Tuesday, December 6, 2011

Mish Pepel: Ganti SRS Clock Spring (AirBag)

Mish pepel mula buat hal sejak kami balik kampung cuti AidilAdha hari tu.. kami tinggal dia lama² di sini.di rumah orang lain pulak tu.. merajuk la konon kan. Ganti bateri, baru hidup enjinnya.. dah hidup enjin... dia buat hal lain pula... adesss!!

Last week...

2.12.2011 Mish pepel a.k.a gentolak pepel tuh kena ganti barang baru... Almaklumlah semakin meningkat jangka hayat nya.. semakin mengada² minta ganti barang baru... Normal la kan... bukan selalu di ganti.

Tapi kalau dah mengada buat hal.. satu persatu, panas juga hati saya nih.. Mr.A pula busy dengan duty.. mau tak mau saya la kena take over cari resolution untuk settle kan. Mr.A tukar dengan saya, ambil mista bobo bawa balik pangkalan sana :-(. Lama dah saya tak bawa manual.. terasa keras semacam saja clutch tuh..kalau boleh tak mau pijak.. nak tekan minyak dan break ja macam mista bobo.. huh apakah??


SRS Clock Spring (AirBag)proton gen2

Bab ganti clock spring nih dah settle saya hantar ke bengkel komuniti 1Malaysia.. Beli barang saja RM385. Horn yang duk bunyi sepanjang masa dah senyap... Kalau tak jenuh tahan telinga.. dah la horn tu bunyi macam lori kontena tayar 18.. Mish pepel kembali berbakti kepada puan nya..

Tapi Mr.A masih tak berpuas hati sebab indicator check enjin still menyala dan meter minyak still lintang pukang.. kekadang tunjuk minimum, kekadang maksima.. Jadi cam mana Mr.A nak travel jauh.. payah payah!

Atas nasihat kawan² Mr.A yang mempunyai spesis sama dengan mish pepel.. depa suruh p check dengan pihak pengeluar.. Mereka cakap kalau lepas tanggal bateri memang kena setting enjin (tune) balik guna alat elektronik.. Makanya tadi minta kebenaran bos sekejap untuk keluar sekejap p check.. di sana setting enjin tu saja.. cas RM94.50...

Masa on da way balik tadi saya tengok indicator tuh dah tak menyala, meter minyak pun macam dah ok.. kalau tak ok juga.. harus saya p mengadap mereka lagi.. Alang² dah bayar kan!

Mish pepel... Tak lama dah kau akan menjadi milik kami yang abadi tanpa hutang piutang lagi. Jadi jangan buat perangai lagi ehh. Bukan kami tak sayang kau.. sayang amat! Kami dua kan kau pun sebab terdesak... walaupun begitu Mr.A tetap jaga kau macam menjaga dirinya sendiri... ;p


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...