Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Wednesday, November 28, 2012

Akhirnya!! tertunai hasrat di hati untuk "Durian Crepe".


Syukur dengan rezekiMu Ya Allah...

Hari ni tertunai perminataan nafsu Durian Crepe... Makan sampai sendawa pun bau durian dan kepala pening.... puas hati!!!!!

Kawan² saya.. Aummmm aummm aummm~~

Plan nak buat sendiri... tapi tak kesampaian....satu sebab nya takut kulit luar tu tak menjadi... saya baca status kawan, dia buat.. tapi kulit luar lembik... terus nervous angah tau... lagik satu, dekat sini stok durian mahal benar. RM18/kg. Di jual jenis timbang kilo okeh.

Durian tu bukan kecik, kulit sahaja dah cecah sekilo.. Bayar kulit ja dah lapan belas ringgit. Itu lah sebab musabab saya beli hari tu RM45 untuk 1 bijik. Balik rumah... durian tu sungguh mengecewakan... tak manis dah tu macam durian yang di peram menanti masak... kecewa :-(. pendam dalam hati =P. Ada yang terkejut dengan harga durian saya buy haritu.. tapi memang itulah hakikatnya... Hope clear lah kennnn!



Alhamdulillah... sembang dengan opsimate, rupanya ada kawannya buat jual Durian Crepe nih.. sekarang kan musim cuti sekolah... So cikgu nih ada masa nak crepe crepe kan... Kami pun amik kesempatan juga...mengoder.... tadi jam 12.30 dia mai hantaq kat opish....


Lepas ambil dan bayar... masing² tak sabar nak menikmati Durian Crepe... terutama mommy to be nih.... depan kaunter tu jugak, masing² ngap sudah 1 ketul. hehehe! Semerbak bau durian di kaunter tadi @____@


Bawa naik ke opish saya... telan lagik Durian Crepe... Memang super duper lazatttt!!! Apapun syukur Ya Allah.... akhirnya tak perlu tunggu untuk balik semenannjung nun.. sekarang pun dah boleh merasa.... Alhamdulillah.

Durian Crepe yang masih berbaki nih... nak simpan dalam peti sejuk... dorunk cakap, letak dalam peti lagik sedappp. sebab filling kastard yang menutup durian tu akan sejuk... rasa macam makan Aiskrim... walawehhh.... sedapppp dappp. Glurpppp!  #tertelan liur


 NotaSepintas: Gambar tuan tanah tak da.... asyik menikmati punya pasal.. kui kui kui~~


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!

JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh....

Tuesday, November 27, 2012

Takoyaki... Rasa wasabinya menyucuk hidung!!


Kui kui kui~~

Tajuk memang tak boleh cover².. itu realiti punya pengalaman masa menelan TOKOYAKI..  Rasa nak luah balik ja tokoyaki dalam mulut tau... tapi depan orang pulak kan.. tak kan nak luah... tak senonoh lorhhh!

Paksa menelan juga!!


tapi pedas nya tak la lama mana pun. telan air ja.. hilang la rasa pedas tu.. ini depend pada kuantiti yang wasabi yang saya telan... kalau kuantiti wasabi tu banyak.. mungkin sebotol mineral pun tak hilang lagi pedasnya.

Boleh ja nak minta tak pedas.. tapi saya dan opismate, kunun nak try yang pedas... hambik kau... menyucuk hidung teruss... wakakakakaka!!!

Gambar hasil google ^__^

Nak tau wasabi tu macam mana... ha.. mcm kat dalam magkuk yang di atas ni la (warna Hijau). letak sikti ja pun. tapi... tapi... tapi. menyucuk hidung =P.  Selalu kalau pergi ke restoran sushi, ada tu...

Pedas² tapi sedap.. ;-)




Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!

JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh....

Monday, July 30, 2012

Bahan-bahan Jelly Kelapa sedap!!

Selamat bersahur kawan² di semenanjung... kami di sini habis sudah waktunya. Alhamdulillah masih lagi di beri kesempatan untuk melaksanakan kewajipan di bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini.. InsyaAllah. Hari ni dah Ramadhan ke-10 kan.. Subhanallah. Pantas setiap detik yang berlalu~~

Semalam time berbuka saya ada buat jelly kelapa... abang tetiba sebut terasa nak makan jelly kelapa.. daripada beli di bazar belum tentu lagi boleh makan dengan jayanya. Ehh boleh nak makan dengan jayanya tapi bersyarat... mesti la kena beli banyak² kan!!!

Bagus buat sendiri.. nak makan banyak mana pun boleh... isi kelapa dan air kelapa muda nak letak banyak pun boleh. Kalau beli belum tentu kena dengan selera.. maybe air gula yang terlebih²... Wallah hu'alam... So saya dicide buat sendiri... simple saja caranya. Kamu² pun boleh buat. InsyaAllah. Meh dekat saya nak kongsi resepi jelly kelapa nih.


resepi jelly kelapa
Agar-agar saya guna nih perasa pandan..itu yang jelly saya warna hijau... saya main rembat saja agar-agar yang ada. Dekat sini kalau nak tawaf mencari, payah sikit la..silap² jelly kelapa tak menjadi.. tawaf pun belum pasti jumpa, take time nak mencari :-(


Bahan-bahan jelly Kelapa:-
  • 10 gm Agar-agar serbuk, better guna yang jernih (putih) ya.. (saya guna serbuk dan ada perasa pandan).
  • 4 sudu gula - Ikut citarasa kamu
  • 400ml air putih
  • 600ml air kelapa muda*
  • Isi kelapa muda
  • Daun Pandan*
* Sukatan air kelapa muda tu kalau dapat banyak, boleh kurangakan sukatan pada air putih. Tapi lebih baik lebihkan air kelapa.. baru jelly kelapa marbeless!!

Cara- CaraUntuk Membuatnya : -
  • Masak serbuk agar-agar, air putih dan air kelapa.
  • Masuk kan gula ikut citarasa anda.. kalau mahu manis.. lebih kan gula. tapi hati² takut nanti air kelapa dah manis. berganda² pula manisnya. tunggu sehingga mendidih.
  • Masukkan isi kelapa dalam bekas² comel dan tuangkan adunan agar-agar yang siap di masak tadi di atasnya.
  • Biarkan sejuk.. boleh juga di simpan di dalam peti sejuk dan menanti untuk di jadikan salah satu menu untuk bersungkai.
Maksu ini myna dah publish di belog... boleh rujuk dekat sini juga ya. Isi kelapa banyak sebab abang yang request macam tu.. kalau yang di jual belum tentu banyak begini isi nya kan... Semoga dapat membantu 6___9



NotaSepintas: Simple dimple saja kan.. kann kannn! kamu² pasti boleh membuatnya juga... InsyaAllah.



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



JIKA ada akaun fesbuk, BOLEHlah klik Button LIKE ehh.. makaceh~~

Monday, July 23, 2012

Resepi kuih keria dan cara² untuk sira gula

Salam ramadhan hari ke-3 ^__^

Atas permintaan kawan² saya nak kongsikan resepi kuih keria yang saya buat sebagai juadah berbuka puasa semalam... Tekak abang terasa nak makan kuih keria, so saya buat untuk dihidangkan kepada suami =D.

kuih keria dan cara sira gula

Tersenyum hati bila tengok abang berselera menikmati kuih keria.. Alhamdulillah kuih keria semalam kena dengan selera abang, abang cakap ubi nya betul² terasa sebab tak banyak tepung dari ubi.. itu yang abang suka.

Tersenyum lagi hati untuk kali ke-2.. hik3x. Saya ada post gambar di pesbuk & tuiter.. ada kawan request tanya resepi... ada juga yang minta resepi donut.. resepi donut tu boleh la godek² dalam entry sebelum nih ya!

Sekarang saya nak publish resepi kuih keria pulak.

cek mek molek adunan kuih keria
Bulat besar saya guna gelas dan bulat kecil ditengah² tu, saya guna penutup esen vanilla. janji terbentuk comel.. weee~~

Bahan² untuk buat Adunan :-
  • 500gm ubi keledek
  • 50gm tepung gandum
  • Secubit Garam
Bahan² untuk sira Kuih Keria :-
  • 1.5 Senduk Gula
  • 1 Senduk Air
* Gula nih depend pada kuantiti kuih keria yang kita dapat.

# Mak saya ajar macam ni... Guna senduk free yang dapat dalam tepung jagung tu. hehehe!

Cara-Caranya:-
  1. Ubi keledek di kupas kulit, di potong kecil dan di rebus. Rebus sehingga empuk ya. Air dimasukkan separas ubi keledek dan masuk kan secubit garam.
  2. Dah empuk...angkat dan toskan.
  3. Kemudian lenyek Ubi tersebut sehingga hancur dan biarkan sejuk seketika.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit kedalam ubi keledek yang dilenyek tadi hingga sebati dan adunan boleh di bentuk kerana ubi keledek tadi tidak lagi melekat di tangan. Sukatan tepung tadi tidak habis pun tak apa. Lagi kurang tepung lagi sedap!!! percayalah lalalalala~~
  5. Bentukkan adunan tadi mengikut citarasa masing² samada bentuk bulat, bujur atau bersegi² ka.. terpulang. Saya buat bentuk yang biasa tu- Donut.
  6. Sapukan minyak masak sedikit di atas dulang untuk letak adunan yang siap di bentuk.
  7. Goreng adunan sehingga kekuningan.
  8. Angkat dan toskan minyak.

Cara untuk Sira Gula :-
  1. Masuk sukatan air dan gula
  2. Masak sehingga likat dengan api yang sederhana. Air gula itu akan berbuih² putih.
  3. Masukkan Kuih Keria yang siap di goreng.
  4. Gaulkan sekata sehingga naik bunga gula (Putih), Pastikan kuih tidak melekat antara satu sama lain.
dah siapppp!!!


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~~

Thursday, July 15, 2010

resipi Donut utk EL

Malam nih haku nak tunaikan permintaan kawan kita iaitu Puan El. Mohon maaf ya el, kalau myna lambat publishkan resepi donut yang d minta. Tadi myna x bawa buku resepi nih ke opish. tinggal d umah. ya lah p opish pun mau bawa buku resepi ka..wahh advance gitu...ahakss!!.

sebelum tu kepada sesiapa yang perlu d persilakan ya.. myna izinkan.. x marah aihhh.. Ermm.. El nih orang utara gaks.. penang mai. rasa²nya kawan k'gee nie.. betul x el? okeh berbalik pada resepi donut yang d minta :-

BAHAN-BAHAN
500gm tepung roti
110gm gula
1ct garam
1 biji telur
60gm shortening
10gm yis
250gm air sejuk (air biasa, x perlu letak ais ketul)
500ml minyak masak.


LANGKAH KERJA
Boley juga rujuk entry sebelum nih ya Donut&kek.



1- Masukkan semua bahan² tersebut dalam mangkuk KECUALI air. Gaulkan sehingga sebati semuanya.



2- Sambil itu masukkan air sedikit demi sedikit mengikut kuantiti yang d senaraikan. Pastikan doh yang dihasilkan berkualiti.



3- Bila adunan dah siap menjadi doh.. rehatkan seketika dahulu doh tersebut untuk proses pengembangan yis. Disamping itu boley juga buat finger test pada doh tersebut. Kalau lekat kesan jari, bermakna yis dah mula mengembang, dan...



4- Sedia untuk d canai mengikut bentuk² donut yang d inginkan..



5- Dah siap boley d gorengkan. Pastikan api sederhana, sekali-sekala perlu dibalik-balikkan supaya donut tersebut betul-betul masak.



Ini hasilnya... decoration ikut kehendak masing². selamat mencuba.

p/s:Minyak masak tidak d gunakan lagi..kerana sudah d masukkan shortening.. if x da kedua²nya..butter pun boley.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...