Showing posts with label Takziah. Show all posts
Showing posts with label Takziah. Show all posts

Saturday, August 14, 2010

AL-Fatihah : Arwah adik zaza (blogger perlis)


tadi after sahur.. haku tunggu nak solat subuh. pehtu macam biasa la nak Zzz. ari ni kan off day.Sambil tunggu subuh jam 4.47 pagi, haku layan cerita Bisikan Azazil kat astro. after solat subuh haku tak dapat nak lelapkan mata pula. jadik haku layan cerita Bisikan Azazil tu sampai abis dalam jam 5.30 pagi lebih kurang.. sambil layan tu haku fon mak haku & mertua dikampung nun. dorunk semua baru nak sahur. Haku duk lepak kat luar amik angin.. angin pagi yang sejuk sepoi2 bahasa gitu... besttt!!

bertambah caragas haku, bertambah la tak dapat nak lelap. jadik haku on9.. mana tau duk tengok skrin lappy leh juga membantu mata haku untuk lelap, heh!.. Dalam duk bw, Iza (D.I.H) ada tinggalkan jejak di chatbox haku -salam ziarah. haku terjah blog iza, tumpang ada kesempatan utk membalas.. entry d latest membuatkan haku sangat2 terkejut. memang haku faham ajal maut ditangan tuhan, tapi haku sedih. Arwah adik kemalangan ari senin 9 Ogos.haku baru tau ari nie. leh baca kat iza nya entry ya. seorang blogger telah kembali kerahmatullah.

Arwah adik selalu berkongsi masalahnya dengan haku. tentang sakitnya itu, orang sekelilingnya & segala2 nya lah. x perlu haku list kan.cukuplah antara kami dua. haku hanya mampu memberi kata semangat supaya arwah lebih tabah untuk hadapi semua ini. Lain orang lain dugaan nya. kata2 semangat dari mak& chentahati haku kongsikan juga dengan arwah adik. D fesbuk apa tah lagik, on9 jerk tegur.

Dengan uols pun mesti dia rapatkan, sebab sekenal haku.. arwah adik jenis yang peramah & mudah mendapat kawan. Kami ada plan untuk bertemu nanti masa haku balik cuti sempena Aidilfitri. kedah ngan perlis kan bersebelahan. Tapi kini semua tu hanya tinggal memori indah. arwah adik juga cakap maybe entry nie yang terakhir darinya. terima kasih atas sokongan kalian. sangat terharu.. tapi entry terakhirnya adalah pada 7 ogos. perjalanan beliau ke kelantan, destinasi arwah adik pergi meninggalkan kita buat selama2 nya..

pada kawan2 yang mengenali atau tidak.. meh la sama2 kita sedekah kan Al-fatihah untuk arwah adik. Moga ditempatkan d kalangan hamba2Nya yang solehah & beriman. tenanglah wahai adikku.. moga aman di sana.. InsyaAllah. AL-fatihah~~

Amin Ya RabbalAlamin....

Sunday, January 31, 2010

AL-fAtihAh



Perhatian kepada rakan haku yang beragama islam..singgah @ terbaca entry ini, haku mohon kepada uols, marilah sama² kita sedekah kan Al-fatihah untuk Arwah baby Mizwar Haikal, anak rakan sepejabat haku yang kembali ke rahmatullah pada 29 Jan 2010, hari jumaat jam 7.43 mlm.. n3 lalu pernah haku inform arwah akan ke IJN untuk rawatan lanjut.. leh rujuk sini.

Selepas mendapat berita tentang kembali nya insan kecil ini kepada mu Ya Allah.. Memang x tertahan lagik kesedihan d hati ini. Haku bersyukur kerana haku dapat menziarahi jenazah. Kalau ikut kan hati haku malam tu.. x nak haku balik. Haku nak ada di sisi jenazah, sampailah jenazah d semadikan... Tapi apakan daya semua itu sudah tertulis untuk diri haku. Haku bersyukur sekurangnya haku x merasa terkilan untuk menziarahi.. Alhamdulillah.

semoga k'sue & suami menghadapi dugaan ini dengan ketabahan hati yang tinggi. Myna faham Pemergian permata hati, Amatlah d rasai. Apapun kita perlu redha dengan setiap janji Allah s.w.t. Setiap kali teringat kan Arwah, kita sentiasa sedekah Al-fatihah dan ayat² suci Al-Quran.. InsyaAllah...

AL-Fatihah...



Amin Ya RabbalAlamin...






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...