Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Thursday, October 10, 2013

Rumah Pr1ma: Kelayakkan & cara-cara memohon

Boleh refer pada carta di bawah ni ya.. 


Maklumat lanjut yang berkaitan boleh lunsuri ke Laman Web Pr1ma



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!

JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh
 

Friday, May 17, 2013

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2013-2018




Kabinet tranformasi 2013 - 2018

  • Terdiri daripada 29 Menteri bagi 24 Kementerian. Sebelum ini 25 Kementerian kesemuanya. Kementerian pelajaran dengan Kementerian Pengajian Tinggi bergabung menjadi satu kementerian iaitu Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi.
  • Hanya seramai 26 orang timbalan menteri berbanding 38 sebelum ini.

Menteri yang Tidak Dilantik semula 
  • Datuk Seri Shaziman Abu Mansor - Bekas Menteri Kerja Raya
  • Datuk Seri Noh Omar - Bekas Menteri Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani
Tukar Kementerian 
  • Datuk Seri Hishamudin Tun Hussien - Kementerian Dalam Negeri TUKAR KE Kementerian Pertahanan.
  • Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi - Kementerian Pertahanan TUKAR KE Kementerian Dalam Negeri 





Sumber: Utusan Malaysia

Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!

JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh


Tuesday, March 5, 2013

Sebab kenapa ATM belum bertindak.. Boleh baca di sini.


ISU LAHAD DATU

"Abg, kenapa sekarang polis yang sedang berhadapan dengan penceroboh di Lahad Datu?"

Abg komando, "sekarang ni, orang awam, masyarakat tak faham tentang siapa yang berkuasa, tentera adalah di bawah Kuasa Yang DiPertua Agung,

Sekarang ni, Agung sedang memerhati, Beliau melihat banyak aspek Dan kemungkinan,

Jika nak di Arahkan askar, Agung kena isytihar darurat di Kawasan terlibat, maka tentera Akan di Arahkan, Dan tempat yang di darurat kan tu, banyak peraturannya, terutama tempoh berkurung, maka Hal ini boleh menyebabkan kesusahan kepada rakyat di Kawasan terlibat untuk keluar masuk dari rumah ke bandar,

Dan, jika tuanku yang mengistiharkan darurat, maka yang berkuasa direct dari Agung adalah PAT (Panglima Angkatan Tentera), Beliau yang Akan mengeluarkan sebarang Arahkan, Menteri Pertahanan pula di bawah dia, kemudian barulah Panglima Tentera Darat, Panglima Tentera Udara, Panglima Tentera Laut..

Jadi, kita kena faham, tuanku meneliti untuk mengeluarkan sebarang Arahan, tuanku tak Akan mengeluarkan sebarangan Arahan..

Orang politik ni, macam macam boleh cakap, kenapa kerajaan tak Arahkan Tentera, kenapa tu , kenapa ini.. 


Jadi, orang awam, harus Percaya kepada Agung, tuanku bukan duk bersahaja, tuanku sedang memerhati, Dan tuanku Akan keluar kan arahannya nanti.."







Aku tersenyum, "oh, gitu ya abg, jadi sekarang ni tuanku tak menitahkan lagi ke Tentera ke sana?"

Abg komando, "sudah ada beberapa Arahan, cuma penempatan untuk keseluruhan Angkatan Tentera, Tuanku masih menunggu waktu untuk istiharkan darurat, kerana jika istihar darurat, maka kehidupan rakyat kat sana Akan terganggu, kehidupan makan minum mereka jadi Susah, jadi, jika masih boleh di kepung Dan di selesai kan di Kawasan yang minimum, maka darurat tak perlu nak di istiharkan..

Jangan bimbang, Tentera dah ada, abg sendiri pun kita stand by, keluar je Arahan, kami Akan bertindak.."

~ begitulah SOP nya.. kpd dalang yg suruh askar serang penceroboh secara membabi buta, beliau lah PENGKHIANAT NEGARA yg mahu anggota keselamatan dan rakyat kita lebih ramai terkorban !...

Sekadar perkongsian dengan cara berfikir tenang..tahu semangat sudah kita semua... 




Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!




JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh....
 

Saturday, September 24, 2011

Budget 2012: Bonus lumayan atau naik gaji penjawat awam.

Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan — bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13.

Tarikh pembentangan Budget 2012

Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. Ia melibatkan kerajaan kos RM2 bilion.

Baru-baru ini Cuepacs, kesatuan sekerja induk sektor awam, menuntut bonus dua bulan.. Tarikh pembentangan budget 2012 adalah pada 7 Oktober 2012, hari jumaat, Apakah tuntutan dari Cuepacs ini berjaya, sama² kita tunggu budget 2012 nanti ^___^


NotaSepintas: Kalau betul berjaya... Alhamdulillah. Ngee~~


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!






Tuesday, July 5, 2011

Info berkenaan skim perumahan pertama ku (PR1MA)


Selamat pagi kawan²...

saya tengok ramai yang nak tahu tentang cara untuk mohon skim perumahan 1Malaysia (PR1MA) tu. Sama seperti macam saya.. Bagus² rebut lah peluang yang ada.. Untuk tidak menghampakan pengunjung sekalian saya kongsikan info yang saya dapat/tahu berkenaan dengan PR1MA nih..

Menurut kata Khairy Jamaludin Skim ini bakal di lancarkan pada 29-31 Julai 2011, so kawan² boleh la reminder aktiviti tersebut supaya anda tidak terlepas peluang untuk sama² melihat dan membeli rumah tersebut. Saya di sini.. berat sikit nak terjah ke sana.. tapi mana tahukan, jika memang dah takdir itu rezki..saya terlajak melangkah ke semenanjung sana.. Ngee~~

saya inform tu berdasarakan pada petikan yang saya kopipes seperti di bawah ya!!

********************

Projek perumahan rakyat 1Malaysia (PR1MA) will be officially launched by the Prime Minister during the Expo Perumahan Pemuda BN (HOPE) at PWTC, KL from 29-31 July 2011. Based on Khairy Jamaludin pess conference he has confirmed that the Expo Perumahan Pemuda BN (HOPE) will be the first avenue where PRIMA will be offered to eligible visitors.

Don’t forget to book your calendar, this could be the best place for you to grab the property under Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) . But please note that the Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia PR1MA house price is estimated less than RM220,000 for those aged below 35 only. Sumber: MalaysiaKini

********************

Sekian terima kasih ^___^

Thanks you read and support my writing. Please come again ya!




Monday, July 4, 2011

Macam mana nak apply Program Perumahan 1Malaysia (pr1ma) tu?

PUTRAJAYA, 4 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak Isnin melancarkan fasa pertama Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) yang akan melibatkan pembinaan 42,000 unit rumah di 20 tapak strategik yang sudah dikenal pasti.

Program Perumahan 1Malaysia PR1MA

Perdana Menteri berkata lapan projek dijangka dapat dimulakan pada tahun ini dan tahun hadapan di atas 20 tapak tersebut yang dikenal pasti di sekitar Lembah Klang, Rawang dan Seremban.

Katanya PR1MA ini ditujukan khusus kepada warganegara Malaysia yang berpendapatan sederhana tetapi tidak melebihi daripada RM6,000 sebulan tanpa mengira mereka yang bekerja dengan kerajaan, swasta atau pun bekerja sendiri.

"Kerajaan menyedari kesulitan yang dihadapi oleh golongan yang berpendapatan sederhana yang tidak mampu membeli rumah berharga tinggi tetapi pada masa yang sama juga tidak layak dipertimbangkan dalam program perumahan awam kos rendah sedia ada."

"Pelaksanaan PR1MA ini akan dapat membantu ke arah mencapai matlamat Dasar Perumahan Negara bagi menyediakan perumahan yang mencukupi, selesa, berkualiti dan mampu milik," katanya ketika melancarkan tapak pertama PR1MA di Presint 11 di sini.

Presint 11, Putrajaya telah dipilih untuk menjadi tapak pertama skim PR1MA di mana projek itu menyediakan 560 unit pangsapuri di kawasan seluas 3.04 hektar (7.6 ekar).

Perdana Menteri sebelum itu menetapkan beberapa parameter bagi skim PR1MA, antaranya harga jualan setiap unit rumah PR1MA adalah antara RM150,000 hingga RM300,000, yang bergantung kepada lokasi dan saiz unit dan keluasan setiap unit rumah PR1MA adalah antara 800 sehingga 1,400 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air.

"Pemohon haruslah pembeli kali pertama bagi skim PR1MA dan perlu mendiami rumah tersebut dan mereka boleh mendapatkan pinjaman sehingga 105 peratus daripada institusi kewangan terpilih dengan tempoh bayaran balik sehingga 30 tahun," kata Najib.

Bagi mengelakkan aktiviti spekulasi di kalangan pembeli yang bertujuan untuk menjual bagi mendapatkan keuntungan serta merta, Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata "pembeli unit rumah PR1MA tidak akan dibenarkan untuk menjual rumah tersebut dalam tempoh 10 tahun."
"Tujuan sebenar kerajaan melaksanakan program ini adalah untuk melihat rakyat menikmati hidup yang lebih selesa dengan memiliki rumah sendiri dan bukannya untuk memberi ruang kepada sesetengah pembeli untuk mengaut keuntungan daripada aktiviti spekulasi," katanya.

Najib berkata lebihan 5.0 peratus daripada pinjaman 105 peratus yang diberikan itu juga diharapkan dapat membantu pembeli menanggung kos insurans dan yuran guaman bagi menyediakan perjanjian sewa beli mereka.

Katanya pembeli juga mempunyai pilihan untuk menggunakan sebahagian daripada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menampung sebahagian bayaran balik pinjaman.

Caruman KWSP itu juga boleh digunakan bagi tujuan mendapatkan nilai pinjaman yang lebih tinggi menerusi mekanisme sedia ada termasuk skim "ring-fencing" yang ditawarkan oleh beberapa institusi kewangan, katanya.

"Sebagai galakan tambahan, saya ingin mengumumkan duti setem akan dikecualikan bagi pembeli rumah di bawah program PR1MA," katanya.

Najib berkata program PR1MA dijayakan melalui kaedah Perkongsian Awam-swasta di mana kerajaan bersedia mempertimbangkan bantuan kepada pemaju yang terlibat dari segi penyediaan tanah dan dana mudah cara bagi memastikan rumah tersebut dapat ditawarkan pada harga yang ditetapkan oleh kerajaan.

Perdana Menteri juga menggalakan supaya menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS) yang menekankan beberapa aspek seperti peningkatan kualiti dan produktiviti pembinaan, menyeragamkan reka bentuk dan mempercepatkan tempoh pembinaan.

Selain itu, katanya para pemaju juga hendaklah mengaplikasikan konsep teknologi hijau dan mesra alam dalam pelaksanaan projek PR1MA.

"Dengan cara ini, rakyat bukan sahaja dapat membeli rumah dengan harga yang mampu dimiliki tetapi juga dapat menikmati kehidupan yang lebih sihat dengan rumah yang berkongsepkan teknologi hijau dan mesra alam," katanya.

Antara pemaju yang terlibat dalam fasa pertama PR1MA itu ialah Putrajaya Holdings, SP Setia Bhd, Tradewinds, Cyberview Sdn Bhd, Sime Darby Property, MRCB Resources Bhd, 1MDB, melibatkan keluasan keseluruhan 370.04 hektar (825.1 ekar).
sumber : Laman KPDNKK


*********************************

Selepas dinner tadi.. kami lepak² depan tv sambil ngadap berita. teruja yoo dengan skim perumahan pr1ma ni. Mr.A siap suruh saya google internet cari info.. x sabaq betul beliau nak tahu lebih lanjut.

Actually saya pun teruja juga =D, laju² la saya on lappy.. hehehe! sebab pembinaan nya boleh dikatakan di lokasi yang strategik. Ada laluan untuk kemudahan pengangkutan awam seperti LRT... terbaik lah.

Sekarang ni probelema nya cam mana nak apply ehh? saya duk cari juga infonya.. kawan² readers yang tahu meh la kabar kan dekat saya.. terima kasih ^___^.



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!





Monday, June 13, 2011

BH: Bilik belajar Asrama SMK Datuk Syed Ahmad terbakar

KUALA NERANG : Sebuah bilik belajar di Asrama Putera Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Syed Ahmad di sini terbakar awal pagi ini.

Ketua Sektor Pengurusan dan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Negeri berkata, Mohamad Abd Hamid berkata kebakaran pada pukul 2 pagi itu disedari oleh pelajar yang tinggal berhampiran bilik belajar berkenaan.

"Bilik belajar itu terletak di tingkat dua asrama dan terdapat 106 pelajar lelaki yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Satu hingga Lima menginap di asrama itu," katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kebakaran hari ini.

Beliau berkata semua pelajar ditempatkan di surau sekolah berkenaan buat sementara waktu.

Seorang pelajar yang enggan dikenali berkata dia terhidu bau asap dan terus memaklumkan perkara itu kepada rakan-rakan lain.

Ramai yang sedang tidur ketika kejadian dan kami kelam-kabut keluar dari asrama untuk menyelamatkan diri.

Nasib baik bomba bertindak pantas dan api dapat dikawal sebelum merebak ke bilik kami," katanya. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerang Abdul Manaf Yusof berkata sebuah jentera dengan lima anggota dari balai bomba itu mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengawal kebakaran.

Punca kebakaran masih dalam siasatan manakala jumlah kerugian dianggarkan RM5,600 - Sumber: Berita harian 13 jun 2011

************************

smkdsa
~Gambar ambil dr album fesbuk smkda~

Pintu utama SMKDSA a.k.a sekolah saya dari form 1 till form 5!!


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!





Saturday, May 14, 2011

Festival Silat Nusantara di Tawau 15-19 Mei 2011.

TAWAU, 14 April (Bernama) -- Tawau buat julung kalinya dipilih sebagai tuan rumah Festival Silat Nusantara dan Jemputan Antarabangsa 2011 yang berlangsung dari 15 hingga 19 Mei ini.

Pengarah acara Zaid Abd Hamid berkata festival itu dijangka menarik penyertaan kira-kira 700 pesilat bukan sahaja dari Asia Tenggara, tetapi juga dari beberapa negara Eropah seperti Jerman dan Poland.

Beliau berkata festival itu akan dibahagikan kepada dua kategori iaitu Silat Olahraga dan Silat Seni, dan sebagai persediaan pihak penganjur akan memberi kursus jangka pendek kepada anggota jawatankuasanya bagi mendedahkan mereka kepada protokol dan pengurusan acara.

"Festival Silat Nusantara dan Jemputan Antarabangsa 2011 ini dianjurkan oleh Kolej Komuniti Tawau dengan kerjasama Majlis Perbandaran Tawau dan Kerajaan Negeri Sabah," kata Zaid yang juga merupakan Pegawai Hal Ehwal Pelajar Kolej Komuniti Tawau kepada Bernama di sini Khamis.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dijangka merasmikan festival yang julung kalinya diadakan di Borneo itu, manakala majlis penutupannya akan disempurnakan oleh Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Datuk Seri Muhd Ali Rustam.

Sementara itu Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Ismail Mayakob pula yakin festival itu akan memberi impak besar kepada sosio-ekonomi masyarakat Tawau selain menjadikan daerah itu sebagai hub silat di Sabah. Sumber: Bernama

**************************

Festival Silat Nusantara di Tawau

Lambat saya kasi up.. busy dengan tugas hakiki dah tu 2 hari kan, belogsepot kita dalam probelema. Ini adalah salah satu aktiviti minggu depan di mana saya dan kawan² opis yang terlibat. Tak semua staf terlibat.. Just selected. Jangan tanya saya lebih² ya.. sumpah saya pun tak tahu menahu detail sangat info festival ni...

Kesimpulannya saya just selesaikan koje yang di amanahkan oleh ketua sekretariat AJK yang saya di lantik. Janji festival berjalan seperti yang di rancang... tak mau tak mau pening kan kepala hotak... ngee~

Boleh jenguk² ke Laman web ini : http://www.kktaw.edu.my/ .Saya baru belajar berjinak² dengan WP... semuanya demi web opis.. web baru dowh.huhuhu!

Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!

Wednesday, March 30, 2011

Ribut Kencang di Kuala Nerang Rosakkan 24 Buah Rumah


KUALA NERANG, 30 Mac -- Sepasang suami-isteri warga emas nyaris menjadi korban pertama ribut kencang dan hujan lebat yang hampir meranapkan rumah mereka di Kampung Ulu di sini dalam satu kejadian petang semalam.

Menceritakan detik-detik cemas yang dilaluinya, Tam Mat Diah, 86, berkata dia sempat bertakbir sebaik bumbung rumahnya ibarat pondok yang menjadi tempat tinggal dia dan isterinya diterbangkan angin kencang beserta hujan lebat.

Kediamannya mengalami 80 peratus kerosakan akibat bencana itu dan tidak dapat dibaiki, kata Tam namun beliau bersyukur kerana Allah SWT turut melindungi isterinya, Rokiah Abdul Rahman, 85, daripada sebarang musibah.

"Saya hanya sempat mengambil tikar mengkuang untuk menutup Rokiah yang terlantar akibat lumpuh daripada terkena hujan dan kayu yang jatuh dalam kejadian bermula kira-kira 7.15 malam tadi," kata Tam semasa ditemui, hari ini.

Katanya Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim berjanji mendapatkan sebuah rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk mereka.

"Buat sementara waktu saya menumpang di rumah anak saudara, Zulkifli Abdullah, 48, yang tinggal bersebelahan rumah kami," kata warga emas itu yang bergantung hidup kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan sejak tiga tahun lepas.

Beliau menganggarkan kerugiannya lebih RM3,000 manakala Zulkifli pula kerugian lebih RM10,000 kerana hampir keseluruhan bumbung rumahnya diterbangkan ribut dan air hujan memusnahkan peralatan eletrik serta kelengkapan rumah.

Seorang lagi mangsa dari kampung sama, Rosdi Abdul Aziz, 42, penoreh getah, kerugian hampir RM10,000 kerana sebahagian bumbung rumahnya diterbangkan angin dan dahan pokok menghempap rumahnya.

Menurut Syed Sobri beliau mengambil sikap proaktif membantu mangsa-mangsa ribut dengan membaiki apa yang patut dan menebang pokok-pokok yang menghalang laluan.

"JKM hanya beri bantuan segera dalam bentuk makanan....takkanlah nak biarkan bumbung rumah mereka ternganga (terbuka). Di mana mereka hendak tinggal. Nak tunggu bantuan agensi kerajaan tak tau bila....dalam masa bencana inipun mereka masih kerja ikut waktu pejabat. Inilah masalahnya.

Syed Sobri turut melahirkan perasaan kesal terhadap kerajaan negeri Kedah yang seolah-olah melepaskan tanggungjawab kepada ADUN Barisan Nasional (BN) malah tambahnya selepas kejadian ribu pertama berlaku di kawasan itu pada Ahad lepas, Anggota Parlimen Padang Terap dari PAS, masih tidak kelihatan.

Katanya beliau menggerakkan Unit Task Force ADUN Kuala Nerang seramai 20 orang bagi membantu mangsa ribut sejak kejadian ribut itu berlaku Ahad lepas.

Sementara itu, ribut kuat lebih dua jam itu merosakkan 24 buah rumah di tiga kampung dalam DUN Kuala Nerang iaitu 21 di Kampung Ulu, dua di Kampung Banggol Cenerai dan sebuah di Kampung Padang Gelanggang membabitkan kerugian lebih RM100,000.

Tinjauan Bernama di Kuala Nerang mendapati ribut kuat sehingga lewat malam tadi turut menumbangkan banyak pokok dan merosakkan kemudahan awam termasuk menerbangkan papan-papan tanda.

*********************

Kedah adalah negeri saya... Kuala Nerang adalah pekan yang saya redah menanti dewasa. Di Sana sekarang (belah utara la) musim hujan, ramai cikgu² bertauliah tak dapat p sekolah mengajaq especially Ratuhati saya. Anak² murid kebasahan... hik3x.



Tadi sempat juga chatting dengan kengkawan sekolah.. depa pakat duk kalut takut tak boleh nak balik rumah nanti... Mana tidak nya.. jalan masuk pekan kuala nerang sana sini dah bah (banjir). Kalau banjir alamatnya shukri, zana dan kakchik... terpaksa berfikir alternatif lain untuk pulang ke rumah... sob sob sob.

Datuk Syed Sobri Syed Hashim yang perihatin.. beliau juga membantu family saya dalam urusan kes Arwah.. Sedia membantu rakyat..Moga usaha murni beliau di berkati..InsyaAllah ^_^.

p/s: Terima kasih datuk dan jaga diri bebaik if meredah banjir ya kawan²...

Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!


Tuesday, March 29, 2011

Waktu Operasi Baru Touch 'n' Go di Jambatan Pulau Pinang

Khas untuk pengetahuan sedara mara dan adik badik saya yang selalu menggunakan Jambatan PP nie. Opss! kepada readers juga ya. haipp haip!! Silalah baca artikal penulisan dari bernama di bawah ni ya.. kalau tak puas hati lagi. Boleh direct ke link sumber (*_*)

waktu operasi baru Jambatan Pulau Pinang
Gambar hasil selongkar di alam maya

**********************

BUTTERWORTH, 28 Mac (Bernama) -- Syarikat konsesi yang mengendalikan Jambatan Pulau Pinang, Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB) akan memperkenalkan waktu operasi baru bagi lorong tambah nilai Touch 'n' Go di plaza tol jambatan berkenaan mulai 1 April ini.

Ketua Pegawai Operasi PBSB, Suhaina Baharudin berkata waktu operasi pada waktu pagi akan bermula dari pukul 8 pagi hingga 4 petang manakala sesi malam bermula pukul 8 malam hingga 10 malam.

"Waktu operasi baru ini adalah bagi urus niaga tambah nilai di Pondok Tol Nombor 17 iaitu di Plaza Tol A dan Pondok Tol Nombor 22 di Plaza Tol B," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata langkah itu diambil untuk memberi keselesaan kepada pengguna dan mengurangkan kesesakan di plaza tol pada waktu puncak.

Suhaina berkata kaunter pusat jualan Touch 'n' Go yang beroperasi bersebelahan Tol Plaza Jambatan Pulau Pinang akan meneruskan operasi dari pukul 8 pagi hingga 5 petang pada setiap hari bekerja.

Sumber: Bernama

Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!

Wednesday, March 23, 2011

Info: Kluang rail coffee tidak halal!!

KLUANG RAIL COFFEE TIDAK HALAL!!!!

Kluang rail coffee

Keputusan analisis sampel makanan yang telah diambil di KLUANG RAIL COFFEE oleh Jabatan Agama telah diterima. Didapati kandungan serbuk kopi (termasuk kopi uncang) positif mengandungi campuran bahagian BABI..

Juga terdapat kandungan ALKOHOL dalam madu yg digunakan dlm ramuan roti bakar (SAYA SALMIAH SENDIRI TEL TUAN KHADI KLUANG UTK MENDPTKAN KEPASTIAN) disebarkan oleh Persatuan Pengguna Bumiputera Daerah Kluang. Tolong sebar-sebarkan...

***********************

Saya pernah pergi makan dan minum di sini. Mana tidaknya ini lah salah satu destinasi yang akan kami tuju bila ada kesempatan berkursus di IKWAS (Intan Wilayah Selatan), Johor. Bukan setakat makan dan minum di situ saja..siap beli serbuk kopi bawa balik... wohohoho!!

Sungguh saya terkejut bila dapat tahu tentang ini.. Dalam fikiran terus terbayang masa last saya pergi ke sana... tapi itu semua sebelum saya dapat tahu tentang perkara ini.. lepaih dah tahu ni... tak p dah la.. Ya Allah...

sumber pertama saya dapat dari FB shidah dan sumber asal dari: FB cikgu salmiah


Thank you read and support my writing. Please come again ya!!



Wednesday, March 9, 2011

Now everyone can complaint!

BERAPA ramai orang mengetahui saluran untuk membuat aduan dan tindakan yang harus diambil jika menghadapi masalah hak diri sendiri dan kepenggunaan?

Kekurangan pengetahuan mengenai hak terbabit menyebabkan mereka tidak mengambil berat mengenainya.

Ada lapan hak asasi yang perlu diketahui iaitu hak mendapatkan keperluan asas, hak mendapatkan keselamatan, hak mendapatkan maklumat, hak membuat pilihan, hak bersuara, hak mendapatkan ganti rugi, hak mendapatkan pendidikan pengguna dan hak mendapatkan alam sekitar sihat dan selamat.

Bagaimanapun, kecenderungan beberapa pihak mengambil tindakan mahkamah mencerminkan masyarakat kita semakin peka dengan hak masing-masing, terutama membabitkan ketidakadilan terhadap mereka.

Contohnya, kita dipaparkan berita wanita yang didakwa dipaksa melakukan ketuk-ketampi sambil berbogel menuntut kerajaan membayar RM10 juta dan penyanyi Amy Search mendapat pampasan RM2 juta daripada syarikat rakaman seperti diarah mahkamah.

Tindakan mahkamah bukanlah satu-satunya pilihan pengguna.

Masyarakat mempunyai saluran alternatif bagi mengemukakan tuntutan jika hak mereka dicerobohi.

Tahun lalu, 416,414 kes sivil didaftarkan di mahkamah - iaitu 32 peratus kurang daripada jumlah didaftarkan pada 1999.

Penurunan kes mahkamah itu mungkin dibantu kewujudan tribunal dan biro yang dapat memberikan khidmat alternatif kepada pengguna yang menghadapi masalah.

Proses mahkamah memakan masa dan memerlukan perbelanjaan tinggi apabila membabitkan peguam. Ia tidak menguntungkan pengguna malah merugikan apabila membuat tuntutan di mahkamah, terutama membabitkan amaun kecil.

Sekiranya pengguna masih mahu menggunakan khidmat peguam tetapi tidak mampu dari segi kewangan, mereka boleh memohon khidmat Pusat Bantuan Guaman yang dikendalikan Majlis Peguam Malaysia.

Pusat terbabit memberikan khidmat guaman kepada semua jenis kesalahan jenayah dan kes sivil kecuali kes yang boleh membawa kepada hukuman mati dan penjara seumur hidup serta kes membabitkan tuntutan kemalangan jalan raya dan pemulihan hutang.

Selain itu, pihak kerajaan menyediakan Biro Bantuan Guaman kepada mereka yang memerlukan khidmat peguam tetapi tidak mampu membayar yuran guaman.

Biro itu mempunyai pejabat di semua bandar besar seluruh negara dan memberi bantuan guaman dalam kebanyakan masalah undang-undang kepada mereka yang layak kecuali kes membabitkan jenayah.

Dalam situasi membabitkan pengguna yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan mana-mana peguam, pengguna boleh membuat aduan kepada Majlis Peguam secara bertulis.

Selain mahkamah, negara kita mempunyai pelbagai biro dan tribunal bagi menyelesaikan masalah pengguna dengan pihak lain, termasuk syarikat kewangan, perniagaan serta pemaju.

Kita mempunyai Tribunal Tuntutan Pengguna kelolaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah yang diuruskan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Biro Pengantaraan Kewangan, Biro Aduan Pengguna Malaysia dan persatuan pengguna.

Tribunal Tuntutan Pengguna menyediakan saluran kepada pengguna untuk membuat tuntutan ganti rugi ketika berurusan dengan pembekal atau peniaga.

Ia menyediakan perkhidmatan lebih mudah, murah dan cepat jika dibandingkan dengan mahkamah biasa.

Bidang kuasanya mendengar tuntutan ganti rugi tidak melebihi RM25,000 kecuali tuntutan berkaitan kecederaan diri atau kematian, mendapatkan kembali tanah, estet atau kepentingan mengenai tanah, soal berhubung hak milik atau kepentingan tanah, estet atau francais dan pertikaian wasiat serta rahsia perdagangan.

Pembeli rumah yang menghadapi masalah dengan pemaju pula boleh membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah.

Tribunal berkenaan menerima tuntutan pembeli rumah yang menghadapi masalah seperti rumah tidak dibina menurut pelan asal, ukuran kawasan tanah tidak menurut keluasan dalam perjanjian, projek rumah terbengkalai, kerosakan bahagian bangunan rumah, kemudahan tidak disediakan atau tidak lengkap dan rumah disiapkan lewat.

Tuntutan tidak boleh melebihi RM25,000 setiap kes kecuali jika pembuat tuntutan bersetuju melepaskan baki tuntutan atau mendapat kebenaran pemaju secara bertulis yang menyatakan persetujuan kes itu diperdengar di hadapan tribunal.

Bagi pengguna yang menghadapi masalah dengan bank atau insurans berkaitan perbankan, kewangan dan insurans serta mahu membuat tuntutan atau pampasan, mereka boleh memohon khidmat Biro Pengantaraan Kewangan (BPK).

BPK adalah badan bebas yang boleh membantu menyelesaikan pertikaian antara pengguna dan penyedia perkhidmatan kewangan (ahli BPK) terdiri daripada bank perdagangan dan komersial utama secara percuma.

Antara kes diterima ialah pertikaian membabitkan pinjaman peribadi dan perumahan, kad kredit/caj, sewa beli, akaun simpanan, akaun semasa, perbankan internet serta kes membabitkan insurans dan lain-lain.

Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) menjadi pusat aduan setempat bagi membantu pengguna menyelesaikan masalah dan aduan mereka dengan menyalurkannya kepada pihak bersesuaian.

NCCC turut bertindak sebagai pengantara mempertemukan pengguna dan peniaga untuk menyelesaikan sesuatu pertikaian.

Bagi memantapkan urusan penyelesaian sesuatu masalah, NCCC bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti Penguat Kuasa KPDNHEP, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah Malaysia, Majlis Peguam dan Biro Pengantaraan Kewangan.

sumber: Saluran tuntutan pengguna


*************************

Mana yang saya highlight color tu, adalah saya fikir macam benar dan bersangkutan dengan apa yang saya lalui...

Saya tengah mencari jalan untuk kes tuntutan Arwah adik saya... Ntah lah pening saya memikirkan. Mereka seperti mempermainkan sahaja... Macam mana pun saya tak boleh fade up! Cuba melakukan yang terbaik selagi mampu.. Allah s.w.t sentiasa ada bersama orang yang benar. InsyaAllah... :-)

Hari dah semakin hampir... 2 bulan jerk lagi. Kalau saya duk tunggu dengan alasan karut marut dari peguam tersebut.. memang kes nih tutup cam gitu jerk. Sian MakAyah saya. Pembayaran dah buat gara² manis nya bicara dari peguam tersebut... Sekali di ketuk sekali alasan peguam nih bagi.. sekarang nie saya rasa menggeletar dah badan, buntu tak tahu nak tuju ke mana..

If kawan² pernah lalui kes cam gini.. senang cerita kes di tipu oleh peguam atau pengalaman dari orang sekeliling kamu..sudi lah kiranya di kongsi dengan saya... Sekurang² nya dapat meringankan usaha saya... please~~~

Form e-Aduan NCCC klik SINI

Mode: Entry kali nih panjang lebar.. saya tak mahu skip²..sebab takut nanti lari fakta..


~ Sayang @myn@ ~~


Wednesday, March 2, 2011

Penemuan BOM lama di KLIA 2 punca 91 penerbangan terjejas hari ini

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Sebanyak 45 penerbangan masuk dan 46 penerbangan keluar terjejas Rabu berikutan penemuan bom peninggalan Perang Dunia Kedua di kawasan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) 2.

Pengurus Besar Korporat KLIA Nik Anis Nik Zakaria berkata kesemuanya membabitkan penerbangan yang dijadual antara 11 pagi dan 12 tengah hari serta 3 dan 4 petang.

"Polis Diraja Malaysia telah mengawal kawasan itu dan berkerjasama dengan Jabatan Penerbangan Awam serta Malaysia Airports.



"Pihak berkuasa memutuskan untuk memusnahkan bom tersebut di tempat penemuan dan menasihatkan Malaysia Airports agar menutup sementara kedua-dua landasan ketika tempoh terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kedua-dua landasan kembali beroperasi pada pukul 3.26 petang.

Nik Anis berkata penerbangan yang terjejas ialah Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), AirAsia, AirAsia X, Firefly, Garuda, Iran Air, AirAsia Indonesia, Thai Airways, Tiger Airways, KLM Royal Dutch Airlines, Xiamen Airlines, Pakistan Airlines dan Eva Air.


Sumber: Bernama


~~ Sayang @myn@ ~~



Thursday, February 17, 2011

Dulu Proton, sekarang Honda pula dipanggil balik

Ermm, hari ni...Honda puloks!! Meh baca di bawah...

honda 2009

KUALA LUMPUR: HONDA Malaysia Sdn Bhd memanggil balik 23,636 unit kenderaan jenama itu bagi menggantikan ‘lost motion springs’ dan ‘retainers’ yang menjadi punca enjin berbunyi bising dan berpotensi menyebabkan ia terhenti.

Ketua Eksekutif dan Pengarah Urusannya, Yoichiro Ueno, berkata daripada jumlah itu, 21,956 unit membabitkan model City keluaran 2009 dan 1,680 unit lagi model Jazz keluaran 2009 dan 2010.

Bagaimanapun, beliau berkata, model Honda yang dijual dalam pasaran ketika ini tidak terbabit berhubung masalah berkenaan.

******************************

Tahun lepas dalam bulan Oktober... Pihak proton memanggil semula Model Gen2 CamPro untuk membantu menyelesaikan problem "Clock Spring".Kalau ikutkan tahun pengeluar, Mish pepel tersenarai, tapi Mish Pepel tak terlibat , sebab Manual. Kalau lah Auto kompem dah terlibat secara langsung...

Jadi kepada readers saya yang memiliki Aset dari Honda model City dan model Jazz keluaran 2009, mohon ya bagi kerjasama... Give and take.. sebab kita tidak tahu apa kemungkinan yang akan berlaku jika di biarkan... So pihak Honda dah bagi green light untuk membantu...don't lengah2.. caragasss!!!


~~ Sayang @myn@ ~~




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...