kerana saya berada di paras NORMAL.

Selepas ni Mr.A pula akan membuat rawatan. Next appointment kami belum tentukan lagi sebab doktor yang merawat saya off hari saya p amik result tersebut.. Semua itu akan dibincang kemudian.. InsyaAllah.

Phatology kehamilan
Result dari Gribbles Phatology- Normal

Kepada insan² yang sememangnya murah dengan rezki anak... bersyukurlah kalian. Jangan pula cuba mematahkan semangat kami yang dalam usaha menanti zuriat. Kata² dari kalian sangat² meninggalkan kesan paling dalam dekat hati saya...

Ingat ehh... siapa kalian nak melemparkan kata² sinis itu kepada saya.. kita adalah hamba Allah s.w.t. Tiada lain yang maha berkuasa dalam dunia fana ini... Allah itu maha mengetahui dan maha segala maha... Janji Alllah s.w.t pasti indah~~

Banyak dah saya kena perli² cam nie... kalau nak di senaraikan pasti melebihi puncak gunung kinabalu tu, tapi kebelakangan ni saya tak boleh nak accept.. asyik nak emo jerk... mahap ya kalau saya ter emo d sini.. sayang sayang semua yang memahami usaha kami... mmmuaksssss!!!

Mood: sunggguhpun kalian mahu bergurau.. gurauan biarlah bertempat okeh!



Thank you read and support my writing. Please come again ya!!

Friday, March 4, 2011

Kehamilan: Macam kena gigit semut... Syok3x.

Semalam saya menyepi dari sebarang cerita kat sini.... kekangan masa dehh! Appointment yang saya cakap dalam entry kedudukan Rahim, saya tak terlepas ya.. saya pergi juga demi Amyna.

Mujur time saya pergi sana.. tak ramai pesakit. suasana tenang jerk... Saya fikir terpaksa tunggu lama macam hari yang lepas.. Itu sebab saya settle kan koje dulu... baru saya inform bos nak gerak ke sana.. kalau tahu cepat... saya pergi sana dulu... Ahakss!!



Mulanya saya tak sabar nak jumpa doktor.. bila dapat jumpa.. saya terus gementar tetiba.. bila tengok jarum yang doktor pegang tu.. pajang saaangat... Ouchhh! macam nak luruh segala yang ada kat badan saya.. hahaha!

Begitulah kalau terlampau takut kan.. dalam hati duk berbisik.. mesti kena buat myna... pejam ja mata.. tak yah tengok.. sesekali dia berbisik.. baik tengok. sampai bila nak takut.. dengan cekal dah tabah.. saya tengok dengan mata kepala saya sendiri...




Tak da lah sakit..macam kena gigit semut jerk.. chit~~ pehtu sedut.. masuk lah darah dalam botol a.k.a tabung uji seperti kat atas tu.. Euwww.. geli~~ Next appointment 11/3/2011 untuk amik keputusan....

Selepas balik dari klinik saya rasa penat sangat!! kepala ting tong semacam jerk... saya tertidur seketika di surau sambil menanti asar... heh!


Mode: Readers sekalian maya.. saya belum preggy.. cuma ini salah satu usaha saya. guna cara moden lagi.. tapi lain doktorNya.. cara tradisional merata negeri dah saya p.. apapun sabar dan usaha. Janji Allah itu indah~~


~ Sayang @myn@ ~~

Tuesday, March 1, 2011

Kehamilan: Kedudukan rahim...

Last 2 week... saya dan Mr.A ke klinik berbayar. Biar lah sumbangkan wang daripada hati sakit dan menambah dosa marah² kan pe'el doktor di hospital nun.. Hmm... Uols boleh selak² di entry Perasaan Semalam. Allah maha adil.. sabaQ myna sabaQ.

Mr.A yang begitu excited masa kami di klinik Dr.Martati... Siap bagitau saya lagi nak ikut masuk masa saya terima rawatan nanti. Masa menuggu giliran dalam kepala hotak Mr.A dah macam² soalan nak di ajukan dengan doktor. Sob3x.


Kedudukan rahim saya dalam kedudukan yang betul dan baik..

Satu persatu doktor Martati periksa saya.. sangat² berpuas hati. Mr.A pun boleh berbual mesra lagi dengan doktor. Siap minta doktor periksa dirinya juga.. hehehe! Menurut kawan² yang pernah mendapat rawatan di sini..doktor martati memang peramah. So, no wonder lah mereka berdua rancak berbual...

3/3/2011 saya ada appointment untuk ambil darah... Esok lusa ja kan..Mr.A setting alarm lagi dekat henset saya dan henset nya. Semakin hampir harinya, berulang kali jua Mr.A mengingatkan saya.. Risau betul Mr.A takut saya lupa... hik3x.



~ Sayang @myn@ ~~


Friday, February 4, 2011

Vitamin C dan asid folic.. Moga diberkati :-)

Terima kasih kepada rakan² dan isteri rakan Mr.A yang memahami situasi kami.. Mesti depa duk bersembang kan... biasa lah suami isteri mesti berkongsi cerita.. haipp haipp!

Hari tu saya ada juga terbaca massage di fb Mr.A.. sangat² menyentuh perasaan saya dengan ayat "Mungkin ada kesilapan di antara aku dengan Allah, sebab tu Allah menguji aku". Panjang menjela depa berbincang. banyak ayat yang menggamit perasaan saya. tapi saya just amik yang itu sahaja..

Massage tu Mr.A kirim kan dengan kawannya.. orang lelaki kan.. bukan nak tunjuk masalah yang depa lalui.. tapi kalau kita selalu ada dan selami satu persatu.. kita akan dapat cungkil sikit².. Di depan saya.. Mr.A tabah dan selalu memberi semangat kepada saya supaya tidak terus down, bila setiap kali misi yang di hajati tak kesampaian. tapi hakikat sebenar.. diriNya yang menahan segala²nya.. kesiannya dekat Mr.A... *airmatamengalir* sob3x.



Okeh.. berbalik kepada cerita tentang Vitamic C dan asid folic nie.. seperti dalam gambar di atas lohh. sebenarnya itu semua pemberian dari isteri kepada rakan Mr.A. Kalau tak silap saya.. dia bertugas dalam bahagian medic di pangkalan nun.. Kalau silap saya mohon mahap ya, sebab saya sendiri belum pernah bertentang mata dengan wanita yang kirimkan bungkusan putih berlabelkan Farmasi angkatan tentera nih =D

Sekarang susah sikit saya nak ke sana... kalau ada rumah sendiri macam mula² dulu senang nak bermalam. kalau nak pergi dan balik hari.. mau kejung aurat tak pun terus saya pingsan seketika... huhuhu!

Sebelum nih saya ada makan asis folic yang macam nie.. bila dah abis saya tidak pergi amik dah sebab doktor sini tak mesra pelanggan. huh! malas nak ingat.. sedih~~ saya beli jerk dari farmasi tapi bukan jenis pil kecik² macam ni.. kata gadis farmasi tu.. ubat yang saya beli ni terkandung sekali asid folic dalam tu..saya akur~~ sebab asid folic penting untuk ingin hamil, tambah² di peringkat awal kehamilan.. kann kan!

Mode: Alhamdulillah.. dah 3 hari saya mengambil pil² yang dikirimkan ni.. Moga jasa baik kalian suami isteri di berkati Allah s.w.t.. InsyaAllah ^_^.


~~ Sayang @myn@ ~~

Thursday, January 20, 2011

Picca scan kandungan akak ieta.. 3 bulan.

Sebelum itu saya nak bagi tau.. CCM Mista Bobo dah clear. tidak ada reminder yang ke-2 dan ke-3 ya tuan blog bukan sekadar cerita. Saya takut. reminder pertama pun dah ketaq, nak mai reminder seterusnya.. gerun rasa ;p.

Tadi masa on da way saya p korek mana yang dah tertanam tu..akak saya yang INI mms picca scan baby dalam kandungannya.. Sungguh masa akak saya mms, saya langsung tak pandai nak tengok tau.. puas juga la duk belek². Almaklumlah tak da pengalaman, dah tak da pengalaman tak amik tahu satu hal.. *padanmukasaya*. hahahhaha!

1st gambar yang ini :-



Text: Adik gambar anak ku dalam perut. hehehe.

Pusing kot ni tak nampak bayang, kot belah nu pun tak nampak, last²....

Saya terus reply: "hehe, cheq tak reti tengok, nie bapa bulan? nanti nak masuk di blog..kenangan".

Akak saya jawab:" itu pandangan depan, sat ku mms yang satu lagi. dah 3 bulan. Gambar 4D clear kalau tengok real.. aku dengar jantung dia. sayu hati bila dengar.."


Text: Yang atas kepala tangan, pastu kaki bawah tangan, dia tutup muka. hehehe.

Bila akak ieta dah terang macam tu terus saya.. Ooo.. faham². hati nih syok tak tau nak habaq la.. rasa macam nak balik sana nak tengok yang real..terbayang bila pula turn saya.. :-(. Apapun myna terus kan berusaha.. InsyaAllah ^_^.

Sebenarnya ramai sepupu sepapat, sedara mara saya yang ngah preggy sekarang... kan saya ada publish dalam entry Congratulation to themAll. Saya tumpang hepy buat mereka² semua.. moga saya pun dapat meramaikan umat islam.. T___T.


Mode: Saya kopipes sebijik ayat kami berkomunikasi.. kenangan katakan~~~


~~ Sayang @myn@ ~~




Tuesday, January 18, 2011

Kehamilan: Petanda-petanda awal masalah kesuburan

Time lunch tadi saja surf internet "bab kehamilan". Tahap kerisauan saya semakin memuncak nih bila misi bulan nih terjejas... Aduhaiii.

BMI calculator

Belek punya belek setiap page.. saya terbaca tentang petanda² awal masalah kesuburan.. satu persatu saya cuba ulang untuk fahami.. 4 tahun sudah wey.. orang 6 bulan pun dah mula risau, ini kan saya yang dah 4 tahun.. *sambiltanganletakdidahi*. Orang yang lalui situasi macam saya, pasti faham sangat² dah.. kena perli pedas jangan cakap lah.. macam² Oooo, pitam!

Opss..Melalut terlebih puloks.. berbalik kepada petanda² awal masalah kesuburan. Di bawah adalah beberapa petanda yang saya select..

1- Adakah kitar haid anda tidak teratur?

Jika kitar haid anda kurang dari 24 hari atau lebih daripada 35 hari, atau juga tidak tetap jumlah harinya, anda perlu rujuk kepada doktor. Kitar haid yang tidak teratur boleh jadi satu simptom kepada masalah ovulasi.


2-Adakah anda mengalami sebarang pendarahan?

Jika terdapat sebarang pendarahan yang kuat atau pendarahan yang berbeza-beza dari segi warna dan kekerapan, ia bukanlah satu petanda yang baik. Segera rujuk kepada klinik-klinik berdekatan.

3- Adakah anda terlebih atau terkurang berat badan?

Berat badan yang berlebihan atau terlalu kurus boleh menyebabkan sukar hamil. Untuk pastikan sama ada anda termasuk dalam golongan ini atau tidak, sila semak BMI anda di laman ini. Online BMI Calculator

kehamilan kesuburan
Itu BMI saya... kenapa ada dua? iya saya kurang pasti dengan berat saya.. 43 & 45 selalu duk pusing kot nilai itu sahaja.. Nila tinggi memang tidak ada peningkatan lagi buat masa ini.. hehehhe!!

4- Adakah anda pernah mengalami keguguran 3 kali berturut-turut?

Ramai yang salah faham bahawa takrif tidak subur atau mandul hanya merujuk kepada keadaan seseorang yang gagal hamil sahaja. Tetapi wanita yang kerap gugur juga termasuk dalam golongan in. Keguguran melibatkan 10%-20% daripada jumlah kehamilan yang dilaporkan. Doktor akan membuat ujian-ujian fertiliti terhadap seseorang wanita itu hanya setelah mengalami kguguran 3 kali berturut-turut.

5- Adakah anda dan pasangan mengalami sebarang sakit kronik seperti kencing manis, tiroid, dan hypertension?

Penyakit-penyakit di atas, termasuk kaedah-kaedah rawatannya boleh memberi kesan terhadap kesuburan.
Menurut ’The American Fertility Assocation’, penyakit-penyakit seperti diabetes dan hipertiroid boleh menyebabkan masalah kesuburan. Insulin, antidepressant dan hormon tiroid boleh mengganggu kawalatur kitar haid. Sesetengah ubat untuk hypertension pula boleh mengganggu kesuburan lelaki.

6- Adakah anda dan pasangan merokok dan mengambil minuman beralkohol?

Banyak kajian-kajian yang telah dilakukan berkaitan dengan kesan tabiat ini terhadap kesuburan lelaki dan wanita.Jika anda tiada masalah kesuburan sekalipun hentikanlah tabiat-tabiat ini. Sumber: http://Mudahhamil.com


~~ Sayang @myn@ ~~

Friday, December 17, 2010

Preggy - Congratulations to them all~~

Baru lepas berbual dengan akak haku.. Dia kan ngah preggy sekarang, boleh rujuk entry SINI.Usia kandungan 8 minggu kalau tak salah kiraan. Biasa lah akak haku nih.. peramah, hehehe!! Dia fon haku just nak kompem kan sama ada betul ka haku preggy...

Masa dia call tadi rasa berat hati sangat nak berbual².. keciwa dowhh.. Memang time untuk kawan baik haku dah lewat... dekat 1 minggu lebih.. haku tak pernah lewat macam tu.. Mr.A bukan main semangat jika benar apa yang dia rasai, lalui setiap hari dan mimpi.. Siap telefon Ratuhati dan MIL berkongsikan apa yang dia rasa... sian sayangKu, keciwa lagi :-(

pregnant

Haku pun berhati² juga.. Tak kan kerana haku angkat barang masa perpindahan opis dan preparation audit lepas.. terus kawan baik datang temankan haku. Ala... dekat ja pun haku angkat.. ada juga student bantu.. itu pun nak mai teman ka.. Tapi tak ada pun tanda² macam bleeding.. Wallahu'alam~~

Okeh berbalik pada perbualan kami...

Akak haku bagi tahu.. ramai juga sepupu sepapat haku yang sama² preggy. owchhh... tersentappp!!
  • Akak ieta - 8 minggu
  • Makcik Ani - hampir 8 minggu
  • Kak Wan (isteri adik Lin) - 16 minggu
  • Dek idah - 16 minggu
tapi hepyyyyy~~~~ Apakah???

Nampaknya... kenduri kawin ChaQ nanti haku lah salah seorang yang tercalon untuk bekerja gigih... geng² pompuan yang dah kawin semuanya pakat jadi mak buyung.. Alahai.. haku nak preggy juga... Nakkkkkkkkk!!!! (boleh ka jadi dalam masa sesingkat nih)..

Haishhh tekanan makin membara.. hungga hungga hungga! Apapun haku percaya.. setiap yang tersurat pasti indah, kita sebagai hambanya hanya mampu berusaha dan bertawakkal.. Jangan pernah keciwa... Kann kan~~ InsyaAllah ^_^.


Mode: Mr.A nampak haku search gambar orang preggy nih.. terus dia datang dari arah belakang.. memujuk.. ahakss!! Luv u sayang :-)


sayang @myn@ ^_^

Monday, November 29, 2010

7 ciri -ciri utama habatus sauda

Sambungan dari entri khasiat Habatus sauda dan Betul ke amalan pengambilan habbatus sauda boleh menyebababkan monopouse . Hari ini haku nak kongsikan 7 ciri² utama habatus sauda. So.. layannn~~

Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.

Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda …… merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.

Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).

Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:

  • Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
  • Antiarthritis, mengubati reumatik.
  • Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
  • Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
  • Antiseptik, mengubati bau mulut.
  • Antivirus, mengubati demam dan flu.
  • Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
  • Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
  • Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
  • Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
  • Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
  • Nematocidal, mengubati cacing pita.
  • Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).

Di bawah ini kami sertakan 7 ciri-ciri utama habbatus Sauda:

1- Nilai pemakanan

Habbatus Sauda kaya dengan:

  • Monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
  • Polysaccharide fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan amino acid yang membentuk protein karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.
2- Sistem Imunisasi

Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3-
Anti Histamine

Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4- Anti- Tumor

Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5- Anti Bakteria

Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6- Anti radang (anti-inflammation)

Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7- Menggalakkan pengeluaran susu.

Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.


Sumber: http://aja49.wordpress.com


sayang @myn@ ^_^

Thursday, November 25, 2010

Antara 26 khasiat² Habbatus Sauda'

Menurut beberapa hasil penelitian, Habbatus Sauda` memiliki khasiat –dengan izin Allah– :

1. Menguatkan imunitas system pada diri manusia.

2. Melawan & menghancurkan sel-sel kanker/tumor.

3. Mengobati reumatik, peradangan serta infeksi.

4. Menghentikan dan menyembuhkan penyakit pilek.==> Penyakit pada rongga hidung.

5. Jika digoreng & dibakar kemudian dicium terus-menerus dapat mengeliminasi gas (dalam) perut.

6. Membunuh cacing-cacing parasit jika dimakan sebelum makan pagi dan
jika diletakkan di atas perut dari bagian luar sebagai aromaspa atau luluran.

7. Minyaknya bermanfaat untuk menyembuhkan gigitan ular, juga bengkak di dubur dan tahi lalat.

8. Menghilangkan sesak nafas & sejenis kesulitan nafas, melonggarkan penyumbatan akibat dahak.

9. Melancarkan haidh yang tersendat.

10. Jika dibalutkan, bermanfaat untuk menyembuhkan pusing yang parah.

Habbatus Sauda
Gambar hasil Gegel image

Macam ini lah rupa bijiran habbatus sauda yang Mr.A bawa balik fresh dari ladang arab sana.

11. Apabila dimasak dengan cuka bersama kayu pinus dan kemudian dibuat untuk berkumur, maka hal itu akan menghilangkan sakit gigi yang disebabkan sensitifitas terhadap dingin.

12. Jika diminum, biji ini akan melancarkan kencing, haidh dan ASI.

13. Menyembuhkan gigitan Laba-laba.

14. Bila dibakar, asapnya dapat mengusir serangga.

15. Menghilangkan sendawa asam yang berasal dari dahak dan melancholia (gangguan yang disebabkan kesedihan yang terus-menerus/depresi sehingga merusak bagian empedu).

16. Menghilangkan Kusta (lepra).

17. Menghilangkan demam Quartan (yakni demam yang menyerang manusia selama sehari kemudian mereda selama 2 hari kemudian menyerang lagi ketika hari ke-4).

18. Jika ditumbuk dan dibuat adonan dengan madu dan air hangat dapat menghancurkan batu yang muncul dalam ginjal dan kandung kemih serta sifat diuretic (memperlancar air seni).

19. Apabila digoreng dan dicium terus-menerus dan dicampur dengan cuka dapat menyembuhkan jerawat dan kudis serta menghilangkan peradangan yang lebih kronis dari jerawat (tumor).

20. Jika digoreng tanpa minyak dan ditumbuk serta dicampur dengan minyak zaitun kemudian diteteskan ke dalam hidung 3 tetes akan menyembuhkan gejala pilek yang disertai bersin-bersin.

21. Jika dibakar dan dicampur dengan lilin dan minyak inai/henna atau minyak bunga iris serta dibalurkan pada borok-borok/koreng yang keluar di betis setelah dibersihkan dengan cuka, maka akan dapat menghilangkannya.

22. Bermanfaat untuk menyembuhkan bekas gigitan ****** (Rabies) dan aman dari kematian akibat rabies.

23. Jika dihirup akan bermanfaat bagi hemiplegia (semiparalysis/lumpuh separuh).

24. Jika enzoat (celak persia) dicampur dengan air & dibalurkan ke lingkaran dubur (lobang dubur/anus) dan juga diminum dengan dosis sekitar 25 gr akan menyembuhkan Bawasir.

25. Jika disedot melalui hidung akan bermanfaat menghentikan air yang keluar pada mata.

26. Jika 2 sdt habbatus sauda direbus dengan air 2 gelas lalu ditambah madu akan mendinginkan perut yang panas karena asam lambung.


Semua khasiat yang tersenarai dia atas tu hasil haku Kopipes dari IncikMamat.. . Mana yang haku select PINK itu antara amalan haku dan Mr.A lakukan.. yang BIRU itu pula bakal dilakukan..

Menurut IncikMamat masih banyak lagi khasiat Habbatus sauda.. Itu yang haku pelik sebab banyak produk² kesihatan seperti Bio Asli menggunakan Habbatus Sauda.. produk DcL pun ada juga.. hehehehe!!


kebaikkan Habbatus Sauda

Gambar hasil dari laman web kedai kami.. E-Bidadari.com Meh la jenguk².

Nigella adalah salah satu produk DcL yang menggunakan Habbatus Sauda. Kami pengguna produk DcL sejak diperkenalkan pada tahun 2008.. Jadik tidak ada masalah dengan rasa bijirin nih. Bukan apa haku ada kongsikan bijirin ini dengan rakan opish yang sama² berusaha menanti zuriat.. 1st impression dia.. hahaha!! sendiri mau tau coz rasa nya memang tak sedapppp!! benda yang tak sedap itu lah ubat... kann kann!!

~~~Kekal jelita ayu bak bidadari ~~~

Mode: Siap promote biz haku lagik.. tak apa kan.. berminat inform ehh. kami ada banyak pakej menarik untuk free ahli & penghantaran. InsyaAllah ^_^.


sayang @myn@ ^_^


Tuesday, November 23, 2010

Fakta waktu subur wanita

Keinginan melakukan hubungan seks tinggi sewaktu hari subur. Bagi pasangan suami isteri yang ingin menikmati seks yang romantik adalah mencari hari paling subur.

subur wanita
Gambar hasil GodekGolD.

Fakta tentang pusingan haid wanita perlu ketahui :-

1. Wanita biasanya mengeluarkan satu telur bagi setiap bulan pusingan haidnya. Jangkaan adalah 14 hari sebelum hari pertama haid yang berikutnya.

Telur yang dikeluarkan akan bergerak daripada ovari wanita ke rahim wanita melalui salur fallopian. Sperma lelaki perlu senyawakan telur dalam masa 24 jam dalam salur Fallopian ini. Satu-satu ruang yang akan memastikan telur yang disenyawakan sampai pada rahim pada masa yang bersesuai.

Telur wanita hanya hidup 36 ke 48 jam. Selepas itu ia akan mati. Walaupun jangka masa hidup telur wanita lebih panjang, namun jangka masa sesuai untuk senyawa telur hanya dalam masa 24 jam selepas ia dikeluarkan dan ianya perlu dilakukan sewaktu telur bergerak dalam salur Fallopian.

Lebih kurang 12 hari kemudian, lapisan permukaan rahim akan menanggal dan keluar sebagai haid wanita. Rahim kemudian akan membentuk lapisan baru untuk menunggu telur yang disenyawa pada pusingan haid berikutnya.


2. Sperma lelaki boleh bertahan dalam wanita sehingga 7 hari selepas air mani dipancut dalam faraj wanita.


Daripada fakta diatas jangkaan hari subur wanita boleh dikira. Sebagai contoh sekiranya wanita datang haid setiap 28 hari, maka waktu keluar telur adalah hari yang ke 14 daripada haid hari pertama. Sekiranya wanita datang haid setiap 32 hari, maka waktu keluar telur adalah hari ke 18.

Hari keluar telur, merupakan hari paling subur wanita. Dalam pusingan haid wanita terdapat tiga fasa, fasa tidak subur sebelum keluar telur, fasa subur dan fasa tidak subur sebelum haid berikutnya.
Fasa tidak subur sebelum keluar telur, adalah antara hari pertama haid sehingga hari ke tujuh. Ingin diingatkan sperma lelaki boleh bertahan sehingga 7 hari dalam wanita.

Jika wanita haidnya kering diantara hari pertama hingga hari ke tujuh. Sekiranya hubungan seks dan pancutan air mani dilepas dalam faraj wanita, maka kemungkinan untuk mengandung adalah rendah. Hari ke 7 biasanya hari berhati-hati. Pakailah kondom jika tidak mahu mengandung.

Hari ke 8 sehingga hari ke 16 adalah, hari yang tidak selamat bagi melepaskan air mani dalam faraj wanita, ini bagi pasangan suami isteri yang merancang keluarga. Ini adalah afasa subur wanita.

Bagi yang ingin mendapatkan anak, hari 13 dan 14 merupakan hari betul-betul sesuai untuk bersama melakukan hubungan seks dan memastikan peluang yang tinggi untuk mendapatkan anak.

Adalah diingatkan, walaupun pada hari paling subur, hubungan seks bukan hanya masuk dan lepaskan air mani sahaja dan berharap sperma lelaki akan bertemu dengan telur di salur Fallopian. Untuk meninggikan lagi peluang untuk isteri mengandung. pasangan suami dan isteri perlu dengan berahi yang tinggi. Dengan berahi yang tinggi akan membuat pasangan suami dan isteri mencapai klimak atau orgasm yang tinggi.

Berahi dan Klimak dan orgasm yang tinggi, akan memastikan air mani dengan sperma yang terbaik dihasilkan. Wanita pula akan membuat faraj dan rahim menarik masuk mani dan sperma lelaki dengan denyutan-denyutan yang lagi mencepatkan sperma sampai ke salur fallopian. Ingat, hanya ada 24 jam untuk memastikan isteri mengandung.

******************************************

Haku kongsikan di sini untuk memudahkan rujukan haku.. Tapi kalau readers sekalian maya nak lebih detail boleh terus ke laman utama web tersebut. Banyak info keharmonian rumahtangga di sana. InsyaAllah ^_^. Sekarang ini ada juga di jual e-book dengan harga promosi, wahh siap promote tuh.. share sharing lohh. Akhir sekali.. If readers berminat dengan laman tersebut dan ada account fB boleh LIKE FanPage di SINI... done!


Sumber: Ketahui waktu subur wanita.

sayang @myn@ ^_^

Wednesday, July 14, 2010

Selamat beramal < AL-musowwir >

Sekadar perkongsian bersama rakan²

yang memerlukan.

sama² lah kita berusaha,

moga usaha kita dimakbulkan suatu hari nanti..

InsyaAllah :)




untuk paparan yang lebey jelas..tembaks lah pada imej tersebut ya!

Wallahu a'lam (^_^)



Friday, May 14, 2010

Tekanan Darah Rendah - hipotensi

kebetulan tadik d opish haku ada kempem menderma darah. Bermangat haku nak menjadi salah seorang penderma.. Alangkah gembiranya haku kalau dapat merialisasikan hasrat itu. Step by step haku berjaya lalui. sekali step yang hampir² nak last. haku kencundang.. bukan masalah berat badan ya, tetapi masalah Hipotensi.

Hasil dari google..haku dapat info nie. jadik haku nak tepek kat sini supaya memudahkan haku membuat rujukan bila perlu. begitu jua lah kepada kawan² yang mengalami situasi ini.

haku copy & paste sebijik sebijik baris perkataan nya... :-).

Nak lebey lanjut leh klik kat link sumber tersebut. LowBloodPressureTreatmentCure


Apa itu Tekanan Darah Rendah ?
Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.

Faktor yang mempengaruhi tekanan darah
Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu:-

  • usia
  • aktiviti seharian
  • perasaan
  • ubatan
  • pendarahan
  • infeksi


Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti:-

  • stroke
  • penyakit jantung
  • penyakit pada mata
  • pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah

Gejala Tekanan Darah Rendah
Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti:-

  • cepat lelah
  • pening kepala ketika posisi badan berubah
  • sukar untuk berkonsentrasi
  • mata berkunang-kunang
  • mual
  • kulit berasa dingin, pucat dan lembap
  • pernafasan cepat dan pendek
  • defresi
  • cepat haus


Sekiranya seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk mengelakkan berlaku komplikasi pada bayi itu nanti.

Penyebab Tekanan Darah Rendah
Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh. Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu:-

  • Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal
  • Dehidrasi - dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit.
  • masalah jantung - deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat.
  • Keadaan otot yang lemah.

ini juga antara link yang haku rujuk :p

i- http://www.biovco.com/hipotensi-01r.php

ii- http://azmanlin.blogspot.com/2008/08/tekanan-darah-tinggi-rendah-normal.html

iii- http://soleh.net/2007/08/16/tanda-tanda-dan-penyakit/


Monday, March 22, 2010

perasaan semalam

20 Mac 2010

Rakan baik yang sentiasa menjadi teman wanita yang normal pada setiap bulan. Bulan nie terlebey awal pula dia datang menemani haku. Mungkin kerana dia tahu Mr.A akan pergi operasi @ kerana haku menjalani proses pencucian semula usus (detox). Pelbagai andaian bermain d fikirn haku. Bulan febuari awal satu hari dari biasa.. adakah keadaannya sudah gelong..kalau macam tuh cama na haku nak tentukan waktu kesuburan...haishhhh!

malam tu haku berbincang dengan isteri rakan sepejabat haku melalui fesbuk, dia dolu pernah menjalani rawatan dengan hospital juga, Jadik dia lah tempat haku rujuk semua tue.


21 Mac 2010

aihhhh...keciwanya haku. bukan kecewa kerana rakan baik itu. tetapi keciwa dengan sikap doktor yang betul2 hampagassss!

Pagi tu awal haku bangun x leh nak lelap mata. fikiran asyik pikiaq ja semua tu. mula nak tunggu minggu depan baru nak jumpa doktor. sebab perasaan ingin tahu apakah penyebabnya semua ini, bagai d tolak² nak suruh haku segera pergi.. Haku minta izin Mr.A dolu.. dapat jerk green ligt. haku rujuk pada my BFF. Mr.A x ada.. jadik mujur ada kawan haku yang memahami akan situasi haku. dia lah yang menemani haku dalam apa jua yang haku lakukan, pernah juga menjadi peneman tidur d umah haku if Mr.A operasi lama²... Thanks ya my BFF Dympna John Singin.

haku p pick up dymp d umahnya..kami sama² gerak ke sana. haku mengaku memnag haku jakun dengan perkarangan ruangan pesakit luar tu. haku x biasa datang. itu lah 1st time haku sampai. sebelum ni haku pergi hospital tetapi terus ke wad, hanya lalu sahaja d luar bangunan. Mujur ada dymp yang familiar dengan perkarangan d sana tu. Alhamdulillah... Masa pendaftaran tu haku hepy sebab attendant kesihatan tu baik sangat. mulanya agak keberatan mulut haku untuk bersuara.. tetapi dengan keramahan dia membuat kan haku x kekok untuk berbual.. lagipun kawan haku ada inform jangan malu² atau rahsia dengan doktor. Jadik haku just cerita lite² saja dengan attendant ni. tapi dia macam faham keadaan haku. step by step dia tunjuk jalan dengan haku. terdetik d hati haku, bagus nya dorunk nie. kalau demam pun boley kebah (sihat). siyes memang puas hati, ada haku luahkan dengan dymp.. dymp lah saksi.

Dah siap daftar kami bertukar lokasi ke ruangan menunggu rawatan doktor. Masa ni perasaan haku bersemangat sudah, giliran haku No. 2 wokayyy... Panggey jerk No.1, haku dah mula.. senyum kambing dah. seronok nak jumpa doktor punya pasal. sampai jerk turn haku terus lah haku berjalan masuk bilik rawatan. sikit down masa tu sebab doctor lelaki. tapi gagah juga sebab haku fikir dia doc, haku hanya nak dapatkan rawatan. sedangkan doktor lelaki pun ada sambut baby sewaktu bersalin. Ok berbalik pada situasi haku jumpa doc, Awalnya haku d sambut mesra la. Ya CIK, sakit apa?. selepas haku bagi tau niat haku itu.. doc tu terus bersuara, kamu masih muda. x perlu pikir lagik.. Eee gerammmmmm. haku cakap lah bukan muda lagik doktor cuba tengok umur sy.. pehtu dia cakap lagik semua tu kena serah kat Allah.. Aihh mcm² kami cakap.. haku bagitau lagik just nak buat pemeriksaan kesihatan mana tahu ada sebarang masalah.. tapi doktor langsung x da menunjukkan ciri² seorang doktor yang berwibawa.. dah tu nak buat pemeriksaan pun macam terpaksa, saya check jantung lah, ok jantung kamu x da masalah. Saya bagi asid folic lah, baik untuk bayi.. korunk tengok, nak bagi ubat pun macam perli haku. adehh hampas nyok lah doctor tue.. kalau lah kau malas sekali pun tolonglah hormati perasaan hamba Allah yang kerdil ini. nak nak pula kami ni pelanggan di sana tu. apa kau ingat kau doktor besar sangat. adik badik, sepupu sepapat haku yang doktor pun ada la.. kalau haku boley balik anytime, x mungkin haku p sana.. memang haku terasa dengan cara doktor tu. Haku x leh membalas dengan apa yang kau buat pada haku, tapi tuhan tu maha kaya.. kau juga hambanya.. biarlah Allah yang balas.. sebab kalau haku balas mungkin x setimpal. Ishhhh sakit hatinya... tsk tsk tsk!

Masa haku keluar dari bilik rawatan tu dymp terkejut terlalu pantas haku terima rawatan. haku masa tu terasa macam nak teriak (nangis) & jerit sepuas hati. keciwa sangat hanya dymp yang tahu. haku x amik pun ubat yang suruh amik kat kaunter farmasi. bukan x mau hamik.. kami cuba jalan mencari kaunter farmasi..tutup. kena tunggu pula jam 2 petang. x kuasa lah haku nak tunggu dalam keadaan hati yang menjunam terbenam nie. kalau haku amik pun.. bukan ada follow up apa² dah dengan doktor coz sebelum haku keluar tu, haku tanya juga.. pehni ada rawatan susulan ke? buley dia cakap macam main2 perasaan haku. haku nak cakap terima kasey pun dah x ikhlas.. hanya Allah yang tahu perasaan haku waktu tu.

Maybe nak kena p yang fulus laju keluaq kot.. Sekarang ni haku x berani nak buat keputusan lagik untuk tu.. sebab kena bincang dgn Mr.A baik². Tunggu Mr.A balik minggu depan coz skrg Mr.A operasi kat kota kinabalu.. Apa yang haku sakit hati dengan doktor nie, Mr.A belum tahu lagik.. haku x cerita detail pun. x mau lah nanti ganggu emosi Mr.A pula. dia harus fokus d sana tu..





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...