Saturday, October 31, 2009

:: lEpAk² d AnggUn cAfE ::

Ari ni haku g lepak² bisnes dengan dymp & da geng..wahhh !!
minggu 1st haku n dymp bergerak...sebelum nie just gitu² jerk. x da lah nak harvestt segala.



tetapi ari nie semangat kami terus membara dan membara..yer lah. bila dah tgk duit masyukk..sapo x mau aktif...kann kan kan.Alhamdulillah.

nak main forex idaklah tahu mau membaca graf..kang x pasal² gigit jari.ekekke. so dah ada peluang nie..teruskan lah...



senyum masyukk...hohohohoho.



teruja dengan gerak koje sahabatku...dalam diam berbakat
besar...wahhhh.

ermm...kang nanti ada laks tanya tentang biz nie. ok lah ku kasi tau secara ringkas,
ini adalah biz program affiliat. pemiliknya 100% orang melayu,En Ameer.
Wahh nama cam Mr A..ihiksss!!!



kalu nak tahu detail leh clik d gambar tu. Jika x faham gaks leh tanya haku. InsyaAllah haku bantu demi kebaikan bersama.. Opss !! kad bio energy tu free gift jerk tau. bukan d jual.
dan program ni pun bukan jual produk.

nak email buley direct ke amyna2109@gmail.com







:: sEminAr pEmAkAnAn vs pEriuK ::

kahhh kahh kah... harus di ketawa sepuas hati.sambil hentak² kaki. ihiksss!!
kelmarin (30 October 2009) nak kata tipah&mamat tertipu memang buley lah yer..adehhh.

sungguh malang majoriti terlibat...hahahha. Nasib kita lah yer kawan². termasuk haku sekalik. kalau haku tahu qoedahnya begitu dari awal sure haku x masuk seminar tue.baik haku settle kan urusan famaly day kelab nanti...apapun semuanya dah berlalu. hahahhaha.

Dalam hal nie x tahu la nak salah kan sesiapa...
1- Adakah salah penganjur seminar?
2- Salah diri sendirik?

ermm x tahu lah..tapi kalau ikutkan memang saleman or salegirl x buley lepas pintu premis opis tue..aduhaiiii...no komen.

Masa seminar (kunun seminar lah yer) berlangsung, mesti salegirl tu teruja sebab ramainya staf yang sudi luangkan masa untuk dengar promosi dari dorunk... huhuhu. yer la kan, buley dikatakan majoriti masuk bilik kuliah tu mau join seminar.. di tambah lagik ada fotographer dari kolej..kami kat sini memang gitu, kalu ada program sure fotographer akan merakam kenangan. lagi pun itu semua bukti yooooooo.

yer la kita kan "saya yang menurut perintah" bila dah dapat MEMO sure semuanya turut laksanakan..sekalik daaaaaaaaa...no komen :p





wajah² pandangan tepat ke hadapan tanpa toleh ke kiri kanan...fokus tue.
Goodddddd gud gud..


siap gigit jari & tongakat dagu lagik..wakakakkaa.

intro ok la juga..sentuh bab pemaakanan kesihatan dan cara pemakanan yang sehat. sebab tu lah semuanya kusyuk mendengar...siap bag respon baikpunyer. memang ceria bilik kuliah dengan suara2 dari peserta...sekalik asyik² ulang pasal periuk yang di depan dorunk tue..terus semuan cam hurmmmm...




kan dah mula berbisik..ntah la apa yang dorunk gosip² kan tu.
sampai terteleng tengkok jusdy...amin punya angkara. hahaha.



ini wajah² yang dah busannn..mcm² gaya sudah. x kurang juga ada yang pura² keluar ke toilet, jawab handfon. Sekalik dah keluar tu kompom x masuk balik...



Masa time demostrasi...semuanya bagun dari tempat duduk. tengok hasil masakan dengan menggunakan periuk tersebut.



Geng teruna² & bapa² yang teruja..heheheh.



di tambah dara & ibu.
Ehhh k'tie..jaga² ..kang termasuk laks tudung tu dalam periuk. ihiksss!!!



d goreng tanpa minyak... tapi hasil slps masak ada minyak, dan minyak yang keluar dari bahan ini terkumpul d bawah.

mcm² lagik dorunk buat.. kek & pop corn.
Masak ala stim..hasil goreng. uihhhhh cam gitu kah...hohohoho.



terus senyum dapat ngapp pop corn :D




uiihhh..kusyuk² shapiq dengan pop corn. terasa seperti di dalam panggung wayang lah yer..makan pop corn sambil tengok demostrasi periuk.
Mihahahahahaha !!!



haisyooo...jangan rebut² fara, x cukup kita suruh salegirl tu bikin lagik. kita tengok demo nya berulang kali..keh keh keh.



Akhirnya..ada juga muka haku bersama pop corn.
hamoiii dymp..kusyuk nya tengok wayang bersama segenggam pop corn :p


Note: Setiap perkara ada kebaikan dan ada buruknya...apapun sungguh kretip salegirl nie.. gud job.




Thursday, October 29, 2009

:: cEritA BoLA blAck n witE ::


Rahsia bola hitam putih.........................
Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu


selepas Dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan tak Kahwin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun Cuma tinggal bersama pengasuh je.

Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada basikal, dia masih berjalan kaki. Pengasuhnya mengadu kepada bapanya. "Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan?

Dia Tak ada basikal...apa tuan tak segan?" Lantas...... si bapa memanggil si anak, ditawarkan beskal yang macam mana dan si anak cuma bagitau,

"Tak payah susah2 la papa, belikan je saya bola itam dan bola putih..."

Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si bapa. "Kenapa bola itam dan putih?"

"Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan itu je." Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima je. Maka dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu, yang paling canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola putih.

Masa berlalu.

kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda. Sekian lama si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya membelikan kasut roda untuknya. Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya disimpan di dlm stor..

Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi kepada si bapa. Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi. "anakku, kamu tak nak dibelikan kasut roda macam kawan2 kamu? Apsal tak bagitau kat Papa?. No problem setakat beli kasut roda je...".

Si anak menjawab,"Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya dah rosak.. Kalau boleh papa beli lagi k..tak payah lah beli kasut roda. Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan papa?"

Si bapa geram . walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya kasut roda, ditambah bola hitam dan bola putih.

Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang.Sekarang kawan2nya main permainan lain- main roller blade. Musim rollerblade melanda kwasan tempat tinggal nya.

Trend baru....

Sementara tu, budak lelaki tersebut masih setia dengan kasut rodanya. Lepas bapanya pulang dari luar negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda,

sibapa jadi malu sangat2. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikat banyak, keluar negeri lagi tu......Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman. Keesokkan harinya, dalam bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade baru bersama secebis nota:

"Biar kamu tak malu".

Pada malamnya, terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa.

Nota tersebut berbunyi: "Papa, Kenapa tak belikan bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakan nya."

"Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu.

Apalah istimewanya bola itam dan bola putih!!?

Keesokkan hari dan seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota sebegitu...hingga dia tak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola putih untuk kesekian kalinya. Benar, setelah mendapat bola hitam & bola putih tu, si anak tidak lagi
mendesak bapanya.. Secebis nota juga ditinggalkan di ruang kerja si bapa..

"trima kasih byk2 papa kerana belikan saya bola hitam dan bola putih"

Masa berlalu....

Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih
berulang-alik dengan bas, member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah.

Suatu hari, ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh membernya dengan motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi sangat malu. Anaknya bukan 4, bukan 3,...2 pun tidak.

Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan anaknya! Maka ditawarkan

Anaknya untuk dia membeli sebuah motorsikal. Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan motor kurang praktis, lagipun si anak Cuma inginkan bola hitam & bola putih sahaja!

Si bapa tidak dapat menerima penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh berbincang. Akhirnya tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah pula dgn bola hitam dan bola putih semestinya!!.

Tetapi si bapa masih kesal... Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan anak lelakinya bola hitam & bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya begitu memerlukan sebiji bola hitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pula tak pernah bagitahu kenapa dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam
&bola putih..

Sehingga tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti.Kerana gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak dihadiahkan oleh si bapa sebuah kereta Ferrari keluaran terbaru.

Akan tetapi, sehingga beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motoooor je. Sehingga aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari? Kenapa naik motoooooor jeeeee.

Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: abis bapanya tak belikan bola hitam bola putih. Tak faham perasaan anak sendiri!

Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn bapanya.

So,selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk bertanya kpd si bapa, kenapa pak cik tak belikan bola hitam bola putih?

Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2
tu..huh..sampai awek anak aku pun tanya..bila si bapa menanyakan si awek semula kenapa soalan tu yang di tanya?. Si awek pun bagitau, anak lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh Ferrarinya selagi tidak diberi bola hitam & bola putih!!

Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya sudah begitu banyak bola hitam&bola putih.

Nak buat apa lagii..., fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di hadapan awek anakmya itu, maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya.

Suatu hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbukit bukau menaiki Ferrari untuk brsiar2. Yelah, anak muda kan , ketika tenang memandu si anak dicium aweknya dan dia jadi gelabah dan terus accident!!! Mereka segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga dimaklum
oleh pihak polis tentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana mereka tidak memakai seatbelt, si awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak tenat.

Si bapa tiba di Hospital.."macammana doktor, anak saya?"
Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami telah berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya... sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik.."

Perlahan si bapa masuk, mendekati anaknya.

"Papa, maafkan saya..tidak berhati hati semasa memandu.." si anak juga menangis kerana aweknya tak dapat diselamatkan. Si bapa cuba menenangkan dia...akrablah dua manusia itu beberapa saat. sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat pertemuan terakhir antara dia dan anak lelakinya...

Dia teringat kembali persoalan yang selama ini sering bermain di benaknya dan keinginannya untuk mengetahui tentang "mengapa anaknya selama ini selalu minta bola hitam bola putih"

"Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk... sehingga kamu sering kesepian..maafkan papa, nak. Papa tak berkesempatan untuk menjadi ayah yang baik."

Anaknya menjawab dalam keadaan lemah,"tak mengapa papa, saya faham..Cuma saya kecewa disebabkan papa ada kemewahan, papa belikan saya macam2.... saya cuma minta bola hitam dan
bola putih je kan ?"

Si bapa rasa timing jawapan untuk persoalannya sudah tepat.., "KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA HITAM & BOLA
PUTIH ANAKKU... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU BERERTI BUATMU?"

(anda semua pun ingin tahu kan ...?)

Si anak menjawab dengan nada terputus putus kerana sudah tidak dapat bertahan dan masanya sudah hampir tiba....

"sebabnya ....saya.. saya... saya...."

*hep* Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan nafasnya hilang. Si anak sudah meninggal sebelum sempat memberitau bapanya tentang bola hitam & bola putih.

Tengok, si bapa yang selalu hidup bersama anaknya pun tak
tau........... apalagi aku yang cuma dengar cerita, lagi la tak tau ape ape. MACAMMANA NI? Kecewa jugak nih........Isk!Isk! Isk!..........Rasa nak tumbuk je perut orang yang mula -mula forward kat haku adakah uols pun rasa begitu dengan haku, coz sama jerk konsepnya...cerita di persimpangan... Kehh keh keh !! i m sorii. Larikkkkkkkk.




Wednesday, October 28, 2009

:: Oktober Schedule ::

Aktiviti haku bulan Okotber... semua nie berjaya haku laksanakan...kalu ada kesempatan haku akan jaja semua kenangan itu d sini. InsyaAllah...

1- Honeymun with Mr.A
Kota Kinabalu ( 3-7 Okotber 2009)

2- Urusetia Kursus pendek - Pertolongan Cemas, protokol dan motivasi.
Perkarangan kolej (10 Oktober 09)

3- Sambutan Aidilfitri kkts 09 ( 16 Oktober 09)

4- Weekend at Taman Bukit Tawau (18 Oktober 2009)

5- Program sepakat Bistari - 1 Malaysia
Dewan masyarakat semporna (19 - 21 Oktober 2009)

6- Program Hari bertemu pelanggan KPT
Dewan Masyarakat Tawau (23 & 24 Oktober 2009)


Apa yang penting..1st month aktiviti on oktober sudah senyummm...Gumbiraaaaaaaa. Adakah misi berhasil...InsyaAllah...



:: mAnjA vs LEpAk ::

hurmmm...lama tul ku x bermanja vs lepak d sini. teratak uols pun x
sempat nak jenguk... niat nak hafadte tu ada, tapi idea x jua mencurah² di
tambah pula semua picture yang dirakam kan dr lensa kicik haku nie..
belum d tranfer.Kesahnya semua delay dengan begitu sahaja...

alahaiii...amat menyedeykan uolss... rasa mcm nak jerit jerk bagi tau.
nak bagi tau idak erk...bagi tau jerk lah erk..kang nanti ada laks yang
bertanya, x kan picture sikit jerk...hurmmm....

baik haku cakap siap²...Kann kan kan. Nak tu...kasi turun itu kepala
uols.. yess baik²...haku bagi tau..

semua rakaman kenangan pada hari 1st (21 Oktober) program
komuniti bistari di dewan masyarkat semporna terkubur begitu
sahaja...Tidakkkkkkkkkkk

salah satu sbb haku rasa nak jerit tu...adalah kerana (wahh ayat
skemA) itu semua kenangan dan bukti program telah di jalankan....

haku pun x tahu..apa sebab lah cik nikon tu buat hal...tetiba display
skrin no image preview...seolah2 cik Nikon telah di kosongkan
memorinya..pendekkan cerita di FORMAT...hohohoho.

Masa program berlangsung..haku memang x sempat nk handle itu
cik nikon.haku ditugaskan untuk buat demo jahitan manik..1st
time haku outstation sebagai penceramah kursus... harus lah haku
rasa vanggaaaaaaaaaaaaa !!! clap clap clap...terima kasih :p.

disebabkan haku handle tugas baru...kerja cik nikon itu kuserahkan
kepada staf lain untuk handle...x sangka laks nak jadi cam gini..
bukan haku sorang yang terkejut..semua geng2 haku merasai
kehilangan ini....sungguh la sakit hati kami.. nak sedapkan kan hati..
haku cakap dengan nada nak pujuk hati...maybe bukan rezki kita...
dan ada hikmah di sebalik semua yang berlaku ini...

x tahu lah apa kesebabnya leh jadik cam gitu.Adakah kerana virus
pada memori card..berkemungkinan jua..x kan kita nak salahkan
orang lain...salah kan virus lah yer...lagipun memang nyata...masa
sahabatkku Bethrice scan untuk tranfer picture hari ke-2 program.
( tengok x sempat nak tunggu haku balik tranfer d tawau, nak tranfer d
semporna juga- haku 100% sukung)
. kami ada detect viruss... so salah
kan virus lah yer...ada sapa2 nak bangkang...dipersilakan duduk
diam²..:p.


dah tu puloks...picture yang kami tranfer hari ke-2 tu, hasil dari
cik nikon. haku laks x sempat nak hamik dari Bethrice..sampai
lah hari nie...kesian samsidar, menunggu dia. x habis² ulang
tanya...sampai skrg dia dah x tanya..gamak nya fade up lah
kot...ekekkee.

ehh tolong yer..x da maknanya dia nk marah haku..sudah di
inform beth, picture itu di kirimkan dekat ustazah..nanti sida
hamik dari ustzah terus lah yer.... fuhhh sungguh complicated
nak hambik picture...hambik ko. hahhaha.

di sebabkan itu haku jaja dolu..picture masa haku hadir
program yang lepas². Dalam tahun nie yer, bukan tahun lepas...

Program keusahawanan - SMK Teknik Keningau 16&17 April 2009.







Program MOHEX - Sandakan 24 April 2009











Selesai program...harus makan². Program JOM Masuk "U" - 1Borneo Kota Kinabalu 14 & 15 Feb 2009.








ok lah sampai sini dolu n3 nie...InsyaAllah mode haku mcm dah melebarkan sayap nie...harap kelebaran nya terus menerus..dan buka hangat² Tahi Ayam...:p




Monday, October 19, 2009

:: kEmbAli ::

penat nya...jam 9 tadi haku n kwn² selamat sampai d tawau.
teramatlah penat skrg nie..penat² pun sempat lagik jenguk
blog..hahahahha.

ni semua hasutan dari seorang teman..kunun post dalam Fb..
haku pun pa lagik..laju jerk on kan lappy... dah terlanjur on9
terus lah..lawat blog. usang sudah kan log haku...

bukan haku x nak hafdate..haku betul² buzy skrg..cerita haku
kk bersama Mr.A pun x abis...ada la beberapa tempat yang haku
pergi sepanjang kami d sana... tapi semua itu terkubur sementara
di sebabkan tugas.. InsyaAllah kalu ada mode rajin haku...akan ku
kongsi jua kenangan² itu d sini yer kwn².

wekend baru ni pun haku berpicnic d Taman Bukit Tawau, bersama
geng opish...fuhhh !! best, bukan geng opish sajork..d tambah kenalan
geng opishh yang suporting morting... Happeninggg.

Sampai skrg masih lagik sakit kaki(betis) haku.Ini semua gara²
pokok tertinggi d dunia tue... teruja dengan panggilan itu...teruslah
memvontot dgn kwn²... last fadannn muka...

ok olsss...esk haku harus meneruskan lagik aktiviti bersama kwn²
di semporna nun. bergerak lagik kami...wohoohohohoho. tapi mujur
ada dirver ke-3 kolej.sopan sikit perjalanan, kami.... kalau idak...
mau kenangan melucukan haku ke kota kibalu tu berulang...huhuhu.

mode: rasa cam nak bawa jerk OGAWA ke booth esk.. lengoh tahap
cipannnnnnnn.....ada ke letrik..tadik pun cam..hurmmmm.


Monday, October 12, 2009

:: dEstinAsi yG di tUjU ::

kami selamat tiba ke destinasi dalam jam 6++ gitu....ari pun dah mula
golappp... Mulanya nak teruskan perjalanan ke bandar kk..dalam
pikiran haku masa tu...area kpg air@ asia city coz di sana banyak gak
hotel yang sesuai dengan budget haku...

sampai jerk area tuaran-inanam...Mr.A minta haku call mak sedara
nya. Hurmmm...dengan paksa rela..haku pun call jerk... Lagipun mak
sedara nya memang duk nanti kan kedatangan kami ke sana...

itu pun mak mentua haku yang bagitahu...masa hari raya tu mak ndak
tunggu kedatangan kami...alahaiiii siannya...bukan x nak pergi time
raya tu...haku x sanggup nak tinggal Mr.A beraya sendirik...last Mr.A
yang tinggal haku beraya sendirik...muhahahahha. fadan muka
haku lagikk.

haku budget nak duk hotel..honeymoon untuk kali ke...ntah. x
terbilang sudah... kalau dah fon tu..kompom la kena stay
sana...

Mrs.A : salam m'ndak...myna ni, isteri amir.
M. Andak : wsalam..myna kat mana?

Mrs.A : kami kat tuaran m'ndak.

M. Andak : Lorr...awat kamu datang x bagi tahu
( slank perak ok, haku
x pandai nak ajuk )
.
Mrs. A : Ehh plan mengejut ni m'ndak ~ alasan ok.
M. Andak : M'ndak dekat Ums lagi..p'ndak tiada...Outstation ke PD.

Mrs.A : Oo...x apa lah...kalu gitu kami g hambik m'ndak yer.~
sekbaik jln nk ke ums tu mudah & ingatan haku masih kukuh
M. Andak : Ok juga..boleh kita pergi beli barang dapur kat gient.

Mrs.A : baik m'ndak, nanti dah sampai myna inform yer.
M. Andak : Nanti masuk ke libary ye.
Mrs.A : Libry?? a'ah...


mamposss haku mana tau, tp pura² jerk tahu, sign board kan ada...
dari tawau ke kk...buley jerk pandu sign board. x kan dalam UMS
pun nak sesat....ada mata tengok, ada mulut tanyaaaaaaaaaaa.

haku siap cakap dengan Mr.A..kita g kejap dah umah mak ndak...esok
kita jalan lagik umah mak ndak... haku sebolehnya x nak la susahkan
famly mak sedara haku itu...tapi semua itu berubah apabila haku
sampai sana....


Ini lah mak sendara yang dikatakan itew... sempat lagik kami pose.
hahahhahha.



kami soping barang dapur di gient 1B. Alang² dah dekat dengan
UMS. Just beli barang basah jerk. Sayur semua x perlu lagik.
sebab musababnya kami dah beli masa singgah kat kundsang.
Hoohohohoho. Singgah kejap jerk. Mr.A nak beli keropok bayam.
memang sekejap...x lama pun..
masa itu emas...ewaahhhhh !!

lagipun amat sesuai kami singgah....cari stok makanan.
semua yang dibekal kan sudah licinnnn yooo.

sian my luvly...jauh² drive..mesti ponat. borink x da menda
nak kunyah². haku borink² terus zassss...tidur. zalim3x.



Masa kami singgah nie...sejuk yang hamat, d tambah dengan
hujan² gerimis ala salji gitu...
haku x tahan...sejuk sangat3x, mujur kejap jerk berenti.



Apapun sempat gaks kami posing..buat kenangan. Mr.A siap
sound haku...ayang hambik gambar abg...huhuhu.

haku lagik la suka. nak saja haku.
dalam selekeh gitu. selipar jerk haku belasah.

dalam pada tu..ada lagik tempat kami berenti...tepi jalan sajork.
Mr.A cakap nak hambik gambar haku. lagiks haku suka untuk
bekali². dan sebenarnya...Mr.A nak regangkan otot² yang
dah lose...hahahahhaa. kalu haku lompat ke belakang jerk.

kalau Mr.A ikut cara haku...abis laa...



Jadik percutian kami ke Kota Kinabalu...menginap di Apartment
Bakti ikhlas,Inanam Sabah.
semua itu adalah secara percuma...wohohohoo.



:: pErjAlAnAn pErGi ::



perjalanan dari twu ke kota kinabalu...hurmmm. sebelum bergerak
harus full tank dolu...nanti sampai check point sandakan-kk baru
full tank lagiksss...

sebenarnya..di pekan lahad datu buley jerk nak isi... saja kami x
nak.huhuhu.

sepanjang perjalanan menuju ke sana...bermacam² gaya sudah haku.
Mana x nya...vontott haku ni kebass ya hamat...haku siap lompat ke
belakang lagik...nak betul kan skru² yang lose...regang² oto vontot...
ihiksss. nak berenti lom sampai checkpoint....

Mr.A tu nak hilangkan borink....mcm² benda lah sakat haku...sampai
haku, Bo layan.. akhirnya...Zzzzzz. ha...nikmat². Mr.A membulu jerk
tengok haku selamat.... yang haku ingat ayat last sebelum haku
beradu :

Mr.A : Ayang plat number ada ke sampai Z?
Mrs. A : x tahu sayang...knp?
Mr.A : nanti dah abis huruf..cm na dorunk nak buat plat lagi?
Mrs.A : sayang x yah pening² yer..biarlah dorunk fikir.

sungguh kejam jawapan haku...Mr.A hanya mampu senyu
sinis..actually dia dah nampak yang haku dah terhangguk
hangguk, geleng geleng...

Pehtu ada lagik soklan dia...haku dah senyapppp. yer la... mana tahan
uolss...sejuk dengan aircond...pehtu balik² menjawab soalan ntah
apa ntah dari Mr.A... Last dah nak sampai check point baru Mr.A
kejut....waktu itu...Arghhh nikmatnya dapat lelap kan mata.
keh keh keh !!!

Awalnya nekad x nak tidur...nak teman kan Mr.A memandu. Yer la...
haku minta tukar nak drive x kasi...last gitu lah gaya nya...
feduliksss.

Mr.A segar mungkin...coz haku dah spare kan dia Red Bulleh+jeruk
betik (favorite Mr.A) + keropok dll...

Gamak dia rasa nak ikut gaya haku...dia sedutnya red bulleh...pasti
buley drive laju²...ihiksss !! Lagipun Mr.A mana buley tido..kalu
idak alamatnya...sayonara la Kota Kinabalu...



kami idak berenti kat hentian rehat check point yang
disediakan...penuh perking di situ...
alamatnya kat depan sikit lorr..janji teduh...



Ini muka orang yang baru bangun tidur....muhahahahaha. Gelak
syaitan hokeyyyyyy....

Lebey kurang dalam 2o minit gitu...kami meneruskan perjalanan
semula dengan harapan En Gentolak nie..x da uat hal...dan kami
selamat sampai ke detinasi yang kami mahu...

bukan hape ada sejarah nya suatu ketika dahulu... lagi pun kesilapan
itu dari kami berdua juga...:P

Dah tahu jalan jauh...berenti la rest kejap enjin tu...kann kan !!!
fadan muka untuk kali ke-2.....



:: hEp hEpp horayyyyy ::

horayyyyyyy !!! izinkan haku berpantun dolu yer..

jalan jalan cari makan jangan maluuu,
makan hangin sampai kenyang...
pergi jalan dekat kota kinabeluuu,
bersama Mr.A buah hati tersayang..


Alahamdulillah..baru dapat hafdate...walaupun dah lama perjalanan
ini.bagi haku ianya x basi lagik...sebab haku hepayyy..yabeda
beduuuuuuu!!!

apa kah misi yang selama ini haku nanti kan akan menjadi kenyataan.
InsyaAllah...kawan tolong lah doakan kan yer....lama sangat dah haku
& Mr. A menanti kannya....

moga percutian kami kali ini...memberi seribu rahmat...InsyaAllah.
Hari tu 3rd annivesary x dapat nak celebrate bersama...salah 1 sebab
bulan puasa...dah tu sepanjang Ramadhan Mr.A asyik on duty
jerk. Dah raya x leh cuti laks...aduiiii sedeyyyyyyyyyyy.

tapi x apa...semua tu d balas berbaloi...After 1 week celebrate syawal
Mr.A dapat cuti mau dekat 3 week.

fuhhh nikmat dapat hidup sebumbung...tutup mata ada dia, buka mata
ada dia di sisi....nak nak laks sekarang cuaca x menentu....malam²
asyik hujan jerk....wohohohohohoooo.

heheheh :D
Awal nya plan mau balik semenanjung..alahai tiket laks mahal gilossss
time tue. 1 orang perjalanan mau telan RM700++. kali 2 orang. Mau
pingsannn seminit. Terus Mr. A rela cancel x jadik balik.

lagi pun fadan la muka kami...dah tau nak balik x gatai nak servay awal².

kalu ikutkan nak jerk beli tiket..bukan apa, sian gaks dengan
Mr.A...masa 1st syawal mcm² ngadu kat haku...tapi apa kan
daya haku sebagai isteri... hanya dapat melakukan apa yang
mampu...

hurmmm...mula lah haku ngendeng² dengan Mr.A, ayat lebey²
cikit...manjazzz lain dari yang biasa...ewwaahhhh. atur kan plan...

Mrs : sayang jom kita g jalan²...ayang apply cuti. Cam na?

Mr : ayang nak g mana? sandakan ke kk.

Mrs: kk lah..kalu sandakan nanti² nak kena turun gaks...lagipun ari tu
kita
dah g sana.

Mr : ikut ayanglah...abg x kisah.tapi nak naik kereta mana?

Mrs: ikut sayang lah...hi4.

hurmm...
Mr.A buat preparation untuk transport...haku laks bukan goyang kaki
sajork.Banyak menda nak kena siapkan...packing baju, make sure
kepala gas di tanggal, pintu semua di kunci expecially pintu dapur.
meter air ditutup...plug² semua di matikan...yer la..mau jalan jauh kan,
haruslah dipastikan semua tue. kang tengah hepy dalam perjalanan...
Topp tingat laks..itu ini x off...mulalah sentap. percutian pun ntah apa²
jadik...tapi Alhamdulillah..dengan ada Qualificatin Check (qc) di teratak
amyna...semua itu x da hal...berehhhhhhh.

dah paling penting perparation haku...ini diaaaa!!!

1- buku panduan..



yer la..haku pun bukan la expert sangat jalan sini, ikut sign
board sajorkk..gamak jumpa sign board tempat² menarik...melilau
mata haku tengok peta dalam buku ni. bila terlepas...ala nanti
lah sayang, balik kita singgah...
padahal, haku duk budget masa lorr. kalu main singgah minggah
gitu jam bapa mau sampai kk nun...nak terjah hotel lagi.
risau haku.

2- Jajan untuk dikunyah.


paling penting RED bulleh. itu untuk Mr.A yer..haku x izin minum oleh
Mr.A...tapi, dalam x izin...haku teguk gaks...ekekkeke. sikit jerk.
tingin haku tengok... tapi last Mr.A tahu gaks...yer la..mana buley
tipu². Duk sebelah menyebelah jerk...huhuhu.

gambar keropok pun x sempat nak snap..

sebenarnya haku ada masa nasi berlauk...tapi x hingat laks mau snap.
masuk jerk kereta... terus d simpan senyap...area telupid gitu..baru
haku buka untuk suap kan pada Mr.A...alahai sungguh manja saat
itu...suap menyuap bagai...ekekkekek.

haku masak simple jerk...yang penting mencecah selera haku n Mr.A.
lagipun jauh perjalanan kami....mau 1 hari suntuk dalam perjalanan.
jadik haku buat lah bekal...licinnnn yoooo.



jauh kan...kalu d semenanjung nun..sama macam utara-selatan-utara.
jalan nya x sama yer dengan semenanjung...bengkang bengkok, bukit
bukau gunung ganang...

nak cari highway nan ado yer...


Friday, October 9, 2009

:: HibURkAn hAti ::

ini hari ke-3 haku koje..lepas dari coti..malasnya rasa..itu la kan, kalau
dah mula cuti...mula lah mode pun cuti...macam² qoedah haku buat
nak hiburkan hatii...hohohohoho.

nak maintanance pc..lagik la malas. tengok pc kat meja nun rasa cam
nak campak jerk...padahal 1 unit jerk...kalu buat tue siap juga...
alahaiiiiiii. kamon kamonnnnnnn.

buka folder nu..buka folder nie...buka lappy, ngadap pc...haku
terjumpa la pic yang dapat hiburkan hati...apapun layannnnnnn!!!





















:: i' m bAck...yEssss !! ::

Alhamdulillah akhirnya haku kembali mengadap blog. ihiksss !!
sekian lama haku menyepi dengan mencipta kenangan² terindah
bersama Mr. A...Opsss..skrg Mr.A masih cuti...
sukAaaaaaa nokss. yihaaaaaaaaaaaaa

haku rasa mcm x tahu pula mau posting apa dolu..almaklumlah lama
x mengadap sini. taip agak nak panjang..terus tekan backspace..
apa ke hal nya....keh keh keh.

tapi kalau uols perasan..kalu x perasan hurmm, terpulanglah ada
haku kesah...haku nak cakap gaks.
ada sikit perubahan kat layout tue. haku nak
kembali kan mode untuk berblog la katakan...gitu la qoedahnya...
boley terima kah alasan itu...ha pedulikkkkk.

okies...sampai sini dolu, weekend nie haku update laju² yer. itu pun
kalu haku x d ganggu nyamuk....misi harus menjadi kenyataan...
apapun InsyaAllah.

take care yer all my blogger n silent readers.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...