Showing posts with label nUffnAng. Show all posts
Showing posts with label nUffnAng. Show all posts

Friday, October 19, 2012

Dapat duit raya AidilAdha berbentuk cheque ;-)


Alhamdulillah....

saya dapat daripada pihak Nuffnang Sdn. Bhd... tahun nih punya saya tak cash out pun lagi earnings saya tu, saja biar bagi dia menternak dengan jayanya dulu.. nanti kasi keluar sekaligus... baru seronok plan... hik3x.

Tahun lepas saya rajin betul cash out.. pantang dah melepasi had minimun yang ditetapkan, sure tangan nih gatai ja nak p tekan button cash out... 


Sila jangan percaya dengan total earnings nih... cheque yang saya terima... tak sampai pun angka sebegini... Ngee~~

Opss! lupa nak habaq... Ini cheque untuk payment tahun lepas punya lah... saya terlupa nak p tunaikan di bank... Nasib baik nuffnang bagi semula cheque tersebut setelah setahun berlalu... setiap cheque yang dikeluarkan valid witihin 12 months kan... mungkin pihak nuff tengok payment saya still pending... jadi dorunk keluarkan semula...

Terima kasih ya Pihak Nuffnang ;-)


Terima kasih juga pada driver opish saya.... dia bersungguh hati ingatkan saya pasal surat nih di pigeon hole saya....  dia risau takut saya lupa nak ambil... sekali ambil.. waaaa... Alhamdulillah duit raya AidilAdha....  

Nanti rehat harus p tunai di mesin deposit cheque yang berdekatan... nanti kes lupa berulang lagi... Ohhh No No No!!!!

Sapa nak ikut.... Jommmmmmmmmm!! Jumpa di kaunter 11.30 okeh... harini kan jumaat, kita rest awal... =P



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!


JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh.....

Saturday, October 6, 2012

Woww!! Dengan Xpax berpeluang menang RM10,000 setiap hari..




Ya dengan Xpax kita berpeluang untuk menang hadiah bernilai RM 10,000 dalam kempem Whatchuwant yang dianjurkan.. Whatchuwant kini kembali untuk pusingan ke-2 dengan pelbagai kejutan untuk ahli Xpax. Sangat² menarik tertarik kennnnn~~

Sebelum tu... sebagai pengenalan, sila tengok dulu Video di bawah nih ya... Warming Up!!



Hadiah keseluruhan bernilai RM10,000 ini disediakan setiap hari secara eksklusif untuk ahli Xpax... Ingat tu...Setiap hari hadiah ini disediakan okeh! Di bawah adalah antara hadiah² yang dimaksudkan.


Terdiri daripada Gadget² seperti Samsung 40” Full HD LED TV, the Pioneer Blu-Ray Front Surround System, Samsung Galaxy SIII, Samsung Galaxy Tab 2 7.0" dan Nikon Coolpix Waterproof AW100! Menarik tertarik jantung hati kan!


Cara nya mudah, dengan hanya dail *128# dan ikut step yang dinyatakan... So tunggu apa lagi rebut lah peluang yang ada ini..


Dalam kempem Xpax Whatchuwant kita di beri pilihan untuk pek seperti di atas ini, mengikut keperluan kita sendiri. . Setiap pek ini mempunyai fungsi tersendiri. Maklumat lanjut tentang pack ini dan pendaftaran anda boleh rujuk http://xpax.com.my/whatchuwant .

Selesai untuk modul melanggan/mendaftar Whatchuwant, dah boleh enjoyy dengan pek pilihan masing²... Enjoyyy!!


Selain itu, kita bukan sahaja di beri peluang memenangi hadiah² gadget seperti yang dinyatakan di atas tetapi ada satu lagi peluang istimewa lain yang menanti iaitu MTV Pimp My Ride. Ia di kenali sebagai "Surprise Day" di mana kita akan di beri peluang untuk melakukan perubahan sepenuhnya kepada kenderaan kita (My Ride).

Sepanjang kempem Whatchuwant berlangsung, pemenang harian akan diumumkan di xpax.com.my . Jadi sila pastikan anda berkunjung ke sana untuk merebut peluang istimewa "Surprise Day" tersebut okeh.

Berminat nak join contest nih.. boleh rujuk blog Nuffnang. Satu peluang baik untuk kita semua... Semoga kita sama² berjaya! * hadiah disediakan setiap hari kan*...So ambil lah peluang ini....


Ohh ya.. ini kenderaan yang saya dan suami guna untuk bergerak setiap hari ke sana ke mari terutamanya ke pejabat.. Pepel nih ada nama timangannya... saya bahasakan dia sebagai "Mish Pepel" berikutan nama pemilik Mish Pepell adalah suami saya. itu sebab saya letak Mish a.k.a miss.. Boleh la kan!

Saya sayang Mish Pepel sebab dia banyak melahirkan kenangan antara saya dan abang... Kami memiliki Mish Pepel semasa kami dalam tempoh bertunang... Kini hampir 7 tahun Mish Pepel bersama kami.. Alhamdulillah... Pelbagai kenangan, pelbagai rasa terukir bersama Mish Pepel... Pelbagai rasa terukir (7 tahun kan) kerana sekarang nih Mish Pepel semakin menunjukkan perangai manjanya sehingga pemiliknya pun bingung..tidak tahu apa yang tak kena.... hantar workshop sihat pulak dia. Hmmmmm~~

Kalau lah saya di beri peluang untuk mengubahsuai Mish Pepel... Rasa nak saja saya tukar enjin nya... tak payah pakai campro lagi... elektronik sangat kan hingga saya sendiri bingung memikir apa masalah sebenarnya.. Tukar lah pakai enjin yang elok dan memberi kerjasama yang baik kepada tuannya... Untuk Part body Mish Pepel... saya nak tambah skirting biar nampak macam kereta mewah a.k.a Import.. Jangan tak tau...kereta Proton boleh nampak macam mitsubishi lancer ohh....wowwww!! Verangan lebih nampak... Kahh kah kah!! .  

Nuffnang dan Xpax mesti pilih saya sebagai pemenang peraduan ini kerana saya memang nak menang... Nak Nak nakkkkkkk!!! Harap ada rezeki untuk saya... InsyaAllah >.<




Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!
 


JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh.....

Saturday, September 8, 2012

Cara nak ambil coding tapak iklan selepas Web Nuffnang tukar wajah baru!

Saya baru perasan tau!! kawan² macam mana... ada yang sama macam saya ka... hik3x.

Saya dapat tau tu pun selepas ubah template blog nih.. terhegeh² login ke web nuff semata² nak ambil coding tapak iklan yang telah di tindih oleh coding template yang baru.. hihihi.


Gambar sumber blog nuffnang: Boleh baca entry The New Nuffnang.
Anda tengok lah sendiri perubahannya..

Padahal bulan empat hari tu lagi laman web Nuffnang sudah di upgrade.. Ya sekarang nih Nuffnang memudahkan kita dan sememangnya nuff sayangkan nuffnangers nya!! Tak percaya sila login ke laman web nuffnang anda dan lihat sendiri... ada perubahan kan? kemas dan teruja nak surf kali pertama nih... mesra. hihi.

Dengan perubahan itu...Nuffnang pun dah tukar coding terbaru untuk setiap tapak iklan nya.. Sebagai owner blog banyak manfaat yang kita dapat dengan pertukaran coding nih.. Ohh ya! Pihak Nuffnang juga mencadangkan kita untuk bertukar ke coding terbaru ini... Tidak percaya ehh.. Boleh jenguk di blog Nuffnang - New Ad Codes Kalau belum.. Jom sama² kita edit coding.... TUKAR!

Saya nak share dengan anda step nya. sebab saya sendiri pun pada awalnya terkial2 mencari.. Alhamdulillah.. dapat juga coding baru. stepnya terselindung sikit sahaja.. hihi.

ambil coding tapak iklan selepas Web Nuffnang tukar wajah baru!

1st tu mesti la login ke akaun nuffnang anda la.. klik my nuffnang.. pehtu klik step 1 dan 2 seperti yang saya tunjuk dalam gambar tu..



ini tapak² iklan yang saya maksudkan.. di bawah selepas bulletr tu akan ada paparan coding tapak iklan nuffnang. ikut ja step yang di beri pihak nuffnang.. klik Next.. Next dan Done!





Kini ke tiga² tapak iklan saya.. sudah selesai... untuk Skyscraper (sidebar) tiada masalah sangat sebab just add gadget coding Html/JavaScrip sahaja.

Kalau anda tak dapat selesaikan juga... boleh hantar tiket pertanyaan anda ke pihak Nuffnang Help Desk . Tapi pada yang dah biasa.. saya rasa anda pasti boleh selesaikan sendiri.. Okeh sekian.


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



JIKA ada akaun fesbuk, BOLEHlah klik Button LIKE ehh.. makaceh~~

Wednesday, December 8, 2010

Nuffnang dan Churp churp bergabung yeayy!!

Dua akaun tersebut telah bergabung dalam satu laman web.. Jadi memudahkan koje kita akses antara dua akaun tersebut dengan hanya satu klik. Dengan ini juga pasti memberi keyakinan untuk kita Join ChurpChurp. Haku yakin pasti ada yang tertanya² kan dalam pemikiran "Dah ada iklan nuffnang boleh ke join Churchurp nih??"Jadi dengan ini dah terbukti kann. Tak percaya lagi boleh terjah SINI.


Imej: kredit dari Blog Nuffnang.

So apa lagi jom la kita lakukan langkah gabungan ini... Cepat dan pantass!!!


Imej: kredit dari Blog Nuffnang.

Login ke akaun Nuffnang anda.. Hala kan cursor ke bahagian atas seperti dalam paparan imej di atas dan klik "Link Now". Automatik box untuk konfigurasi dipaparkan. Ikuti langkah arahan yang diminta hingga selesai dan kedua² akaun tersebut bergabung. Sangat mudahh!!!

Apabila kedua² sedia bergabung..Hasilnya.. Kita hanya login ke akaun Nuffnang, Automatik boleh akses akaun ChurChurp serentak dan begitu lah sebaliknya.. Wohohoho!! sangat memudahkan.. Thanks ya Nuffnang!!

Kepada readers yang belum mempunya akaun ChurpChurp boleh register di ChurpChurp.com.


sayang @myn@ ^_^

Wednesday, November 10, 2010

Kami Enjoy @Stompin’ Sabah 2010

Haku tinggalkan sementara cerita tentang destinasi yang sangat cantik dan mewah itu ya.. Haku nak cerita dulu perasaan kegembiraan kami bersama² sewaktu malam berlangsungnya Stompin’ Sabah. Ada juga rakan² blogger yang bertanyakan kepada haku apa itu Stompin’ Sabah. Uols boleh rujuk di SINI ya. Jangan risau dalam entry ini haku akan kongsikan kemuncak Stompin Sabah ^_^ . pasti uols akan lebih memahami.. InsyaAllah ^_^

Jam 3 petang haku selesai Redeem Ticket yang di Sponsored NUFFNANG daripada salah seorang wakil Xpax iaitu Incik Hafiz..

Terima kasih kepada Incik hafiz dan terima kasih juga kepada pihak Nuffnang (Cik Azrin & Teoh Xin Xian) yang sudi follow up dengan haku sebelum Stompin'Sabah bermula. Sangat excited kerana 1st time kami join hiburan terbesar begini dan menerima sponsored 1st dari pihak NUFFNANG .

Masa kami sampai di sana hujan dan angin yang sangat kuat. Dari tempat parking Mish Pepel menuju ke perkarangan Jesselton Point, sempat juga kami kebasahan di siram air hujan yang di bawa angin. Payung dalam mish pepel haku tinggal di opish Deem. Nasib baik ada towel, kasi tebal buat lindung kepala.

Walaupun begitu kami tetap semangat hendak join Stompin' Sabah. Seperti yang haku war² kan di FB. Haku begitu semangat sebab adanya Ella Ratu Rock Malaysia yang akan membuat persembahan secara Live. Tengok di banner itu nama Ella yang teratas. Yeah yeahhhh!!.

Di hadapan pintu masuk utama Stompin' Sabah. Di sini pemeriksaan keselamatan dilakukan kepada setiap penonton yang memeriahkan Stompin' Sabah 2010. Di belakang tiket tersebut ada tertulis syarat² yang perlu diikuti.

Laluan mengikut katagori status tiket penonton. di sini krew yang bertugas akan memasang Tag di pergalangan tangan penonton.. mengikut status tiket tersebut.

Yess!! ini pergalangan tangan kami. Haku & Mr.A.

Melepasi laluan itu kami di beritahu oleh krew yang bertugas untuk redeem minuman menggunakan tiket

Redeem minuman dulu sebelum ke khemah VIP ... Makanan juga disediakan di khemah VIP untuk penonton. Mr.A memilih Koeyteow goreng bersama sosej. kami kongsi berdua kerana time itu haku tiada nafsu untuk makanan sudah. Menjamu selera sambil menonton persembahan artis² yang dipilih untuk Stompin' yang ke-2 ini. Fuhhh nicee!!!!

Khemah untuk VIP.. Masa kami sampai keadaan meja tidak tersusun sempurna seperti di tolak angin. Penonton pun masih tidak ramai. Jadi kami boleh memilih tempat yang selesa untuk memeriahkan Stompin'.

Stompin' bermula jam 7 malam. Masa tu hujan seakan reda sebentar dan krew² yang bertugas datang ke khemah VIP membawa keluar meja dan kerusi ke ruangan depan khemah. Menyusun atur. Kami berpindah ke depan berbumbungkan langit... terasa seperti menonton show yang superb!!

Tidak lama pun meja di susun di luar.. hujan turun kembali. kami berasak² ke dalam khemah kembali. time tu penonton dah mula ramai.. Khemah semakin sesak kerana penonton mencari tempat untuk berlindung.

Artis pertama yang membuat persembahan adalah Artis tempatan dari kumpulan pemuzik terbaik yang mengikuti uji bakat U.O.X Campus Tour di Palm Square Kota Kinabalu pada 31 Oktober 2010 yang lalu.

Persembahan diteruskan walaupun hujan semakin lebat. Silih berganti persembahan dari artis² tempatan dan artis Antarabangsa. Meriahhhhh!!

*****************************************************

Ramai artis buat persembahan tapi haku terlepas snap picca. hujan lebat sangat. Kalau ikutkan hati mahu sahaja haku ke depan stage sana. Tapi Mr.A tidak izin. takut haku demam, sudah la masa tu Mr.A tengah sok sek hidungnya selsema. Lagipun bahaya bersesak di sana time hujan², luar jangkaan kita.. Sebagai isteri haku akur sahaja. kann~

Persembahan dari Toi AF6.. Sebelum menyumbangkan sebuah lagu, Toi bermain Angklung diringi dengan muzik Nobady by Wonder Girl. Haku terpukau di situ tengok tangan Toi laju bermain Angklung. jap tangan ke atas, pehtu ke bawah.. hingga terlupa hendak buat Video yo. Sayang nya tu.. best di dengar, terasa alunan rentak Angklung yang sangat sekata.. selesai bermain Angklung Toi menyumbangkan sebuah lagu Tengo La Camisa Negra secara live.. No komen!

**********************************************

Di bawah adalah Aksi² Guitarist yang sempat di snap dengan lensa milik haku. Layannn!!

Joe Wing


Aksi Man Kidal dan Dicken..Gandingan yang memuaskan hati haku.. ^_^

Bukan haku sahaja terpukau.. mereka pun turut sama. Baju merah tu Nemo (anak ellen). Masa nie Shawn Lee tengah show. Gimik² yang dipersembah mempersonakan para penonton yang ada di situ. terutamanya ladies. Silih berganti jeritan..

******************************************

Ella buat persembahan lagi 2 jam setengah Stompin' berakhir..lebih kurang Jam 11.45 macam tu. Namun itu tidak mematahkan semangat kami.. tetap cergas support Ella membuat persembahan.

Kami bertambah cergas bila tengok Ella begitu lincah di atas stage. Terasa seperti sama² mahu melompat di atas stage sana.

Mahu snap picca Ella pun susah.. Persembahan ella memang terbaik. Lagu yang di persembahkan secara live Layar Impian, Kesal, Permata biru dan kita lah bintang sangat memukau haku.

cuma untuk 1st song, terdapat sedikit gangguan teknikal. Nasib baik dapat di cover semula.. Ella memang berjaya memuaskan hati kami.. yeahhhh!!

Sama² menyanyi dan sama² melompat. Sampai suara haku sekarang dah lebih kurang sama Ella. Jenuh teguk air asam. tekak sakit.. hu3.

Ella menutup persembahan dengan sebuah lagu dusun - Sayang Kinabalu yang di sampaikan oleh artis tempatan. Ella siap bagitahu kepada penonton & peminat semua yang keesokkan harinya dia akan ke kundasang. Alang² menjejak ke sini..heh!

*******************************************

Sesi bergambar dengan artis² tempatan yang membuat persembahan.

Mahu bergambar dengan Ella, tapi Ella busy begambar di dalam khemah belakang stage. Izd anak atie dah berembun, Mr.A pun dah jauh di khemah sana.. Sian Mr.A selsema. so kami tidak tunggu :(


Last sangat enjoyy.. bukan setakat dapat menonton persembahan Artis secara Live (Ella) tetapi dapat bertemu dengan blogger² yang selama ini hanya bermesra di alam maya. Bila ada peluang macam ni.. sangat² lah seronok dan rugi kalau tidak join..

Haku sempat bertemu dengan mereka. Ellen, Wanie, Jericho & Alessandro.

Opss!! Ini baru ada Aless.. Haku juga sempat berbual dengan blogger Suichi sebelum masuk pintu utama.. Rupanya Suichi dari Tawau juga. Sama ba kita.. KK- yoo!!

Terima kasih sekali lagi kepada pihak NUFFNANG.. Tahun depan kalau ada.. jangan lupa roger ehh... Thanks a lot!!!!


sayang @myn@ ^_^




Thursday, November 4, 2010

Stompin' Sabah 2010

Stompin' Sabah acara hiburan yang berpusat untuk negara ini yang dianjurkan oleh Contagious Concept (M) Sdn. Bhd. Hiburan berkonsepkan "Urban Music and Nature Inspired Music" yang menggabungkan muzik antarbangsa.

Stompin' Sabah 2010 merupakan akiviti tahun ke-2 yang diadakan di sini dimana setelah aktiviti yang pertama pada tahun lalu (31 Disember 2009) mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat² muzik. Stompin'Sabah 2010 lebih dikenali sebagai hiburan terbesar yang akan menghidangkan pelbagai muzik lama dan moden antarabangsa yang digabungkan secara LIVE di satu pentas. Perghhh menarik tertarik... Bommmm!!


Sumber: Incik Google

Stompin' Sabah akan menggegarkan Kota Kinabalu:
  • Tempat: Jesselton Point KK (Pelabuhan Sabah)
  • Pada : 6 November 2010
  • Jam : 7.00 Malam - 2.00 Pagi keesokkan harinya.


Sumber: Facebook Stompin' Sabah

Stompin' Sabah dinyalakan Oleh Xpax.. Antara artis² tempatan dan antarabangsa yang turut menjayakan Stompin' Sabah ialah:

Artis Tempatan :-
  • Shawn Lee - Beat boxer terbaik dunia kedudukan n0-9
  • Toi - Akademi Fantasia musim ke-6
  • Mic Vibe
  • Ella - Ratu Rock Malaysia
  • Dj Tony - True Sabahan
  • Genderang Toi Angklung
  • Joe Wing
  • Man Kidal
  • Dicken (Guitarist dari Daerah Ranau, Sabah)
Artis Antrabangsa:-
  • Kulahig - Philippines
  • Wicked Aura Batucada - Singapore
Ramainya artis.. paling dinanti kemunculan ratu rock Malaysia. Ella. Haku sangat meminati dia.Hoyeahhh!! Selain itu Stompin' Sabah turut menampilkan persembahan daripada tiga kumpulan pemuzik terbaik yang mengikuti uji bakat UOX Campus Tour di Palm Square Kota Kinabalu pada 31 Oktober 2010.


Sumber: Facebook Stompin' Sabah (Album)
Antara kumpulan yang berjaya untuk membuat persembahan nanti.

Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan tiket masuk iaitu:

1) Pengguna Celcom- Membuat tambah nilai Minima RM30 atau lebih anda layak mendapat satu tiket masuk VIP bernilai Rm100. Sebelum membuat tambah nilai anda perlu mengikuti langkah² tersebut :-
  • Taip SMS "REGSTOMPIN" hantar ke 28881
  • Terima SMS pengesahan pendaftaran
  • Boleh membuat tambah nilai tersebut.
  • Akan menerima sms cara untuk mendapatkan penebusan tiket masuk percuma tersebut. Tiket masuk boleh di tebus/ambil di cawangan Celcom Kota Kinabalu selagi stok masih ada.
2) Tiket masuk ada juga dijual di Jesselton Point dan Imperial Hotel pada 11 Oktober hingga 6 November. Penjualan tiket bermula jam 11.oo pagi - 8.00 malam. Harga tiket RM30 dan RM100 (VIP).

Opss!! sehari sebelum Hiburan terbesar ini berlangsung iaitu pada 5 November 2010 satu Karnival Stompin’ Sabah akan diadakan dengan pelbagai aktiviti² menarik termasuk pelbagai persembahan. So jangan lepas peluang ini. Haku InsyaAllah akan turut serta. Kepada blogger sabahan yang turut menjayakan Stompin' Sabah pada kali ini. Meh la roger² haku, boley kita togeder² di sana nanti.. Haku dah jumpa seorang blogger yang akan turut serta Wanie..

Okeh jumpa di sana... Yeayyyyyy!!!

sayang @myn@ ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...