Sunday, December 23, 2012

Gemuruh jiwa... kerja tetap kerja!!!


 Tumpang ada kelapangan di opis nih... ehh opis? ya saya ada d opish sekarang!!

Update la sikit... kesian pula kawan² yang mai jenguk sini tapi tak da cerita apa pun yang saya kongsikan... sebelum cerita panjang letak dulu sekeping gambaq dengan puan fara pada majlis arabian night haritu....


Semalam dorunk talifon sebab kontraktor nak masuk ke bilik server untuk kerja² ubahsuai, saya turun.. hari ni lebih kurang sama... selagi tak siap kerja-kerja pengubahsuaian bilik mesyuarat, bilik pengurusan Aset, bilik Server, dan makmal komputer... begini lah jalannnya... tetap kerja di hari cuti...

Rumah sendiri pun tak sempat nak berkemas dengan padu.... main sambar² mana sempat. Kalau orang nak mai ziarah mengejut... confirm angah maluuuu.... habuk jangan cakap bila berumah di tepi laluan kenderaan... hik3x.

Kontraktor nih buat koje sungguh....sampai ke tengah malam... hari khamis baru ni, ketuanya cakap sampai jam 7 malam ja.. saya dengan suka rela.. ok fine saya tunggu.. sekali jam 7... still bertukang.. jam 10 still sama.. last jam 11 terus saya balik.. Besok saya nak koje lagi....  Saya kunci bilik² yang penting... inform pakcik security dan settle terus chowww.. Penat jangan tanya.. maklumlah haritu mandi 1 kali ja..hehehe!

Pada malam tu...security cakap jam 2 pagi baru kontraktor tu balik.. terkejut saya.. Kalau lah saya sabar menanti.. memang besoknya berfikir 50/50 nak turun koje... terus amik cuti lah... hihihi. 

Now.. kerja-kerja pemasangan plug dah kabel network dah selesai untuk dua makmal.. makmal komputer dan makmal aplikasi... ALhamdulillah... tinggai bilik server ja... yang bilik lain² tu bukan di bawah pengawasan saya.. tapi saya tolong tengok juga atas nama warga opis...

Bila fikiran melayang ke interview tu... Saya jadi bengong seketika. Macam² duk bermain dalam kepala...  Readers ada tak siapa² lagi yang dapat interview PPTM nanti... roger² ya....


NotaSepintas: Gemuruh jiwa memikirkan temuduga Penolong Pegawai teknologi maklumat nanti... readers sekalian maya, doakan kejayaan saya ya.. Moga saya dapat menjawat jawatan tersebut. InsyaAllah ^_^




Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!


JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh....

Wednesday, December 19, 2012

Perkongsian 10 Tips Untuk Temuduga


Tips Untuk Temuduga -__-



1. Datang Awal Temuduga
Kalau boleh datanglah lebih awal semasa hari temuduga kerana anda akan berasa tenang dan lebih fokus terhadap sesi temuduga nanti.
2. Pakaian Formal
Khusus bagi lelaki dan wanita, kerja disektor kerajaaan mewajibkan wanita berpakaian baju kurung dan kasut tumit tinggi tidak melebihi 1/2 inci. Lelaki harus berpakaian berbaju kemeja dilengkapi tali leher dan seluar slack warna hitam serta kasut kulit berwarna hitam.
3. Buat Persediaan Awal
Anda harus kaji terlebih dahulu mengenai bidang atau posisi kerjaya anda. Anda juga mempunyai sedikit ilmu mengenai perkerjaan yang ditawarkan.
4. Keyakinan Diri
Eye Contact sangat penting antara anda dan penemuduga. Pastikan anda menggunakan eye contact untuk membina keyakinan diri.
5. Teknik Jawab Soalan
Kalau anda tidak tahu akan jawapan kepada soalan diajukan, anda harus menjawab tidak tahu. Dan jangan pula menjawab tidak tahu untuk kesemua soalan yang disoal.
6. Jujur
Kejujuran sangat penting ketika menjawab temuduga kerana menipu butiran peribadi anda akan menyukarkan lagi proses temuduga anda.
7. Ekspressi Wajah
Walaupun, penemuduga memberi soalan yang agak pedas dan kejam buat diri anda. Anda perlulah senyum dan tenang kerana mereka hanya menguji anda sebenarnya.
8. Elak Bercakap Terlalu Banyak
Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan akan memusnahkan temuduga anda. Hanya jawab perkara yang penting secara terperinci dan ringkas.
9. Jangan Bertanya Mengenai Gaji terlalu awal
Kebanyakan calon yang ditemuduga akan selalu bertanyakan mengenai jumlah pembayaran gaji mereka. Kalau boleh jangan ajukan soalan ini kerana mereka akan menanggap anda tidak bersungguh-sunguh dengan kerjaya.
10. Etika Kesopanan
Hendaklah mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah temuduga anda.






Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!


JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh....

Tuesday, December 18, 2012

Temuduga Jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29


Alhamdulillah... Syukur sangat² pada suratan ketentuan Ilahi....

Rezeki itu pergi Rezeki ini pula datang... Rezeki itu yang saya maksudkan... biarlah kawan² yang berdekatan dengan saya sahaja yang tahu.... Ngee~~

Kedua²nya rezeki yang baik untuk masa depan saya... InsyaAllah. Setiap ketentuan dariNya, pasti  disebalikNya terlindung hikmah yang terindah... Yang penting Rukun Iman & Islam jangan sekadar dimainkan di bibir sahaja... Wallahu'alam.


Mulanya saya dapat sms dari pihak SPA..minta saya buat semakan online untuk tarikh dan tempat temuduga, saya dapat tu time saya tengah lunch di luar... belum sempat saya nak semak pun. Masuk office terkejar² pulak kena masuk metting pendaftaran pelajar yang akan diadakan pada 3 Januari 2013 nanti... Metting punya lama.. Henpon saya set silent mode, Habis metting tengok ada call dari mak.. Rupanya mak nak habaq yang saya ada dapat temuduga Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 nih. Belum sempat saya semak.. Mak dah inform tarikh dan tempat... Alhamdulillah saya dapat interview di area sini juga.. Syukur...

Tarikhnya berdekatan dengan tarikh pendaftaran pelajar baru nanti... Saya kena bincang lain dengan rakan seperjawatan.. Minta tolong cover² tugas saya... Unit saya line clear.. InsyaAllah boleh.. Kalau rakan seperjawatan saya pun dapat temuduga PPTM juga.. Memang bulat² tugas kami jatuh ke PPTM sedia ada.. tapi kalau PPTM sedia ada kena tugas luar time tu... hah pandai² la pegawai pengambilan atur semula... Ngee~~

Saya ada juga search di google tadi untuk persediaan temuduga Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 nanti. Dalam hati nih banyak berdebar oh... kadang-kadang rasa ilmu cukup.. kadang rasa tak cukup... Risau Angah dibuatnya... Normal la kan. perasaan seorang Hamba Allah a.k.a Manusia...

Hasil google tadi, saya dapat terjah ke Laman web Peja... Wife nya pun dapat interview pada 3 Januari 2013.. awal sehari dari tarikh saya... Peja ada kongsikan sedikit maklumat yang boleh dijadikan persediaan untuk temuduga Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29.  Ada 2 katagori soalan iaitu:
a) UMUM = Meliputi isu-isu semasa dan pengetahuan am
b) KHUSUS = Menjurus kepada soalan-soalan berbentuk teknikal mengenai Komputer dan Teknologi Maklumat

Contoh Soalan Umum:
1. Keterangan mengenai pekerjaan anda sekarang (jika bekerja), tentang majikan dan tugas-tugas yang perlu anda lakukan. Anda juga perlu nyatakan sebab-sebab anda memohon jawatan sebagai PPTM.
2. Anda perlu berikan pendapat anda mengenai masalah gejala sosial di Malaysia.
3. Isu semasa lain seperti kejayaan Nur Amalina mendapat keputusan SPM 17A dan calon SPM lain yang mendapat 19A yang menjadi kontroversi.
4. Anda juga perlu ceritakan mengenai sejarah kemerdekaan, tarikh, kronologi-kronologi sebelum merdeka dan pejuang-pejuang kemerdekaan yang terlibat.
5. Anda perlu nyatakan maksud kemerdekaan, tema merdeka tahun ini, dan siapa wakil 3 kaum semasa perjanjian Suruhanjaya Reid di London.
6. Peranan komunis di Tanah Melayu dan siapakah nama ketua komunis pada ketika itu.
7. Nyatakan mengenai institusi Yang Dipertuan Agong, tarikh lantikan, pertabalan, sistem giliran dan tarikh kelahiran Agong.
8. Mengenai Parlimen, Dewan Rakyat, dan Pilihanraya.

Contoh Soalan Khusus:
1. Kaitan antara jawatan anda sekarang (jika bekerja) dengan teknologi maklumat, anda perlu nyatakan pengalaman-pengalaman anda ada.
2. Jelaskan mengenai rangkaian seperti jenis-jenis topologi dan perbezaannya.
3. Jelaskan mengenai firewall, daripada segi kegunaan, jenis dan jenama yang digunakan.
4. Jelaskan mengenai open-source seperti linux.
5. Jelaskan mengenai web browser, jenis-jenis dan perbezaan antaranya.
6. Jelaskan juga mengenai search engine, jenis dan kegunaannya.
7. Nyatakan pengalaman anda membangunkan sistem, kegunaannya dan pengguna sistem tersebut.

 Sumber: Laman web Peja

Saya ada berhubung dengan kawan-kawan DTK.. Tapi kebanyakkan belum dapat keputusan...Harap-harap dorunk pun dapat interview juga.. Hari tu time exam ramai yang dapat.. meriah dengar dorunk bersembang di group tu... Nak buat persediaan pun best... terasa macam time study group... tapi saya tak boleh join, just perhatikan saja pehtu menyampuk la sikit²....hik3x.

Sekarang kalau kawan-kawan yang exam haritu pun dapat temuduga Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29.. Sure meriah lagi dan saya boleh la join sekali =D.

Kepada kawan-kawan dan readers sekalian maya, kalau ada yang tahu dan ada pengalaman dalam temuduga jawatan PPTM mohon kongsikan dengan saya ya... Kalau saya ada info lagi.. saya akan update nanti.. InsyaAllah...  Terima kasih   ^________^

Kepada yang dapat interview nih.. Jom buat persediaan yang termampu dan semoga kita berjaya menjawat jawatan sebagai PPTM. InsyaAllah.





Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!

JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh....

Monday, December 17, 2012

SOLAT SELEPAS HAID : Antara perkara yang di pandang RINGAN!!!



Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..

Dalam BAB TIGA :

" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH : 

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
 - Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
 -Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
 -maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya. 

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah. 

Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!! Sumber: FBEx-Classmate

Saya kopipes sebijik sebijik..termasuk tajuk.. ;-)






Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!


JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh....

Sunday, December 16, 2012

BerUSAHA SABAR dan saling meMAAFkan










Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!

JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh...

Saturday, December 15, 2012

Merah plus hitam di Arabian Night 2012


12.12.12...
 
Cantikkan susunan tarikhnya... Kebetulan hari tu opish saya ada buat Majlis makan malam bersama pengarah a.k.a AyahAnda. Majlis di adakan di hotel Emas, tema yang ditetapkan Arabian dengan dua warna sahaja iaitu Hitam & Merah...

Tapi saya... saja pakai turban biru (dah itu saja yang ada)... abis idea dah memikirkan cara untuk pemilihan costume dengan budget yang rendah... wahhhhh nak jimat!


Saya hantam pakai baju yang ada dalam koleksi... tak fikir dah jubah² segalaNya.. Selalu kalau arab mesti relate dengan jubah kan.. tak semestinya berjubah... terpulang pada diri kita sahaja... Arab moden la katakan =P

Yang ditengah tu salah sorang Pak Arab pada malam tu yang dah berjaya menjual untaNya... So datanglah berkonvo... ekekeke.


King & Queen pada malam tu...

Pengarah tengah meneka siapa kan gerangan anak²Nya yang belitup nih... kecuali saya.. pengarah dah cam awal² lagi.. Maklumlah saya kan kekurangan inci plus banyak bercakap.. hehehe!.. so senang lah nak di teka..

Lagipun sebelum masuk dewan... saya dah bertegur sapa dengan pengarah... wehuuuuu~~



 Bersama kawan² kami.... bergambar kenang kenangan dulu.... Time nih masing² senyum sampai telinga.. Padahal bukan orang nampak pun senyuman kami kan... Kahh kahh kah!

Pengarah datang beramah mesra di meja kami selepas Purdah/Niqab di buka.. Kalau tak buka macam mana nak menikmati hidangan yoo...Rugi la.. tak kan nak tengok sahaja kambing golek yang duk terhidang tu...Rugi kan?

Menikmati juadah yang disajikan.. termasuklah kambing bakar.. Nomm Nommm Nom!!

Sambil menikmati makanan...sambil diiringi karaoke daripada staf yang berminat membuat persembahan. Ini pengarah kami.. sangat² supporting malam tu...  suara pun perghhh! cayalah bos!

Ini persembahan dari Bos unit saya, rakan seperjawatan tengah rekod... Nanti kalau dah publish di youtube saya kasi inform ya.. itupun kalau ingat.. InsyaAllah.  hanya kami bertiga saja di Unit.. kecilkan Unit kami.. biar kecil yang penting memahami & bekerjasama ^_^

 
Kami di roundtable No.7... bergambar bersama hasil cabutan bertuah yang diterima setiap orang.. Hadiah saya dalam kotak kecil.. dah dua kali saya dapat iron untuk cabutan bertuah. Lepas nih boleh la buat koleksi iron... Malam tu best... majoriti dapat hadiah... balik bukan dengan tangan kosong!!

Di bawah gambar semasa purdah/Niqab di buka...



bergambar bersama Mommy to be... InsyaAllah kalau rezeki itu ada juga untu kami berdua... maka bertiga lah kita Mommy to be...  kann kan.. Ya Allah kau makhbulkan permintaan² hati kami.. Amin ya Rabb!

Bergambar dengan kak Tie di luar hotel... Anak dah tiga... still maintain cantik dan Vouge! Tegas pun tegas nih...kecik bukan sebarang kecik.. saya suka!!
 
Antara yang hadir pada malam tu... Terima kasih atas kehadiran dan kerjasama yang diberikan.. Lawak² spontan yang dipersembahkan... Wahh besttt!! 

Hanya staff yang hadir sahaja tahu kemeriahan pada malam tu.. yang tak hadir tu.. duduk dendiam sudah.. Banyak cakap pun tarak guna.. Bikin sakit hati orang yang sudah penat mengurus!! 

Satu pesanan saya.. Tolonglah hormat kerja orang.. kalau nak orang lain hormat kerja kita....Ada Pahammmmmm!!! Pesanan untuk diri saya juga.. InsyaAllah ;-)



 
 
Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!

JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh....

Wednesday, December 5, 2012

Hati saya ada di kampung memikirkan kesihatan ayah :-(


Petang semalam saya telefon mak...

Sebenarnya awal pagi, masa dalam perjalanan nak ke opish tu dah dapat call dari mak... tapi saya tak sempat pick up...  saya tengah drive mana nak gagau henpon dalam hanbag nak jaga stereng lagi.. Itu yang jadi macam tu... hehehe!

 Elok sampai di opish terlupa nak call back... So balik koje... baru telepon mak. terkejut juga mak cakap ayah sakit masa mandi manda di Ulu lenggong tu... Kampung saya ada buat rombongan ke sana, dorunk naik sebiji bas tapi family saya tak join naik bas...dorunk naik kereta. Adik bongsu perempuan yang drive.


Sebelum mereka bergerak tu... saya terbaca di tuiter adik saya. Maklum lah saya duk jauh, kadang² tertinggal info juga segala bagai aktivti family di sana.. ya saya paham. tak kan 24/7 aktiviti mereka lakukan di sana,  nak inform dengan saya kan... hihihi.

Nampak sangat... Ini lah salah satunya faktor kepentingan perhubungan laman sosial untuk perantau perantauan macam saya ni... Saya memang tak nafi diri nih payah nak berhubung melalui telefon, mak saya ja yang kerap kali call saya... bertuah punya anak kan? Tapi MakAyah tetap sayang saya!!! #OrangTuaManaTakSayangAnak. =P

Perbualan dengan adik sampai di situ saja... dalam hati tak da pikiaq lain dah, sebab family pun pernah ke sana.. kira Ulu Lenggong tu port kesukaan ayah. Ayah rasa dirinya semakin sihat bila berendam dengan air belerang tu. Jadi kami anak² nih... cuba atur masa untuk bawa ayah ke sana... kalau tak pergi time saya balik bercuti, ayah akan pergi bersama gadis² bujangan ayah.. Menggembirakan hati orang tua itu perlu... mereka kan dah gembirakan hati kita.. kecik² layan kerenah kita =D. Wallah hu'alam...


Tak sangka pulak... malam tu kejadian lain pulak yang berlaku. Tak pernah² ayah jadi macam tu, Nasib baik ada pakcik jual ubat di area situ... dia tahu la juga serba sedikit pasal rawatan² kecemasan yang patut di beri kepada ayah. Ayah ketika tu tak sedarkan diri dah macam kena strok.. Ya Allah ;-(

Alhamdulillah ayah boleh recover tenaga balik... itupun selepas muntah berkali kali... Syukur sangat²... Dari situasi mak bercerita, saya dapat rasakan situasi kencang ketika itu, Orang² kampung saya pun turut tergamam sama.. Bila ayah dah recover mak ajak balik sebab risau kesihatan ayah. Ketika tu ayah pun dah boleh bawa berbual macam biasa.... Memang ayah tak pernah jadi macam nih... Subhanallah~~

Besok pagi nya... ayah terus p hospital buat pemeriksaan... Alhamdulillah tekanan darah ayah elok... kebarangkalian ayah jadi begitu sebab angin dalam badan. Ayah kan dinner awal, pehtu  gerak ke ulu lenggong lewat² malam... dalam jam 11 kot dorunk gerak. Dah sampai sana terus berendam... suhu badan tak stabil lagi.. macam kena kejutan la.. itu yang ayah rasa lapar, pening dan pernafasan tak sempurna segala... mungkin la kan. Hope tak da la kesan² sampingan lain...

Saya ada minta ayah pergi check kandungan asid dan kolestrol dalam badan... dari situ pun boleh bantu kita kesan awal penyakit² yang ada dalam badan kita. Macam kata orang barat prenvention is better than cure. Saya suruh juga ayah p buat bekam... bekam tu sunnah Rasullullah s.a.w. lagipun orang laki nih sesuai benar buat bekam, berbanding wanita. wanita darah kotor keluar melalui haid, tapi lelaki... hanya bekam lah caranya..

Hope ayah ikut permintaan saya... Si gadis² kesayangan please take noted ya. Angah nih tak pasti bila dapat balik sana... Abang cakap bulan 1, tapi itu pun tak confirm lagi... koje abang nih tak menentu.. payah angah nak plan... Sobbb Sob sob!!



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!

JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh...

Friday, November 30, 2012

Durian Crepe di Tawau by Kak Puteri...Nomm Nomm Nom!!

 
Durian Crepe atau nick namenya DC....

Wahhhh.... ada nick name bagai... hihihi. Hebat sungguh penangan Durian Crepe sekarang kan?. terhangat di laman muka buku =P

Entry Durian Crepe pertama dari saya, Publish dua hari lepas. Akhirnya!! tertunai hasrat di hati untuk "Durian Crepe". Boleh klik pada tajuk untuk membacanya.. 

Hari ni kali ke-2 saya oder lagi Durian Crepe... oder sebanyak 108 Biji bersamaan dengan RM90. Oder tu bukan untuk saya sorang, tapi kawan² sekali... Kalau 9 kotak tu saya sorang #AngahBolehPitamPeningDurian.... kih kih kih~~

Saya punya sekotak saja... Plan awal nak kasi dengan jiran²... Saja nak berkongsi kesedapan Durian Crepe dengan jiran. Tapi terlampau famous Durian Crepe d opish tadi... tak cukup saya nak kongsikan dengan jiran saya... Nanti kan ada pula jiran saya yang tak dapat merasa, tak sampai hati pulak.  Tak pa boleh masuk next oder... Anggap ja kali ni bukan rezeki lagi untuk jiran² saya.... InsyaAllah .

Ada kawan cakap murah kak puteri nih jual... RM10/12 biji.... Padahal di Tawau nih durian nya mahal.. saya pernah beli durian sebelum abang keluar Operasi hari tu... Sebiji jatuh dalam RM45 tau.. sebiji okeh. Ternyata mahal kan?

Macam mana lah Kak Puteri nih amik untung kan... Tapi tak apa lah.. mesti Kak Puteri tahu lah nak budget kan... Alhamdulillah, kami bersyukur dapat menikmati kesedapan Durian Crepe seperti mana yang di hebahkan oleh blogger² dan rakan² facebook... Apapun saya doakan rezeki kak puteri sekeluarga berlimpah ruah dari masa ke semasa... Terima kasih Kak!!!!

Ohh ini link Facebook Kak Puteri: Name Puteri Laupe . Kalau malu miow miow nak berhubung dengan kak puteri boleh saja melalui saya.. tapi better berhubung terus kan... Untuk kawan² opish okeh la.. sekali kita oder dan kak puteri pun boleh buat penghantaran serentak ;-)

Oder untuk pick up hari isnin nanti makin bertambah dari jam ke jam nih... jenuh Kak Puteri nak crepe... Siapa² yang nak oder.. silakan ya... tapi di sekitar tawau saja saya berani... kalau yang di luar tawau boleh direct berhubung dengan Kak Puteri... Saya tak berani jamin sebab bukan saya yang crepe sendiri... Saya just oder, sampai, bayar & Ngap... Pehtu sendawa bau durian... hAhAhA!!!!




Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!

JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh....

Baby shamel @___@


Saja nak tempek gambar baby shamel...

Mix nih..Pakistan plus Sabahan.. Dia la penghibur yang dekat dengan saya... dapat peluk dia rasa hilang penat seharian... Tapi kalau dapat peluk suami... berganda² hilang penantnya.. hehehhehe!!


Kalau saya balik koje... mesti shamel dah tunggu² di depan rumahnya... untuk lambai² tangan. Anak² yang lain...siap jerit². Untie dah balik.. untie untie... wahhh indahnya rasa diri ini bila diberi penghormatan sebegitu...

Kekadang tu saya kena slow kenderaan... risau kalau tetiba shamel lari keluar untuk saya ambil dia... Lately nih saya selalu sampai rumah hampir jam 6 petang. Sini faham² saja la.. kalau dah 6 petang tu.. gelappppp sudah. tak sempat nak manja²kan shamel...

Dia bila nampak saya ja.. nak minta di cium & peluk.. Nice!! saya suka... =D


Last 2 week... shamel mai kerumah saya... jalan kaki sorang². Dia seronok duduk di rumah sampai tak mau balik... dah tu dia suka tengok diri dia dalam cermin... 

Siap bercium diriNya sendiri didalam cermin tu... Indahnya kalau ini adalah amanah dari ilahi hasil darah daging sendiri kan... Time nih kan.. tersentuh dia hati saya sampai jatuh air mata tanpa sedar... Shamel tengok saya dia tercengang dan nak menangis sama...terus saya peluk dia ^___^.

Tapi sekarang belum rezeki saya... yang penting kita percaya pada Qada & Qadar... InsyaAllah... pasti ada rezeki itu suatu masa nanti.... kannnn!

Manusia yang tak memahami erti rukun iman nih.... abaikan, lantak p dekat dorunk... lama mana sangat dorunk nak tanya kita soalan yang kita sendiri pun tak tahu bila dan ketikanya.. Pandai juga penat tu.. kalau yang jenis tak pandai senyap tu nak buat macam mana... Allah s.w.t itu maha adil... Berserah saja padaNya.. Amin Ya Rabbbb~~

Tak mau tekanan tekanan... Nak preggy tak boleh stresssss... Ingat tu!!!!!!




Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!

JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh

Thursday, November 29, 2012

Day 1: Kursus Microsoft Excel @ Kolej Komuniti TAwau


Today!!

Saya join Kursus Microsoft Office Excel.. Kursus nih di buat kat makmal yang bersebelahan dengan unit saya... Pintu nak masuk ke makmal Komputer nih pun menggunakan pintu yang sama nak masuk ke unit saya... So senangkan!


Kursus nih di jalankan dengan bantuan dari pensyarah Unit Sistem Komputer Sokongan.....Para peserta terdiri daripada Staf Pentadbiran plus Pegawai Kanan yang berminat nak menambah ilmu pengetahuan... Penting tauuuuuuu!... tak semua yang berminat dengan kursus begini.. Setengah orang tu fikir ala sekadar Microsoft Office sudah belajar dulu... senang saja tu, Okeh fine memang la senang... cuba kalau di suruh submit data or laporan... mau gelabah VS terkial² juga cari orang ICT... kennnnn!


Padahala orang ICT pun masuk kursus terasa macam tertinggal jauh oleh kapal Star Cruise okeh... kui kui kui~~

Ehhh hello hello!!! 

Dulu belajar Microsoft Excel versi 2003.. pehtu sekarang nih di latest 2010.... Memang banyak perbezaan nya... silap2 step yang kita belajar dalam versi 2003 dah tak valid dalam versi 2010 nih ha.... Siapa nak tolong ko submit data... Orang ICT juga. kalau orang ICT tak dapat settle... Kita carik pensyarah SKS.... hihihii.
 
Tadi masa join... Seronok, mula memang rasa macam bengong² sikit.. tapi bila dah paham... seronok pula.. Pehtu penceramah suruh buat latihan.... masing² kena bina soalan kemudian tukar dengan kawan untuk cari jawapan... Memang seronok lah!!


Sesi petang nya... saya tak pasti penceramah ajar modul a.k.a menu apa... mungkin kah formula.. mungkin kah.. mungkin mungkin dan  mungkin... Yang pastinya, memang saya tak pasti sebab saya tak join pun sesi petang punya... Ada koje mau di settlekan... Mana dengan kompeter di meja saya buat perangai manjanya,  tetiba jadi Blue Screen Of Death (BSOD). Sudahnya dalam tu banyak data... data² aset yang nak di kemaskini... minggu depan ada Audit masuk.... aduhaiiiii....



Tadi pun lunch dah dekat jam 3.30... Cacing dalam perut dah mengamuk, sampai tak tertahan sudah... Memang tak dapat nak join walaupun jenguk ke sana seketika....Rasa rugi juga tak dapat join sesi petang tadi.... Tapi tak apa lah... besok² boleh review dengan kawan².... Hope mereka sudi kongsi ilmu dengan saya.... #SayaTauKawan²SayaTakKedekutIlmu .

SOoooo.... kita continue besok pada hari ke-2 a.k.a Hari terakhir.... Sijil disediakan... Mana staf yang tak cukup syarat kursus dalam setahun... dah dapat dua hari kursus =D. Tahniahhhhhhhh!!!




Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!

JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh

Wednesday, November 28, 2012

Akhirnya!! tertunai hasrat di hati untuk "Durian Crepe".


Syukur dengan rezekiMu Ya Allah...

Hari ni tertunai perminataan nafsu Durian Crepe... Makan sampai sendawa pun bau durian dan kepala pening.... puas hati!!!!!

Kawan² saya.. Aummmm aummm aummm~~

Plan nak buat sendiri... tapi tak kesampaian....satu sebab nya takut kulit luar tu tak menjadi... saya baca status kawan, dia buat.. tapi kulit luar lembik... terus nervous angah tau... lagik satu, dekat sini stok durian mahal benar. RM18/kg. Di jual jenis timbang kilo okeh.

Durian tu bukan kecik, kulit sahaja dah cecah sekilo.. Bayar kulit ja dah lapan belas ringgit. Itu lah sebab musabab saya beli hari tu RM45 untuk 1 bijik. Balik rumah... durian tu sungguh mengecewakan... tak manis dah tu macam durian yang di peram menanti masak... kecewa :-(. pendam dalam hati =P. Ada yang terkejut dengan harga durian saya buy haritu.. tapi memang itulah hakikatnya... Hope clear lah kennnn!



Alhamdulillah... sembang dengan opsimate, rupanya ada kawannya buat jual Durian Crepe nih.. sekarang kan musim cuti sekolah... So cikgu nih ada masa nak crepe crepe kan... Kami pun amik kesempatan juga...mengoder.... tadi jam 12.30 dia mai hantaq kat opish....


Lepas ambil dan bayar... masing² tak sabar nak menikmati Durian Crepe... terutama mommy to be nih.... depan kaunter tu jugak, masing² ngap sudah 1 ketul. hehehe! Semerbak bau durian di kaunter tadi @____@


Bawa naik ke opish saya... telan lagik Durian Crepe... Memang super duper lazatttt!!! Apapun syukur Ya Allah.... akhirnya tak perlu tunggu untuk balik semenannjung nun.. sekarang pun dah boleh merasa.... Alhamdulillah.

Durian Crepe yang masih berbaki nih... nak simpan dalam peti sejuk... dorunk cakap, letak dalam peti lagik sedappp. sebab filling kastard yang menutup durian tu akan sejuk... rasa macam makan Aiskrim... walawehhh.... sedapppp dappp. Glurpppp!  #tertelan liur


 NotaSepintas: Gambar tuan tanah tak da.... asyik menikmati punya pasal.. kui kui kui~~


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!

JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh....

Best kan lirik lagu "Sayang" dari SHAE nih..smile @__@


Seronok pula hati dengar lirik lagu ni...

Mungkin perasaan rindu tu semakin membuak buak dalam hati nih... Alhamdulillah ;-)

Lama dah saya dengar dalam kereta... tapi tak berkesempatan nak surf lirik.. Hari nih syok terlebih tu yang surf jugak²... lirik dia macam dah melekat di bibir nih tau.... simple lirik dia... memang kena sangat di hati saya... ^___^

4 rankap ja... pehtu dia ulang². Penekanan pada nada suara nya tu membuat kan hati tertarik... bersungguh hati. Saya dah kopipes begini...so enjoy lah ya!!

Rangkap Satu

 Rangkap Dua

 Rangkap Tiga

Rangkap Empat

Nak lebih enjoy... meh klik button play pada video yang saya embed code nih. Seronok!!!! Kalau mampu membuat jiwa uols pun suka.. boleh like & share ya.. hihihi.





Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!

JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh....

Tuesday, November 27, 2012

Takoyaki... Rasa wasabinya menyucuk hidung!!


Kui kui kui~~

Tajuk memang tak boleh cover².. itu realiti punya pengalaman masa menelan TOKOYAKI..  Rasa nak luah balik ja tokoyaki dalam mulut tau... tapi depan orang pulak kan.. tak kan nak luah... tak senonoh lorhhh!

Paksa menelan juga!!


tapi pedas nya tak la lama mana pun. telan air ja.. hilang la rasa pedas tu.. ini depend pada kuantiti yang wasabi yang saya telan... kalau kuantiti wasabi tu banyak.. mungkin sebotol mineral pun tak hilang lagi pedasnya.

Boleh ja nak minta tak pedas.. tapi saya dan opismate, kunun nak try yang pedas... hambik kau... menyucuk hidung teruss... wakakakakaka!!!

Gambar hasil google ^__^

Nak tau wasabi tu macam mana... ha.. mcm kat dalam magkuk yang di atas ni la (warna Hijau). letak sikti ja pun. tapi... tapi... tapi. menyucuk hidung =P.  Selalu kalau pergi ke restoran sushi, ada tu...

Pedas² tapi sedap.. ;-)




Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!

JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh....

Monday, November 26, 2012

15 Perkara untuk kaum hawa tahu..



Untuk perkongsian bersama... Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. SOoooo So!!

Sila take note ya kaum hawa sekalian @___@ 
 

1. Terlalu lama berdiri – merosakkan tulang. Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah.

2. Terlalu lama duduk – Merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur

3. Terlalu lama berjalan – Merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menetu masanya

4. Terlalu lama melihat – Merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaan

5. Terlalu banyak tidur – Merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan. Urat-urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.

6. Terlalu riang/gembira – Merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.

7. Terlalu kerap marah – Merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu baNyak berfikir – Merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. haid tidak menentu dan dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9. Terlalu banyak bersedih – Merosakkan jantung.

10. Terlalu merana – Merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut – Merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut – Merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerapdialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.

13. Terlalu banyak makan – Merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih(semakin banyak ‘ragam’ lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina).

14. Terlalu minum minuman berais – Merosakkan otot dan lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit dan kelihatan awet muda.

15. Terlalu banyak masa lapang – Merosakkan fikiran.Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dengan aktiviti hidup yang positif.




Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!

JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh....

Monday, November 19, 2012

Kota Kinabalu... Tomorrow we are coming !!!



Selamat pagi isnin...

Mood koje masih ke laut china selatan nun... mana tak nya minggu kita lepas koje & cuti berlompat lompat.. Koje sehari cuti pun sehari dan koje sehari cuti pula dua hari... Untuk minggu nih pun lebih kurang juga... Hari nih koje sehari.. pehtu koje di luar kawasan 4 hari..

Abang pun sama... semalam gerak balik pangkalan sana, duty sehari dan petang ni balik sini semula untuk persiapan nak p operasi di pulau pulak... hmmmmm begitulah rutin abang, tapi sejak 2012 nih lagik kerap operasi nya.. boleh kata sebulan sebulan sebulan.... Moga saya dikurniakan ketabahan & kesabaran hati yang semakin meninggi ninggi @__@. 


Saya diarahkan untuk join bengkel penyelarasan data HRMIS di Kota Kinabalu pada 20hb hingga 23 November 2012..  Bengkel kali nih di buat di Hyatt Regency Hotel. Bagitau abang pasal nih, abang tanya area mana tu sayang, bandar ka... Abang risau kalau macam di INTAN tu sebab jauh sikit dari bandar. Siapa pernah berkampung di sana, tau la macam mana situasi nya..tahap kebosanan yang meninggi, coverage telco pun entah apa² saja... hihihi


Saya nak jawab pun tak sure sebelah mana Hyatt Hotel nih... Tadi try la google rupanya dekat hujung sana... arah nak ke jesselton point. Nampak ja roundbout ikan todak tu baru saya ingat... senang nak bagi jawapan dekat abang.. sebab kami pernah ke sana bersama², Nak p cuti bersama² tak tau la bila pulak sebab tugas abang mesti didahulukan demi negara, jadi sebagai isteri pewira kena banyak² bersabar :D

Jadi besok saya dan abang akan bertugas di luar kawasan... Abang akan gerak seawal pagi menggunakan Chalie (Nak tau rupa chalie tu cam mana klik ja link tu) . saya pulak jam 2 petang naik flight kecik... bukan Boeing gabak tuh.. Kami pergi ke destinansi yang berbeza. abang terus masuk stesen lima dan saya di bandaraya Kota Kinabalu.

Saya pergi seminggu saja... abang pulak mungkin sebulan lebih kot, saja saya letak "lebih kot" sebab bagi saya musthail pergi sebulan.. mesti lebih.. macam yang lepas kata 3 bulan, last lajak sampai 6 bulan.. well well... persediaan mental kata ko.. HAHAHAHA.

Okeh sampai sini dulu... Doakan perjalanan kami berdua..selamat pergi, selamat bertugas di sana dan selamat kembali bertugas di sini... InsyaAllah... Amin Ya Rabb~~



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!


JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh....

Saturday, November 17, 2012

Abang mengidam pucuk ubi


Semalam abang bawa balik seikat pucuk ubi...

seikat tu bukan sikit, tapi dah serupa nak buat kenduri untuk makan 10 orang. Semalam abang sampai dah lewat, saya dah siap masak untuk dinner kami... Ingatnya besok lah nak masak pucuk ubi tu, tapi abang merengek macam anak² kecil.....nak makan pucuk ubi, ngidam katanya =P

Siap request lagi.. Nak makan masak lemak pucuk ubi..... sedappkan ayang. Aduhaiii. Demi suami saya redha masak lah menu tu... takut juga tak tunai permintaan abang, nanti apa² jadi menyesal tak sudah. So dinner semalam... meriah dengan 6 menu... makan sampai tersandaq.

Hari ni lunch nak pucuk ubi lagi... sayur lain simpan katanya.. adehhh. tapi saya pujuk... kita makan dinner nanti ya. Sekarang makan sawi dulu... hehehehe!

Tengah pikir nih... pucuk ubi tu nak buat masak apa pulak nanti... nak pelbagai kan menu, baru Aumm aummm... kannn kan! Sedap juga kalau digaulkan dengan sardin... tapi tengok nanti petang idea apa nak mai... hik3x.



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!


JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh....

Wednesday, November 14, 2012

Niat Solat sunat Dhuha dan cara melaksanakannya


Untuk panduan diri saya sendiri dan secara tak langsung perkongsian bersama @___@ . InsyaAllah ;-)

1) Waktu solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Waktunya sesudah matahari terbit sehingga matahari di tangah-tengah langit. Mengikut ahli fikah adalah waktu di antara ketika matahari mulai naik sehingga matahari mulai condong. Waktu solat Sunat Dhuha ini berakhir sebelum menjelang waktu solat fardhu Zohor. Untuk Allah s.w.t dan bukannya kerena berkehendak rezeki dan harta yang banyak tetapi ada;ah satu cara untuk kita lebih mendekatkan diri dengan Allah. Waalhua'alam.

2) Niat Solat sunat Dhuha:



Maksudnya: "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 Rakaat tunai kerana Allah Ta'ala"



3) Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Dhuha

  Rakaat Pertama

1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Bangun untuk rakaat kedua
 
Rakaat Kedua
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Duduk untuk tahiyyat akhir
3)      Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu pada rakaat pertama dibaca surah Al-Fatihah dan surah Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun. Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas.

4) Doa yang disarankan :- 

   
Maksudnya:  

 Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh
 
                  ****************************************************************

Tiada paksaan dalam mengerjakan Solat Sunat Dhuha nih.. sudah nama pun Solat Sunat. Tapi lebih penting Niat kita haruslah Iklas untuk Allah s.w.t dan bukannya kerena berkehendak rezeki dan harta yang banyak tetapi adalah satu cara untuk kita lebih mendekatkan diri dengan Allah. Waalhua'alam.  Sumber: LamanWeb Masjid wilayah, Jalan Duta.



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!


JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...