Showing posts with label katahati. Show all posts
Showing posts with label katahati. Show all posts

Monday, November 18, 2013

Pengorbanan dan keredhoaan adalah jalan terbaik untuk kita ♥

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat rakan² blogger dan reader² semua!!

Pengorbanan + keredhoaan adalah jalan terbaik untuk menjaga hati kita dari sifat sakit hati dan mampu mengajak diri kita untuk lebih mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. muhasabah diri lah senang kata. Setiap perancangan yang tersurat adalah dengan izinnya.. Allah s.w.t maha bekehendak apa yang terbaik untuk setiap hamba²Nya... SubhanaAllah.

Perkataan dan situasi yang biasa isteri² pewira negara lalui... kadang² hati kuat untuk menempuh perjalanan yang tersurat ini.. ada waktunya rapuh jua dengan segalanya... saat kita rapuh, orang tak tahu... dari pandangan luaran memang nampak kita gembira.. Alhamdulillah. Tapi hakikatnya.. SubhanaAllah... Moga engkau merahmati dan memberkati segala pengorbanan ini.

Tadi masa abang call..  kononnya nak buat merajuk lah kan..Ya la dari sebulan jadi 2 bln.. nih postpone lagi.... Macam² hal dah jadi dengan situasi saya di sini. family pun jauh.. :( . Harap jiran² terdekat ja yang mengetahui.. Nasib baik saya di kelilingi jiran² yang sayang menyayang dan ambil berat. Terima kasih jiran² kiri kanan selorong semua. Alhamdulillah~~

Ohh ya! terima kasih Ya Allah kau sedarkan diriku dari berperangai buruk sedemikian rupa.. Terima kasih ya Allah.. dalam nada marahku ketika itu kau menyedarkan diriku ini. Memang tak sesuai kalau saya merajuk² dengan abang saat dan waktu sebegini. Buat abang stress ja dan kerana marajuk bodoh saya tu akan mengganggu tugas² abang. SubhanaAllah minta simpang jauh². Lagipun semua ni bukan pilihan abang pun nak postpont postpont segala.. itu kan atas arahan... aummmm!

Bukan hipokrit untuk keburukkan diri sendiri tapi untuk kebaikkan bersama². kita nak hipokrit pun ada situasinya kan.. selagi mampu.. pendam lah sedalam dalamnya... kalau boleh jangan biarkan dia timbul kembali..  *MenjagaHati*

Saya percaya pada janji Allah s.w.t.... Allah itukan maha adil, maha mengetahui dan maha Agung! Suatu ketika pasti ada ruang untuk kami.. Moga setiap pengorbanan, ibadah harian kita, diredho dan diberkati Oleh nya... Saya juga berharap moga ikatan #cintahalal ini berkekalan hingga ke jannahMu... Amin Ya Rabbal A'lamin~~

Be strong!!! *LapAyaqMata*


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!

Nak follow my page entry.. boleh LIKE button di page ya...Terima Kasih. Teheeee~~

Friday, February 1, 2013

Di telan mati Mak di luah mati bapak!


Resultnya Jumaat depan! So tinggal 7 hari lagi..

Hari tu excited betul nak dapat result.. Now perasaan tu ke mana menghilang pun entah... kalau boleh extend setahun lagi saya pun mau...Tapi Apakah??

Ingat tak dulu entry saya yang INI . Keputusan nih yang akan keluar pada 8hb nanti.. Sekarang ni dah ada pun kawan² yang seangkatan interview hari tu dah duk sms, call whatApp tanya... mereka berdebar². Bagi diri saya.. hurmmm!! Saya berserah saja kepada nya... Kerana satu² perancangan Allah itu adalah yang terbaik untuk hamba²Nya.

Saya keliru, celaru, rasa takut pun ada bila abang dah mula bersuara simpati...  bak kata pepatah di telan mati Mak di luah mati bapak. Saya pernah lalui situasi kehidupan begini masa 4 tahun 9 bulan yang lepas... InsyaAllah saya boleh selesaikan dengan cara baik.. sebab Allah s.w.t sentiasa ada bersama hambanya yang memerlukan pertolongan dari nya ^__^

So sekarang nih... memang saya berserah kepadanya sebulat² sebab Allah itu maha mengetahui, maha mengizinkan yang terbaik untuk perjalanan hidup hamba² Nya. InsyaAllah. Percaya kepada Qada & Qadar...





Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!




JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh....

Friday, January 25, 2013

Week #4: Ke KD Sri Semporna


Lama rasanya tak mencoret di sini...

Lepas abang balik dari operasi jarang juga nak jenguk rumah maya nih... *padahal abang tak da pun jarang² juga update* Hahaha.. alasan saja semua tu...

Okeh satu saja nak kongsikan hari ni... nanti malam saya ada family day di pangkalan TLDM.. saya tak pasti malam ni ada aktiviti permainan atau just makan² saja. Abang call tadi suruh saya bersiap nanti abang balik ambil. Nak cakap tak mau pergi tu berat..sebab abang bersemangat nak bawa saya. siap cakap suruh pakai itu ini.. winkkkkkk!

Sekarang abang dah gerak balik.. dalam 1 jam abang akan sampai lah di sini.. Saya punch out jam 5... so sempat lah nak ready apa² yang perlu... InsyaAllah.

Nanti kalau saya sempat...saya publish tentang aktiviti di pangkalan tu ya. Tapi selalunya cepat di publish dekat tuiter, fesbok n insta la kan... itu memang jarang² sekali tertangguh dah macam diari kat situ...
 

Okeh sudah... happy weekenandos readers n kawan². Take care ya!




Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!




JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh....

Sunday, December 16, 2012

BerUSAHA SABAR dan saling meMAAFkan










Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!

JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh...

Thursday, January 19, 2012

Hati nurani...

Kepada semua kengkawan & silent readers yang di kasihi... saya nak kongsikan dengan kalian semua...

Ilmu itu ibarat cahaya, dan cahaya tidak akan masuk ke hati yang gelap! Justeru, mari kita gilap dan cuci hati kita agar mudah tarik hidayah Allah, suka belajar, mudah faham, kuat ingatan, mudah buat keputusan, sangka baik dan bertindak ikut hukum Allah.

Seperti biasa kita cuci hati dengan menjaga solat 5 waktu, solat taubat, istighfar 100 kali sehari, memaafkan orang sekeliling kita, memohon maaf setiap hari, ingat pada mati, bersedekah, berdakwah setakat kemampuan, elakkan siksa binatang seperti
mengurung burung di dalam sangkar, memberi org makan, berkawan dengan alim ulama' dan orang² positif, dan bayangkan hari ini mungkin hari kita yang terakhir...

Wallah hu'alam =D

Nota Sepintas: Sejak dua tiga malam ni... air mata saya asyik mengalir saja, hati jadi sedih amat... Harap² family saya dan family mentua semuanya sentiasa dalam redha ilahi... InsyaAllah. Apapun saya sayang ketat² dengan kawan² saya... pada Mr.A berganda² lagi la... ngee~~



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~~

Tuesday, November 1, 2011

keputusan yang bersegi² itu sudah menjadi bolat!

Pada pihak kami...

Keputusan itu sudah bolat dan pasti. Keputusan itu di ambil dengan kerjasama daripada pihak a.k.a anggota yang masih ada sifat berperikemanusian.



Bulat dan betul =P

Saya sendiri yang bercakap dengan salah seorang anggota di sana.. Memang pasti, Mr.A ikut prosedur dah. Tapi pada pandangan orang tu ada² saja yang tak kena... tak tahu lah apa masalah orang tu sebenarnya... Hati kelam ka??

So... pada pihak orang tu.. lantak engkau lah. Kau punya minda dan kau punya hal... Kau kacau hal kami... kami berserah.. sebab dah cuba slow talk kau boleh buat vangang!.

Tapi awas kau ya, tak selama nya juga kau di atas tu... so sekarang kau bangga lah dengan apa yang kau miliki...

Kami juga bangga dengan apa yang kami dapat sebab kami percaya janji Allah itu pasti indah.. Redha~~

** Cuti AidilAdha Mr.A tak lulus lagi.. Sobbb!
** Jaga lah Hati dari kekotoran nafsu ;p
** keputusan itu masih bersegi².. haishh!



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!








Monday, October 31, 2011

keputusan itu masih bersegi².. haishh!

Sana tolak sini, sini tolak sanun, sanun tolak sinun... hmmm!

Ini berkait dengan entry awal pagi tadi tentang cuti Mr.A. Baca lah di situ ya!!

Keputusan cuti Mr.A tu masih bersegi², tak dapat sebulat² nya... saya dah bersembang dengan anggota yang bahagian cuti, cara percakapan dia pun macam tak berapa nak meyakinkan hati saya... gundah gulana hati saya nih...

Kenapa lah susah sangat nak cuti... apa masalah sebenarnya nih, cuba slow talk dengan Mr.A bebaik. jangan nak buat ego duk bercakap di belakang.. please lah.. awak tu ketua pada Mr.A..seharusnya bijak lah handle... Eee...Eee~~




Thanks you read and support my writing. Please come again ya!










Cuti AidilAdha Mr.A tak lulus lagi.. Sobbb!

Selamat pagi isnin kawan!

Hari ni saya masuk koje semula seperti biasa.. Kalau ikut kan plan yang diatur, saya just koje 2 hari.. pehtu cuti semula untuk balik kampung sempena AidilAdha minggu depan...

kepala saya sekarang tengah serabut memikir tentang Mr.A... saya risau takut dia hilang kesabaran :-(. Masa saya dalam flight balik ke tawau tu Mr.A call ratuhati... maybe Mr.A tak tertahan menanggung.. Perkara yang selama ini saya dan dia rasa, sedikit sebanyak ratuhati pun tahu. Alhamdulillah... Ratuhati boleh juga membantu kuatkan semangat Mr.A...

Cuti saya dah lulus... Cuti Mr.A ja belum ada kata putus. Sekarang Mr.A dah isi form baru atas arahan orang atasan yang boleh toleransi. Syukur Alhamdulillah. Masih ada yang baik hati.

Saya betul² sedih dengan apa yang terjadi kepada Mr.A. If kau tak mau lulus cuti pun, jangan lah sampai kau koyak kan form cuti orang.. itu kan dah keterlaluan. Kau koyak form nya sama lah seperti kau calar kan hati saya nih... Tak berperikemanusiaan langsung!

Apa masalah sebenarnya kau nih..saya pun tak pasti. Macam² kau create, kira politik sesungguhnya. Apa yang berlaku selama nih saya diam dan cuba ambil langkah terbaik, bagi suntikkan semangat pada Mr.A... Sampai kekadang saya sendiri pun tak tahan dengan cara kau. sungguh luar biasa. Subhanallah.

Mr.A pergi slow talk, tanya bebaik apa punca sampai dikoyaknya form cuti orang bawahan kau. Boleh pula kau buat bangga di situ dengan pangkat yang kau ada tu..

Tak apa Allah sentiasa ada bersama hamba²Nya. suatu hari kau pasti jatuh ke bawah juga... saya tak minta.. tapi itu memang pasti.. Hidup ibarat roda yang berputar weh. Kau mendongak ke atas pun tak kan selamanya sebab nanti tengkok kau akan lengoh dan di situ akan kau tunduk juga ke bawah. Wallah hu'alam ^___^.

Dah la nak minta cuti tu pelbagai peringkat nak kena pergi minta signature.. Sampai dekat kau, begini pula kau buat. macam sampah ja kau anggap. Eee..ee..grrr~~

Kau buat begini, bukan boleh meningkatkan produktiviti koje.. menjatuhkan lagi ada... Orang bawahan dah mental dengan cara kau... haishh malas nak panjang lebar sebab orang yang mengikuti emosinya, akan kehilangan adabnya.. Moga Allah s.w.t yang membalasnya!!

Sekarang saya tunggu keputusan cuti Mr.A, paling lewat jam 2 petang nanti... Kalau cuti di approve, maka bertentang lah mata kita wahai saudara mara di sana yang merindui kami... kalau tak, berpandang pandangan lah kita dari kejauhan...

Besar harapan saya untuk Mr.A pulang berhari raya dengan keluarga. Aidilfitri tahun lepas pun tak dapat coz Mr.A operasi ke somalia nun, Aidilfitri tahun nih pun tidak sebab kau kata turn Mr.A pada AidilAdha.. haishh tak tahu lah. kalau tak lulus juga... saya redha, moga Allah s.w.t memberi ketabahan hati yang tinggi pada Mr.A. Amin~~




Thanks you read and support my writing. Please come again ya!










Tuesday, October 25, 2011

dari Tawau ba ke Putrajaya erk... ahakss !!

hai readers...

Lama saya tak celoteh kat sinikan.. tak cukup masa loh nak berfoya² di sini. terima kasih kepada kawan² dan pembaca yang tak jemu² singgah ke sini walaupun tanpa celoteh terkini dari saya. terima kasih banyak², suka hampa ketat².



Seperti yang sedia maklum dalam entry sebelum ini, last week kan saya terlibat dengan kursus CompTiA.. Aloha kursus yang saya cakap menumpang tu. saya nak cukup kan syarat² yang ditetapkan untuk seorang penjawat awam.

Jadi menumpang la sebadan demi ilmu... Alhamdulillah saya berjaya ikuti walaupun dalam sepanjang tempoh kursus tu saya ada skip hari nya.. gara² aktiviti yang dianjurkan oleh opis "program derma darah". Saya skip dalam masa yang sama say naik juga jenguk² slide apa yang dorunk sedang didedahkan.. ikut dari jarak jauh. tak mau tertinggal ilmu katakan.. InsyaAllah ^___^.





Saya juga ada buat majlis untuk bos saya yang akan berpindah... Lepas saya cuti konvokesyen adik nih, naik ja koje, dah dapat bos baru.. huh! sedih lah part nih.malas nak sedih², saya kan tengah syeronok nak jumpa family... nanti² lah saya continue ya dan tempek gambar banyak². hehehe!

Hari ni saya akan fly ke semenanjung sana untuk sama² memeriah kan konvokesyen gadis aktifast tu. Dulu masa saya konvo gadis & Mr.A yang temankan... jadi ini masanya saya pula sama² memeriahkan untuk nya! win win situation gitu. hik3x.

Jam 5.55 nanti flight saya... Saya apply cuti rehat 2 hari sahaja. 27 hb dan 28hb. 29hb dah fly balik ke sini semula. Saya akan berkampung di Putrajaya bersama family. syeronoknya rasa dapat bertentang mata dengan family setelah sekian bulan.. expeciallay ratuhati. Selalu duk dengar suara saja, tentang mata pun melalui web cam.

Bukan setakat itu sahaja dapat tengok anak sepupu yang belum pernah bertentang mata sejak lahir. sekarang nih dah bersar Ooo... anak kakak ieta belum boleh lagi.. kita simpan niat itu balik cuti AidilAdha nanti pulak.. InsyaAllah.



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!






Thursday, September 29, 2011

Dentuman guruh yang luar biasa..

Morning readers!!

pagi yang indah dentuman guruh

Pagi tadi kan 29 september 2011 (Khamis), saya kat sini dikejutkan dengan bunyi dentuman guruh yang luar biasa kuat. terasa seperti mahu terhempap di atas kepala sendiri... Subahanallah sangat² takut. Jiran saya yang sedang menyapu di luar rumah pun terkaku dengan keadaan tersebut...

Cuaca di luar panas... cahaya matahari menyinari seperti biasa ke ruang tamu rumah saya.. Saya suka suasana pagi di situ dan setiap hari saya pasti membuka pintu agar cahaya matahari tersebut memecah masuk menyinari ruang tamu rumah saya... terasa aura segar bugar di pagi hari!! super best~~

Pagi nih kami tak bermain badminton pun... just berkebun sahaja. Sini kan waktu subuhnya awal.. daripada tidur selepas subuh kan tak elok, rezeki semakin jauh... itu pesanan ratuhati saya! so saya dan jiran create la aktiviti kami di pagi hari sebelum saya bersiap untuk ke opish...

Bunyi dentuman tadi betul² membuat kan saya takut... terus matikan plug tv. ada kawan cakap suruh matikan suis utama... kalau cenggitu macam mana pula dengan peti sejuk saya kan.. Apapun Ya Allah, lindungi kami semua di bawah lindungan rahmatMu. Amin~~.


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!










Tuesday, August 2, 2011

Panggilan telefon yang membuatkan otak pantas berfikir...nice!


Panggilan telefon 0358855300


Pagi...

Dapat panggilan dari Mr.A... dengan nada keciwa Mr.A cakap tak dapat cuti raya.. Pegawai bahagian Mr.A bertugas tak mau lulus. pegawai di bahagian² lain tiada masalah. Anggota apply cuti boleh saja lulus.Cuma bahagian Mr. A ja. pegawai nya tak nak lulus dengan alasan tiada anggota lain untuk bekerja... Apakah???

AdilFitri tahun lalu Mr.A di Somalia, AdilAdha pula tak leh cuti juga... Jadi tahun ni turn Mr.A lah pula nak balik beraya dengan saudara mara... Boleh² pegawainya tak mau lulus.. ehh encik, u tak balik raya... staf pun kena ikut u juga ka? apa kes!! Selesai pujuk Mr.A... sebab ini baru Ramadhan ke-2.. mana tahu nanti tiba masanya.. pegawainya lembut hati.. kann kan. Mudah mudahan~~


Tengah hari....

Dapat panggilan dari no ini 0358855300.. katanya dari mebeng. promote credit card. Saya pula entah kenapa terlebih vangang...p bagi segala bagai detail yang di minta.. Menyelsanya rasa... sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian harus bertindak cepat² agar tak berlaku perkara buruk.. Wallahu'alam.

Lepas letak panggilan saya rasa curiga.. terus google. hasilnya pelbagai macam aduan yang buat pembuluh darah saya bergegar dengan no tu. Saya call center mebeng bahagian aduan..Encik tu cakap tak perlu risau kalau tak bagi no card. so rasa tenang lah sedikiiiit.

Tapi tadi duk hu ha ha di twitter , kembali gundah gulana bila kawan cakap tet!. Sekali lagi saya call center, tapi ke bahagian credit card. Cik tu cakap tak boleh detect lagi coz kena tunggu 2 minggu. Makanya kena sabaq lah dulu.. harap² tak da perkara buruk lah berlaku dengan akaun mebeng saya tu... Jadikan ini satu pengajaran untuk ke depan hari... kawan² pun berhati² ya....

Saya tahu.. tak semua mereka tu salah... tapi itu lah, bila ada pihak yang cuba memporak peranda kan.. kita sebagai pengguna menjadi takut kan.. Thinking positif... Sekali sekala pembuluh darah menggeletar bagus juga kan... sehat!!! wakakakakaka~~~



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!






Tuesday, July 26, 2011

hati abang & kakak yang terluka ^__^

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum

Bunga yang layu pada musim luruh

Yang dulunya mekar di sinar suria

Bila sudah kering pasti akan gugur ......



bengong duk pikiaq... kalau ikut kata Mr.A.. abaikan saja. Tapi MakAyah saya tak ajar macam tu.. lain lah kalau orang luar.. memang saya tak pedulik dah.... lantak p nak tunggang terbalik.. Ni saudara sendiri.. takut nanti kot mana jadi, last² kena batang hidung saya yang tak mancung nih, hidung Mr.A mancung... hmm~~

Banyak kali dah wehh... saya di tipu pun pernah juga...tapi saya diam, paling tidak Mr.A sasaran saya.. dah luah segala, terus menjauh ingatan itu pergi. tapi bila berulang.. ingatan yang jauh itu pasti akan muncul secara tiba². aihhh.

saya juga mohon... please la jadi diri sendiri yang sebenar²Nya... saya tak layak nak jadi roll model. Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya... jadi jangan salah kan saya.. anda sendiri yang mahukan ;p ;p.

Abang tegur ada sebab musababnya... kalau hati tak boleh terima, cakap. jangan nak buat kami cincai... sekali hampa cincai.. sejuta kali kami boleh cincai.. Aku kan abang... hmm!

okeh dah... sampai sini dulu bebelan 1st untuk adik badikNya... hati tak tertahan sudah gini lah jadinya... puiiii~~ sebelum melalut lebih baik stop sebab orang yang mengikuti emosinya, akan kehilangan adabnya... Miahahahaha!!!



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!



Wednesday, July 20, 2011

Saya dah tahu kos baiki skrin tu ;p

Semalam dapat call dari kedai henset tu...

Dorunk maklumkan, kos nak baiki skrin tu just RM100. Mr.A tanya di Perak sana RM160. Mujur tak hantar kat Mr.A.. kalau tak.. lu pikir lah sendiri.

Laju² saya call Mr.A.. beliau setuju untuk saya baiki di sini. Saya pun dah maklumkan dengan pihak kedai.. So tunggu lah sehingga diberitahu.. henfon puan sudah siap... yeayyy! bila kah masa nya tu?? sabar menanti... hehehehe!

Mood: Ada kawan ajak join kursus Photography weekend nih.. peluang ni kan. i am very interested :-)

Entry berkait :

1- Berganda² dugaan... sabar!
2- mish pepel buat saya berpeluh dan hilang rasa malu.. choiii~



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!




Friday, July 15, 2011

Hati kita selalu dekat



Walau jasad kita terpisah jauh.. namun hati kita selalu dekat >.<


Mood: memikirkan aktiviti minggu ni... kalau tak saya pasti bosan sensorang di sini.. apa nak buat ehh? Jeng jeng jeng~~~



Thanks you read
and support my writing. Please come again ya!

Wednesday, July 6, 2011

Wordless Wednesday #3: Genap 3 Tahun




18 Mei 1987 - 6 Julai 2008

AL-Fatihah untuk arwah adik ke-4 saya.


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!



Friday, January 7, 2011

Hai hai pengunjung Amyna.. Halluu ^_^

Assalamualaikum untuk readers muslim & selamat sejahtera untuk readers non-muslim ^_^.

Lama na haku tak berceloteh di sini.. dari start Cuti² Malaysia tahun lepas sampai dah balik sini. Hari nih hari ke-3 haku mula koje.. Masih tak dapat nak berceloteh..Mood tak ada lohh ditambah pula dengan kesibukkan koje hakiki.. hmmm!!

Semalam haku pening dengan environment opish.. dengan habuk renovation unit, asyik nak bersin dan penglihatan jadi kabur. Ada staf bagi face-mask.. kurang sikit. tapi penglihatan la terganggu.. Dah tu dengan tugas hakiki yang celaru keliru. Baru tinggal opish untuk Cuti², haku rasa macam dah lose semuanya. Sini rebut, sana rebut.. Rebut rebut rebut... Ishh tak faham..

Rebut punya pasal..naik atas,turun bawah.. kepala haku jadi ketat sangat!! tak leh nak handle dah. tekanan~~ tunggu time rest ja. balik rumah Zzzz. Nak Zzz kat surau kompem di cari juga. bila balik rumah.. tak da orang ganggu.. tidur dengan tenang... hehehe!!

Cerita Cuti² Malaysia macam² ada.. siapa tak happy dapat balik kampung halaman bertemu dengan insan² yang dihormati dan di sayangi.. Semestinya happy!!! Nanti ada masa haku semadikan di sini.. Itu pun depend pada mood ya...

Sekarang 1.30 dah.. Jam 2 petang nanti haku kena standby untuk staff nak hafdate data HRMIS. Hari ni last day.... tak siap sepenuhnya.. sikit pun jadik lah.. wink*wink~~

Friday, December 17, 2010

Persekitaran Opish Baru Sementara ^_^

Hujung² tahun nih banyak pula renovation sana sini..Ketuk mengetuk, kopek dan roboh sana sini.. Bingit telinga, habuk jangan di cakap la.. meriah berterbangan di dalam bangunan... Aircond pun sama rancak juga di service..

Seperti yang sedia maklum.. Geng² unit haku kena pindah ke bilik kebal nih ha.. naik beku haku kat dalam nih.. itu yang kejap² ja haku di atas nih. Banyak merayap ke unit orang... hohoho!!

Keadaan haku sekarang dikelilingi oleh barang² pelupusan semuanya... Atas meja kompem lah HP Pavillion yang slim melim nih.. Itu mengadap betul² kedinding. Tapi yang lain²Nya, ha meh tengok di bawah...


Pandangan di sebelah kiri


Pandangan di sebelah kanan


Pandangan di belakang

Esokkan off day.. Tadi contractor Aircond nih bagitahu nak buat service di bilik kebal nih.. Bila dia tengok keadaan bilik haku nih.. terkejut dia, barang bersusun macam tu.. (Haku mampu senyum² saja). Nasib kau la wahai incik.. esok pepandai la kamu dan pekerja ya.. jangan kasi jatuh sudah...

Tahun depan haku balik berkhidmat di sini semula bukan setakat tahun dan semangat baru.. Tapi persekitaran opish yang baru... Masuk² pintu utama tu kompem dah berubah sebab tadi contractor dah mula robohkan kaunter depan tu.. macam mana lah rupa kaunter baru tu ehh... Macam haku pula yang tak sabaQ... huwuiiii~~


sayang @myn@ ^_^



Manisnya bicara mereka berdua :p

Aihhh haku belum balik kampung lagi.. mereka² atur plan sudah.. Macam nih lah gaya adik pompuan haku yang aktifast nih..Manja betul.. ;p

Sejak dia menetap di PD sana.. bertambah menyerlah kemanjaan dia.. Sekarang nih dah ada BerukBand ringan lah sikit keserabutan kepalaan haku dan Ratuhati... Mr.A pun turut terkena buddy dengan pe'el manja dia.. Haishh..



Haku post di wall FB siti (kawan sepermainanKu) dan di rumah semalam haku langsung tak on9.. Penatt~~ Pagi nih haku tengok manisnya mereka berdua berbicara... Kena tunjuk kat Mr.A nih.. baru plan success.. hahahha!!



Kawan haku nih baru melangsung perkahwinan... tak sampai 1 bulan lagi. Kalau haku dapat balik AidilAdha hari tu sempat la haku tengok dengan mata kepala haku sendiri siti bersanding.. Sebenarnya kami di sini dah plan sebaiknya untuk semua itu, tapi Itulah hanya mampu merencanakan.. Sob3x.

Nih nak balik hujung tahun pun duk pospont lagi.. Kalu ikutkan petang nih terbang dah kami ke KLIA sana.. Hmm!! malas nak cakap banyak.. panas hati.. ekekke. Hari ahad baru terbang okehh... Semua plan sabtu & ahad postpone, mana yang tak dapat tu kira BURN...

Tolak dua hari.. tinggal berapa hari ja nak berkampung di semenanjung sana... Banyak urusan nak setel nih.. Adehhh~~ Moga Allah s.w.t permudahkan segala urusan kami.. InsyaAllah ^_^.

Mode: Wahai Gadis Aktifast bab nak turun ke PD depend pada masa ya..tapi apapun lepas kenduri ChaQ tau... hang jangan duk teriak pula.. sekehh kepala laju² kot.. ;p


sayang @myn@ ^_^

Thursday, December 16, 2010

Beku sejuk keras... sudah!!!

Sejuk sebab Aircond... Ya sangat sejuk opish baru sementara ni...Tak tahan. Pakai jaket tebal pun tetap juga sejuk. Macam mana lah nak mendaki Gunung Kinabalu, begini pun dah tak tahan. Kalau Mr.A baca nih kompom haku kena perli ketat² punya la.. hohoho!! hello sayang.. kalau naik gunung teda hal.. sayang kan ada.. leh tolong panaskan.. ;p

Semua barang² pun turut sejuk.. keyboard ni ha.. nak naip pun susah.. Jari keras kesejukkan.. Nak adjust suhu dah tak boley.. rosak. Susi On/off pun canggih...huh!! Jadi terpaksa memaksa diri redha sahaja untuk seminggu nih..

Tahun depan haku dah boleh pindah duk kat ruang luar itu sudah. Bukan di bilik kebal nih lagi... Ruang luar tu unit haku yang punya jua.. yeayyy!! Sekarang tak rasmi lagi coz barang² staf yang lama masih banyak dan dia bercuti sekarang.. Nak tak nak postpone ke tahun depan lah.. lepas haku balik dari Cuti² di kampung halaman...



Deem yang naik sekejap beli tiket pun tak tahan.. Apa lagi haku yang berkampung di situ sehari suntuk bekerja..Siap tunjuk tangan yang kaku kesejukkan kat haku.. ekekke. Dia bukan perasan haku snap gambar dia. Lagi pun time nih haku duk pegang henset sambil tunggu No.pin.. Dialog deem time nih.. nak tau ka??~~ biarlah dia yang sambung.. tettt!!!

Bos haku pun tak sanggup weyy... Kira geng unti haku sekarang ada di mana². Opis kami terbuka.. dirumah, di bandar semua pun boleh... wakakakka!!!!




Suis On/Off... Hebatttt!!


sayang @myn@ ^_^

Tuesday, November 30, 2010

MasyaAllah.. hari ini lupa lagi...(*_*)

Semalam haku lupa bawa purse.. Semua identiti haku tertinggal di rumah. Drive pun membuta jerk.. kalau incik trapik tahan menggelupur lah di situ dengan persembahan lakonan² terbaik..



Pinjam gambar hadik haku yang kurang aktifast tapi rajin...banding hadik haku yang INI. hahahah! MekTeQ oi.. Apalah yang difikirkan tu heh! Lupa macam haku juga ka?

Alhamdulillah walaupun semalam lupa purse selamat juga sampai di rumah dengan tenang. Makan pun kekenyangan juga, bekpes pagi tu pinjam duit deem beli nasi lemak RM2.. air bancuh sendiri- MILO. Tapi tengah harinya dah boley pakai duit sendiri coz kawan opish ada beli brooch dari haku... Rm15.. Duit deem pun settel di bayar balik, makan seharian haku pun lepas.. Syukur Alhamdulillah ^_^

pelupa

Tapi hari ni lupa bawa kunci opish pula.. sekali kunci sever di situ. 2 dalam serangkai... hahaha!! Nasib baik pagi tadi sever tak ada buat hal.. kalau tak.. lakonan terbaik lagi haku kasi sementara menunggu jam 8.30..keh keh keh!.

Jadi jam 8.30 pagi baru haku boleh masuk opish yang sunyi sepi dan tenang nih. kalau di bilik sever sana.. tak sanggup yoo.. Boleh pekak haku dibuatnya... bising.wekkkk!

mode: Mr.A yang bertambah usia.. haku pula yang pelupa.. why why why???


sayang @myn@ ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...