Showing posts with label jiran. Show all posts
Showing posts with label jiran. Show all posts

Friday, November 30, 2012

Baby shamel @___@


Saja nak tempek gambar baby shamel...

Mix nih..Pakistan plus Sabahan.. Dia la penghibur yang dekat dengan saya... dapat peluk dia rasa hilang penat seharian... Tapi kalau dapat peluk suami... berganda² hilang penantnya.. hehehhehe!!


Kalau saya balik koje... mesti shamel dah tunggu² di depan rumahnya... untuk lambai² tangan. Anak² yang lain...siap jerit². Untie dah balik.. untie untie... wahhh indahnya rasa diri ini bila diberi penghormatan sebegitu...

Kekadang tu saya kena slow kenderaan... risau kalau tetiba shamel lari keluar untuk saya ambil dia... Lately nih saya selalu sampai rumah hampir jam 6 petang. Sini faham² saja la.. kalau dah 6 petang tu.. gelappppp sudah. tak sempat nak manja²kan shamel...

Dia bila nampak saya ja.. nak minta di cium & peluk.. Nice!! saya suka... =D


Last 2 week... shamel mai kerumah saya... jalan kaki sorang². Dia seronok duduk di rumah sampai tak mau balik... dah tu dia suka tengok diri dia dalam cermin... 

Siap bercium diriNya sendiri didalam cermin tu... Indahnya kalau ini adalah amanah dari ilahi hasil darah daging sendiri kan... Time nih kan.. tersentuh dia hati saya sampai jatuh air mata tanpa sedar... Shamel tengok saya dia tercengang dan nak menangis sama...terus saya peluk dia ^___^.

Tapi sekarang belum rezeki saya... yang penting kita percaya pada Qada & Qadar... InsyaAllah... pasti ada rezeki itu suatu masa nanti.... kannnn!

Manusia yang tak memahami erti rukun iman nih.... abaikan, lantak p dekat dorunk... lama mana sangat dorunk nak tanya kita soalan yang kita sendiri pun tak tahu bila dan ketikanya.. Pandai juga penat tu.. kalau yang jenis tak pandai senyap tu nak buat macam mana... Allah s.w.t itu maha adil... Berserah saja padaNya.. Amin Ya Rabbbb~~

Tak mau tekanan tekanan... Nak preggy tak boleh stresssss... Ingat tu!!!!!!




Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!

JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh

Friday, March 2, 2012

Saya sebagai ibu sementara untuk baby shamel

Last week...

saya dia amanahkan oleh jiran a.k.a mamak baby shamel untuk menjaga anaknya.. Dari pagi sampai tengah hari sahaja... sempat la baby kencing² & berak sepanjang di bawah jagaan saya.. hehehe!



Baby baru nak masuk 4 bulan.. tapi badan nya huh semangat sungguh! tak rasa kekok pun nak pegang... tambah dia pun dah pandai berinteraksi dengan kita... syeronoks rasa!!!



Saya sayang dia seperti anak sendiri... selalu balik koje mesti p jenguk dia.. kiss & hug baru balik rumah.. Tapi minggu nih belum sempat lagi saya jenguk² dia di rumah... asyik² sampai rumah malam sudah.

kekangan masa kata kan, cam mana mau pergi jumpa... tak pa lah, ada hikmahnya.. kawan saya yang sedang terlantar di hospital lebih memerlukan perhatian kami.. InsyaAllah.



Saya bagi baring dia tak mau... tengok tu, terangkat sudah kepala dengan kaki. Asyik² nak bergolek ja.. dah tergolek tak pandai pula nak ke step seterusnya...pehtu meraung. kadang² saya saja biarkan dia.. hak hak hak!



Duduk di ribaan saya sampai terlena.. jam 11 pagi sudah kan.. selalu jam 10 tidur dah, punya tahan mata tak mau tidur, nak main sesaja... last saya tepuk² dia macam dalam buaian.. terus terlelap sampai mamaknya pulang dari berbelanja di bandar.



Saya letak dia bagi baring pun tak terjaga.. pintu grill rumah tertutup di tiup angin pun dia tak terjaga juga, just buka mata sikit jerk.. pehtu sambung tidoq.. senang nya menjaga baby shamel.

Saya menumpang kasih dengan baby jiran²... moga suatu hari akan hadir jua rezeki zuriat kepada keluarga Amyna. Hanya terus berusaha, tawakkal dan redho.

Kawan² yang sama menanti zuriat macam saya.. mesti dah basi kan dengar begini. tapi itu lah kenyataan nya... sebab setiap yang Allah s.w.t surat kan.. adalah yang terbaik untuk kita...

Tak semestinya kita mempunyai zuriat sendiri..kita akan bahagia.. itu belum menjamin, kerana kebahagian yang di kecapi oleh setiap hambanya.. semua nya itu adalah dari ketentuannya jua.. percaya lah!!

Jangan pernah putus asa ya kawan.. pada mereka yang mulut² ala kilat sabung menyabung tu, sendiri mau beringat ya... anda bahagia hari ini, besok lusa, tahun depan belum tentu lagi ujian nya.. So sama² lah memahami okeh!



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~~

Wednesday, October 27, 2010

kita sama² menanggung rindu..

Perghhh tajuk.. tapi itu lah kenyataan nya. Dari tajuk jerk mesti ramai yang menyangka kerinduan dengan Mr.A Kan?? Itu salah satunya.. Memang tidak dinafikan. Haku rindu juga dengan MyChentaHati.. Ohh ya..haku tak sabaq juga nih sebab dengar² nama Mr.A ada dalam list penerbangan ke sini petang nih.. Ouwchhhhh!!

Tapi entry nie adalah kerinduan sama Akak Tim a.k.a Jiran tetangga. Ya kami sama² menangung rindu.. Alalalala~~ Rindu saat tiap petang haku pulang koje akak menanti dengan senyuman di bibir, asal akak lalu depan umah pasti akak akan memanggil nama haku, kalau tak pun akak just "hon" skuter merahnya tu, akak datang lepaks² di rumah, kita tengok tv sama² dan macam² la. Nih haku tak pergi soping moping lagik.. Banyak nya kenangan yang terukir antara kita kan akak.. Awal² nih memang terasa akak. sangat terasa. tapi apa boleh buat.. tempat isteri di sisi suami :)




Hari isnin.. abaikan sms dan bateri yang lemah itu. ngee~~

akak tim selesa panggey haku dengan nama MINAH. Nama mak haku sudah di panggey. kekadang kalau sembang panggey min. hehehe!! tak apa akak.. selagi myna rasa masih dihormati. layannn! Ada juga gelaran nih dekat haku. nak tau klik SINI. Kedah kan selalu guna bahasa nih.. jadik fadan muka haku.. kahhhhh!!

Haku publish entry Ceriteria Akak Tim dan Melda pada 24hb. Hari weeknandos. kebetulan hari tu tak ke mana².. Esok malam, hari mood monday blues akak send sms dekat haku. Haku dah reply laju² dekat akak.. Alalala akak..saling merindu kita.

InsyaAllah.. kalau myna ke sana myna roger akak. Kalau ikutkan ada plan nak ke sana. Semua tu depend pada Mr.A. Susah nak janji sebab Mr.A punya plan.. Up up jadik. Begitu lah qoedah koje untuk keamanan negara.. sigh*. Tengah perjalanan menuju kemana² destinasi..tetiba kena roger.. Hmm pusing balik. BATAL. Apapun pegang pada moto nih.. KESIAGAAN. kann~~


sayang @myn@ ^_^

Sunday, October 24, 2010

Ceriteria Akak Tim & Melda :)

Haku saja nak semadikan apa yang tersirat di hati haku sekarang nih. Pelbagai perasaan bermain dalam diri haku sekarang nih. Sedih dan duka

Suka kerana menanti kepulangan Mr.A itu sudah pasti.. Tapi ini suka kerana jiran haku Akak Tim sudah berpindah mengikut suami nya yang bertugas di Kota Kinabalu. Sebelum nih Akak tim tak dapat nak ikut Abang raof kesana sebab anak² masih sekolah. Tunggu lepas exam PMR akak Tim terus caragas ikut Abang Raof.. Iya lah tempat Isteri kan di samping suami.selagi ada peluang untuk memvontot, haruslah memvontot.. tapi Kalau dah tak dapat nak memenuhi juga apa kandaya kan (dush3x..kena batang hidung sendirik).. Nasib baik akak tim suri rumah sepenuh masa, senang la memvontot ke sana ke mari.. Banyak kenangan terindah yang tercipta antara kami, sayu hati haku bila teringat kenangan² itu..



petang² time haku balik koje akak tim mesti dah menanti di gerai bawah nun.. Tak digerai buah, digerai makanan, gerai sate dan gerai runcit. Bertanya kabar di situ..Perkembangan taman pun haku update dengan akak tim.



Sepanjang ramadhan hari tu kami sama² pergi masjid dan bila hujung minggu akan bersungkai atau berbuka bersama. Hari koje jarang² coz haku segan dowh.. akak dah siap masak, tak kan haku nak p ngap saja. Kalau nak tunjuk² di bazar nun, akak tim kurang sikit..nanti perut nya buat hal. Daripada haku p ngap saja, Ohh tidak. malu². Akak memang tak kisah coz dia cakap haku nih dah macam anak² dia.. ala terharunya..



kita shoping sama².. asal boring akak roger haku, asal haku boring haku roger akak. kami kan dalam situasi yang sama. Roger husband masing². dapat green light. jalannn~

Akak tim ada trademark sendiri bila bershoping nih.. haku pun dah terikut tau. Akak orang sini, anak jati tawau (Bugis). Jadik banyak benda haku belajar dari dia. Nak beli dengan murah mesti pakai trademark nih. Ishh rindunya akak.. Macam mana lah nanti bila tiap kali myna shoping ditempat yang kita pernah pergi bersama. Sekarang nih pun menitis air mata akak.. Hmm!!



masa nih kita pergi berpicnic kat Taman Bukit Tawau. Plan nih untuk Melda. tapi last minit melda tak dapat join.



Alalalala.. 17 Julai 2010. Kenangan abadi.



Last hari tu akak tim naik Mish pepel kan. Bukan Mista Bobo nih. Masa tu kita sama2 p soping tikar untuk myna bawa balik kampung masa cuti Aidilfitri hari tu. Akak paksa juga myna suruh beli coz akak cakap alang2 myna balik. Bawa lah balik sekali. Jadi On da spot juga kita sama² berdesupp ke bandar. Thanks ya akak. Ada juga kenangan itu buat family myna di kampung. Naluri seorang ibu sangat kuat :-)

Akak lepas myna balik dari cuti.. kita dah jarang bersama2.. akak busy dengan urusan perpindahan, Myna pula outstation lagi. Memang jarang kita jumpa, kann~~ :( . Sekarang akak dah di samping abang. Myna tumpang gembira untuk kebahagian akak..


****************************************************

Okeh.. untuk Melda pula, Banyak juga aktiviti kami. Sungguh pun dia Non Muslim, tapi itu tidak menjadi halangan buat kami untuk sama² beraktividades...sekarang Melda tengah terlantar dekat hospital Kota Kinabalu, Kalau tak silap semalam Melda Operation penyakit nya itu. Kalau lah KK tu dekat dengan twu nih. nak juga melawat Melda. Moga semuanya baik² dan lancar seperti yang dirancang.. InsyaAllah ^_^

Opss! ya Melda ada bantu haku baru² nih. Rumput yang segar bugar di depan halaman rumah haku nih, Melda yang tulung meracun. Dia kesian dekat haku, tak sempat nak bersihkan. Cuti raya dekat 1 bulan, dah tu abis cuti raya berkursus pula 1 minggu, hujung minggu elok jerk plan nak meracun.. hujan pula. Asal ada panas, time haku koje. Jadik mana nak sempatnya. Mulanya berat juga nak izinkan dia tulung memandangkan kesihatan dia begitu. Tapi di bersemangat sangat nak membantu haku. Siap mengusik haku.. ada ular segala. Ishh seram juga.

Lagipun alat meracun haku ada pada melda. dia pinjam sebelum tu untuk meracun di halaman rumahnya.. Pernah hari tu haku pura² terkunci pagar. Haku tak mahu hari² dia bermain dengan racun. Bahaya!!. Petang bila haku balik koje, tahan telinga la juga mendengar syarahan darinya.. ala kejap jerk. Yang penting kesihatannya.. sorry ya Mel.

Ya Allah, berikan ketabahan hati kepada hambaMu untuk menempuh segala yang tersurat ini kerana haku yakin apa yang tersurat olehMu indah². Kau tak akan menguji setiap hambaMu jauh dari kemampuan diri.. Melda ko mesti kuat ehh. Nanti bila Mr.A dah sampai sini.. Myna cuba cari masa untuk ke sana. itu pun kalau Melda masih di sana.. Kalau tak kita jumpa d twu sahaja.. Zassss!!!!!


Entry jiran :-
1- Shopping
2- Berpicnic


sayang @myn@ ^_^

Saturday, September 4, 2010

Million thanks to uols ^_^

Khas untuk kawan² yang membantu buat persiapan minggu sebelum haku nak balik kampung tempoh hari. akak tim jangan di soal lah.. banyak sangat bantuan dari dia. dari pembelian barang basah, bekukan & packing barang.. semuanya akak tim yang aturkan. dia cakap haku just tengok & belajar dulu.. nanti lain kali nak balik kampung, boley bungkus sendiri dah.. mana tahu akak dah pindah nanti.. masa tu sedih sangat haku rasa.. memang la akak nak pindah ikut abang raof ke kota kinabalu.. tapi haku tak mau touching² sekarang.. buat tak fedulik dulu..



Masa nie jam 1 petang.. lagik 4 jam haku nak gerak ke eport. akak tanya tentang persiapan barang² haku. Dia tanya tentang tikar, haku cakap tak beli.. lain kali pula la akak. terus akak tim khutbah hari kamis kat haku sambil siap2 kan dirinya nak ke pasar tanjung. haku pun on sajork. P la ke bandar nun..alang² dah ke sana.. haku beli sekali ikan terubuk masin kiriman jiran di kampung nun, dia teringin nak makan.. Alhamdulillah. tikar & ikan terubuk masin dapat di bawa balik.. terima kasey akak.. :)



Ini pula geng opish.. tulung bungkuskan cenderahati untuk family haku & family mentua. Thanks ya din.. ngee~~



Tak ketinggalan juga deem.. kebetulan kawan nya pun datang juga.. edict namanya..tak sure lah ku eja tu betul ka tak? tak pandai haku, sebut jerk pandai.. ngee~~ dia temankan haku mandi Mrs. pepel tu. Nak tinggal lama la katakan. harap² nanti tak merajuk lah Mrs.pepel & Mr.bobo tuh. Opss! Mr. bobo pun haku dah mandikan sehari sebelum Mrs. pepel..

Ehh!! deem, thanks juga tali & gunting ya. Semua tu ada dengan kak liza. nanti ko amik dengan dia ehh.. sorry terlupa nak kasi dengan ko ari tu. terlampau bersalam salaman raya..terus lupa derr. haippp!!

Akhir sekali thanks to liza & nazri.. mereka yang hantar haku ke eport tempoh hari. mereka berdua balik esok harinya..thanks a lot ya! mereka berdua pun banyak membantu haku sepanjang Mr.A di negara orang. Sekarang haku pulang ke kampung, Mrs. pepel tuh kena la berpisah dengan Mr. Bobo.. nun jauh di perkarangan rumah liza... huhuhu!!



liza bersama bagasi haku, lebih muatan lorr.. 30kg.

bayaran lebihan 1kg RM15. haku just bayar RM90.00 sahaja. bukan sampai KLIA tau, tapi sampai penang terus derr.. sangat berbaloi.. Kalau AA jangan harap lah nak dapat harga macam nih tau. Haku pernah bawa bagasi lebih 1kg.. tatap kena bayar lor.. Dah tu resit pembayaran pun tak di kasi. bila di minta jap lagik, cik duduk sebelah dulu.. apa kejadahnya, orang dah nak boarding..bapa lama nak tunggu lorr.. hurmm.. Kalau lah time nih haku naik AA, Uols kira lah bapa banyak duit haku mengalir untuk lebihan bagasi sajork. twu-kL satu payment, kL-Png satu payment.. wohohoo~~Nak dapat belas ehsan, harapan agak tipis lorr.. 1kg pun kena bayar... haipp!!

Okay.. sampai sini dulu entry kali nih. Jasa uols dikenang kawan²ku.. =D


sayang @myn@ ^_^



Tuesday, August 31, 2010

shopping be4 fly ke kampung ^_^

Yeayyy!! hati ku berbunga riang coz nak balik kampung halaman.. nak bersungkai berbuka bersama keluarga di felcra & keluarga di felda.. Nak p soping & buat kuih bersama².. Ehh bantu mak jahit baju dulu, mak fon habaq banyak lagik baju² belum siap di jahit.. mesin puloks duk buat hal. hohohoho!!

sebelum haku nek flight menuju ke destinasi nun.. haku p soping dulu apa yang boley di bawa balik untuk mereka² yang sedia menanti kepulangan ku.. ngee~~. Untuk geng² lelaki okay tapi yang fomfuannya nih.. adehhh!! manyak susah juga handle sorang² nih. Nak beli mutiara, tahun lalu dah bawa balik, sat g tak pasai² jenuh melaram puloks adikbadik ku. ala² mami jarum gitu..

Untuk part geng² lelaki punya tu, nanti just belikan baju melayu jerk kasi match dengan kain pelikat tuh. Kalau nak beli baju melayu di sini, tak berbaloi pula. nak angkut satu hal.. Kain pelikat tu sesuai la ku beli d sini coz kualiti baikpunya & harga pun berpatutan. Kepada adik badik fomfuan haku sekalian hampa semua jangan risau na.. haku dah beli barang baik punya. haku tak mau habaq kat sini.tunggu jerk nanti. supriseee!!! (jangan gelak sudah). haku akan majuk setengah jam.. ;p



Teman setia haku sepanjang bersoping, siapa lagik kalau bukan jiran tetangga lorr. akak tim & adik farina. Melda tak dapat join coz baru operation, harus banyak berehat..

Tapi kan adik badikku.. nak habaq yang nie.. haku ada belikan ikan,udang & daging payau (rusa) segar dari ladang & laut. Freshh fell freshhh!! Nanti boley la nak buat ikan bakaq ka, stim ka, apa
² jerk yang hampa suka, tak perlu lah kita nak p sampai kat kola perlis nun nak makan ikan bakaq. Mak ayah sure susah nak p..tambah² mak akak tuh, dah la fenin pikir baju tak siap jahit lagik. makngah laks lagik susah kalau abah tak join.. kann ana kan. betul x? ayat nih khas untuk dek yani..haipp!!



Ini adalah antara bahan mentah yang bakal sampai ke tangan uols. InsyaAllah. kredit too akak tim. tumpangkan frozen di umah akak. freeze umah myna nih tak muat nak sumbat semua nie. kecik.. almaklumlah freeze zaman bujangan.. ekekke!!



Anak & mak memang supporting... syukAaa!!

Balik dari soping ari tu..pingsan seketika. keletihan tawaf bandar tawau.. orang masjid mai antar bubur lambuk mujur tersedar. kalau tak.. Lu pikir lah sendirik.. Wuwuu!


sayang @myn@ ^_^



Monday, August 30, 2010

maaf kan daku ya!!

haku minta maaf kepada semua bloggers & silent readers ya.. mana tahu kalau ada yang menanti sambungan entry ihya ramadhan tu. Haku bukan tak mau hafdate cerita nie.. tapi kekangan masa ;p. Banyak yang haku lalui & tak sempat nak kongsi d sini. Dengan Mr.A haku sempat hafdate. itu yang d sini, haku lengah²kan dulu.. ngee~. Jangan marah ha...

Last week busy dengan Program Ihya, jiranku (melda) masuk wad untuk operation pun haku tak dapat nak jenguk. serba salah jadik nya derr... Sehari sebelum melda masuk wad tu, haku sempat tegur menegur gitu² jerk dengan dia. tak sempat nak p duk melepaks berbual² mesra. kepenatan sangat, dah tu waktu berbuka pun hampir sudah. Sini kan berbuka awal. balik opish jam5, tintong ke param.. tunggu tak lambat sampai.. esoknya tu ingat nak luang masa dengan melda. sekali kawan dah masuk wad untuk operation..

Plan ujung minggu boley la p jenguk melda di hospital. sekali kawan dah keluar wad.. jenguk dirumah jerk lah. kerinduan juga dia sama kami (haku&kak tim).. kami balik bandar aritu, melda dah siap tunggu depan umah. tak sempat haku parking Mrs.pepel tu, melda dah mai dekat kereta. bersemangat waja melda kongsikan pengalaman dia dengan kami. Haku dengar pun ngeri.. tutup² telinga sudah ku. sungguh pun itu baru minor operation.. Ya Allah..haku minta simpang jauh² ujian sebegini..tapi kalau itu dah suratan takdir, haku redha.. kalau boley dijauhkan lah ya!. InsyaAllah.

Opss!! haku ada bagitau kan sebelum nih. kalau yang belum tau tu.. meh tengok sini.

Perkara ke-3 pula.. buat ieja, bukan myna tak mau turun kat pangkalan sana. tapi myna betul² busy dan tak daya myna nak drive malam hari ke sana.. esok pagi nak koje lagik. rushing sangat tu. merbahayakan keselamatan juga. Myna faham hospital di sana tak serupa di sini..Myna cuba yang terbaik. tapi itulah. hanya setakat itu jerk myna mampu. Maybe adik shahirah nak tengok dunia pada 31 0g0s 2010 kot. Nak jadik anak MERDEKA la katakan.. hehehe!! Apapun myna doakan semuanya dipermudahkan ya. Kalau nak mai rehat kat sini, mai la. Umah myna sentiasa terbuka untuk ieja. tapi nanti myna balik kampung. Macam mana pun.. jangan risau,ada juga jiran² myna yang boley menemani ieja..

Akhir sekali meh cuci mata sikit kat gambar haku & deem masa kemuncak program Ihya Ramadhan tempoh hari. layannn!!



sekali lagik haku minta maaf na.. Namun begitu pun haku hafdate juga kan, walaupun hanya entry award & kebetulan adha ada tanya tentang tutorial. tumpang berkesempatan on da spot haku update.. yang bab cerita ceriti tu, nanti ada feel haku semadikan d sini ehh.. InsyaAllah. okeh t.care all.. selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-53.. MERDEKA!!!!


sayang @myn@ ^_^

Wednesday, August 25, 2010

bersungkai bersama jiran lagik..

2 hari berturut² haku bersungkai bersama jiran tetangga. Umah akak tim. Dia pun sunyi coz suami nya bertugas di kota kinabalu.. Last week haku kan pergi pangkalan sana. Akak tim punya lah risau. siap termimpi diriku. Lucu lah akak nih.. Haku yang dengar dia cerita terharu pun ya, nak tergelak pun ya. mengalahkan pasangan berchenta.. ahakss!!

Haku balik koje mesti akak tunggu di gerai bawah sana tu.. ada jerk cerita ceriti dari akak yang buat haku tak kering gusi. pendek kan cerita. hepy sesajork. Alhamdulillah. terubat kesunyian gitu, ngee~~

Masa yang haku p pangkalan tuh, akak siap cakap dengan abang raof (suaminya). suami nya pun turut risau juga. abang raof suruh call tanya haku di mana? alalala~~ Memang kalau ikutkan nak balik hari ahad, TAPI leh baca kat entry berhujung minggu dan masih di sampolna. Sekarang myna dah selamat berada di depan mata akak.. kita dah boley bersungkai bersama kan.

Menu sungkai 1..

Kali nih akak masak sendiri sajork. hari koje la katakan. memang tak berkesempatan nak tolong masaknya. Kalau tak leh la masa sama², macam yang dalam entry sebelum² nie.. bersungkai bersama jiran tetangga.

Balik koje jam 5 petang. Jam 6.20 petang dah bersungkai. Mana nak sempatnya.. tik tok tik, hampir² jam 5.30 sampai umah. Jadik haku just belikan kuih tunjuk jerk di gerai depan taman umah haku..

Asam pedas

Menunya : Ikan terubuk bakar, sayur sawi grg, keropok goreng bilis berlada ( bagi haku nampak macam cucuq), & menu malatopp Kerabu mangga. Perghhhhh!!

Asam pedas

itu lah rupa keropok bilis berlada. Nampak jerk hodoh, tapi sodapp yo!! cicah lak dengan sambal kicap ikan bakar tu. walaweyyy...

resepi Asam pedas

Zoom..Kerabu mangga!!!


Menu sungkai 2..

Ini akak bagitau sebelum haku keluar opish. akak siap cakap tak perlu beli apa². semua akak dah sediakan. Jangan membazir. Haku serba salah lorr. tak akan lah nak membawa perut yang kosong semata². Huhuhu!!

Akak siap inform.. ari nih kita sungkai menu Asam pedas Muar. alalala~~ kecur air liur ku mendengarnya dehh. Haku terus tanya ari nie ada bakar² ikan juga ka akak. akak cakap tak ada. kita makan menu lain pula.. haku on sajork & terus dapat idea...



haku belikan ikan pari bakar sebagai salah satu lauk untuk bersungkai.



Bersungkai jap.. pehtu pakat laju² p duk melepaq depan tv. Cinta Kirana.. hi4. Uols tengok tak cinta kirana @ Astro Ria??


p/s: Mesti ada gambar adik tanda kenangan.. gambar haku & akak time nih tak leh publish. Private gitu.. kah4x.


sayang @myn@ ^_^

Friday, August 20, 2010

bersungkai bersama jiran tetangga

Opss!! mesti uols tertanya² kan. apa lah bersungkai tu. haku bagitau awal² ya, Ini bukan sungkai yang kat perak tu na. Ini perbuatan bukan nama tempat. harap maklum. Okeh kalau kat sini lebih dikenali dengan panggilan bersungkai, kalau semananjung sana kita selalu sebut berbuka.. buka & sungkai, sungkai & buka.. ishhh berbeza² kan. awal dengar macam pelik jerk, nak sebut pun berat..tapi sekarang suka pula menggunakan perkataan itu.. huwaaaa!! Kalu uols apa yang terbayang bila sebut perkataan sungkai ni? haipp haippp!!

bazar ramadhan

kami p pasar bersama, masak bersama & sungkai pun bersama²..ohh meriahnya. terubat kerinduan saat begini bersama² insan yang di sayangi.. sabaq myna sabaq. tak lama dah nak balik kampung.. :)

ikan bakar

Juadah sungkai kami pada ari itu..

sungkai

ikan bakar yang tersedia untuk di sungkai bersama².

juadah berbuka

Adik pun berselera makan beramai² nih, macam haku juga..ngee~~


sayang @myn@ ^_^

Saturday, August 14, 2010

cerita tarawih malam ke-3 & ke-4

cerita malam pertama & ke-2 tak ada ya coz haku tak sempat nak melibatkan diri.. ngee~~ Syukur Alhamdulillah sekurangnya haku masih berkesempatan untuk menunaikan solat sunat tarawih secara berjamaah dengan ahli2 di taman nie. Bezanya tahun nie haku pergi bersama jiran tetangga di masjid taman nie. macam tahun lepas pergi dengan Mr.A kat surau di pangkalan nun. syukur2. sangat terasa..tapi haku cuba pejam & lalui semua nie. haku percaya Allah itu maha adil & penyayang. InsyaAllah.

Malam ke-3 haku tarawih sempat lagik berkongsi cerita dengan Mr.A. tapi malam ke-4 & kini Mr.A dah menyepi kembali...haku turut sunyi kembali. Malam ke-3 tu haku pergi ke masjid berjalan kaki. tidak la jauh mana masjid, tapi penat juga la menapak. terutama akak tim, tercungap2. tak sampai hati haku tengok. akak tim terpaksa turut berjalan kaki dengan haku ke masjid. Akak tim tak bagi bawa kereta ke sana coz bahaya & banyak kemungkinan akan berlaku. haku dengar pun takut.. Mr.A suruh bawa gentolak, tapi haku tak mau..sayang Ohh. nak bawa AbgZa takut pula kalau betul kata akak tim. gigit jari haku nanti & menyesal tak kesudah...


Masa balik dari tarawih malam ke-3 tu, ada tetamu datang ke rumah untuk banci. Akak tim temankan haku masa tue. selesai untuk sesi bancian. Nasib kamu lah Adik banci ya, haku interview ko dulu, sebelum ko interview haku... wink~~

Malam ke-4 pula, balik dari tarawih semalam, anak2 muda remaja taman haku datang kerumah. dorunk nie selalu melepak kat gerai di lorong bawah tu. dorunk senang panggey haku dengan panggilan cikgu a.k.a Cik =D. Dorunk datang nak bantu isikan angin tayar motor haku yang dah kurang. Mungkin dorunk kesian kat kami berjalan kaki. lagipun bahaya juga d sini, anjing2 setiasa berkeliaran..hohoho!!. jadik dorunk datang membantu. Alhamdulillah masih ada insan yang sudi membantu. Terima kasih anak2 muda & terima kasih ya Allah.



datang tak berbaju lagik..semangat mau membantu cikgu. heh!


jadik tarawih malam nie (malam ke-5), kami akan pergi naik motor dah...syukur Alhamdulillah.



Tuesday, August 3, 2010

berpicnic bersama jiran tetangga

Ini adalah aktviti last 2 week.. Actually aktiviti ni semata² untuk support semangat kat jiran bersebelahan satu buah rumah dengan haku.. akak melda. Kami x sampai hati bila dengar cerita ceriti darinya. Suaminya pun buntu,ikhtiar tetap ikhtiar.. setiap kali dia menangis.. anak² pun turut sama menangis.. sayu hati bila kenangkan nasib diri akak melda..

Haku ingat pesan mak.. kalau penyakit macam nie bukan boley stress & fikir sangat. nanti lagik membesar.. Buat tak tahu jerk. tapi boley ka tuan empunya badan buat tidak tahu.. Ohh tipu la kalau duk saja nak hepy², tambah² anak & suami di depan mata. fikiran laks melayang mikir masa depan.. wohohoho!!. So, plan ujung minggu tu adalah untuknya. Sekali orang yang nak di beri suntikan semangat tidak dapat join coz dia ada temujanji untuk berubat sakit nya itu..

Apapun syukur Alhamdulillah.. Ada hikmahnya juga. Kalau dia join kami belum tentu apa lagik berlaku sebab ari sabtu tu dekat kawasan taman bukit tawau hujan.. Orang sakit nih sangat sensitif & tidak sesuai dengan suasana macam tu.



Kami yang dah plan nih...haruslah meneruskan hajat. Serba salah juga kami. takut akak mel sedih laks nanti, coz dia fikir kerana dia..semua plan akan terbatal. tiada pilihan kami, lagipun persiapan semua dah ready.. tinggal nak gerak ke sana jerk. Kami gerak 1 kereta sahaja. Kalau ikutkan plan dua buah kereta.. satu kereta tu akak melda dengan family nya..



makan makan makan.. haku tidak ada bawa makanan apapun, mahupun setitik air. Dorunk sekerasnya² tidak mahu haku bawa apa². Fuhhhh!! semuanya akak tim & akak patma yang uruskan. Dorunk suruh haku sediakan transport saja. hehehehe!!



best mandi manda.. arusnya deras & airnya sangat² sejukkkkk!!!



Kami semua yang hepy plus kepenatan... heppp hep horayyyyyy!!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...