Thursday, August 14, 2014

Susu Kambing Keluaran Bertam Best Marketing (BBM Goat's Milk)

Assalamualaikum & selamat pagi...

Kepada readers² dan kawan² yang berminat nak dapatkan Susu kambing keluaran Bertam Best Marketing boleh dapatkan melalui saya juga.

Sejak hamil ni.. saya pengguna & penggemar susu kambing. Sebelum ni saya memang tak suka minum susu. Termasuk lah susu lembu sekali pun. Tambah² susu kambing. Dengar saja boleh jadi loya... macam alergik gitu. Saya mula minum susu kambing ni sejak kandungan #25week hamil, mungkin terkena tempias daripada kegemaran suami.

Suami saya memang peminum tegar susu kambing... Masa mula² nak cuba, saya just tumpang pada gelas suami. Alhamdulillah.. Lama² dah boleh  serasi dengan tekak ni. Bagus tau minum susu kambing terutama pada ibu² hamil. Bacaan HB Alhamdulillah... Bacaan yang normal.

Susu kambing keluaran Bertam Best Marketing (BBM Goat's Milk) keluaran dari Belah Utara a.k.a Kepala Batas. Saya Rekemen kan kepada reader² & kawan² saya sebab susu kambing ni tidak berbau hamis kambing. InsyaAllah. Kalau nak cuba boleh la hello² saya. Kandungan setiap 1 pek hanya 500gm.



Susu Kambing Perisa STRAWBERRY
RM 35.00 (Semenanjung) RM38.00 (Sabah Sarawak)


Susu Kambing Perisa ASLI
RM 35.00 (Semenanjung) RM38.00 (Sabah Sarawak)



Susu Kambing Perisa VANILLA
RM 35.00 (Semenanjung) RM38.00 (Sabah Sarawak)

Harga istimewa boleh PM saya 011-19567856 atau email amyna2109@gmail.com. 

Banyak manfaat yang kita dapat dengan menagamalkan pengambilan susu kambing kerana susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi serta berbagai lagi penyakit kerana susu kambing merupakan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan. Antara kebaikan lain susu kambing ialah:
  • Tidak menyebabkan alahan.
  • Membantu sistem imunisasi tubuh.
  • Bersifat alkali.
  • Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan.
  • Membantu sistem penghadaman.
  • Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, otot, sendi, kulit & tisu saraf).
  • Tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) yang menjadi penyebab utama alahan.
  • Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu:
  •   > Protein 2.1 kali ganda
  •   > Kalsium 2.2 kali ganda
  •   > Zat Besi 2.0 kali ganda
  •   > Potasium 2.1 kali ganda
  •   > Vitamin A 3.8 kali ganda
  •   > Garam Galian 2.0 kali ganda
  •   > Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu
  • Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu.
  • Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu.
  • Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam.
Sama seperti susu ibu PH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik.


Okeh berminat nak dapat stok susu kambing keluaran Bertam Best marketing boleh hubungi saya di talian 011-19567856 (Hamina Hamid) atau kunjungi page jualan saya #jomkekalsihatdanmenawan.



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!

Saturday, August 9, 2014

Info: Masalah Cyst @ Fibroid dan makanan yang boleh aktifkan sel tersebut.

Perkongsian berkaitan masalah wanita!! Rahim hanya ada satu dan tiada ganti lagi.. Maka seboleh2nya... jagalah ia sebaik2nya!! InsyaAllah...
Makanan yang perlu dielakkan:
1.) Soya dan evening primrose.
Soya dan evening primrose mengandungi phyto estrogen. Phyto ni bermaksud tumbuhan manakala phyto estrogen bermaksud tumbuhan yang mempunyai fungsi seakan akan estrogen.
So, bila kita makan benda ni maka paras estrogen dalam badan kita akan tinggi dan mengalakkan pembesaran cyst. Doc ade bagitahu saya yang sume wanita ade cyst cuma kecil atau besar, boleh hilang tak boleh hilang.
evening primrose oil
**info yang baru saya tahu: minum soya sewaktu mengandung bukan boleh mencantikkan kulit anak tetapi mendedahkan risiko untuk anak tu mendapat kanser. Then, mengikut kajian keatas pesakit kanser payudara plak, ramai antara mereka menggunakan evening primrose ni.
2.) Ayam.
Ayam kan disuntik hormon untuk mempercepatkan kadar pembesaran dia. Kebiasaannya ayam disuntik hormon estrogen. Tapi ayam kampung boleh makan kot.
3.) Ikan keli yang dibela.
Kena tangkap ikan keli dalam sawah la pasni kalau dah mengidam sangat.
4.) KAWAL PEMAKANAN
Kolestrol juga adelah penyebab kenaikan hormone estrogen. Kolestrol adalah precursor kepada estrogen.

NOTA TAMBAHAN
Pemakanan bg Wanita pengidap Endometriosis/Adenomyosis/Fibroid/Cyst/PCOS
Disini saya kongsikan bersama jenis makanan yg amat sesuai & yg harus di elakan bagi wanita yg punyai masalah seperti di atas atau pun yg pernah menjalani pembedahan tetapi ia nya berulang kembali.
Makanan yg di galakkan :)
> Ikan laut seperti bawal emas, kembong & selar
> Sayuran jenis kekacang - kacang panjang, buncis, sweet pea dll.
> Kekacang - badam, kacang tanah, black bean, kacang merah dll.
> Sayuran - kobis, brocoli, bayam, dan ulam-ulaman pegaga, pucuk ubi dll
> Buah-buahan - Nenas & betik
> Ubi kayu
> Sup miso ( sejenis pes yg di buat dari kacang soya yg di peram dicampur kedlm
sup utk di jadikan miso sup)
> Teh hijau
Makanan yg harus di elakkan :(
> Daging merah (kambing & lembu)
> Ayam ( Boleh di ambil dlm kuantiti yg sedikit)
> Produk tenusu seperti keju
> Ikan haruan
> Gamat
> Bahan perisa - pes segera & kiub2 perisa seperti stok ayam, stok bilis dll.
> Makanan manis - kuit muih manis & pencuci mulut
> Minuman berkarbonat ( krn tinggi kandungan gula)
> Makanan segera - burger, sosej, nugget, mee segera dll
> Makanan ringan - cip kentang, jajan dll.
> Makanan berlemak/ berminyak


FIBROID DAN CYST
♛RAHIM ADALAH EMAS BAGI WANITA♛
TANDA - TANDA FIBROID DAN CYST DALAM RAHIM YANG BERMASALAH
✔ Gangguan Haid
✔ Keputihan
✔ Masalah ketidaksuburan
✔ Kemandulan di kalangan wanita
✔ Hubungan suami isteri yang dingin atau sakit ketika bersama
✔ Perut kembang
✔ Angin yang keluar dari vagina (Kentut Vagina)
✔ Rasa gatal dan keluar bau kurang enak pada vagina
✔ Kerap membuang air kecil ketika batuk, berlari dan berlompat
✔ Kerap letih dan lesu
✔ Sakit lutut dan tumit
✔ Kesejukkan kaki dan tanggan
✔ Kekejangan otot dibawah betis (simpul mengkarung)
✔ Kerap keguguran
✔ Ketumbuhan fibro dan cyst
BAGAIMANA KETUMBUHAN FIBROID DAN CYST TERJADI?
1. Punca penyakit ini bermula pada ganguan haid dan sengugut
2. Satu kajian yang menunjukan bahawa lebih kurang 50% daripadanya wanita
3. Ia sering berlaku dikalangan wanita yang tidak berkahwin dan yang pernah beranak.
ADAKAH IA BOLEH DIRAWAT?
Seperti yang ditulis oleh Dr Hamid Arshar dalam tulisan beliau tidak ada rawatan yang menggunakan ubat hospital yang boleh mengecutkan ketumbuhan fibroid TETAPI ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau dedaun yang mungkin mempunyai kesan, khusus terhadap rahim boleh mengecutkan ketumbuhan pada fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mengecutkan ketumbuhan fibroid.
Kebanyakan yang kita dengar ramai wanita Malaysia yang menghadapi ketumbuahan fibroid, rata-ratanya akan mengambil jalan mudah dengan menjalani proces pembedahan. Tapi masih juga ketumbuah itu akan tumbuh selepas beberapa bulan atau tahun itu pun bergantung pada aktifnya fibroid mereka.

Shaklee ada menawarkan set untuk rawatan Cyst dan Fibroid. Boleh dapatkan melalui pengedar sah shaklee di luar sana ataupun melalui saya pun boleh. Saya akan guide cara rawatan dan pengambilan suppliment tersebut untuk anda. Boleh hubungi di talian 011-19567856.

Jika nak buy sendiri dari web shaklee boleh klik gambar set rawatan di bawah dan anda akan di bawa melunsuri ke laman eSell shaklee tersebut : 


Saya suka sarankan pengambilan GLA.. itu yang paling utama untuk rawatan Cyst. GLa ni dapat membantu dari segi hormon wanita. Banyak manfaat nya!! 


Bulan Ogos 2014 ada promosi GLA dari HQ. buy 6 percuma 1. Maklumat lanjut boleh berhubung dengan saya. InsyaAllah. Sampai sini dulu perkongsian Info Cyst dan fibroid.

Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!

Monday, June 30, 2014

Alhamdulillah... Berjaya sempurnakan 1st Ramadhan 2014 bersamaan 1435 Hijrah

Syukur Alhamdulillah...semalam berjaya sempurnakan puasa.

Hari ni.. hari ke-2 dah kita berpuasa kan... Nanti pejam celik pejam celik dah seminggu... Betul lah kalau kita manfaat kan bulan yang penuh rahmat dan penuh maghfirah, kita akan rasa kepantasan masa yang berlalu sebab setiap minit yang berlalu terlalu bernilai pada diri kita. Alhamdulillah moga saya dan anda semua terus beristiqamah dalam meniti Ramadhan bulan yang mulia ini. InsyaAllah.

Okeh berbalik kepada pengalaman berpuasa di usia kehamilan 6 bulan++.. Time pagi tu masih tidak terasa yang diri sedang berpuasa. Bila masuk tengah hari baby dah mula bergerak² dengan pantas nya. Laju² panggil Mr.A suruh tengok & letak tangan. abang teruja... pehtu di bawa nya bercakap dengan baby. Macam² abang duk cakap.. saya hanya mampu tersenyum sebab menahan geli pergerakkan baby dalam perut. 




Dengan saya pula.. suami cakap kalau rasa tak larat sangat boleh berbuka. Padahal suami risau sebab baby gerak luar biasa kuat. Sekejap perut terbenjol kanan sekejap atas.. Selalu nya gerak sopan². heheeh!

Abang : Ayang boleh tahan lagi ka? Nanti jadi apa² dekat baby?
Isteri: Boleh lagi abang..normal la tu. Ruang kosong kan banyak jadi baby bebas lah bergerak-gerak.
Abang : Ibu² mengandung boleh buka puasa ayang kalau tak larat. *Ayat nak bagi sedap hati isteri*
Isteri: Tak pa masih boleh.. ayang dah servay dah panduan berpuasa utk ibu hamil. Kalau tak pun abang search internet.
Abang: Terus diam.. perati ja isteri dia...
Isteri: senyum..senyumm....

Saya berani sebab saya dah bersedia awal² dan ada juga servay panduan² puasa untuk ibu hamil. Seminggu sebelum menjelang ramadhan pun saya dah training kan diri dan baby...

Pagi² selalu duk minum susu anmum+esp #shaklee segelas & makan kurma.. saya skip² tak minum just ambil kurma saja. Mula² skip tu.. kepala terasa pening, nak drive ke opis rasa tak bertenaga saja siap rasa nak termuntah. Bayangkan nak berzikir sambil drive pun tak larat. Rasa macam air liur meleleh laju.. Wakakakaka. Tapi 2 hari lepas tu dah ok.

Tengah hari: Saya cuba makan ringan² tak pun saya terus makan berat masa breakfast dan tengah hari nya dalam jam 3 begitu baru saya makan nasi.. Kalau jam 3 tu dah tak lama nak masuk magrib. Sini kan jam 6.30 dah magrib.. Jadi tak lah lama baby menanti makanan.. hehehe!!

Ohh ya... Malam ni dari jam 10 saya dah kena start puasa sampai besok pagi nya. Sebab besok giliran saya untuk minum air gula. Sudah cuba minta tukar tarikh tapi kabanyakkan full list. Lagi pun ngam² 1 Julai kandungan saya masuk 7 Bulan. Nak tak nak terpaksa redho & korbankan 1 hari puasa..

Untuk besok saya dah apply cuti rehat siap².. confirm lama saya akan bertapa di klinik tu. Dengar dari pengalaman kawan² minum jam 7.30 pagi pehtu nanti 2 jam selepas tu ambil lagik darah untuk ujian gula. Confirm lah lebih 4 jam berada di luar pejabat. Jadi nak elakkan dari saya stress...kahh kah kahh!!  better ambil cuti rehat. kedua² bos pun dah luluskan permohonan saya. Bos unit dan bos besar... yeayyy!!

Okeh nak p solat zohor dulu nanti jam 2.30 ada metting aset.... Moga saya ada kerajinan yang meninggi untuk update blog selepas selepas selepassss ini..... hewwwww~~


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!

Friday, May 16, 2014

interview jawatan PPTM Pada 28 Mei 2014

Alhamdulillah...

Tahun ni kali ke-2 saya dapat tawaran untuk temuduga jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat... Kali pertama pada 3/1/2013. Untuk kali pertama nya saya tidak berjaya. Maybe bukan rezeki saya lagi. Now tahun ni dapat lagi... Hopefully ada lah rezeki... InsyaAllah.

Makluman ni pun saya dapat melalui sms dan email sahaja... saya tak boleh nak fokus lagi preparation untuk interview ni, maybe weekend ni atau next week baru nak siapkan dokumen-dokumen yang diperlukan. Lagipun bos besar jabatan tiada. Jadi masih ada ruang untuk saya settlekan koje² hakiki yang perlu komitmen terdekat. Ohh ya.. Dokumen yang disediakan untuk interview tahun lalu entah di mana sudah saya selitkan. Semuanya kerana program 5S.


Sebut pasal 5S... Hari ni opish saya ada audit Pra MPC 5S.. Saya diamanahkan untuk Jawatankuasa Induk Dokumentasi dan Fotografi. Alhamdulillah tadi dah settle bab audit pra ni.. Tunggu yang betul2 pulak pada 3 Jun 2014. Untuk jawatankuasa saya sedikit sahaja lagi yang mau dimurnikan contohnya perlu letak tarikh pada setip polisi yang di simpan di dalam fail. Tapi tak susah guna Cop tarikh pun boleh... settle kata juruaudit. 

Untuk sistem pengurusan Aset (SPA), pun mau di key in juga data-data yang siap di collect. baru 1 unit saya sentuh dah nak termuntah tengok kew-PA. Paling tak tahan nak kena panjat² atas meja nak baca no. siri. Kalau tak match nanti dah masuk sistem dan disahkan tak boleh delete sesuka hati. Ada juga jabatan kena denda.. wowww minta simpang.. Tak pa buat selow, biar selamat dan aktiviti berjalan.. Sikit² lama² habis juga #thingkingpositifituperlu

Akhir coretan... mohon maaf dah lari tajuk sikit.. Malas dah nak delete.. Okeh kepada kawan² yang dapat interview expecially yang KPSL.. Moga² ada rezeki kita untuk tahun ni.. InsyaAllah :-)

Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!

Nak follow my page entry.. boleh LIKE button di page ya...Terima Kasih. Teheeee

Friday, February 28, 2014

2014: Cara dan kelayakkan permohonan perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)


Syarat Kelayakkan

  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilah berumur sekurang- kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat.
  • Permohonan terbuka kepada individu atau keluarga (suami dan isteri) dengan pendapatan purata bulanan isi rumah antara RM2,500 – RM 7,500
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.

Cara Daftar Borang PR1MA 

  • Pengguna dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum membolehkan anda mengakses borang permohonan.
  • Untuk membuat pendaftaran sila layari http://www.pr1ma.my/
  • Sila baca syarat kelayakan terlebih dahulu.
  • Sediakan dokumen yang diperlukan
  • Pilih dan mohon kediaman pilihan anda


Pada 1 mac 2014 nanti.. majlis pelancaran PRIMA peringkat negeri kedah & majlis pecah tanah di Sungai Petani. Lokasi pecah tanah tersebut boleh rujuk di sini .

Untuk lokasi cadangan kediaman PR1MA bagi negeri² atau wilayah lain boleh rujuk di sini. Kepada yang berkelayakkan. Jom mohon... Mana tau ada rezeki anda. InsyaAllah.



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!

Nak follow my page entry.. boleh LIKE button di page ya...Terima Kasih. Teheeee~

Tuesday, February 4, 2014

1 bulan yang lalu :)

Kalau tengok entry last saya publish. 1 bulan yang lepas kan?

Lama tak berkongsi rasa di ruang rindu amyna nih.. InsyaAllah. Moga di beri kesihatan yang baik² untuk terus berblog.

Amin amin...

Friday, January 3, 2014

Rawatan air dengan penuras Jag Shaklee (Water Pitcher)

Risiko Minum Air Tercemar!!

1. Bahan Beracun Dan Berbahaya Hasil Produk Sampingan - boleh menyebabkan masalah hati, buah pinggang atau pusat kawalatur saraf

2. Logam berat (plumbum) - boleh menyebabkan tahap IQ rendah, lembap alam pembelajaran, tumbesaran yang tidak sihat

3. Pencemaran pertanian (benzena) - boleh menyebabkan masalah kesuburan

4. Pencemaran Industri - boleh meningkatkan risiko kanser.



Tahukah anda?? Air paip yang mengandungi klorin apabila dimasak, kebanyakan kuman dan bakteria akan mati. Bagaimana pun, ia tidak menghilangkan bahan kimia dan logam berbahaya yang terkandung dalam air tersebut. Bahkan, air berklorin yang dipanaskan akan menghasilkan sebatian yang karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser. Mungkin ini adalah salah satu sebab kenapa orang zaman sekarang lebih mudah kena kanser berbanding orang zaman dulu. 


Dalam badan kita ada 2 jenis penapis bahan cemar yang tak boleh ditukar ganti. Iaitu HATI dan BUAH PINGGANG. Kalau rosak. Nak ganti perlukan wang yang banyak dan prosesnya sangat menyakitkan. Kalau malas nak ambil tau, sila lah ambil tau for the sake of orang-orang yang kita sayangi. Ambil tahu apa yang kita masukkan dalam badan kita.
Pilihan Bijak!!

Water Pitcher dari shaklee...boleh selesaikan masalah diatas!!
  • membersih kekotoran sehingga 99% 
  • air yg lebih sihat, selamat, bersih & enak
  • Jug pertama yg bermeter automatik tanpa kuasa elektrik
  • Menuras hingga 303 liter/80 galen air utk setiap penuras
  • jimat kos tanpa perlu dimasak
  • ringan mudah dibawa..





Sebarang Pertanyaan berkaitan pembelian produk shaklee boleh berhubung dengan saya melalui:
1) Page : Jom Kekal Sihat & menawan
2) Fb Personal : AmynaAmir Hamid
3) Berhubung ke HotLine saya seperti yang tertera dalam gambar di atas.

*********************************************************************************


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!

Nak follow my page entry.. boleh LIKE button di page ya...Terima Kasih. Teheeee~~

Thursday, January 2, 2014

Vitamin yang BOLEH dan TIDAK BOLEH diambil oleh ibu mengandung/Hamil *_*

Mohon ambil perhatian ya kawan2 expecially yang sedang hamil. 

Antara vitamin-vitamin yang ibu mengandung perlu elakkan adalah:

  • Alfalfa complex
  • DTX complex
  • Collagen powder
  • Garlic Complex
  • Herblax
  • Lecithin
  • Caratomax
  • Nutriferon
  • Vitamin E complex
  • GLA complex
  • Vivix
Ermmm..banyak jugak yer yang tidak boleh ambil sebenarnya!!..tapi apa boleh buatkan. Ini kerana vitamin-vitamin di atas adalah bersifat antioksidan yang tinggi seperti Vitamin E, Caratomax, GLA dan nutriferon. Ada juga yang bersifat panas seperti Garlic, Ginger, Alfalfa dan Vivix. So...memang tidak digalakkan untuk ibu-ibu mengandung bagi mengelakkan dari memberi kesan yang kurang baik pada baby. Walau bagaimanapun, jika ada keperluan untuk mengambil, anda perlulah merujuk dan mendapatkan nasihat daripada Doktor terlebih dahulu. Mereka lebih arif untuk menentukan setiap keperluan tubuh badan anda. 

Di bawah pula adalah vitamin-vitamin yang dicadangkan untuk anda ibu-ibu mengandung.

ESP : Protein soya untuk mebekalkan tenaga dan baiki sel-sel rosak. Soya non-GMO ni sangant bagus dan rasanya juga sedap. Ramai customer yang 'declare' kulit baby jadi halus dan gebu bila ESP diamalkan ketika mengandung.

B Complex : Kandung asid folik penting untuk perkembangan saraf, sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang-tulang bayi. 

Vitamin C : penting untuk imunisasi dan penjagaan kulit. Perubahan hormon ketika mengandung mungkin ada ibu-ibu mengandung mengalami kulit berjerawat, kulit kusam dan sebagainya. Walapun Vitamin juga bersifat antioksidan, tetapi kadar antioksidannya tidak lah setinggi Vitamin E dan A. Boleh diambil oleh ibu-ibu mengandung.

Vitalea with iron formula : mengandungi semua kandungan vitamin dalam jumlah yang kecil. Diformualsikan bersama iron untuk membantu pembentukan hemoglobin dalam darah. Bagi sesiapa yang mengalami masalah low Hb, sangatlah digalakkan pengambilan Vitalea ini.

Ostematrix : Mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kalsium sangat penting untuk ibu mengandung kerana ketika mengandung, kalsium diserap oleh baby. Kerana itulah badan sering saring, gigi rosak dan lain-lain lagi. Yang paling penting masa nak meneran baby keluar kerana memerlukan sepenuh tenaga dan kudrat sampai bagi effect pada tulang-tulang dan urat-urat ibu. Oleh itu, pastikan kalsium diambil untuk mengelakkan dari tulang cepat reput.

Omeag Guard : Ini biasa diambil pada trimester 2 dan 3 bagi perkembangan otak bayi.





Sebarang Pertanyaan berkaitan pembelian produk shaklee boleh berhubung dengan saya melalui:
1) Page : Jom Kekal Sihat & menawan
2) Fb Personal : AmynaAmir Hamid
3) Berhubung ke HotLine saya seperti yang tertera dalam gambar di atas.

*********************************************************************************


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!

Nak follow my page entry.. boleh LIKE button di page ya...Terima Kasih. Teheeee~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...