Showing posts with label Backlink Blogger. Show all posts
Showing posts with label Backlink Blogger. Show all posts

Wednesday, June 20, 2012

Jumpa Blogger LydiaMiza (LM) di Alamanda

Alhamdulillah...

Cuti-cuti kasihSayang yang ke-2 saya kali ni berjalan dengan baik. Hasrat hati yang terukir tertunai... Syukur Alhamdulillah kau telah mempermudahkan urusan ya Allah. Terima Ya Allah.

Saya boleh p melawat dua insan yang jatuh sakit sepanjang saya di perantauan... Selama ni saya mengikut perkembangan kesihatan mereka dari jauh sahaja.. Biar pun mereka jauh dari saya namun mereka tetap dekat di hati saya... InsyaAllah.

Kan dah melalut perasaan ni...Okeh okeh di sini saya nak kongsikan ikatan silaraturrahim antara saya dan blogger LM (LadyMiza) bukan setakat di alam maya sahaja.. Permintaan hati saya dah termakhbul untuk bertentang mata dengan LM biarpun pelbagai aral yang melintang...



Kalau ikut plan awal.... InsyaAllah semua nya akan lancar dan pasti kami boleh berjumpa tepat pada masa yang di janjikan.. tapi biasa lah kita hanya mampu merencana... Allah s.w.t juga yang menentukan...

Dalam perjalanan pulang ke Putrajaya saya upadate dengan LM bimbang juga hati saya kalau² tak dapat jumpa LM.. Mana dengan masa tu jalan Jame lagi, lepas saya hantar keluarga saudara sepupu dari penang tu balik ke presint 11, saya cergas ke Alamanda.... Alhamdulillah syukur sangat², segala kesulitan yang datang Allah s.w.t permudahkan jua permintaan hati saya.. Syukur =D



Saya rasa lain bila berdepan dengan LM sebab LM bahasa kan dirinya Miza. saya pulak duk panggil LM..LM... LM... hehehe! sampai sekarang saya still mesra dengan panggilan LM. Biarpun terasa kekok, tetap rancak juga kami berbual...

Saya baru dapat publish hari ni.. sudah update tapi terhenti dalam draf...LM dah lama pun update.. untuk celoteh side LM boleh baca di SiNi.

Terima kasih ya LM sudi bertentang mata dengan myna... Moga ikatan persaudaraan yang terjalin antara kita akan terus kekal berpanjangan meskipun bukan pada pandangan mata.. tapi Ingatan. InsyaAllah.



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~~

Monday, October 31, 2011

Jom join BLOGLIST laman-ayahsu November

Saya join bloglist laman ayahSu...

Tarikh tutup hari nih 31 Oktober 2011 . Harap² tutupnya jam 12 tengah malam la kan... kalau tak saya punya entry nih tak valid lah eh.. ekekke.



Kengkawan yang belum join.. jom lah pakat² memeriahkan list laman ayahSu. Boleh klik SiNi atau pun klik ja banner di atas tu.. anda pasti di bawa ke laman belog ayahSu. Ngee~~



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!




Thursday, February 24, 2011

Bila hati berbicara kirim Award 400++



Hari nih saya nak tepek award dari Nana... Award nih di create untuk follower beliau yang ke- 400++. Terima kasih ya nana =D

Opss!! Tahniah juga untuk nana.. Moga semangat untuk terus berblogging sentiasa menebal... InsyaAllah ^_^

Mode: Pagi tadi line intenet kat sini offline sebab kabel dari Tamparuli ke Kundasang breakdown.. berukband pun turut terkena tempias.. Slow Motion sajork :p


~ Sayang @myn@ ~~


Tuesday, February 22, 2011

Kami bertentang mata dengan dua blogger selangor...

Alhamdulillah... persahabatan yang terjalin di alam maya, membawa saya bertemu dengan mereka di alam nyata... kebetulan juga mereka datang bercuti ke sini. syok sangat dapat bertemu ahli keluarga blogger.. Kita kan sedara di muka bumi Allah s.w.t ini.. mana yang jauh rapat² kan.. yang dekat mesra² kan.. Opss! Jangan melebih sudah..


Blogger sabah vs Blogger selangor (kapten Salleh dan Akak Sarina)

Hari Sabtu malam, dari Kota Kinabalu mereka mendarat ke sini ... Esoknya mereka ke Semporna, Saya tak join coz ada koje.. itu lah kau kapten, ndak kasi tau awal² yang Van tu besar gedabak.. kalau tak sure saya dan Deem join family kamu ke Sampolna.. Pagi tu baru kasi tau.. Plan mengejut sungguh.. Up up jadi. memang stail Mr.A nih..

Petang Ahad sempat juga saya curi² masa ke tempat penginapan mereka (Kuhara court). Akak Sarina sms yang mereka dah balik ke sini.. Saya minta izin dengan Mr.A nak ke sana sekejap.. kasi touch touch dulu dan bicang aktiviti esok hari untuk mereka.... kunun welcom drink..



Semalam.. saya bawa mereka jenjalan sekejap sementara menanti jam 4 petang untuk ke Lapangan terbang.... nasib baik ada anak jati sabahan yang boleh tolong ala² tourist guide gitu.. See picca di atas tu.. Thanks ya Deem.


Akak sarina dan suami, belek jangan tak belek.. berpuas hati baru beli...

Shoping ke Central Market (Pasar gantung). Saya baru perasan semalam nama real pasar gantung tu.. selama ni saya pun duk panggey pasat gantung. sebab pasar kering sana nun nama dia pasar tanjung. Time rest kan semalam.. parking sangat susah.. dalam duk mencari parking saya perasan sign board pasar ni.. Ada hikmahnya kita pusing² mencari parking semalam..



Kain baju, kain batik sarung.. made in Indonesia.. kak Rubi siap mencium lagi haruman baju tidur cap Gajah putih.. Wangi katanya.. hehehe!



Bila penat mencuci mata.. si kecik mirul dah mula membicarakan oder untuk lunch.. Lucu betul mirul nih.. Kami membawa mereka makan di gerai nasi lalap..



Nak jadi cerita.. Mereka bertemu dengan makcik gerai Nasi lalap ni..Orang jawa.. terus bercakap jawa dorunk.. Saya senyum² sahaja.. nak menyampuk tidak pandai...


Bersama Deem, akak Sarina, akak Ruby dan adik sara.

Selesai makan.. bawa mereka berjalan² di tepi laut. Time ni air laut surut. Euwww.. geli tengok lumpur tu TAPI syok tengok bot² di belakang tu... hik3x. Pakat² jenjalan bergambar, berposing kenangan..



Hampir jam 4 petang, baru saya hantar mereka ke Kuhara Court semula.. Saya sangat happy dapat bertemu dan bawa mereka jenjalan.. senyuman saya sama seperti senyuman mereka dalam picca di atas ni.. Thanks ya Blogger Selangor dan family.. Mohon mahap jika ada kekurangan dari saya sepanjang kamu semua ada di sini... Lain kali mai lagi na.. kita plan p pulau puloks... InsyaAllah ^_^.

Mode: Tahun lepas bertentang dengan BloggerSabah, Semalam BloggerSelangor dan esok lusa blogger blogger blogger..tettt!! ^_^



~ Sayang @myn@ ~~

Wednesday, November 10, 2010

Kami Enjoy @Stompin’ Sabah 2010

Haku tinggalkan sementara cerita tentang destinasi yang sangat cantik dan mewah itu ya.. Haku nak cerita dulu perasaan kegembiraan kami bersama² sewaktu malam berlangsungnya Stompin’ Sabah. Ada juga rakan² blogger yang bertanyakan kepada haku apa itu Stompin’ Sabah. Uols boleh rujuk di SINI ya. Jangan risau dalam entry ini haku akan kongsikan kemuncak Stompin Sabah ^_^ . pasti uols akan lebih memahami.. InsyaAllah ^_^

Jam 3 petang haku selesai Redeem Ticket yang di Sponsored NUFFNANG daripada salah seorang wakil Xpax iaitu Incik Hafiz..

Terima kasih kepada Incik hafiz dan terima kasih juga kepada pihak Nuffnang (Cik Azrin & Teoh Xin Xian) yang sudi follow up dengan haku sebelum Stompin'Sabah bermula. Sangat excited kerana 1st time kami join hiburan terbesar begini dan menerima sponsored 1st dari pihak NUFFNANG .

Masa kami sampai di sana hujan dan angin yang sangat kuat. Dari tempat parking Mish Pepel menuju ke perkarangan Jesselton Point, sempat juga kami kebasahan di siram air hujan yang di bawa angin. Payung dalam mish pepel haku tinggal di opish Deem. Nasib baik ada towel, kasi tebal buat lindung kepala.

Walaupun begitu kami tetap semangat hendak join Stompin' Sabah. Seperti yang haku war² kan di FB. Haku begitu semangat sebab adanya Ella Ratu Rock Malaysia yang akan membuat persembahan secara Live. Tengok di banner itu nama Ella yang teratas. Yeah yeahhhh!!.

Di hadapan pintu masuk utama Stompin' Sabah. Di sini pemeriksaan keselamatan dilakukan kepada setiap penonton yang memeriahkan Stompin' Sabah 2010. Di belakang tiket tersebut ada tertulis syarat² yang perlu diikuti.

Laluan mengikut katagori status tiket penonton. di sini krew yang bertugas akan memasang Tag di pergalangan tangan penonton.. mengikut status tiket tersebut.

Yess!! ini pergalangan tangan kami. Haku & Mr.A.

Melepasi laluan itu kami di beritahu oleh krew yang bertugas untuk redeem minuman menggunakan tiket

Redeem minuman dulu sebelum ke khemah VIP ... Makanan juga disediakan di khemah VIP untuk penonton. Mr.A memilih Koeyteow goreng bersama sosej. kami kongsi berdua kerana time itu haku tiada nafsu untuk makanan sudah. Menjamu selera sambil menonton persembahan artis² yang dipilih untuk Stompin' yang ke-2 ini. Fuhhh nicee!!!!

Khemah untuk VIP.. Masa kami sampai keadaan meja tidak tersusun sempurna seperti di tolak angin. Penonton pun masih tidak ramai. Jadi kami boleh memilih tempat yang selesa untuk memeriahkan Stompin'.

Stompin' bermula jam 7 malam. Masa tu hujan seakan reda sebentar dan krew² yang bertugas datang ke khemah VIP membawa keluar meja dan kerusi ke ruangan depan khemah. Menyusun atur. Kami berpindah ke depan berbumbungkan langit... terasa seperti menonton show yang superb!!

Tidak lama pun meja di susun di luar.. hujan turun kembali. kami berasak² ke dalam khemah kembali. time tu penonton dah mula ramai.. Khemah semakin sesak kerana penonton mencari tempat untuk berlindung.

Artis pertama yang membuat persembahan adalah Artis tempatan dari kumpulan pemuzik terbaik yang mengikuti uji bakat U.O.X Campus Tour di Palm Square Kota Kinabalu pada 31 Oktober 2010 yang lalu.

Persembahan diteruskan walaupun hujan semakin lebat. Silih berganti persembahan dari artis² tempatan dan artis Antarabangsa. Meriahhhhh!!

*****************************************************

Ramai artis buat persembahan tapi haku terlepas snap picca. hujan lebat sangat. Kalau ikutkan hati mahu sahaja haku ke depan stage sana. Tapi Mr.A tidak izin. takut haku demam, sudah la masa tu Mr.A tengah sok sek hidungnya selsema. Lagipun bahaya bersesak di sana time hujan², luar jangkaan kita.. Sebagai isteri haku akur sahaja. kann~

Persembahan dari Toi AF6.. Sebelum menyumbangkan sebuah lagu, Toi bermain Angklung diringi dengan muzik Nobady by Wonder Girl. Haku terpukau di situ tengok tangan Toi laju bermain Angklung. jap tangan ke atas, pehtu ke bawah.. hingga terlupa hendak buat Video yo. Sayang nya tu.. best di dengar, terasa alunan rentak Angklung yang sangat sekata.. selesai bermain Angklung Toi menyumbangkan sebuah lagu Tengo La Camisa Negra secara live.. No komen!

**********************************************

Di bawah adalah Aksi² Guitarist yang sempat di snap dengan lensa milik haku. Layannn!!

Joe Wing


Aksi Man Kidal dan Dicken..Gandingan yang memuaskan hati haku.. ^_^

Bukan haku sahaja terpukau.. mereka pun turut sama. Baju merah tu Nemo (anak ellen). Masa nie Shawn Lee tengah show. Gimik² yang dipersembah mempersonakan para penonton yang ada di situ. terutamanya ladies. Silih berganti jeritan..

******************************************

Ella buat persembahan lagi 2 jam setengah Stompin' berakhir..lebih kurang Jam 11.45 macam tu. Namun itu tidak mematahkan semangat kami.. tetap cergas support Ella membuat persembahan.

Kami bertambah cergas bila tengok Ella begitu lincah di atas stage. Terasa seperti sama² mahu melompat di atas stage sana.

Mahu snap picca Ella pun susah.. Persembahan ella memang terbaik. Lagu yang di persembahkan secara live Layar Impian, Kesal, Permata biru dan kita lah bintang sangat memukau haku.

cuma untuk 1st song, terdapat sedikit gangguan teknikal. Nasib baik dapat di cover semula.. Ella memang berjaya memuaskan hati kami.. yeahhhh!!

Sama² menyanyi dan sama² melompat. Sampai suara haku sekarang dah lebih kurang sama Ella. Jenuh teguk air asam. tekak sakit.. hu3.

Ella menutup persembahan dengan sebuah lagu dusun - Sayang Kinabalu yang di sampaikan oleh artis tempatan. Ella siap bagitahu kepada penonton & peminat semua yang keesokkan harinya dia akan ke kundasang. Alang² menjejak ke sini..heh!

*******************************************

Sesi bergambar dengan artis² tempatan yang membuat persembahan.

Mahu bergambar dengan Ella, tapi Ella busy begambar di dalam khemah belakang stage. Izd anak atie dah berembun, Mr.A pun dah jauh di khemah sana.. Sian Mr.A selsema. so kami tidak tunggu :(


Last sangat enjoyy.. bukan setakat dapat menonton persembahan Artis secara Live (Ella) tetapi dapat bertemu dengan blogger² yang selama ini hanya bermesra di alam maya. Bila ada peluang macam ni.. sangat² lah seronok dan rugi kalau tidak join..

Haku sempat bertemu dengan mereka. Ellen, Wanie, Jericho & Alessandro.

Opss!! Ini baru ada Aless.. Haku juga sempat berbual dengan blogger Suichi sebelum masuk pintu utama.. Rupanya Suichi dari Tawau juga. Sama ba kita.. KK- yoo!!

Terima kasih sekali lagi kepada pihak NUFFNANG.. Tahun depan kalau ada.. jangan lupa roger ehh... Thanks a lot!!!!


sayang @myn@ ^_^




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...