Showing posts with label Menanti zuriat. Show all posts
Showing posts with label Menanti zuriat. Show all posts

Monday, April 23, 2012

Amalan menanti zuriat part 1


Saya kopipes sebijik² dari laman cvtampang.tripod.com untuk rujukan saya dan dikongsikan kepada kengkawan yang perlu/belum tahu. InsyaAllah :-)

Amalan mendapatkan zuriat :
  1. Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli(warna hitam)setiap awal pagi - utk sisuami
  2. Buat senaman batin tiap2 x bgn tido waktu pagi-utk lelaki
  3. Amalkan bersedekah setiap hari jumaat, bila ke masjid.. insyallaah.. jika diamalkan berhasil
  4. Doa Nabi Zakaria
  5. surah AlWaqiah selepas subuh
  6. lepas maghrib amalkan AlMulk (kekuasaan Allah).
  7. Banyak bersedekah kepada bayi2 yang baru lahir.
Diet Pemakanan:
  1. Badam (almond) 5 Biji tiap hari
  2. Buah Delima
  3. Buah Zaitun
  4. Buah Kurma
  5. Jauhkan /pantang makan benda2 masam, nanas, minuman bergas pendek kata benda yang berasid, jangan makan seafood, boleh ambil spirulina everyday, makan sayur & buahan. Suami perlu banyak makan berasid macam daging, ayam etc.
  6. Jangan minum air kelapa
Cara Senaman Batin
  1. Duduk bersila badan tegak
  2. Selepas itu luruskan kaki kanan kedepan
  3. Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan,tangan kiri pula pegang lutut kiri..tarik nafas dalam2(slow)
  4. Setelah nafas penuh didada..bawa tgn kiri tadi kesebelah kanan hingga menyentuh lantai sebelah kanan (jgn lepaskan nafas,tahan selama 7 saat) atau ikut kemampuan.
  5. Ulangi perkara diatas dgn kaki kiri plak
  6. Buat 3x /7x setiap kali lepas sembahyang subuh..jika betul caranya...peluh akan keluar walaupun baru buat 3x..(3x kiri..3x kanan)
Masa berjimak:

Sabda Rasullah s. a. w. "Wahai Ali! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a. s"

1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.

2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.

3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.

4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.

5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta - minta.

6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar) Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.

7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika Allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.

8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.

9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.

10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak) Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, sunglap dan menghendaki dunia daripada akhirat.


Cara Berjimak yang dituntut:

1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala pembahagian allah s. w. t

2. Pada malam Selasa. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkanya (turun bala ) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.

3. Pada malam Khamis. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yg bijaksana dikalangan yg bijaksana atau org alim dikalangan orang alim.

4. Sewaktu matahari ditengah langit. Jika Allah mengurniakan anak yang tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s. w. t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.

5. Pada malam Jumaat .Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.

6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.

7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.

8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya . Sumber: SearchGoogle


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~~

Monday, March 19, 2012

Buah hawa tu buah zuriat rupanya :D

Assalamualaikum dah salam sejahtera..

harap kawan² semua sehat dan sentiasa dalam lindungan ilahi.. Saya baru habis bercuti kasih sayang di kampung halaman utara sana... semalam baru mendarat kembali di negeri di bawah bayu nih... Hari nih koje seperti biasa walaupun kondisi badan di tahap minimum..

Hari ni saya nak kongsi tentang buah hawa nih.. Ada juga yang panggil buah zuriat, buah koka dan senang paham buah rezeki.. Saya dapat buah ini dari kawan opish lama di kedah dulu... Terima kasih Sham & wartie.

Buah hawa, buah zuriat, buah koka, buah rezeki

Cara untuk aplikasi nya.. saya belum dapat info sepenuhnya lagi... sham cakap amik dulu nanti dia akan inform kemudian. Mereka sendiri pun dah lupa..kena rujuk mak nya semula.. Buah ini mak sham beli di mekah. Sham cakap ini last sudah stoknya.

Sebelum tu, Saya memang ada bebual dengan zie pasal buah nih.. zie panggil buah nih buah zuriat. sekarang zie ngah preggy berkat penggunaan buah zuriat nih. Alhamdulillah... itu yang saya teruja juga nak dapatkan buah nih.. Tapi zie cakap kena guna suami/isteri. Jadi saya pendam kan dulu hajat nak dapatkan buah nih sebab Mr.A belum ada di sini. Saya juga ada inform dengan Mr.A tentang buah hawa ini :D.

Sham cakap buah nih hanya wanita sahaja yang guna.. lelaki tak boleh sebab nama pun dah buah hawa bukan buah adam.. ekekke. Tapi zie cakap buah zuriat boleh untuk adam & hawa... Konpius dah saya.. adakah sama buah hawa & buah zuriat. Tapi hasil pembacaan saya di blog siti saya dapat jawapanya!!

Ya memang betul buah hawa dan zuriat itu adalah buah yang sama... cuma nama ja berbeza.. Tapi saya still konpius dengan Gen penggunaannya. Lelaki boleh ka? ngee~~

Buah hawa yang saya dapat nih masih elok dalam simpanan saya...belum di usik apa². Saya just ambil bau nya sahaja... Macam yang saya cakap dengan wartie.. Bau macam asam katok... sedapp ja rasa... mungkin bau sabut nya tu kot... nak tau lanjut pasal buah nih boleh baca di belog Puan siti ramlah kita... susah betul katanya nak kopek kulit buah hawa nih.. keras... HOHOHOHO!

Sham & wartie... terima kasih atas pemberian ini, terima kasih banyak². Jangan lupa ya... tanya dengan mak hang... ku tunggu cara yang mak hang tunjukkan... InsyaAllah ^__^.


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~~

Tuesday, August 2, 2011

Info: Perkongsian kepada kawan² yang menanti zuriat

Salam Ramadhan di hari ke-2...

Hari ni saya nak kongsikan... ilmu/info yang saya perolehi hasil kiriman dari Penulis Abu Jarir dan Ummu Aisyah. Ohh ya.. saya pernah juga bertentang mata dengan penulis ini bersama anak² mereka secara kebetulan. Alhamdulillah.. pengenalan di alam maya menemukan kami untuk berjabat tangan (Ummu Aisyah).

Menurut kata Abu Jarir.. kebelakangan ini (tahun 2011) beliau busy dengan tugasan harian.. jarang² sudah menerbitkan info untuk makluman atau tatapan pembaca. No wonderlah saya jarang² sudah menerima perkongsian ilmu/info dari mereka.

doa

Di bawah adalah info yang dikirimkan pada 1st Ramadhan.

*************************************

Kesuburan Dan Ramadhan?

Maaf, tajuk di atas agak 'gempaq' sikit. Sebenarnya kesuburan tidak ada kaitan khusus dengan ramadhan, cuma yang saya ingin kongsikan di sini adalah bahawa salah satu kelebihan bulan Ramadhan adalah tentang mustajabnya doa sebelum waktu berbuka.
Mafhum Hadis Nabi;

"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala waktu berbukanya, adalah waktu yang tidak di tolak" (Riwayat Ibn Majah)

Mohonlah kepada yang Maha Pencipta supaya dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah setiap kali sebelum berbuka puasa. Janganlah sesekali dilepaskan peluang keemasan ini.


*************************************

InsyaAllah... Moga perkongsian ini bermanafaat kepada kawan² dan pembaca yang sama² menanti zuriat. InsyaAllah ^____^.

Kita sedia maklum kan.. Bulan Ramadhan bulan yang mulia..setiap amal ibadat yang di laksanakan, fadhilatnya 70 kali ganda. So selamat beramal =D



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...