Showing posts with label Soalan temuduga. Show all posts
Showing posts with label Soalan temuduga. Show all posts

Monday, January 18, 2016

Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 2016


Di khabarkan besok akan diadakan peperiksaan secara atas talian untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik. Si gadis aktifast adalah salah seorang daripada calon untuk 2016 ni. 


Buat yang terbaik, Semoga dipermudahkan semuanya dan dapat short list interview dan dapat kerja. InsyaAllah...

Terima kasih sudi membaca dan sokong penulisan #ummiAnaqiHaziq.. Sila berkunjung lagi dan happy reading!! ingat ingat ingat....

Friday, May 16, 2014

interview jawatan PPTM Pada 28 Mei 2014

Alhamdulillah...

Tahun ni kali ke-2 saya dapat tawaran untuk temuduga jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat... Kali pertama pada 3/1/2013. Untuk kali pertama nya saya tidak berjaya. Maybe bukan rezeki saya lagi. Now tahun ni dapat lagi... Hopefully ada lah rezeki... InsyaAllah.

Makluman ni pun saya dapat melalui sms dan email sahaja... saya tak boleh nak fokus lagi preparation untuk interview ni, maybe weekend ni atau next week baru nak siapkan dokumen-dokumen yang diperlukan. Lagipun bos besar jabatan tiada. Jadi masih ada ruang untuk saya settlekan koje² hakiki yang perlu komitmen terdekat. Ohh ya.. Dokumen yang disediakan untuk interview tahun lalu entah di mana sudah saya selitkan. Semuanya kerana program 5S.


Sebut pasal 5S... Hari ni opish saya ada audit Pra MPC 5S.. Saya diamanahkan untuk Jawatankuasa Induk Dokumentasi dan Fotografi. Alhamdulillah tadi dah settle bab audit pra ni.. Tunggu yang betul2 pulak pada 3 Jun 2014. Untuk jawatankuasa saya sedikit sahaja lagi yang mau dimurnikan contohnya perlu letak tarikh pada setip polisi yang di simpan di dalam fail. Tapi tak susah guna Cop tarikh pun boleh... settle kata juruaudit. 

Untuk sistem pengurusan Aset (SPA), pun mau di key in juga data-data yang siap di collect. baru 1 unit saya sentuh dah nak termuntah tengok kew-PA. Paling tak tahan nak kena panjat² atas meja nak baca no. siri. Kalau tak match nanti dah masuk sistem dan disahkan tak boleh delete sesuka hati. Ada juga jabatan kena denda.. wowww minta simpang.. Tak pa buat selow, biar selamat dan aktiviti berjalan.. Sikit² lama² habis juga #thingkingpositifituperlu

Akhir coretan... mohon maaf dah lari tajuk sikit.. Malas dah nak delete.. Okeh kepada kawan² yang dapat interview expecially yang KPSL.. Moga² ada rezeki kita untuk tahun ni.. InsyaAllah :-)

Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!

Nak follow my page entry.. boleh LIKE button di page ya...Terima Kasih. Teheeee

Monday, January 7, 2013

Pengalaman Saya dalam Temuduga Jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29


Alhamdulillah....

Hari ni ada lah harinya... Syukur Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Firstly... tipu lah kalau saya cakap saya tak nervouse... nervouse tahap apa pun tak tau nak describe macam mana.. cuba cool kan diri.. Akhirnya dapat juga tenang, tapi  bila masuk dalam bilik bertentang mata dengan panel.. Perasaan nervouse tu mai balik...

Tapi Alhamdulillah boleh recover masa proses komunikasi antara saya dan panel tu bermula.. Saya bercakap saja dengan panel tu..dia tanya saya jawab.. pehtu huraikan lah sikit point tu, supaya panel yakin dengan jawapan kita..Jangan nak menipu.. Panel tu orang IT juga tau!!

Memang bercakap saja. Gaya tangan jangan tanya la.. memang tindakan refleks dah tu..  Nak kata kami rest dari bersoal jawab.. Ada la dalam beberapa second. Alhamdulillah. Panel pun memberi respon yang baik.. So proses temuduga tu jadi lancar. Lama jugak la saya menginap dalam bilik tu siap suara saya dan panel tu terdengar di luar...Ini calon² yang menunggu giliran bagitau.. HAHAHA. Mereka dah cuak di luar... Mahap ya kawan². Saya hanya buat yang terbaik... Moga ada rezeki kita ;-)


Okeh sini saya nak kongsi juga antara soalan² yang saya kena:
1- Memperkenalkan diri dan cerita pengalaman kerja. 
2- Siapa nama menteri (KSN) ?
3- Tugas² hakiki sebagai PPTM
4- Pasal Kabel UTP, kabel telefon RJ11, Fungsi setiap perkakasan yang ada dalam bilik server.
5- Software apa digunakan untuk membangun sistem dan link kan sistem ke server.

Alhamdulillah.... Semuanya dah selesai. Tak mau pikiaq dah...tunggu saja keputusan. kalau dah itu memang di takdirkan rezeki untuk kita pasti tak ke mana jua... Ko pakai la Fiber Optik sekali pun... Kannnn... KunFaYaKun~~

NotaSepintas: Baru nak publish hari ni... hehehe. Interview nya last week (4hb). Seramai 11 calon yang hadir time tu... kalau ikutkan list orang SPA cakap ada 17 calon... ;-)



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh....

Tuesday, December 18, 2012

Temuduga Jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29


Alhamdulillah... Syukur sangat² pada suratan ketentuan Ilahi....

Rezeki itu pergi Rezeki ini pula datang... Rezeki itu yang saya maksudkan... biarlah kawan² yang berdekatan dengan saya sahaja yang tahu.... Ngee~~

Kedua²nya rezeki yang baik untuk masa depan saya... InsyaAllah. Setiap ketentuan dariNya, pasti  disebalikNya terlindung hikmah yang terindah... Yang penting Rukun Iman & Islam jangan sekadar dimainkan di bibir sahaja... Wallahu'alam.


Mulanya saya dapat sms dari pihak SPA..minta saya buat semakan online untuk tarikh dan tempat temuduga, saya dapat tu time saya tengah lunch di luar... belum sempat saya nak semak pun. Masuk office terkejar² pulak kena masuk metting pendaftaran pelajar yang akan diadakan pada 3 Januari 2013 nanti... Metting punya lama.. Henpon saya set silent mode, Habis metting tengok ada call dari mak.. Rupanya mak nak habaq yang saya ada dapat temuduga Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 nih. Belum sempat saya semak.. Mak dah inform tarikh dan tempat... Alhamdulillah saya dapat interview di area sini juga.. Syukur...

Tarikhnya berdekatan dengan tarikh pendaftaran pelajar baru nanti... Saya kena bincang lain dengan rakan seperjawatan.. Minta tolong cover² tugas saya... Unit saya line clear.. InsyaAllah boleh.. Kalau rakan seperjawatan saya pun dapat temuduga PPTM juga.. Memang bulat² tugas kami jatuh ke PPTM sedia ada.. tapi kalau PPTM sedia ada kena tugas luar time tu... hah pandai² la pegawai pengambilan atur semula... Ngee~~

Saya ada juga search di google tadi untuk persediaan temuduga Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 nanti. Dalam hati nih banyak berdebar oh... kadang-kadang rasa ilmu cukup.. kadang rasa tak cukup... Risau Angah dibuatnya... Normal la kan. perasaan seorang Hamba Allah a.k.a Manusia...

Hasil google tadi, saya dapat terjah ke Laman web Peja... Wife nya pun dapat interview pada 3 Januari 2013.. awal sehari dari tarikh saya... Peja ada kongsikan sedikit maklumat yang boleh dijadikan persediaan untuk temuduga Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29.  Ada 2 katagori soalan iaitu:
a) UMUM = Meliputi isu-isu semasa dan pengetahuan am
b) KHUSUS = Menjurus kepada soalan-soalan berbentuk teknikal mengenai Komputer dan Teknologi Maklumat

Contoh Soalan Umum:
1. Keterangan mengenai pekerjaan anda sekarang (jika bekerja), tentang majikan dan tugas-tugas yang perlu anda lakukan. Anda juga perlu nyatakan sebab-sebab anda memohon jawatan sebagai PPTM.
2. Anda perlu berikan pendapat anda mengenai masalah gejala sosial di Malaysia.
3. Isu semasa lain seperti kejayaan Nur Amalina mendapat keputusan SPM 17A dan calon SPM lain yang mendapat 19A yang menjadi kontroversi.
4. Anda juga perlu ceritakan mengenai sejarah kemerdekaan, tarikh, kronologi-kronologi sebelum merdeka dan pejuang-pejuang kemerdekaan yang terlibat.
5. Anda perlu nyatakan maksud kemerdekaan, tema merdeka tahun ini, dan siapa wakil 3 kaum semasa perjanjian Suruhanjaya Reid di London.
6. Peranan komunis di Tanah Melayu dan siapakah nama ketua komunis pada ketika itu.
7. Nyatakan mengenai institusi Yang Dipertuan Agong, tarikh lantikan, pertabalan, sistem giliran dan tarikh kelahiran Agong.
8. Mengenai Parlimen, Dewan Rakyat, dan Pilihanraya.

Contoh Soalan Khusus:
1. Kaitan antara jawatan anda sekarang (jika bekerja) dengan teknologi maklumat, anda perlu nyatakan pengalaman-pengalaman anda ada.
2. Jelaskan mengenai rangkaian seperti jenis-jenis topologi dan perbezaannya.
3. Jelaskan mengenai firewall, daripada segi kegunaan, jenis dan jenama yang digunakan.
4. Jelaskan mengenai open-source seperti linux.
5. Jelaskan mengenai web browser, jenis-jenis dan perbezaan antaranya.
6. Jelaskan juga mengenai search engine, jenis dan kegunaannya.
7. Nyatakan pengalaman anda membangunkan sistem, kegunaannya dan pengguna sistem tersebut.

 Sumber: Laman web Peja

Saya ada berhubung dengan kawan-kawan DTK.. Tapi kebanyakkan belum dapat keputusan...Harap-harap dorunk pun dapat interview juga.. Hari tu time exam ramai yang dapat.. meriah dengar dorunk bersembang di group tu... Nak buat persediaan pun best... terasa macam time study group... tapi saya tak boleh join, just perhatikan saja pehtu menyampuk la sikit²....hik3x.

Sekarang kalau kawan-kawan yang exam haritu pun dapat temuduga Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29.. Sure meriah lagi dan saya boleh la join sekali =D.

Kepada kawan-kawan dan readers sekalian maya, kalau ada yang tahu dan ada pengalaman dalam temuduga jawatan PPTM mohon kongsikan dengan saya ya... Kalau saya ada info lagi.. saya akan update nanti.. InsyaAllah...  Terima kasih   ^________^

Kepada yang dapat interview nih.. Jom buat persediaan yang termampu dan semoga kita berjaya menjawat jawatan sebagai PPTM. InsyaAllah.





Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!

JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...