Aktiviti dah lama berlalu... Ramadhan ke-25 if tak silap.. Masa tu saya dan suami connecting flight ke Penang dari Tawau. Kami tak turun di Alor Setaq sebab kalau ke Alor Setaq malam baru ada flight... Ada hikmahnya kami turun di Penang kan.. Alhamdulillah. Janji Allah itu indahkan!
Sekarang baru saya berpeluang nak publish dekat sini... So layan...
Family saya dan family saudara abang.. Bergabung makan semeja, SEbekas SEsteambot. Hihihi~~
Aktiviti nih secara dasarnya, saya dengan Abang Long yang rancang ... Semuanya secara kebetulan. Alhamdulillah terlaksana juga.. Masa Abang Long tanya tu, saya tak berani nak confirm lagi... Keputusan masih bersegi². Saya takut suami tak dapat cuti dah tu kena minta izin dengan suami dulu ;-). Abang Long Offer lagi.. kalau tak da orang ambil di eport, abang Long nak ambil... =D
Saya terus terang dengan abang long, nanti dah confirm baru myna roger semula na. Abang Long cakap "Ok..nanti kalau jadi bagi tau, bilangan yang akan join.. abang Long nak booking tempat". Abang Long very the supporting dan tak renyah². Take easy!! yess sangat suka..
Bukan setakat dengan SMS, abang Long siap telefon... bagi tau direct. Phewww~~
Jadi masa hari kami nak fly Tawau-semananjung (15Ogos2012), Abang Long call bagitau yang Kak Long dah bersalin.. Satu berita gembira untuk kami. Bertambah tak sabar nak realisasikan plan berbuka puasa bersama²..
Saya dengan suami pula, siap sedia dari sini duk atur Plan B. Ya lah... haruslah nak p jenguk dulu baby boy Jeremy Haiqal... Tapi apa yang saya dan suami plan tak dapat realisasi sebab flight delay pulak time tu.. 1 jam lebih kurang. Kiranya kami sampai Penang jam 6 Petang.. campur lagi dengan kesesakkan lalulintas...Penang kan, faham² sajalah. hmmm... time melawat pun dah habis ;-(.
Jadi Abang Long minta kami sama² direct ke Cinta Sayang Resort.. tak dapat lah nak melawat Jeremy Haiqal. Sampai sekarang nih, saya tak dapat lagi bertentang mata secara live dengan baby Boy..
Aktiviti nih, istimewa nya di hati saya sebab Abang Long atur untuk kami berbuka secara berjemaah dan berkenal kenalan dengan pihak keluarga Abang Long.. Berangkai rangkai keluarga... memang best dan ramai sekali...
Ya lah.. saya bawa family saya, abang long bawa family abang Long... kebetulan adik Abang Long yang menetap di Dubai balik sempena Aidilfitri. So berpeluang kami bertentang mata di bilik kasih sayang Cinta Sport... Suami saya sendiri pun dah lama tak jumpa keluarga Abang Long. ka tak pernah jumpa ehh... saya pun lupa dah macam mana suami habaq haritu... Sila bayangkan dah berapa generasi tersusun di situ.. hhihi..
Mak mertua Abang Long ^___^
Oh ya.. lupa nak detail kan.. nanti kan ada pula yang keliru... hihihi.Abang Long ni suami kepada Kak Long merangkap anak kepada Mak sedara suami.. Mak saudara abang tu pangkat MakLong untuk saya dan suami. Tapi suami tak panggil Paklong, suami lebih sinonim memanggil "abah". Akrab kan silaraturrrahim mereka... Ada sejarah keindahan disebaliknya!! Alhamdulillah~~
Kemeja biru itulah Abang Long. Master untuk aktiviti kami ~___~
Ini pula Ayah kandung Abang Long... Seiras wajah Abang Long dengan ayahnya... peramah plus semart!
Ini MakAyah kandung saya... Love both of u much to much!!!
Mak dan MakLong tersadai di sofa...Perut dah kenyang... tak cukup berbual di meja makan.. sambung berbual di sofa pulak.. like~~
Makan makan sambil berbual.. tengok Pak Long... Tangan sampai ternaik². Apa topiklah mereka berbual ehh.. mesranya bercerita dengan ayah... riuh rendah bilik kasih sayang Cinta Sport dengan suara kami.
iris anak Kak Ngah... cucu kepada Mak Long... Terpesona tengok adik kandung saya nyanyi... Masa duk select gambar tadi. Tersenyum hati saya tengok reaksi Iris. Haipp Haip!!
Siap pakej karaoke tersedia... Memang riuh. Saya mulanya malu² meowww.. Sekali suami cuit.. terus lajuuuuu amik microfon. Nyanyi seround... HAHAHAHA!
Pehtu berposing... well...well done~~
Lagi gambar kami... Dah sampai sini saja coretan saya... Indah benar pertemuan yang diaturkan oleh Abang Long. sweet moments!!
Moga kita di beri ruang untuk bertentang mata lagi.. Abang long mai jalan² kot belah nih pulak na... Jenguk² kami dekat sini. psstt! Jangan lupa bawa anak gadis dua orang yang kiut miut tu ehh termasuklah Jeremy Haiqal yang Bam bamm... Ohh ya! Terima kasih banyak² Abang Long...
Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!
JIKA ada akaun fesbuk, BOLEHLah klik Button LIKE ehh.. makaceh.....



























