Thursday, September 30, 2010

Cerita besday ceq lagik..Auwww!!

Kali nih haku nak tepek gambar² ihsan dari lensa kawan² yang terlibat dalam majlis hari raya 2 in1 di felda Umas-umas. 2 hari yang lepas. Kalau lah haku tak tertinggal MySE tuh, hmm.. apakandaya dah tertulis untuk perjalanan hari itu.. redha =D



Unik kan tulisan di atas kek tu.. "HANG" dah lebih kepada pahlawan sudah. Layannn.. kenangan sungguh buat diriku di usia 27 tahun.. wink*wink.

"Hang" adalah samaran yang bermula dari sumandak LD kepada haku, sukar Myn nak memanggil haku dengan nama yang unik bagi dia. Yea nama kami hampir sama.. panggilan pun dah seakan sama.. Asal di panggil kekadang dua² leh pusing tengok. Kek nih Myn yang tempah. itu sebab jadik perkataan "hang".



Sejak majlis ini majoriti staf admin sudah terikut memanggilku "hang" dan Akak "hang". baik staf lelaki mahupun perempuan. Akak hang adalah sangat pelik..seolah memanggil akak haku.. tapi mujur haku faham situasi tu. kalau tidak kesudah lah kamu memanggil yo adik².

Kekadang tersentap juga dengan panggilan samaran begitu, tapi selagi tidak bercanggah dari rasa hormat antara rakan sekerja.. haku akan terima. Kalau terlebih sudah. haku pun akan melebih jugaks.Opss!!



Setelah haku merisik, rupanya rancangan nih hanya melibatkan 3 orang sahaja. Patut lah betul² berjaya.. Mana tak nya dalam 4 buah kereta kami konvoi tu just 3 orang sahaja yang tahu dah tu family ummie selaku tuan rumah pun tak tahu kejutan dorunk untuk haku.. adehh sangat terharu.. rasa nak menitis air mata nih..



Itu sahaja gambar yang haku dapat kompulkan. Gambar time main meriam haku tak sure di lensa siapa. Kalau tak silap haku sepanjang kami menikmati hidangan ada staf lelaki buat video. tapi itu lah.. haku lom sempat roger² staf lelaki nun..

sayang @myn@ ^_^







Open pantry by Admin

Hari nih tak bekpes kat luar coz admin ada buat makan² sempena bulan syawal.. (ehh memang minggu nih haku tak bekpes, bekpes ku di anjak ke sahur ). Tapi hari nih haku amik semula bekpes. Iya la Awal² lagik cewek admin inform haku.. dia takut haku puasa.. hik hik hik. Alhamdulillah rezki untuk kami yang terlibat ^_~



Antara mereka² yang dijemput.. Unit lain² bertemu di pantry admin. Bos haku ketinggalan di belakang. Haku pantang di roger, tambah² bab makan pree laju jerk turun ke bawah.. Maaf ya bosku.. wekk!



Semua makanan 98% dari dapur staf admin. Anak² dara & mak dara yang masakkan. Pak²nya tolong mengangkat barang & cuci pantry.. Macam Potluck la.. Ada rendang ayam, nasi impit, kuah kacang, mee goreng, ayam goreng, telur dadar, puding, tembikai & air oren Marigold...



Pencuci molot... Manishhhhh!!



Kami berempat pada hari kejadian ^_^



Deem menikmati pencuci mulut yang manish itu & di sudahi dengan "Peace No War"dari fadil.. Fuhhh!! peyut ngah padat sekarang nih.. Mata pun dah mula layu. Tapi...

wanzi kan selalu berpantun..meh² haku nak pantun jugak.

Gendang gendut tali kecapi,
Sakit perut, hilanglah hepi.

sekiann~~~


sayang @myn@ ^_^


Wednesday, September 29, 2010

AA semangatt!!!

Sambungan dari cerita ceriti Rutin Mingguan AA bersama family


Lokasi: Laluan sepanjang perjalanan ke Felda Lubuk Merbau
Masa: Jam 12 tgh hari
Tarikh : 18 September 2010
Dijayakan : Adikbadik haku a.k.a Mak² saudara AA.

Meh layan...




best pula di ulang part nih.. Tapi AA tak boley dengar sedih². Anak kecil pun mengerti dengan situasi yang dilalui nya ^_^ - KARMA

Selamat tinggal sayang...
Bila umurku panjang kelak ku kan datang
Tuk buktikan satu balas kan kau jelang

Jangan menangis sayang
Ku ingin kau rasakan pahitnya terbuang Sia-sia
memang kau pantas dapatkan

Akhirnya usai sudah semua
Kudapat tertawa bahagia
S'lalu tampak indah awalnya Berakhir bencana...



sayang @myn@ ^_^

Tuesday, September 28, 2010

Raya 2 in1 @Felda Umas²

Yeayy hari nih berjalan raya lagik.. rezki jangan d tolak, selagi boley diterima On sajork.. Kami konvoi ke Felda Umas-umas nun yang menghala area kalabakan sana.. Kami pergi ke rumah Ummi a.k.a kak Midah. 1 jam perjalanan dari opish haku.. jauhh, tapi sebab nama konvoi secara berhemah so jadik dekat... apakah?

Haku tak tahu pun ada suprise dari kawan².. Kira berjaya lah suprise dari kawan2 semua ehh.. Memang haku tak menduga kotak A4 itu ada kek di dalamnya.. waktu mereka semua alunkan nyanyian "hepy Besday" haku rancak menikmati makanan yang disediakan.. lelaki perempuan sama² nyanyi.. pehtu majoriti biji mata menghala ke arah ku yang duduk dikerusi..alalalala terharu sangat.

Suami ummi a.k.a kak midah pun supporting sangat. Siap hidupkan meriam.. 1st nyalaan tuh menyentap kami² yang ada di sekeliling coz berlaku kebocoran. Api merebak. Disebabkan ketangkasan suami ummi & kawannya.. Api berjaya di padam. Alhamdulillah. Suami ummi pegawai pengurusan di felda. Meriam tu digunakan untuk menjaga ladang dari serangan gajah, harimau dll. Paling² bestt..haku dapat hamper dari family ummi... Syukur Alhamdulillah ^_^

Opss!! Hari nih seharian haku berpisah dengan MySE, gara² tertinggal di rumah. itu sebab lah tiada gambar kek, gambar makanan & suasana segala.. Jadik ari nih MySE tak dapat nak menjalan kan tugasnya. Sebelum bergerak ke umas² tadik haku ada balik ke rumah dengan tujuan nak hamik MySE & tukar Mrs. Pepel dengan Mr. Bobo.. Sekali sampai di rumah.. Mr.Bobo jerk ingat.. MySE tertinggal lagik.. di jalan baru teringat. Nak pusing balik rasa macam tak sedap hati. tambah pula kawan cakap.. perjalanan kita jauh lagik.Terus haku ignore saja MySE. Dalam hati terkilan sangat. sob3x.



Sampai rumah tadik.. terus sentuh MySE dan bermula aktiviti klik klik bersama hamper yang ada.. Kenangan nih.. Gambar kenangan bersama meriam & suasana hari raya tak ada, hanya sekadar cerita sahaja :-(

Okeh terima kaseyy kepada kawan² yang terlibat.. Tahun nih walaupun haku tak dapat nak celebarate besday dengan ChentaHati yang jauh nun d negara orang tuh.. Haku gembira dengan adanya kalian semua.. Berganda² celebration haku terima.. pelbagai qoedah. Kagummm seketika. Sesungguhnya janji Allah s.w.t itu kan indah~~

Mode: Moga doa kalian dimakhbulkan & haku cepat dikurniakan zuriat.. Demi chenta AMYNA... InsyaAllah :-)


sayang @myn@ ^_^

Monday, September 27, 2010

Oh bulan ( ^_~ )

Tajuk adalah dari lirik hasil nukilan Mr.A di sana nun. Bukan main excited haku weyy nak tengok lirik nih. Sekali dah amati setiap barisnya.. Nak gelak pun ada, sedih pun ada.. Luar dari jangkaan haku.. berbakat juga Mr.A nih..bakat terpendam. Auwww!!

Mula ingat nak publish kat sini lirik ciptaan Mr.A tuh.. tapi tak perlu lah. biarkan ia tersimpan di dalam mailbox itu.. Mr.A selalu bisik² ayat nih kat haku "isteri tentera mesti semangat tentera". Setiap kali langkah ku longlai.. haku teringat akan kata² ini. kembali kuat haku melangkah.. Alhamdulillah..

Haku pun kekadang nakal juga.. pekena Mr.A buat itu ini..sedangkan haku tahu dia dah penatt. kekadang prob dengan skuad²nya. Penat koje. Bila dia ngadu sakit sana sini.. haku cakap lah balik " kata tentera, mana p semangatnya!!" setakat 2@3kali Mr.A diam lagik.. kekadang haku suka buat Mr.A hangin...

Kalau Mr.A hangin.. laju jerk dia akan cakap dengan mimik muka yang terbaik.. "Abang manusia biasa ja ayang" Alololo somel.. mmmuahhh3x..



haku reply on da spot kat Mr.A, Apakandaya... perhubungan hanya melalui text sahaja.

Nasib baik Mr.A pilih bulan, sejuk & menerangi kegelapan..Oh bulan Oh bulan.. Oh matahari Opsss!!!


sayang @myn@ ^_^


ku ingin kamu by romance

Demi semua yang aku jalani bersamamu
Ku ingin kau jadi milikku
Ku ingin kau disampingku

Tanpa dirimu ku
Hanya manusia tanpa cinta
Dan hanya dirimu yang bisa
Membawa surga dalam hatiku

Ku ingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini
Menemani...

Sentuhanmu
Bagaikan tangan sang dewi cinta
Yang berhiaskan bunga asmara
Dan membuatku tak kuasa

Ku ingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini
Menemani...

Di setiap arung gerak
Tersimpan di hati kecilku
Bahwa dirimu terindah untukku

Ku ingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini
Menemani...

Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernafas
Selama Tuhan masih mengizinkan
Ku ingin selalu menjagamu

Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernafas



tetiba telinga haku syok pula dengan rentak & lirik lagu nih. Maybe sebab menghitung hari kot. tik tik tik tokkkkkkk.. ngee~~

Moga semuanya berjalan lancar seperti yang di rancang.. jangan ada perubahan lagik. Nangesss!! Mr.A pun tak mau dengan perubahan yang berlaku.. tapi apa kandaya.. semuanya untuk negara.. Wohohoho~~


sayang @myn@ ^_^



Sunday, September 26, 2010

Open door @liza home

Mood raya lagik.. banyak sangat kan terbuka rumah, rumah terbuka, pintu terbuka, meja terbuka.. semua nya terbuka terbuka terbuka.. hehehe!!



Hari nih haku just pergi satu rumah sahaja.. pehtu luangkan masa beramah mesera bersama jiran tetangga. Kalau ikutkan plan haku, sebelah pagi meracun rumput dulu sebelum pergi ke rumah liza.. Lagipun majlis bermula tengah hari.. Balik dari rumah liza, sebelah petang masa untuk bersama jiranss. Disebabkan al bangun la lambatt.. matahari pun dah terpacak terik sangat. terus cancel tak jadik nak meracun.. tak tahan owhh fanasss!! Macam mana pun, syukur Alhamdulillah. plan haku berjalan lancar..cuma rumput sahaja tak sempat nak meracun... malasnyaaa!! malas² pun tatap kena buat.. umah serupa ladang sudah. rumput sama tinggi dengan penghuni rumah... kalau ada Mr.A ketika nih.. pasti dia yang buat semua nih.. hohohoho~~~



waktu nih pasangan tetamu yang hadir majoriti mendukung anak.. terdetik shahdu di hatiku.. akhil nak buat "peace" tapi melangit jadiknya.. ekekke.



Antara menu yang di hidangkan.. Mee kuah & nasi putih berlauk.. dua² menu haku telan. hik3x. siap liza tapaukan lagik bawa balik.. Nak tolak takut liza kecik hati..memikir gak haku siapa la nak abiskan nih.. haku dah kenyang. tapi tadik lepas balik dari beramah mesera dengan jiran.. haku kembali lapar.. Mujur tak tolak rezki dari liza. Thanks ya liza...ngee~~



Aksi comel dari kanak² yang ada time nih.. macam² aksi dari merka. sayang gambar izd (anak WarnAtie) yang tak ada. dia lagik lah.. sangat aktif.. ke pagar nun dia tawaf..

dalam jam 3 petang haku gerak balik.. haku tak balik umah terus singgah di gient sekejap.. membeli sabun basuh & solat asar siap². sini jam 3.11 petang dah masuk waktu. Baik haku solat siap2..nanti sampai d rumah tak lah kalut..



Alia yang kiutmiut.. kacukan pakistan + indonesia.. chantekkan kann kan!!

Sampai jerk di taman.. kawan² setaman dah menuggu di gerai sate bawah nun.. mujur tergerak hati nak solat siap² .. Haku bertukar cerita raya, update perkembangan jiran tetangga. Ya lah jiran 1 lorong dengan haku. sakit kanser rahim tu.. kena operation. dah buat minor operation before raya hari tu. tapi kini sakitnya makin menjadi² kembali.. dengar² kena buat operation di Hospital besar Kota kinabaluse pula.. Kos pembedahan melangit woo. alalala~~


sayang @myn@ ^_^

Beraya ke rumah En.Din & WarnAtie

Untuk hari nih, haku beraya di dua buah rumah sahaja..semuanya rumah geng2 opish juga. itu pun sebelah malam jerk haku beraya. Siangnya ada urusan bersama jiran. Haku gerak dari umah tadik selepas magrib.

Masa balik tadik penat sangat badan, lepas mandi & solat isya'a ingat nak layan mata jerk terus. tapi perut haku dalam kekenyangan, ketat sangat nih. tak selesa pun ya.. dah macam angin menyumbat.. sapu minyak angin dah nih. harap2 ilang lah..

Alang² dah tak dapat lelap.. Baik haku semadikan dulu aktiviti yang haku laksanakan hari nih.. Dua buah rumah yang haku hadir adalah rumah En. Din selaku Ex-Ayahanda di opish haku dan rumah yang ke-2 adalah rumah WarnAtie. Rumah WarnAtie nih satu taman dengan haku..cuma dia di lorong belakang² sana nun.. kala nak berjalan dari rumah haku ke rumah warn.. laju juga la jantung bergerak.. ngee~~



kedua² umah yang haku p.. depa cakap macam koje imegresen. wahahaha!! mentang² la haku pakai skirt. makanya pehni sangat tak sesuai haku pakai kemeja nih bersama skirt. Ini 1st time haku pakai cam nih, selalu kemeja nih haku akan pakai dengan legging panjang.. dah kata nak p umah Ayahanda.. gaya mesti macam permaisuri di hati Mr.A.. Alih² cam tu pula perginya.. adehh!

******************************************************
umah En. Din *_*



Ini lah x-Ayahanda kami.. setiap tahun ada open house. hihihi. En. Din bersama anak puan sue. saif namanya. sangat montel. susah dia nak mengukir senyum nih..Puas memujuk. huhuhu!!



Di umah en din.. ada 3 menu. Nasi beriani, laksa & Soto. ketiga² menu tu selamat melalui usus haku. jangan terkejut pula.haku makan secara berhemah la.. tidak la haku masuk sekali harung. Abis sepinggan.. haku rest, berbual dengan kawan² & En. din sambil makan buah langsat & tembikai. Pehtu sambung lagik menu lain pula sampai habis ketiga² menu tuh..

******************************************************
Umah WarnAtie ^_^

Lepas balik dari umah En. Din haku bergagas pula ke rumah mereka. Haku balik umah tukar amik motor. senang sikit nak parking d sana nun. Almaklumlah dah malam, sure kereta jiran nya pun bersepah di tepi² jalan. Jalan selamat haku bawa naik motor. Lagipun dah lama motor nih tak running enjinnya..



di umah atie menu yanag ada Soto, mee goreng + ayam goreng & puding jagung. Haku just makan Soto dalam kuantiti yang sedikit & puding jangung. Kenyang sangat dah masa nih. Tapi gagah juga. he he he!!



Haku tamat entry nih dengan aksi comel dari izd. Anak tunggal WarnAtie. Time nih Izd pun tak berbaju sudah. Okayy la haku nak beradu dulu. beradu bersama aroma minyak angin kayu merah. Apa boley buat.. perut tak selesa.. aduhaiii~~


sayang @myn@ ^_^








Saturday, September 25, 2010

Rutin mingguan untuk family dengan AA

Rutin mingguan untuk family haku.. Jam 10 - jam 4 petang. Saat indah bersama AA hari nih haku tak dapat lalui bersama mereka.. haku tak daya melawan takdir. tapi setiap yang tersurat pasti indah hikmah yang menanti.. InsyaAllah..

Adik² fomfuan haku tu bukan main duk membangkitkan perasaan haku.. ayat nya bukan main menusuk kalbu wehh. sejibik straight ke nama haku. okeh tak apa. hampa boley redeem every week (itu pun kalau hampa dapat balik kampung ;p). haku nih berbulan bulan baru dapat redeem. alahaiii~~

Haku nak kongsikan saat indah ketika haku redeem kerinduan dengan AA last week but dis week haku sudah kembali ke tempat punca rezki ku.. memang tak dapat lah nak redeem. tunggu bulan november pula.. InsyaAllah ^_^.



AA datang ke rumah last week bersama baju raya yang kami belikan sewaktu kami soping raya bersama tempoh hari.. leh juga rujuk di entry nih ke Aloq setaq bersama AA.. Masa raya ke-2 tempoh hari AA tak pakai pun baju raya yang kami belikan.. ada perkara pahit disebaliknya yang kami perlu telan a.k.a ignore. Biarlah.. Allah s.w.t maha kaya. Moga mak & adik haku tabah hadapinya.. sabar3x.



Hepy AA..asal datang umah MakTok mesti nak jelajah. Aktif sungguh budak nih. sebelum nak nak mula penjelajahan mesti kena tukar dulu uniform.. haippp!!



okeh dah tukar uniform dan senjata pun dah ada (pembaris mak haku buat ukuran langsir). Lagik seronok sebab kawan pun dah ada.. Cucu jiran haku, intan namanya. Intan tua setahun dari AA. Apa lagik. selamat bergembira ya sayang..

Sebelum tu nak semadikan fakta nih. "Intan lahir masa Arwah adik haku Adam hafis (AH) meninggal. Masa tu AA baru sebulan dalam kandungan mak nya.. Kira AA nih pengganti kepulangan AH mengadap Allah s.w.t. sebab tuh kami nama kan AA dengan nama Adam juga" kesinambungan untuk family Hamid & Aminah..

Moga AA menjadik anak yang soleh seperti Arwah AH tinggalkan buat atuk & nenek.. banyak sangat pengorbanan yang Arwah AH buat untuk Mak&Ayah haku. walaupun dah dua tahun berlalu.. Ayah haku still tak boley bercerita tentang Arwah adikku. ayah pasti sebak.. :-(.



Time nih.. haku temankan AA bermain didepan umah jiran (Nenek Intan ) haku.. sambil teman sambil makan buah buahan tempatan.. rambutan & langsat. Haku teman AA berteduhkan rimbunan pepohon rambutan. Jiran haku pun ada time tuh. dia tulung kaitkan buah. lagik nikmatlah haku menikmati rambutannya.. heheheh! AA pun laju jerk minta haku kopekkan kulit rambutan untuknya.tengok tuh rambutan kulit hijau pun dia kasi haku.. MakNgah hepy tengok gelagat AA.. ngee~~

Masa nih AA terjah merata alam di kampung neneknya. Sampai tergolek di atas rumput dan masuk dalam longkang tepi jalan yoo. nasib dia tak menangis. paksu dia tak sempat nak sambar. Haku cuba gak nak selamatkan dia.. berlari jauh juga la, dari rimbunan pepohon rambutan tuh mak ke tepi jalan nun. masa tuh haku terus campak henset a.k.a camera nih ke tepi jalan. mujur jatuh atas rumput. Masa nih haku tak fikir sayang enset dah.. gemuruh seketika. Haku angkat AA.. dia leh buat mata terkebil² . pehtu senyum & sambung berlari lari lagik. Eee.. lucu sayang nih.. Haku risau juga takut miang (gatai) badan sebab tergolek atas rumputkan.. terus bawa balik dia ke rumah. mandi & siapkan dia nak ke rumah mentua haku. Ada kenduri adik Mr.A kawin..



Kami pergi konvoi 2 bijik kereta.. sepanjang konvoi AA naik kereta bersama kami (haku, dua adik fomfuan haku & 1 adik lelaki haku). secara automatik adik fomfuan haku jadik pemandu..



Sepanjang perjalanan AA asyik bercakap jerk.. heppy sungguh dia. Tambah² pula mak saudara nya masing² heppy menyanyi. Automatik la dia pun menyanyi sama. Actually ada vidoe haku rakam saat bersuka ria itu, tapi nanti² la haku publish ehh..



Rombongan kami dah sampai di umah mentua haku. Masa nih AA dah teruja. dia tak mau haku dukung dah. dia nak jalan sendiri & memulakan sesi terjah menerjah..sampai ke tempat orang memasak nun dia terjah. Tergolek pun ada juga sebab tersadung akar pokok. Buah epal di tangan nya pun jatuh..bila dah takda benda di tangan nya.. lagik bebas dia terjah. Jenuh kawal wehh!



sangat aktif AA time nih. dia buat macam kat umah MakTok dia. Tambah² jumpa tangga. Memang situ lah port dia duk tawaf, asyik main naik turun jerk.. sayang O sayang ngah ponatttt!!



Okehh entry di sudahi dengan gambar pengantin.. selamat pengantin baru Adi (adik Mr.A) & Ana. Moga ikatan suci yang terjalin ini kekal hingga ke ahir hayat.. InsyaAllah :-). Ehh.. Haku nak fon mak la.. AA kan ada di umah MakTok sekarang.. Ee... rinduu. Moga haku dapat lepaskan kerinduan ini.. haipp haipp!!


sayang @myn@ ^_^

Friday, September 24, 2010

Rumah terbuka hari raya ke- 15 ^_^

Sekejap jerk kan.. dah separuh bulan kita di bulan syawal.. nanti pejam celik, tolak tambah zulkaedah menjelang..syawal berlalu pergi.. setahun kemudian muncul semula.. InsyaAllah =D

Hari nih haku & kawan² opis ada dua undangan rumah terbuka.. rumah terbuka yang pertama awal pagi tadik iaitu jamuan hari raya di opisku sendirik.. Ingat kan boley breakfast lah di opis dengan santapan jamuan hari raya. Rupanya lambat yoo. mau jam 11 juga baru dapat menikmati hidangan. Lambat bukan sebab makanan tak ready tapi ceramah vs ucapan yang panjang melebar.. haku terus busan weyy, laju² on9.. lepak dengan kawan².. kan wanzi kan..kannn~~ kawan² yang lain pun ada tadik..tapi haku tak dapat nak ingat sudah. Mohan mahap la ya. kepala pun ngah pening lalat nih. Angkara naik kenderaan kolej tadik ke umah terbuka yang ke-2 untuk hari nih.. rasa nak muntah pun ada.. ;p

sebelum sambung cerita umah terbuka yang ke-2..meh cuci mata dulu dengan gambar² yang berjaya d snap dari lensa haku.. tak banyak pun gambar sebab masa majlis berlangsung haku dah busan terus beredar dari khemah canopy itu.. hahaha!!



Kek sumbangan dari Jabatan Perwakilan Pelajar.. kekenyangan yang terlampau, jadik haku tak sentuh pun kek ini. Haku gagahkan diri untuk merasa sup isi ketam yang student hulurkan. Just satu sudu jerk. sup isi ketam dia sedap, kena dengan citarasa haku.. Macam yang haku cakapkan la, kenyang punya pasal haku kenyit² mata sahaja.. hehehe!



Wajah² riang sepanjang majlis berlangsung.. ehh peghujung majlis sudah coz last aktiviti adalah santapan. itu yang riang.. cuba kalau haku snap tengah² majlis berlangsung, maybe tak ada yang senyum punya. laparrrr~~



Antara makanan yang disaji & berjaya haku snap. kali nih kami tak ada aktiviti gotong royong memasak. masing² masak di rumah & bawa mai opish. senang cakap Potluck.


***********************************************************

okehh umah terbuka yang ke-2.. adalah di sini ^_^



Maktab perguruan tawau.. Tuan umah nih adalah...



Keluarga En. Yaasin. Alamak.. fadil termasyuk sekali pula. hehehe!!
En yaasin nih merangkap juga jiran tetangga haku dulu. Lepaih dapat naik pangkat ke maktab nih, En yassin duduk kuaters. Walaupun tak setaman lagik.. itu bukan alasan untuk kami tidak bertemu. Kann adik² kannn~~



Peace!!! Masing² muka hepy :-)



Masa pergi semua hepy.. tapi bila time pulang.. alahaiii.. lemah gemalai. geng fomfuan jerk masih aktif berbual & snap sana snap sini.. tak percaya cuba fokus pada lelaki² di belakang kami itu. har har har. Dorunk tidur ok saja kan. kami tak leh tidur wehh.. itu yang bila turun jerk dari van tadik terhoyong hayang jerk rasa.. nak muntah :-(




Dah sampai.. kami semua pakat menjamu selera.. haku siap tambah 2 kali. padahal tadik dah kenyang dengan jamuan raya d opish tu. Maybe disebabkan kesedapan sambal belacan & kerabu mangga yang mengcungkil selera haku. Bukan haku sorang jerk yang tambah. kawan² lelain pun sama.. majoriti setakat 2 kali sahaja. tak tahu kalau ada yang tiga kali..ngee~~



Selesai makan nasi.. sesi terjah kuih raya pula. sambil berbual dengan tuan rumah. kan dah lama tak berjumpa.. Ehh.. kek cokelat lembab tuh menarik perhatian haku. lelehan cokelat cair di atasnya tuh..perghhhh!!



Dah selesai semua.. kami semua bergerak balik ke opish. sebelum bergerak balik.. sempat lagik minta deem tulung snapkan picture bersama isteri & anak² En. Yaasin. si kakak baru jerk abis UPSR semalam.. Untie myna doakan untuk kejayaan kakak ya. InsyaAllah.

Untuk hari nih selesai umah terbuka.. weekend nih masih banyak lagik umah terbuka yang menanti. Ada 3 undangan sudah. nampaknya haku tak leh nak ke sampolna bertemu ieja lagik.. maybe minggu depan nun baru boley. InsyaAllah. Apapun terima kaseyyy En yaasin & yang terlibat secara tidak langsung... yeszAaaa!!!


sayang @myn@ ^_^







Wednesday, September 22, 2010

Ratuhati tergelincir :-(

Haku baru dapat berita nih dari adik fomfuan haku yang aktifast tu.. Dia bagitau mak jatuh. Terus tersentap hati haku weyy!. Laju2 haku gapai henfon & call mak. Mula nya call henset mak langsung tak berjawab, pehtu call fon rumah..still tak berjawab. Haku dah mula berdebar.. risau sangat. terus mendail tanpa putus asa. Akhirnya mak haku sendiri yang pick up fon.



Wajah ratuhati & haku.. serupa x? junior Aminah.. ngee~~

Terus haku bertanya kabar mak.. Mak bagi tau terasa sakit la tangan coz masa tergelincir tu tangan mak tersadai kat dinding bilik air. Mak jatuh bukan sebab nak mandi. Tapi mak nak bagi ayam peliharaan mak makan. sekarang di kampung hujan, tanah pun licin.. Mulanya mak dah bagi ayam2 mak makan. tapi mak rasa macam tak cukup lagik. jadik mak masuk dalam umah amik lagik dedak (makanan ayam). Masa kali ke-2 mak nak p kat bangsal ayam tu. Mak tak perasan yang tanah bonggol tepi dinding tu licin . Ha.. d situ la mak terpijak & jatuh.

Abis gelang kristal pemberian arwah adik tu putus berderai.. tangan mak pun luka dalam. yang sedihnya mak cakap nak amik wudhuk pun puas menahan kepedihan. dah tak tahan sangat mak letak tangan mak dalam peti sejuk sat.. Sian nya mak. Haku tanya lagik..kalau2 mak ada terasa lengoh2 sendi atau tak. sebab menda terhempap nih kita tak akan rasa sakit sekarang. tunggu esok macam mana.. adehh la,kenapa mesti terjadi di kala haku jauh..

Apapun itu semua suratan takdir yang tertulis untuk mak pada hari nih. Harap luka mak cepat sembuh & esok mak sehat.. tak ada rasa sakit2 sendi ka apa. InsyaAllah ^_^

sayang @myn@ ^_^

Kes kemalangan Arwah belum setel.. alahaii

Hari ni haku uruskan kes Kemalangan Arwah adik.. Masa awal² dulu haku ada handle.tapi di sini susah la nak cari peguam untuk amik kes nih. Lagipun masa tu haku masih baru di sini.. Jadik haku mampu uruskan yang melibatkan secara direct, seperti pengurusan dengan pihak Insuran. Insuran Motor & insuran Nyawa. Benda tuh dah setel awal² dulu. Duit Insuran tu pun Ratuhati dah amik buat upah haji, zakat untuk arwah. Pendekkan kebajikan untuk arwah selesai. Alhamdulillah.

Disebabkan haku tak boley handle, Mak&ayah yang uruskan di kampung nun. Urusan ni still merangkak.. Haku pun dengar² kabar macam tu aja. Tapi selepas balik bercuti raya tempoh hari.. Haku kembali panas.. Geram bila dengar rentak² peguam yang handle nih.. Masa makin hari makin berganjak.. nih dah dekat dua tahun lorr.. Apa kesudahannya??. Dengan Pihak Amanah raya haku dah jelas..penerangan yang serba padat dari Puan Zana. Thanks ya Puan Zana, beliau yang urus wasiat Arwah adik di HQ sana..

Sekarang nih tinggal urusan saya dengan Peguam. Ada dua peguam.. satu peguam yang menjadi orang tengah antara pihak family haku dengan Amanah raya & satu lagik peguam yang uruskan kes kemalangan Arwah. Pening juga ohh dengan rentak peguam nih. Bagi haku dua² peguam nih rentaknya berbeza.. adehhhh!!

Rentak 1: Bila call pagi, leh tak call petang sikit, asal petang malam pula.. bila dah malam esok pagi kita akan cerita detail.. bila call pagi langsung tak jawab, dah tu off terus enset..haishhh!! Ingat haku nie tak dak perasaan ka..

Rentak 2: Tunggu arahan, tunggu surat.. minta No akaun. Dah tu berkali² diminta.. Manisnya kata².. Adakah kerana mak&ayah haku orang kampung. Ehh hello kami anak² masih ada okay. Haku tak faham la. kenapa mesti dia berlakon.. Apakah kerana nilai wang yang tak mencecah ratus riban tuh matanya leh kabur.. mungkin duit segala²nya bagi dia..hurmmm!!



Haku ada posted perkara nih di FB.. Ya betul kata kawanku Arissa. sangat Complicated. tapi kalau ikut cara yang betul.. tersimpul pun boley terurai..Kann kan! Menurut puan zana.. dia suruh haku buat laporan polis dahulu sebelum bertindak apa². Haku rasa puan zana pun dah hangin satu badan kot sebab dia ada bagitau yang dia pernah juga bertindak. Tapi peguam tu tetap dengan kata² manisnya. Nanti kalau perlukan dokumen dia akan bantu haku.. Ishh itu sudah mencabar wehh. Takut pun ada..

Dengan sokongan puan zana.. haku harus bertindak jua. InsyaAllah. Allah s.w.t kan ada.. Dia maha melindungi.. Pada blogger² & silent readers yang pernah berurusan..meh la kongsikan dengan haku step²..Urusan nak uruskan kes tuntutan kemalangan. Kalau yang dengan amanah raya tu haku dah jelas sangat². Haku nih memang tak ada pengalaman nak berurusan dengan pihak peguam nih.. Apapun Tawakkal... InsyaAllah.

sayang @myn@ ^_^





Tuesday, September 21, 2010

Plan kencang dari adik ² fomfuan ^_^

Aktiviti 18 spetember 2010

Haku panggey ni plan kencang sebab adik fomfuan haku yang aktifast tu punya ayat.. Masa mereka keluar membeli kek nih, kami duk soksek di FB. adik haku guna FBmobile.. Haku tanya dia.. perbualan lebih kurang macam nih la.

haku: Hampa p mana nih.. jam bapa nak balik. Hari dah nak malam.. (ayat budget seorang sister yang amik berat tentang adik²).
Adik: jumpa kawan².. sekarang kat jitra. kencang x?
Haku: Ohh.. hati² memandu tu tau.. yang penting balik sebelum BBQ bermula. kalau tak sapa nak bantu depa bakar ayam.
Adik: Beress!

Mereka keluar lepas balik dari kenduri umah Mr.A.. memang dah petang.. hampir jam 4.30 petang. Hantar jerk haku ke rumah..mereka tukar pakaian pehtu terus caragas keluar lagik. Semua tu dah biasa bagi haku.. jadik haku tak amik port.. tak tanya pun mana mereka nak pergi..Lagipun waktu tu haku di umah jiran duk tengok cikgu wadi buat ramuan perap ayam untuk BBQ. Haku hanya senyum jerk tengok gelagat adik pompuan haku yang sorang lagi nun.. x sempat nak kemaskan shawl nya & bawa pakai dalam kereta..kalut sunggoh. huhuhu!!

Kami & kawan² di chalet impiana tu ada plan malam tu.. kami nak buat BBQ. Plan nih semua Up up jadik. Plan malam sebelum tuh kami p mandi Air Panas Ulu legong. Mulanya berat juga hati nak p, ya la.. Mr.A tak ada sini. Rasa tak seronok pula.. kalau minta izin, memang green light sajork Mr.A tu.. tapi haku la yang rasa tak seronok. Tanya Ayah & mak.. mereka berdua setuju nak join ke sana.. terus haku minta izin dengan Mr.A.. Nanti entry Mandi Air panas tu menyusul. Sekarang kita cerita plan kencang dari adik² dulu ya. Rilekss..baca satu² na.

Okehh.. untuk BBQ malam tu, sebagai wakil pihak fomfuan, haku amik part nak goreng bihun. leh la buat makan dengan Ayam bakar nanti. kalau nak makan ayam saja macam tak marvelouse pula.. Haku ingat nak goreng bihun biasa jerk.. tapi mak haku bagi idea suruh goreng bihun singapore.. Lada jeruk dah siap. Perghhhh!! Bila dah selesai solat magrib, bermula lah tugas haku nak goreng bihun.



Dalam duk menumis tuh.. datang la adik fomfuan haku dengan gaya yang begini. sambil alunan nyanyian "heppy besday~~~". Haku terkejut weyy. Akak haku pun nyanyi sama sambil terlompat², hahaha!! sungguh mencuit hati bila ingat.. sekali bila tengok tulisan atas kek ada nama nya juga. Haku sendiri pun tak assume semua nih sebab belum sampai tarikhnya untuk haku.. 3 hari lagik. Akak haku pula 6 hari..



Adik haku bawa mai kek betul² ke arah haku.. minta haku & akak tiupkan lilin. alahaii.. Last² koje menggoreng bihun singapore sepenuhnya dari air tangan Ratuhati. Mujur mak take over.. kalau tak bihun singapore ada aura hangit.. ekekeke..



Dah ratuhati take over sepenuhnya.. makanya koje² membakar ayam tu haku dengan semangatnya melibatkan diri dan menyesakkan diri dalam kepul-kepulan asap.. Sangat best & meriahhh!!



ketua membakar ayam tu ha.. adik wan yang tak berbaju tapi berselimut tuala.. Takut baju berbau asap katanya. hu3. Di Chalet Impiana haku panggey wan nie Ayah. Ingat masa depa kecik² dulu. duk sekeh kepala jerk. hehehe!! sekarang dah dewasa weyy.. tinggi. , nyaman amat. silap² haribulan depa yang ketuk kepala haku. ngee~~



Dah abis makan kek.. terus caragas ehh. membakar Ayam.



Cikgu Wadi pula sebagai Mak di chalet impiana...kenangan sungguh. hahaha!! wadi memang pandai bab² memasak nih, teliti pun ya..Ikut rentak makcik Na mungkin. Bertuah siapa jadik permaisurinya.. InsyaAllah ^_^



Selesai membakar di Chalet Impiana, kami bawa ke rumah haku. Makan² dalam umah. Luas sikit.Mak & Ayah haku pun ada sekali. kalau di Chalet nun tak muat kalau semua nak masuk serentak.. hu3. Selamat menjamu selera yang kawan² vs adik²..



Ini lah sebahagian ahli Chalet.. Anak² muda kampung haku. semua nya pangkat adik². Dulu kecik². Sekarang dah boley jadik suami orang sudah. Lepaih nih jangan hairan la kalau asyik dapat panggilan walimatururus jerk.. sat² hujung nie, pehtu hujung nun.. Canopy pihak wadira tu kalau boley bersuara sure dah cakap.. penat ehh.. tak dan nak rest. Pasang sini, pindah sana.. hehehe!!

Apapun sangat enjoyy.. segalanya berjalan lancar. Terima kasih pada kawan² & adik² yang terlibat.. tak duga Plan BBQ kita nih sekali celebration besday haku & akak.. Kebetulan. Kan dah kata, janji Allah itu kan indah~~ Syukur Alhamdulillah.. ^_^



sayang @myn@ ^_^





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...