Sunday, May 29, 2011

Jemputan kawin 29 Mei 2011

semalam baru balik dari bercuti di langkawi...

Hari ni sesi untuk saya menerjah ke kenduri kawin kawan² sepoliteknik.. Target awal nak turun ke rumah pengantin izzah dan Mus sahaja. Tak sat duk belek² FB ada pula kawan sorang lagi kenduri hari ini juga...dah lama saya tak jumpa beliau sekeluarga.. Kenduri beliau buat di dewan kampung... sukar juga bagi saya nak p.. selalu duk p kat umah beliau di taman Ria ja.

Tap tak pa..Saya dah call ayah pengantin .. pakcik sugguh² hati semangat bagi plan kat saya... tak pa pak cik na.. sat g cheq p na..kalau sesat cheq telepon pakcik balik. kita jumpa nanti :-).



Plan ke kenduri izzah & mus



Plan kenduri Jas & zamri

Saya maybe pergi dengan adik² sahaja.. Mr.A tidak dapat join, beliau busy nak pasang khemah untuk kenduri kawan sekampungnya esok hari.. di Langkawi hari tu... kawan² asyik call jerk tanya.. huk3x.

Alang² dah balik sini.. baik saya terjah semuanya... terjah selagi mampu.. bak kata kesayangan saya... ;p.

hanks you read and support my writing. Please come again ya!!

Wednesday, May 25, 2011

Hari terakhir bekerja di bulan Mei~~

Hari ni 26 Mei 2011...

Pehni saya akan bercuti sehingga 6 Jun.. yeayyy!! Balik kampung hohohoho!! sangat syeronoks!!

Saya just apply cuti rehat selama 6 hari sahaja, selebihnya tu di campur dengan weekend & cuti² Am (Pesta Kaamatan). Untungnya bertugas di Sabah.. tetiba~~ :p.

Saya ada dapat cuti ganti 1 hari... sempena Cuti Am (Wesak). Kebetulan semasa festival silat Nusantara & jemputan Antarabangsa 2011 yang berlangsung tempoh hari, saya tak boleh cuti.. so di ganti pada hari² lain mengikut pilihan. yang penting jangan melepasi due yang di nyatakan iaitu pada 19 Jun 2011.

Kalau ikutkan kata hati nak jerk direct cuti tapi... hmmm! Saya postpone ambil pada 14 Jun. Mungkin ini peluang untuk saya join agenda dan meluangkan masa dengan kawan² Bakat (L) di Semporna sana. Opss! terlebih sudah. nanti kita sambung cerita agenda itu ehh.. InsyaAllah.

Esok pagi saya fly sudah ke semenanjung sana.. Mengikut jadual penerbangan, dalam waktu tengah hari saya akan selamat mendarat di Alor Setar. Saya transit di KLiA tak lama pun. Alhamdulillah ^___^.

Persiapan untuk esok tak sepenuhnya lagi.. tunggu Mr.A balik sini. Packing bersama². Hahaha!!

Saturday, May 14, 2011

Festival Silat Nusantara di Tawau 15-19 Mei 2011.

TAWAU, 14 April (Bernama) -- Tawau buat julung kalinya dipilih sebagai tuan rumah Festival Silat Nusantara dan Jemputan Antarabangsa 2011 yang berlangsung dari 15 hingga 19 Mei ini.

Pengarah acara Zaid Abd Hamid berkata festival itu dijangka menarik penyertaan kira-kira 700 pesilat bukan sahaja dari Asia Tenggara, tetapi juga dari beberapa negara Eropah seperti Jerman dan Poland.

Beliau berkata festival itu akan dibahagikan kepada dua kategori iaitu Silat Olahraga dan Silat Seni, dan sebagai persediaan pihak penganjur akan memberi kursus jangka pendek kepada anggota jawatankuasanya bagi mendedahkan mereka kepada protokol dan pengurusan acara.

"Festival Silat Nusantara dan Jemputan Antarabangsa 2011 ini dianjurkan oleh Kolej Komuniti Tawau dengan kerjasama Majlis Perbandaran Tawau dan Kerajaan Negeri Sabah," kata Zaid yang juga merupakan Pegawai Hal Ehwal Pelajar Kolej Komuniti Tawau kepada Bernama di sini Khamis.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dijangka merasmikan festival yang julung kalinya diadakan di Borneo itu, manakala majlis penutupannya akan disempurnakan oleh Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Datuk Seri Muhd Ali Rustam.

Sementara itu Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Ismail Mayakob pula yakin festival itu akan memberi impak besar kepada sosio-ekonomi masyarakat Tawau selain menjadikan daerah itu sebagai hub silat di Sabah. Sumber: Bernama

**************************

Festival Silat Nusantara di Tawau

Lambat saya kasi up.. busy dengan tugas hakiki dah tu 2 hari kan, belogsepot kita dalam probelema. Ini adalah salah satu aktiviti minggu depan di mana saya dan kawan² opis yang terlibat. Tak semua staf terlibat.. Just selected. Jangan tanya saya lebih² ya.. sumpah saya pun tak tahu menahu detail sangat info festival ni...

Kesimpulannya saya just selesaikan koje yang di amanahkan oleh ketua sekretariat AJK yang saya di lantik. Janji festival berjalan seperti yang di rancang... tak mau tak mau pening kan kepala hotak... ngee~

Boleh jenguk² ke Laman web ini : http://www.kktaw.edu.my/ .Saya baru belajar berjinak² dengan WP... semuanya demi web opis.. web baru dowh.huhuhu!

Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!

Saturday, May 7, 2011

Renungkanlah kiriman dari seorang kawan~~

Sedihnya hatiku, Sedihnya jiwaku
Pedihnya hatiku, Pedihnya jiwaku
Tiada lagi tempat mengadu
Nabi tiada Rasul pun serupa.

Titis aku kesepian,
Walaupun Quran, Ada depan mata
Hadis serupa, Tapi tak pandai
Untukku membaca dan memahaminya

Siapakah yang sudi membantuku
Dapat mengenali pada Tuhan
Siapakah yang boleh membantu diriku
Dapat mengenali pada Tuhan


Sudah ku tahu apa jawapan
Jika ku tak dapat mengenalinya

Cerita ini bukan cerita baru
Asal usul kita dari mana 2x

Sebelum ini telah ku ketahui
Azabnya nanti bila kejahilan 2x

Kerana kita datang dari Tuhan
Bukan datang ke sini untuk Percutian

Seramai manusia adakah tak sama
Berfikiran seperti aku
Tidak mengenali pada tuhan

Tiada gunanya hidup di sini ………… 2x

Bukan mengenali itu satu paksaan
Tapi lebih dari jiwa dan perasaan
Untuk bercinta kasih dengan Tuhan
Bukan bercinta kasih dengan perempuan

Jangan kau fikir apa yang ku cerita ini
Bertujuan mengajar dirimu
Tapi ingin lebih aku berteman

Mencari keredhaan dari tuhan ….. 2x

Tuhan menjadikan semua alam ini
Untuk manusia yang disayangi
Tapi manusia lebih membenci
Seolah tuhan itu tiada lagi

Inikah balasan manusia
kepada tuhan yang maha sempurna
inikah balasan manusia
kepada tuhan yang maha setia

mari sama kita insaf diri
supaya kita tidak dilaknati
agar kita kekal dirahmati

dari dunia hingga mati … 2x

**************************

Ini adalah kiriman dari kawan saya... lirik lagu katanya. tapi tiada pula di nyatakan dari kumpulan mana & siapa yang membawa lirik ni. readers yang tahu tolong kabarkan kepada saya.

Tajuk kiriman "renungkanlah ". Ada tak kengkawan di sekeliling saya di sini, yang dapat lirik sama macam saya ini.. selamat membaca. keh keh keh!


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!



Wednesday, May 4, 2011

Congratulation your booking is successfully =D

Baca sampai noktah terakhir ya kawan²..

Sebelum tu.. saya nak maklumkan yang saya belum preggy lagi, harap maklum ehh. Saya tak terjawab soalan² jongkong emas dari awak semua. jadi saya compile kan di sini yo.

Apa kata, Meh la pakat² berdoa. Kiranya uols berusaha berdoa dan saya pula terus berdoa dan berusaha tanpa putus asa. Ngee~~ Red Mummy dah tercapai hajat hati untuk berikan adik kepada gegirl & boboy. Alhamdulillah. Mana tahu berkat doa² kalian dimakhbul kan seperti RM. Lagipun setiap rezki itu datang dariNya yang maha mentadbir alam ini. Hanya Allah s.w.t yang lebih mengetahui setiap apa yang tersirat dan tersurat~~

MAS
MAS & AA... harga tiket AA murah just beza dalam RM10 gitu dengan MAS under pakej best deal.. TAPI harga AA itu belum campur tag, makan & bagasi segala. Dah campur tolak semua.. lu pikir la sendiri.

Tiket percutian saya ke kampung halaman dah selamat di booking... Bila tarikhnya tu, saya keep dulu ya. Nanti dah clear, baru saya cerita okeh. Kalau cerita sekarang, nanti ada pula kes permohonan cuti yang tak diluluskan. Ohh TIDAK! Minta simpang jauh². Harap sangat² cuti Mr.A diluluskan. Beliau tu susah mau cuti.. Moga semuanya dipermudahkan!


## terbayang² sudah kampung halaman sambil feeling² jumpa dengan geng KBU terutamnya Wanie Ghani. hehehe!

Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...