Tuesday, September 28, 2010

Raya 2 in1 @Felda Umas²

Yeayy hari nih berjalan raya lagik.. rezki jangan d tolak, selagi boley diterima On sajork.. Kami konvoi ke Felda Umas-umas nun yang menghala area kalabakan sana.. Kami pergi ke rumah Ummi a.k.a kak Midah. 1 jam perjalanan dari opish haku.. jauhh, tapi sebab nama konvoi secara berhemah so jadik dekat... apakah?

Haku tak tahu pun ada suprise dari kawan².. Kira berjaya lah suprise dari kawan2 semua ehh.. Memang haku tak menduga kotak A4 itu ada kek di dalamnya.. waktu mereka semua alunkan nyanyian "hepy Besday" haku rancak menikmati makanan yang disediakan.. lelaki perempuan sama² nyanyi.. pehtu majoriti biji mata menghala ke arah ku yang duduk dikerusi..alalalala terharu sangat.

Suami ummi a.k.a kak midah pun supporting sangat. Siap hidupkan meriam.. 1st nyalaan tuh menyentap kami² yang ada di sekeliling coz berlaku kebocoran. Api merebak. Disebabkan ketangkasan suami ummi & kawannya.. Api berjaya di padam. Alhamdulillah. Suami ummi pegawai pengurusan di felda. Meriam tu digunakan untuk menjaga ladang dari serangan gajah, harimau dll. Paling² bestt..haku dapat hamper dari family ummi... Syukur Alhamdulillah ^_^

Opss!! Hari nih seharian haku berpisah dengan MySE, gara² tertinggal di rumah. itu sebab lah tiada gambar kek, gambar makanan & suasana segala.. Jadik ari nih MySE tak dapat nak menjalan kan tugasnya. Sebelum bergerak ke umas² tadik haku ada balik ke rumah dengan tujuan nak hamik MySE & tukar Mrs. Pepel dengan Mr. Bobo.. Sekali sampai di rumah.. Mr.Bobo jerk ingat.. MySE tertinggal lagik.. di jalan baru teringat. Nak pusing balik rasa macam tak sedap hati. tambah pula kawan cakap.. perjalanan kita jauh lagik.Terus haku ignore saja MySE. Dalam hati terkilan sangat. sob3x.



Sampai rumah tadik.. terus sentuh MySE dan bermula aktiviti klik klik bersama hamper yang ada.. Kenangan nih.. Gambar kenangan bersama meriam & suasana hari raya tak ada, hanya sekadar cerita sahaja :-(

Okeh terima kaseyy kepada kawan² yang terlibat.. Tahun nih walaupun haku tak dapat nak celebarate besday dengan ChentaHati yang jauh nun d negara orang tuh.. Haku gembira dengan adanya kalian semua.. Berganda² celebration haku terima.. pelbagai qoedah. Kagummm seketika. Sesungguhnya janji Allah s.w.t itu kan indah~~

Mode: Moga doa kalian dimakhbulkan & haku cepat dikurniakan zuriat.. Demi chenta AMYNA... InsyaAllah :-)


sayang @myn@ ^_^

7 comments:

deem said...

huhuhu...best dan seronot la..tapi apakan daya...badan lemah+lemas semalam...hati nak sangat join tpi badan x kasi hehehe....

p/s:ada makan untuk aku ka...hakhakah;)

Amyna said...

Alalala..x apa deem. kesihatan perlu diutamakan. Plan c myn,liza & nani menjadi woo. tersimpul rapi dorunk punya plan.. Apapun Hepyyy!!

Ba ko pigi jak di pantry ha.. ada ummie bawa bekal tu.. hari ni ku puasa lagik :-)

ctpayong said...

nak satu hamper boleh!

aibaks said...

serius ke main meriam tuh? nape tak buh pics? uhu.. best ka?

Amyna said...

Ct: dapat satu jerk.. kongsi2 isi boley.

Aibaks: iya la.. hubby ummie punya. itu lah sayangnya MySE tertinggal, kalau x sure meriah entry nih dengan gambar².. :-(

Wanzie said...

minum air sambil berlari...
air tumpah di atas serban...
kenapa wanzi menyepi diri...
sebab shoutmix dah kena ban...

Amyna said...

siapa suruh minum berdiri,
kan dah tumpah di atas serban,
jangan lah terasa menyepi diri,
Myna di sini menyokong kawan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...