Friday, December 30, 2011

Kami dah merasa buah tarap kesukaan Gajah tu..

Saya 1st time merasa isi buah tarap nih...

Kawan opis bawa dari kampung semata² nak memenuhi permintaan kengkawan yang teringin nak makan... kebetulan kami ada di situ.. langsung juga la merasa kesedapan buah tarap yang digembar gemburkan...


Buah tarap makanan gajah

Mula² dengar dorunk cerita terasa macam pelik pula... sebab ini adalah makanan gajah...Ok Gajah tau. Tapi bila dah ada depan mata.. tak pelik tapi teruja nak menikmati.. Kahhh kah!

saya just makan 2 ulas saja... tak boleh nak p dah.. sebab rasanya manis sangat².

Pernah kawan saya mengidam nak makan buah tarap nih... sebiji dia boleh habis sorang². Tak sedar pun dia makan.. terlalu asyik katanya.. hehehe!


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~~

Salam perpisahan untuk Tn Haji Ahmad Zaini

Lebih kurang dalam 8 bulan lebih AyahAnda merangkap bos besar kami di sini. Kalau indon cakap kepala sekolah *PengaruhCeritaIndon*. Kalau Mr.A tengok nih mesti gelak dekat saya... Asyik² cerita indon.. ekekeke. Walaupun begitu tidak lah sampai saya melangggan indo pax tu. Celah mana mau tengok... balik koje hari pun dah gelap... hmm!



Sekajap saja kan Tn. Haji di sini, sudah dapat pindah balik semenanjung sana. Dalam tahun yang samakan, dapat pindah balik pun di negeri yang sama sebelum pindah ke sini. Alhamdulillah... dekat dengan keluarga. Terpancar keceriaan di wajah Tn. Haji..

Saya bertembung dengan Tn. Haji masa nak naik tangga..bukan main, senyuman tak lekang di bibir. Ceria benar!! Saya tumpang seronok saja lah. Kami nak balik Lumut sana entah bila tikanya... signal tak menyala lagi, so berkampung lah kat sini lagi.. Hurmm!



Tn haji langkah masuk sini, masa tu unit kami dalam proses pelupusan.. sempat lah Tn. Haji menyempurnakan majlis penyerahan Komputer yang di kategorikan sebagai pelupusan Hadiah. boleh jenguk² kat SiNi. terima kasih =D



Bergambar kenangan bersama². Ahli unit kami yang tak besar... Kecik ja... Apa yang penting kerjAaa SamAaa!! yes saya sorang ja isteri orang dalam unit tu.. yang lain² pun laki orang juga.. we he he~~

Tn Haji sekarang dah selamat sampai sana.. maybe dah start bertugas di tempat baru... Kolej Komuniti yang pernah menjadi sasaran saya... Last² tak jadi sebab saya dapat sambung study dan Mr.A kena pindah ke sini.. terus terbenam sasaran itu.. Apapun Tahniah Tn Haji... Selamat selamat semuanya!!!



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~~

Thursday, December 29, 2011

1st time adek haikal turunkan signature ^__^


Mencuit hati untuk terus tersenyum.... Siap berdouble lagi signature adek. Entah berapa kali adek haikal duk tenyeh nih... hehehe!



Menurut kakak adek haikal... jenuh juga la duk pusing ke sana sini sinun nak siap kan signature nih... lawak lah adek nih.

Tak pa ini kan benda baru dalam diri adek... Ada kakak yang puaka sikit tegurannya... siap cakap macam tulisan jawi... Tapi betul lah adek.. memang benar... macam tulisan jawi *berdoublePuakaTeguran*. Phewww~~



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~

KALAU SAYANG IBU, BACA LA , TAK LAMA PUN, 5 MINIT JE .

Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata , memang betul)

Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .

Aku ada pasangan hidup sendiri .

Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !
Entah bila , aku nak telefOn mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !

Renungkan :

" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak

" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "

Berderai air mata jika kita mendengarnya .

Tapi kalau mak sudah tiada .

" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di aprOn menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak lalu membacanya . KOs upah membantu ibu :

1) TOlOng pergi kedai : RM4.00
2) TOlOng jaga adik : RM4.00
3) TOlOng buang sampah : RM1.00
4) TOlOng kemas bilik : RM2.00
5) TOlOng siram bunga : RM3.00
6) TOlOng sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .

1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata ,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya .
Jika kamu menyayangi ibumu , cOpy & paste/shere kanlah Status ini kepada sahabat sahabat anda di FacebOOk anda
Memang tak nafi kan... Semua orang sayang kan insan yang mengandung, melahir, menjaga & mendidik kita ... Dengan ini saya kopipes tempek kat belog terus... :-)


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~

Friday, December 23, 2011

Celoteh Week 51 2011... hew hew~~

Ya..lama saya menyepi dari laman maya Amyna nih... Macam² di lalui sepanjang menyepikan diri. cerita ceriti pasal bercuti di kampung hari tu dan jumpa blogger utara pun tak habis lagi semadikan di sini... hmm!

********************************************

Hari isnin last 2 week,

Saya diarahkan ke Kementerian di presint 5, dengar taklimat Skim SBPA. Time tu saya tak sehat... selsema dan demam. Pakej tak sehat yang lengkap...Cubaan. Saya gagah kan juga diri ke sana... Ohh, sungguh mencabar kesabaran tau.. Telinga nih bengang sebab tekanan dalam flight. Bengang satu hal... dah tu sakit sampai ke bahagian tengkok & rahang... Masa time taklimat pulak dewan MasyaAllah... sejukkkkkk. Memang tak boleh nak bagi fokus 100%. Dengar² saja, nak join sesi soal jawab pun tak boleh... asal bersuara ja.. batuk batuk batuk tak mau mau.... jalan terbaik. duk dendiam di situ.

Malam pada hari taklimat tu... badan saya dah mula ting tong yang lebih teruk. maybe kesan dari dewan yang sejuk tu. Suhu badan saya dah mula meninggi kembali. Terasa bahagian muka nih... macam tengah buat BBQ. Panassssssssss! Saya telan macam² ubat dan minum air suam banyak² dengan harapan besoknya saya bangun badan dah tak panas dan saya kuat untuk menapak ke kLiA terus fly ke sini. Alhamdulillah dengan izin Allah, saya dapat pulang ke rumah..

Dalam minggu yang sama, Sepupu saya datang sini. Bawa family jenjalan. Nasib juga time tu saya dah sembuh dari selsema,hidung yang tengah mengelupas pun dah tak da, cuma suara saja la ala² ratu rock gitu ;p. mereka just datang sekejap saja, plan pun ala² songlap lap gitu.

Yang paling penting target saya nak bawa mereka ke perkampungan nelayan terlaksana... Jam 5 lebih dorunk sampai sini, malam tu terus saya bawa mereka ke sana... sini macam biasa jam 6 petang dah gelap. Balik rumah sekejap, mandi & solat pehtu keluar ke sana..


udang fresh sekilo RM24.
Gambar lain² ada dalam henpon, ini pun saya songlap dari FB sepupu saya..
ngee~~ Saya nak tranfer kabel pulak tak bawa, kalau tak boleh tunjuk riang ria mereka di sini. Anak sepupu saya bukan main lagi makan bakso siap terangkat magkuk weyy!

Balik dari sana bawa mereka dinner seafood di Gerai IM.. Tempat baru juga bagi saya, memang patutlah kawan² pakat suggest ke sana... masakan sedap plus murah pula. Pendekkan cerita, boleh p makan di sana lagi dan ada tetamu nak mai bulan 6 nanti (20 orang) saya bawa makan di sana saja lah... yeayy! steambot di perdana boleh atur kemudian.. hehe!


*****************************************
Hari isnin last week,

Opish saya ada menerima seorang pelajar Latihan Industri..Adik Masni Dari politeknik perlis, satu poli dengan MekteQ a.k.a adik perempuan saya.. Belajaq ja di utara sana, tapi asal sini. Tak apa masni, jauh perjalanan luas pemandangan..kan kan! Masni ada belog juga.. klik SiNi tau. Pertemuan kita ini memanjangkan lagi silaturrahim sesama insan. Alhamdulillah ^__^.

Masni selamat datang ke sini dan selamat menjalani Latihan Industri. Manfaat kan peluang yang ada sebaik²nya eh. Kalau sistem still yang lama dulu, praktikal politeknik 6 bulan kan.. so sangat panjang masa itu..

Buat masa sekarang ni masni ada dengan saya, duduk berdepan sahaja di makmal komputer.. Penuh dengan barang². Makmal pun dah macam stor serbaguna. Huhuhu! Koje² pemasangan tile dah siap tapi pintu pulak yang tergendala... dah seminggu siap... tapi pintu tak da.. makanya x da paedah juga... itu yang berkampung dulu kami di sini...

Susah bagi saya sebab kami separate dengan kawan² seperjuangan yang lain.. If ada koje apa² yang nak dibincang, mahu manapak berlangkah² baru boleh jumpa.. payahhhh! Pengarah pun dah bersuara dengan kontraktor... Dia cakap nak pasang hari ni.. sampai sekarang belum juga muncul kontraktor. Paling² lewat isnin nih... Harap² bukan sekadar janji seperti pemasangan tile hari tu.. Saya bukan bola okeh!.

Masni... buat masa sekarang kita fokus pada laman web dulu ya. Macam kata bos, web version 4.0 akan di lancarkan pada 1 Januari 2012 nanti. Untuk koje² maintenance komputer dah tak banyak sebab komputer dah buat pelupusan.. Tapi dengar² ada komputer baru akan sampai dalam masa terdekat ni. If itu bukan janji manis...boleh lah masni ambil peluang untuk belajar. InsyaAllah ^__^.


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~~

Wednesday, December 7, 2011

Pada pandangan saya Mish pepel semakin membaik

Hari nih macam biasa running kan enjin seketika before gerak ke opish..

Masa Mish pepel duk buat perangai hari tu kan... memang nampak perubahan yang berlaku setiap kali on key... Saya bila on key, opcos pastikan semua indicator menjalankan fungsi sebaik nya termasuk lah meter digital yang terpampang depan mata tu (aras minyak, jarak KM perjalanan dan ect).

Bila semuanya dah clear baru hidup enjin. Mr.A yang didik saya begitu.. so terbiasa lah kot. Mr.A memang betul² perihatin dengan barang² miliknya... kekadang saya sendiri terasa sangat menyusahkan ;p

Selalu nya meter digital tu akan function seperti mana bila kita mati kan enjin atau off kan key.. Bila dia dah buat perangai hari tu, function tu bertukar.. tapi saya just report kat Mr.A masalah yang biasa seperti yang Mr.A sedia maklum ... Takut nanti Mr.A serabut.. saya mula lah serabut sama...

Sejak semalam dan pagi nih saya drive, pada pemerhatian saya... Mish pepel dah semkain membaik.. Syukur Alhamdulillah..

Kesimpulan nya... Untuk kenderaan spesis sama dengan gentolak nih,Cam pro la sangatkan.. setiap kali ganti bateri baru atau pasang semula jumper bateri yang ditanggalkan haruslah pergi ke pihak eon atau proton untuk setting semula elektronik pada enjin tersebut... Kalau tidak satu persatu dia akan kacau a.k.a membuat masalah.. sampai kita sendiri boleh fade up!

Nota Sepintas: Petang.. kalau tak da halangan, Mr.A akan balik untuk ambil Mish pepel.. Lepaih nih kita tengok pula pandangan Mr.A ke atas Mish pepel... Kalau pada saya.. macam dah membaik.. Bagi Mr.A.. belum tahu lagi wink*wink~~



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~~

Wordless Wednesday #14 : Something AWESOME is coming...



Air Asia promosi


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~~

Tuesday, December 6, 2011

Mish Pepel: Ganti SRS Clock Spring (AirBag)

Mish pepel mula buat hal sejak kami balik kampung cuti AidilAdha hari tu.. kami tinggal dia lama² di sini.di rumah orang lain pulak tu.. merajuk la konon kan. Ganti bateri, baru hidup enjinnya.. dah hidup enjin... dia buat hal lain pula... adesss!!

Last week...

2.12.2011 Mish pepel a.k.a gentolak pepel tuh kena ganti barang baru... Almaklumlah semakin meningkat jangka hayat nya.. semakin mengada² minta ganti barang baru... Normal la kan... bukan selalu di ganti.

Tapi kalau dah mengada buat hal.. satu persatu, panas juga hati saya nih.. Mr.A pula busy dengan duty.. mau tak mau saya la kena take over cari resolution untuk settle kan. Mr.A tukar dengan saya, ambil mista bobo bawa balik pangkalan sana :-(. Lama dah saya tak bawa manual.. terasa keras semacam saja clutch tuh..kalau boleh tak mau pijak.. nak tekan minyak dan break ja macam mista bobo.. huh apakah??


SRS Clock Spring (AirBag)proton gen2

Bab ganti clock spring nih dah settle saya hantar ke bengkel komuniti 1Malaysia.. Beli barang saja RM385. Horn yang duk bunyi sepanjang masa dah senyap... Kalau tak jenuh tahan telinga.. dah la horn tu bunyi macam lori kontena tayar 18.. Mish pepel kembali berbakti kepada puan nya..

Tapi Mr.A masih tak berpuas hati sebab indicator check enjin still menyala dan meter minyak still lintang pukang.. kekadang tunjuk minimum, kekadang maksima.. Jadi cam mana Mr.A nak travel jauh.. payah payah!

Atas nasihat kawan² Mr.A yang mempunyai spesis sama dengan mish pepel.. depa suruh p check dengan pihak pengeluar.. Mereka cakap kalau lepas tanggal bateri memang kena setting enjin (tune) balik guna alat elektronik.. Makanya tadi minta kebenaran bos sekejap untuk keluar sekejap p check.. di sana setting enjin tu saja.. cas RM94.50...

Masa on da way balik tadi saya tengok indicator tuh dah tak menyala, meter minyak pun macam dah ok.. kalau tak ok juga.. harus saya p mengadap mereka lagi.. Alang² dah bayar kan!

Mish pepel... Tak lama dah kau akan menjadi milik kami yang abadi tanpa hutang piutang lagi. Jadi jangan buat perangai lagi ehh. Bukan kami tak sayang kau.. sayang amat! Kami dua kan kau pun sebab terdesak... walaupun begitu Mr.A tetap jaga kau macam menjaga dirinya sendiri... ;p


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~~

Wednesday, November 30, 2011

Warna warni Karnival jalur lebar 1Malaysia di Tawau

Aktiviti saya last week..

Maka nya minggu lepas.. saya tak da istilah cuti.. direct bertugas. Nasib baik isnin tu cuti sempena tahun baru islam.. boleh la melepaskan kepenatan di tilam dan bantal... hehehe!

Saya ditugaskan untuk KJL1M (Karnival Jalur Lebar 1Malaysia). Jalur lebar kan.. automatik Unit ICT terlibat.. actually ini tugas bos unit saya, disebabkan bos outstation.. bos serah kan kepada saya untuk handle... berkat pertolongan kengkawan di unit lain yang terlibat.. Alhamdulillah.. Akhirnya koje berjalan lancar hingga karnival tamat.

So meh la tengok serba ringkas warna warni sepanjang KJL1M berlangsung.. sambil tu saya mengomel ehh ^__^



Mascot Upin Ipin Lalu lalang ja di depan Booth kami.



1st day.. Mr.A follow saya ke booth. Kesian Mr.A lor, kebosanan di rumah... Sobb! Hari ke-2 stay di rumah saja. kalau ke sana pun tak selesa sebab tahap kepanasan yang melampau.. betul² panas woo...


YB Datuk Hj Tawfiq Datuk Hj Abu Bakar Titingan membuat lawatan ke booth kami.. Paling seronok sebab datuk cakap..ini kolej saya. ngee~~


Pihak MPT...


Pihak Jabatan Tenaga kerja.. Booth sebelah kanan kami saja.


pelajar sekolah prima bistari.. Jemputan khas dari pihak SKMM.. cikgu mengiring mereka yang inform saya.


so bergambar reramai depan booth...


bergambar juga dengan Upin Ipin... duk lalu lalang depan booth.. tangkap la sekejap. bergambar..ramai budak² tengok maskot upin ipin nih, mereka takut.. maybe sebab terlebih besar kot. selalu duk tengok di tv kecik ja kan!


Stanley pun ada..


Anggota ATM pun singgah ke booth kami.. berminat nak belajar kemahiran ya encik. silakan?



Pihak RTM pun turut menganjurkan aktiviti untuk menghiburkan pengunjung² karnival. Kami just hantar 1 wakil ja untuk Limbo rock. dapat tempat ke-2.. Jadi lah sekadar menghiburkan..

Hari ke-2 a.k.a hari terakhir...



Aktiviti tetpa berjalan seperti biasa.. cuma artis jemputan bertukar.


Artis Sabhi Saddi.. orang sandakan bah.

Masa pihak RTM duk temuramah live dengan dia.. kami di booth sebelah nih mencari lah detail nya.. Jalur lebar kan.. haha!. baru nak mengenali kata kau.. hahaha!



bersama DJ Tawau FM..



Ini antara booth² yang di pamerkan untuk pengunjung... Kepenatan amat.. huh! lagik berbaloi kalau menang Ipad ka, Blackberry ka... *mimpi saja*. Beli barang pun tidak tetiba nak menang cabutan bertuah... apa kes!!



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!


Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~~

Tuesday, November 29, 2011

Hari nie ulang tahun kelahiran Mr.A Looo~~

Selamat hari lahir sayang!!

Hari lahir ke-29 tahun pada tarikh 29 November 2011.

Semalam saya dah teringat nak wish.. tapi sengaja nak tunggu jam 12 malam...Last² tertidur dengan ayat tu.. Pagi tadi baru teringat balik. Elok lah time tu Mr.A dah drive menuju ke pangkalan sana.. Huhuhu!

Kalau saya call pun belum tentu Mr.A nak pick up.. Makanya saya text sahaja coz tak mau ganggu Mr.A.. Hmmm!

Bila dia dah reply... baru call bercinta cintun. teringat zaman bercanda dulu.. hahaha!




Ini design untuk tempahan hadiah tahun lepas.. sempena ulang tahun yang ke-28 tahun la kan.. tak kan 27 pulaks.. Kalau rajin nak membelek² entry lepas..dipersilakan.. itupun kalau blogspot tak spoi saya punya entry.. hehehe!


Saya tempah magic Mug dari ArtFever . Mr.A guna pakai sungguh. balik² minta buatkan teh panas, tak pun kopi panas... siap demand tuh "bancuh dalam gelas KITA". tau ayang! saya pun layan saja.bukan susah pun kan.. phewww~~

Hadiah tahun nih.. ha tunggu!!!

Mr.A ada minat satu gadget nih. tapi saya rasa macam tak mampu la... kalau duit tabung tu cukup.. saya buy. kalau tak.. simpan lagi ke tahun hadapan.. boleh beli bestSAR lagi... kann kan!


Selamat hari lahir sayang!!



Thanks you read
and support my writing. Please come again ya!!!





Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE~~

Thursday, November 24, 2011

SyakiraSofiyaSyakira 1st GiveAway!!

Saya join GA dari Yana...

terima kasih yana sebab invite myna. Semalam tak sempat nak publish.. Baru hari ni berkesempatan =D





Syarat² GA boleh terjah ke belog penganjur yea.. klik SiNi . Hadiah di sponsor oleh laman maya baby & mummy Shop.

Untuk memenuhi syarat² GA... saya tag:
Tarikh tutup GA pada: 15 Disember 2011. .


Kepada readers yang tak di TAG tetapi berminat nak join.. silakan ya!!!



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!




Kalau suka klik Button LIKE

AidilAdha: Bersama saudara saya di Kpg. Baru

Peringatan awal...

Untuk Gadis ini.. jangan nak sentap lagi ya! Macam dalam entry iNi. sebab time kejadian Nikon tu ada di tangan hang.. So faham² sahaja..wink*wink~~

Hampir jam 6 petang saya dan Mr.A sampai di rumah Maklong.. Time ni ratuhati dan adik² nak pergi melawat sepupu saya yang masih dalam tempoh berpantang. Baby ke-3 sudah... Murah rezeki Kak Nora. Alhamdulillah.Rumah nya tak jauh pun... dah kata kampung kan.. pusing² celah mana pun sampai juga rumah adik beradik. ekekekeke. Actuallah kak nora nih anak maklong saya..



Baby kak nora.. Baru 2 minggu. saya pun dah lupa nama nya.. Nama millennium nih payah sikit saya nak ingat.. Tambah pula sebutan yang menggulung lidah. kompem lagik lah payah..

Nama anak sulong nya saja saya ingat.. tergulung juga la nak sebut.. Raudhah Nurtahsina, cuba sebut? heheh! saya terelebih ingat pun sebab masa dalam pantang saya yang menjaga kak nora di lumut sana..



Kan saya dah kata.. lalu kot tepi² rumah ja.. tapi bangunan rumah yang tersergam dalam gambar nih.. semua nya rumah Mak dan Tok sedara saya..



tak sedar pun duk bersembang.. hari dah gelap.. tak puas pun peluk baby. Disebabkan ratuhati dah ada plan.. so kami pakat² akur. Undur diri.



Budak² kicik nih nak ikut kami balik ke rumah MakLong juga.. so kami angkut lah sekali. Bukan kena naik kereta... jalan kaki saja kann!!




Anak² sedara VS sepupu saya!!

Seleps solat magrib kami caragas balik ke FBT dulu.. mandi tukar pakaian..solat isya'a siap².. Dalam jam 10 kami gerak ikut plan Ratuhati iaitu ke rumah akak sulong saya di Penang. Kami sampai sana hampir jam 12 malam...



Adib Bum Bum pun dah tidur time nih.. kacau² dia tidur.. sebab ini 1st time saya bertentang mata dengannya sejak Adib dilahirkan.. Sunguhh BuM Bumm pipinya!!



Uishh geram dengan pipinya... teringat² sampai sekarang.



Seronok sangat dia.. ramai² datang ke rumah.. Mengantuk pun hilang sekejap.. kami berbual² sekejap.. pehtu masing² bawa haluan mencari bantal dan tilam.. besok pagi nya bergerak ke Majlis akikah anak sepupu saya pula.. Akak saya pun follow kami ke sana...



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!











Wednesday, November 23, 2011

Wordless Wednesday #13 : Teratak family di FBT.. kangen amat!








Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!








Gadis Aktifast sentap paling dalam ;p

Gadis aktifast saya sudah sentap...Katanya sentap paling dalam.. Semuanya kerana saya tak publish sekeping pun gambar nya dalam entry sebelum iNi.


Ini gadis aktifast saya!!

Memang aktifast sangat.. itu yang tidak pandai bersabar.. Actually cheh, banyak gambar hang nak di publish... cerita konvo hari tu pun ku tak masuk lagi.. Satu² persatu akan ku cuba publish. Masa sangat² cemburu...

Lagipun bos atasan ku tiada sekarang, ada koje yang ditinggalkan untuk dilaksanakan, dengan opis bertaburan memindah barang ke sana ke mari sebab kontraktor nak pasang tile (mozek). huh! okeh dah dah hang jangan nak sentap dalam² na... Nanti ku publish... tu ha di atas tu dah publish sekeping gambar hang :p



Ohh ya.. terima kasih na hand bag nih.. bertambah koleksi bag. Paling suka sebab boleh boria dengan ratuhati... hehehe!



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!











AidilAdha 2011 di FLM a.k.a Rumah Mr.A

TudiAaaaa!! Cerita raya saya baru nak keluar. Hew hew hew!!

Alhamdulillah....Akhirnya kami (Mr.A) dapat juga balik bercuti dan meraikan AidilAdha dengan keluarga di kampung halaman... Baru la adilkan. AidilFitri tak dapat, AidilAdha dapat.. Ini tak.. janji manis ja depa tabur untuk staf.. bila waktunya.. pelbagai alasan lagi di beri sehinggakan sanggup koyak form cuti staf.. apa ke hal nya!!!

uishh... panas hati tak habis lagi ka saya nih. Ngee~~

1st AidilAdha saya sambut di rumah Mr.A.. lagipun AidilFitri 2010 tu saya sambut dirumah saya sebab Mr.A time tu bertugas di Somalia... Nak adil bagi pihak kami berdua.. decide di rumah Mr.A sahaja... Win win situation kan!


Mr.A di Pagi 10 Zulhijjah 1432.



Rumah 1st kami berjalan ke rumah TokLong Nab. Berdepan ja rumah Mr.A dengan rumah TokLong. Jalan kaki ja... Time kami p sana ramai pula anak² TokLong di rumah, sempat la berkenal² kenalan.. sembang p sembang mai... tersangkut. hehe!



Di rumah TokLong ada Tapai.. teringin nak makan. tapi TERpaksa pendamkan nafsu. Sobb!. Mr.A makan sagu, campur santan,gula merah dan ketul ais... saya just minum dan jamah kuih hasil tangan orang lama...Perut kekenyangan dah sebelum keluar sebat laksa di rumah. Mak mentua saya buat 2 menu hari tu... Buhun sup dan laksa.


Maklong Mr.A merangkap Maklong saya!

Seterusnya memanjang langkah lagi. Naik motor tawaf FLM.. Bagi saya FLM besar lagi dr FBT a.k.a kampung saya.. If buat kenduri mau berkawah² nasi kena masak.


KakChik, KakNgah, Amyna dan MakLong :D

Kami ke rumah MakSedara Mr.A yang tinggal se Felda dan ke rumah kengkawan sekolah Mr.A... Dah berat perut... terus balik ke pangkal jalan.



Anak² saudara Mr.A..

Di rumah Mr.A time tu pun dah semakin ramai saudara mara sampai. Selalu selepas solat AidilAdha, mereka semua akan balik berkumpul di rumah Mr.A. So sangat meriah!!

Bersama keluarga Mr.A... 3 orang lagi HERO tiada =D


ehh kenapa tangan saya sebegitu rupa? lawak pula bila tengok!


Ha.. yang ini saya like ^___^


Ini adik Mr.A yang ke-3.. Nak sambut AidilAdha tu adik ada beli kaki kerbau.. Sangat besar tau.. itu sebab Mak buat menu bihun sup..

Saya dan Mr.A yang songlap dulu kaki tersebut. kami makan bersama² di dapur. Pak sedara yang lain² dah kena kurantin... tak leh terlebih sedut. Nanti ada yang TERpaksa mengadap doktor. So mereka bagi dekat kami, golongan yang belum sampai tahap kurantin nih... itu pun PakSu Nuar duk bising² kat kami suruh beringat *KeCemburu* hehehe!


bergambar bersama² =D
*Macam mau bersanding pula gaya Mr.A.. hahaha!


amyna & mekteQ di rumah MakLong Shimah.

Selepas asar.. Kami bergerak ke rumah Mak Sedara saya di kampung berdekatan dengan FLM.. Ratuhati dan adik² mereka gerak dari FBT. kami janji jumpa di sana. Sebab malam tu kami plan untuk ke next destinasi yang jauh berkilo Meter.. :-)



*FLM = Felda Lubok Merbau
*FBT = Felcra Belimbing Tolak


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!










Monday, November 21, 2011

Boleh tengok perlawanan akhir bola bersama².. Malaysia VS Indonesia yoo!

Hari ni Mr.A fly balik sini.... Dari Alor Setar utara nun..



Balik mai ke Tawau di bawah bayu.



Jadi malam nih bola la tengok perlawanan akhir bola bersama².. Tv di rumah pun akan mula mengeluarkan nada... masukkan slot kad sahaja.Kalau tak sunyi sepi Wooo! Nak menumpang rumah jiran.. Maluuu~~

Ada sebab yang saya tak dapat On tv... semuanya adalah kerana penyakit LUPA yang tak lekang dalam kamus hidup saya.. Ngee~~

Mr.A dah marah... tapi dah kesilapan saya sendiri terpaksa redha. Nasib juga ini tak melibatkan Mr.A.. kalau tak lagi haru. lagipun sepanjang balik dari cuti, saya pun bukan sentiasa ada di rumah.. banyak Outstation. Semalam saja yang ada masa nak duduk di rumah. Itupun blackout. Tak dapat On tv juga.. ternyata janji Allah itu indah, Ada hikmahnya apa yang terjadi...



Gambar ambil diFB Wanzie.

Boleh la tengok perlawanan sambil ditemani pengulas sukan yang tak berbayar... Ada² saja komen Mr.A nanti..saya boleh agak dah. well~~



Ini lah pengulas sukan saya yang tak berbayar... Just sediakan air sahaja untuk membasahi tekak. wakakaka!

Mr.A di jangka mendarat di bumi Tawau dalam Jam 5.00 petang. Jadik nanti lepas punch Out.. saya akan direct ke Airport jemput beliau... InsyaAllah ^___^




Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...