Thursday, June 30, 2011

Miss AA ketat²... much muchh!!


Adam Asnawi.. MakNgah rindu adam sangat². Sob sob sob!!!

Mak Da dan Mak Teh teruk la AA... tak boleh di harap. Koje bagi alasan sesaja. Dulu cakap tak da camera.. Mak Ngah dah bagi camera pun tak juga di snap picca AA... Hampehhhhhhh!!!


Mood: AA meh sini duk dengan MakNgah... nak tak?


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!



saya tak masuk metting pendafataran

Time lunch tadi saya keluar dengan kengkawan.. kami ke pizza untuk jamuan perpisahan rakan sekerja yang dapat pindah balik ke semenanjung sana.

Balik dari sana.. kengkawan yang terlibat pakat sibuk² terjah surau coz nanti nak masuk metting. Saya macam biasa duk merewang lagi di kaunter bawah sana. Sekali dapat panggilan kena masuk metting ganti seorang pegawai tak dapat hadir last minit... on da spot tu dorunk tarik saya.. okeh saya accept.

Sekali saya melangkah ke bilik mesyuarat.. metting dah mula. dah tu saya usha kerusi di meja metting tinggal 1 ja. betul² sebelah dengan peg pengambilan pelajar.kirnya kerusi tu depan sekali. Uishhh lagi berat hati saya nak masuk metting tu. sah sah..bapa puluh biji mata nanti pasti akan pandang ke arah saya. Dah tu dengan saya langsung tak da prepare apa². daripada cari penyakit hati.. baik saya undur diri..Dengan ini, metting pendaftaran saya tak masuk.. sekian~~


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!



Hijau di hari pelancaran latihan 1Malaysia











Bergambar kenangan bersama tenaga pengajar (baju biru) program latihan 1M'sia untuk gubahan bunga. Sangat supporting kak jue... hehe!

Berbaloi join kursus nih... yuran hanya RM20. Ilmu dapat,hasil gubahan bunga pun dapat di bawa balik ke rumah... total hasil gubahan dalam 7 jenis. Saya punya bawa balik 2 jenis ja ke rumah.. yang selebihnya letak dekat opish. Rumah saya dah crowded, kang tak pasal² Mr.A ceramah saya... huhuhu!!


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!


Wednesday, June 29, 2011

Belajar menembak..

Yessss!

Kami di beri kesempatan untuk belajar menembak di lapang sasar Kd Sri Semporna. 1st time saya join aktiviti menembak dengan Bakat (L) nih. Syok rupanya... lagipun bukan semua orang dapat peluang cam gini kan.. free of charge pula tu. wehehehe!!


Kami ^___^




Mendengar taklimat² penting dari tenaga pengajar, semua step menembak diturunkan sepenuhnya kepada kami. tiada yang di skip². Kata mereka la....



kalau ikut logik akal betul lah.. senjata tu kan..mana boleh ajar separuh jalan. heheh! kami juga diberi kumpulan.. dalam bahasa penggunaan mereka di sini ,depa pakat sebut detail. So saya sebut detail lah yea... Bahasa tentera ni lain² sikit maksudnya. Saya dengan Mr.A kekadang merajuk disebabkan lain pahaman maksudnya. contohnya.. Bagi mereka maksud Koje dan duty lain tau... Bagi saya koje & duty sama ja...cuma beza duty tu bahasa omputeh, koje tu bahasa kita... Hmmmm!!



Aktiviti pertama adalah menembak dalam jarak 10 meter. Mereka akan ajar kita menembak sampai habis 10 peluru. Saya masa 1st aktiviti nih sangat berdebar debar. rasa nak berdenyut jantung macam mau tersembur keluar okeh. Tapi semangat punya pasal... terus menembak.

Pengalaman pertama saya masa menembak 1st peluru..terdetik di hati.. kata tekan picu slow² tapi kenapa peluru ni tak mau keluar. iskkk! tekan picu lagi..lagi dan lagi...sekali peluru keluar saya nak terpelanting kebelakang tau... MasyaAllah terkejut sangat tapi seronok..



Hasil tembakkan saya untuk jarak 10 meter dengan 10 peluru... semuanya menuju ke terget. tiada yang tersasar keluar dari plate target.. Boleh la.. 1st time kata kan.




Selesai untuk jarak 10 Meter... kami di beri peluang sekali untuk menembak dalam jarak 15 meter pula.. ada nama panggilannya. tapi saya lupa.



Untuk jarak 15 meter, 1 detail 3 orang dengan 10 peluru setiap seorang.. kami kena bekerjasama menembak plate putih bagi jatuh semua dahulu, dah settle plate putih baru boleh tembak plate merah. Siapa yang berjaya jatuh kan plate terakhir (Merah), kira detail tu lah pemenang.. Alhamdulillah kami berjaya menewaskan detail pihak lawan.. Plate merah detail kami.. saya sendiri yang menjatuhkan nya... Vanggaaaaa VS kembang sekejap :p


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!


Sunday, June 26, 2011

Sunday Mood... ;p

Hari ni semua staf opis saya terlibat... kami kena turun koje sempena dengan pelancaran program latihan 1Malaysia. Hari Ahad yoo... nak tak nak jerk perasaan. Koje rumah hold seketika. Semalam balik penat sangat... pas magrib terlelap seketika.. terbangun pun dekat jam 11 dah... on9 fesbuk kejap... beletiaq dua tiga patah dekat gadis² tu terus minta diri nak tidur... pas solat semua Bum... Zzzzz!

Gila kentang punya penat... masa balik tu, bukan main terlintas nak sulam baju. sambil menyulam mengemas rumah. Sekalinya... kain sulam pun tidak disentuh kata kau. Adusss! Tengok lah balik petang nanti macam mana. Bereskan koje rumah dulu... baru pegang sulam menyulam kot. Huh Semangat.. semangat.

Okeh.. sampai sini dulu untuk pagi ahad yang serba hijau... hahaha! baju keparat nih hijau ang ang.. sampai kan ko pandang semua tempat nampak hijau.. Tak percaya ehh... Nanti saya upload picca ea.. sekarang tak tranfer lagi.. Saja saya nak kompul
² dulu, nanti tranfer terus banyak². Mudah koje dan jimat masa. Padahal tak dan masa nak tranfer.. hik3x.



Sebelum kawan² dapat tengok hijau.. saya tunjukkan dulu dengan warna pinky... Okeh Olss, hepy wekendnandos ea....



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!



Saturday, June 25, 2011

Belajar 3 jenis bentuk Gubahan bunga :)

Lasst week, saya join program latihan 1 Malaysia kategori Gubahan Bunga. Berbaloi² join latihan nih. Bukan setakat dapat ilmu.. siap jadi milik kita lagi semua hasil gubahan yang kita buat. Terbaikkkk kata kau...



Antara bahan² yang di berikan untuk gubahan yang pertama.

Banyak pegisian nya.. Itu sebab latihan ini di bahagi kan kepada 3 hari. Hari pertama kami di beri penerangan dan demo tentang teknik² yang digunakan dalam mengubah bunga.




Kami juga di bekalkan beg kertas yang besar... dalam beg tersebut terdapat barang² dan alatan seperti di atas. Alatan tangan ni pun akan jadi milik kami... Alhamdulillah!!



Untuk hari pertama.. kami di ajar 3 jenis gubahan iaitu :
  • Gubahan - Bunga Dinding
  • Gubahan - Tropika
  • Gubahan - Meja Panjang


Step meletakkan lumut kering ini keatas span bunga sentiasa digunakan untuk setiap jenis gubahan yang di letakkan didalam pasu. Ini bertujuan untuk menutupi dan mencantikkan lagi gubahan kita. Macam kata tenaga pengajar... seni itu indah, tak perlu nak SkimA.



Antara hasil gubahan² saya pada minggu lepas. Semuanya ada 3 bentuk gubahan. Minggu ni nanti dah settel baru saya upload ya...



Bersama salah seorang peserta kursus dari kampung Ranggu. Ini adalah satu contoh gubahan bunga dinding. bentuk nya macam panjang begitu dan ditengah kami semartkan dengan ikatan reben.. Masa awal nak membentuk reben ni pun. Jenuh menggulung... hu3.

gubahan bunga

Gubahan Meja Panjang =D



Tropika... Ala² Inglish gitu. saya suka tengok orkid tu... nicee!!!

Okeh sampai sini dulu untuk update gubahan bunga minggu lepas... sekarang hampir jam 1.30... saya mau solat dulu, nanti jam 2 continue lagi. Dengar² macam ada pertandingan gubahan hari ini. fuhh fuhh fuhh!! nebess pun ada.... Ngee~~


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!



Thursday, June 23, 2011

Jumpa dengan Ja anak paklong Ghani :-)

Malam pertama saya di langkawi... saya berjumpa dengan kawan sekampung. Lama dah tak jumpa beliau... sejak beliau kawin dan merantau ke Langkawi jarang² sudah kami bertemu.. Kan ada fesbuk. boleh la pakat² berhubung semula.



Ini lah kawan saya... Ja Ghani panggilan namanya. Muda lagi dari saya. Kira pangkat adik.. Tapi bila kami sembang tak da maknanya nak panggil pangkat adik-akak...terus berutal kata kau... hang-aku-wey ja.. hehehe!!


Mat Kie a.k.a hubby ja just nampak belakang saja. kuruih la hang Mat Kie... hik3x.

kami mula rapat sejak sama² berpartner untuk latihan silat. lepaih tu sama² kerja di resort Desa Utara sana. bertambah rapat apabila beliau berkahwin dengan kawan sekerja saya semasa di Desa Utara nun.. Ikatan persahabatan antara kami menjadi lebih kukuh...


Bergambar kenangan di depan Baron resort Pantai Cenang.

Time ni lengoh sangat² dah kaki menjelajah gerai² di sepanjang Pantai Cenang. Jelajah demi preparation untuk aktiviti esok hari. saya beli topi.. sebab aktviti esoknya sure berpanas!


Anak² ja dah dua orang.. dua² girl. Sukanya mereka bermain pasir..

Mat Kie ajak lepak di tepi Pantai... walawehhh angin malam fuhhh sejukkk~~ Lepak² sambil bercerita.. sedar tak sedar sampai dekat jam 1 pagi. baru masing² minta diri. Ja sekeluarga pulang ke rumah mereka.. Kami masuk ke hotel.. bersihkan diri.. teruss Zzzzz! Lambat bangun besoknya.. sure kena tinggal lah... Adik haikal subuh² lagi dia dah bangun... Semangat kata kau!!!!


Wednesday, June 22, 2011

Wordless Wednesday #2 : Lapang Sasar KD Sri Semporna


"Wordless Wednesday: On Wednesday, All over the internet, bloggers will post a photograph with no word to explain it to their blog. Hnece the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description"







Hasil selepas 10 peluru di lepaskan dari pallet. Tiada yang tersasar... tepuk tangan khas untuk diri sendiri..senyum sampai telinga~~

Thanks you read and support my writing. Please come again ya!





Tuesday, June 21, 2011

Pulau Lagenda...Langkawi Permata Kedah

Antara destinasi percutian kami tempoh hari... Hari ni mendarat di kedah, esok tu terus jejakkan kaki ke Langkawi permata kedah.. Ambi kesempatan isikan masa cuti kami di sana. Adik saya yang bongsu join kami juga, adik Mr.A jerk tak mau ikut.. Amin namanya.. beliau tu susah sikit, tak boleh nak berpisah jejauh dengan mak mentua saya. Sanggup tolak tawaran yang kami berikan..hewwww!



Ratuhati & adik² perempuan saya yang hantar kami ke jetty Kuala Perlis. Time ni Mr.A ke toilet. biasalah jiwa veteran, tangki sentiasa penuh. hehehe!


renungan matanya ^___^

Sambil tunggu feri bergedix dulu dengan beliau. Mr.A dari toilet kan...itu sebab tersenteng kaki seluar :p



Okeh dah sampai masa untuk boarding ke ferry. Adik haikal punya seronok. sepanjang perjalanan mengomel. saya risau takut dia pening & muntah. Tiada maknanya. Ceria sepanjang jalan tau..



Mr.A sampai bingung melayan beliau... macam pening² lalat pun ada sudah Mr.A tu... miahahaha!


kereta sewa.. Masa ni kami tunggu c apun sebab nak follow beliau.. tak tahu jalan nak ke hotel. Lagipun Mr.A 1st time jejak kaki ke Langkawi. Jadi beliau sedikit risau takut kami sesat. Saya dah berkali² tapi still tak confident. so akur.. tunggu lah c apun dan kawan² Nya...

Dekat² feri nak melabuh, saya laju² cantact c apun bagitahu beliau yang kami dah sampai langkawi. Ambil kereta dan bergerak ke hotel yang beliau sudah tempahkan. Kami menginap di Amzar Hotel, area pantai cenang sana..sehari RM75. Masuk hotel rest kejap dan solat. Pehtu apun bawa kami jalan² di area Pantai Cenang.


Bersih la pantai ni... sedap mata memandang.


Pasir putih tepi pantai... syok!


saya suka picca nih.. pandai adik haikal zoom. Cun cun jerk gambar kami dengan signboard "Langkawi Permata Kedah".


Penat berjalan dan posing segala macam.. rest kan kaki sekejap di kerusi tempat kawan c apun. Alhamdulillah. Panas sangat terik time nih. very² da Hot!!!



Dah puas berjemur panas dekat sini.. apun bawa p ke Cable Car. Kami sampai sana dah petang.. Tak bekesempatan nak naik cable car. So jalan² cuci mata tangkap gambar saja di sana.



Adik haikal lagi yang tolong snap kan... Ohh ya, baru perasan gambar kami duduk bertiga ehh berempat tak ada la. :-(



On da way balik dari cable car..singgah kejap di Telaga Harbour Marina.Alang² dah satu laluan nak balik ke Pantai Cenang.







Bergedix berdua... Mr.A ambil sendiri.. adik haikal time ni busy duk tengok ikan di bawah jambatan tu.



Time dinner apun bawa kami dekat selera patani.. masakan ala² thai dan memang pedas. terbaik kata kau.... Di sini lah kami berpisah dengan apun. Selesai bayar semua.. apun pulang kerumah bersama kawannya. Kami caragas balik amzar hotel di Pantai Cenang sana... Rest kan diri kejap.. pehtu keluar lagi untuk....tett!!!...continue d next next entry ya.. InsyaAllah ^____^.

Mood: Terima kasih banyak² atas bantuan yang dihulurkan ya apun... :-)


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!



Monday, June 20, 2011

Microsoft work word pula dah..

Penemuan terbaru untuk saya hari ini... perisian microsoft work word (mww)selalu duk dengar microsoft work saja. Maybe lama dah perisian nih ada..cuma saya jerk lambat pick up teknologi.Hmmm!

Saya jumpa ni pun sebab kes dari komputer staf opis saya.. Semua file yang di muat turun dari sistem automatik di buka melalui mww. Kalau open dari situ boleh nampak keseluruhan macam mw biasa tak apa juga.. ini logo segala bagai tak nampak (tanda pangkah), dah tu data nya bertaburan...tidak tahu mana pucuk pangkalnya. if print pun tak da maknanya juga.

Hasil saya geledah dalam komputer nya..saya tengok ada dua microsof di situ, Microsft Office dan Microsoft Work Word. Saya dah remove mww tapi perkara sama still sama. :-(.

Ada juga tanya dengan kengkawan seperjawatan... dia pun tak pernah dengar.. kami sama² lambat pick up teknologi.. bukan saya seorang.hehehe!

Kawan² pembaca yang pernah alami dan tahu macam mana nak atasi masalah file download dalam format Microsoft tu, meh la kongsikan dengan saya.. Memudahkan permahaman kawan².. ini file dari sistem maklumat pelajar dari jpkk..

Staf terlibat minta saya tukar windows... Adakah sebab windows ehh.. adehhh!


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!

Sunday, June 19, 2011

Harus bersemangat menyulam...Wake up!!

Semalam saya join kelas untuk pemasangan perlatan "Hot Wire Cutter". Alat ni digunakan untuk memotong lebihan kain yang di sulam. Sangat memudahkan kerja if guna alat ni sebab kain dipotong akan dibakar siap² supaya tidak berbulu. sebelum ni guna solder iron, bagi saya susah sikit lah, salah kita letak boleh terbakar itu kain customer tau.. Nauzulbillah.

Masa join kelas semalam..saya ada berbual dengan seorang makcik nih. beliau tukang jahit di bandar semporna sana. Beliau pesan dengan saya..kalau ada tempahan jangan tangguh buat terus. Nanti kalau dah mula tinggal, susah ko mau pegang balik. Ada² jak kerja kau nanti. Saya dengar tu terus terdetik jantung, sebab saya dah alami. Macam situasi saya sekarang la. saya stop sejak balik bercuti kekampung tempoh hari. Sampai ke hari ini tak tersentuh² lagi.. aiyakkk! Tempahan ada 3 helai tu menanti =D =D

Tadi pagi p join kursus 1Malaysia pula, gubahan bunga. tak dapat lagi la nak p jenguk² mesin sulam tu... alalala. Untuk gubahan bunga nanti next next entry saya cerita ea, boleh letak gambar sekali. sekarang semua gambar belum di tranfer. kabel entah celah mana saya p simpan ;p

Mood: Nak puasa dah.. pehtu raya!!!!!!!

Thanks you read and support my writing. Please come again ya!

Saturday, June 18, 2011

Makan Nasi lalap di highway!

Syukur Alhamdulillah... setelah dua hari dipendam, hari ni baru dapat melepaskan hajat nafsu makan saya :p

Khamis hari tu saya berpuasa... menu berbuka terasa nak makan nasi lalap setelah di canang² di fesbuk. Hasil gedix² dengan Mr.A kami decide selepas solat magrib baru keluar pergi makan di highway sana.

Tapi time saya berbuka (just minum RGC bersama sandwich) tu tetiba angin di luar bertiup sangat kencang. gerun pula saya melihat sebab pokok sawit di depan rumah saya macam nak tercabut. berpusing² daun sawit... keesokkan hari jiran² saya semua bercerita tentang angin tersebut.Iya lah lain dari biasa kan, tingkap & pintu rumah pun terkena tempias tau...

Tadi petang... bergerak lah kami berdua ke highway sana. tekak saya terasa nak telan nasi lalap di highway juga. tak mau tempat lain. Mr.A follow jerk isteri nya yang menagih janji.. hahaha! Sementara menunggu oder.. menggedix dulu kami suami isteri.. tett!



Nampak sangat muka baru bangun tidur la sayang, Huhuhu kantoi beliau tidur petang, sebab tu muncit.. ekeke. Seberang jalan di belakang Mr.A adalah laut... Time ni air laut pasang ^____^



Gerai ni yang saya terasa nak makan.. sebab masa blogger selangor turun sini. kami sama² makan di sini. siap dorunk boleh speaking jawa lagi dengan makcik gerai ni.. saya hanya mampu senyum, tak perlu kata apa²..


Nasi lalap highway

Ini lah rupa nasi lalap tu.. nasi putih biasa jerk.. Ohh ya! lada dalam piring merah tu yang buat dia sedap hingga bertambah² lada.. ekeke. Lada jawa mungkin... hik3x.




Mr.A oder kopi O panas dan saya air kelapa muda.. Nala gelas punya besar yo. Air kelapa saja dah boleh kenyang kan perut. Air kosong tu memang di bagi... stail sini mungkin. sup tetap lah ada. event nasi lemak sekali pun. tetap ada sup. Oder dah sampai apa lagi, so cuci tangan & ngap.



4 piring lada.. Licin. yea lah sorang 1 piring tak cukup.. minta di tambah lagi sorang 1 piring :p



Ini sudah melanggar highway seberang lada... Mr.A kalau dengan ayam, boleh saja di habis kannya.. gemar betul beliau dengan ayam. Masa mula2 oder sampai.. beliau cakap macam ayam kfc =D =D.




Settle bayar semua.. Mr.A ajak jalan² pula di tepi laut seberang jalan sana. dengan alasan.. nak bagi makanan dalam perut tu lancar penghadaman.. Saya dengan perut yang sarat dengan nasi lalap & air kelapa nih. gagah kan juga melangkah menyeberang jalan.. jalan dari sini ke hujung sana, pusing balik.. terus masuk kereta pulang kerumah.

Terima kasih sayang. Malam ni tidur lena. tak ingat nasi lalap dah.. ingat kamu jerk... muah kes kes kes!!



Entry berkait :-


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...