Thursday, February 24, 2011

Bila hati berbicara kirim Award 400++



Hari nih saya nak tepek award dari Nana... Award nih di create untuk follower beliau yang ke- 400++. Terima kasih ya nana =D

Opss!! Tahniah juga untuk nana.. Moga semangat untuk terus berblogging sentiasa menebal... InsyaAllah ^_^

Mode: Pagi tadi line intenet kat sini offline sebab kabel dari Tamparuli ke Kundasang breakdown.. berukband pun turut terkena tempias.. Slow Motion sajork :p


~ Sayang @myn@ ~~


Tuesday, February 22, 2011

Kami bertentang mata dengan dua blogger selangor...

Alhamdulillah... persahabatan yang terjalin di alam maya, membawa saya bertemu dengan mereka di alam nyata... kebetulan juga mereka datang bercuti ke sini. syok sangat dapat bertemu ahli keluarga blogger.. Kita kan sedara di muka bumi Allah s.w.t ini.. mana yang jauh rapat² kan.. yang dekat mesra² kan.. Opss! Jangan melebih sudah..


Blogger sabah vs Blogger selangor (kapten Salleh dan Akak Sarina)

Hari Sabtu malam, dari Kota Kinabalu mereka mendarat ke sini ... Esoknya mereka ke Semporna, Saya tak join coz ada koje.. itu lah kau kapten, ndak kasi tau awal² yang Van tu besar gedabak.. kalau tak sure saya dan Deem join family kamu ke Sampolna.. Pagi tu baru kasi tau.. Plan mengejut sungguh.. Up up jadi. memang stail Mr.A nih..

Petang Ahad sempat juga saya curi² masa ke tempat penginapan mereka (Kuhara court). Akak Sarina sms yang mereka dah balik ke sini.. Saya minta izin dengan Mr.A nak ke sana sekejap.. kasi touch touch dulu dan bicang aktiviti esok hari untuk mereka.... kunun welcom drink..



Semalam.. saya bawa mereka jenjalan sekejap sementara menanti jam 4 petang untuk ke Lapangan terbang.... nasib baik ada anak jati sabahan yang boleh tolong ala² tourist guide gitu.. See picca di atas tu.. Thanks ya Deem.


Akak sarina dan suami, belek jangan tak belek.. berpuas hati baru beli...

Shoping ke Central Market (Pasar gantung). Saya baru perasan semalam nama real pasar gantung tu.. selama ni saya pun duk panggey pasat gantung. sebab pasar kering sana nun nama dia pasar tanjung. Time rest kan semalam.. parking sangat susah.. dalam duk mencari parking saya perasan sign board pasar ni.. Ada hikmahnya kita pusing² mencari parking semalam..



Kain baju, kain batik sarung.. made in Indonesia.. kak Rubi siap mencium lagi haruman baju tidur cap Gajah putih.. Wangi katanya.. hehehe!



Bila penat mencuci mata.. si kecik mirul dah mula membicarakan oder untuk lunch.. Lucu betul mirul nih.. Kami membawa mereka makan di gerai nasi lalap..



Nak jadi cerita.. Mereka bertemu dengan makcik gerai Nasi lalap ni..Orang jawa.. terus bercakap jawa dorunk.. Saya senyum² sahaja.. nak menyampuk tidak pandai...


Bersama Deem, akak Sarina, akak Ruby dan adik sara.

Selesai makan.. bawa mereka berjalan² di tepi laut. Time ni air laut surut. Euwww.. geli tengok lumpur tu TAPI syok tengok bot² di belakang tu... hik3x. Pakat² jenjalan bergambar, berposing kenangan..



Hampir jam 4 petang, baru saya hantar mereka ke Kuhara Court semula.. Saya sangat happy dapat bertemu dan bawa mereka jenjalan.. senyuman saya sama seperti senyuman mereka dalam picca di atas ni.. Thanks ya Blogger Selangor dan family.. Mohon mahap jika ada kekurangan dari saya sepanjang kamu semua ada di sini... Lain kali mai lagi na.. kita plan p pulau puloks... InsyaAllah ^_^.

Mode: Tahun lepas bertentang dengan BloggerSabah, Semalam BloggerSelangor dan esok lusa blogger blogger blogger..tettt!! ^_^



~ Sayang @myn@ ~~

Sunday, February 20, 2011

7 finalis pilih kasih musim ke-2 (PK2)

SELEPAS 10 minggu beraksi di Pentas Pilih Kasih 2 (PK2), malam kemuncak untuk mencari sang juara akan berlangsung Ahad ini di Auditorium Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Negeri Sembilan, jam 9 malam di TV2. Seramai tujuh artis Pilih Kasih akan berentap.

tujuh finalis pilih kasih

Sumber: mStar

Mereka ialah Jay Iswazir 29, Ku Hariz 26, Yuzwan Yunus 24, Nur Jannah 24, Livonia 20, Mira Amanas 20, dan Lia Natalia 19. Malah, apa yang pasti cabaran bagi artis Pilih Kasih di malam kemuncak nanti lebih mencabar berbanding minggu sebelumnya.

jay iswazir dan lia natalia

Minggu akhir ini menjanjikan kelainan dari bentuk persembahan iaitu finalis harus bermonolog. Malah, bagi drama pula skrip akan diberi di set penggambaran. Ia bertujuan untuk mengasah minda finalis supaya bersedia terutama secara spontan.

yuzwan dan myra amnas

Manakala teater pula, lebih menekankan kepada tema lebih glamor dan menyeronokkan. Bertemakan kehidupan remaja di kolej, sudah tentu ia mencabar kerana finalis juga perlu menyanyikan beberapa lagu baru yang dicipta khas untuk teater itu.

livonia dan ku hariz

Penerbitnya, Rosyam Nor berkata masih mengekalkan format sama seperti pentas akhir Pilih Kasih yang lalu, pemarkahan finalis mewakili sebanyak 50 peratus daripada beliau dan 50 peratus lagi juri profesional. Markah juga berdasarkan laporan pengarah mengenai disiplin dan tingkah laku finalis...

nur jannah

Menyentuh soal mengapa Rosyam memilih tujuh finalis untuk berentap pada malam akhir yang sepatutnya enam orang saja yang layak, katanya semua finalis itu bukan saja memiliki bakat, tetapi masing-masing sudah berjaya menampilkan persembahan yang bagus.

“Saya tahu ramai bertanya dan mempersoalkan mengapa Nur Jannah yang berada di tangga tidak selamat selama enam minggu akhirnya layak ke peringkat akhir. Ini kerana, biarpun penonton kurang mengundinya, tetapi saya melihat Nur Jannah memiliki bakat.

“Malah, ketika persembahan pada minggu ke-10 lalu, Nur Jannah mendapat markah kedua tertinggi di kalangan artis Pilih Kasih yang berentap. Jadi, ia membuktikan Nur Jannah harus diberi peluang dan sokongan untuk terus berjaya.

“Maka, saya tidak membuangkan kerana kesungguhan ditunjukkan. Justeru, saya harap penonton memahami situasi ini kerana tujuan Pilih Kasih 2 diadakan pun untuk menggilap bakat baru industri lakonan tanah air. Jadi, peserta berpotensi perlu diberi peluang,” katanya.

Ditanya pula perancangan Rosyam untuk terus menerbitkan Pilih Kasih 3, katanya kini semua itu masih dalam perbincangan. Katanya bagi terus menerbitkan program yang besar seperti ini tidak dinafikan Rosyam memerlukan sokongan daripada pihak penaja.

Ujarnya, barangkali ramai beranggapan beliau meraih untung besar sebagai penerbit Pilih Kasih kerana mendapat kerjasama daripada Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan penaja utama seperti TM. Katanya semua itu andaian tidak benar kerana apa yang dilakukan itu hanya demi industri hiburan tanah air. semuber: my Metro


Picca sumber: Website Pilih kasih


~~ Sayang @myn@ ~~



Saturday, February 19, 2011

Contest: Senyum tak nampak gigi dari Muas

Saya di tag oleh atie pcoyo untuk Join contest! Weheh heh hey...

Majoriti picca yang di rakam kan pasti menampakkan susunan gigi saya.... Susah juga mau mencari picca untuk join contest dari Muas nih... Tolong faham ya di situ, mencari picca ya.. bukan syarat² contest...

Syarat² untuk contest senang sajork... boleh terjah kat blog Muas selaku pihak penganjur.. Menurut muas, hadiah adalah rahsia.. Tarikh tutup contest pada 27 Februari 2011.

Picca yang saya pertaruhkan...



Ini dia... ahak ahak. Bergambar syok sendiri di perkarangan kampung kawan yang sama² join saya ke event tajaan pihak Nuffnang tahun lepas... Wish me luck.. InsyaAllah.

Opss!! saya kena tag 5 orang blogger untuk sama² join... :-)
  • deem ==> http://deem2884.blogspot.com/
  • Munna ==> http://manmunna.blogspot.com/
  • CtNurkhijah ==> http://naufalnnureen.blogspot.com/
  • Ifa ==> http://tiefazatie.blogspot.com/
  • Hanisah ==> http://hanisahhamid56.blogspot.com/

~~ Sayang @myn@ ~~




Friday, February 18, 2011

Preview: Hardy boy punya blog!

Wahhh wahh!! buat segmen "preview" untuk blog rakan sepejabat saya...Lebih kurang backlink la kan.. Sebelum nih saya memang ada buat cam gini untuk blog adik dan kawan² yang seangkatan..tapi tak ada pula letak tajuk "preview"cam tu.. hehehe!! siapa yang terpilih tu boleh la senyum² sampai telinga ya... Moga uols hepy² dalam berblogging.. jangan ada rasa iri hati senang cerita dengki antara satu sama lain.. Semua tu tidak ada paedahnya.. Dunia semata²..


Kepala hotak saya sekarang nih keliru... bak kata kawan sepejabat "be profesional". okeh i will try walaupun sukar untuk terima... InsyaAllah.. Tapi kekadang saya terpaksa menjatuhkan ari mata demi menghilangkan calar di hati.. huh! Dengar pula muzik di blog Hadi nih.. lagik lah membuat kan jiwa saya tersentuh...Kalau tak percaya cuba uols dengar!

Di blog nya banyak penulisan berunsur ilmiah dan isu² semasa.. Iya lah tugas seorang Engineer bertukar kepada seorang pendidik.. Aura Engineer berjaya tetap ada.. hik3x. Salute lah dengan pilihan kau hadi.. Kau lagi hebat dari saya.. Alhamdulillah ^_^.

Saya paling tertarik dengan entry nih kisah Pocong! . Yang lain² pun best! Apa yang di ceritakan nya saya terasa seperti bersebelahan sahaja dengan saya.. Lagi pun kami tinggal satu taman di perantauan nih.. Uols cuba lah baca dan amati setiap baris yang di coretkan hadi..Pasti uols tak bosan sebab dalam coretan nya ada selingan lucu dan ada seram.. Baca ehh SiNi.

Okeh... sampai sini dulu untuk entry preview pertama dari saya.. ewwahhh!! Ohh ya. hari ni jumaat kan, time rest panjang... Yabeda beduuuu!


~~ Sayang @myn@ ~~

Thursday, February 17, 2011

Adik makan penguin.. Dasyatt!!!

Tadi boleh adik bongsu saya nih buat lawak sengal... Kalau duk dekat mahu saya cepuk kepala dia.. bagi kesedaran.. Ewwahhh!



Boleh2 dia cakap nak makan penguin.. Nakal betul dia sekarang... Di sana esok cuti sekolah...Jadi saya tak sentuh pun tentang koje sekolah dia... Biar lah dia rest kepala hotak untuk hari ni. tadi kan seharian di sekolah.. mesti penat...



Ha tengok tu.. dengan pelbagai mimik muka dia send.. Ohh ya.. sekarang nih dia dah pandai memulakan bicara dengan memberi salam.. tak cakap hello dah... Maybe adik badik saya yang lain tolong tegur, ataupun dia ada baca entry saya tempoh hari.. Wahhh satu perkembangan yang bagus untuk dirinya.. Alhamdulillah..

Haikal adik yang baik dan bijak.. Belajar rajin2 ya sayang!!!

&

Love u more sweetheart!!



~~ Sayang @myn@ ~~





Dulu Proton, sekarang Honda pula dipanggil balik

Ermm, hari ni...Honda puloks!! Meh baca di bawah...

honda 2009

KUALA LUMPUR: HONDA Malaysia Sdn Bhd memanggil balik 23,636 unit kenderaan jenama itu bagi menggantikan ‘lost motion springs’ dan ‘retainers’ yang menjadi punca enjin berbunyi bising dan berpotensi menyebabkan ia terhenti.

Ketua Eksekutif dan Pengarah Urusannya, Yoichiro Ueno, berkata daripada jumlah itu, 21,956 unit membabitkan model City keluaran 2009 dan 1,680 unit lagi model Jazz keluaran 2009 dan 2010.

Bagaimanapun, beliau berkata, model Honda yang dijual dalam pasaran ketika ini tidak terbabit berhubung masalah berkenaan.

******************************

Tahun lepas dalam bulan Oktober... Pihak proton memanggil semula Model Gen2 CamPro untuk membantu menyelesaikan problem "Clock Spring".Kalau ikutkan tahun pengeluar, Mish pepel tersenarai, tapi Mish Pepel tak terlibat , sebab Manual. Kalau lah Auto kompem dah terlibat secara langsung...

Jadi kepada readers saya yang memiliki Aset dari Honda model City dan model Jazz keluaran 2009, mohon ya bagi kerjasama... Give and take.. sebab kita tidak tahu apa kemungkinan yang akan berlaku jika di biarkan... So pihak Honda dah bagi green light untuk membantu...don't lengah2.. caragasss!!!


~~ Sayang @myn@ ~~




Kami turut menyumbang peningkatan melebihi 7.5 juta jualanNya di Malaysia!

7.5 juta......Fuhhhh!!


Picca adik saya yang aktifast itu.. taik lalat manis dekat dahi.. ;p

KUALA LUMPUR: Lebih 7.5 juta telefon mudah alih bernilai lebih RM4.5 bilion dijual di Malaysia tahun lalu. Menurut kenyataan syarikat penyelidikan pemasaran, GfK Malaysia, ia adalah peningkatan 24 peratus unit telefon dan peningkatan 30 peratus nilai keseluruhan industri berbanding 2009.

Pengurus Besar GfK Malaysia, Jennifer Chan, berkata telefon pintar adalah penyumbang utama kepada peningkatan prestasi industri itu. Katanya, sejak awal tahun lalu, nilai jualan telefon pintar meningkat setiap bulan dan menguasai 72 peratus daripada keseluruhan jualan telefon menjelang Disember.

"Pergerakan yang lebih meluas dan keperluan untuk berhubung bagi melaksanakan kerja dan tujuan lain adalah sebab peningkatan pemilikan telefon pintar. Kami menjangka jualan telefon pintar terus meningkat tahun ini dan seterusnya," katanya. - BERNAMA

**********************************



Mana tidak turut menyumbang.. tahun lepas sahaja 2 henset baru saya terpaksa beli. Satu untuk Mr.A dan satu untuk saya.. Untuk Mr.A tidak perlu di bangkitkan TAPI untuk saya sedikit tercalar bila di kenangkan.. calar seperti tercalarnya tubuh Sony Ericson tersebut.. Nak tahu apa yang terjadi boleh baca SiNi dan SiNi...

Saya memang terpaksa beli juga henset ketika itu... Sangat susah untuk perhubungan saya dengan Mr.A. yang menjalankan ops fajar di perairan somalia nun.. Awal tahun beli henset.. pertengahan tahun pun terpaksa beli henset juga. Mujur hujung tahun tak jadi beli yang diinginkan tue... kalau tidak 3 unit VS angka kami sumbangkan dalam 7.5 juta tersebut... :-)

Mode: Teringin nak pakai BB... ahakss!!!


~~ Sayang @myn@ ~~

Wednesday, February 16, 2011

AA botak... hehehe!!



Fokus dekat budak yang tidak berbaju tu yea.. Kepala dah botak. Budak² kicik nih kan.. bila di potong rambut mesti nampak macam makin besar jerk kan.. Macam nak cubit² dan gigit jerk...Geramssss!!

Tak apa AA... MakNgah dah belikan baju baru untuk AA.. Nanti kan kedatangan nya ke tangan tok yea... Nanti AA pakai tangkap gambar na.. pehtu kita WebCam sama². MakNgah nak tengok.. Miss u a lot sayang!!!!!

Mode: Rindu AA... rindu sangat². Dekat Mr.A pun berganda² rindu... hik3x.


~~ Sayang @myn@ ~~

Tuesday, February 15, 2011

Ai Love you!!

Meleret² senyuman bila tengok gelagat adik bongsu saya nih... Saya selalu juga belek² dekat wall dia.. *Pecahwahsia* ala tak apa..itu semua untuk kebaikkan adik bongsu saya... Risau juga takut dia tersasar hingga tak ingat kerja sekolah... Jadi sebagai akak yang jauh di perantauan nih.. memantau, membantu dan membendung gejala yang kurang sedap di dengar itu berlaku... Mr.A sendiri pun boleh addict FB.. apa lagi budak kicik nih....kann kan!!



uihh bukan main. tak habis² dengan simbol Love.. bersepah² di wall dia.. Kalau chatting pula.. pelbagai mimik muka dia send.. ayat pertama untuk chatting.. mesti "hello". hehehe! macam cakap telepon pula.. Saya selalu berbual dengan Mr.A tentang telatah adik bongsu saya.. kekadang mencuit hati kami.. Kalau dia tidak sekolah.. mahu kami hambik dia duduk sini sambil teman saya..

Perasan tak ayat yang saya reply.. di taip sebijik².. tidak ada shotform.. Saya juga sudah tegur kakak, abang dan adik² yang lain.. kalau ada berinteraksi dengan adik yang bongsu nih cuba elakkan daripada menggunakan shortform.. Takut nanti adik bongsu keliru dalam menggunakan bahasa... Paling saya risau... nanti dia buat karangan guna shortform.. Jenuh puloks!

Opss!! saya teringat hari tu... adik saya yang aktifast tue, kira kakak kepada adik bongsu saya.. akak nya ada post di wall dia.. sekali akaknya reply guna henset.. Situasi interaksi mereka lebih kurang macam nih..

Akak: ................
Adik: .........
Akak: .............. [Via celcom sms]
Adik: Apa tue?
Akak: Ntah [Via celcom sms]

Adik bongsu saya tanya.. apakah maksud yang akak nya tulis di hujung tu... Di sini jelas adik bongsu saya tergantung..tidak bertemu jawapan.. :-(

Tapi semua tu saya dah tolong clearkan... Perkara yang saya tekankan setiap kali dia on9 adalah tentang koje sekolah dia.. Ada cara saya sendiri nak tanya dia.. kang melulu tanya.. boleh tersentap budak kecik nih.. last² bosan tak mahu chatting dengan saya dah.. lagi haru biru..

Tak bagi create akaun pun tak sesuai juga, bil stremyx kat umah free² jerk bayar. weekend jerk kot baru digunakan sepenuhnya... Dunia IT.. dunia tanpa sempadan.. So kena pandai² kawal... InsyaAllah ^_^


~~ Sayang @myn@ ~~


Mereka di tepi sawah padi yang menghijau.. bestnya!!

Kebetulan tadi Mr.A minta saya tranfer kan semua picca modified kereta yang telah di muat turun ke dalam henset beliau.. Alang² henset dah terconnet ke lappy saya.. saya geledah lah semua picca² yang tersimpan di dalam henset beliau... Tupp tupp!! saya terjumpa picca mereka berdua bergaya di sawah padi nan hijau nih... lalalalala~~

sawah padi bendang raja

Picca nih dah lama tersimpan di dalam henset beliau... Kira stok tahun lepas punya lah.. Masa kami sama² balik bercuti di kampung hari tu. No wonder lah saya tak jumpa picca nih.. rupanya tersimpan rapi di dalam henset beliau..



Bukan main mereka berdua bergaya.. dua orang pun jadi koje, abang snap picca adik, adik snap picca abang... Macam mana lah reaksi mereka berdua ketika ni kan.. Mesti mulut budak kecik nih.. "Abang mai cheq ambil gambaq abang pula".



Saya tidak terlibat dalam slot nih coz masa nih saya dan ratuhati bergerak ke PERLIS untuk menghantar adik bongsu saya yang ke-2 balik ke Politeknik..



Mr.A tidak ikut saya ke perlis sebab beliau nak ke pekan untuk gunting rambut.. Adik saya yang paling kecik nih pun tak ikut sebab Mr.A tak join katanya. Bila Mr.A ada di rumah, begitulah dia..melekat jerk dengan Mr.A.. Elok juga dia tak ikut kami.. Boleh juga teman Mr.A ke pekan dan gunting rambutnya sekali.. Lagipun sekolah dah nak berbuka tidak lama lagi.. Sangat² syesyuai~~



Gaya mereka pun banyak yang hampir sama.. Ambil gambar abang duduk, sat g ambil gambaq adik pun duduk juga.. heh!



Akhirnya entry ni di tutup dengan gambar merempit dari adik bongsu saya.. merempit lah konon.. sapa hajaq nih ha.. kerat kaki kot.. :p

Mode: Bestnya kalau hari cuti begini duduk di kampug.. Ohh kampungKu... Rinduuu~~


~~ Sayang @myn@ ~~



Monday, February 14, 2011

Penumpang setia.. ahakss!!

Seperti yang saya katakan selalu.. Bila ada Mr.A kompem la saya malas mau memandu.. Setia sahaja di sebelah.. Naik motor nie terasa juga nak memandu.. tapi Mr.A tak izin... Mr.A masih trauma dengan kes kemalangan arwah adik saya di sandakan sana.. Kalau dia memandu tak apa.. saya??? Nehi Neheyy kush Bata heyy!!



Pernah saya memandu motor ke opish tanpa pengetahuan Mr.A.. Dalam hati nih berdoa banyak². "minta² selamat pergi dan pulang". Lama mana sangat saya boleh berahsia... lama² pecah juga... Mr.A dapat hidu jerk.. terus saya kena khutbah... ngeh ngeh ngeh!!





Ha hambik kau... penumpang setia sangat!! sampai tertidur saya di belakang.... Mr.A bagus punya duk senyum... ^_^

Esok cuti umum sempena Maulidur Rasul.. selamat bercuti kepada semua readers dan selamat menyambut hari ulangtahun pertubuhan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) yang ke-6 untuk kengkawan Arwah adik saya :-)

Mode: Al-Fatihah untuk Arwah Mohammad Adam Hafis..


~~ Sayang @myn@ ~~


Friday, February 11, 2011

Sedapnya minum air nyok...

Hahaha!! siapa tak kenai air nyok. Orang utara mesti tau apa itu "Nyok... Kalau bahasa buku nya "kelapa" bukan "kepala" ya... Uihh lain puloks bunyi nya.. *sambiltutupmuka*

buah kelapa

Last weekend, kami jenjalan petang ke bandar... Mr.A nak cari barang untuk di bawa ke pangkalan sana.. Masa on da way nak balik ke rumah.. Mr.A lalu ikut jalan highway. Ternampak pula pasar jualan buah-buahan, kami tak tahu pun kat situ ada jual buah.. Alang² dah lalu situ.. singgah lah membeli juga.. ahakss!



Siap minum di situ.. Mr.A paling suka air nyok... memang dari kecik² lagi.. jaguh memanjat pokok nyok juga ni... dah bapa kali jatuh, tapi tak pernah nak insaf..tak apa sayang tak yah insaf, nanti ayang tak merasa la air nyok dari abang.. ahakss!! .

Kalau balik kampung tok di Segantang garam, Merbok sana... Hmm.. mesti dia p langut kat pokok nyok tu..Kalau ada buah muda.. ha siap, macam spiderman... Saya pula tukang
ngap saja..



Ramai orang singgah minum di situ.. family² ramai..mungkin mereka datang bercuti di sini. Sayangnya tak ada kerusi untuk duduk.. jadinya terpaksa la semua minum berdiri.. Kalau ada kerusi... Ouhh indahnya.. sebab lokasi berdepan dengan laut.. kena pula angin laut di petang hari...




Saya tak dapat nak minum abis sebiji... Lagipun Mr.A cakap tak bagus untuk urat. "sat lagi urat kembang". Jadi Mr.A yang habiskan semua..


air nyok kelapa

Air dah licin.. time untuk makan isinya yang lembut dan manis itu.. nyum3x.. Kalau di rumah boleh minum isi dengan air serentak.. lagi sedapp kan! Macam mana cara pun.. kami sudah habis minum air nyok :p. Selesai bayar kat uncle tu, kami pulang ke rumah... Home sweet Home ♥ ♥ ♥


~~ Sayang @myn@ ~~


Thursday, February 10, 2011

Nasib baik...

Ya nasib baik internet di opish baru saya nih baik sahaja hari ini.. Selalu pandai vangang² juga if ada student atau staf melayari internet di sebelah sana² nun.. saya pun tak faham kenapa mesti terganggu.. ;p

kadang² malas nak tegur student ni... dorunk kan dah besar panjang.. cakap sepatah. seratus patah dia kasi kita balik.. hmm! Tapi kalau terpaksa sangat.. sure saya mengeluarkan taring power rangers (ayat deem) saya.. mana tak nya kalau staf di sebelah sana nun complain.. daripada makan dalam... baik saya keluarkan kuasa taring yang ada.. ahakss! Kalau tiada staf complain saya biarkan sahaja.. Saya on9 guna berukband sendiri...

Opis lama dulu line internet tiada masalah sangat, coz saya boleh tarik wireless dari kedai uncle sebelah.. dah pindah opish baru ni... nak tarik dari mana... jauh noks..

Hari ni saya ada 4 unit komputer yang perlu di downgrade ke XP. jenuh juga nak match kan driver coz driver yang sedia ada tu untuk vista.. Macam saya kata dari awal tadi.. nasib baik line sini sangat clear - LINE CLEAR~~ Walaupun tak selaju monorail... boleh la juga pelan² kayuh..



Hari ni saya terpaksa rekod dulu laporan yang ada, dan ada juga saya menolak kerja² hakiki.. mahap ya staf auto.. nanti saya p setelkan... InsyaAllah.. Ada juga permintaan staf yang urgent nak saya merawat lappy mereka.. Saya bukan tak boleh buat serentak.. tapi saya tak jamin sebab kepala hotak saya duk serabut dengan 4 unit PC ni.. Staf itu pula nak pakai urgent selewat²nya petang ni dia mahu siap.. hmm! memang saya tak jamin.. kang nanti tak dapat siap.. tak pasal² kena marah... marah tak apa, kalau kena maki..Euwww. :-(

*Saya maki dia baliks... hahahaha!!


~~ Sayang @myn@ ~~

Wednesday, February 9, 2011

Jalan-jalan cuci mata di Funfair

haihai readers..

Cuti CNY baru² nie saya memang tak ada plan nak ke mana² setelah plan yang diaturkan tu cancle dan di kukuhkan lagi dengan keadaan Mr.A yang kurang sehat... Kompem la nak jenjalan jauh² pun jadi tak seronok... Kalau Mr.A ada di depan mata, tahap kerisauan tu boleh di kawal lagi...

3hb tu, adalah 1st day Mr.A koje selepas 2 hari MC... Pagi tu saya dengan sukarela nak jadi driver kepada Mr.A pun tak dapat.. Makanyaa 3hb tu saya sangat² bosan di rumah.. Nak keluar jenjalan hujan la puloks, jadi saya membuat lah aktiviti sendiri di rumah.Rasanya makan, tidur yang lebih.. kui kui kui.. itu yang sampai terhasilnya Koeyteow sup!. Tak sangka pula Mr.A duty 3hb sahaja. 4-6hb tu Mr.A Off...

Uihh sangat seronok saya bila Mr.A off sebab tahap kebosanan saya akan menurun secara mendadak.. Malam tu kami menghabiskan masa lapang yang ada jenjalan di Funfair. Lama dah Funfair ni open.. tapi saya tak ada kesempatan nak ke sana. :-(



Kami pusing sekeliling perkarangan Funfair.. pelbagai game ada. setiap booth kami singgah tengok game hingga membuatkan saya teruja juga nak join game.. tapi nafsu ini masih boleh di kawal.



Hati kecil saya berbisik, dari awal sebelum gerak tadi, nak masuk rumah hantu.. jadi itu jerk saya mahu... yang lain.. tepis² ke tepi dulu...




Mr.A ada juga hint² saya.. tapi saya tetap dengan pendirian saya. *Rumah hantu*. Akhirnya saya berjaya tutup mulut Mr.A.. saya cakap.. tak berbaloi sayang. 1 token RM2, setiap permainan.. paling kurang 2 token.. wink*wink~~



Manusia sangat ramai.. mereka pun bersemangat seperti kami.. Masa saya teruja nak masuk rumah hantu, tetiba generator ke genset saya tak pasti, yang pastinya meletup.. BoM! dekat sangat dengan tempat kami berdiri.. terus semua bekalan lektrik terputus. gelap gelita persekitaran Funfair untuk seketika.. Saya dengar suara kanak² memanggil IbuAyah mereka.. Ada yang masih tersentap di atas.. mustahil nak lompat, tinggi.. haiyoo~~

Tak lama lepas tu.. elektrik "On" semula.. Alhamdulillah, TAPI semangat nak masuk rumah hantu hilang serta merta.. terus ajak Mr.A balik rumah...



~~ Sayang @myn@ ~~



Friday, February 4, 2011

Vitamin C dan asid folic.. Moga diberkati :-)

Terima kasih kepada rakan² dan isteri rakan Mr.A yang memahami situasi kami.. Mesti depa duk bersembang kan... biasa lah suami isteri mesti berkongsi cerita.. haipp haipp!

Hari tu saya ada juga terbaca massage di fb Mr.A.. sangat² menyentuh perasaan saya dengan ayat "Mungkin ada kesilapan di antara aku dengan Allah, sebab tu Allah menguji aku". Panjang menjela depa berbincang. banyak ayat yang menggamit perasaan saya. tapi saya just amik yang itu sahaja..

Massage tu Mr.A kirim kan dengan kawannya.. orang lelaki kan.. bukan nak tunjuk masalah yang depa lalui.. tapi kalau kita selalu ada dan selami satu persatu.. kita akan dapat cungkil sikit².. Di depan saya.. Mr.A tabah dan selalu memberi semangat kepada saya supaya tidak terus down, bila setiap kali misi yang di hajati tak kesampaian. tapi hakikat sebenar.. diriNya yang menahan segala²nya.. kesiannya dekat Mr.A... *airmatamengalir* sob3x.



Okeh.. berbalik kepada cerita tentang Vitamic C dan asid folic nie.. seperti dalam gambar di atas lohh. sebenarnya itu semua pemberian dari isteri kepada rakan Mr.A. Kalau tak silap saya.. dia bertugas dalam bahagian medic di pangkalan nun.. Kalau silap saya mohon mahap ya, sebab saya sendiri belum pernah bertentang mata dengan wanita yang kirimkan bungkusan putih berlabelkan Farmasi angkatan tentera nih =D

Sekarang susah sikit saya nak ke sana... kalau ada rumah sendiri macam mula² dulu senang nak bermalam. kalau nak pergi dan balik hari.. mau kejung aurat tak pun terus saya pingsan seketika... huhuhu!

Sebelum nih saya ada makan asis folic yang macam nie.. bila dah abis saya tidak pergi amik dah sebab doktor sini tak mesra pelanggan. huh! malas nak ingat.. sedih~~ saya beli jerk dari farmasi tapi bukan jenis pil kecik² macam ni.. kata gadis farmasi tu.. ubat yang saya beli ni terkandung sekali asid folic dalam tu..saya akur~~ sebab asid folic penting untuk ingin hamil, tambah² di peringkat awal kehamilan.. kann kan!

Mode: Alhamdulillah.. dah 3 hari saya mengambil pil² yang dikirimkan ni.. Moga jasa baik kalian suami isteri di berkati Allah s.w.t.. InsyaAllah ^_^.


~~ Sayang @myn@ ~~

Thursday, February 3, 2011

Teringin koeyteow sup puloks!!

Semuanya angkara terlelap di siang hari...

Cuaca petang tadi, sangat² mengundang kelopak mata saya untuk pejam....tambah² puloks hujan sesaja.. Nak keluar malas.. boring juga seharian di rumah.. sms dengan Mr.A.. tak boleh lama². Mr.A ngah duty.. mengganggu Mr.A saja.. Ada juga saya memeriahkan suasana di alam maya..tapi lama kelamaan kelopak mata saya semakin beratttt dan berat.. -dibuai lena selama 1 jam lebih* hehehe!!

Terjaga dari tidur.. perut saya nih turut menyambut pembukaan kelopak mata saya.. dalam kepala hotak nih terlintas nak makan koeyteow sup.. *tetiba sahaja*. Jenguk² dalam peti.. ayam ada dan sayur pun ada. paling penting koeyteow tu.. nasib ada..lebihan saya goreng untuk Mr.A pagi semalam..itu semua sudah memadai untuk melengkapkan menu koeyteow sup yang saya idamkan....tapi tak da lah sempurna seperti di kedai nun..



See.. kan saya dah cakap simple sahaja.. Alhamdulillah dapat juga memenuhi permintaan selera saya yang memuncak tadi.. hahaha!! sekarang dah licin.. saya masak sikit sahaja~~

Mode: selalu marah Mr.A yang susah nak makan nasi.. nampaknya saya pun sama.. tak da selera pula nak makan nasi bila tinggal sorang². huhuhu!!


~~ Sayang @myn@ ~~

Saya cuti tapi Mr.A mula koje.. hmm!!

Hari ni ramai yang bercuti kan.. ada juga yang koje. Tak apa.. payment triple tu.. Ehh Mr.A tak dapat triple pun..sama saja.. hehehe!! Mana yang off tu, masing² dengan plan yang sudah tersusun kan.. begitu lah dengan saya sebelum ini. Tapi semua plan itu last minit cancle.. Tak apa setiap yang tersurat itu kan indah..



Semalam hati saya sangat terusik bila kengkawan di semananjung sana...Majoriti status di wall fb.. "balik kampung". Cemburu wehhh! saya kalau boleh nak juga balik..cuti lama katakan.. tapi itu lah.. setiap yang tersurat itu kan indah. (ayat nak memujuk diri).



Plan awal² dulu antara saya dan kengkawan.. kami plan nak turun sandakan. jenjalan di sana. tapi salah seorang daripada partner saya ada prob kewangan.. saya fikir masalah itu boleh di atur dan saya langsung tak cakap dengan Mr.A lagi yang plan tu cancle.. Kebelakangan ini kan hujan tak berhenti.. sana sini banjir. termasuk lah sandakan sana.. jadi memang kompem la tak dapat nak jenjalan ke sana..

Mr.A memang dari awal lagi tak berani nak berjanji dengan saya.. coz Mr.A tahu koje nya bukan menentu.. tak ikut office hour macam saya. pernah juga saya tanya soalan sengal dekat Mr.A.. terus Mr.A balas "kalau oarang nak serang bukan dia bagi tahu sayang, terus jerk ke depan" - saya terdiam seketika dan cuba tukar topik :p *padanmukasaya*

Oleh kerana plan tu cancle, mereka² yang lain create plan.. kengkawan ajak saya ke Taman Bukit Tawau (Table). Tapi sayangnya.. saya tak dapat kompem sebab:-
  • Mr.A Gastrik.. dapat MC 2 hari 1 & 2 Februari (selasa & rabu).. Orang sakit kena di belai baik2.. kalau tak nanti sakit makin menjadi2.. pelik betul bila lelaki sakit nih.. manjanya lain sungguh.. =D
  • Mereka bukan setakat picnic sahaja, tapi mau jungle trekking di dalam sana.. saya dengar plan cam tu. memang berat hati nak join. dah la musim lembab² nih. pacat mesti banyak.. Euwwww!!
Hari ni cuti umum.. Mr.A kena masuk duty. Ini merupakan hari 1st Mr.A koje selepas dua hari merehatkan diri.. Pagi tadi saya ingat nak tolong drive untuk Mr.A.. tapi Mr.A tak mahu susahkan saya.. Bimbangnya dalam hati saya ni.Hanya Allah sahaja yang tahu. Mana lah tahu tetiba sakitkan..

Sebelum Mr.A turun pagi tadi saya sediakan nasi putih, ayam masak kicap dan sup sayur. saya suruh Mr.A makan dulu.. kasi kejap perut. puas juga la nak suruh habiskan pun.. Tapi kalau selain nasi laju jerk di habiskan.. saya tak mahu masak koeyteow sebab nanti lapar balik.. Saya baru lepas cakap telefon, Mr.A bagi tahu dah selamat sampai di pangkalan sana.. selalu 1 jam 10 minit cam tu dah sampai.. tapi hari ni, dekat dua jam juga... Tak apa sayang, Biar lambat asal selamat sudah kan. Alhamdulillah~~

Mode: Hari ni..Apa pula plan kengkawan semua!!


~~ Sayang @myn@ ~~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...