Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Tuesday, October 4, 2016

Baby Carrier: Perbezaan antara Ergonomik & Non-ergonomik

TIPS PEMILIHAN BABY CARRIER: ERGONOMIK

Sungguh benar2 tidak tipu.. selama bergelar isteri hingga lahirnya #anaqihaziq ummi duk dengaq ja ergnomik dan non-ergonomik tapi tak pernah nak ambil tau lanjut. Last buat kesimpulan sendiri mungkin jenis material yang di gunakan untuk carrier... hahahaha!!

Hari ni... Allah nak bagi ummi lebih faham, ummi ternampak post kat fb. Baru faham sesangat siap ada gambar lagi.. Kalau tak paham lagik tak tau nak kata apa lah kan... adakah salah faktor urat terputus sikit masa masa melahirkan... kih kihkih!!

Nih info yang ummi kopipes dari fb page Royanness Babywearing


Ergonomik carrier ialah carrier yg punya rekabentuk yg boleh support kaki anak dlm bentuk "M" position. Lutut lebih tinggi dari punggung. 


Kebanyakan non ergonomic carrier , bila pakai, kaki anak bentuk /\ , kaki terjuntai, (nanti cpt lenguh & berat badan bb trsangkut kat celah kangkang, senak anak tu).

v
v
v
v
v
v


Faham ke tidak...Jika yea... Meh kita say "yes" sama2.... hehehhe!

YES YES YES !!!!! 


ummi kena keep info ni... masa proses peningkatan usia anaqi ni ummi tak guna sangat baby carrier.. maybe faktor baru sorang...jadi seronok berdukung gilir dgn walid. Cuba kalau dah bersusun plus anaqi sel2 otak berhubung baik... mau tak cukup kaki tangan nak kawal kan... 




Terima kasih sudi membaca dan sokong penulisan #ummiAnaqiHaziq.. Sila berkunjung lagi and happy reading!! ingat ingat ingat...



Thursday, February 4, 2016

Info Keselamatan : Kawasan blind spot untuk Lori... Please alert!





Gambar garisan kuning yang ditunjukkan adalah kawasan BLIND SPOT bagi lori. Pemandu lori tidak nampak anda jika anda berada di kawasan garisan kuning berkenaan. 

Maka untuk memastikan pemandu lori menyedari kehadiran anda, pastikan anda berada di kawasan selain daripada garisan kuning.

Pandu dengan selamat. Anda mampu mengubahnya.
Mohon Share Untuk Insan2 Tersayang Anda


#kopipes info dr FB. Moga bermanfaat untuk semua.

Terima kasih sudi membaca dan sokong penulisan #ummiAnaqiHaziq.. Sila berkunjung lagi dan happy reading!! ingat ingat ingat...

Friday, February 28, 2014

2014: Cara dan kelayakkan permohonan perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)


Syarat Kelayakkan

  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilah berumur sekurang- kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat.
  • Permohonan terbuka kepada individu atau keluarga (suami dan isteri) dengan pendapatan purata bulanan isi rumah antara RM2,500 – RM 7,500
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.

Cara Daftar Borang PR1MA 

  • Pengguna dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum membolehkan anda mengakses borang permohonan.
  • Untuk membuat pendaftaran sila layari http://www.pr1ma.my/
  • Sila baca syarat kelayakan terlebih dahulu.
  • Sediakan dokumen yang diperlukan
  • Pilih dan mohon kediaman pilihan anda


Pada 1 mac 2014 nanti.. majlis pelancaran PRIMA peringkat negeri kedah & majlis pecah tanah di Sungai Petani. Lokasi pecah tanah tersebut boleh rujuk di sini .

Untuk lokasi cadangan kediaman PR1MA bagi negeri² atau wilayah lain boleh rujuk di sini. Kepada yang berkelayakkan. Jom mohon... Mana tau ada rezeki anda. InsyaAllah.



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!

Nak follow my page entry.. boleh LIKE button di page ya...Terima Kasih. Teheeee~

Wednesday, September 11, 2013

Kenali ketam halal & ketam haram


Ketam Nipah vs Ketam Batu...

Selama ni duk tertanya tanya macam mana rupa ketam yang halal di makan & ketam yang haram kan?
Kebetulan hari saya jumpa di fb sharing dari kawan². So saya kopipes masuk sini untuk rujukan saya dan kawan² yang memerlukan...

Tadi saya ada tunjuk dengan seorang kawan tentang perbezaan ketam ni... kawan saya cakap. Dia dah lama tak makan ketam sebab tak tau nak beza ketam halal dan ketam haram. sebab tu lama dah dia tak membeli untuk keluarganya... Ruginya tu kan..sudah lah duduk di bumi perikanan.. hasil laut sangat murah & mudah untuk dapat yang fresh dari ladang laut.... hihihii

Saya pun sebelum ni harap dengan suami saja.. sebab suami lebih mahir untuk mengenali jenis² ketam ni... jantan betina ketam pun suami boleh tau.. kalau saya.. memang tak tau sebab tak tau nak habaq pasaipa boleh tak tau... berbelit belit dah...kesimpulannya memang tak tau...paham ka dak?


Kalau p pasar tu suami yang akan warning, ketam macam ni x boleh makan sayang.. ha.. kalau yang itu boleh.. macam ni macam tu.. tapi bagi saya nampak sama saja.. cuma nak beza warna ja kot.. kalau yang cerah tu boleh.. yang gelap tu x boleh... tapi macam mana kalau ketam tu gelap kena selut a.k.a lumpur.. huh! 

Sekarang ni saya tau dah ada key untuk pilih ketam... selain tengok warna ketam, kita tengok juga kaki ketam tu... dia mesti ada kaki leper dihujungnya... tapi kalau kaki tu patah macam mana pulak kan...terus tak jadi beli... teheeee~~


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!

JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh
 



Monday, June 3, 2013

Rahsia Minyak Kelapa Dara (VCO)



Minyak kelapa dara atau Virgin Coconut Oils (VCO).

Minyak Kelapa Dara bermaksud minyak yang dikeluarkan dari buah kelapa cukup matang melalui proses khas dengan tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat di dalam buah kelapa tersebut.



 

Keterangan Minyak Kelapa Dara

Diproses secara semulajadi tanpa haba dan kimia lain. Terdapat sekurang-kurangnya 9 jenis asid lemak (Medium Chain Fatty Acids) iaitu asid caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, stearic, oleic dan linoleic. 

Kajian sains menunjukkan ianya amat berguna untuk kesihatan manusia samada bayi, kanak-kanak, dewasa warga tua lelaki atau wanita. Sesuai diminum, disapu pada kulit seluruh badan, boleh dijadikan minyak rambut atau boleh digunakan semasa bersama dalam hubungan suami isteri.

ANTARA KESAN AWAL PENGAMBILAN MINYAK KELAPA DARA:

1. Melawaskan Pembuangan Air Besar & Kecil. 
Ia membantu dalam menyelesaikan masalah SEMBELIT & KENCING TIDAK LAWAS serta membuang TOKSIN melalui najis.

2. Melegakan Pernafasan.
Minyak kelapa dara membantu mencairkan KAHAK & membersihkan laluan pernafasan & kerongkong.

3. Menigkatkan Kadar Metabolisma Pada Seluruh Tubuh.
Ia juga dipanggil sebagai tenaga segera. Minyak Kelapa Dara akan diserap terus sebagai komponen TENAGA didalam badan. Badan anda akan rasa lebih BERTENAGA.

4. Bertindak Sebagai Antivirus di Dalam Badan.
Didalam usu kecil & usus besar ia akan memusnahkan organisma perosak seperti VIRUS, BAKTERIA, KULAT & PROTOZA (cacing). Oleh proses penghadaman akan mencapai tahap yang maksima.

5. Mengurangkan Keadaan Mudah Lapar.
Apabila proses penghadaman mencapai tahap maksima, tubuh badan akan menerima lebih KHASIAT & TENAGA! Oleh itu, berat badan dapat dikawal.. Tidap perlu makan banyak & kerap.

6. Mengurangkan Kandungan Lemak Badan.
Berat badan TURUN mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang.

7. Mengurangkan Risiko Serangan Sakit Jantung & Risiko Darah Tinggi.
Minyak Kelapa Dara berfungsi bagi mengelakkan terbentuknya plak pada saluran darah, terutamanya saluran yang berhubung dengan jantung.

8. Mempercepatkan Proses Penggantian Sel-sel Mati Dengan Yang Baru.

9. Mengembalikan Keanjalan & Kelembutan Kulit.
Minyak Kelapa dara mengandungi kandungan Antioksidan yang terbaik dalam mestikan kulit kekal tampak muda.



Sumber: FP Treenea.



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!

JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh

Sunday, April 14, 2013

Semak status Kod IMEI handphone dan gadget sama ada Original atau sebaliknya!


Hari ni nak kongsikan cara untuk membuat semakan samada handphone atau gadget yang kita miliki itu adalah keluaran dari mana, senang cakap pembuatan asal samada Original atau sebaliknya. kita semak melalui Kod IMEI (International Mobile Equipment Identify).


Caranya mudah sahaja:

1. Hanya dail di ruang panggilan :  *#06#

2. Akan papar kod IMEI (International Mobile Equipment Identify)

3. Semak kod IMEI yang dipaparkan pada kedudukan yang ke-7 dan ke-8

                      Contoh:  357597017906563  
     Ambil kod yang saya bold kan tu dan semak status kod2 di bawah... 

4.  Status mengikut Kod IMEI pada kedudukan ke-7 dan ke-8.
  • 01 atau 10 : Dari Finland  (Verry Good )
  • 02 atau 20 : Dari China  ( Low Quality)
  • 00 dan 03 atau 04 : Dari kilang asal Handphone ( Best Mobile Quality)
  • 08 atau 80 : Dari Germany (Fair Quality)   
  • 13 : Dari azerbaijan (Very Bad Quality & Dangerous For Health )     
Okeh itu saja saya nak kongsi.. saya ambil nih dari Facebook Pengajar Ambun Mawar . Cara nak semak dah ingat tapi status kod IMEI nih tak berapa nak boleh ingat... bila semak sure kena rujuk juga apa status untuk setiap kod.. hewwww!!


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh..

Friday, March 8, 2013

External Hard Disk Drive Problem~~


Lately nih saya asyik tenggelam timbul saja di RuangRindu Amyna nih kan... Mana dengan krisis pencerobohan tu dan tambah pula external yang 3 tahun bersama² saya tu telah menunjuk kuasanya... So aura berkongsi cerita entah ke mana sudah :-(

Dari balik bercuti di kampung haritu... saya terus senyapkan... Balik kampung? semestinya banyak yang mau di semadikan di RRA nih. Sekarang saya cuba ambil aura tu kembali... external tu pun dah berjaya di buckup datanya... cuma saya belum check lagi sama ada data tu ada yang crash atau tidak... saya tengok sepintas lalu masa recovery tu.. Alhamdulillah masih papar seperti biasa... harap² tak crash lah kan... Harap sangat!!!!



Nak kongsi sikit tip menjaga external Hard Drive Versi RRA.

  • Memastikan permukaan Rata: Ini bermaksud ketika Ext HDD tu dipasangkan pada komputer/laptop, storan disk pada Read&Write akan berputar..so bila permukaan tidak rata, pergerakkan pada pallet tersebut boleh terpesong. Andai kata waktu tu..anda sendiri tersilap mengalihkan barang yang berdekatan dan menyentuh Ext HDD... Wallah hu'alam.. Dan inilah yang terjadi kepada saya... letak lagi diatas fail :-(
  • Unplug @ Eject Drive: Kalau guna PenDrive pun kita selalu nampak perkataan "safely Remove Hardware". Seeloknya pastikan ianya close totally properly... jangan main tarik saja USB nya.. Untuk external HDD yang ada banyak partition.. sangat² lah penting... Kekadang kita tak perasan yang data di dalam external tu still running... kalau main hantam tanggal USB saja.. merasa lah di situ. Kena data tu urgent.. lagik merasa!!    
  • Suhu :  Yang ke-3 nih... sangat memainkan peranan... Ianya tak boleh ditinggalkan @ di simpan ditempat yang panas... sensitif untuk komponen di dalam drive tu. So jangan malas sangat nak p simpan dalam kereta yang duk parking bawah sinaran cahaya matahari.. kalau tak sayang boleh la amalkan selalu... 
  • Gegaran: Sangat² tak boleh... Ini bermaksud jangan jatuh, hempas atau seangkatannya dengan nya. Jika ini berlaku... susah mau cakap. Kalau tak mendatangkan masalah pada kamu, itu bermakna rezeki kamu.. So bersyukur!
Selain itu saya itu... seboleh²Nya, jangan ON kan laptop atau apa² usb sambil kamu membawa perkakasan itu berjalan dari satu tempat ke satu tempat. Ini sangat mendedahkan perkakasan anda untuk rosak...Wallah huA'alam...


Sukanya juga saya nak ingatkan... Andai kata external kamu problem jangan terus² nak format... masih ada cara untuk buckup dulu data² yang penting bagi kamu. Memang ambil masa untuk proses recovery tapi sekurang-kurangnya.... data kamu still ada. Ingat tu~~

Okeh sampai sini dulu perkongsian saya.. kalau tak faham tu, sila ulang membacanya, if tak faham lagi.. sila praktikkan apa yang saya kongsikan.. HAHHAHA. kalau MASIH tak faham... dihujung tu ada button warna merah berbentuk pangkah.... sila tekan ya. Terima kasih!!






Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!





JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh....

Monday, January 7, 2013

Airasia keluarkan Tiket Percuma 2013 Sempena Program Integrasi 1Malaysia


Wowwwwww!!

Ini satu berita & peluang yang baik untuk rakyat sabah dan sarawak.... termasuklah kami yang merantau di sini.... Alhamdulillah.

Tapi mesti ada syarat² kan... Tak pa.. nanti kalau dah pihak Air Asia dah publish kita sama² lah tengok ya... Dengar² macam satu bulan tempohnya dan tiket percuma dalam 10 ribu....



Program Integrasi 1Malaysia dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak. Tujuan adalah untuk merapatkan lagi jurang antara semenanjung, sabah dan sarawak selaras dengan konsep 1Malaysia. Syarikat tambang murah Air Asia akan bekerja sama untuk memberi tiket penerbangan percuma dalam tempoh yang tertentu. 


Saya nak kongsikan sikit... Sekarang pun Air Asia ada buat promosi... tempoh tempahan dari hari ni hingga 13 Januari 2013. Tarikh penerbangan bermula 1 Mar - 31 May 2013. Memang Airasia yang rajin buat promosi pun...

So dengan kerjasama dari Program Integrasi 1Malysia nih.. harap² AirAsia boleh improve kan lagi perkhidmatan... peratusan perubahan jadual penerbangan tu, harap² lah dikurangkan.. kadang² kami sebagai penumpang yang terpaksa MenSETIAkan diri nih... terpaksa burnkan tiket... Sobbb! tak mau ingat dah..past is past. hihihi.
 


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh....

Wednesday, December 19, 2012

Perkongsian 10 Tips Untuk Temuduga


Tips Untuk Temuduga -__-



1. Datang Awal Temuduga
Kalau boleh datanglah lebih awal semasa hari temuduga kerana anda akan berasa tenang dan lebih fokus terhadap sesi temuduga nanti.
2. Pakaian Formal
Khusus bagi lelaki dan wanita, kerja disektor kerajaaan mewajibkan wanita berpakaian baju kurung dan kasut tumit tinggi tidak melebihi 1/2 inci. Lelaki harus berpakaian berbaju kemeja dilengkapi tali leher dan seluar slack warna hitam serta kasut kulit berwarna hitam.
3. Buat Persediaan Awal
Anda harus kaji terlebih dahulu mengenai bidang atau posisi kerjaya anda. Anda juga mempunyai sedikit ilmu mengenai perkerjaan yang ditawarkan.
4. Keyakinan Diri
Eye Contact sangat penting antara anda dan penemuduga. Pastikan anda menggunakan eye contact untuk membina keyakinan diri.
5. Teknik Jawab Soalan
Kalau anda tidak tahu akan jawapan kepada soalan diajukan, anda harus menjawab tidak tahu. Dan jangan pula menjawab tidak tahu untuk kesemua soalan yang disoal.
6. Jujur
Kejujuran sangat penting ketika menjawab temuduga kerana menipu butiran peribadi anda akan menyukarkan lagi proses temuduga anda.
7. Ekspressi Wajah
Walaupun, penemuduga memberi soalan yang agak pedas dan kejam buat diri anda. Anda perlulah senyum dan tenang kerana mereka hanya menguji anda sebenarnya.
8. Elak Bercakap Terlalu Banyak
Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan akan memusnahkan temuduga anda. Hanya jawab perkara yang penting secara terperinci dan ringkas.
9. Jangan Bertanya Mengenai Gaji terlalu awal
Kebanyakan calon yang ditemuduga akan selalu bertanyakan mengenai jumlah pembayaran gaji mereka. Kalau boleh jangan ajukan soalan ini kerana mereka akan menanggap anda tidak bersungguh-sunguh dengan kerjaya.
10. Etika Kesopanan
Hendaklah mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah temuduga anda.






Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!


JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh....

Monday, December 17, 2012

SOLAT SELEPAS HAID : Antara perkara yang di pandang RINGAN!!!



Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..

Dalam BAB TIGA :

" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH : 

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
 - Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
 -Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
 -maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya. 

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah. 

Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!! Sumber: FBEx-Classmate

Saya kopipes sebijik sebijik..termasuk tajuk.. ;-)






Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!


JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh....

Sunday, December 16, 2012

BerUSAHA SABAR dan saling meMAAFkan










Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!

JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh...

Wednesday, November 14, 2012

Niat Solat sunat Dhuha dan cara melaksanakannya


Untuk panduan diri saya sendiri dan secara tak langsung perkongsian bersama @___@ . InsyaAllah ;-)

1) Waktu solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Waktunya sesudah matahari terbit sehingga matahari di tangah-tengah langit. Mengikut ahli fikah adalah waktu di antara ketika matahari mulai naik sehingga matahari mulai condong. Waktu solat Sunat Dhuha ini berakhir sebelum menjelang waktu solat fardhu Zohor. Untuk Allah s.w.t dan bukannya kerena berkehendak rezeki dan harta yang banyak tetapi ada;ah satu cara untuk kita lebih mendekatkan diri dengan Allah. Waalhua'alam.

2) Niat Solat sunat Dhuha:



Maksudnya: "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 Rakaat tunai kerana Allah Ta'ala"



3) Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Dhuha

  Rakaat Pertama

1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Bangun untuk rakaat kedua
 
Rakaat Kedua
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Duduk untuk tahiyyat akhir
3)      Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu pada rakaat pertama dibaca surah Al-Fatihah dan surah Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun. Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas.

4) Doa yang disarankan :- 

   
Maksudnya:  

 Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh
 
                  ****************************************************************

Tiada paksaan dalam mengerjakan Solat Sunat Dhuha nih.. sudah nama pun Solat Sunat. Tapi lebih penting Niat kita haruslah Iklas untuk Allah s.w.t dan bukannya kerena berkehendak rezeki dan harta yang banyak tetapi adalah satu cara untuk kita lebih mendekatkan diri dengan Allah. Waalhua'alam.  Sumber: LamanWeb Masjid wilayah, Jalan Duta.



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!


JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh....

Monday, April 23, 2012

Amalan menanti zuriat part 1


Saya kopipes sebijik² dari laman cvtampang.tripod.com untuk rujukan saya dan dikongsikan kepada kengkawan yang perlu/belum tahu. InsyaAllah :-)

Amalan mendapatkan zuriat :
  1. Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli(warna hitam)setiap awal pagi - utk sisuami
  2. Buat senaman batin tiap2 x bgn tido waktu pagi-utk lelaki
  3. Amalkan bersedekah setiap hari jumaat, bila ke masjid.. insyallaah.. jika diamalkan berhasil
  4. Doa Nabi Zakaria
  5. surah AlWaqiah selepas subuh
  6. lepas maghrib amalkan AlMulk (kekuasaan Allah).
  7. Banyak bersedekah kepada bayi2 yang baru lahir.
Diet Pemakanan:
  1. Badam (almond) 5 Biji tiap hari
  2. Buah Delima
  3. Buah Zaitun
  4. Buah Kurma
  5. Jauhkan /pantang makan benda2 masam, nanas, minuman bergas pendek kata benda yang berasid, jangan makan seafood, boleh ambil spirulina everyday, makan sayur & buahan. Suami perlu banyak makan berasid macam daging, ayam etc.
  6. Jangan minum air kelapa
Cara Senaman Batin
  1. Duduk bersila badan tegak
  2. Selepas itu luruskan kaki kanan kedepan
  3. Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan,tangan kiri pula pegang lutut kiri..tarik nafas dalam2(slow)
  4. Setelah nafas penuh didada..bawa tgn kiri tadi kesebelah kanan hingga menyentuh lantai sebelah kanan (jgn lepaskan nafas,tahan selama 7 saat) atau ikut kemampuan.
  5. Ulangi perkara diatas dgn kaki kiri plak
  6. Buat 3x /7x setiap kali lepas sembahyang subuh..jika betul caranya...peluh akan keluar walaupun baru buat 3x..(3x kiri..3x kanan)
Masa berjimak:

Sabda Rasullah s. a. w. "Wahai Ali! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a. s"

1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.

2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.

3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.

4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.

5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta - minta.

6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar) Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.

7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika Allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.

8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.

9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.

10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak) Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, sunglap dan menghendaki dunia daripada akhirat.


Cara Berjimak yang dituntut:

1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala pembahagian allah s. w. t

2. Pada malam Selasa. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkanya (turun bala ) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.

3. Pada malam Khamis. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yg bijaksana dikalangan yg bijaksana atau org alim dikalangan orang alim.

4. Sewaktu matahari ditengah langit. Jika Allah mengurniakan anak yang tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s. w. t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.

5. Pada malam Jumaat .Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.

6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.

7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.

8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya . Sumber: SearchGoogle


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~~

Tuesday, August 2, 2011

Info: Perkongsian kepada kawan² yang menanti zuriat

Salam Ramadhan di hari ke-2...

Hari ni saya nak kongsikan... ilmu/info yang saya perolehi hasil kiriman dari Penulis Abu Jarir dan Ummu Aisyah. Ohh ya.. saya pernah juga bertentang mata dengan penulis ini bersama anak² mereka secara kebetulan. Alhamdulillah.. pengenalan di alam maya menemukan kami untuk berjabat tangan (Ummu Aisyah).

Menurut kata Abu Jarir.. kebelakangan ini (tahun 2011) beliau busy dengan tugasan harian.. jarang² sudah menerbitkan info untuk makluman atau tatapan pembaca. No wonderlah saya jarang² sudah menerima perkongsian ilmu/info dari mereka.

doa

Di bawah adalah info yang dikirimkan pada 1st Ramadhan.

*************************************

Kesuburan Dan Ramadhan?

Maaf, tajuk di atas agak 'gempaq' sikit. Sebenarnya kesuburan tidak ada kaitan khusus dengan ramadhan, cuma yang saya ingin kongsikan di sini adalah bahawa salah satu kelebihan bulan Ramadhan adalah tentang mustajabnya doa sebelum waktu berbuka.
Mafhum Hadis Nabi;

"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala waktu berbukanya, adalah waktu yang tidak di tolak" (Riwayat Ibn Majah)

Mohonlah kepada yang Maha Pencipta supaya dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah setiap kali sebelum berbuka puasa. Janganlah sesekali dilepaskan peluang keemasan ini.


*************************************

InsyaAllah... Moga perkongsian ini bermanafaat kepada kawan² dan pembaca yang sama² menanti zuriat. InsyaAllah ^____^.

Kita sedia maklum kan.. Bulan Ramadhan bulan yang mulia..setiap amal ibadat yang di laksanakan, fadhilatnya 70 kali ganda. So selamat beramal =D



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!




Wednesday, July 6, 2011

Jadual Bayaran Insentif Perumahan mengikut negeri bertugas

elaun Insentif Perumahan Sabah, Sarawak Atau Labuan

Menarik hati untuk tepek di laman nih sebagai rujukan saya bila perlu.. tak mau konpius² ha... Cheq tak suka tau ;p ;p

Sumber: LamanWeb JPA

Thanks you read and support my writing. Please come again ya!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...