Thursday, August 25, 2011

Makanan Bugis: Jus pisang hijau..saya dah makan, sedappp!


Semalam kami ke perkampungan IndraSabah... tujuan utama ke sana nak memborong hasil laut yang sudah dikeringkan... di sana ramai kaum bugis. Kebetulan rumah makcik yang kami singgah nih.. dia tengah buatkan juadah untuk jualan di petang hari..

Jus pisang hijau

Saya tengok sekali lalu.. dalam kepala otak terlintas "Oo makcik buat kuih ketayap". lebih kurang kuih kami bezanya hanya letak pisang, sebab tu di pangggil pisang hijau.

Kalau tempat kami letak kelapa yang di gaul dengan gula merah. Bila duk sembang p sembang mai... lain pula tau... Cara hidangannya pun lain. siap ada air gula & santan bagai.. macam minum cendol pula... hihihi.

makanan bugis pisang hijau
Inti dalam nya diletak pisang yang telah di kukus.

ketayap pisang
Sebijik sama macam kuih ketayap... kann kan!!

Masyarakat sini sangat² mesra... Kalau tak puasa sure makan di situ tak perlu mereka tapau kan untuk kami bawa balik. maluuuuuuu tapi mahu!.

Menurut makcik... Jus pisau hijau ni time puasa lah mereka selalu buat... kalau hari biasa tiada. Patut lah tak pernah jumpa selama saya di sini...ada hikmah juga mai memborong pada bulan Ramadhan.



Tersenyum Rajesh dapat menikmati Jus Pisang hijau secara terus... kami tengok pun berbangkit selera tau.. nak pula time tuh tengah hari... panas vs dahaga semua cukup. Apapun sabar~~ sebab makcik ada tapaukan untuk kami.



Menikmati sungguh rajesh... ketul ais dalam magkuku tu... betul² menguja tekak yang kering... Miahahah!!



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!







Saya busy lately kerana.....

Saya fokus pada tempahan kengkawan yang berdekatan.... di rumah memang tidak sempat nak mengadap lappy...Balik rumah mesin dah memanggil minta saya mengadapnya...

Alhamdulillah... busy busy rezeki masyukkk!

saya tak ambil picca baju² kengkawan yang di tempah.. tak sempat nak snap picca bagai.. busy kata kau bercampur malas. Ngee~~

Baju adik badik saya d FBT saya ada snap..itupun semasa packing ke dalam kotak, baru terfikir nak snap... So dapat la di publish di sini.



Alhamdulillah... dalam kesibukkan saya. Ada juga insan yang memahami untuk membantu =D. Mr.A nak handle mesin, beliau tak tahu...saya tak turun lagi ilmu tu kepadanya.So beliau tolong saya potong lebihan kain yang di sulam.



Tekun betul Mr.A... sampai sakit pinggang... kesian dia~~









Semua kelabu.. kerana ini adalah tema kami untuk tahun nih... Sayang seribu kali sayang, saya tak dapat memeriahkan keseragaman bersama² mereka dalam situasi yang sama di Aidilfitri 2011...

ishh ayaq mata.. jangan nak mengalir.. tak mau tak mau... saya mesti kuat & cekal hati kerana isteri pewira mesti semangat sama macam pewira... shrohhh!

Sebagai hamba kita hanya mampu merancang...Allah s.w.t yang maha berkuasa atas segala²Nya.. Yakin dan tawakkal...kerana setiap yang tersurat itu pasti indah.



Alhamdulillah... Mereka di FBT selamat menerima kiriman dari saya... semalam mereka pergi menyambut kawan sepejabat saya di eport kepala batas. tak sabaq nak tengok baju raya masing² punya pasal... hahaha!!

Opss! harap mahap ya.. entry nih macam tunggang langgang. Enjin tak panas lagi.. Almaklumlah.. lama tinggal belog nih.. Okeh selamat berpuasa kawan² di Ramadhan hari ke-25.


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!




Thursday, August 18, 2011

Alhamdulillah..Rezki Ramadhan menjelang syawal...


Opss!! ini bukan perkongsian tentang menanti zuriat ya kawan².. harap maklum ^___^

Sebelum rezki itu menjadi milik saya yang sepenuhnya...

kena pergi ke pesuruhjaya sumpah dahulu... Ini semua gara² penyakit Lupa. Entah d mana saya simpan dokumen nya... Nasib baik prosedur nya tak kronik. Ada kawan saya cakap kena pergi buat laporan polis, pehtu pergi situ, sinin..kira kronik gitu prosedurnya. saya dah mula cuak... aiyoo apa nak di cakap kan incik polis tuh.

P tanya kaunter tu sendiri.. kerani cakap tak perlu pun buat laporan polis, just ke pesuruhjaya sumpah sahaja.. Alhamdulillah. Senang koje~~





Sapp sup sapppp! Bayar kos perkhidmatan RM11, Siap sudah surat akuan berkanun saya.. Terus ke kaunter..nak cash out rezki itu.. Punya ramai hamba Allah terima rezki seperti saya... Habis nombor giliran sudah.. Atas pertolongan kengkawan pada kawan yang bertugas di kaunter sana.. Alhamdulillah. settle...

Kalau saya balik sambut Aidilfitri di kampung halaman nun pasti hati berjuta ganda senang lenangnya.. tahu lah apa nak di buat dengan $$ ini.... Saya dah roger insan² kesayangan, kanan & kiri... minta pendapat.. tapi belum di putuskan lagi apa nak di buat dengan rezki ini.. teng teng teng!!

Hari tu Bonus, sekarang rezki ini... Alhamdulillah syukur sangat² dengan kurniaan rezkiMu ini ya Allah... Moga saya tidak lupa diri. InsyaAllah =D

Notakaki: 20304.06, 1863.78

Thanks you read and support my writing. Please come again ya!




Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday #7 : Nombor hilang, tinggal AFN saja =D




Thanks you read and support my writing. Please come again ya!




Saturday, August 13, 2011

Pipi Adib BaM bamm bamm!!

MakNgah nak geget sikit boleh tak?

Geramnya saya tengok pipi cucu Ratuhati yang ke-dua nih.. Sejak beliau dilahirkan, saya belum lagi dapat bertentang mata dengan Adib Harraz (AH) secara live. Webcam ada la... tapi tak sama sebab saya tak leh nak kiss rapat² pipi Bam Bamm dia.. geramm geram geram.... Euwwww~~

dahlia teck

kancing gigi dah MakNgah nih tengok Adib tau... kalau lah MakNgah boleh sama² sambut Aidilfitri di sana... sure MakNgah dapat bertentang mata dengan Adib kan..

Tak pa.. MakNgah simpan dalam² dulu perasaan tu... MakNgah tak buang jauh² sebab MakNgah betul² nak dukung Adib... Adib dah jumpa dengan PakNgah kan... ishh nih yang buat hati MakNgah jeles... jeles manjassss! Ngee~~.

Dekat Adam Asnawi pun MakNgah rindu... rindu suara nya yang memeriahkan suasana rumah... Hari nih turn Adam mai rumah MAkTok kan.. tengok nanti kalau MakNgah tak keluar boleh kita WebCam... InsyaAllah ^___________^.

Dari entry adik saya : Adib semakin sehat.. Alhamdulillah ^__^


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!





Friday, August 12, 2011

Ayam Goreng pun sedap katanya!!


Saya ingat semalam Mr.A tak balik...

Rupanya Mr.A balik dalam diam tau.. jam 5.15 lebih kurang Mr.A dah terpacak di parking rumah. Saya time tu berfoya² di gient nak membeli Red Guara Coffee (RGC). Mr.A tak boleh masuk rumah sebab saya kunci grill dan pad lock sekali. Ngee~. Nak tak nak Mr.A terpaksa inform saya yang beliau ada di rumah sudah..

Aduss.... dengar ja Mr.A dah sampai rumah, dalam kepala hotak saya mula fikir menu nak dihidangkan masa berbuka. Kalau saya sendiri, simple² saja..kadang tu minum rgc bersama kurma & kuih-muih itu sudah memadai melapik perut. tiada nak rushing.. Tidak pun lepas tarawikh baru masak nasi. Sini kan buka awal dari kedah.. 6.26 petang dah boleh sungkai..Saya balik koje jam 5 petang.. kalau tak laju² masak memang tak sempat nak berbuka dengan nasik & lauk pauk.

Opss!! sepanjang kita berpuasa saya tak jejak lagi ke bazar nun.. asyik² postpone saja.. entahlah kenapa tak da feel lagi nak ke sana... Kalau tahun lepas memang setiap hari main sistem butter moden dengan peniaga di bazar nun... Tahun ni upgrade azam sikit sebab Mr.A ada d sini bukan di Somalia lagi... hik3x.

Jadi semalam... sampai rumah terus keluar barang basah dari peti... memang macam kilat saya masak.. Mr.A pun turut membantu.. yes yess! itu bertambah semangat... wehehehe! Menu kami berbuka di Ramadhan ke-11 ialah sambal tumis sotong, sayur goreng kubis campur kacang panjang dan ayam goreng biasa (garam kunyit). Ayam tu x sempat dah nak celup² bagai... senduk ja garam kunyit... Mr.A suggest gitu.. saya turutkan saja... Mr.A cakap lama tak buat macam nih.. sedap pula.. *motip sebab kelaparan kan* wink*wink~~

ayam goreng rempah madu
Gambar hasil google..
Begini lah rupa ayam goreng semalam.. Nampak kecut kan ^___^

Saya tak sempat sudah nak snap picca bagai.. selesai masak tinggal berapa minit ja lagi nak berbuka... Mr.A amik part akhir, bancuh air... Rancak menelan butir² nasi, blackout pulak.. huh! sepoi selera betul. Mr.A maintain makan.. Masa di Gient tu, Saya ada tapaukan laksa... sebab saya teringat Mr.A cakap terasa nak makan laksa. Last kekenyangan dengan nasi.. hak hak hak! Weekend nih Mr.A request laksa hasil dari tangan saya, itu baru puas di makan katanya!


psst: Bersungkai = berbuka


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!




Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday #6 : Rupa Skrin henfon untuk kedua kalinya =D





Entry berkait dengan kejadian:

Thanks you read and support my writing. Please come again ya!



Tuesday, August 9, 2011

Parcel dari ratuhati dah sampai diribaan saya!

Lama tak bercerita di sini...

Perasaan tengah berkecamuk... berbelah bagi. kanan kiri, depan belakang semuanya demi orang² yang saya hormati dan kasihi.... Tadi parcel yang ratuhati kirim dah sampai.. bertambah lah gundah perasaan nih. mulanya tak mau buka... nak balik buka di rumah sebab saya rasa perasaan saya tak kuat untuk menahan air mata nih dari membasahi pipi.

Tapi selepas solat tadi... perasaan berubah. saya dah buka parcel tu. Cantiknya mak. terima kasih ya. warna nya pun sangat² masuk dengan tema yang kita rancang. Nanti dah siap semua, cheQ pos semula ya. terpaksa pos, bukan di pulangkan dengan tangan cheQ sendiri....mahap ya kalian² di sana nun *berganda²kesedihan*.


Rindu nak peluk mak lebih dari macam nih, nak kiss kiss pipi & tangan mak.

Keajaiban yang diharapkan dalam entri yang iNiE hanya tinggal angan² sahaja. kawan Mr.A nak pulang ke kampung hantar isteri bersalin pun terpaksa balik ke sini semula. tak boleh sambut aidilfitri di sana. Padahal esok tu aidilfitri sudah (if raya 31 Ogos), due wifenya pun dah hampir, tinggal berapa hari sahaja... itu pun tak boleh nak tolenrasi. kena balik ke pangkalan juga... huh itu lagi sedih kan... sian kawan saya.. bersalin anak 1st dulu pun tanpa suami di sisi, yang kali ini pun tanpa suami di sisi... adehh, lagi hebat dugaan untuk dia.... sabar ya kawan!

Hari nih dah hari ke-9 kan kita berpuasa, Okeh saya tamatkan entry nih dengan doa Ramadhan ke sembilan :-
*cepat betulkan kedudukan & angkat tangan untuk berdoa* terima kasih!!!

"Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmatMu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaranMu. Bimbinglah aku menuju keredhaanMu yang penuh dengan kecintaanMu, wahai harapan orang yang merindu".


Amin Ya Rabbal Alamin~~



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!






Tuesday, August 2, 2011

Panggilan telefon yang membuatkan otak pantas berfikir...nice!


Panggilan telefon 0358855300


Pagi...

Dapat panggilan dari Mr.A... dengan nada keciwa Mr.A cakap tak dapat cuti raya.. Pegawai bahagian Mr.A bertugas tak mau lulus. pegawai di bahagian² lain tiada masalah. Anggota apply cuti boleh saja lulus.Cuma bahagian Mr. A ja. pegawai nya tak nak lulus dengan alasan tiada anggota lain untuk bekerja... Apakah???

AdilFitri tahun lalu Mr.A di Somalia, AdilAdha pula tak leh cuti juga... Jadi tahun ni turn Mr.A lah pula nak balik beraya dengan saudara mara... Boleh² pegawainya tak mau lulus.. ehh encik, u tak balik raya... staf pun kena ikut u juga ka? apa kes!! Selesai pujuk Mr.A... sebab ini baru Ramadhan ke-2.. mana tahu nanti tiba masanya.. pegawainya lembut hati.. kann kan. Mudah mudahan~~


Tengah hari....

Dapat panggilan dari no ini 0358855300.. katanya dari mebeng. promote credit card. Saya pula entah kenapa terlebih vangang...p bagi segala bagai detail yang di minta.. Menyelsanya rasa... sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian harus bertindak cepat² agar tak berlaku perkara buruk.. Wallahu'alam.

Lepas letak panggilan saya rasa curiga.. terus google. hasilnya pelbagai macam aduan yang buat pembuluh darah saya bergegar dengan no tu. Saya call center mebeng bahagian aduan..Encik tu cakap tak perlu risau kalau tak bagi no card. so rasa tenang lah sedikiiiit.

Tapi tadi duk hu ha ha di twitter , kembali gundah gulana bila kawan cakap tet!. Sekali lagi saya call center, tapi ke bahagian credit card. Cik tu cakap tak boleh detect lagi coz kena tunggu 2 minggu. Makanya kena sabaq lah dulu.. harap² tak da perkara buruk lah berlaku dengan akaun mebeng saya tu... Jadikan ini satu pengajaran untuk ke depan hari... kawan² pun berhati² ya....

Saya tahu.. tak semua mereka tu salah... tapi itu lah, bila ada pihak yang cuba memporak peranda kan.. kita sebagai pengguna menjadi takut kan.. Thinking positif... Sekali sekala pembuluh darah menggeletar bagus juga kan... sehat!!! wakakakakaka~~~



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!






Info: Perkongsian kepada kawan² yang menanti zuriat

Salam Ramadhan di hari ke-2...

Hari ni saya nak kongsikan... ilmu/info yang saya perolehi hasil kiriman dari Penulis Abu Jarir dan Ummu Aisyah. Ohh ya.. saya pernah juga bertentang mata dengan penulis ini bersama anak² mereka secara kebetulan. Alhamdulillah.. pengenalan di alam maya menemukan kami untuk berjabat tangan (Ummu Aisyah).

Menurut kata Abu Jarir.. kebelakangan ini (tahun 2011) beliau busy dengan tugasan harian.. jarang² sudah menerbitkan info untuk makluman atau tatapan pembaca. No wonderlah saya jarang² sudah menerima perkongsian ilmu/info dari mereka.

doa

Di bawah adalah info yang dikirimkan pada 1st Ramadhan.

*************************************

Kesuburan Dan Ramadhan?

Maaf, tajuk di atas agak 'gempaq' sikit. Sebenarnya kesuburan tidak ada kaitan khusus dengan ramadhan, cuma yang saya ingin kongsikan di sini adalah bahawa salah satu kelebihan bulan Ramadhan adalah tentang mustajabnya doa sebelum waktu berbuka.
Mafhum Hadis Nabi;

"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala waktu berbukanya, adalah waktu yang tidak di tolak" (Riwayat Ibn Majah)

Mohonlah kepada yang Maha Pencipta supaya dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah setiap kali sebelum berbuka puasa. Janganlah sesekali dilepaskan peluang keemasan ini.


*************************************

InsyaAllah... Moga perkongsian ini bermanafaat kepada kawan² dan pembaca yang sama² menanti zuriat. InsyaAllah ^____^.

Kita sedia maklum kan.. Bulan Ramadhan bulan yang mulia..setiap amal ibadat yang di laksanakan, fadhilatnya 70 kali ganda. So selamat beramal =D



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!




Monday, August 1, 2011

Dari Anakanda kepada Mak Ayah di awal Ramadhan

MarHaban Ya-Ramadhan... Moga Ramadhan kali nie membawa sejuta keberkatan kepada kita semua.. InsyaAllah.

Mak dan Ayah..

Sempena bulan yang mulia ini, Anakanda yang jauh dari pandangan MATA tetapi selalu dekat di HATI Mak Ayah memohon kemaafan andai selama ini ada khilaf yang wujud antara kita secara tidak sengaja a.k.a tak sedar.


Adam Asnawi bersama Mr.A.. mereke bermesra!!

Anakanda sayang Mak Ayah, tanpa kalian berdua pastinya anakanda tidak akan dapat merasa dan mengharungi nikmat kehidupan di muka bumi Allah S.W.T ini.
Pengorbanan kalian adalah jihad yang terindah di mata anakanda. Terima kasih mak dan ayah. Love both of u ketat².

Anakanda juga memohon maaf tidak dapat bersama dengan Mak dan Ayah pada 1st Ramadhan seperti kakak dan adik-adik yang lain. Besar harapan Anakanda agar Mak dan Ayah bergembira bersama mereka..

Mak..

Lebih kurang Jam 4 pagi tadi kan (sahur), Anakanda dah berbual² dengan mak kan.. Almaklumlah sini kan awal mak. Mak sangat² tersentuh hati Anakanda bila mak cakap tengah menjahit baju raya kami adik badik untuk di pos kepada Anakanda.. Kalau lah anakanda di sana. Boleh la membantu ringan kan koje mak kan..Mak selow² pun tidak apa... Lagipun Anakanda dah plan masa dan ruang untuk sulaman baju raya kita itu. Moga semua berjalan seperti yang di rancang.. InsyaAllah ^__^.

Mak dan Ayah..

Anakanda di sini hanyalah untuk menjalankan amanah yang digalas pada bahu kiri dan kanan. Anakanda juga sentiasa berharap agar sentiasa cekal semangat seperti kata abang.. Isteri tentera mesti semangat tentera. Walaupun kekadang semangat itu melangit, bertemankan air mata sahaja. demm!

Pada pandangan kasar kita...Menyambut lebaran pada tahun ini pasti lebih meriah dari tahun lepas kerana abang tidak perlu bertugas di Negara orang seperti dulu *mudahmudahan*. Selain itu, dengan kehadiran permata hati lambang kasih sayang kakak ieta dan abang azhar merangkap cucu Mak Ayah yang kedua, Adib Harraz.. pastinya lebih meriah semeriah meriahnya!! Uissh... cheq tak sabaq aihh nak tunggu penghujung Ramadhan~~~

Nantikan kepulangan anakanda dan abang di penghujung Ramadhan untuk sama-sama meraikan Lebaran di sana, negeri jelapang padi yang menghijau itu. InsyaAllah ^___^

Sekian.. sampai di sini dahulu katahati dari saya untuk Mak Ayah. Entah pepetang cam gini tertarik pula nak melayan kata hati.. wehehehe!!

Selamat berbuka puasa kepada semua kaum muslimin dan muslimat.. sini tinggal lebih kurang 2 jam untuk sungkai a.k.a berbuka...


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!

keindahan Pulau Sibuan Semporna =D

1st day berpuasa.. mesti sekarang ada yang terasa kepenatan sudah kan.. sabar² kerana sabar itu subur *kawansayacakap* hehehe!

Untuk mengisi masa lapang yang ada.. meh tengok picca² pemandangan sekitar Pulau Sibuan yang sangat² mempersonakan pandangan mata saya!! Biru air lautnya, dengan tiupan bayu lagi.. sungguh² menggedixkan pergerakkan saya.. hehehe!

pulau semporna

Dari jauh (atas bot) mata saya dah tertumpu pada keindahan pulau nih. Turun dari bot.. rest sekejap..baru jalan² tawaf ke kawasan penempatan penduduk di situ dan menikmati keindahan Pulau Sibuan. penduduknya tak seramai di Pulau Mabul.. sikit saja.

semporna mabul

Masa perjalanan ke sini, penat menahan pukulan ombak kuat yang menghempas bot... cerita tentang pukulan ombak nih memang tak boleh lupa.. Sangat kuat, rasa macam nak tercabut usus. Kalau lah preggy.. Wallahu'alam lah apa terjadi.. wink*wink~~



Kaki Candid yang lain... masing² mencari bokeh tersendiri. Saya dan beth jelajah mencari bokeh juga.. hik hik hik. Oh ya!! Di sebalik Pulau tu.. redup sikit tau coz terlindung dengan pokok² kayu yang merendang... Ayunan hasil buatan daripada penduduk tempatan pun ada.....



Kami bertiga.... picca² di bawah nih semua adalah bokeh dari lensa Johari.



uols layan jerk lah ya...



kan saya dah cakap.. pemandangan cantik menyebabkan pergerakkan saya tergedix² sudah.. hahaha!



seronok kau!!!



Last muka burn... tak apa lah... hitam itu kan menawan. hik3x. Yang paling penting Mr.A masih kenal isteri nya.. hew hew hewww!!


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...