Friday, December 30, 2011

Kami dah merasa buah tarap kesukaan Gajah tu..

Saya 1st time merasa isi buah tarap nih...

Kawan opis bawa dari kampung semata² nak memenuhi permintaan kengkawan yang teringin nak makan... kebetulan kami ada di situ.. langsung juga la merasa kesedapan buah tarap yang digembar gemburkan...


Buah tarap makanan gajah

Mula² dengar dorunk cerita terasa macam pelik pula... sebab ini adalah makanan gajah...Ok Gajah tau. Tapi bila dah ada depan mata.. tak pelik tapi teruja nak menikmati.. Kahhh kah!

saya just makan 2 ulas saja... tak boleh nak p dah.. sebab rasanya manis sangat².

Pernah kawan saya mengidam nak makan buah tarap nih... sebiji dia boleh habis sorang². Tak sedar pun dia makan.. terlalu asyik katanya.. hehehe!


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~~

Salam perpisahan untuk Tn Haji Ahmad Zaini

Lebih kurang dalam 8 bulan lebih AyahAnda merangkap bos besar kami di sini. Kalau indon cakap kepala sekolah *PengaruhCeritaIndon*. Kalau Mr.A tengok nih mesti gelak dekat saya... Asyik² cerita indon.. ekekeke. Walaupun begitu tidak lah sampai saya melangggan indo pax tu. Celah mana mau tengok... balik koje hari pun dah gelap... hmm!



Sekajap saja kan Tn. Haji di sini, sudah dapat pindah balik semenanjung sana. Dalam tahun yang samakan, dapat pindah balik pun di negeri yang sama sebelum pindah ke sini. Alhamdulillah... dekat dengan keluarga. Terpancar keceriaan di wajah Tn. Haji..

Saya bertembung dengan Tn. Haji masa nak naik tangga..bukan main, senyuman tak lekang di bibir. Ceria benar!! Saya tumpang seronok saja lah. Kami nak balik Lumut sana entah bila tikanya... signal tak menyala lagi, so berkampung lah kat sini lagi.. Hurmm!



Tn haji langkah masuk sini, masa tu unit kami dalam proses pelupusan.. sempat lah Tn. Haji menyempurnakan majlis penyerahan Komputer yang di kategorikan sebagai pelupusan Hadiah. boleh jenguk² kat SiNi. terima kasih =D



Bergambar kenangan bersama². Ahli unit kami yang tak besar... Kecik ja... Apa yang penting kerjAaa SamAaa!! yes saya sorang ja isteri orang dalam unit tu.. yang lain² pun laki orang juga.. we he he~~

Tn Haji sekarang dah selamat sampai sana.. maybe dah start bertugas di tempat baru... Kolej Komuniti yang pernah menjadi sasaran saya... Last² tak jadi sebab saya dapat sambung study dan Mr.A kena pindah ke sini.. terus terbenam sasaran itu.. Apapun Tahniah Tn Haji... Selamat selamat semuanya!!!



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~~

Thursday, December 29, 2011

1st time adek haikal turunkan signature ^__^


Mencuit hati untuk terus tersenyum.... Siap berdouble lagi signature adek. Entah berapa kali adek haikal duk tenyeh nih... hehehe!



Menurut kakak adek haikal... jenuh juga la duk pusing ke sana sini sinun nak siap kan signature nih... lawak lah adek nih.

Tak pa ini kan benda baru dalam diri adek... Ada kakak yang puaka sikit tegurannya... siap cakap macam tulisan jawi... Tapi betul lah adek.. memang benar... macam tulisan jawi *berdoublePuakaTeguran*. Phewww~~



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~

KALAU SAYANG IBU, BACA LA , TAK LAMA PUN, 5 MINIT JE .

Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata , memang betul)

Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .

Aku ada pasangan hidup sendiri .

Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !
Entah bila , aku nak telefOn mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !

Renungkan :

" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak

" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "

Berderai air mata jika kita mendengarnya .

Tapi kalau mak sudah tiada .

" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di aprOn menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak lalu membacanya . KOs upah membantu ibu :

1) TOlOng pergi kedai : RM4.00
2) TOlOng jaga adik : RM4.00
3) TOlOng buang sampah : RM1.00
4) TOlOng kemas bilik : RM2.00
5) TOlOng siram bunga : RM3.00
6) TOlOng sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .

1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata ,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya .
Jika kamu menyayangi ibumu , cOpy & paste/shere kanlah Status ini kepada sahabat sahabat anda di FacebOOk anda
Memang tak nafi kan... Semua orang sayang kan insan yang mengandung, melahir, menjaga & mendidik kita ... Dengan ini saya kopipes tempek kat belog terus... :-)


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~

Friday, December 23, 2011

Celoteh Week 51 2011... hew hew~~

Ya..lama saya menyepi dari laman maya Amyna nih... Macam² di lalui sepanjang menyepikan diri. cerita ceriti pasal bercuti di kampung hari tu dan jumpa blogger utara pun tak habis lagi semadikan di sini... hmm!

********************************************

Hari isnin last 2 week,

Saya diarahkan ke Kementerian di presint 5, dengar taklimat Skim SBPA. Time tu saya tak sehat... selsema dan demam. Pakej tak sehat yang lengkap...Cubaan. Saya gagah kan juga diri ke sana... Ohh, sungguh mencabar kesabaran tau.. Telinga nih bengang sebab tekanan dalam flight. Bengang satu hal... dah tu sakit sampai ke bahagian tengkok & rahang... Masa time taklimat pulak dewan MasyaAllah... sejukkkkkk. Memang tak boleh nak bagi fokus 100%. Dengar² saja, nak join sesi soal jawab pun tak boleh... asal bersuara ja.. batuk batuk batuk tak mau mau.... jalan terbaik. duk dendiam di situ.

Malam pada hari taklimat tu... badan saya dah mula ting tong yang lebih teruk. maybe kesan dari dewan yang sejuk tu. Suhu badan saya dah mula meninggi kembali. Terasa bahagian muka nih... macam tengah buat BBQ. Panassssssssss! Saya telan macam² ubat dan minum air suam banyak² dengan harapan besoknya saya bangun badan dah tak panas dan saya kuat untuk menapak ke kLiA terus fly ke sini. Alhamdulillah dengan izin Allah, saya dapat pulang ke rumah..

Dalam minggu yang sama, Sepupu saya datang sini. Bawa family jenjalan. Nasib juga time tu saya dah sembuh dari selsema,hidung yang tengah mengelupas pun dah tak da, cuma suara saja la ala² ratu rock gitu ;p. mereka just datang sekejap saja, plan pun ala² songlap lap gitu.

Yang paling penting target saya nak bawa mereka ke perkampungan nelayan terlaksana... Jam 5 lebih dorunk sampai sini, malam tu terus saya bawa mereka ke sana... sini macam biasa jam 6 petang dah gelap. Balik rumah sekejap, mandi & solat pehtu keluar ke sana..


udang fresh sekilo RM24.
Gambar lain² ada dalam henpon, ini pun saya songlap dari FB sepupu saya..
ngee~~ Saya nak tranfer kabel pulak tak bawa, kalau tak boleh tunjuk riang ria mereka di sini. Anak sepupu saya bukan main lagi makan bakso siap terangkat magkuk weyy!

Balik dari sana bawa mereka dinner seafood di Gerai IM.. Tempat baru juga bagi saya, memang patutlah kawan² pakat suggest ke sana... masakan sedap plus murah pula. Pendekkan cerita, boleh p makan di sana lagi dan ada tetamu nak mai bulan 6 nanti (20 orang) saya bawa makan di sana saja lah... yeayy! steambot di perdana boleh atur kemudian.. hehe!


*****************************************
Hari isnin last week,

Opish saya ada menerima seorang pelajar Latihan Industri..Adik Masni Dari politeknik perlis, satu poli dengan MekteQ a.k.a adik perempuan saya.. Belajaq ja di utara sana, tapi asal sini. Tak apa masni, jauh perjalanan luas pemandangan..kan kan! Masni ada belog juga.. klik SiNi tau. Pertemuan kita ini memanjangkan lagi silaturrahim sesama insan. Alhamdulillah ^__^.

Masni selamat datang ke sini dan selamat menjalani Latihan Industri. Manfaat kan peluang yang ada sebaik²nya eh. Kalau sistem still yang lama dulu, praktikal politeknik 6 bulan kan.. so sangat panjang masa itu..

Buat masa sekarang ni masni ada dengan saya, duduk berdepan sahaja di makmal komputer.. Penuh dengan barang². Makmal pun dah macam stor serbaguna. Huhuhu! Koje² pemasangan tile dah siap tapi pintu pulak yang tergendala... dah seminggu siap... tapi pintu tak da.. makanya x da paedah juga... itu yang berkampung dulu kami di sini...

Susah bagi saya sebab kami separate dengan kawan² seperjuangan yang lain.. If ada koje apa² yang nak dibincang, mahu manapak berlangkah² baru boleh jumpa.. payahhhh! Pengarah pun dah bersuara dengan kontraktor... Dia cakap nak pasang hari ni.. sampai sekarang belum juga muncul kontraktor. Paling² lewat isnin nih... Harap² bukan sekadar janji seperti pemasangan tile hari tu.. Saya bukan bola okeh!.

Masni... buat masa sekarang kita fokus pada laman web dulu ya. Macam kata bos, web version 4.0 akan di lancarkan pada 1 Januari 2012 nanti. Untuk koje² maintenance komputer dah tak banyak sebab komputer dah buat pelupusan.. Tapi dengar² ada komputer baru akan sampai dalam masa terdekat ni. If itu bukan janji manis...boleh lah masni ambil peluang untuk belajar. InsyaAllah ^__^.


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~~

Wednesday, December 7, 2011

Pada pandangan saya Mish pepel semakin membaik

Hari nih macam biasa running kan enjin seketika before gerak ke opish..

Masa Mish pepel duk buat perangai hari tu kan... memang nampak perubahan yang berlaku setiap kali on key... Saya bila on key, opcos pastikan semua indicator menjalankan fungsi sebaik nya termasuk lah meter digital yang terpampang depan mata tu (aras minyak, jarak KM perjalanan dan ect).

Bila semuanya dah clear baru hidup enjin. Mr.A yang didik saya begitu.. so terbiasa lah kot. Mr.A memang betul² perihatin dengan barang² miliknya... kekadang saya sendiri terasa sangat menyusahkan ;p

Selalu nya meter digital tu akan function seperti mana bila kita mati kan enjin atau off kan key.. Bila dia dah buat perangai hari tu, function tu bertukar.. tapi saya just report kat Mr.A masalah yang biasa seperti yang Mr.A sedia maklum ... Takut nanti Mr.A serabut.. saya mula lah serabut sama...

Sejak semalam dan pagi nih saya drive, pada pemerhatian saya... Mish pepel dah semkain membaik.. Syukur Alhamdulillah..

Kesimpulan nya... Untuk kenderaan spesis sama dengan gentolak nih,Cam pro la sangatkan.. setiap kali ganti bateri baru atau pasang semula jumper bateri yang ditanggalkan haruslah pergi ke pihak eon atau proton untuk setting semula elektronik pada enjin tersebut... Kalau tidak satu persatu dia akan kacau a.k.a membuat masalah.. sampai kita sendiri boleh fade up!

Nota Sepintas: Petang.. kalau tak da halangan, Mr.A akan balik untuk ambil Mish pepel.. Lepaih nih kita tengok pula pandangan Mr.A ke atas Mish pepel... Kalau pada saya.. macam dah membaik.. Bagi Mr.A.. belum tahu lagi wink*wink~~



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~~

Wordless Wednesday #14 : Something AWESOME is coming...



Air Asia promosi


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~~

Tuesday, December 6, 2011

Mish Pepel: Ganti SRS Clock Spring (AirBag)

Mish pepel mula buat hal sejak kami balik kampung cuti AidilAdha hari tu.. kami tinggal dia lama² di sini.di rumah orang lain pulak tu.. merajuk la konon kan. Ganti bateri, baru hidup enjinnya.. dah hidup enjin... dia buat hal lain pula... adesss!!

Last week...

2.12.2011 Mish pepel a.k.a gentolak pepel tuh kena ganti barang baru... Almaklumlah semakin meningkat jangka hayat nya.. semakin mengada² minta ganti barang baru... Normal la kan... bukan selalu di ganti.

Tapi kalau dah mengada buat hal.. satu persatu, panas juga hati saya nih.. Mr.A pula busy dengan duty.. mau tak mau saya la kena take over cari resolution untuk settle kan. Mr.A tukar dengan saya, ambil mista bobo bawa balik pangkalan sana :-(. Lama dah saya tak bawa manual.. terasa keras semacam saja clutch tuh..kalau boleh tak mau pijak.. nak tekan minyak dan break ja macam mista bobo.. huh apakah??


SRS Clock Spring (AirBag)proton gen2

Bab ganti clock spring nih dah settle saya hantar ke bengkel komuniti 1Malaysia.. Beli barang saja RM385. Horn yang duk bunyi sepanjang masa dah senyap... Kalau tak jenuh tahan telinga.. dah la horn tu bunyi macam lori kontena tayar 18.. Mish pepel kembali berbakti kepada puan nya..

Tapi Mr.A masih tak berpuas hati sebab indicator check enjin still menyala dan meter minyak still lintang pukang.. kekadang tunjuk minimum, kekadang maksima.. Jadi cam mana Mr.A nak travel jauh.. payah payah!

Atas nasihat kawan² Mr.A yang mempunyai spesis sama dengan mish pepel.. depa suruh p check dengan pihak pengeluar.. Mereka cakap kalau lepas tanggal bateri memang kena setting enjin (tune) balik guna alat elektronik.. Makanya tadi minta kebenaran bos sekejap untuk keluar sekejap p check.. di sana setting enjin tu saja.. cas RM94.50...

Masa on da way balik tadi saya tengok indicator tuh dah tak menyala, meter minyak pun macam dah ok.. kalau tak ok juga.. harus saya p mengadap mereka lagi.. Alang² dah bayar kan!

Mish pepel... Tak lama dah kau akan menjadi milik kami yang abadi tanpa hutang piutang lagi. Jadi jangan buat perangai lagi ehh. Bukan kami tak sayang kau.. sayang amat! Kami dua kan kau pun sebab terdesak... walaupun begitu Mr.A tetap jaga kau macam menjaga dirinya sendiri... ;p


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...