Thursday, May 30, 2013

Info: Keburukan Menahan Kencing



SEKALIPUN terpaksa menghadiri mesyuarat penting atau memandu untuk jarak yang jauh, menahan air kencing bukanlah satu tindakan yang bijak. Air yang ditahan itu hakikatnya kotoran beracun yang perlu dikeluarkan daripada badan. 
  
Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan. 
  
Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia. 
“Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing. 
“Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitumasalah hilang kawalan untuk menahan kencing,” kata Sahabudin. 
  
Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran. 
  
Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas. 
  
Antara tanda-tanda seseorang itu mendapat masalah inkontinens adalah sering berasa tidak puas ketika membuang air kecil atau aliran air kencing yang lemah. 
  
Masalah itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kerosakan ginjal, uretra yang tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat diabetes. 
  
Dalam pada itu, Sahabudin menjelaskan, membuang air kecil sebanyak di antara lima hingga enam kali sehari merupakan situasi yang normal. 
  
Namun, mereka yang membuang air kecil melebihi lapan   kali sehari menunjukkan keadaan yang sebaliknya. 
  
“Kencing kurang daripada lapan kali sehari merupakan keadaan yang normal. Urin mereka akan berwarna jernih seperti air paip,” ujarnya.


Pundi kencing yang berfungsi secara normal ditunjukkan apabila seseorang membuang air kecil dalam tempoh tiga hingga empat jam sekali iaitu tidak lebih lapan kali sehari. 
Mereka yang normal akan membuang air kecil hanya sekali pada waktu malam. 
Jelas Sahabudin lagi, mengurangkan minum air masak bagi mengelakkan seseorang itu kerap ke tandas adalah satu tindakan yang salah. 
Mereka tidak seharusnya mengurangkan pengambilan air kerana bahan tersebut penting kepada tubuh bagi mengelakkan dehidrasi. 
“Jangan mengurangkan kuantiti air yang diminum. Sebaliknya pergilah berjumpa dengan doktor untuk mengatasi masalah itu. 
“Jika terdapat jangkitan, pesakit perlu dirawat terutamanya mereka yang mengalami pundi kencing terlalu aktif,” katanya lagi. 


Antara tanda kencing terlalu aktif adalah sukar menahan kencing, kencing tidak puas, pergi ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku kebocoran jika menahannya. 
Masalah ini boleh terjadi lebih kerap dalam kalangan wanita muda. Seseorang yang menghadapi masalah ini akan membuang air lebih daripada 10 kali sehari serta tidak dapat menahan kencing. 
Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan. 
Jelas Sahabudin, masalah tersebut sering berlaku akibat kesibukan kerja yang mengundang masalah malas ke tandas selain ketiadaan kemudahan tandas yang bersih. 
Sementara itu, melakukan aktiviti seperti memandu sambil menahan air kencing boleh mengundang bahaya. Perbuatan menahan kencing didapati mempunyai kesan yang sama dengan keracunan alkohol atau tidak tidur selama 24 jam secara berterusan. 
“Apabila manusia sampai kepada titik kesakitan, mereka tidak mampu berfikir dan membuat keputusan lagi. Ia sama seperti mabuk,” kata profesor neurologi di Universiti Brown di Providence , Pulau Rhode, Amerika Syarikat (AS), Peter Snyder. 
Kajian Synder bersama kumpulan penyelidiknya itu memenangi kategori perubatan anugerah Ig Nobel anjuran majalah Annals of Improbable Research (AIR) di AS baru-baru ini. Ig Nobel memberikan anugerah untuk pelbagai kajian yang dianggap melucukan tetapi kemudian membuatkan orang mula berfikir.


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!

JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh

Info: 8 Makanan Meningkatkan Kesuburan Wanita


Bagi setiap pasangan yang inginkan cahaya mata, kepentingan dalam memastikan pengambilan makanan yang sihat adalah penting. Ini adalah kerana apa yang berlaku pada sekarang adalah bergantung kepada apa yang anada makan sebelum ini. Jadi, bagi memastikan anak-anak makan makanan yang berkhasiat dan seimbang. jadi perlu sebagai Ibu bapa kita menerapkan pemakanan yang sihat dalam diri kita terlebih dahulu.



Namun begitu, terdapat juga pasangan yang sukar untuk mendapatkan cahaya mata.. Bila membuat pemeriksaan dengan doktor pakar, doktor memberitahu bahawa kedua-dua pasangan adalah subur. Pelbagai kaedah telah dilakukan, namun tidak berhasil. Pernahkah anda terfikir bahawa, cara pengambilan makanan, mungkin antara penyebab anda sukar mendapat anak? Jika anda menjawab Ya, mari kita kenali apakah makanan yang boleh membantu meningkatkan kesuburan si isteri.

1. Susu, Keju, Yogurt & Ais Krim
  • Kalsium adalah antara nutrisi yang penting bagi perempuan dalam semua tahap kehidupan, termasuk kehamilan.
  • Kebanyakan ibu hamil memahami betapa pentingnya untuk mendapatkan kalsium yang mencukupi bagi menyokong perkembangan bayi di dalam kandungan serta kegunaan tubuhnya sendiri.
  • Kalsium sangat penting dalam membantu meningkatkan tahap kesuburan wanita.
  • Justeru itu, perbanyakkan pengambilan sumber kalsium seperti makanan yang kaya dengan lemak susu, seperti susu, yogurt, aiskrim dan keju.
  • Ia bukan setakat memperkuatkan tulang, malahan sistem reproduksi wanita juga dapat meningkat.
  • Walaupun perhubungan pengambilan kalsium dengan membantu tahap kesuburan wanita belum dapat difahami, namun sudah banyak kajian yang dilakukan yang menjurus kepada kebaikan pengambilan kalsium boleh menyihatkan reproduksi wanita.
  • Wanita yang ingin hamil, perlu mengambil sekitar 1,000 mg Kalsium setiap hari, iaitu sama dengan 8 auns gelas susu.
  • Kajian terbaru yang menyimpulkan bahawa pengambilan susu yang tinggi lemak dapat membantu meningkatkan kesuburan, berbanding jika mengambil susu yang rendah lemak.
  • Malahan, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa, pengambilan susu yang rendah lemak, boleh menurunkan tahap kesuburan wanita.
2. Karbohidrat Kompleks
  • Pengambilan karbohidrat seperti biji-bijian, dapat membantu meningkatkan kesuburan, tidak seperti karbohidrat yang ditemui di dalam roti buatan atau nasi putih.
  • Dengan pengambilan karbohidrat dari sumber buatan ini, boleh meningkatkan kadar gula dalam darah dan insulin dalam badan.
  • Peningkatan gula dalam darah serta insulin boleh menganggu hormon yang bertanggungjawab dalam reproduksi, samada boleh menunda atau mencegah pengovulan.
3. Buah dan sayuran berwarna cerah
  • Buah dan sayur adalah sumber gizi yang sangat penting, tak kira lelaki atau wanita.
  • Selain dari kaya dengan vitamin, mineral dan nutrisi penting, buah-buahan segar dan sayur-sayuran kaya dengan antioksidan dan fitokimia yang membantu menghilangkan radikal bebas. Ketika radikal bebas berkumpul di dalam tubuh, mereka boleh menyebabkan masalah kesihatan, termasuk mengganggu hormon reproduksi.
  • Pengambilan buah-buahan dan sayuran dapat menghilangkan racun yang dapat mengganggu pengovulan.
  • semasa membuat pemilihan buah-buahan dan sayur-sayuran, anda perlu memilih yang berwarna cerah.
  • Umumnya, semakin cerah warnanya, semakin banyak kandungan nutrisi.
  • Buah beri adalah antara buah yang sangat bergizi.
  • Makanan ini membantu melindungi sel-sel anda dari kerosakan dan membantu mencegah penuaan sel.
  • Buah bukan sahaja boleh mempengaruhi tubuh anda, malahan, ia juga mempengaruhi penghasilan telur dalam sistem reproduksi anda
4. Daging ayam
  • Daging ayam sangat penting kerana ia memiliki tinggi protein dan zat besi, yang penting untuk wanita yang ingin hamil.
  • Besi dan protein sangat penting bagi perempuan sebelum dan selama kehamilan.
  • Meskipun zat besi dan protein dapat ditemukan dalam produk bukan haiwan, tetapi terdapat perkaitan antara protein haiwan dengan peningkatan tahap kesuburan.
  • Kajian menunjukkan bahawa wanita yang kekurangan zat besi lebih cenderung untuk mandul berbanding mereka yang banyak mengambil zat besi yang mencukupi
  • Anda perlu memilih daging haiwan tanpa lemak, dan memasak ayam tadi dengan cara memanggang, dan bukannya digoreng atau yang tinggi lemak.
5. Telur
  • Telur juga dapat membantu meningkatkan kesihatan sistem reproduksi.
  • Ini kerana, telur kaya dengan vitamin dan nutrisi penting seperti protein dan kolin.
  • Kolin adalah penting untuk di ambil sebelum dan saat kehamilan, kerana ia meningkatkan kemampuan tubuh menyerap asid folik.
  • Asid folik sangat penting bagi tempoh perancangan dan awal kehamilan, bagi mencegah bayi yang lahir cacat saraf seperti spina bifida.
  • Pengambilan sehari sebiji telur dapat meningkatkan kadar kolin yang mencukupi untuk meningkatkan penyerapan asid folik sebanyak 2 kali ganda.
6. Sayuran hijau
  • Selain semua antioksidan yang ditemukan dalam sayuran berdaun hijau seperti bayam dan kangkung, sayuran ini juga kaya dengan zat besi
  • Zat sangat penting untuk membantu dalam peredaran kitaran haid yang seimbang, kerana kebanyakan wanita yang kekurangan zat besi, cenderung untuk mengalami masalah kitaran haid yang teratur
  • Dengan menambah pengambilan sayuran berdaun hijau ke dalam menu harian, dapat meningkatkan kadar zat besi dalam tubuh
7. Kekacang dan biji-bijian
  • Kekacang dan biji-bijian di cerna dengan lebih perlahan di dalam tubur.
  • Ia membantu mengatur peningkatan insulin dan meningkatkan ovulasi.
  • Selain daripada itu, kekacang dan biji-bijian juga mengandungi lemak omega 3, yang membantu secara langsung pada peningkatan hormon.
  • Kekacang dan biji-bijian memiliki tahap antioksidan yang sangat tinggi.
  • Selain menghilangkan radikal bebas, antioksidan turut membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan mengurangi kemungkinan tubuh warna menolak sperma suami.
8. Minyak Zaitun
  • Omega 3 memiliki kesan yang tinggi kepada peningkatan tahap kesuburan.
  • Omega 3 biasanya ditemui di dalam minyak zaitun
  • Kajian menunjukkan bahawa Omega 3 dapat membantu meningkatkan kuantiti, tidak kira sperma atau telur wanita, dan merupakan sebahagian diet yang penting dalam meningkatkan kesuburan wanita dan lelaki, terutamanya mereka yang ingin hamil

Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!

JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh

Wednesday, May 29, 2013

Mary Kay Lip Set : Rawatan untuk Bibir Gelap dan Kering @___@



Mary Kay Lip Set yang terdiri daripada Lip Mask dan Lip Balm berfungsi untuk merawat seterusnya memelihara keadaan/keindahan bibir anda. Set untuk kesihatan bibir ini juga, merupakan antara produk MK yang mendapat jualan terbaik...

Kedua2 produk ini mendapat permintaan yang tinggi kerana ia nya saling melengkapi antara satu sama lain untuk mendapatkan hasil yang optimum. Gunakan Lip Mask untuk hapuskan kulit kering dan kemudian lembapkannya dengan Lip balm... Bibir anda kembali sihat dan indah.


Sangat sesuai digunakan oleh mereka yang mempunya masalah berikut:
  • Bibir kering dan sering mengelupas
  • Bibir gelap disebabkan kesan penggunaan Lipstick lama.


Peringatan :

♥♥ Lip Mask digunakan sekurang-kurang nya satu kali seminggu dan diikuti dengan pemakaian Lip Balm.
♥♥ Untuk rawatan bibir kering, Lip Balm boleh dipakai setiap hari dan malam sebelum tidur atau pada bila-bila masa sahaja. Selain itu lip balm boleh dipakai sebelum atau selepas lipstick agar bibir anda kekal lembap sepanjang hari. InsyaAllah.
Gambar kredit dari Blog : Christinafoo

Langkah-langkah penggunaan Lip Set :
  • Ratakan Lip Mask pada seluruh permukaan bibir anda secara rata. Ingat tidak perlu terlalu tebal dan biarkan seketika. lebih kurang dalam 2 minit ke 3 minit sahaja.
  • Cukup 3 minit... basahkan hujung jari dengan air dan buat putaran pada bibir (gosok perlahan) untuk menanggalkan sel kulit mati. Kemudian bilas dengan air yang bersih dan lap sehingga kering air bilasan tersebut..
  • Akhir sapukan Lip Balm secara rata. 

Penting untuk di ketahui!!!!

♥♥ Setiap kali selepas penggunaan, anda akan dapat merasakan bibir anda menjadi lembut dan kelihatan kemerah merahan. Munggil gitu... InsyaAllah. 
♥♥ Pengguna yang kerap TIDAK memudaratkan malahan boleh membantu merawat masalah bibir anda.. 
♥♥ Akhir langkah tu.. selepas sapu lip Balm, boleh juga dioleskan bersama lipstick MK yang lain untuk penampilan yang lebih Vouge vaasssss!!

Saya Independent Beauty Consultant Mary Kay akan bantu anda untuk memiliki dan menggunakan Mary Kay Lip Set.. InsyaAllah ^___^ .

Harga RM80/set.. untuk detail harga boleh refer Harga lip Set Mary Kay!!


Boleh roger2 saya melalui info yang tertera di bawah







Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!


JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh

Tuesday, May 28, 2013

Appointment family yang pertama dengan Hospital kerajaan.


Wahh tajukkk...

Punya la tak tau nak letak tajuk apa...

Ya hari ni 28 Mei 2013... Kali pertama appoitment dengan hospital kerajaan setelah sekian tahun cuba untuk mendapat rawatan dengan pihak hospital. Bukan sebab bayaran murah tapi kita nak cuba untuk dapat rujukan ke pihak pakar. Banyak pengalaman yang di lalui untuk dapatkan rawatan melalui hospital nih. Pernah di ceramah oleh doktor... Wowww!! sedih betul kalau diingatkan.

Itu yang akhirnya pergi klinik luar. tapi tak sampai ke mana pun rawatan nya. Duit saja mengalir macam air. Stop!

Nak dapat appoitment ni pun atas ikhsan doktor hafiz juga. Katagori doktor dedikasi lah nih. Bukan macam doktor yang saya jumpa 2 tahun lepas.. Ishh kalau ingat, rasa putus harapan dan rasa nak bagi penampaQ berdas das dekat mukanya..

Harap² lah ramai lagi doktor yang dedikasi mcm doktor hafiz nih. Masa saya demam awal bulan tempoh hari. demam yang suhu meninggi. 4 hari panas tak mau turun.. doktor hafiz yang rawat saya. time rawatan tu la doktor hafiz create "referral Letter" dan bagi sokongan moral dekat kami...


Jadi hari ni.. bermula la sesi pertama tu. Amik darah after 21 day of cycle piriod untuk ujian TFT, Serum LH FSH dan lain². Untuk husband macam biasa lah proses SFA...

Masa sampai kat makmal tadi.. ingatkan kami paling awal. ada lagi orang paling awal. dapat no giliran angka 2072..  Ramai betul pesakit. sabar menanti. Akhirnya  dalam jam 8.45 bergitu selesai juga. Alhamdulillah. Nurse tu cakap result ambil nanti masa appoitment ke-2 dengan pakar... 2 bulan lagi. Counting~~

Moga segala usaha kali ni berjalan dengan lancar dan dalam redha ilahi. InsyaAllah. readers² sekalian doakan yang terbaik untuk kami ya... Amin.




Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!

JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh

Jom Kenali Meal Shakes Shaklee


Meal Shakes merupakan hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:

  • Sarapan segera yang berkhasiat
  • Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
  • Hidangan segera untuk para atlet
  • Kudapan menarik pada bila-bila masa
  • Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

Meal Shakes Shaklee juga merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.



Fakta tentang Meal Shakes Shaklee:

  • Nutrisi Lengkap  ==> Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’. Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif.   
  •  Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel  ==> Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
  • Untuk Pembesaran  ==> Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar. Jadi, ianya sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak. 
  •  Anti-oksida ==>  Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.  *Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan. 
  • Pemulihan Kulit  ==> Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit. *Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.
  • Detox ==> Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut. *Sesuai untuk kanak-kana serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.
Siapa yang sesuai mengambil Meal Shakes Shaklee?
  1. Bayi bermula 1 tahun ke atas
  2. Kanak-kanak
  3. Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
  4. Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
  5. Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
  6. Warga tua
 

Kelebihan Meal Shakes Shaklee
  • membantu perkembangan minda dan IQ anak
  • menambah selera makan anak-anak
  • membantu masalah sembelit
  • mengatasi masalah selalu selsema dan asma
  • Anak tak mudah kerap jatuh sakit
  • Membekalkan tenaga tambahan terutama bagi anak-anak yang ingin belajar BERPUASA 
  • Sebagai cara untuk menambah berat badan anak
  • Kaya dengan kalsium, magnesium dan vitamin dan protein untuk perkembangan tulang dan gigi yang sihat
  • Meal Shake Shaklee sangat mudah diberi kepada anak-anak kerana boleh dibancuh dengan susu formula kerana rasa vanilla dan teksturnya seperti susu tepung 
  • Meal Shake rendah lemak dan glisemik jadi anak anda tidak akan jadi obesiti
  • Sesuai untuk anak-anak yang obesiti kerana beri rasa kenyang yang lama

Rasa yang lazat digemari tua dan muda. Minuman lazat dengan fruktosa semulajadi,nutrien yang perlu untuk badan,tidak mengandungi pewarna tiruan dan gula tiruan. Dengan perasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.



Saya adalah shaklee Independent Distributor dan bergerak aktif area TAWAU - SEMPORNA. Untuk kawasan berdekatan boleh lah COD barang dan penghantaran ke seluruh malaysia melalui pos... Just Call me!! 

****************************************
Jom Like FunPage: Shaklee Produk
****************************************


Friday, May 17, 2013

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2013-2018




Kabinet tranformasi 2013 - 2018

  • Terdiri daripada 29 Menteri bagi 24 Kementerian. Sebelum ini 25 Kementerian kesemuanya. Kementerian pelajaran dengan Kementerian Pengajian Tinggi bergabung menjadi satu kementerian iaitu Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi.
  • Hanya seramai 26 orang timbalan menteri berbanding 38 sebelum ini.

Menteri yang Tidak Dilantik semula 
  • Datuk Seri Shaziman Abu Mansor - Bekas Menteri Kerja Raya
  • Datuk Seri Noh Omar - Bekas Menteri Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani
Tukar Kementerian 
  • Datuk Seri Hishamudin Tun Hussien - Kementerian Dalam Negeri TUKAR KE Kementerian Pertahanan.
  • Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi - Kementerian Pertahanan TUKAR KE Kementerian Dalam Negeri 





Sumber: Utusan Malaysia

Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!

JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh


Monday, May 13, 2013

Bahaya untuk bawang yang siap potong dan di simpan



Info nih saya dapat dari laman sosial FB.... saudara Saad Bakar.

Tertarik untuk dikongsikan di belog saya nih. Saya pun kekadang buat begini juga, terutama untuk bawang besar. Kalau bawang merah tu jarang lah nak simpan simpan saki baki. Alang² terlebih, campur saja..

Untuk bawang besar...memang kenyataan, mesti akan ada tersimpan saki baki di dalam peti sejuk. Saksi nya adalah suami saya... hehehehe!!



Sejauh mana kebenaran nih.. Wallah hu'alam. Tapi kalau dah tahu begini.... Sebaik²nya. cuba elakkan..  InsyaAllah. I will do it...

Okeh Moga bermanfaat juga untuk anda...


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!

JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...