1- Mengabaikan sarapan
Mulakan hari anda dengan sarapan dan ini memastikan anda telah memberikan tubuh anda tenaga untuk sepanjang hari itu. Ia juga akan menenangkan fikiran selain dapat membantu anda memilih makanan yang sihat sepanjang hari.
Sarapan juga akan membantu and amnegurangkan pengambilan makanan berkalori pada penghujung hari memandangkan anda telah menyediakan tubuh anda dengan makanan berkhasiat pada permulaan hari. Seeloknya mulakan hari anda dengan bijirin yang berkhasiat, telur, roti atau buah-buahan.
2- Makan sebelum tidurSekiranya anda mahu tidur dengan lena, elakkan mengambil sebarang makanan sebelum tidur apatah lagi makanan berat, berlemak mahupun makanan ringan. Mengambil makanan tersebut tiga jam sebelum tidur akan mengurangkan kualiti tidur anda selain menyebabkan anda lemah dan lesu leesokkan harinya. Makanan berlemak yang diambil sebelum tidur juga akan melambatkan prosos perncernaan makanan selain menyebabkan sakit ulu hati.
Abaikan saja bunyi perut yang berdendang atau makan buah-buahan segar sebagai pengalas perut.
3- Makan sambil menonton tvIa memang membantu andamenghabiskan makanan tapi pada masa yang sama ia menyebabkan anda terlebih makan. Sekiranya anda makan sambil menonton televisyen, bercakap di telefon atau bermain permainan video, tubuh anda kurang memberi perhatian terhadap tahap kelaparan anda dan akan menyebabkan anda terus makan tanpa henti. Akibatnya, makanan yang anda ambil terlalu lebih dari sepatutnya.
4- Makan dengan lahapWalaupun anda makan dalam keadaan sibul tapi pastikan anda makan perlahan-lahan. Makan dengan cepat akan menyebabkan peningkatan berat badan. Tubuh mengambil masa 20 minit untuk menyampaikan untuk menyampaikan petanda kepuasan ke otak. Jika anda makan hanya dalam 5 minit, otak anda tidak sempat memberitahu tubuh anda bahawa anda sudah kenyang. Dan sekali lagi anda sedang menambah peratus lebih makan dan lebih kalori dari sepatutnya.
5- Tidak minum air secukupnyaAir adalah fungsi penting dalam tubuh manusia, jika anda mengabaikannya tidak hairanlah tubuh akan memberi reaksi negatif. Kadar metabolisne tubuh akan menurun sekaligus memudahkan kenaikan berat badan. Air juga berfungsi membantu proses pembakaran kalori sebab itulah mereka yang dalam usaha menguruskan berat badan disarankan minum banyak air.
6- Tidak makan buah-buahanMakanan ringan berperisa buah-buahan tidak dikira sebagai hidangan buah-buahan. Oleh itu anda hrus mengambil buah-buahan yang segar kerana hanya melalui cara inilah tubuh akan memperolehi vitamin dan mineral yang secukupnya.
7- Membiarkan perut lapar
Jika anda fikir membiarkan perut lapar untuk mengurangkan berat badan anda merupakan cara yang paling berkesan, anda silap. Membiarkan perut lapar hanya memyebabkan berat badan anda bertambah. Malah jumlah lemak juga akan bertambah. Sebabnya, apabila perut anda lapar pada masa yang lama, tubuh anda akan merasa kurang senang dan apabila anda makan. Tubuh anda akan berusaha untuk menyimpan seberapa banyak kalori dan lemak kerana ia tiak tahu bila lagi masa makan akan tiba. Akibatnya semua lemak akan kekal bersama anda.
8- Makan makanan ringanIa mungkin menyelerakan tetapi ia langsung tidak bermanfaat kepada tubuh anda malah mendatangkan keburukan pula. Makanan seperti burger dan kentang goreng bukan saja berlemak tapi juga menyebabka peningkatan bahan kimia dalam tubuh anda.
Makan lima atau enam bahagian kecil makanan sehari, ai akan megelakkan anda bernafsu mengambil makanan ringan. Jumlah tersebut juga akan membantu tubuh membakar lebih kalori setiap hari kerana kadar metabolisme anda tinggi