Showing posts with label Mista Bobo. Show all posts
Showing posts with label Mista Bobo. Show all posts

Monday, October 29, 2012

1st time ganti Bateri untuk Mista Bobo


Hari nih bateri Mista Bobo dah minta ganti baru... kelmarin dulu abang dah jumper bateri tu..still boleh hidup.. siap bawa jalan² dan isi minyak... pehtu semalam langsung tak hidupkan enjin.. Pagi nih saya nak ke opis, tak boleh On enjin.. kui kui kui~~


Laju² sms kawan opis yang tinggal setaman... minta tolong nak tumpang ke opis.. Lepas dah confirm baru sms abang..untuk report. hihihi.

2  minggu lepas mish pepel nyaris² minta ganti baru.. padahal under warranty... pergi kedai tu dia cakap tak boleh cas kena beli baru saja.. warranti pun dah habis... hmm, malas nak cerita panjang dengan kedai tu... so riki² harga bateri baru... buat syarat ja tanya sebab dia bersungguh hati nak saya beli baru... biasa lah marketing... Ya la dia tengok saya pompuan mungkin.. ermm.. silap orang lah ya tauke!

Saya tak tedesak pun nak buy baru sebab mista bobo masih ada untuk berkhidmat... cuba kalau tak da mista bobo, sure menggelabah juga nak kena buy baru.. ekekke. Masa tu abang operasi, memang Mista Bobo free la... 

Saya fikir tunggu abang balik dari opersi saja, pehtu abang tolong settle kan.. abang kan ketua keluarga.. Kah kah kah! bateri Mish pepel tu lemah saja sebab saya tak start enjin 4 hari gara² mendaki Kinabalu.. 

Tak sempat tunggu abang balik operasi, ada kawan opis sudi membantu.. dia jumper kan saja bateri tu.. terus boleh guna sampai ke hari ni... Alhamdulillah. Moga bateri mish pepel terus berkhidmat untuk 1 tahun lagi.. InsyaAllah >.<




Abang dengan rasa tanggungjawab.. cerdas balik ke sini semata² nak tolong buy dan pasangkan bateri baru ke Mist Bobo... Memang abang rushing sangat² tadi sebab jam 3 petang nak kena baris semula di pangkalan sana. mau tak mau jam 2 mesti kena gerak balik ke semporna sana...

Time kami sampai, kaunter pembelian part tu tutup.. Jam 1 baru buka..terpaksa kami tunggu dalam 10 minit.. dah nak beli pelbagai data pulak nak kena key in dalam sistem.. take time lagi..  Ya Allah...susah kan abang saja.. Terima kasih ya Abang! Hanya Allah yang tahu perasaan isteri hambaMu ini... Terima kasih banyak² Abang!


Terima kasih juga pada Yan... sudi bantu dan temankan kakak & abang... salegurl toyota yang betul² dedikasi, dan ambil berat dengan kastemer... Syukur sangat di pertemukan dengan Yan.. Saya kenal Yan dari ayah nya, pakcik Arifin dan terus turun ke anak dan akrab sampai ke hari ni.. Alhamdulillah... Moga terus kekal berpanjangan perkenalan kita.. Terima kasih dan terima kasih.



Nasib baik toyota ada buat promosi harga bateri.. kalau harga asal dekat 200 juga untuk model Mista bobo.. disebabkan promo.. jimat 50 hinggit. Alhamdulillah...

Total payment Rm159.00 sahaja dan warranty 1 tahun... Mulai hari ni 29 Oktober 2012 till 28 Oktober 2013 atau 20'000 KM.... Tengok lah mana yang dahulu... tapi saya rasa mungkin rujuk pada tarikh la kot.. hewwww~~

Sampai rumah tadi.. abang laju² gantikan bateri, solat zohor dan cerdas semula ke pangkalan.... Abang cakap kalau ada speed trap, kita tunggu saja surat... wink*wink.


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!


JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh....


Thursday, August 30, 2012

Mista bobo cukup 3 tahun sudah.. pantas benar!!!


Alhamdulillah...

Urusan renew roadtax dan insuran Mista Bobo untuk kali ke-4 dah selesai.. itupun bukan saya yang buat sendiri... salegirl toyota yang tolong settle kan.. Abang just pergi hantar kad akuan pendaftaran yang original tu.. pehtu pihak toyota akan kira jumlah termasuk complete sekali dengan roadtax.

Kami sediakan duit sahaja!!

Naik turun JPJ pun mereka yang settle kan... Alhamdulillah. Sudi membantu memudahkan koje saya... senang berurusan dengan mereka. Terima kasih keluarga En. Ariffin..



NCD sekarang 38.33%...NCD itu yang membantu diskaun payment untuk insurans. Kalau tak.. memang ke angka seribu la kan.. Macam tahun lepas.. bergegar tangan nak hulur duit.. ekekke.

Untuk tahun 2012 ni.... insurans just RM 833.95 + Roadtax (1tahun) RM72.00. Total kos keseluruhan RM905.95. Kalau ikutkan tarikh tamat tempoh jatuh pada 26hb, tapi masa tu saya masih bercuti raya di kampung..So just maklumkan secara lisan sahaja dengan dengan pihak toyota... Now baru terkial² saya nak mengurus...

Apapun Alhamdulillah dah selesai memperbaharui cukai jalan. Dah boleh p jalan² sempena MerdekaRaya dengan senang hati. Kalau tidak cuak juga jantung, saya nak ke opish pun pura² berani saja sebab mish pepel masih lagi bertapa di rumah kawan.. belum sempat ambil sebab kawan yang saya tumpangkan Mish pepel tu tertinggal kunci rumahNya di kampung... itu yang terpaksa juga drive Mista Bobo.. Tapi tak pa.. setiap yang tersurat pasti indah² hikmahnya.. InsyaAllah ^___^


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



JIKA ada akaun fesbuk, BOLEHlah klik Button LIKE ehh.. makaceh~~

Thursday, September 8, 2011

Merembes hormon cuak di pagi hari khamis..

Tajuk mencanak punya.. phewww!!

Kajadian berlaku pagi tadi masa saya on da way nak mai opish nih... sebelum tu saya nak tafsirkan dulu maksud hormon tu.. jadi cikgu sat ;p

Hormon merujuk kepeda sebatiam kimia yang bertindak sebagai penyampai maklumat/isyarat antara sel-sel badan melalui darah dan penting dalam transduksi isyarat organisma multisel.

Hormon-hormon dapat digolongkan kepada jenis Amina (contoh: tiroksina), peptida (contoh: insulin) dan lipid (contoh: testosteron) bergantung kepada sifat kimia. okay sudah huraianya...




Lori nih boleh pula p duk berasap di sebelah saya... dah la jalan jame time tu... kira kereta saya berputih dengan asap lori tu. saya tak tahu punca dari mana asap tu... tapi nampak dari bawah. dari tayar lah mungkin kan...

Dalam hati duk kata la, pi cepat² ke depan nun lori... kalau nak meletup pun jangan sebelah Mista Bobo. Saya memang jarak berjarak lah dengan lori nih. nasib baik juga kereta belakang paham... Tak 'horn' saya, dia pun slow dari jauh awal lagi... Kalau dia 'horn'... Sure hormon marah pula di rembes... hahaha!!

Selow² kereta bergerak.. turn saya memang tak leh mengelak... tetap bersebelahan dengan lori nih.. coii betul. Mungkin pemandu tu pun dah perasan kot, yang pemandu lain dah mula cuak... terutamanya saya. Cuak tak cuak sempat juga nak snap picca & tepek di sini... hikss!.

Tak da letupan pun berlaku...saya selamat sampai ke opish.. Alhamdulillah. Cuak ja lebih...



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!





Tuesday, September 6, 2011

Roadtax Mista Bobo untuk kali ke-3

Sebelum 1 syawal hari tu...

Dapat panggilan dari salegirl toyota... saya betul² tak ingat yang Mista Bobo dah genap tahun ke-3 pada 26 Ogos 2011 hari tu.

Mujur ada penjual yang ambil berat dan ingatkan... bukan setakat ingatkan.. tolong buat sekali roadtax & insurans, naik turun JPJ. Kalau saya memang tak siap lah 1 hari handle.. Lagi² time tu dekat dengan nak beraya... jalan di sini Ya Ampun, Jame!



Masa saya p bayar untuk totally kos tu.. Dari toyota nak keluar ke jalan hotel Emas pun mau setengah jam tersekat di situ.tekanan tau.. fuhhh!



Total paymentnya RM 1097.70...Complete, just amik Roadtax baru dan ganti jerk di tempat lama cermin depan tu. Roadtax murah kan? insuran tu yang mencanak angkanya... Ngee~~

Pehni get ready untuk Mish pepel & Mista Black pulaks. Dua² tu bulan sepoloh! Ke bulan sembilan? kena tengok balik nih...tapi rasanya dua² tu dekat². Saya renew di agensi yang sama.. tak pa, kompol duit & hulur kat agensi... hehehe!


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Tuesday, July 19, 2011

Mista bobo dah semart.. phewiitttt~~

Pagi tadi saya mandikan Mista bobo..

Sian tau... burung nampak dia macam toilet mungkin. boleh nya di buang najis d atas cermin sisi penumpang. Habis tercemar Mista bobo dengan najis burung itu.. uwekkk~~

Dah tercemar tu harus lah saya caragas mandi kan mista bobo... Kalau tak, tiada maknanya nak bawa p mandi... lagipun Mr.A tiada, makanya tiada la tukang bebel.... Kalau tak... nampak ala² kotor luar biasa dari pandangan mata beliau sure saya kena dengar syarahan yang bertajuk menyayangi harta benda.

Beliau tu sangat detail bab² penjagaan barang.. Nih henset yang saya guna sekarang adalah hasil penjagaan beliau. dah lama henset nih saya beli untuk beliau.. tahun berganti tahun. henset yang langsung tak boleh 3G dan MMS. teknologi waktu tu la katakan. Saya sendiri pun tak ingat dah akan kewujudan henset nih. Bagi saya dah sodakallah hul'azim. rupanya masih boleh di pakai.. ngee~~ elok jerk beliau menjaga. hmm!




Sekarang Mista bobo dah hensem & semart... boleh ngorat mish pepel sudah... Phewwit. Pehni nak bagi laluan untuk Mish pepel pula. Sian Mish pepel.. nak juga jenjalan ikut saya pigi koje.. kahhhh!!



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!





Wednesday, January 19, 2011

1st Reminder by Toyota

Yesss!!!!

Selama saya memiliki Aset² Alih Persendirian.. saya tidak pernah lagi menerima reminder letter. Inilah julung² kalinya reminder yang saya terima. Wuwuwuuu!!

Patutlah bulan nih saya rasa macam terlebih poket saya. selalunya kalau balik kampung perbelanjaan saya akan short jika tersalah kawalan. Tapi kali nih lain pula. Punya la syok tau, tunggu tak syok..lebihan yang ada. Kalau uols pun mesti syok kan?? Saya siap p duk separate ke dalam akaun lain².

Hari nih lebihan itu terjawab sudah. Apapun saya kena p korek balik la. Kalau tak nanti... Hmmmm!! Sian Mista Bobo, dah la Mish Pepel Luka..




Dapat jerk letter nih tadi saya terus call Mr.A.. budget macam pihak bank yang salah. Padahal saya yang salah ingatan.. Hari tu saya buat payment Mish pepel di ATM bank Alor Setar. terkonpius di situ. Konpius² terus terlupa tak buat payment untuk Mista Bobo. Ya Ampun. Mahap yo bank!!

Tarikh surat: 14/01/2010, saya terima hari ini.. 7 hari dari sekarang saya mesti jelaskan baki yang tertunggak.. ngee~~


~~ Sayang @myn@ ~~




Tuesday, October 5, 2010

Cukai Jalan Mista Bobo..yeayy!

sebelum haku gerak untuk berkampung di INTAN sungai petani nih, haku clearkan urusan² yang mampu haku laksanakan.. Yang tak mampu tu haku pejam mata dulu. (Boley rujuk entri 1st Oktober ya). Lepas kursus InsyaAllah haku clearkan.dah tak mau ingat lagik urusan² tuh, dah kata pejam mata.. harus pejam rapat² ;p

Semua bil kadar bayaran haku clearkan dan haku ada p amik cukai jalan untuk Mista Bobo di pusat jualan Toyota. Sebenarnya dah lama cukai jalan nih siap. 2 hari selepas dari tarikh entri Parcel,waran & cukai jalan di publish. Yanti siap sound..huh!

Yanti: akak ndak di tahan dengan JPJ kah?
Haku: Awat yan..
Yanti: akak nya roadtax di sini masih.
Haku: nanti akak nak p amik, akak bagitau yan.
Yanti: ok kak, saya tunggu akak..



26 Ogos 2011 akan tamat lagik, menabung lah dari sekarang untuk Mista Bobo =D =D

dari bulan 8 sampai1/10 baru nak hegeh² p amik, Mana tak kena syarahan pendek dengan yan. hahaha! Haku terima jerk syarahan dari yan. semua tu untuk kebaikkan haku juga. Kalau Mr.A ada mesti tak jadik macam nih sebab Mista Bobo & Mish pepel akan diguna pakai sepenuhnya.. hermm!


sayang @myn@ ^_^





Thursday, August 19, 2010

Parcel,Waran & cukai perjalanan Mr. Bobo

Ada 3 perkara dalam entry nie.. haku kasi rangkum kan semua. hehehe!! Nanti Mr.A tak faham di email nun, Mr.A tengok jerk lah d sini ehh. sini ada gambar². email nun tak ada, haku pun tak tau email satelit apa ntah.. text jerk boley. Hp pun sama, MMS langsung tak boley. Makanya laporan ada d sana sini..




Pertama..parcel untuk ratuhati dah pos. Sebenarnya dah lama barang² nie dalam simpanan haku.. Kalau ikutkan haku nak bawa balik dengan tangan sendiri, tapi macam tak sempat pula nanti. Habis pikiaq pos jerk la. selesai satu bab...serahkan dekat depa (adik,akak & mak) pula p cari baju untuk pasangkan dengan kain² tersebut. Kalu mak pilih yang ready made cek layan jerk. tapi kalau mak nak beli kain jahit sendiri lagik cek suka. tambah² cek duk jauh cam nie, terubat kerinduan lagipun selesa kalau hasil dari tangan mak.. hehehe!!




Ke-2 pula, waran perjalanan balik yang menjadik agenda hot dalam metting staf ari tu dah selamat ada di tangan haku sekarang. Syukur Alhamdulillah. ehh kalau rasa nak baca entry lepas tu leh la klik kat tiket wilayah agenda hot!. Akhirnya ada juga rezkiku walaupun cabutan undi giliran haku No.30. Sebenarnya semua pegawai yang memohon untuk menerima waran nie, semua dapat tau. TIADA YANG TERKECUALI.. kontrak ke tetap ka..semua layak & dapat. peruntukkan duit kepala mana haku tak tau.. tapi dengar² kepala TNT. hurmmm!!

Nampaknya mogok cuti 1 bulan cancle.. wekk!. waran dah ada d tangan yeayy! tapi tak leh seronok lebih² nih coz haku kena carik masa p open waran Mr.A.. sekarang kaunter MAS tu pindah p kat Aport dah. jauhnya. malas cek rasa nak p sana.. malas² kena lalui juga. ;p



ke-3 & last.. cukai jalan untuk Mista Bobo tu dah setel. Mengikut nilai asal dalam surat tu RM 1311.40. Tapi bila haku p nak bayar kerani tu kira² semula jadik RM1276.80. berkurang sedikit. Alhamdulillah rezki.. Haku bagi tau Mr.A yang nilai asal tu.. wink*wink. jangan marah ayang ya, ayang bagi tau ikut nilai yang tertera d surat yang ayang terima tu.

Okeh payment cukai jalan untuk Mista Bobo setel, Mish pepel & Mista kriss pula coming.. Mujur la tak sekali, kalau tak mau bergeliga kepala hotak haku nak atur.. Lesen haku pula dalam bulan 9 nie.. Duit Oh duit..d mana kau duit ~ dalam akaun Mr.A.. larikkkk!!

Opss! million Thanks to deem coz sudi menemani haku ari tu.. haipp!!


sayang @myn@ ^_^

Sunday, June 20, 2010

Jumaat penghulu sekalian hari

haku x tau nak letak tajuk apa, yang nyatanya ini adalah pengalaman yang haku lalui sendiri. Kejadian nih berlaku hari jumaat (18 Jun 2010), jam 1.40 tgh hari. memang time panas terik..

meh rapat² haku nak cerita dari pengalaman haku. malas udah ku nak cerita banyak kali. d sini jerk haku semadikan. Nanti kat Mr.A pun haku leh suruh baca d sini jerk. Kalau Mr.A nak yang realiti dari haku.. sekeh pala ;p.

hari jumaat... rest kan awal, jam 11.30-2.00 petang. Haku pada mulanya berbelah bahagi mau keluar ke bandar tuh. bukan ada tujuan yang amengcy pun. just nak p pejabat pos nak bayar bil elektrik. Bil tu baru jerk pihak SESB (Sabah Electricity Sdn. Bhd) mai check meter 17hb. tapi ntah la gigihnya haku nak p bayar juga. Dah tuh nak p bayar kat kaunter laks tuh. Padahal on9 pun boley..

jam 11.30.. adik praktikal (faliza) d opish haku tuh say bye dekat haku, itu tandanya time rest sudah. faliza akan balik umah coz pakciknya datang amik. haku dah mula boring, nak uat koje pun dah malas. time rest katakan. Jam 12.30 haku masih d opish atas. Last perasaan haku berubah nak juga p bayar bil tuh.Haku x p terus, haku singgah² lagik kat opish kawan². Pertamanya haku turun kat library, haku bercerita dengan k'lyn..

haku : k'lyn..pejabat pos buka x, time rehat nih?
k'lyn: Rasa mcm x lah myna. tapi x tahu pula kalau buka.

haku: Erm.. myna ingat nak p pejabat pos 2020, cepat sikit ~ terus berfikir.


masa nih 50/50 haku nak p pejabat pos besar @ pej. pos 2020. hurmm!

Masa d library.. haku tegur My Bff (dympna) dari jauh jerk coz time tu dympna demam. Jadik dia duduk on9 vs koje pun jauh d sudut meja sana. haku langsung x hampiri dia. terus haku cakap nak pej pos & say bye jerk kat dympna. Dia membalas haku pun keluar dari library... K'lyn pun haku x minta teman kan. haku keluar begitu sahaja..

destinasi ke-2 haku singgah pula kat admin. Masa d admin haku jumpa dengan fadzil. haku sembang² dengan dia yang haku nak keluar p pejabat pos bayar bil. Dia suruh haku bayar on9. lagipun time tuh dekat jam 1 lebey sudah, tapi haku tatap berkeras nak p bayar kaunter juga. bermacam² alasan terbaik haku bagi kat dia ~ fadzil alasan tu betul ya.

haku keluar dari opish dalam jam 1.20ptg kalau x silap. gigih juga nak p bayaq bil d kaunter. Drive la sorang² tanpa d temani kawan d sisi tetapi d temani reben untuk menghalang cahaya panas terik menusuk ke pandangan haku.. Masa nak drive tuh berfikir lagik, pejabat pos bandar @ pej. pos wawasan 2020. sebab dalam kepala haku time tuh, laluan untuk kedua² pejabat pos nih berbeza. kalau nak ke pej pos bandar, ikut jalan icebox mudah, tapi nak ke pejabat pos 2020 ikut jalan hala ke toyota tuh. Bila d kenangkan balik, boley haku terfikir mcm tuh. sedangakan jalan untuk kedua² pej. pos nih boley ikut roundbout besar tuh. ish3x.

Haku meneruskan perjalanan.. tetap dengan pendirian pejabat pos wawasan 2020.. sana memang x ramai coz pejabat pos kecik jerk. haku drive x laju pun, sampai kat traffic light ke-3 dari opish haku tuh, haku amik lorong tengah² iaitu lorong untuk jalan terus (hala ke Pusat Toyota). lorong sebelah kanan haku tuh,lorong untuk belok kekanan. sebelah kiri haku lorong untuk terus juga. Sama hala dengan lorong yang haku amik tuh.

Okies kita cerita pasal lorong untuk terus tuh ya.. haku bahasa kan kiri & kanan jerk. haku amik lorong sebelah kanan. d kedua² lorong time tuh penuh dengan kenderaan. Tetiba terdengar munyik siren Ambulans. Haku dah mula cuak, terus pelahan kan radio, mencari d mana datangnya munyik siren tuh.. Alhamdulillah haku dapat detect, dari arah belakang haku TAPI d lorong sebelah kiri. Masa tuh haku & pemandu² d kedua² lorong tuh dah mula drive ke tepi..bagi laluan pada ambulans. D traffic light tuh, haku kereta no.2 masih ada 1 kereta d hadapan haku. Kereta awam yang bagi laluan d depan ambulans tu x lepas.. jadik kereta awam yang d hadapan haku perlu ke depan sikit untuk haku bergerak ke tepi lagik sampai masuk lorong nak belok kekanan sudah punya memberi laluan. itu pun Ambulans terpaksa membelok². Ya Allah.

Masa tuh juga haku dengar pertembungan yang kuat & ambulan ilang arah. terus hala ke laluan lain. ( masa nih haku rasa macam d awang awangan.. slow motion ambulan tuh bergerak ke ujung nun). sekali haku tengok kereta kancil sebelah pemandu tuh remuk dengan penutup tayar terkeluar d atas jalan. terkaku haku d situ. Mujur bawa kereta Auto. Terus haku tukar gear ke P (parking). Bergegar juga badan haku, jantung haku lebey dari itu.. laju berdegup. Terus ku lepas pedal. mengucap banyak kali. namamu ya Allah yang ku ulangi. haku x tahu nak buat apa.. Bila haku tengok driver ambulans tuh turun membuka pintu belakang & nampak nurse & pesakit² turun dari situ. Haku cuba untuk memandu. memang masih berdegup kencang jantung haku. Haku hanya mampu membantu membawa mereka meneruskan perjalanan ke hospital. Alhamdulillah. Semua yang haku bawa tuh selamat.

Masa sampai kat bahagian kecemasan akak (pesakit) tuh cerita kat haku yang dia tengah tambah darah di dalam Ambulans. Terus dia lepaskan jarum suntikan darah tu, Masih ada tuh tempat suntikan darah d tangannya. ~ bercerita sambil pegang tangan dia. Sayu hati haku tengok. x apa akak darah yang melekat tuh nanti saya cuci..yang penting akak selamat. Masa tuh dia dalam kereta haku lagik. x leh dia turun. kena pakai kerusi roda... sedihhhhh!

On da way ke hospital tu haku berturut dengan 1 kereta iswara hitam, kereta iswara tuh dia bawa wanita yang hamil. Alhamdulillah akak yang hamil tu pun selamat. Dah selesai hantar mereka.. haku terus ke pejabat pos 2020, masih tutup. jadik haku terus ke pejabat pos bandar. Dah selesai semua haku balik semula ke opish. On da way balik opis haku bertemu dengan kereta bomba. Kebetulan time tuh ada kebakaran umah kedai d tengah bandar.

Haku perhatikan gelagat pemandu².. kenapa lah susah sangat nak bagi jalan kepada kenderaan yang sememangnya memerlukan laluan. siap di bunyikan siren lagik. ishhhh! Kira take time juga lah bomba nak keluar dari simpang tuh.. Bomba sibuk nak lalu, pemandu awam pun lebih lagik sibuknya.. Wallah'hualam.

Masa haku antar pesakit & nurse tu ke wad kecemasan, ambulan tuh tengah berasap putih. Sekali hala haku balik ke opish..Ambulan dah jadi macam nih.


pengalaman

Ambulans sudah rentung ~ gambar haku amik dari fesbuk mytawau.

Sampai d opish orang pertama yang haku cerita.. tentulah geng² library. Haku cerita kat k'lyn situasi haku tuh, dia dah mula berubah perasaan nya & x sanggup dengar. Apa lagik kalau dia sendiri yang menyaksikannya.. Ermm.. sebelah malamnya,PakLang haku (adik Ratuhatiku) yang duduk d kampung nun kembali kerahmatullah. Esok pagi tuh baru Ratuhatiku bagi tau.. Haku x dapat balik juga. Al-fatihah untuk PakLang.



Artikal lain leh rujuk sini ya :

1- Berita Harian
2- Blogger - SomewhereAnywhere
3- Blogger - Dunia itu




Tuesday, May 18, 2010

jalan² ke sampulna

Ini punya aktiviti last 1 week.. Mr.A gerak ke lumut 10hb hari senin. pendek kan fahaman aktiviti ni ari Jumaat.. Be4 Mr.A gerak ke sana.. ulang alik jerk kami sampulna-tawau. Jap jap ada tu.. jap jap amik ini.. Cuti rehat dua hari haku tempoh hari memang berbaloi baloi.. Memvontot jerk mana Mr.A gerak.. Hahahaahah!!

Sepanjang Perjalanan haku membuta jerk lebey.. gitu la qoedahnya bila jadik penumpang setia. Area eport tu ok lagik, segar bugar.. sekali dah lepas kampung² nun.. terus lenyap haku dengan lentokkan gerak jalan yang x rata.. ada haku kesah, yang penting mata ku lelap & d lindungi baik punya oleh sun glass pemberian Mr.A...

Kami p sana kan hari jemaat.. Mr.A nak p solat jemaat dulu, jadik Mr.A tinggalkan haku d umah ieja. Depa ni jiran kami masa Mr.A tinggal d kuaters. Ieja memang mengharap haku p sana.. rindu katanya. Almaklumlah lama haku x jumpa dia.. Dari ieja preggy sampai lah dia lahir & anak dia pun dah besaq. Sungguh lama kan... Dolu hubby ieja kena p lubnan. jadik ieja balik duk kampung. kami bertanya kabar pun melalui fon & Ym saja... Bila ieja dapat tau haku nak p umah dia.. gembira betul dia. Tambah² hubby nya.. preparation segala macam. Terharu haku tau!! Apapun terima kasey banyak² ya ieja & family (^_^).




Putri Nurdhiya Shahirah & PutraAzmerr



Mereka bertiga..



shahira rapat betul dengan Mr.A. Masa ni dia baru bangun tidur. x mau dengan haku. tapi dengan Mr.A nak pulokss.. Haishhh!!



Cantekk nya view dari balkoni umah ieja nie. Kalau dari umah haku dulu x nampak cam nie coz terlindung dengan bumbung merah umah d hadapan tu.



Airmata shahira pun masih ada lagik.. alahai sedihnya.

Kami duk leepaq d umah ieja sampai petang.. Lepas Solat Magrib dalam jam 6.30ptg baru gerak balik ke Tawau. On da way balik. membuta lagik haku. Nak tinguk keadaan sekeliling mana nampak apa.. dah golap lorr...baiekk haku Zzzzz.. Sampai umah, terus mandi solat isya'a.. tidur dengan selesa..

Esok paginya.. haku kena Overtime... coz ada kursus pendek. Dalam masa yang sama haku ada appointment untuk servis Mista Bobo tuh. Alhamdulillah semuanya selesaiii..



Saturday, February 27, 2010

mandikan dia


Ok last cerita aktiviti haku untuk hari ini... before haku sampai umah tadik haku singgah dolu ke car wash. Kebetulan car wash tu x busy mcm sebelum ni. Sian Mista Bobo tu...lamanya x bersiram. Mr.A pun dah bising² kat haku. Kekadang bila dia bagi ceramah percuma tu haku diam jerk sebab haku tahu salah haku... Lagipun haku malu... gentolak nun sentiasa bersih berkilau. Mr.A rajin polish vs lap. Haku ni terus terang cakap...malaihhhhh!!

Dolu gentolak haku rajin juga. kekadang cuci sendirik kat umah. Sekarang Mr.A tukar bagi haku Mista.bobo kemalasan terus berganda² setinggi Mista Bobo. Haku kan kekurangan inci ketinggian.. terus rasa x kuasa nak buat semua tue...

Bukan haku x mau p bersiram.. tapi masa x mengizinkan. Time haku p, keta penuh kena tunggu.. Kalau sat x apa..lama pula. Hurmm!! terus haku cancel.

x p cari car wash lain dah..Haku suka p kat car wash pilihan hati nie. Kat tempat lain haku kurang sikit. Pendek kan cerita x memuaskan hati haku. Jadik buat apa nak bazirkan duit..



Haku minta pekerja merangkap pakcik untuk check tekanan angin tayar sekali. Alang² dah satu bengkel.. Baik gunakan kesempatan yang ada. Lagipun dorunk ada alat untuk check tekanan tayar.. hihihi.


Mode: Teringat puloks ilmu yang d perolehi dari apai masa kursus asas kenderaan. Penting tu..jangan buat main.

Wednesday, January 20, 2010

tEmpErAturE hIgh sUddEnLy

Bukan haku yer yang tetiba tempe tu, tetapi buah hati pujaan amyna yoo. Apa lagik kalu bukan Mish Pepel tue.

alahaiii...Mish Pepel kesayangan haku nie x habis² dengan merajuknya. Ini semua gara² haku holidays d kampung halaman terchenta.. hohohoho!!

haku pun x tahu kesilapan d mana...adoiiiii. Dugaan. Sob4x.

mana lah haku nak tahu perkara sebegini nak jadik, kalau tahu dari awal sure dah cuba cari langkah pencegahan gitu. Hurmm...mujur lah Mista Bobo tu teda uat hal sama.. Kalau x satu hal lagik nak settle..

Masa awal² kejadian tu haku antar juga ke servis eon untuk check apa prob nya. Dah sampai sana test, uji segala bagai... masalah yang haku alami teda pula berulang..mcm mana dorunk nak tolong selesaikan. sekali haku balik umah menda yang sama jadik. adehh memang menguji betul.

tanya pendapat geng² opish espeselly pensyarah automotif, dorunk nasihat haku jangan naik..nanti head bengkok, pehtu leh effect kat enjin. Lagik lah haku cuak.. Mula x nak ganggu Mr.A, nak setel sendirik. Sanggup haku naik motosikal ke opishh. Tapi Mr.A x izin haku naik motor, bahaya d sini katanya. Yer lah memang bahaya, Tambah² haku berbaju kurung. Lagipun Arwah hadik haku yang bertugas d sandakan nun pun kembali kerahmatullah sebab xcident juga.

Bila dah kena nasihat mcm tu dari geng opish menggelupur lah nokss. kang betul² efect ke enjin, satu hal lagik. Terus haku fon Mr.A kongsikan apa yang geng nasihat. Apa lagik chenta hati haku risau lah juga dia. Dalam minggu tu Mr.A tinggalkan kat haku Mista Bobo untuk ke opish. Haku memandunya sehingga kini... yihaaaa!!! Sementara Mish Pepel Mr.A buat rawatan.. haippppp!!

sebelum nie haku kurang minat dengan Mista Bobo tue, tapi kini haku dah mula jatuh hati... Kereta Auto lebey mudah..sebelah kaki sahaja guna.sebelah lagik rileksss... Kalau Gentolak nun, mau kejung kaki..tambah² jalan jem. hazabbbbbb!!

walaupun begitu..haku tatap sayang gentolak...

weekend baru nie..Mr.A bawa gentolak ke bengkel d belakang opish haku, sesi rawatan ke-2, setelah rawatan pertama d tangan Mr.A x berjaya.. hurmm!! Mekanik d bengkel tue kasi keluar & cuci moto kipas yang dekat coolant tue, memang terbukti ada menda auta (habuk warna kuning) yang melekat d situ. Tebal pula tue.. dan tebal tentu lah berat...makanya x pusing lah kipas penyejuk tue... hahahaha. Bila dah settle d situ mr.A minta haku teman pergi eon untuk buy coolant. Coolant yang ditukarkan tempoh hari bukan d beli dari eon.. sebolehnya dia nak tukar juga, risau takut penyebab temp tue adalah kerana coolant. Makanya haku akur sahaja.

Sekali dah pergi eon servis...lain puloks ceritanya. Haishhhh!! Tetiba juga sampai d sini haku rasa seperti ketandusan idea gitu. Apakata...

sambungannya nanti d n3 lain yer. Tungguuuu!!!





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...