Tuesday, November 23, 2010

Fakta waktu subur wanita

Keinginan melakukan hubungan seks tinggi sewaktu hari subur. Bagi pasangan suami isteri yang ingin menikmati seks yang romantik adalah mencari hari paling subur.

subur wanita
Gambar hasil GodekGolD.

Fakta tentang pusingan haid wanita perlu ketahui :-

1. Wanita biasanya mengeluarkan satu telur bagi setiap bulan pusingan haidnya. Jangkaan adalah 14 hari sebelum hari pertama haid yang berikutnya.

Telur yang dikeluarkan akan bergerak daripada ovari wanita ke rahim wanita melalui salur fallopian. Sperma lelaki perlu senyawakan telur dalam masa 24 jam dalam salur Fallopian ini. Satu-satu ruang yang akan memastikan telur yang disenyawakan sampai pada rahim pada masa yang bersesuai.

Telur wanita hanya hidup 36 ke 48 jam. Selepas itu ia akan mati. Walaupun jangka masa hidup telur wanita lebih panjang, namun jangka masa sesuai untuk senyawa telur hanya dalam masa 24 jam selepas ia dikeluarkan dan ianya perlu dilakukan sewaktu telur bergerak dalam salur Fallopian.

Lebih kurang 12 hari kemudian, lapisan permukaan rahim akan menanggal dan keluar sebagai haid wanita. Rahim kemudian akan membentuk lapisan baru untuk menunggu telur yang disenyawa pada pusingan haid berikutnya.


2. Sperma lelaki boleh bertahan dalam wanita sehingga 7 hari selepas air mani dipancut dalam faraj wanita.


Daripada fakta diatas jangkaan hari subur wanita boleh dikira. Sebagai contoh sekiranya wanita datang haid setiap 28 hari, maka waktu keluar telur adalah hari yang ke 14 daripada haid hari pertama. Sekiranya wanita datang haid setiap 32 hari, maka waktu keluar telur adalah hari ke 18.

Hari keluar telur, merupakan hari paling subur wanita. Dalam pusingan haid wanita terdapat tiga fasa, fasa tidak subur sebelum keluar telur, fasa subur dan fasa tidak subur sebelum haid berikutnya.
Fasa tidak subur sebelum keluar telur, adalah antara hari pertama haid sehingga hari ke tujuh. Ingin diingatkan sperma lelaki boleh bertahan sehingga 7 hari dalam wanita.

Jika wanita haidnya kering diantara hari pertama hingga hari ke tujuh. Sekiranya hubungan seks dan pancutan air mani dilepas dalam faraj wanita, maka kemungkinan untuk mengandung adalah rendah. Hari ke 7 biasanya hari berhati-hati. Pakailah kondom jika tidak mahu mengandung.

Hari ke 8 sehingga hari ke 16 adalah, hari yang tidak selamat bagi melepaskan air mani dalam faraj wanita, ini bagi pasangan suami isteri yang merancang keluarga. Ini adalah afasa subur wanita.

Bagi yang ingin mendapatkan anak, hari 13 dan 14 merupakan hari betul-betul sesuai untuk bersama melakukan hubungan seks dan memastikan peluang yang tinggi untuk mendapatkan anak.

Adalah diingatkan, walaupun pada hari paling subur, hubungan seks bukan hanya masuk dan lepaskan air mani sahaja dan berharap sperma lelaki akan bertemu dengan telur di salur Fallopian. Untuk meninggikan lagi peluang untuk isteri mengandung. pasangan suami dan isteri perlu dengan berahi yang tinggi. Dengan berahi yang tinggi akan membuat pasangan suami dan isteri mencapai klimak atau orgasm yang tinggi.

Berahi dan Klimak dan orgasm yang tinggi, akan memastikan air mani dengan sperma yang terbaik dihasilkan. Wanita pula akan membuat faraj dan rahim menarik masuk mani dan sperma lelaki dengan denyutan-denyutan yang lagi mencepatkan sperma sampai ke salur fallopian. Ingat, hanya ada 24 jam untuk memastikan isteri mengandung.

******************************************

Haku kongsikan di sini untuk memudahkan rujukan haku.. Tapi kalau readers sekalian maya nak lebih detail boleh terus ke laman utama web tersebut. Banyak info keharmonian rumahtangga di sana. InsyaAllah ^_^. Sekarang ini ada juga di jual e-book dengan harga promosi, wahh siap promote tuh.. share sharing lohh. Akhir sekali.. If readers berminat dengan laman tersebut dan ada account fB boleh LIKE FanPage di SINI... done!


Sumber: Ketahui waktu subur wanita.

sayang @myn@ ^_^

6 comments:

ieda said...

info yg sgt bagus :)

Amyna said...

iya ieda..Myna kan usaha dan terus berusaha demi AMYNA.. InsyaAllah ^_^

Ctnurkhijah said...

harap2 nnt ada rezeki myna pulak...

Amyna said...

Memang rezki itu dinantikan.. InsyaAllah ^_^

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

gud info..hehe

Amyna said...

@zura: terima kasey..sama² manfaat kan ehh.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...