Monday, July 23, 2012

Resepi kuih keria dan cara² untuk sira gula

Salam ramadhan hari ke-3 ^__^

Atas permintaan kawan² saya nak kongsikan resepi kuih keria yang saya buat sebagai juadah berbuka puasa semalam... Tekak abang terasa nak makan kuih keria, so saya buat untuk dihidangkan kepada suami =D.

kuih keria dan cara sira gula

Tersenyum hati bila tengok abang berselera menikmati kuih keria.. Alhamdulillah kuih keria semalam kena dengan selera abang, abang cakap ubi nya betul² terasa sebab tak banyak tepung dari ubi.. itu yang abang suka.

Tersenyum lagi hati untuk kali ke-2.. hik3x. Saya ada post gambar di pesbuk & tuiter.. ada kawan request tanya resepi... ada juga yang minta resepi donut.. resepi donut tu boleh la godek² dalam entry sebelum nih ya!

Sekarang saya nak publish resepi kuih keria pulak.

cek mek molek adunan kuih keria
Bulat besar saya guna gelas dan bulat kecil ditengah² tu, saya guna penutup esen vanilla. janji terbentuk comel.. weee~~

Bahan² untuk buat Adunan :-
  • 500gm ubi keledek
  • 50gm tepung gandum
  • Secubit Garam
Bahan² untuk sira Kuih Keria :-
  • 1.5 Senduk Gula
  • 1 Senduk Air
* Gula nih depend pada kuantiti kuih keria yang kita dapat.

# Mak saya ajar macam ni... Guna senduk free yang dapat dalam tepung jagung tu. hehehe!

Cara-Caranya:-
  1. Ubi keledek di kupas kulit, di potong kecil dan di rebus. Rebus sehingga empuk ya. Air dimasukkan separas ubi keledek dan masuk kan secubit garam.
  2. Dah empuk...angkat dan toskan.
  3. Kemudian lenyek Ubi tersebut sehingga hancur dan biarkan sejuk seketika.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit kedalam ubi keledek yang dilenyek tadi hingga sebati dan adunan boleh di bentuk kerana ubi keledek tadi tidak lagi melekat di tangan. Sukatan tepung tadi tidak habis pun tak apa. Lagi kurang tepung lagi sedap!!! percayalah lalalalala~~
  5. Bentukkan adunan tadi mengikut citarasa masing² samada bentuk bulat, bujur atau bersegi² ka.. terpulang. Saya buat bentuk yang biasa tu- Donut.
  6. Sapukan minyak masak sedikit di atas dulang untuk letak adunan yang siap di bentuk.
  7. Goreng adunan sehingga kekuningan.
  8. Angkat dan toskan minyak.

Cara untuk Sira Gula :-
  1. Masuk sukatan air dan gula
  2. Masak sehingga likat dengan api yang sederhana. Air gula itu akan berbuih² putih.
  3. Masukkan Kuih Keria yang siap di goreng.
  4. Gaulkan sekata sehingga naik bunga gula (Putih), Pastikan kuih tidak melekat antara satu sama lain.
dah siapppp!!!


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~~

11 comments:

Wanzi said...

dengar pada nama memang tak pernah dengar kuih ni.... tapi bila lihat rupanya baru tahu... sebab saya panggil 'cur badak'....

Amyna said...

Ohh pren panggil ini cucur badak.. kalau kami cucur badak tu lain pula.. ada inti kelapa dalam nya..

jajaharissa said...

terasa lak nk makan kuih keria hu2..nk wat sendri cm mmbazir lak.dok sorg2 je pun

Unknown said...

Sy tgh mngidam nk mkn...kne buat cpt nih

mummymieyra said...

Tq tuan punye blog... jap g nk try nie

Unknown said...

sedapnye..nk try buat la jap lg..bahan dh ade..
nak ajak anak² buat..kire mcm aktiviti cuti skolah la..hehe..harap² menjadi..

jemput ke blog saya..
http://norzuryati.blogspot.com

Anonymous said...

nk try lah. sya sgt suka kueh keria ni..

Unknown said...

Terbaik ni... Menjadik

Unknown said...

DAH TRY BUAT TAPI FAIL BAB NAK SIRA GULA TU. GULA TAK MELEKAT N JADI LEMBIK. ADA TIPS TAK? nak try buat lagii untuk buka puasa petang ni. heee

Mira Hamzah said...

Buat gula sira xmnjadi nape ek.. Waktu gula tu dah berbuih2 saya msukkan keria.. Tp last2 keria tu jadi bersalut gula keras. Warna gula tu jernih bukan putih2 cam akak buat tuh. Mcm keria salut plastik keras. Dalam lembut, luar keras.. Acaner ek.. Huhu

Unknown said...

Saya panggil kuih gelang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...