Showing posts with label Langkawi. Show all posts
Showing posts with label Langkawi. Show all posts

Thursday, June 23, 2011

Jumpa dengan Ja anak paklong Ghani :-)

Malam pertama saya di langkawi... saya berjumpa dengan kawan sekampung. Lama dah tak jumpa beliau... sejak beliau kawin dan merantau ke Langkawi jarang² sudah kami bertemu.. Kan ada fesbuk. boleh la pakat² berhubung semula.



Ini lah kawan saya... Ja Ghani panggilan namanya. Muda lagi dari saya. Kira pangkat adik.. Tapi bila kami sembang tak da maknanya nak panggil pangkat adik-akak...terus berutal kata kau... hang-aku-wey ja.. hehehe!!


Mat Kie a.k.a hubby ja just nampak belakang saja. kuruih la hang Mat Kie... hik3x.

kami mula rapat sejak sama² berpartner untuk latihan silat. lepaih tu sama² kerja di resort Desa Utara sana. bertambah rapat apabila beliau berkahwin dengan kawan sekerja saya semasa di Desa Utara nun.. Ikatan persahabatan antara kami menjadi lebih kukuh...


Bergambar kenangan di depan Baron resort Pantai Cenang.

Time ni lengoh sangat² dah kaki menjelajah gerai² di sepanjang Pantai Cenang. Jelajah demi preparation untuk aktiviti esok hari. saya beli topi.. sebab aktviti esoknya sure berpanas!


Anak² ja dah dua orang.. dua² girl. Sukanya mereka bermain pasir..

Mat Kie ajak lepak di tepi Pantai... walawehhh angin malam fuhhh sejukkk~~ Lepak² sambil bercerita.. sedar tak sedar sampai dekat jam 1 pagi. baru masing² minta diri. Ja sekeluarga pulang ke rumah mereka.. Kami masuk ke hotel.. bersihkan diri.. teruss Zzzzz! Lambat bangun besoknya.. sure kena tinggal lah... Adik haikal subuh² lagi dia dah bangun... Semangat kata kau!!!!


Tuesday, June 21, 2011

Pulau Lagenda...Langkawi Permata Kedah

Antara destinasi percutian kami tempoh hari... Hari ni mendarat di kedah, esok tu terus jejakkan kaki ke Langkawi permata kedah.. Ambi kesempatan isikan masa cuti kami di sana. Adik saya yang bongsu join kami juga, adik Mr.A jerk tak mau ikut.. Amin namanya.. beliau tu susah sikit, tak boleh nak berpisah jejauh dengan mak mentua saya. Sanggup tolak tawaran yang kami berikan..hewwww!



Ratuhati & adik² perempuan saya yang hantar kami ke jetty Kuala Perlis. Time ni Mr.A ke toilet. biasalah jiwa veteran, tangki sentiasa penuh. hehehe!


renungan matanya ^___^

Sambil tunggu feri bergedix dulu dengan beliau. Mr.A dari toilet kan...itu sebab tersenteng kaki seluar :p



Okeh dah sampai masa untuk boarding ke ferry. Adik haikal punya seronok. sepanjang perjalanan mengomel. saya risau takut dia pening & muntah. Tiada maknanya. Ceria sepanjang jalan tau..



Mr.A sampai bingung melayan beliau... macam pening² lalat pun ada sudah Mr.A tu... miahahaha!


kereta sewa.. Masa ni kami tunggu c apun sebab nak follow beliau.. tak tahu jalan nak ke hotel. Lagipun Mr.A 1st time jejak kaki ke Langkawi. Jadi beliau sedikit risau takut kami sesat. Saya dah berkali² tapi still tak confident. so akur.. tunggu lah c apun dan kawan² Nya...

Dekat² feri nak melabuh, saya laju² cantact c apun bagitahu beliau yang kami dah sampai langkawi. Ambil kereta dan bergerak ke hotel yang beliau sudah tempahkan. Kami menginap di Amzar Hotel, area pantai cenang sana..sehari RM75. Masuk hotel rest kejap dan solat. Pehtu apun bawa kami jalan² di area Pantai Cenang.


Bersih la pantai ni... sedap mata memandang.


Pasir putih tepi pantai... syok!


saya suka picca nih.. pandai adik haikal zoom. Cun cun jerk gambar kami dengan signboard "Langkawi Permata Kedah".


Penat berjalan dan posing segala macam.. rest kan kaki sekejap di kerusi tempat kawan c apun. Alhamdulillah. Panas sangat terik time nih. very² da Hot!!!



Dah puas berjemur panas dekat sini.. apun bawa p ke Cable Car. Kami sampai sana dah petang.. Tak bekesempatan nak naik cable car. So jalan² cuci mata tangkap gambar saja di sana.



Adik haikal lagi yang tolong snap kan... Ohh ya, baru perasan gambar kami duduk bertiga ehh berempat tak ada la. :-(



On da way balik dari cable car..singgah kejap di Telaga Harbour Marina.Alang² dah satu laluan nak balik ke Pantai Cenang.







Bergedix berdua... Mr.A ambil sendiri.. adik haikal time ni busy duk tengok ikan di bawah jambatan tu.



Time dinner apun bawa kami dekat selera patani.. masakan ala² thai dan memang pedas. terbaik kata kau.... Di sini lah kami berpisah dengan apun. Selesai bayar semua.. apun pulang kerumah bersama kawannya. Kami caragas balik amzar hotel di Pantai Cenang sana... Rest kan diri kejap.. pehtu keluar lagi untuk....tett!!!...continue d next next entry ya.. InsyaAllah ^____^.

Mood: Terima kasih banyak² atas bantuan yang dihulurkan ya apun... :-)


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!



Wednesday, June 15, 2011

Wordless Wednesday #1 : Langkawi

1st time nak up entry cam gini sempena dengan hari rabu... hik hik hik!

pulau dayang bunting

klu: Percutian ke langkawi tempoh hari ^__^


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!

Wednesday, June 8, 2011

Menggelikan kaki dengan ikan keli

Terasa geli kaki bila badan dan misai ikan keli menyentuh kulit kaki.. Rasa nak penyek² bagi lumat pun ada juga.. kahhhhh!



Mr.A terlebih geram... itu yang sampai nak disentuhnya. Tapi badan ikan keli ni licin.. jangan harap la nak dapat ambil.



Kau pegang sini, sana dia berenang...ko pegang sana, sinun dia berenang dengan laju.



Adik haikal geli...tapi syok. celup angkat, celup angkat..last² celup, nasib adik tak jatuh ke dalam air..Huhuhu!



Saya duk terbayang buaya jerk time nie.. Apa punya fikiran yang jelma time ni pun saya tak tahu la.. teruk betul kan!



Persinggahan di pulau dayang bunting time ni orang tak berapa ramai.. Kira tak sesak la nak berlari terjun dari atas ke dalam air. Kalau sesak ada juga yang terjatuh ke dalam air sebab berlanggar bahu... pehtu buaya timbul.. :p. Apakah???



Kaki kami bertiga... ngee~~

Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...