Sunday, January 30, 2011

Nak set meja makan tapi kerusi sahaja yang dapat..

Minggu nih sedikit kebosanan sebab Mr.A on duty.. Hmmmm!

Tapi semalam sempat juga p window shopping perabot dengan Mr.A walaupun sekejap.. Sebenanrnya tak selesa sangat nak berjalannya.. Hujan rahmat membasahi bumi bandar twu.. Hari ini pun sama juga.. pakaian basuh dan jemur dalam rumah sahaja..

Dalam tak selesa tu sempat juga cash & carry kerusi untuk meja komputer.. Mulanya tak mau beli.. tapi kesian pula dekat Mr.A (*tapi dekat saya lebih² lagi la). Mana tak nya, kalau didepan lappy lama² sure ngadu sakit bamper.. letak p la kusyen tebal². sat lagi jatuh ke bawah juga kusyen tu. Almaklumlah kerusi yang diguna sekarang nih kerusi plastik keras.. pehtu tak ada divider kiri kanan.. Huhuhu!!

harga kerusi
Gambar hasil google

Lebih kurang macam gini lah rupa kerusi yang saya beli.. kusyen leather, warna pun lebih kurang sahaja.. Ada tempat menyandar.. Actually kerusi ni sesuai diletakkan sebagai kerusi untuk meja makan.. hehehe!! serbaguna gitu *_*.

Kehendak utama saya semalam nak beli set meja makan.. sekali kerusi sahaja yang di beli. If saya nak save budget.. boleh beli kerusi macam ni 6 biji, pehtu beli meja berasingan.. Dapat sudah set meja makan untuk 6 orang kan.. Tapi saya tak mahu.. nak set yang seragam dan sesuai dengan ruang makan rumah saya..

Kedai perabot sekarang open extra time tau.. Sale sempena tahun baru cina.. Pasaraya Gient juga buka awal. selalu jam 10pagi, sekarang jam 8 pagi dah buka.. Pehni tak da sudah la.. kembali ke normal time.. Saya plan nak keluar lah hari ni.. tapi hujan masih turun ni.. alalalala~~


p/s: 29011189


~~ Sayang @myn@ ~~


Friday, January 28, 2011

Testimoni resolles dan KeranaMu deeM... Haishh!!

hai alls..
Lama sudah saya tak bercerita disini.. Sejak kebelakangan ni, mood pandai lari² la. tak sempat saya nak kejar... Laju sangat.. ;p

Deem entry ko yang ini memang gempaq Ohh.. ku pikirkan apa kebendalah yang membuatkan ko emosi. Adakah angkara laksa pagi tadi.. Sebab before kita keluar cuci mata tadi ko bilang perut ko meragam.. Rupanya kerana testimoni Resolles..



saya dah inform deem, perut saya tak tahan kalau makan laksa terus di pagi hari. Macam mana pun saya mesti kena mamam benda lain dulu sebelum laksa. Kalau tak nanti..tugas saya hari ini pasti ke laut..seharian perut saya akan minta dimanja². Mereka tengok saya tak peduli pun laksa, Pelbagai andaian sudah di perkatakan dari kawan² yang ada di situ :-
  • Saya dah mamam laksa di rumah before di bawa ke opish,
  • Saya tak berselera sebab saya sendiri yang masak..
Saya diam² sahaja sambil mamam makanan yang lain, sebab mereka semua busy mencedok bahan² laksa.. ;p


********************************

Saya sendiri tak sempat nak publish testimoni.. banyak entry yang saya dah taip..last simpan di draf sahaja. Okeh berbalik pada testimoni resolles tu, barang memang sampai keesokkan harinya (26 Jan 2011-Rabu). sini.


Muka xcited.. kiriman yang di nanti dah sampai ke ribaan. Kabel networking berlingkar di hadapan saya..baru lepas siap test networking untuk pilhanraya JPP besoknya tu..yeww!!

Terus call Mr.A bagitau resolles dah sampai.. Kesimpulannya resolles nih ramai yang mencuba.. bukan saya sendiri sahaja ^_^.



lepas dinner saya ingat nak goreng terus.. tapi perut sangat² full. Jadi kami rileks² sekejap, lepas berita macam tu baru kami menikmati resolles bersama².

Mr.A cakap sedap dan minta Asma selaku penganjur GA untuk pos ke sini lagi. saya cakap boleh kalau mahu di pos.. ongkosnya ya sayang.. hahaha!! Pehtu baik punya cadangan dari Mr.A.. beliau minta asma anjur GA lagi.. Sengal~~

Testimoni saya: Berpuas hati, kulit luar crunchy dan inti dalamnya mempunyai rasa yang cukup.. hingga membuatkan saya macam tak mau kongsi dengan orang lain termasuk Mr.A.. Kahhhhh!! tapi tak syok nak tamak sorang² kerana itu bukan cara saya..

Pada readers yang nak oder boleh contact AsmaRizal.. Uols di semannjung maybe senang sikit nak uruskan, berbanding saya di sini.. Terima kasih banyak² ya Asma =D


Petang 28 Januari 2011 (Jumaat)


~~ Sayang @myn@ ~~



Tuesday, January 25, 2011

dalam perjalanan sudah... GA Frozen Resolles

Ingat dulu saya ada habaq yang saya menang GA.. Patutlah saya duk menanti.. tak sampai² pun ke ribaan saya.. Rupanya penganjur belum hantar... hehehe!


Email hari ini.. 25 Januari 2011.

Ramai juga yang excited tentang keenakkan test Resolles nih.. expecially ifa.. memang xcited kan ifa.. ifa nih memang bertuah, rezki GA atau contest banyak memihak kepada ifa.. Alhamdulillah... rezki ifa.. Mr.A pun duk tanya juga masa mula² tahu saya tersenarai sebagai pemenang. Tunggu punya tunggu tak ada.. terus dia senyap..

Kalau betul sampai esok... Harus saya inform Mr.A suruh dia balik. Balik sini semata² nak suruh merasa Resolles... Lagipun Mr.A memang plan nak balik juga.. nak pergi check up Mish pepel.. Macam² dah signal menyala.. Campro O Campro.. sensitip betul.. Badan terluka mulalah buat perangai sana sini... haishh!

Mahap na.. saya dah melalut sampai ke ifa dan mish pepel.. sebenarnya nak habaq tentang hadiah tu sahaja.. Makanya saya sabar menanti di sini... kalau dah test nanti..saya buat postmortem yea.. InsyaAllah..


~~ Sayang @myn@ ~~

Friday, January 21, 2011

IndorGame: Dam Hajah kata mereka yea..

Sambungan dari entry Say Chesse for Chess!!!!. Di dalam entry itu saya inform selama 3 hari IG berlangsung... Bermula Rabu, Khami dan Jumaat. Dalam entry tu juga saya ada maklumkan yang saya ada join permainan Dam Hajah Haji di sebelah petang sebagai wakil pihak pentadbiran.

indor game
Cuba perhatikan, kalau dapat melangkau kotak² barisan pertama pihak lawan di panggil HAJI (double buah) tapi kalau dah perempuan.. mestila hajah kan.. kann!! - Gurauan kami ketika bermain.. ekekke.

yess!! untuk petang rabu tu saya berjaya menewaskan pihak lawan iaitu unit SPA. Itu tak bermakna saya juara ya. saya perlu menguji minda sekali lagi dengan pihak yang sama kedudukan dengan saya di Group A.. Opss!! Saya bermain di Group B.. Perlawanan menentu juara dan naib juara di bawa ke hari Jumaat sebab esoknya tu masa pack untuk permainan yang telah di jadualkan..

game

Masa final tu.. saya ditewaskan oleh pihak lawan (Unit SKS)... menjadikan saya dikedudukan naib Juara... Ahakss!!



Deem bermain di Group A.. Dia mendapat tempat ke-3 selepas di tewaskan oleh unit SKS.. Perghh cayalah SKS Juara DAM untuk kedua² group... ^_^

indor game dam

Ini baru betul Dam Haji.. semuanya tekun menguji minda. Tidak boleh leka sikit.. nanti hilang kawalan, mulalah kelam perjalanan menuju Haji...

Dam haji

Peserta nih lagi canggih.. siap dengan divider, takut haji terlebih "gear terbang" kata mereka..

Opss!! time tu ladies sarawak ada bawakan kek lapis.. fresh dari sarawak. beliau baru balik dari bercuti.. Jadi kami apa lagi.. orang dah hulurkan.. FOC pula tu.. Bismillah.. Alhamdulillah~~

haji

Kek lapis pun sama colour dengan DAM.. hehehe.. Thanks a lot ya ladies sarawak.. Di opish saya pelbagai negeri ada...dari utara>selatan, timur>barat dan sarawak>sabah.. 1 Malaysia katakan.. smile!



~~ Sayang @myn@ ~~



Thursday, January 20, 2011

Picca scan kandungan akak ieta.. 3 bulan.

Sebelum itu saya nak bagi tau.. CCM Mista Bobo dah clear. tidak ada reminder yang ke-2 dan ke-3 ya tuan blog bukan sekadar cerita. Saya takut. reminder pertama pun dah ketaq, nak mai reminder seterusnya.. gerun rasa ;p.

Tadi masa on da way saya p korek mana yang dah tertanam tu..akak saya yang INI mms picca scan baby dalam kandungannya.. Sungguh masa akak saya mms, saya langsung tak pandai nak tengok tau.. puas juga la duk belek². Almaklumlah tak da pengalaman, dah tak da pengalaman tak amik tahu satu hal.. *padanmukasaya*. hahahhaha!

1st gambar yang ini :-



Text: Adik gambar anak ku dalam perut. hehehe.

Pusing kot ni tak nampak bayang, kot belah nu pun tak nampak, last²....

Saya terus reply: "hehe, cheq tak reti tengok, nie bapa bulan? nanti nak masuk di blog..kenangan".

Akak saya jawab:" itu pandangan depan, sat ku mms yang satu lagi. dah 3 bulan. Gambar 4D clear kalau tengok real.. aku dengar jantung dia. sayu hati bila dengar.."


Text: Yang atas kepala tangan, pastu kaki bawah tangan, dia tutup muka. hehehe.

Bila akak ieta dah terang macam tu terus saya.. Ooo.. faham². hati nih syok tak tau nak habaq la.. rasa macam nak balik sana nak tengok yang real..terbayang bila pula turn saya.. :-(. Apapun myna terus kan berusaha.. InsyaAllah ^_^.

Sebenarnya ramai sepupu sepapat, sedara mara saya yang ngah preggy sekarang... kan saya ada publish dalam entry Congratulation to themAll. Saya tumpang hepy buat mereka² semua.. moga saya pun dapat meramaikan umat islam.. T___T.


Mode: Saya kopipes sebijik ayat kami berkomunikasi.. kenangan katakan~~~


~~ Sayang @myn@ ~~




Wednesday, January 19, 2011

1st Reminder by Toyota

Yesss!!!!

Selama saya memiliki Aset² Alih Persendirian.. saya tidak pernah lagi menerima reminder letter. Inilah julung² kalinya reminder yang saya terima. Wuwuwuuu!!

Patutlah bulan nih saya rasa macam terlebih poket saya. selalunya kalau balik kampung perbelanjaan saya akan short jika tersalah kawalan. Tapi kali nih lain pula. Punya la syok tau, tunggu tak syok..lebihan yang ada. Kalau uols pun mesti syok kan?? Saya siap p duk separate ke dalam akaun lain².

Hari nih lebihan itu terjawab sudah. Apapun saya kena p korek balik la. Kalau tak nanti... Hmmmm!! Sian Mista Bobo, dah la Mish Pepel Luka..




Dapat jerk letter nih tadi saya terus call Mr.A.. budget macam pihak bank yang salah. Padahal saya yang salah ingatan.. Hari tu saya buat payment Mish pepel di ATM bank Alor Setar. terkonpius di situ. Konpius² terus terlupa tak buat payment untuk Mista Bobo. Ya Ampun. Mahap yo bank!!

Tarikh surat: 14/01/2010, saya terima hari ini.. 7 hari dari sekarang saya mesti jelaskan baki yang tertunggak.. ngee~~


~~ Sayang @myn@ ~~




Labah hijau melekat dengan mish pepel..Pheww!!

Dua hari lepas, saya ada publish di sini tentang Mish pepel yang terLUKA tu. Sehingga hari ini saya belum dapat melihat dengan mata kepala saya sendiri... :-(. Kawan opis saya ni memang asal sampolna, tapi masalah pula bengkel tu kena masuk kampung pendalaman sangat.. Kawan saya pun cakap susah sikit kalau pergi sana sendiri.. better pergi dengan dia..Uishhh bertambah bimbang lah saya.. ishh minta simpang jauh².. Cukup lah dengan kejadian yang lepas..huh!



Jadual duty Mr.A pula tak menentu... susah nak cilok sekejap untuk balik tukar dengan Mista Bobo..kalau di sini, InsyaAllah banyak bengkel mengecat mengetuk.. Kawan² nak tolong cover pun memang tak dapat. Anggota tak cukup wehhh! Ehh ini dia entry semasa kejadian Mish Pepel terLUKA.



Semalam Mr.A MMS gambar sticker yang di beli.. Susah betul nak cari sticker yang sama besar dengan luka Mish pepel. Puas membelek....last² gambar labah² hijau bersama sarang nya yang menjadi pilihan. Buruk dipandang tak apa.. jangan buruk (karat) body Mish pepel sudah. Kan sayang kan!

lepas letak sticker nih.. Mr.A macam dah berubah fikiran tau T___T

SMS1: Ayang bila dah letak sticker nih, tak nampak sangat tempat cat yang tertanggal tu, tak apa lah janji boleh jalan..hehehe

SMS2: Kalau ada duit lebih, baru kita cat..

begitulah sms dari Mr.A semalam.. Alhamdulillah. Nampak gaya, Mr.A dah boleh accept KeLUKAan yang di alami Mish pepel..



Saya sudahi entry nih dengar picca Perdana kawan saya yang sama² berlaku pada hari kejadian Mish pepel terluka.. Kawan saya cakap perdana dia kena tukar sekeping bonet baru.. OMG. Duit ohh duit!!!


~~ Sayang @myn@ ~~

Tuesday, January 18, 2011

Kehamilan: Petanda-petanda awal masalah kesuburan

Time lunch tadi saja surf internet "bab kehamilan". Tahap kerisauan saya semakin memuncak nih bila misi bulan nih terjejas... Aduhaiii.

BMI calculator

Belek punya belek setiap page.. saya terbaca tentang petanda² awal masalah kesuburan.. satu persatu saya cuba ulang untuk fahami.. 4 tahun sudah wey.. orang 6 bulan pun dah mula risau, ini kan saya yang dah 4 tahun.. *sambiltanganletakdidahi*. Orang yang lalui situasi macam saya, pasti faham sangat² dah.. kena perli pedas jangan cakap lah.. macam² Oooo, pitam!

Opss..Melalut terlebih puloks.. berbalik kepada petanda² awal masalah kesuburan. Di bawah adalah beberapa petanda yang saya select..

1- Adakah kitar haid anda tidak teratur?

Jika kitar haid anda kurang dari 24 hari atau lebih daripada 35 hari, atau juga tidak tetap jumlah harinya, anda perlu rujuk kepada doktor. Kitar haid yang tidak teratur boleh jadi satu simptom kepada masalah ovulasi.


2-Adakah anda mengalami sebarang pendarahan?

Jika terdapat sebarang pendarahan yang kuat atau pendarahan yang berbeza-beza dari segi warna dan kekerapan, ia bukanlah satu petanda yang baik. Segera rujuk kepada klinik-klinik berdekatan.

3- Adakah anda terlebih atau terkurang berat badan?

Berat badan yang berlebihan atau terlalu kurus boleh menyebabkan sukar hamil. Untuk pastikan sama ada anda termasuk dalam golongan ini atau tidak, sila semak BMI anda di laman ini. Online BMI Calculator

kehamilan kesuburan
Itu BMI saya... kenapa ada dua? iya saya kurang pasti dengan berat saya.. 43 & 45 selalu duk pusing kot nilai itu sahaja.. Nila tinggi memang tidak ada peningkatan lagi buat masa ini.. hehehhe!!

4- Adakah anda pernah mengalami keguguran 3 kali berturut-turut?

Ramai yang salah faham bahawa takrif tidak subur atau mandul hanya merujuk kepada keadaan seseorang yang gagal hamil sahaja. Tetapi wanita yang kerap gugur juga termasuk dalam golongan in. Keguguran melibatkan 10%-20% daripada jumlah kehamilan yang dilaporkan. Doktor akan membuat ujian-ujian fertiliti terhadap seseorang wanita itu hanya setelah mengalami kguguran 3 kali berturut-turut.

5- Adakah anda dan pasangan mengalami sebarang sakit kronik seperti kencing manis, tiroid, dan hypertension?

Penyakit-penyakit di atas, termasuk kaedah-kaedah rawatannya boleh memberi kesan terhadap kesuburan.
Menurut ’The American Fertility Assocation’, penyakit-penyakit seperti diabetes dan hipertiroid boleh menyebabkan masalah kesuburan. Insulin, antidepressant dan hormon tiroid boleh mengganggu kawalatur kitar haid. Sesetengah ubat untuk hypertension pula boleh mengganggu kesuburan lelaki.

6- Adakah anda dan pasangan merokok dan mengambil minuman beralkohol?

Banyak kajian-kajian yang telah dilakukan berkaitan dengan kesan tabiat ini terhadap kesuburan lelaki dan wanita.Jika anda tiada masalah kesuburan sekalipun hentikanlah tabiat-tabiat ini. Sumber: http://Mudahhamil.com


~~ Sayang @myn@ ~~

3 hero yang Ceria!!!


Membuka entry di pagi hari selasa dengan wajah² ceria dari 3 hero junior di kampung halaman sana.. Waktu nie kami berkampung di teratak family saya Felcra BT. Ohh ya percutian saya tempoh hari banyak di kampung Mr.A Felda LM coz saya nak redeem cuti time raya puasa hari tu.. Mr.A lagi la.. berganda2 rindu dengan kampung halaman dan kawan²Nya...

Adik ipar saya memang tak dapat nak dipisahkan ketika kami di sana.. sepanjang masa memvontot sahaja. Alhamdulillah. Iyalah bukan selalu berpeluang macam ini. setahun sekali..


Amin (adik ipar), AdamAsnawi (Anak sedara) dan Haikal (adik kandung)

Pantang dengar saya dan Mr.A soksek.. bukan setakat intip², siap p isi baju masuk dalam beg... hehehe! Saya lagik selesa bawa mereka coz terasa seperti membawa anak sendiri. Harus praktik dari sekarang.. Ngee~~




teletah mereka bertiga bila di depan komputer..Kusyuk sungguh sayang² semua... Waktu nie kalau tak silap depa duk tengok game melalui YouTube. Game kartun main salji. Ntah lah jiwa saya dewasa, so bosann.. bagi mereka itu sudah menyeronokkan.


Penat berjegil depan komputer.. main lawan² pehtu baring² di lantai pula.. haishh!! somelnya posing yang ini. MakNgah suka la sayang~~

Ermm.. Kanak2 sekarang cepat mahir kan tekan button lappy.. saya tengok adik ipar saya tekan keyboard.. MasyaAllah setanding kerani di sebuah syarikat yang sentiasa busy duk key in data..
termasuk budak kicik AA tu. Pernah tau dia mencipta kenangan, menekan button lappy adik saya yang aktifast tu.. tercabut terus huruf di keyboard.. ngeh ngeh ngeh!!

Adik ipar saya dan adik kandung saya tu, sama umur mereka. 7 tahun. Sama² juga disunatkan. Kiranya time kami balik tempoh hari. mereka baru sahaja sembuh dari luka menyunat.. Lucu bila ingat ratuhati cerita kisah sunat mereka.. pengalaman~~

Mode: Kecik2 dah mahir begitu.. besar esok jadiklah insan yang berguna ya sayang2 semua..


~~ Sayang @myn@ ~~

Monday, January 17, 2011

Mish pepel terluka... adussss!!!

Terkejut juga time koje tadi Mr.A call... Selalunya Mr.A susah nak call saya waktu Mr.A bertugas. Mana nak sempatnya tengok henset dah. Kekadang tu henset pun ditinggalkan... saya pun malash nak call juga time Mr.A on duty.. faham sangat dah... Heheheh!!

Hari nie 1st day Mr.A kembali bertugas selepas 1 bulan Off duty.. Bermula dari tarikh kami holiday di kampung halaman tahun lepas. (budget lama dah berlalu ;p). Dapat call ja..macam² dah kemungkinan yang terlintas di kepala hotak nih.. .. itu lah orang pompuan kan terlampau hambik berat... T___T.

Petang semalam Mr.A nak gerak balik ke pangkalan sana, tapi saya asyik menggoda jerk dia tak kasi balik.. dari cerah sampai ke gelap. Selepas magrib jadi isya'a. Lepas isya'a terus jadi balik. Mau ke tidak saya kena redha dan terima. Apa boleh buat demi tugas. Mr.A pun berat hati juga...Perasaan kami sama ^_^

Mr.A sampai di tarffic ligt di luar taman nih.. Mr.A U-turn balik ke rumah. hehehe! Mr.A bagi alasan "Abang nak tengok TrologiCinta dengan ayang". Haku apa lagi.. tak mau tanya banyak... Hepyyy!!

zodiac signs

Hepy hepy... tapi hari nih Mr.A resah. seharian, sampai Off duty. Maybe wajah Mr.A sama macam dalam gambar ni kot. Dari pagi tadi sampai ke petang asyik mengadu tentang Mish pepel jerk. Sms tentang Luka Mish pepel banyak lagi daripada sms tanya situasi saya di sini.. saya pun terpaksa reply dengan macam² ayat azimat.. Mantera² penyembuh jangan cakap lah, lengoh dah mulut nih.. Mana tak bagi mantera, sampai makan pun di skip yoo. Adehh macam kanak² pun ada. Sayang betul Mr.A sama mish pepel.. Oh ololololo~~

bbb11

Nih luka Mish pepel.. saya tak tengok real lagi. Bila tengok gambar nih tadi terkejut juga saya dan cuba bayangkan situasi semasa kejadian. Saya ingat sikit² jerk. Patut lah Mr.A sampai macam tu sekali resahnya.. Kalau ikutkan hati, hari nie juga Mr.A nak balik sini. Nak repair.. Di sana susah mau dapat bengkel.. Inilah susah senang hidup di tempat orang. sob3x.

Minggu lepas saya banyak ke opish menggunakan khidmat Mish pepel.. Mr.A siap minta tukar lagi "sayang bawa kekasih abang pula, abang bawa pakwe ayang". Saya on sajork. Tapi last minit Mr.A bertukar plan kerana semuanya adalah ketentuan dariNya yang maha Esa. kita sebagai hamba kena terima seadanya.. InsyaAllah ^_^.

Saya pujuk Mr.A tampal sticker dulu.. biarpun nampak buruk. Dah la di sini musim hujan. Risau berkarat jerk.. Hmmm!!

Mode: Kereta perdana kawan saya x-cident dekat sangat² dengan opish. dengar khabar teruk juga... Wallahhu' alam. suratan yang terindah~~~



~~ Sayang @myn@ ~~

Thursday, January 13, 2011

Loving Mineral Make Up Giveaway!

GA pertama yang haku join di tahun 2011... Opss!! Leha pun ada tag GA juga. Tak apa slow² haku publish... Sabar ya leha sayaMmmmm!! Thanks a lot to pihak penganjur dan Ct..Kita cuba jerk kan Ct.. mana tahu bertuah.. :-)

Tarikh tutup GA: 25 Januari 2011 ( 2 minggu sahaja- semalam baru bermula~~)



Berminat nak join boleh rujuk SINI atau anda boleh terus klik pada banner GA nih. HAdiahnya seperti dalam gambar di atas yo!. Menurut kata penganjur bernilai RM115.00.Fuhhhh!!

Soalan GA : Warna apa reben yang izzah pakai?
Jawapan : Warna HIJAU

Dah selesai.. Okeh nak practice Soduku puloks, esok ada game lagi... Last day sudah. Hari ni haku join game Dart dan game Carom... seperti biasa turn peserta perempuan kompem riuh rendah dewan tu..riuh riuh hepyyy... Ehh peserta lelaki pun sama jugaks.. siap senaman kaki lagi. padahal permainan semua guna tangan... Wink*wink~~


~~ Sayang @myn@ ~~

Wednesday, January 12, 2011

Yeayy!! tersenarai antara yang bertuah untuk GA Frozen Resolles

Syukur Alhamdulillah..

Blog cheq tersenarai antara yang bertuah.. Detail sudah pun di email kan kepada pihak penganjur dan disertakan sedikit note. Cheq kan duk dekat sini.. kalau utara nun tak payah susah² pikiaq.. Hmm!!



Kalau tidak boleh cheq letak kata² nih dah..Kann kan!!

" Yeayyy!! saya boleh rasa try test roselles "
{cakap sekarang: sebab pihak penganjur belum membalas note }
@
"Alhamdulillah.. saya boleh rasa try test roselles sudah"
{ Cakap nih: Bila dah approve untuk di hantar kepangkuan ku }

Tak apa lah nak buat lagu mana? Harap² boleh la pos dekat sini.. dan jangan risau opish cheq memang ada peti ais.. rumah cheq pun dekat jugak.. Tiada masalah bab tu.




Terima kasih asma... ini lah 1st time myna bertuah GA blog dalam banyak² yang myna join.. Tapi tak apa, itu kan rezeki namanya.. Tak bertuah tapi dapat eratkan silaturrahim sesama insan..



Ohh thanks juga untuk ifa ehh.. A'ah ifa tadi masa akak bagi tau Mr.A dia pula yang syok terlebih.. berganda2 dari akak.. siap tanya bila sampai sayang? wahhh tak sabaq sungguh!!! Ingatkan akak yang xcited.. rupanya tempias tu p dekat Mr.A juga.. Ahaksss!


~~ Sayang @myn@ ~~



IndorGame: Say Chesse for Chess!!!!

Hari ni bermula Indor game di opish haku.. 3 hari berlangsung. kiranya jumaat nih last day.. Sebelah pagi tadi berlangsungnya permainan Chess. Time geng laki bertanding sunyi la juga.. Bila time perempuan riuh rendah dewan syarahan...

chess game

Mana tak riuh rendah.. majoriti perserta perempuan tersangat lah bijak hinggakan perserta lelaki tidak sampai hati melihat. Bantuan yang dihulurkan amat²lah di alukan untuk menamatkan permainan ^_^

chess wallpaper

Sungguh haku memang pening cara main chess nih. Tak biasa satu hal, pehtu setahun sekali nak main pun belum tentu... hehehe!! Kalau dam senang sikit kot. Jalan satu kotak ke satu kotak, pehtu boleh tikam/makan. teruskan jerk.. Sampai naik Hajah Haji.

Kalau Chess nih lain sangat².. Ada jalan bentuk "L" lah, jalan kekiri kekanan dan macam² jalan. Putera puteri pun ada.. Hmmm!!

Say Chesse for Chess

Peserta yang tekun pasti menang... hehehe!! Okeh petang nanti permainan sesi Dam Hajah pula berlangsung.. Haku dan deem wakil pentadbiran.. menang kalah adab permainan... Suka suka mengeratkan silaraturrahim... Tapi kalau boleh nak menang. macam tahun² yang lepan nun. tak johan tapi naib johan.. dapat piala.. SukAaaaa!!!.

Apapun hadiah bukan ukuran.. silaturrahim yang utama.. kannn kan!!

Mode: Sekarang ngah berfoya tweet², tunggu time nak sambung koje pehtu jam 3.15 nak turun dewan syarahan... InsyaAllah ^_^


~~ Sayang @myn@ ~~

Tuesday, January 11, 2011

Pesawat terbabas di lapangan terbang kuching..

Ya Allah.. Haku cukup fobia bila dengar pesawat terbabas nih.. selalu duk dengar di negara orang jerk.. Tapi nih berlaku dekat Malaysia.. tak jauh dari tempat haku duk nih..

Ya Allah minta di jauhkan. Berderau juga la darah dan jantungKu.. Buka apa, hanya pesawat menjadi penggerak haku untuk ke semenanjung sana bertemu insan² yang diSayangi dan diCintai.. Perjalanan yang mengambil masa dua jam setengah yoo. Kalau diberi pilihan untuk kereta.. Mesti dah drive sendiri. biar pun lambat ;p.

Pesawat terbabas

Tapi apakandaya.. p hujung nun laut.. p hujung nin laut... pendekkan kata dikelilingi laut.. wink*wink~~

Uihh baca yang nih bertambah gegar :-
seorang penumpang yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Balai Ringin, Snowdan Lawan, memberitahu pemberita ia berlaku dalam keadaan hujan yang sangat lebat.
"Keadaan cuaca amat gelap dan pesawat melambung ke kiri dan ke kanan sebaik saja mendarat sebelum tiba-tiba terbabas ke kawasan bertanah di tepi landasan," katanya..

**********************************

Malaysia Airports Berhad (MAB) berkata dalam kejadian jam 10.02 malam semalam itu, penerbangan AK5218 yang berlepas dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Kuala Lumpur terbabas dari landasan ketika mendarat dalam keadaan hujan lebat.

Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha yang memberitahu pemberita hari ini, pesawat itu membawa 124 penumpang dan enam anak kapal. Empat penumpang mengalami cedera ringan dan dirawat di hospital di Kuching..

Pesawat Air asia terbabas di lapangan terbang kuching

Berikutan itu.. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ditutup kepada semua penerbangan. Malaysia Airports Berhad (MAB) memberitahu sebanyak 24 penerbangan terjejas setakat 11 pagi ini iaitu Pesawat AirAsia 11 penerbangan, Pesawat MAS 8 penerbangan dan MASWings 5 penerbangan. Hanya satu penerbangan dibenarkan berlepas dari lapangan terbang itu pada pukul 7.30 pagi ini iaitu MH2505 ke Kuala Lumpur, kata MAB.

Kepada Penumpang² yang terlibat dalam penerbangan yang terjejas itu, dinasihatkan agar menghubungi syarikat penerbangan masing-masing bagi mengetahui perkembangan lanjut mengenai perkara itu..

Sekian terima kasih laporan hasil kopipes dari Laman Media yang menghebahkan tentang kejadian ini. Untuk lebih detail boleh rujuk direct ke sana.. ZOmmIn~~

Mode: Time untuk kedua² laman tersebut berbeza.. 10.20 atau 10.02 minit.. Tapi yang pastinya Malam... ^_^

~~ Sayang @myn@ ~~

Cekodok pisang petang kelmarin.. nyum3x.

Menu kami untuk minum petang kelmarin.. Alhamdullilah tercapai juga niat hati nak sediakan cekodok pisang sebagai menu minum petang untuk AMYNA.

Keluar opish jam 5 petang.. terus caragas balik rumah, tengah drive duk terbayang cekodok di makan bersama Red Guara Cafe (RGC) panas². Perghhh!!



Siap bancuhan tepung campur pisang, Minyak pun dah panas.. Apa lagik jemput comel² masuk dalam kuali. Kena comel² dan sesuai dengan keluasan mulut.. ekekeke.



Cekodok comel bersama RGC... ^_^

Haku tengah menggoreng baki tepung yang ada. Mr.A duk amik sebiji demi sebiji.. Nih mesti terbawa² masa di kampung MIL tempoh hari. Duk berebut dengan adikNya dan anak saudara... Di sana boleh la berebut macam tu sebab ramai sayang.. Di sini just kita berdua sahaja.. P mai p mai kita dua saja yang akan habiskan... Ngeh ngeh ngeh!!

Okeh dah itu sahaja sebagai memenuhi permintaan dari rakan twitter FirhanJasni. Beliau nak tengok gambaq cekodok comel.. har har har!! Pren myna dah tepek ya! selamat menjamu mata...


~~ Sayang @myn@ ~~

Pagar AA dah penuh... hehehe!!

Selamat pagi selasa...

Pagi nih nak tayang gigi AA yang dah penuh.. Putih berseri² yo!!..Biasa lah gigi susu kanak² kan. Opcos la putih lagi. Lepas tu menjadi tugas MakAyah lah yang nak ajar anak² untuk menjaga nya diperingkat awal.



Tadaaaa!!!! Dah penuhkan kannn~~ Gigitan pun bukan manja² geli lagik. SAKIT lohhhh!!

Ermm.. AA dah ada berus gigi.. tapi bukannya dia memberus.. dia telan sekali Colgate tue.. Perasa Strawberry kan.. Manis..ditelan pehtu jerit² tanda suka. Macam gambar kat atas tu...

1st time jumpa AA... teruja sangat. Sebab dia senyum riang, langsung tak ada rasa takut² dengan haku.. Ingat AA dah lupa kat haku, Almaklumlah lama tak jumpa. Sekarang pun dia dah semakin bijak untuk membeza anak tangga. Selalunya dia main belasah jerk melangkah..sampaikan kita pun takut setiap kali dia melangkah/bermain dekat² anak tangga...

Mode: ♥♥Alahaiii MakNgah rindu kat AA... Miss u a lot sayangKu♥♥


~~ Sayang @myn@ ~~

Monday, January 10, 2011

Bidadari: Testimoni pertama di tahun 2011.. Tahniah KakGie :)

Salam pagi senin readers..

AjL dah tamat semalam... Ana Raffali sebagai juara... Hmmmm!! Rezki kepada beliau.. Moga beliau lebih sukses! Okeh pagi nih haku nak kongsikan testimoni dari pengguna produk bidadari DcL..

Selepas Punch Card tadi, KakGie panggil haku dan berbisik "myna akak pregnant dah". Ya Allah syok nya haku rasa.. Mulanya haku tak terfikir lagi tentang Bidadari tu. Bila berbual lebih lanjut baru ingatkan balik.. Ohh ya KakGie ada amik minuman bidadari dengan haku dan dalam proses berusaha.. Haku lupa dah sebab itu perkara tahun lepas punya.. Almaklumlah sejak balik Cuti² Malaysia tempoh hari, ingatan tahun lepas dah mula low... ekekekeke.

bidadari dcl


KakGie amik bidadari mengikut qoedah yang haku dapat dari sifu.. sama seperti rakan² testimoni yang lain.. Qoedah yang sama juga haku bagi. Meraka berjaya dan ada yang baru habis proses detox, On saja terus ada rezki..Alhamdulillah ^_^. Haku nih minum berbotol² pun, belum rezki... Tapi itu lah rezeki masing²kan. Allah lebih mengetahui setiap yang tersurat.. InsyaAllah ^_^.

testimoni bidadari

Tahniah KakGie... Anak ke-2, Iman akan dapat adik.. Jaga kesihatan ya.. Pengalaman semasa mengandung dekat iman boleh di rasai lagi sekarang... Bestnyaaa!!!


Mode: Ramai sudah Baby DcL... bertambah² dari tahun ke tahun..hehehe!!


~~ Sayang @myn@ ~~

Saturday, January 8, 2011

Laksa memang sinonim dengan utara sana.. kannn!

Menu kami untuk lunch hari ni. Mr.A yang request ^_^

Haku pun mati akai juga setiap kali nak sediakan menu lunch mahupun dinner... selalunya haku akan masak ikut selera Mr.A (permintaannya).. Mr.A cakap kita makan laksa sudah ya sayang, nanti malam baru masak nasi.. Abang tak ada selera nak makan nasi. teringin nak makan laksa...

Jenguk dalam dalam peti sejuk masih ada ikan termenung (Masyarakat sini panggey itu sebagai ikan tulai) yang Mr.A beli di pasar kelmarin dulu.. bahan² penting pun semua ada.. Tak perlu keluar ke kedai lagi. Dah boleh mula memasak. 1st haku rebus ikan.. sambil potong bahan² yang lain. Paling penting belacan dari kampung segantang garam yang di kirim oleh MIL.. Freshh dan membangkit selera.. Belacan buatan orang kampung. sure la bau nya.. superbb!!

laksa utara

Ini laksa dekat gerai kampung Mr.A.. Di gerai nih juga MIL jual Ais kacang dan Cendol. Sepanjang cuti di kampung Mr.A.. time petang jerk Mr.A bawa haku melepaQ di sana... Meriah suasana kampung. Paling meriah makan Ais kacang dan cendol percuma...Ais boleh mesin dan buat sendiri ikut citarasa... Laksa jerk not FOC sebab itu rakan niaga MIL punya.. Sepinggan dua Ringgit.

Apapun Alhamdulillah syukur.. Lunch tadi Mr.A makan laksa 3 kali tambah sekali hadap.. 2 jam lepas tu ulang lagi makan. Sampai lah dinner jam 6.30 tadi baru jumpa nasi... Menu untuk dinner Mr.A request sambal tumis ikan dan sayur sawi goreng SALALAH. Itu menu sayur ciptaan dari Mr.A sendiri sebab di campur dengan habatus sauda. Almaklumlah orang duduk dekat arab hampir 6 bulan.. =D

laksa penang

Opss!! Mr.A kalau makan laksa mesti campur bersama otak udang(PrawnPaste), sanggup tu bawa otak udang dari rumah MakNya ke gerai.. haku tak tahu la apa yang sedapnya, coz tekak haku tak leh nak terima.. Mr.A campur sampai kuah jadi gelap dan rasa kuah tu pun dah berubah... Layann~~ hehehe!!

Selesai cerita menu Amyna hari ini.. Laksa memang sinonim dengan area utara sana. Sampaikan signboard laksa di sini pun tulis "Laksa penang" tak pun "Laksa Utara". Laksa Oh laksa sungguh hebattt penanganMu.... Nyum3x. ^_^


~~ Sayang @myn@ ~~

Kedah: Artis TERkenal kecewa!!!!

Hahahahaha!!

Artis TERkenal, Hanisah Hamid kecewa ditinggal kapal Terbang... Hasil kreativiti dari sahabat Gadis Aktifast.. Very Good DeaN.. Sis very2 Like this...

Artis terkenal
Sapa suruh tag dekat haku.. haku publish sini sebagai kenangan buat diri hang... Miahahaha~~~


~~ Sayang @myn@ ~~

Friday, January 7, 2011

Sesuai dengan gadis Aktifast...

Tadi seawal pagi.. haku dapat panggilan telefon dari Ratuhati. Berdebar² juga masa nak pick up..

Hati risauuu coz malam semalam nun Ayah haku kelmalangan di langgar oleh pemandu Grand Livina.. Ayah haku naik Motor.. dilanggar dari arah belakang. Orang kampung situ cakapa ayah haku terlambung jauh.. Tapi mujur ada beg dokumen yang ayah galas di belakang. Beg tu memang berat sebab penuh dengan dokumen pekerja². Kira ayah terselamat dari terguling².. Alhamdulillah ^_^.

Pemandu Livina tu mengaku dia salah, memandu dalam keadaan mengantuk.. Hmmmm!! panas hati jerk dengar kan.. Tapi apa boleh dikatakan dah suratan takdir.. Pemandu Livina yang hantar ayah ke hospital dan tunggu sehingga family haku (Mak & Adik) sampai. Masa Ratuhati bagi tahu.. haku suruh buat laporan polis. sebab kita tidak tahu kedepan. Memang ayah orang dewasa.. tapi itu penting.. kannn kan!!

Motor ayah rosak teruk dan dokumen ayah banyak hilang. Almaklumlah terlambung kan.. ayah mendapat rawatan sebagai pesakit luar. Esok paginya ayah dah keluar koje naik motor mak.. Bukan naik kereta. Ayah Oh Ayah.. kuat semangat sungguh!!! Sebelum tu Ayah cakap nak p cari dokumen². Lesen & kad² peribadi pun banyak tercicir..paling di risau ayah. Kad kredit.. Ngee~~.

*********************************



Rupanya Ratuhati call nak inform hal adik pompuan haku yang aktifast tu.. Boleh baca SINI.. Haku dengar Ratuhati cakap tadi, automatik haku keluar syarahan perdana di pagi Jumaat.. Tak pasal² Ratuhati jadi mangsa.. Nasib baik haku tak lupa diri, kalau tak jenuh Ratuhati, end call terus Zass call gadis aktifast tu.. Bermula syarahan dekat dia pula.. Haku masuk opish terlambat 3 minit..hehehe!

Dah banyak kali haku pesan sebelum tiba hari nya, sebab haku risau benda macam nih berlaku. AirAsia nih bukan boleh percaya sangat.. pandai pusing² juga.. Dah tu nanti macam² cas dia kenakan... hmm!! Kalau ikut hati yang marah nak saja haku suruh dia dan kawannya naik bas balik kampung. Tapi pikir² balik kesian pula dekat depa.. Jadi TERbeli lah tiket flight ke Penang jam 1.30 petang.. Jadi hari nie semua transport dia merasa.. Teksi, Kapal Terbang, Kereta, Ferri dan akhiranya bas... Hahaha sesyuai untuk gadis Aktifast... Wink*wink~~


~~ Sayang @myn@ ~~

Hai hai pengunjung Amyna.. Halluu ^_^

Assalamualaikum untuk readers muslim & selamat sejahtera untuk readers non-muslim ^_^.

Lama na haku tak berceloteh di sini.. dari start Cuti² Malaysia tahun lepas sampai dah balik sini. Hari nih hari ke-3 haku mula koje.. Masih tak dapat nak berceloteh..Mood tak ada lohh ditambah pula dengan kesibukkan koje hakiki.. hmmm!!

Semalam haku pening dengan environment opish.. dengan habuk renovation unit, asyik nak bersin dan penglihatan jadi kabur. Ada staf bagi face-mask.. kurang sikit. tapi penglihatan la terganggu.. Dah tu dengan tugas hakiki yang celaru keliru. Baru tinggal opish untuk Cuti², haku rasa macam dah lose semuanya. Sini rebut, sana rebut.. Rebut rebut rebut... Ishh tak faham..

Rebut punya pasal..naik atas,turun bawah.. kepala haku jadi ketat sangat!! tak leh nak handle dah. tekanan~~ tunggu time rest ja. balik rumah Zzzz. Nak Zzz kat surau kompem di cari juga. bila balik rumah.. tak da orang ganggu.. tidur dengan tenang... hehehe!!

Cerita Cuti² Malaysia macam² ada.. siapa tak happy dapat balik kampung halaman bertemu dengan insan² yang dihormati dan di sayangi.. Semestinya happy!!! Nanti ada masa haku semadikan di sini.. Itu pun depend pada mood ya...

Sekarang 1.30 dah.. Jam 2 petang nanti haku kena standby untuk staff nak hafdate data HRMIS. Hari ni last day.... tak siap sepenuhnya.. sikit pun jadik lah.. wink*wink~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...