Monday, July 30, 2012

Ranggu Highland Village Tawau (RHVT)

Jumaat lepas...

Follow dari entry mesyuarat itu perbincangan... Saya dan jawatankuasa kelab pergi ke RHVT. Bukan pergi bercuti tau... pergi servay² tempat untuk aktiviti opish saya... Salah satu tempat yang dalam cadangan adalah RHVT. So sebagai jawatankuasa..kami ambil gerak kerja membuat lawatan ke sana.. Alhamdulillah :-). Keputusannya... nanti kami akan duduk berbincang semula..






Pengerusi kelab dan jawatankuasa aktiviti rancak berbincang bersama dengan pihak RHVT. Rate dia pun ok juga. kalau menginap sini, makan disediakan 5@6 kali ikut pakej yang kita ambil. walawehhh~~



Selesai berbincang... sesi lawatan pun bermula.. nak tengok kesesuaian tempat dengan lebih dekat lagi. Saya 1st time sampai sini...begitu juga dengan kawan² yang lain. Terseronok seketika bila sampai sana.. kaki nih tak reti duduk diam nak menjelajah sesaja =p



Tempat nya cantik.. menghijau ja dengan pokok² kayu.. sesuai la di kenali sebagai Tawau bumi peladang..



Lanskap pun super nice... Pokok buah-buahan banyak.. Antara yang sempat saya snap.


Avocado


Belimbing


Jambu air..

Bulan² puasa nih tengok buah cenggini semua teringin... Ohh ya kalau kita menginap di sini..semua buah-buahan yang ada kita boleh makan secara percuma. yess percuma!!!. kena time tu ko datang time durian.. memang rezeki lah ehh...




Sebab selera tu mencanak teringin macam² kami ambil buah kedondong(Amra). Sampai hari ni tak makan pun... Last² abang cadang buat jeruk... Tunggu la apa kejadian dengan jeruk kedondong tu.. saya baru buat semalam..hewww~~




Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



JIKA ada akaun fesbuk, BOLEHlah klik Button LIKE ehh.. makaceh~~

Bahan-bahan Jelly Kelapa sedap!!

Selamat bersahur kawan² di semenanjung... kami di sini habis sudah waktunya. Alhamdulillah masih lagi di beri kesempatan untuk melaksanakan kewajipan di bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini.. InsyaAllah. Hari ni dah Ramadhan ke-10 kan.. Subhanallah. Pantas setiap detik yang berlalu~~

Semalam time berbuka saya ada buat jelly kelapa... abang tetiba sebut terasa nak makan jelly kelapa.. daripada beli di bazar belum tentu lagi boleh makan dengan jayanya. Ehh boleh nak makan dengan jayanya tapi bersyarat... mesti la kena beli banyak² kan!!!

Bagus buat sendiri.. nak makan banyak mana pun boleh... isi kelapa dan air kelapa muda nak letak banyak pun boleh. Kalau beli belum tentu kena dengan selera.. maybe air gula yang terlebih²... Wallah hu'alam... So saya dicide buat sendiri... simple saja caranya. Kamu² pun boleh buat. InsyaAllah. Meh dekat saya nak kongsi resepi jelly kelapa nih.


resepi jelly kelapa
Agar-agar saya guna nih perasa pandan..itu yang jelly saya warna hijau... saya main rembat saja agar-agar yang ada. Dekat sini kalau nak tawaf mencari, payah sikit la..silap² jelly kelapa tak menjadi.. tawaf pun belum pasti jumpa, take time nak mencari :-(


Bahan-bahan jelly Kelapa:-
  • 10 gm Agar-agar serbuk, better guna yang jernih (putih) ya.. (saya guna serbuk dan ada perasa pandan).
  • 4 sudu gula - Ikut citarasa kamu
  • 400ml air putih
  • 600ml air kelapa muda*
  • Isi kelapa muda
  • Daun Pandan*
* Sukatan air kelapa muda tu kalau dapat banyak, boleh kurangakan sukatan pada air putih. Tapi lebih baik lebihkan air kelapa.. baru jelly kelapa marbeless!!

Cara- CaraUntuk Membuatnya : -
  • Masak serbuk agar-agar, air putih dan air kelapa.
  • Masuk kan gula ikut citarasa anda.. kalau mahu manis.. lebih kan gula. tapi hati² takut nanti air kelapa dah manis. berganda² pula manisnya. tunggu sehingga mendidih.
  • Masukkan isi kelapa dalam bekas² comel dan tuangkan adunan agar-agar yang siap di masak tadi di atasnya.
  • Biarkan sejuk.. boleh juga di simpan di dalam peti sejuk dan menanti untuk di jadikan salah satu menu untuk bersungkai.
Maksu ini myna dah publish di belog... boleh rujuk dekat sini juga ya. Isi kelapa banyak sebab abang yang request macam tu.. kalau yang di jual belum tentu banyak begini isi nya kan... Semoga dapat membantu 6___9



NotaSepintas: Simple dimple saja kan.. kann kannn! kamu² pasti boleh membuatnya juga... InsyaAllah.



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



JIKA ada akaun fesbuk, BOLEHlah klik Button LIKE ehh.. makaceh~~

Friday, July 27, 2012

Mesyuarat itu perbincangan

Salam Ramadhan hari ke-7 dan salam jumaat penghulu sekalian hari.. InsyaAllah ;-)

Hari ni masa agak pack untuk diri saya.. tadi pagi, seawal jam 8 dah ngadap metting J/Kuasa pilihanraya kampus Julai 2012.. Kalau ikut kan kata kawan, tak perlu masuk metting skip saja sebab saya nak kena gerak ke lawatan tapak untuk aktiviti kelab staf bulan Nov nanti. Dua² tu masa yang sama.. Jam 8. Why why!! bagi angah konpius ha!! Serba salah tau, sebab dua² tu amanah..


Tempat lawatan tapak hari ni.. Nanti ada kesempatan saya upload lagi gambar² lain.. cantik tau tempat ni.. tumbuhan menghijauu. Subhanallah.

Jadi awal pagi tadi saya tengok keadaan (usha line), geng² lawatan tiada lagi di depan lobby dan pemandu pun tak ready kenderaan. So selamat boleh jenguk² ke metting dulu.. Elok metting tu dekat penghujung sudah, baru dorunk call, cakap dah nak gerak... jadi dua² saya boleh join...Alhamdulillah Allah permudahkan urusan saya!! syukur~~

Nanti jam 2.30 ada lagi metting, ini untuk J/Kuasa perlaksan Program "Ihya Ramadhan".. Moga apa yang dirancang berjalan dengan sempurna.. InsyaAllah.



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



JIKA ada akaun fesbuk, BOLEHlah klik Button LIKE ehh.. makaceh~~

Monday, July 23, 2012

Resepi kuih keria dan cara² untuk sira gula

Salam ramadhan hari ke-3 ^__^

Atas permintaan kawan² saya nak kongsikan resepi kuih keria yang saya buat sebagai juadah berbuka puasa semalam... Tekak abang terasa nak makan kuih keria, so saya buat untuk dihidangkan kepada suami =D.

kuih keria dan cara sira gula

Tersenyum hati bila tengok abang berselera menikmati kuih keria.. Alhamdulillah kuih keria semalam kena dengan selera abang, abang cakap ubi nya betul² terasa sebab tak banyak tepung dari ubi.. itu yang abang suka.

Tersenyum lagi hati untuk kali ke-2.. hik3x. Saya ada post gambar di pesbuk & tuiter.. ada kawan request tanya resepi... ada juga yang minta resepi donut.. resepi donut tu boleh la godek² dalam entry sebelum nih ya!

Sekarang saya nak publish resepi kuih keria pulak.

cek mek molek adunan kuih keria
Bulat besar saya guna gelas dan bulat kecil ditengah² tu, saya guna penutup esen vanilla. janji terbentuk comel.. weee~~

Bahan² untuk buat Adunan :-
  • 500gm ubi keledek
  • 50gm tepung gandum
  • Secubit Garam
Bahan² untuk sira Kuih Keria :-
  • 1.5 Senduk Gula
  • 1 Senduk Air
* Gula nih depend pada kuantiti kuih keria yang kita dapat.

# Mak saya ajar macam ni... Guna senduk free yang dapat dalam tepung jagung tu. hehehe!

Cara-Caranya:-
  1. Ubi keledek di kupas kulit, di potong kecil dan di rebus. Rebus sehingga empuk ya. Air dimasukkan separas ubi keledek dan masuk kan secubit garam.
  2. Dah empuk...angkat dan toskan.
  3. Kemudian lenyek Ubi tersebut sehingga hancur dan biarkan sejuk seketika.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit kedalam ubi keledek yang dilenyek tadi hingga sebati dan adunan boleh di bentuk kerana ubi keledek tadi tidak lagi melekat di tangan. Sukatan tepung tadi tidak habis pun tak apa. Lagi kurang tepung lagi sedap!!! percayalah lalalalala~~
  5. Bentukkan adunan tadi mengikut citarasa masing² samada bentuk bulat, bujur atau bersegi² ka.. terpulang. Saya buat bentuk yang biasa tu- Donut.
  6. Sapukan minyak masak sedikit di atas dulang untuk letak adunan yang siap di bentuk.
  7. Goreng adunan sehingga kekuningan.
  8. Angkat dan toskan minyak.

Cara untuk Sira Gula :-
  1. Masuk sukatan air dan gula
  2. Masak sehingga likat dengan api yang sederhana. Air gula itu akan berbuih² putih.
  3. Masukkan Kuih Keria yang siap di goreng.
  4. Gaulkan sekata sehingga naik bunga gula (Putih), Pastikan kuih tidak melekat antara satu sama lain.
dah siapppp!!!


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~~

Sunday, July 8, 2012

Berkampung diPutrajaya 8-10 Julai 2012

Jam 3 nanti jadual flight saya ke kLiA..

Saya diarahkan untuk hadir ke latihan penggunaan Sistem Pengurusan Aset (SPA). Wakil untuk bahagian unit saya. dah nama sistem kan, so dorunk tolak satu bahagian untuk unit ICT.. Latihan ni akan dilaksanakan besok di HQ presint 5... Dengan ini saya akan berkampung sementara di Putrajaya selama 3 hari bermula jam 6 petang nanti... InsyaAllah ^__^



Kalau ikutkan dapat arahan lagi oleh bos unit.. untuk ke Sabak Bernam. ini pun penting untuk keselamatan laman web kami...10hb hingga 14hb. Kiranya saya continue terus dari putrajaya.

Mulanya saya terima tapi bila Mr.A cakap mungkin 10hb dia akan balik ke Tawau...ya mungkin baru.. MUNGKIN. Tapi saya yang excited lebih, terus saya bincang dengan bos semula.. bos paham. yess! saya tak jadi pergi ke Sabak Bernam nun...

Harap² Mr.A jadi lah balik 10hb... Jangan lah cuaca buruk.. dorunk naik charlie if tak silap la... Ya Allah izinkan perjalanan pulang suami saya... InsyaAllah, saya rindu nak tentang mata dengan imam saya...keh keh keh!!!

udangfreshtawaukampungindrasabah

Tadi pagi saya ada ke pasar tamu takada... Membeli udang fresh untuk sepupu saya di Putrajaya nun. Alang² nak ke sana kan... Mahal sikit harganya kalau nak dibandingkan dengan di perkampungan Indrasabah nun. Tapi kalau total balik.. lebih kurang sama saja.. tolak duit minyak plus tenaga. hik3x.

kalau tak salah ingatan saya, dari bulan 3 hari tu sepupu saya minta kirim belikan udang nih.. tapi time tu Ombak kuat, stok udang tiada.. sekarang tertunai sudah permintaan hatinya.. semalam sepupu call saya cakap hari ni baru nak p beli di pasar tamu, sebab pasar tamu Takada ni hari ahad saja buka.

Tadi dah call lagi saya kompem kan.. udang ADA... gembira dia.. ALhamdulillah. Adek Ida gembira.. kak myna pun turut sama gembira.. Kalau MakLang lijah a.k.a Mak adik Idah dapat join sekali berkampung lagik best... kan!!



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~~

Saturday, July 7, 2012

hati kita~~

Hati ini Allah berikan untuk kita,

Hebatnya hati boleh berbicara tanpa suara...

Hebatnya hati ini mampu menangis tanpa air mata..

Tapi jangan lupa!!!

hebatnya hati juga boleh menghancurkan iman kita..

Wallahu'alam~~




Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~~

Wednesday, July 4, 2012

Allah itu maha mengetahui~~


Kuman di seberang laut sana nampak,

Gajah yang sebesar bangunan di depan mata tak pulak nampakkan. hurm~~

Apa Celopppppp!!!




Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~~

Take time!!

Memafkan kesilapan hamba Allah yang lain adalah sesuatu yang sukar untuk di laksanakan bila hati tergores dalam sedalam dalam.. tetapi sebaliknya akan berlaku bila kita dapat memaafkan.. So seeloknya memohon maaf atas kesilapan kita dan memaafkan mereka yang melukakan hati kita...

MakAyah saya tak pernah hajar saya untuk biadap dengan orang lain, tapi saya sendiri akan hilang keadaban bila di perbodohkan sewenang²nya!!!!

Saya maaf kan kesilapan kamu.. tapi untuk menerima kamu seperti biasa mungkin ambil masa... saya cuba utk bekerjasama dengan kamu seperti dulu..Ya saya janji dengan diri saya..saya akan cuba!!!!

Andai perasaan ni tak dapat nak di bendung bila berdepan dengan kamu, saya harap kamu boleh faham... saya hamba Allah yang mempunyai hati dan perasaan. sama lah seperti kamu kan... So So soo... macam orang barat sebut... Take time!!!


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~~

Tuesday, July 3, 2012

Makan brokbok di petang hari :D

Alhamdulillah....

Selamat sudah menghirup salah satu menu dari kaum bugis....kalau ada lada kicap lagik super sedappp!



Ini kali ke-2 saya buat entry pasal brokbok nih.. Kalau tak silap saya, yang 1st dulu saya ada publish resepi sekali... kalau rajin sila lah belek² sendiri... saya tak ingat dalam entry mana..

Mudah & simple saja... lebih kurang bubur nasi begitu... tapi ada lagi lah rempah rampai nya.. Macam jenis yang saya makan hari ni.. dia da letak daun kelor. Campuran² lain tu terpulang pada individu...


NotaSepintas: Jiran² ada minta saya buatkan bubur ayam...dorunk suka sangat. Alhamdulillah...tapi saya belum lagi ada kesempatan. Before puasa saya nak tunaikan.InsyaAllah... Harap di beri kelapangan~~



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...