Friday, May 16, 2014

interview jawatan PPTM Pada 28 Mei 2014

Alhamdulillah...

Tahun ni kali ke-2 saya dapat tawaran untuk temuduga jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat... Kali pertama pada 3/1/2013. Untuk kali pertama nya saya tidak berjaya. Maybe bukan rezeki saya lagi. Now tahun ni dapat lagi... Hopefully ada lah rezeki... InsyaAllah.

Makluman ni pun saya dapat melalui sms dan email sahaja... saya tak boleh nak fokus lagi preparation untuk interview ni, maybe weekend ni atau next week baru nak siapkan dokumen-dokumen yang diperlukan. Lagipun bos besar jabatan tiada. Jadi masih ada ruang untuk saya settlekan koje² hakiki yang perlu komitmen terdekat. Ohh ya.. Dokumen yang disediakan untuk interview tahun lalu entah di mana sudah saya selitkan. Semuanya kerana program 5S.


Sebut pasal 5S... Hari ni opish saya ada audit Pra MPC 5S.. Saya diamanahkan untuk Jawatankuasa Induk Dokumentasi dan Fotografi. Alhamdulillah tadi dah settle bab audit pra ni.. Tunggu yang betul2 pulak pada 3 Jun 2014. Untuk jawatankuasa saya sedikit sahaja lagi yang mau dimurnikan contohnya perlu letak tarikh pada setip polisi yang di simpan di dalam fail. Tapi tak susah guna Cop tarikh pun boleh... settle kata juruaudit. 

Untuk sistem pengurusan Aset (SPA), pun mau di key in juga data-data yang siap di collect. baru 1 unit saya sentuh dah nak termuntah tengok kew-PA. Paling tak tahan nak kena panjat² atas meja nak baca no. siri. Kalau tak match nanti dah masuk sistem dan disahkan tak boleh delete sesuka hati. Ada juga jabatan kena denda.. wowww minta simpang.. Tak pa buat selow, biar selamat dan aktiviti berjalan.. Sikit² lama² habis juga #thingkingpositifituperlu

Akhir coretan... mohon maaf dah lari tajuk sikit.. Malas dah nak delete.. Okeh kepada kawan² yang dapat interview expecially yang KPSL.. Moga² ada rezeki kita untuk tahun ni.. InsyaAllah :-)

Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!

Nak follow my page entry.. boleh LIKE button di page ya...Terima Kasih. Teheeee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...