Saturday, September 25, 2010

Rutin mingguan untuk family dengan AA

Rutin mingguan untuk family haku.. Jam 10 - jam 4 petang. Saat indah bersama AA hari nih haku tak dapat lalui bersama mereka.. haku tak daya melawan takdir. tapi setiap yang tersurat pasti indah hikmah yang menanti.. InsyaAllah..

Adik² fomfuan haku tu bukan main duk membangkitkan perasaan haku.. ayat nya bukan main menusuk kalbu wehh. sejibik straight ke nama haku. okeh tak apa. hampa boley redeem every week (itu pun kalau hampa dapat balik kampung ;p). haku nih berbulan bulan baru dapat redeem. alahaiii~~

Haku nak kongsikan saat indah ketika haku redeem kerinduan dengan AA last week but dis week haku sudah kembali ke tempat punca rezki ku.. memang tak dapat lah nak redeem. tunggu bulan november pula.. InsyaAllah ^_^.



AA datang ke rumah last week bersama baju raya yang kami belikan sewaktu kami soping raya bersama tempoh hari.. leh juga rujuk di entry nih ke Aloq setaq bersama AA.. Masa raya ke-2 tempoh hari AA tak pakai pun baju raya yang kami belikan.. ada perkara pahit disebaliknya yang kami perlu telan a.k.a ignore. Biarlah.. Allah s.w.t maha kaya. Moga mak & adik haku tabah hadapinya.. sabar3x.



Hepy AA..asal datang umah MakTok mesti nak jelajah. Aktif sungguh budak nih. sebelum nak nak mula penjelajahan mesti kena tukar dulu uniform.. haippp!!



okeh dah tukar uniform dan senjata pun dah ada (pembaris mak haku buat ukuran langsir). Lagik seronok sebab kawan pun dah ada.. Cucu jiran haku, intan namanya. Intan tua setahun dari AA. Apa lagik. selamat bergembira ya sayang..

Sebelum tu nak semadikan fakta nih. "Intan lahir masa Arwah adik haku Adam hafis (AH) meninggal. Masa tu AA baru sebulan dalam kandungan mak nya.. Kira AA nih pengganti kepulangan AH mengadap Allah s.w.t. sebab tuh kami nama kan AA dengan nama Adam juga" kesinambungan untuk family Hamid & Aminah..

Moga AA menjadik anak yang soleh seperti Arwah AH tinggalkan buat atuk & nenek.. banyak sangat pengorbanan yang Arwah AH buat untuk Mak&Ayah haku. walaupun dah dua tahun berlalu.. Ayah haku still tak boley bercerita tentang Arwah adikku. ayah pasti sebak.. :-(.



Time nih.. haku temankan AA bermain didepan umah jiran (Nenek Intan ) haku.. sambil teman sambil makan buah buahan tempatan.. rambutan & langsat. Haku teman AA berteduhkan rimbunan pepohon rambutan. Jiran haku pun ada time tuh. dia tulung kaitkan buah. lagik nikmatlah haku menikmati rambutannya.. heheheh! AA pun laju jerk minta haku kopekkan kulit rambutan untuknya.tengok tuh rambutan kulit hijau pun dia kasi haku.. MakNgah hepy tengok gelagat AA.. ngee~~

Masa nih AA terjah merata alam di kampung neneknya. Sampai tergolek di atas rumput dan masuk dalam longkang tepi jalan yoo. nasib dia tak menangis. paksu dia tak sempat nak sambar. Haku cuba gak nak selamatkan dia.. berlari jauh juga la, dari rimbunan pepohon rambutan tuh mak ke tepi jalan nun. masa tuh haku terus campak henset a.k.a camera nih ke tepi jalan. mujur jatuh atas rumput. Masa nih haku tak fikir sayang enset dah.. gemuruh seketika. Haku angkat AA.. dia leh buat mata terkebil² . pehtu senyum & sambung berlari lari lagik. Eee.. lucu sayang nih.. Haku risau juga takut miang (gatai) badan sebab tergolek atas rumputkan.. terus bawa balik dia ke rumah. mandi & siapkan dia nak ke rumah mentua haku. Ada kenduri adik Mr.A kawin..



Kami pergi konvoi 2 bijik kereta.. sepanjang konvoi AA naik kereta bersama kami (haku, dua adik fomfuan haku & 1 adik lelaki haku). secara automatik adik fomfuan haku jadik pemandu..



Sepanjang perjalanan AA asyik bercakap jerk.. heppy sungguh dia. Tambah² pula mak saudara nya masing² heppy menyanyi. Automatik la dia pun menyanyi sama. Actually ada vidoe haku rakam saat bersuka ria itu, tapi nanti² la haku publish ehh..



Rombongan kami dah sampai di umah mentua haku. Masa nih AA dah teruja. dia tak mau haku dukung dah. dia nak jalan sendiri & memulakan sesi terjah menerjah..sampai ke tempat orang memasak nun dia terjah. Tergolek pun ada juga sebab tersadung akar pokok. Buah epal di tangan nya pun jatuh..bila dah takda benda di tangan nya.. lagik bebas dia terjah. Jenuh kawal wehh!



sangat aktif AA time nih. dia buat macam kat umah MakTok dia. Tambah² jumpa tangga. Memang situ lah port dia duk tawaf, asyik main naik turun jerk.. sayang O sayang ngah ponatttt!!



Okehh entry di sudahi dengan gambar pengantin.. selamat pengantin baru Adi (adik Mr.A) & Ana. Moga ikatan suci yang terjalin ini kekal hingga ke ahir hayat.. InsyaAllah :-). Ehh.. Haku nak fon mak la.. AA kan ada di umah MakTok sekarang.. Ee... rinduu. Moga haku dapat lepaskan kerinduan ini.. haipp haipp!!


sayang @myn@ ^_^

2 comments:

AiDa AzRyN said...

comel la AA~ ;)

Amyna said...

Hehehe.. Myna pun geram, rasa nak cubit pipi dia. tapi kesian.. hu3.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...