Sunday, June 20, 2010

Jumaat penghulu sekalian hari

haku x tau nak letak tajuk apa, yang nyatanya ini adalah pengalaman yang haku lalui sendiri. Kejadian nih berlaku hari jumaat (18 Jun 2010), jam 1.40 tgh hari. memang time panas terik..

meh rapat² haku nak cerita dari pengalaman haku. malas udah ku nak cerita banyak kali. d sini jerk haku semadikan. Nanti kat Mr.A pun haku leh suruh baca d sini jerk. Kalau Mr.A nak yang realiti dari haku.. sekeh pala ;p.

hari jumaat... rest kan awal, jam 11.30-2.00 petang. Haku pada mulanya berbelah bahagi mau keluar ke bandar tuh. bukan ada tujuan yang amengcy pun. just nak p pejabat pos nak bayar bil elektrik. Bil tu baru jerk pihak SESB (Sabah Electricity Sdn. Bhd) mai check meter 17hb. tapi ntah la gigihnya haku nak p bayar juga. Dah tuh nak p bayar kat kaunter laks tuh. Padahal on9 pun boley..

jam 11.30.. adik praktikal (faliza) d opish haku tuh say bye dekat haku, itu tandanya time rest sudah. faliza akan balik umah coz pakciknya datang amik. haku dah mula boring, nak uat koje pun dah malas. time rest katakan. Jam 12.30 haku masih d opish atas. Last perasaan haku berubah nak juga p bayar bil tuh.Haku x p terus, haku singgah² lagik kat opish kawan². Pertamanya haku turun kat library, haku bercerita dengan k'lyn..

haku : k'lyn..pejabat pos buka x, time rehat nih?
k'lyn: Rasa mcm x lah myna. tapi x tahu pula kalau buka.

haku: Erm.. myna ingat nak p pejabat pos 2020, cepat sikit ~ terus berfikir.


masa nih 50/50 haku nak p pejabat pos besar @ pej. pos 2020. hurmm!

Masa d library.. haku tegur My Bff (dympna) dari jauh jerk coz time tu dympna demam. Jadik dia duduk on9 vs koje pun jauh d sudut meja sana. haku langsung x hampiri dia. terus haku cakap nak pej pos & say bye jerk kat dympna. Dia membalas haku pun keluar dari library... K'lyn pun haku x minta teman kan. haku keluar begitu sahaja..

destinasi ke-2 haku singgah pula kat admin. Masa d admin haku jumpa dengan fadzil. haku sembang² dengan dia yang haku nak keluar p pejabat pos bayar bil. Dia suruh haku bayar on9. lagipun time tuh dekat jam 1 lebey sudah, tapi haku tatap berkeras nak p bayar kaunter juga. bermacam² alasan terbaik haku bagi kat dia ~ fadzil alasan tu betul ya.

haku keluar dari opish dalam jam 1.20ptg kalau x silap. gigih juga nak p bayaq bil d kaunter. Drive la sorang² tanpa d temani kawan d sisi tetapi d temani reben untuk menghalang cahaya panas terik menusuk ke pandangan haku.. Masa nak drive tuh berfikir lagik, pejabat pos bandar @ pej. pos wawasan 2020. sebab dalam kepala haku time tuh, laluan untuk kedua² pejabat pos nih berbeza. kalau nak ke pej pos bandar, ikut jalan icebox mudah, tapi nak ke pejabat pos 2020 ikut jalan hala ke toyota tuh. Bila d kenangkan balik, boley haku terfikir mcm tuh. sedangakan jalan untuk kedua² pej. pos nih boley ikut roundbout besar tuh. ish3x.

Haku meneruskan perjalanan.. tetap dengan pendirian pejabat pos wawasan 2020.. sana memang x ramai coz pejabat pos kecik jerk. haku drive x laju pun, sampai kat traffic light ke-3 dari opish haku tuh, haku amik lorong tengah² iaitu lorong untuk jalan terus (hala ke Pusat Toyota). lorong sebelah kanan haku tuh,lorong untuk belok kekanan. sebelah kiri haku lorong untuk terus juga. Sama hala dengan lorong yang haku amik tuh.

Okies kita cerita pasal lorong untuk terus tuh ya.. haku bahasa kan kiri & kanan jerk. haku amik lorong sebelah kanan. d kedua² lorong time tuh penuh dengan kenderaan. Tetiba terdengar munyik siren Ambulans. Haku dah mula cuak, terus pelahan kan radio, mencari d mana datangnya munyik siren tuh.. Alhamdulillah haku dapat detect, dari arah belakang haku TAPI d lorong sebelah kiri. Masa tuh haku & pemandu² d kedua² lorong tuh dah mula drive ke tepi..bagi laluan pada ambulans. D traffic light tuh, haku kereta no.2 masih ada 1 kereta d hadapan haku. Kereta awam yang bagi laluan d depan ambulans tu x lepas.. jadik kereta awam yang d hadapan haku perlu ke depan sikit untuk haku bergerak ke tepi lagik sampai masuk lorong nak belok kekanan sudah punya memberi laluan. itu pun Ambulans terpaksa membelok². Ya Allah.

Masa tuh juga haku dengar pertembungan yang kuat & ambulan ilang arah. terus hala ke laluan lain. ( masa nih haku rasa macam d awang awangan.. slow motion ambulan tuh bergerak ke ujung nun). sekali haku tengok kereta kancil sebelah pemandu tuh remuk dengan penutup tayar terkeluar d atas jalan. terkaku haku d situ. Mujur bawa kereta Auto. Terus haku tukar gear ke P (parking). Bergegar juga badan haku, jantung haku lebey dari itu.. laju berdegup. Terus ku lepas pedal. mengucap banyak kali. namamu ya Allah yang ku ulangi. haku x tahu nak buat apa.. Bila haku tengok driver ambulans tuh turun membuka pintu belakang & nampak nurse & pesakit² turun dari situ. Haku cuba untuk memandu. memang masih berdegup kencang jantung haku. Haku hanya mampu membantu membawa mereka meneruskan perjalanan ke hospital. Alhamdulillah. Semua yang haku bawa tuh selamat.

Masa sampai kat bahagian kecemasan akak (pesakit) tuh cerita kat haku yang dia tengah tambah darah di dalam Ambulans. Terus dia lepaskan jarum suntikan darah tu, Masih ada tuh tempat suntikan darah d tangannya. ~ bercerita sambil pegang tangan dia. Sayu hati haku tengok. x apa akak darah yang melekat tuh nanti saya cuci..yang penting akak selamat. Masa tuh dia dalam kereta haku lagik. x leh dia turun. kena pakai kerusi roda... sedihhhhh!

On da way ke hospital tu haku berturut dengan 1 kereta iswara hitam, kereta iswara tuh dia bawa wanita yang hamil. Alhamdulillah akak yang hamil tu pun selamat. Dah selesai hantar mereka.. haku terus ke pejabat pos 2020, masih tutup. jadik haku terus ke pejabat pos bandar. Dah selesai semua haku balik semula ke opish. On da way balik opis haku bertemu dengan kereta bomba. Kebetulan time tuh ada kebakaran umah kedai d tengah bandar.

Haku perhatikan gelagat pemandu².. kenapa lah susah sangat nak bagi jalan kepada kenderaan yang sememangnya memerlukan laluan. siap di bunyikan siren lagik. ishhhh! Kira take time juga lah bomba nak keluar dari simpang tuh.. Bomba sibuk nak lalu, pemandu awam pun lebih lagik sibuknya.. Wallah'hualam.

Masa haku antar pesakit & nurse tu ke wad kecemasan, ambulan tuh tengah berasap putih. Sekali hala haku balik ke opish..Ambulan dah jadi macam nih.


pengalaman

Ambulans sudah rentung ~ gambar haku amik dari fesbuk mytawau.

Sampai d opish orang pertama yang haku cerita.. tentulah geng² library. Haku cerita kat k'lyn situasi haku tuh, dia dah mula berubah perasaan nya & x sanggup dengar. Apa lagik kalau dia sendiri yang menyaksikannya.. Ermm.. sebelah malamnya,PakLang haku (adik Ratuhatiku) yang duduk d kampung nun kembali kerahmatullah. Esok pagi tuh baru Ratuhatiku bagi tau.. Haku x dapat balik juga. Al-fatihah untuk PakLang.



Artikal lain leh rujuk sini ya :

1- Berita Harian
2- Blogger - SomewhereAnywhere
3- Blogger - Dunia itu




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...