Thursday, November 4, 2010

Stompin' Sabah 2010

Stompin' Sabah acara hiburan yang berpusat untuk negara ini yang dianjurkan oleh Contagious Concept (M) Sdn. Bhd. Hiburan berkonsepkan "Urban Music and Nature Inspired Music" yang menggabungkan muzik antarbangsa.

Stompin' Sabah 2010 merupakan akiviti tahun ke-2 yang diadakan di sini dimana setelah aktiviti yang pertama pada tahun lalu (31 Disember 2009) mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat² muzik. Stompin'Sabah 2010 lebih dikenali sebagai hiburan terbesar yang akan menghidangkan pelbagai muzik lama dan moden antarabangsa yang digabungkan secara LIVE di satu pentas. Perghhh menarik tertarik... Bommmm!!


Sumber: Incik Google

Stompin' Sabah akan menggegarkan Kota Kinabalu:
  • Tempat: Jesselton Point KK (Pelabuhan Sabah)
  • Pada : 6 November 2010
  • Jam : 7.00 Malam - 2.00 Pagi keesokkan harinya.


Sumber: Facebook Stompin' Sabah

Stompin' Sabah dinyalakan Oleh Xpax.. Antara artis² tempatan dan antarabangsa yang turut menjayakan Stompin' Sabah ialah:

Artis Tempatan :-
  • Shawn Lee - Beat boxer terbaik dunia kedudukan n0-9
  • Toi - Akademi Fantasia musim ke-6
  • Mic Vibe
  • Ella - Ratu Rock Malaysia
  • Dj Tony - True Sabahan
  • Genderang Toi Angklung
  • Joe Wing
  • Man Kidal
  • Dicken (Guitarist dari Daerah Ranau, Sabah)
Artis Antrabangsa:-
  • Kulahig - Philippines
  • Wicked Aura Batucada - Singapore
Ramainya artis.. paling dinanti kemunculan ratu rock Malaysia. Ella. Haku sangat meminati dia.Hoyeahhh!! Selain itu Stompin' Sabah turut menampilkan persembahan daripada tiga kumpulan pemuzik terbaik yang mengikuti uji bakat UOX Campus Tour di Palm Square Kota Kinabalu pada 31 Oktober 2010.


Sumber: Facebook Stompin' Sabah (Album)
Antara kumpulan yang berjaya untuk membuat persembahan nanti.

Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan tiket masuk iaitu:

1) Pengguna Celcom- Membuat tambah nilai Minima RM30 atau lebih anda layak mendapat satu tiket masuk VIP bernilai Rm100. Sebelum membuat tambah nilai anda perlu mengikuti langkah² tersebut :-
  • Taip SMS "REGSTOMPIN" hantar ke 28881
  • Terima SMS pengesahan pendaftaran
  • Boleh membuat tambah nilai tersebut.
  • Akan menerima sms cara untuk mendapatkan penebusan tiket masuk percuma tersebut. Tiket masuk boleh di tebus/ambil di cawangan Celcom Kota Kinabalu selagi stok masih ada.
2) Tiket masuk ada juga dijual di Jesselton Point dan Imperial Hotel pada 11 Oktober hingga 6 November. Penjualan tiket bermula jam 11.oo pagi - 8.00 malam. Harga tiket RM30 dan RM100 (VIP).

Opss!! sehari sebelum Hiburan terbesar ini berlangsung iaitu pada 5 November 2010 satu Karnival Stompin’ Sabah akan diadakan dengan pelbagai aktiviti² menarik termasuk pelbagai persembahan. So jangan lepas peluang ini. Haku InsyaAllah akan turut serta. Kepada blogger sabahan yang turut menjayakan Stompin' Sabah pada kali ini. Meh la roger² haku, boley kita togeder² di sana nanti.. Haku dah jumpa seorang blogger yang akan turut serta Wanie..

Okeh jumpa di sana... Yeayyyyyy!!!

sayang @myn@ ^_^

7 comments:

hanisah said...

nak join gak ! xde buat stompin kedah ke?

Amyna said...

hahaha!!
kalau dekat boley bawa yunk join. sabaq la no..;p

Alessandro said...

Wah..Kak Myna pun dapat juga..he..he..jumpa esok kak..bawalah husband sekali..^___^..gegarkan Stompin Sabah 2010 di Jesselton Point Kota Kinabalu..

Alessandro said...

He..he..jauh juga akak turun, sewa hotel kak? Tapi berbaloi juga kalau bayaran mahal sikit kan..he..he..

Amyna said...

Aless.. kompem akak turun dengan Mr.A.. sekarang d kk sudah. nanti jumpa incik hafidz nak collect ticket. sekarang bagi Mr.A rest dulu.. penat memandu... sian ChintaHati..

Ba kita jumpa nanti ya.. akak dah kompem jumpa dengan ellen coz dia mau kirim barang untuk Deem. nanti Aless roger2 dengan ellen.. leh kita togeder2...

Gegar kan Stompin' 2010..Pasti meriahhhhh... Perghhhhh!!

p said...

jom kita kasi gegar tue stompinn...
yeahhh!!!

deem said...

kalau bukan kerana.....sudah lama ku join hang....melepas na...!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...