Showing posts with label Kuala Nerang. Show all posts
Showing posts with label Kuala Nerang. Show all posts

Monday, June 13, 2011

BH: Bilik belajar Asrama SMK Datuk Syed Ahmad terbakar

KUALA NERANG : Sebuah bilik belajar di Asrama Putera Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Syed Ahmad di sini terbakar awal pagi ini.

Ketua Sektor Pengurusan dan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Negeri berkata, Mohamad Abd Hamid berkata kebakaran pada pukul 2 pagi itu disedari oleh pelajar yang tinggal berhampiran bilik belajar berkenaan.

"Bilik belajar itu terletak di tingkat dua asrama dan terdapat 106 pelajar lelaki yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Satu hingga Lima menginap di asrama itu," katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kebakaran hari ini.

Beliau berkata semua pelajar ditempatkan di surau sekolah berkenaan buat sementara waktu.

Seorang pelajar yang enggan dikenali berkata dia terhidu bau asap dan terus memaklumkan perkara itu kepada rakan-rakan lain.

Ramai yang sedang tidur ketika kejadian dan kami kelam-kabut keluar dari asrama untuk menyelamatkan diri.

Nasib baik bomba bertindak pantas dan api dapat dikawal sebelum merebak ke bilik kami," katanya. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerang Abdul Manaf Yusof berkata sebuah jentera dengan lima anggota dari balai bomba itu mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengawal kebakaran.

Punca kebakaran masih dalam siasatan manakala jumlah kerugian dianggarkan RM5,600 - Sumber: Berita harian 13 jun 2011

************************

smkdsa
~Gambar ambil dr album fesbuk smkda~

Pintu utama SMKDSA a.k.a sekolah saya dari form 1 till form 5!!


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!





Wednesday, March 30, 2011

Ribut Kencang di Kuala Nerang Rosakkan 24 Buah Rumah


KUALA NERANG, 30 Mac -- Sepasang suami-isteri warga emas nyaris menjadi korban pertama ribut kencang dan hujan lebat yang hampir meranapkan rumah mereka di Kampung Ulu di sini dalam satu kejadian petang semalam.

Menceritakan detik-detik cemas yang dilaluinya, Tam Mat Diah, 86, berkata dia sempat bertakbir sebaik bumbung rumahnya ibarat pondok yang menjadi tempat tinggal dia dan isterinya diterbangkan angin kencang beserta hujan lebat.

Kediamannya mengalami 80 peratus kerosakan akibat bencana itu dan tidak dapat dibaiki, kata Tam namun beliau bersyukur kerana Allah SWT turut melindungi isterinya, Rokiah Abdul Rahman, 85, daripada sebarang musibah.

"Saya hanya sempat mengambil tikar mengkuang untuk menutup Rokiah yang terlantar akibat lumpuh daripada terkena hujan dan kayu yang jatuh dalam kejadian bermula kira-kira 7.15 malam tadi," kata Tam semasa ditemui, hari ini.

Katanya Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim berjanji mendapatkan sebuah rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk mereka.

"Buat sementara waktu saya menumpang di rumah anak saudara, Zulkifli Abdullah, 48, yang tinggal bersebelahan rumah kami," kata warga emas itu yang bergantung hidup kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan sejak tiga tahun lepas.

Beliau menganggarkan kerugiannya lebih RM3,000 manakala Zulkifli pula kerugian lebih RM10,000 kerana hampir keseluruhan bumbung rumahnya diterbangkan ribut dan air hujan memusnahkan peralatan eletrik serta kelengkapan rumah.

Seorang lagi mangsa dari kampung sama, Rosdi Abdul Aziz, 42, penoreh getah, kerugian hampir RM10,000 kerana sebahagian bumbung rumahnya diterbangkan angin dan dahan pokok menghempap rumahnya.

Menurut Syed Sobri beliau mengambil sikap proaktif membantu mangsa-mangsa ribut dengan membaiki apa yang patut dan menebang pokok-pokok yang menghalang laluan.

"JKM hanya beri bantuan segera dalam bentuk makanan....takkanlah nak biarkan bumbung rumah mereka ternganga (terbuka). Di mana mereka hendak tinggal. Nak tunggu bantuan agensi kerajaan tak tau bila....dalam masa bencana inipun mereka masih kerja ikut waktu pejabat. Inilah masalahnya.

Syed Sobri turut melahirkan perasaan kesal terhadap kerajaan negeri Kedah yang seolah-olah melepaskan tanggungjawab kepada ADUN Barisan Nasional (BN) malah tambahnya selepas kejadian ribu pertama berlaku di kawasan itu pada Ahad lepas, Anggota Parlimen Padang Terap dari PAS, masih tidak kelihatan.

Katanya beliau menggerakkan Unit Task Force ADUN Kuala Nerang seramai 20 orang bagi membantu mangsa ribut sejak kejadian ribut itu berlaku Ahad lepas.

Sementara itu, ribut kuat lebih dua jam itu merosakkan 24 buah rumah di tiga kampung dalam DUN Kuala Nerang iaitu 21 di Kampung Ulu, dua di Kampung Banggol Cenerai dan sebuah di Kampung Padang Gelanggang membabitkan kerugian lebih RM100,000.

Tinjauan Bernama di Kuala Nerang mendapati ribut kuat sehingga lewat malam tadi turut menumbangkan banyak pokok dan merosakkan kemudahan awam termasuk menerbangkan papan-papan tanda.

*********************

Kedah adalah negeri saya... Kuala Nerang adalah pekan yang saya redah menanti dewasa. Di Sana sekarang (belah utara la) musim hujan, ramai cikgu² bertauliah tak dapat p sekolah mengajaq especially Ratuhati saya. Anak² murid kebasahan... hik3x.



Tadi sempat juga chatting dengan kengkawan sekolah.. depa pakat duk kalut takut tak boleh nak balik rumah nanti... Mana tidak nya.. jalan masuk pekan kuala nerang sana sini dah bah (banjir). Kalau banjir alamatnya shukri, zana dan kakchik... terpaksa berfikir alternatif lain untuk pulang ke rumah... sob sob sob.

Datuk Syed Sobri Syed Hashim yang perihatin.. beliau juga membantu family saya dalam urusan kes Arwah.. Sedia membantu rakyat..Moga usaha murni beliau di berkati..InsyaAllah ^_^.

p/s: Terima kasih datuk dan jaga diri bebaik if meredah banjir ya kawan²...

Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...