Wednesday, September 22, 2010

Kes kemalangan Arwah belum setel.. alahaii

Hari ni haku uruskan kes Kemalangan Arwah adik.. Masa awal² dulu haku ada handle.tapi di sini susah la nak cari peguam untuk amik kes nih. Lagipun masa tu haku masih baru di sini.. Jadik haku mampu uruskan yang melibatkan secara direct, seperti pengurusan dengan pihak Insuran. Insuran Motor & insuran Nyawa. Benda tuh dah setel awal² dulu. Duit Insuran tu pun Ratuhati dah amik buat upah haji, zakat untuk arwah. Pendekkan kebajikan untuk arwah selesai. Alhamdulillah.

Disebabkan haku tak boley handle, Mak&ayah yang uruskan di kampung nun. Urusan ni still merangkak.. Haku pun dengar² kabar macam tu aja. Tapi selepas balik bercuti raya tempoh hari.. Haku kembali panas.. Geram bila dengar rentak² peguam yang handle nih.. Masa makin hari makin berganjak.. nih dah dekat dua tahun lorr.. Apa kesudahannya??. Dengan Pihak Amanah raya haku dah jelas..penerangan yang serba padat dari Puan Zana. Thanks ya Puan Zana, beliau yang urus wasiat Arwah adik di HQ sana..

Sekarang nih tinggal urusan saya dengan Peguam. Ada dua peguam.. satu peguam yang menjadi orang tengah antara pihak family haku dengan Amanah raya & satu lagik peguam yang uruskan kes kemalangan Arwah. Pening juga ohh dengan rentak peguam nih. Bagi haku dua² peguam nih rentaknya berbeza.. adehhhh!!

Rentak 1: Bila call pagi, leh tak call petang sikit, asal petang malam pula.. bila dah malam esok pagi kita akan cerita detail.. bila call pagi langsung tak jawab, dah tu off terus enset..haishhh!! Ingat haku nie tak dak perasaan ka..

Rentak 2: Tunggu arahan, tunggu surat.. minta No akaun. Dah tu berkali² diminta.. Manisnya kata².. Adakah kerana mak&ayah haku orang kampung. Ehh hello kami anak² masih ada okay. Haku tak faham la. kenapa mesti dia berlakon.. Apakah kerana nilai wang yang tak mencecah ratus riban tuh matanya leh kabur.. mungkin duit segala²nya bagi dia..hurmmm!!



Haku ada posted perkara nih di FB.. Ya betul kata kawanku Arissa. sangat Complicated. tapi kalau ikut cara yang betul.. tersimpul pun boley terurai..Kann kan! Menurut puan zana.. dia suruh haku buat laporan polis dahulu sebelum bertindak apa². Haku rasa puan zana pun dah hangin satu badan kot sebab dia ada bagitau yang dia pernah juga bertindak. Tapi peguam tu tetap dengan kata² manisnya. Nanti kalau perlukan dokumen dia akan bantu haku.. Ishh itu sudah mencabar wehh. Takut pun ada..

Dengan sokongan puan zana.. haku harus bertindak jua. InsyaAllah. Allah s.w.t kan ada.. Dia maha melindungi.. Pada blogger² & silent readers yang pernah berurusan..meh la kongsikan dengan haku step²..Urusan nak uruskan kes tuntutan kemalangan. Kalau yang dengan amanah raya tu haku dah jelas sangat². Haku nih memang tak ada pengalaman nak berurusan dengan pihak peguam nih.. Apapun Tawakkal... InsyaAllah.

sayang @myn@ ^_^





4 comments:

risa said...

owhhh..ada masalah ngan lawyer lah ni..ingatkan dengan amanah raye..
cuba amik balik kes..upah lawyer lain atau cuba jumpa consultant je

Amyna said...

Ya arissa.. itu lah. yang nak bertindak sekarang dengan peguam yang menjadi org tengah antara Family & amanah raya.. Sebab peyment dr amanah raya dah ada dgn dia.

siti nurkhijah said...

Lawyer memang cakap putaq belit....
Kalu duit dah ada terus bagi ja..dok peram buat pa!

Ct x reti sangat bab2 ni, harap semua akan selesai dgn cepat la..

Amyna said...

Myna pun x reti gaks.. tapi kena harungi la. mereka pun manusia biasa. belajar harungi untuk dijadikan pengalaman..

InsyaAllah... ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...